Gereja Sepulot
| |

Gereja Sepulot

GEREJA SEPULOT

Sepulot adalah sebuah peka kecil sejauh lebih kurang 129km di sebelah selatan Keningau. Penduduknya hampir semua terdiri dari suku kaum Murut yang bekerja sebagai petani yang berpindah-randah. Ramai diantara mereka adalah juga pemburu yang mahir. Kawasan ini adalah salah satu tempat yang paling terpencil di Sabah. Mereka hidup dalam kesusahan dan boleh dikatakan di antara kaum yang paling miskin dalam Negeri Sabah. Seperti Murut ditempat lain mereka biasanya tidak mempunyai agama. Namun demikian Roman Katholik, Sidang Injil Borneo dan Basel Mission telah tersebar diantara para penduduk tempatan buat beberapa lama dan mempunyai anggota-anggota yang tidak kurang ramainya.

Pada 2 Mei 1981 Sdra Juperin Sumil dan Rudy Julasim, dua orang belia dari Gereja Keningau yang bekerja di Rumah Sakit Kerajaan Keningau telah ditugaskan di sebuah rumah sakit di Sepulot untuk tempoh empat bulan. Setelah digerakkan oleh Tuhan, mereka telah memulakan kerja saksian kepada rakan sejawat yang baru dan sahabat handai. Syukur kepada Tuhan kerana melalui ihlamNya, beberapa orang telah menerima Kebenaran. Kemudian semasa menghadiri Kebaktian kebangunan Rohani Murid-Murid Bumiputera di Gereja Wangkod yang dibiayai oleh Ibu Gereja,Sdra Juperin telah mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan kabar baik ini kepada para penginjil Bumiputera Ibu Gereja dan pada masa yang sama meminta supaya mereka pergi ke Sepulot untuk meneruskan tugas penginjilan serta penggembalaan.

Akhirnya pada 21 Ogos 1981 Ibu Gereja menghantar dua orang penginjil Bumiputera iaitu Pdt Timoius Borubui dan Pdt Titus Suyan yang diiringi oleh penginjil-penginjil pelatih iaitu Malius Gusti dan Alun Ambarat ke Sepulot bagi “membajak tanah yang belum ditanam”. Sebagai hasil 9 orang telah dibaptiskan dan menjadi benih yang pertama. Oleh itu Gereja Sepulot telah ditubuhkan.

Kasih Tuhan jelas kelihatan berlimpah ke atas Gereja Sepulot. Tuhan telah menambahkan iman serta meneguhkan minat jemaat melalui mujizat dan tanda-tanda ajaib. Mereka menjadi lebih berani dalam menyaksikan bagi Tuhan. Tuhan telah menambahkan bilangan pemercaya dengan banyaknya. Pada tahun 1984 bilangan pemercaya mencapai 94 orang. Dalam tahun yang sama melalui kerjasama setiap ahli dan bantuan kewangan Ibu Gereja sebuah gereja yang sederhana berukuran 12.3m X 7.3m [40 kaki X 24 kaki] telah didirikan dan ditahbiskan kepada Tuhan dalam tahun yang sama.

Bilangan pemercaya masa kini adalah seramai 148 orang. Kerja penginjilan dijalankan dengan licinnya melalui pimpinan dan asuhan Sdra Awang bin Kawah dan Sdra Ansaat Talikur. Baru-baru ini Ibu Gereja telah memasukkan Gereja Sepulot dalam jadual penggembalaan penginjil. Terdapat sebuah kelas Pendidikan Agama dengan 29 orang murid. Penguasanya ialah Sdra Awang Kawah dan di bantu oleh Sdra Ansaat Talikur.

Ahli-ahli Jawatankuasa kini terdiri daripada berikut:-

Hal Ehwal Agama         :           Awang Kawah, Ansaat Talikur [ Timbalan ]

Hal Ehwal Am              :           Tambuloi bin Ambalau

Bendahari                     :           Sanumping bin Anggaris, Agustin bin Amboi [ pembantu ]

Setiausaha                    :           Linaun bin Antaim, Raunah bte Bubuton [ pembantu ]

 

Semoga Tuhan mencucuri rahmatNya dengan berlimpah ke atas tempat yang terpencil dan mundur di Negeri Sabah ini.

