HARI NATAL MERUPAKAN PERKARA YANG SERIUS
Hari Natal iaitu ‘Christmas Day’ ialah perayaan yang terbesar dalam kalendar UK (United Kingdom). Sejak awal bulan Disember, tema utama perbualan ialah membeli-belah Hari Natal, persediaan untuk jamuan Hari Natal dan rancangan bagi pertemuan keluarga.
Dua minggu sebelum hari tersebut, perhiasan Hari Natal akan muncul dalam ruangan kerja. Sebakul penuh Kad Hari Natal dihantar dalam sampul surat atau dulang, bekalan pai daging kisar tidak pernah habis dan coklat bertambah banyak dalam bilik teh. Sekumpulan penyanyi carol yang diatur oleh badan-badan kebajikan dan pihak gereja mengerumuni orang ramai untuk tujuan mengumpul derma di stesen kereta api. Tidak kira kita suka atau tidak, Hari Natal telah tiba.
Bagi yang tidak menyambut Hari Natal, apa yang boleh dilakukan untuk menjauhkan diri daripada interupsi ini? Jikalau seseorang itu penganut Islam, adalah munasabah untuk mengatakan “saya merupakan penganut Islam, saya tidak menyambut Hari Natal.” Bahkan ada yang boleh mendakwa, “Saya seorang Atheis” ataupun “saya ialah Jedi Knight, saya tidak menyambut Hari Natal.” Tentu sukar untuk mengatakan, “saya ialah Kristian, namun saya tidak menyambut Kristian.”
Sebagai Kristian, kita terlibat dalam mengambil bahagian serta menyumbang secara aktif kepada masyarakat. Kita banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan bukan seiman, pelajar-pelajar, pelanggan dan rakan sekerja. (1 Kor 5:8-10). Dikotomi antara apa yang Yesus ungkapkan sebagai ‘bukan dari dunia’ (Yoh 15:19) dan ‘dari dunia’ (Yoh 17:15) merisaukan banyak pemercaya. Sejauh manakah kita bersepadu dengan masyarakat? Patutkah kita terlibat dalam kebiasaan setempat dan aktiviti kebudayaan ini? Jika kita terlibat, di manakah garis had yang kita tidak patut langkahi? Bagaimanakah tindak balas kita terhadap ketidaksetujuan dalam kalangan ahli Gereja Yesus Benar tentang perkara ini? Setiap isu mesti diselesaikan, begitu juga Hari Natal.
BERANEKA JENIS PAGAN DAN TRADISI AGAMA
Seperti apa yang kita ketahui, Hari Natal adalah gabungan pelbagai amalan, kebiasaan dan cerita-cerita yang telah dihafal serta diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Kebanyakan tradisi Natal adalah tidak berkaitan dengan kepercayaan Kristian, boleh dikatakan semua itu adalah amalan atau praktik yang berasal dari orang-orang kafir atau pagan.
Keluarga Kristian tipikal yang menyambut Hari Natal mungkin akan ada Pokok Natal dalam ruang tamu. Golongan muda dalam sesebuah keluarga akan mengambil bahagian dalam melakukan pembaharuan di sekolah. Keluarga dan kawan-kawan saling menukar hadiah di mana ibu bapa dan kanak-kanak atribut kepada karakter yang dipanggil Santa Klaus.
Sesetengah orang mengesan asal usul Pokok Natal sebelum era Kristian. Pokok-pokok dan dahan-dahannya telah diguna dalam budaya zaman purba bagi tujuan pelaksanaan suatu upacara. Semasa menyambut soltis musim sejuk (hari paling singkat dalam satu tahun), masyarakat Mesir Purba membawa daun kurma ke dalam rumah sebagai tanda kelahiran mengalahkan kematian. Sewaktu orang Rom menyaksikan pesta Saturnalia, sebahagian daripada upacara adalah menaikkan Dahan Evergreen. Orang awal Skandivania dikatakan memberi penghormatan kepada pokok Evergreen.
