Views: 121
RUMAH DOA KAMPUNG GUONG
Rumah Doa Kampung Guong telah ditubuhkan pada 17 September 1985. Pada mulanya Kebenaran telah disebarkan oleh Sdra Tony Chong Chee Thau dan Sdra Silun bin Durasim kepada Sdra Dapat Seguli dan Sdri Laidah bte Tenggus pada Mac 1985. Beberapa bulan kemudian 6 orang dari 2 keluarga dibaptiskan oleh Pdt Timotius pada 18 Ogos 1985. Adlah diketahui bahawa Sdra Chong akan meninggalkan keluarganya bersama-sama Sdra Silun, kadangkala bersendirian, pada hari Rabu hingga Sabtu dengan membawa makanan yang cukup serta lampu, untuk memberitakan injil kepada penduduk-penduduk di kampung.
Dari bulan Ogos hingga 27 September 1985 empat keluarga ini daripada agama kristian yang lain telah menerima Kebenaran. Ini telah membangkitkan ketidakpuashatian di antara pemimpin agama yang lain yeng kemudian menggunakan berbagai cara, ancaman juga penganiayaan terhadap saudara-saudara kita untuk menghalang mereka memberitakan injil di kampung ini. Walau bagaimanapun, masih ramai orang percaya dan ingin dibaptiskan. Hingga 30 Ogos 1986 jumlah bilangan pemercaya meningkat ke 78 orang. Terdapat pemimpin-pemimpin, saudara-saudari dari Tinuhan dan Wangkod juga membantu dalam kerja suci di sini.
Buat masa kini sebuah bangunan gereja berukuran 10.7m X 5.2m [35 kaki X 17 kaki] sedang dibina dan hampir siap.
Potensi kemajuan Kg Guong adalah menggalakkan. Bagaimanapun sehingga sekarang, kelas kanak-kanak Pendidikan Agama masih belum dimulakan kerana kekurangan guru. Para pemercaya berharap agar Ibu Gereja akan menghantar seorang guru sepenuh masa untuk mengajar kanak-kanak seperti yang dilakukan di beberapa gereja yang lain.
Dari September 1986 jumlah jemaat adalah 82 orang tetapi masa kini masih belum ada diakon. Jawatankuasa Gereja terdiri daripada:-
Pengerusi : Sebidang Penawar, Martin Kempiau [Naib]
Setiausaha : Bajal Sembuay,Santung Siling [Penolong]
Bendahari : Dualis Gindadon, Jumin Santi [Penolong]
Ahli-ahli
Jawatankuasa : Maidik Dualis, Silun Durasim, Jinum Rongkom, Aminah Ekoh, Katlin Bajal, Majikum Guling, Sebiting Selimun