 

 

Gereja Sandakan
| |

Gereja Sandakan

GEREJA SANDAKAN

Pada awal 1927, seorang peniaga dari Sandakan, Lee Siak Lin, menerima senaskah “ Majalah Roh Kudus” [ Holy Spirit Times ] daripada Encik Tsen En Fook. Selepas membacanya, ia berpendapat bahawa Gereja Yesus Benar  mempunyai Injil Kebenaran, Roh Kudus dan mujizat. Kemudian pada malam sebelum Tahun Baru Cina beliau menaiki kapal laut ke Singapura untuk mencari Gereja Yesus Benar. Setelah beliau berjumpa Gereja Benar, beliau mulai mengkaji Kebenaran. Selepas memahami Kebenaran, beliau mjenerima baptisan dan dipenuhi Roh Kudus. Sekembalinya,  dia ingin memberitakan Kebenaran dan injil kepada saudara-saudari dan sahabat-sahabat tempatan. Pada masa itu Pdt Tan Chien Sing dan Dn John Voon dan 2 orang ahli Gereja Singapura juga mempunyai  keinginan yang sama dan oleh itu mereka menaiki kapal ke Sandakan pada 2 Februari 1927 [kalender orang cina]. Mereka memberitakan injil di rumah Sdra Lee. Lebih dari 40 orang mengkaji Kebenaran bersama-sama. Mereka berada disitu selama 10 hari dan mengadakan kebaktian setiap malam. Baptisan diadakan dan seramai 30 orang dibaptiskan. Setelah digerakkan pleh Roh Kudus, tiga orang tersebut iaitu Mark Chin, Philemon Ho dan Phoebe Kong diangkat sebagai diakon/diakones manakala Sdra Lee Siak Lin dilantik sebagai Setiausaha.

Pada masa itu, kebaktian diadakan setiap malam dan boleh dikatakan Gereja Sandakan berpesat dengan majunya. Oleh kerana karunia Tuhan yang melimpah,bilangan pemercaya terus bertambah dan pada suatu masa bilangan sampai ke 500 orang. Pada masa itu Gereja Sandakan menjadi Ibu Gereja.

Pada masa Perang Dunia Kedua, kebaktian berhenti sementara. Dalam tahun 1945 Sdra Lee dan Dn Luke Yap meninggal dunia. Gereja mengadakan kebaktian semula pada tahun 1946, tetapi malangnya kebaktian Sabat hanya dihadiri oleh lebih kurang 40 orang saja. Kekurangan bilangan pemercaya adalah satu kerugian besar.

Pada tahun 1952, Dn Joses Lo [Lo Soo Fook] dipindah bekerja di Jabatan Kerja Raya di Sandakan. Ia menyedari kelemahan gereja dan melaporkan keadaan ini ke Gereja Kota Kinabalu [ Jesselton pada masa itu ] lalu mencadangkan Gereja Kota Kinabalu dijadikan Pusat Pentadbiran di Sabah. Oleh itu pada tahun 1953, Dn John Chin dan Dn Titus Yong dihantar ke Sandakan untuk pekerjaan penggembalaan selama 2 minggu. Andrew Pang dan Anna Ho dilantik sebagai diakon/diakones. Dn Andrew Pang menanggung hal ehwal agama dan kerja setiausaha manakala dn Philip Lee menjalankan tugas kewangan.

Pada masa itu, ekonomi tidak begitu kuat dan bangunan gereja telah usang dan rosak. Syukur kepada Tuhan, di bawah pimpinan Roh Kudus gereja kian maju. Pemercaya yang menghadiri kebaktian setiap Hari Sabat berjumlah lebih kurang 200 orang. Gereja bercadang membangunkan sebuah gereja yang lebih besar lagi yang terletak di Sibuga di tapak seluas 0.7 hektar [ 1.75 ekar ] tanah. Ianya 29km dari pusat bandar dan dijadualkan akan siap pada 1987. Apabila siap kelak, Gereja ini merupakan bangunan gereja yang terbesar di Sabah.

Pendidikan Agama dimulakan pada tahun 1965. Syukur kepada Tuhan, kini guru berjumlah 48 orang, dengan 15 kelas dan murid seramai 150 orang. Penguasa Pendidikan Agama ialah Sdra Liau Zhung Zheng dan dibantu oleh Sdra Yong Yung.