Pohon Mistletoe mempunyai makna kepada penyambutan Hari Perayaan Natal oleh orang Inggeris. Satu dahan Mistletoe digantungkan dalam rumah dan menurut kebiasaan sorakan Hari Natal, dua orang yang berjumpa di bawahnya harus berkucup. Kebiasaan ini adalah tradisi yang percaya bahawa Mistletoe boleh menjanjikan kesuburan.
Hari ini, ada sekolah dan gereja yang mengatur lawatan ke rumah jagaan (orang tua / anak-anak yatim). Mereka akan menyanyi lagu-lagu yang biasa dimainkan sewaktu Hari Natal. Selain daripada itu, banyak keluarga menikmati tradisi Hari Natal terutamanya dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menghadiri Perarakan Hari Natal.
Perayaan Hari Natal secara keagamaan bagi menandakan hari kelahiran Yesus disambut sehari sebelum Hari Natal. Gereja-gereja Roman Katolik menyambut mass pertama Hari Natal ada tengah malam. Gereja Protestan pula meraikan Upacara Kebaktian Menyalakan Lilin Hari Natal pada lewat hari sebelum Hari Natal.
* Kurang keyakinan dalam imam kita dan kurang kepercayaan kepada Tuhan sering membawa kepada pemalsuan terhadap kepercayaan dan amalan kita.
TRADISI TANPA KEPERCAYAAN
Meskipun ada latar belakang keagamaan mengenai Hari Natal, hari cuti ini telah hilang kandungan keagamaan di UK. Bagi pihak majoriti, Hari Natal tidak lagi asli seperti dahulu. Ia sudah hilang unsur ketuhanan dan hanya fokus kepada hadiah, makanan dan berpesta. Para Atheis juga menikmati muzik musim tersebut, mereka gembira apabila menerima hadiah daripada keluarga dan sahabat-sahabat serta mengucapkan “Merry Christmas” kepada semua orang.
Persoalannya, adakah penglibatan dalam perayaan yang tidak ada kandungan keagamaan itu suatu masalah? Kita tidak akan ditegur dalam mengingati, menghormati dan melibatkan diri dalam Hari Peringatan.
Sebilangan besar ahli Gereja Yesus Benar menganggap semua yang berkaitan dengan Hari Natal adalah larangan. Jika kita mengikuti fahaman tersebut, maka kita tidak patut melibatkan diri dalam semua aspek Hari Natal. Contohnya, kita tidak makan tengah hari sempena sambutan Hari Natal di kantin, tidak menerima Kad Hari Natal dan tidak menghadiri sebarang aktiviti Hari Natal.
Tidak dapat dinafikan pendekatan atau polisi tersebut dapat mengelakkan pemercaya daripada dipengaruhi dan dicelakakan. Namun, kesetiaan yang membuta tuli itu (tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti Hari Natal ) Jika tidak dilengkapi dengan pengetahuan kebenaran, maka sukar untuk bertahan dalam pengujian masa. Hanya pada waktu kita merasional dan menerapkan kepercayaan kita dengan firman Tuhan serta Roh Kudus maka kita dapat berdiri teguh dan bertindak secara bertanggungjawab atas sewajarnya.
MELAKUKAN PERINTAH TUHAN DENGAN SETIA
Alkitab dengan jelas mengingatkan kita untuk mentaati hukum-hukum Taurat. Umat pilihan tidak sepatutnya mengikuti cara bangsa lain beribadah kepada tuhan mereka. Sebagai contoh dalam prinsip ini, Tuhan tidak membenarkan tiang berhala dan tugu berhala didirikan di samping mezbah-Nya (Ul 16:20-22). Kita tidak boleh menggantikan Tuhan dengan allah yang lain. Kita tidak boleh menggantikan Tuhan dengan allah yang lain. Kita juga tidak dibenarkan untuk melakukan ibadah dengan cara lain, selain daripada cara yang diperintah Tuhan kepada kita (Ul 12:2-4).
