| | | | |

Gereja Saga

Orang pertama yang mempercayai Injil Kebenaran ialah Sdra Thomas Angek, bekas seorang pengikut Gereja Basel. Sdra Angek mengenal Gereja Yesus Benar ketika berada di Kampung Ponontomon, sejauh 2KM dari Kampung Saga. Setelah Dn Philip Tyan telah menyaksikan doktrin Gereja Yesus Benar kepadanya, dia dengan sekeluarganya telah menerima Injil Benar dan telahpun dibaptiskan.

Apabila Sdra Angek balik ke kampungnya dia menyaksikan Injil Benar kepada kawan-kawannya serta penduduk-penduduk di situ. Hasil daripada kesaksian tersebut seramai 30 orang telah dibaptiskan di Kampung Ponontomon. Sdra Sahoh Agar dan Dn Philip Tyan sering datang ke kampung ini untuk mengunjungi serta menggembalakan jemaat.

Sungguhpun gereja seperti Katholik dan Basel sudah mendahului memasuki ke kampung ini, namun tidak menghalang perkembangan pesat Gereja Yesus Benar. Pemercaya-pemercaya memeluk Gereja Benar kerana tertarik dengan ajarannya dan tanda-tanda mujizat, contohnya Sdri Sapion Entah yang terminum racun telah pulih setelah doa diadakan.

Pada mulanya, anggota dari Gereja Saga mengadakan Kebaktian Sabat di Gereja Ponontomon. Oleh kerana anggota-anggota kian bertambah, maka rumah Sdra Thomas dipilih sebagai tempat kebaktian. Beliau telah dilantik sebagai pemimpin Kebaktian dan kemudiannya dia diangkat menjadi diaken.

Pada tahun 1965, sebuah bangunan gereja telah didirikan. Bangunan ini yang berukuran 9.1m dengan 6.1m (30 kaki x 20 kaki), beratap zink, berdinding bambu dan berlantai simen telah dibangunkan di atas tanah sumbangan Sdra Thomas.Tetapi malangnya pada tahun 1988, ramai anggota telah menjauhi diri dari gereja, ada yang menjadi orang kafir dan ada pula yang mengikut agama lain. Dn Thomas sendiri telah tidak lagi bertanggungjawab dan tidak datang untuk berbakti. Beliau telah menarik tanahnya yang telah disumbangkan kepada gereja. Akan tetapi dengan kasih karunia Tuhan, masih ada sekumpulan kecil belia yang setia kepadaNya dan mereka menggunakan rumah Sdra Amus Laukung sebagai rumah doa.

Pada 22 Disember 1983, sebuah bangunan gereja telah didirikan di atas tanah yang disumbangkan oleh Sdri Minah Matajak dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja.

Puji Tuhan, dengan siapnya gereja baharu ini bilangan pemercaya kian bertambah. Selain daripada Kebaktian Hari Sabat, mereka juga mengadakan Kebaktian pada malam hari Khamis.

Pada masa sekarang jumlah pemercaya ialah 100 orang. Pendidikan Agama mengandungi 2 Kelas dengan 18 murid dan 6 guru. Penguasanya ialah Laiseh Laukung dibantu oleh Ojim Indon. Jawatankuasa Gereja telah ditubuhkan dan terdiri daripada yang berikut:-
Hal Ehwal Agama: Asoi Ambaa; Besiri Kalanos (Timbalan).
Hal Ehwal Am: Amus Laukung, Minah Matajak (Pembantu)
Bendahari: Laiseh Laukung, Sainan Antiras (Pembantu)
Setiausaha: Ojim Indon, John Baragang (Pembantu)

| |

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 35-36)

Fasal ini adalah sambungan daripada fasal 25:12-14.

1. Edom dihukum kerana dendam kesumat yang turun-temurun (1-9). Seperti darah Habel yang berteriak setelah mati dibunuh oleh Kain.

2. Dihukum kerana merampas dan menelan tanah pusaka Israel (10-12; 36:5). Tuhan masih menyertai Israel walaupun negara mereka telah binasa.

3. Sebab membesarkan diri terhadap Tuhan dalam kata-kata ucapan mereka (13-15).

Kata kunci dalam fasal ini ialah sunyi sepi, desolate, waste land. Satu perkataan yang berulang sebanyak 9 kali (3,4,7,9,12,14,15a,15b).

Tujuan fasal ini adalah untuk sengaja membandingkan kesudahan dua orang anak Abraham yang terpilih dan yang tidak terpilih, yang dikasihi dan tidak dikasihi.

