Komentar Kitab Amos

Komentar Kitab Amos


[dflip id="7718" ][/dflip]

Dalam dua belas kitab nabi-nabi kecil, hasil penulisan yang paling terkemuka pada abad kelapan ialah Kitab Amos, Kitab Hosea dan Kitab Mikha.

Sering kali ada ahli teologi yang cuba menyunting komentari untuk Kitab Amos dan Kitab Mikha secara bersama-sama kerana difikir senang untuk diselidiki bersama.

Tambahan pula, dua orang nabi ini berada dalam angkatan yang sama. Sungguhpun mereka orang yang berlainan, akan tetapi mesej yang disampaikan mereka lebih kurang sama, yakni menegaskan keadilan dan kebenaran Tuhan.

Nabi Amos memasang kanta fokusnya pada Kerajaan Israel Utara. Mesej yang disampaikan adalah untuk Kerajaan Israel secara keseluruhannya, yang turut menjadi panduan utama bagi hamba-hamba Tuhan pada angkatan zaman baharu ini.

Gereja & Perniagaan – Hujan MUSIM SEMI Terbitan 60

Gereja & Perniagaan – Hujan MUSIM SEMI Terbitan 60


[dflip id="7537" ][/dflip]

Perniagaan merupakan suatu aktiviti jual beli antara dua pihak dan merupakan suatu aktiviti sosial yang lazim dalam masyarakat.

Gereja pula merupakan institusi keagamaan di mana umat pilihan Tuhan datang berkebaktian dan menyembah Tuhan.

Kian hari, unsur-unsur perniagaan sudah pun mula menyelinap masuk ke dalam gereja.

Apakah pandangan Tuhan Yesus terhadap perkara ini ?

Krisis Dalam Kemakmuran – Hujan MUSIM SEMI Terbitan 58

Krisis Dalam Kemakmuran – Hujan MUSIM SEMI Terbitan 58


[dflip id="7529" ][/dflip]

Kemakmuran dalam hidup adalah impian setiap manusia.

Kita sentiasa merancang setiap detik langkah kehidupan supaya setiap usaha, keringat dan jerih payah kita diakhiri dengan kesenangan dan kejayaan.

Saat kita berusaha untuk menggapai impian ini, acap kali kita memohon penyertaan Tuhan supaya kita berhasil. Kita bertindak seperti Yakub yang berdoa di Betel memohon Tuhan menyertai perjalanan-Nya.

Persoalannya, tatkala kita mengecapi kejayaan dari usaha serta berkat Tuhan, adakah terdetik di hati kita untuk mengembalikan kemuliaan serta membalas kasih Tuhan ?

Saat kita berpuas hati serta bersenang lenang menikmati kemegahan harta kita, adakah kita masih mempunyai iman yang tulus seperti saat kita bertelut dan merendahkan diri memohon penyertaan daripada Tuhan suatu ketika dahulu ?

Dipimpin Roh Kudus – Hujan MUSIM SEMI Terbitan 56

Dipimpin Roh Kudus – Hujan MUSIM SEMI Terbitan 56


[dflip id="7495" ][/dflip]

Kompas adalah alat yang sangat penting bagi seorang pengembara dalam setiap pengembaraannya. Tanpa kompasnya, seorang pengembara akan kehilangan arah, tersesat dan tidak mampu meneruskan perjalanan untuk sampai ke destinasi yang ditujuinya.

Jemaat gereja benar adalah seperti seorang pengembara yang mengembara di dunia sementara ini.

Persoalannya, adakah kita memiliki kompas rohani untuk menempuh liku-liku pengembaraan menuju ke Kerajaan Syurga ?