Rumah Doa Mapila
| |

Rumah Doa Mapila

RUMAH DOA MAPILA

Rumah Doa Mapila telah ditubuhkan pada 1981 di bawah panduan  pendeta-pendeta. Sehingga sekarang terdapat 24 orang pemercaya tetapi belum ada diakon yang dilantik dan Jawatankuasa Gereja belum lagi ditubuhkan. Disebabkan tiada bangunan gereja, kebaktian diadakan di rumah para pemercaya secara bergilir-gilir. Sebilangan besar penduduk di sini adalah beragama Roman Katholik, Sidang Injil Borneo, atau kafir.

Di sini kekurangan belia dan taraf pelajaran mereka adalah rendah. Sebahagian pemercaya kita terpaksa meninggalkan kampung mereka ke kawasan bandar untuk melanjutkan pelajaran atau mencari rezeki. Namun demikian, dengan penggembalaan terus-menerus, potensi perkembangan adalah masih baik.

Disebabkan bangunan gereja masih belum didirikan, jemaat disini sangat memerlukan perkhidmatan penginjil untuk mengunjungi mereka selalu dan juga guru pendidikan sepenuh masa kerapkali diutuskan untuk mendidikkan kanak-kanak.

Pada masa sekarang perkara yang paling penting bagi jemaat di Kg Mapila ialah pendirian sebuah rumah doa yang dapat menampung semua jemaat.

 

Rumah Doa Kuala Belait
| |

Rumah Doa Kuala Belait

RUMAH DOA KUALA BELAIT

Kuala Belait merupakan salah satu pekan dalam Negara Brunei Darussalam. Penatua Barnabas Chang adalah orang yang pertama menyebarkan Firman di Miri, Sarawak sebelum Perang Dunia Kedua. Sebilangan daripada jemaat telah pergi ke Seria dan kemudian sebuah rumah doa telah ditubuhkan. Kemudian Dn Peter Kwong dari Sabah [ masa itu dikenali sebagai Borneo Utara ] telah datang untuk membantu pekerjaan suci di situ.

Selepas Perang Dunia Kedua, tiada lagi aktiviti penginjilan sehingga tahun 1956. Kemudian keluarga Sdri Chin Yung Jin [ Dns Phoebe Chin ] dan Sdri Kau Nyuk Tsin [ Dns Persis Kau ] berpindah ke Seria. Kedua-dua saudari tersebut telah ditimpa penyakit dan dalam keluarga mereka ada yang masih belum dibaptiskan dalam Gereja Benar. Mereka sering berbincang untuk membina sebuah rumah doa. Melalui anugerah Tuhan yang agung keluarga Dn Daniel Ho telah ditemui. Tidak lama kemudian setelah itu keluarga Dn Silas Chong dan beberapa keluarga lagi juga ditemui. Maka perhimpunan keluarga dimulakan semula dan kediaman Sdri Chin Yung Jin dijadikan rumah doa. Jumlah yang telah dibaptiskan pada masa itu ialah 12 orang. Dn Daniel Ho dipertanggungjawabkan menyampai khutbah pada Hari Sabat dan Dn Silas Chong pula membantu kerja suci yang lain. Dalam tahun yang sama, melalui perhubungan dengan cawangan Gereja Sabah, Dn John Chin dan DDn Matthew Chong dijemput untuk melawat jemaat dan melaksanakan pembaptisan dan mengadakan Perjamuan Kudus di situ. Sejumlah 20 orang telah dibaptis kan termasuk suami Sdri Chin dan suami Sdri Kau –  mendiang Dn Cephas Chong dan Sdra Yong Thau Nyen.

Pada 1957, kediaman Sdra Yong Thau Nyen dijadikan rumah doa di Kuala Belait [ 10 batu dari Seria ], kemudian bertukar ke rumah Dn Silas Chong di Seria, diikuti pula di rumah Sdra Thien dan Sdra Lee Yun Choi di Kuala Belait.

Pada tahun 1964, Dn John Yang dan Dn Lin Fong Seng dari Taiwan melawat Seria/Kuala Belait buat kali pertamanya dan ditemani oleh beberapa diakon sari Sabah. Lawatan ini telah mengukuhkan iman para pemercaya dan jemaat semakin bertambah. Sebahagian dari rumah Sdra Lee telah dibesarkan dan dapat menampung kira-kira 100 orang. Sehingga kini, jumlah jemaat adalah kira-kira 110 orang. Pekerja-pekerja sekarang adalah saudara saudari In Nyit Fah, Chin Soon Ching dan sebagainya yang memimpin kebaktian menurut giliran. Ibu Gereja Sabah juga menjadualkan penginjil datang untuk menggembala jemaat di sini dari masa ke semasa.