Nubuat menentang Edom amatlah kontras dengan kesudahan Israel dalam fasal 36 seperti berikut:

1. Firman penghakiman ditujukan kepada pengunungan Seir.
Manakala firman PEMULIHAN janji Tuhan ditujukan kepada gunung-gunung Israel (2-3; 36:1-2,3).

2. Kesudahan yang kontras: Edom sunyi sepi selama-lamanya (35:9). manakala reruntuhan di Yehuda akan dibina semula dan didiami penduduk, membuat mereka banyak seperti lautan manusia (36:36-38).

Cara mereka dihukum rujuk nubuat dalam 25:14, mereka kemudian dimusnahkan oleh tangan bangsa Yahudi sendiri pada zaman Makabe.

Kesimpulan:
Mal 1:2-3 – Tuhan mengasihi Yakub tetapi membenci Esau.

FASAL 36 BERNUBUAT TERHADAP GUNUNG-GUNUNG ISRAEL

Menubuatkan pemulihan terhadap gunung-gunung Israel (1,4,6). Respons terhadap nubuat penghakiman dalam fasal 6:2-3

1. (1-7) Amaran kepada musuh-musuh Israel yang akan menanggung noda mereka.
Kelebihan Israel ialah mereka merupakan pusaka milik Tuhan (5; Ul 9:29; Yes 19:25). Sebaliknya pusaka Umat Tuhan yang paling bernilai ialah Tuhan Allah sendiri (Ul 10:9).

2. (8-15) Senario masa depan yang indah tentang pemulihan tanah Israel.
– Penduduk dan ternakan bertambah banyak (10-11).
– Lebih diberkati daripada dahulu (11). Contoh: Ayub lebih diberkati selepas dia lulus ujian daripada Tuhan (Ayb 42:12).
– Keturunan mereka mendapat tanah pusaka semula (12).
kehilangan anak – childless dalam versi ISV (12-15). Berkat pertama sejak penciptaan dipulihkan (11; Kej 1:28). Seumpama kota Yerikho yang dikutuki dan kemudian keadaannya dipulihkan melalui mukjizat yang dilakukan oleh Nabi Elisa (2 Raj 2:19-22).
– Terlepas daripada penghinaan dan kutuk (15).

3. (16-23) Tuhan akan menguduskan nama-Nya (20,21,22,23). Rujuk fasak 20:9,14,22,39,44.

Demi nama Tuhan, umat Tuhan dihukum. Akan tetapi, apabila umat Tuhan dihukum sehingga nama Tuhan dihujat oleh bangsa kafir, maka demi nama Tuhan juga, Dia bertindak untuk memulihkan umat-Nya.

4. (24-27) Pembaharuan hidup Israel.
– Mereka akan ditahirkan daripada noda berhala-berhala (25).
– * Roh yang baharu akan mengubah hati mereka yang keras – stony (Cuv, KJV) menjadi lembut – flesh (CUV, KJV) (26-27; 11:19;37:14;39:29). Apabila manusia gagal mengubah hati yang keras dan degil, satu-satunya penyelesaian ialah Tuhan mengganti hati yang baharu dengan Roh-Nya yang baharu.

5. (28-36) Israel mendapat pusaka semula.

Reruntuhan dibina semula, tanah yang lama dan usang ditanam semula, suasana berubah menjadi seperti Taman Eden yang sangat subur dan menggembirakan (33-36).

6. (37-38) Janji tentang penduduk Israel bertambah pesat.

Sajian Rohani Dn Gayus Leong

Sajian Rohani Dn Gayus Leong


[dflip id="7804" ][/dflip]

ISI KANDUNGAN

KESAKSIAN
1. Kepercayaan, kehidupan, pengalaman
2. Tuhan yang menjaga manusia
3. Alat kelamin lelaki bengkak
4. Proses yang sukar dalam mencari gereja benar
5. Yesus menyelamatkan dan menyembuhkan

KHUTBAH
1. Tuhan, mengapa Engkau meninggalkan Aku?
2. Ya Bapa, ampunilah mereka.
3. Aku Haus
4. Sikap terhadap pembacaan Alkitab (1)
5. Sikap terhadap pembacaan Alkitab (2)
6. Yesus mengasihi orang berdosa
7. Mendapat berkat dengan melakukan Firman

BELIA
1. Murah hati dan kasih
2. Tempat yang senang
3. Kesalehan
4. Lima etika dan lima akhlak