Selain dari kebaktian Sabat, terdapat juga kebaktian pada malam Hari Ahad, Selasa, Khamis dan Jumaat.

Ahli-ahli Jawatankuasa gereja terdiri daripada berikut:-

Hal Ehwal Agama         :           Andrew Pang, Apollos Wai [ Timbalan ]

Hal Ehwal Am              :           Silas Yap, Pang Min Chee [ pembantu ]

Bendahari                     :           Liau Loi Yu

Setiausaha                    :           Timothy Pang [ Cina ], Chin Yun Henn [ Inggeris ], Silas Yap                                        [Bahasa Malaysia ]

 

Gereja Saga
| |

Gereja Saga

GEREJA SAGA

Orang pertama yang mempercayai Injil Kebenaran ialah Sdra Thomas Angek, bekas seorang pengikut Gereja Basel. Sdra Angek mengenal Gereja Yesus Benar ketika ia berada di Kg Ponontomon, sejauh 2km dari Kg Saga. Setelah Dn Philip Tyan telah menyaksikan doktrin Gereja Yesus Benar kepadanya, dia dengan sekeluarganya telah menerima Injil Benar dan telahpun dibaptiskan.

Apabiloa Sdra Angek balik ke kampungnya dia menyaksikan Injil Benar kepada kawan-kawannyaserta penduduk-penduduk di situ. Hasil daripada saksian tersebut seramai 30 orang telah dibaptiskan di Kg Ponontomon. Sdra Sahoh Agar dan Dn Philip Tyan sering datang ke kampung ini untuk mengunjungi serta menggembalakan jemaat.

Sungguhpun gereja seperti Katholik dan Basel sudah mendahului memasuki ke kampung ini, namun ini tidak menghalang perkembangan pesat Gereja Yesus Benar. Pemercaya-pemercaya memeluk Gereja Benar kerana tertarik dengan ajarannya dan tanda-tanda mujizat, contohnya Sdri Sapion Entah yang terminum racun telah pulih setelah doa diadakan.

Pada mulanya, anggota dari Gereja Saga mengadakan Kebaktian Sabat di Gereja Ponontomon. Oleh kerana anggota-anggota kian bertambah, maka rumah Sdra Thomas dipilih sebagai tempat kebaktian. Beliau telah dilantik sebagai pemimpin kebaktian dan kemudiannya dia diangkat menjadi diakon.

Pada tahun 1965 sebuah bangunan gereja telah didirikan. Bangunan ini yang aberukuran 9.1m dengan 6.1m [ 30kaki X 20 kaki ], beratap zink, berdinding bambu dan berlantai simen telah dibangunkan di atas tanah sumbangan Sdra Thomas. Tetapi malangnya pada tahun 1978, ramai anggota menjauhkan diri dari gereja, ada yang menjadi kafir dan ada pula yang mengikut agama lain. Dn Thomas sendiri telah tidak lagi bertanggungjawab dan tidak datng untuk berbakti. Beliau telah menarik tanahnya yang telah disumbangkan kepada gereja. Akan tetapi dengan kasih karunia Tuhan, masih ada sekumpulankecil belia yang setia kepadaNya dan mereka menggunakan rumah Sdra Amus Laukung sebagai rumah doa.

Pada 22 Disember 1983, sebuah bangunan gereja baru telah didirikan di atas tanah yang telah disumbangkan oleh Sdri minah Matajak dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja.

Puji Tuhan, dengan siapnya gereja baru ini, bilangan pemercaya kian bertambah. Selain daripada kebaktian Hari Sabat, mereka juga mengadakan kebaktian pada malam Hari Khamis.

Pada masa sekarang jumlah pemercaya ialah 100 orang. Pendidikan Agama mengandungi 2 kelas dengan jumlah 18 murid dan 6 guru. Penguasanya iailah Laiseh Laukung dibantu oleh Ojim Indon. Jawatankuasa Gereja telah ditubuhkan dan terdiri daripada yang berikut:-

Hal Ehwal Agama         :           Asoi Ambas; Basari Kalanos [ Timbalan ]

Hal Ehwal Am              :           Amus Laukung, Minah Matajak [ pembantu ]

Bendahari                     :           Laiseh Laukung; Sainan Antiras [ pembantu ]

Setiausaha                    :           Ojim Indon, John Baragang [ pembantu ]