 

Rumah Doa Brunei
| |

Rumah Doa Brunei

RUMAH DOA BRUNEI

Brunei Darussalam ialah sebuah Negara kecil terletak di sebelah barat-laut Borneo Utara. Negara ini kaya dengan sumber minyak. Ianya dibawah penjajahan British sebelum mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984.

Sejak lepas Peperangan Dunia Kedua sehingga kini, gereja di Brunei Darussalam tidak dapat berkembang maju kerana beberapa faktor.

Dalam tahun 1957, sebuah rumah doa didirikan di Bandar Seri Begawan, ibu kota Brunei, apabila mendiang keluarga Dn Cephas Chong berpindah ke sana. Jemaat ketika itu termasuk Dns Anna Tsen serta anak lelakinya, Sdri Yap Loi Tshin, beberapa saudara-saudari lagi termasuk keluarga Dn Chong, sejumlah lebih kurang 10 orang.

Apabila keluarga Dn Caphas Chong berpindah kembali ke Sabah dalam tahun 1960, kediaman Sdri Yap Loi Tshin telah dijadikan rumah doa sehingga sekarang.

Rumah doa di Bandar Seri Bengawan kini adalah dibawah penguasaan Ibu Gereja Sabah. Pendeta-pendeta dihantar ke sana dari semasa ke semasa untuk menggembala jemaat di situ. Saudara-saudari di situ juga sering datang ke Sabah untuk menyertai aktiviti-aktiviti Pendidikan Agama, Kursus Latihan Teologi Belia serta aktiviti-aktiviti gereja lain. Semoga Tuhan memimpin rumah doa ini supaya ianya akan maju di masa hadapan mengikut kehendakNya.

 

Rumah Doa Kapayan Lama
| |

Rumah Doa Kapayan Lama

RUMAH DOA KAPAYAN LAMA

Sdra Juperin Sumil menjadi seorang pemercaya Gereja Yesus Benar pada tahun 1981 melalui khutbah yang disampaikan oleh Sdra Rudy Julasim. Selepas itu Sdra Juperin Sumil memberitakan injil kepada keluarganya termasuk ibu bapanya.

Syukur kepada Tuhan, abangnya Maikulson Sumil menerima Injil Kebenaran dan pada tahun 1982 telah dibaptiskan bersama 6 orang keluarganya. Mereka mulai menghadiri kebaktian di Gereja Apin-Apin dan kadangkala di Gereja Keningau.

Pada penghujung tahun 1983 Sdra Maikulson meminta pendeta-pendeta melawat keluarganya di Kg Sungai/Kepayan Lama dan untuk menginjilkan Kebenaran.

Pada 23-24 Mac 1985, Pdt Thomas Kam, Pdt Timotius dan Sdra Juperin Sumil melawat ke Kg Sungai. Pada malam itu, seramai lebih 30 orang pemercaya menghadiri kebaktian penginjilan. Seorang saudara, Juanis Malik menerima baptisan kerana penyakitnya yang berpanjangan dan menurut anggapan orang kafir penyakitnya tidak akan disembuhkan. Syukur kepada Tuhan penyakitnya telah sembuh.

Beberapa minggu kemudian, pada 6-7 April 1985 sekumpula pendeta yang lain sempat melawat kampung itu dan mereka menggunakan rumah Sdra Malius Gusti dan Sdra Alun Ambarat [ pendeta-pendeta pelatih ] beberapa orang saudara-saudari dari Gereja Matanoi termasuk juga Sdra Jupirin Sumil. Dalam lawatan ini seramai 15 orang daripada 63 orang telah menerima baptisan yang diadakan oleh Dn Petrus Sodomon, termasuk Sdra Aloysius Malik. Selepas lawatan kedua ini, anggota-anggotanya yang berjumlah 22 orang mulai mengadakan Kebaktian Sabat di rumah Sdra Aloysius. Kebaktian Sabat dan kajian Alkitab dipimpin oelh Dn Petrus Sodomon dan pemercaya-pemercaya lain dari Gereja Apin-Apin.