Menyembah berhala dan membakar anak-anak (Ul 12:31). mereka merupakan perbuatan keagamaan yang dipercayai akan memperoleh jawapan daripada tuhan mereka. 450 orang Nabi Baal memanggil tuhan mereka dengan lebih keras dan menoreh diri mereka dengan pedang serta tombak (1 Raj 18:28). Namun, mereka masih tidak mendapat jawapan. Walaupun nabi-nabi Baal percaya dalam apa yang mereka lakukan, tuhan mereka tetap enggan menunaikan permintaan mereka. Nampaknya, walaupun syaitan akan menggunakan peluang sedemikian untuk melakukan kerjanya, kepercayaan yang palsu tetap tidak membawa apa-apa kebaikan dan tidak ada kesannya.
Tuhan melarang umat pilihan-Nya menoreh diri mereka ataupun menggundul rambut di atas dahi mereka kerana kematian seseorang (Ul 14:1). Sebagai anak Tuhan, kita tidak boleh melakukan perkara yang telah dilakukan oleh bangsa lain bagi allah mereka.
Musa memberitahu orang Israel,
“Jangan engkau berbuat seperti itu terhadap TUHAN, Allahmu; sebab segala yang menjadi kekejian bagi TUHAN, apa yang dibenci-Nya, itulah yang dilakukan mereka bagi allah mereka; bahakan anak-anaknya lelaki dan anak-anaknya perempuan dibakar mereka dengan api bagi allah mereka. Segala yang kuperintahkan kepadamu haruslah kamu lakukan dengan setia, janganlah engkau menambahinya ataupun menguranginya” (Ul 12:31,32).
LARANGAN TUHAN DALAM PETIKAN ALKITAB YANG DINYATAKAN DI ATAS DAPAT DIKAJI DALAM TIGA ASPEK IAITU:
i. Kepercayaan Palsu
Apa juga bentuk sistem, kepercayaan atau amalan yang diasaskan manusia adalah pekercayaan palsu. Walaupun kepercayaan tersebut dianggap sebagai kebenaran oleh manusia, namun kepercayaan tersebut tidak diterima Tuhan. Kita harus mengabaikan sebarang sistem kepercayaan palsu yang dibentuk oleh sokongan atau doktrin tradisional manusia (Kol 2:16-23).
Ada justifikasi Alkitab yang dapat digunakan untuk menjelaskan Hari Natal atau catatan tentang hari kelahiran Yesus. Sekiranya kita percaya bahawa menghadiri ibadah Hari Natal adalah wajib, maka itu adalah kepercayaan yang tidak benar. Kita tidak sepatutnya melibatkan diri dalam aktiviti -aktiviti tersebut kerana imam kita akan dikompromi.
Kurang jelas tentang ajaran kebenaran yang murni dan kurang percaya kepada Tuhan biasanya akan menyebabkan kita disesatkan dalam iman kepercayaan. Keadaan ini berlaku tanpa kita sedar. Umpamanya, perbuatan membawa benda yang dianggap memberi nasib baik dan penenang jiwa. Perbuatan yang sesat seperti itu adalah secara langsung mengambil bahagian dalam upacara ritual (Gal 4:9, 10; Kol 2:16-23), ataupun mengelak mengambil sesetengah jenis makanan (Rm 14:2).
Jika ada yang mempersoal tentang imannya, itu bukan iman tetapi dosa (Rm 14:23). Demikian juga, jika ada yang percaya bahawa makan pai daging kisar ataupun menggantung Mistletoe dalam rumah membawakan nasib baik, itu sebenarnya bercanggah dengan ajaran Alktiab. Kepercayaan tersebut adalah salah dan tidak membawa kebaikan melainkan keburukan.
ii. Simbolisme
Simbolisme atau tanda tidak kira secara keagamaan atau sekular, memainkan peranan yang signifikan dalam hidup kita. Jenama terkemuka adalah simbol kekayaan, status dan eksklusif. Mengenakan popi ataupun gelang tangan warna tertentu menggambarkan perpaduan dan sokongan terhadap sebab dan nilai yang lazim.