Ahli-ahli jawatankuasa pada masa sekarang adalah seperti berikut:-

Hal Ehwal Agama         :           Aloysius Malik,Ginsim Yubong [ Timbalan ]

Hal Ehwal Am              :           Lily Mukilin, Pillin Adat [ pembantu ]

Bendahari                     :           Sumil Korong

Setiausaha                    :           Maikulson Sumil, Nani Tajim    [ pembantu ]

 

Rumah Doa Kampung Guong
| |

Rumah Doa Kampung Guong

RUMAH DOA KAMPUNG GUONG

Rumah Doa Kampung Guong telah ditubuhkan pada 17 September 1985. Pada mulanya Kebenaran telah disebarkan oleh Sdra Tony Chong Chee Thau dan Sdra Silun bin Durasim kepada Sdra Dapat Seguli dan Sdri Laidah bte Tenggus pada Mac 1985. Beberapa bulan kemudian 6 orang dari 2 keluarga dibaptiskan oleh Pdt Timotius pada 18 Ogos 1985. Adlah diketahui bahawa Sdra Chong akan meninggalkan keluarganya bersama-sama Sdra Silun, kadangkala bersendirian, pada hari Rabu hingga Sabtu dengan membawa makanan yang cukup serta lampu, untuk memberitakan injil kepada penduduk-penduduk di kampung.

Dari bulan Ogos hingga 27 September 1985 empat keluarga ini daripada agama kristian yang lain telah menerima Kebenaran. Ini telah membangkitkan ketidakpuashatian di antara pemimpin agama yang lain yeng kemudian menggunakan berbagai cara, ancaman juga penganiayaan terhadap saudara-saudara kita untuk menghalang mereka memberitakan injil di kampung ini. Walau bagaimanapun, masih ramai orang percaya dan ingin dibaptiskan. Hingga 30 Ogos 1986 jumlah bilangan pemercaya meningkat ke 78 orang. Terdapat pemimpin-pemimpin, saudara-saudari dari Tinuhan dan Wangkod juga membantu dalam kerja suci di sini.

Buat masa kini sebuah bangunan gereja berukuran 10.7m X 5.2m [35 kaki X 17 kaki] sedang dibina dan hampir siap.

Potensi kemajuan Kg Guong adalah menggalakkan. Bagaimanapun sehingga sekarang, kelas kanak-kanak Pendidikan Agama masih belum dimulakan kerana kekurangan guru. Para pemercaya berharap agar Ibu Gereja akan menghantar seorang guru sepenuh masa untuk mengajar kanak-kanak seperti yang dilakukan di beberapa gereja yang lain.

Dari September 1986 jumlah jemaat adalah 82 orang tetapi masa kini masih belum ada diakon. Jawatankuasa Gereja terdiri daripada:-

Pengerusi                      :           Sebidang Penawar, Martin Kempiau [Naib]

Setiausaha                    :           Bajal Sembuay,Santung Siling [Penolong]

Bendahari                     :           Dualis Gindadon, Jumin Santi [Penolong]

Ahli-ahli
Jawatankuasa   :           Maidik Dualis, Silun Durasim, Jinum Rongkom, Aminah Ekoh,                                       Katlin Bajal, Majikum Guling, Sebiting Selimun

 

Rumah Doa Kota Belud
| |

Rumah Doa Kota Belud

RUMAH DOA KOTA BELUD

Rumah doa Kota Belud telah ditubuhkan pada 30 September 1984 melalui usaha Sdra Tong Chong Chee Thau.

Sdra Chong sebenarnya adalah seorang anggota Gereja Yesus Benar dari Sandakan. Datuknya Dn Philip Tyan adalah seorang penginjil manakala ibunya adalah seorang diakones. Sdra Chong mengahwini seorang saudari dari Kota Belud lalu mendirikan rumah dan menetap disitu. Mereka bersama-sama mengkaji Firman Tuhan setiap hari dan memberitakan injil kepada sanak-saudara dan kawan-kawan mereka yang kemudian percaya dan dibaptiskan.

Setelah itu Kebaktian Sabat diadakan di rumah Sdra Chong. Ramai orang yang mendengar dan merasa hairan. Orang yang pertama sekali menerima injil adlah Sdra Silun bin Durasim diikuti oleh murid-murid yang menumpang di rumah Sdra Chong. Hampir setiap malam Sdra Chong dan Sdra Silun akan pergi ke asrama sekolah dan tempat-tempat lain untuk menginjil. Demikianlah Gereja Yesus Benar semakin maju dan berkembang mulai dari pekan Kota Belud hingga ke Kampung Guong Dan Rosok.

Potensi kemajuan gereja di kawasan ini adalah baik. Jemaat di sini mencadanguntuk mendirikan sebuah bangunan gereja sebaik saja mereka mendapat sebidang tanah.

Jumlah pemercaya pada 30 September 1986 adalah 26 orang tetapi masih belum ada diakon.

Jawatankuasa gereja terdiri daripada:-

Hal Ehwal Agama         :           Chong Chee Thau, Richard Chua  [ Timbalan ]

Setiausaha                    :           Chua Fui Lan

Bendahari                     :           Chua Fui Nong

Ahli Jawatankuasa        :           Lupin bin Dakuah