Simbolisme juga memainkan peranan penting dalam Alkitab. Sunat adalah tanda perjanjian antara Tuhan dan Abraham (Kej 17:11). Pelangi adalah tanda perjanjian antara Tuhan dengan segala makhluk yang ada di bumi (Kej 9:12,13). Mengikat firman Tuhan sebagai tanda pada tangan, lambang di dahi dan menuliskannya pada tiang pintu rumah atau pintu gerbang menunjukkan kesetiaan penuh kepada perintah Tuhan (Ul 6:8,9).
Namun, pernyataan simbol itu sendiri tidak membawa nilai sekiranya pemercaya simbol tersebut tidak melaksanakan nilai-nilai itu dalam hidup mereka. Simbol tersebut hanya menyemai rasa keselamatan yang tidak benar. Orang-orang Farisi memakai tali sembahyang yang lebar dan jumbai yang panjang (Mat 23:5) sebagai simbol kealiman mereka. Namun, hal itu menyebabkan Yesus mengecam mereka kerana mereka lebih suka menerima penghormatan daripada manusia berbanding melakukan perintah Tuhan.
Yoel memperingat umat Tuhan untuk mengoyakkan hati mereka dan bukannya pakaian mereka sebagai tanda pertaubatan (Yl 2:13).Kita harus peka terhadap apa yang kita pakai, apa yang kita kenakan dan apa yang kita lakukan.
Meletakkan Pokok Natal di dalam ruang tamu mungkin lambang yang menunjukkan kita mengamalkan nilai tentang hari cuti itu. Namun, ia juga mungkin berkaitan dengan pesta liar, mabuk, menghadiri perayaan keluarga dan pertemuan sosial. Tidak dinafikan ada yang menegaskan mahu menyambut hari kelahiran Yesus.
Sebagai pemercaya Gereja Yesus Benar, kita perlu bertanya, “adakah saya berkongsi nilai tersebut?” dan ” Kenapa saya terlibat dalam perkara yang saya tidak setuju dan tidak mahu melibatkan diri?” JIka kita tidak berkongsi nilai sedemikian, apa tujuan kita menyambut Hari Natal?
iii. Kebinasaan Fizikal dan Rohani
Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar; Kerana itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu! (1 Kor 6:20)
Tuhan telah memilih kita dari dunia ini sebab itulah dunia membenci kita (Yoh 15:19). Walaupun begitu, Tuhan tidak meminta supaya kita diambil dari dunia (Yoh 17:15). Adalah lumrah bagi manusia untuk mahu dikasihi oleh orang di sekelilingnya seperti keluarga, sahabat-sahabat dan rakan sekerja. Namun, ‘kelainan’ kita sebagai anak Tuhan memisahkan kita dari dunia. Itulah sebabnya dunia membenci kita (Yoh 15:19). Lebih banyak kita melibatkan diri dengan dunia, maka kita akan lebih disukai oleh dunia. Kita perlu waspada terhadap kebinasaan rohani dan bahaya yang didedahkan kepada diri kita serta saudara-saudara dalam mengikuti aktiviti Hari Natal.
Perbuatan saling menukar hadiah pada Hari Natal atau meletakkan pokok Natal di dalam rumah bukanlah dosa. Tetapi, ia merupakan satu proses penyerapan yang kita langgani secara tidak sedar.
Tuhan menegur umat-Nya dengan keras sejak zaman dahulu supaya tidak mengikuti perbuatan bangsa lain (Ul 8:19). Teladan firman yang disampaikan oleh orang kudus diturunkan dari satu generasi ake generasi seterusnya (Yud 3; 2 Tim 1:13;2:2). Kita tidak boleh menolak atau menukarkan firman Tuhan.
Syaitan biasanya menukarkan hukum Tuhan secara halus dan berjaya menjatuhkan manusia ke dalam dosa (Kej 3:4; Yud 4). Kita mesti berwaspada agar tidak memberi peluang kepada Iblis untuk bertindak terhadap kita. Menjadi murtad adalah suatu proses. Sama seperti Lot yang secara perlahan – lahan berkhemah di dekat Sodom (Kej 13:12), mungkin kita juga secara perlahan-lahan diheret meninggalkan kebenaran ketika mengikuti tradisi dan amalan dunia ini.
Kita mesti berwaspada agar tidak memberi peluang kepada iblis untuk bertindak terhadap kita. Menjadi murtad adalah satu proses. Sama seperti Lot yang secara perlahan-lahan berkhemah di dekat Sodom (Kej 13:12), mungkin kita juga secara perlahan-lahan diheret meninggalkan kebenaran ketika mengikuti tradisi dan amalan dunia ini.
MELIBATKAN DIRI SECARA POSITIF DALAM DUNIA
Dalam Ulangan 22:9-11, Tuhan melarang umat-Nya menabur bersama jenis benih yang berbeza, membajak menggunakan haiwan yang berlainan jenis bersama-sama dan memakai pakaian yang diperbuat daripada dua jenis bahan yang berbeza. Kenapa Tuhan risau mengenai hal kebendaan seperti ini? Tidakkah Dia merujuk kepada hal yang lebih mendalam?
Yesus telah memberikan contoh yang baik kepada kita untuk diteladani. Dia berada di dunia tapi bukan berasal dari dunia ini. Dia dituduh minum dan makan, menandakan Dia biasanya terlibat dalam aktiviti dunia seperti menghadiri jamuan perkahwinan. Namun pada masa yang sama, Dia telah hidup dengan tegas dalam hal beribadah, berpuasa dan berdoa.
Dia sangat peka terhadap keperluan fizikal dan emosi orang lain. Dia tidak kisah melanggar peraturan (hukum manusia) dan menimbulkan bantahan daripada orang ramai. Sikap pragmatis seperti itualh yang sepatutnya kita contohi. Kita tidak mengikuti tradisi Hari Natal dengan menghantar kad Natal dan menghiasi ruang tamu dengan meletakkan pokok Natal. Kita juga tidak mengatur aktiviti parti Hari Natal di tempat kerja atau universiti; mahupun melarikan diri daripada sebarang penglibatan sewaktu musim Hari Natal.
Sekiranya kita menghadiri aktiviti sewaktu Hari Natal seperti menghadiri jamuan makan Hari Natal dan membenarkan anak-anak kecil terlibat dengan program Hari Natal di sekolah mereka, kita perlu menanyakan soalan berikut;
i. Adakah aktiviti tersebut mempunyai unsur keagamaan bagi pihak kita dan kepada pihak yang menjemput kita? (Sekiranya jawapan adalah tiada, maka penyertaan itu tidak berbeza dengan acara sekular lain).
ii. Adakah kita mendedahkan diri kita kepada kebinasaan fizikal atau rohani? Adakah kita menggambarkan maksud yang salah kepada permercaya yang lemah dan keliru dalam soal keimanan mereka? (Jikalau ya, lebih baik jangan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut).
PENUTUP
Dengan pemikiran yang betul, tidak menjadi kesalahan untuk terlibat secara pasif dalam aktiviti musim perayaan Hari Natal. Hal ini demikian kerana kita mengetahui Hari Natal itu adalah tidak benar. Sebagai contoh, menerima kad Hari Natal bukan suatu dosa asalkan kita mengetahui itu hanyalah tanda niat baik daripada kawan dalam masyarakat.
Walau bagaimanapun, kita tidak mahu dianggap memegang kepercayaan yang tidak benar. JIkalau sahabat menjemput kita bertemu pada musim Hari Natal, kita tidak perlu takut untuk menerima jemputan tersebut. Tetapi kita harus mengingat bahawa kita mencerminkan imej Yesus ke mana saja kita pergi.
Sumber:
MANNA 56. Holidays, dlm
ia.tjc.org/elibrary/contentDetail.aspx