|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 46-48)

1. Korban persembahan dan ibadah untuk Hari Sabat dan bulan baru (46:1-8). Gerbang timur hanya boleh dibuka pada Hari Sabat untuk memberi laluan kepada raja yang datang beribadah (46:1-3). Pintu timur harus ditutup selepas kemuliaan Allah masuk ke Bait Suci kecuali dibuka kepada raja pada Hari Sabat (44:3).

2. Ketetapan perayaan-perayaan lain dan korban persembahan tiap hari (46:9-15).

a. Peraturan ibadah yang hanya maju tanpa berundur.

Umat yang masuk melalui pintu gerbang utara untuk sujud menyembah wajib keluar melalui pintu gerbang selatan; jika masuk dari pintu gerbang selatan haruslah keluar melalui pintu gerbang utara. Jangan ada orang yang keluar dari pintu gerbang yang sama (9). Menunjukkan dilarang berundur dan jatuh merosot dalam perjalanan iman. Ini ada persamaan dengan cara pergerakan empat makhluk, mereka hanya boleh maju ke depan dan tidak berundur (1:9,12,17). Dalam Hukum Taurat melarang Umat Israel kembali ke jalan Mesir (Ul 17:16), kerana Tuhan tidak berkenan dengan orang benar yang mengundurkan diri (Ibr 10:38-39).

b. Bersama dengan raja semasa ibadah Sabat.

Ketika umat masuk ke Bait Suci, raja akan masuk bersama; apabila umat keluar, raja turut keluar bersama. Ini menunjukkan ibadah Sabat yang berkenan kepada Tuhan dan pasti disertai Tuhan Yesus, raja mereka (10).

(c) Peraturan mewarisi milik pusaka daripada raja (46:16-18).
– Anak raja boleh mewarisi tanah sebagai bagian tetap 916).
– Tanah raja yang diberi kepada hamba-hamba-Nya hanya menjadi kepunyaan mereka sehingga tahun kebebasan (Tahun Sabat) wajib dikembalikan. Hanya putera boleh mewarisi tanah raja.
– Raja tidak akan mengambil tanah dari milik pusaka rakyat (18).

(d) Tempat memasak bahan korban persembahan (46:19-24).
– iman-iman memasak korban penebus salah dan korban imam sebelah utara tempat kudus, pelataran dalam (19-20).
– Petugas-petugas Bait Suci memasak korban sembelihan umat Tuhan di dapur tempat masak di pelataran luar (23-24).

Fasal 47 Sungai Air kehidupan dan sempadan tanah perjanjian

a. Sungai air kehidupan (47:1-12). Rujuk dan bandingkan dengan Wahyu 22:2.

1. Ada air kehidupan mengalir dari bawah ambang pintu, di sebelah kanan Bait Suci, di selatan mezbah, mengalir ke arah pintu gerbang timur.

2. Air semakin dalam. Dari paras air di pergelangan kaki, sampai ke lutut, kemudian sampai ke pinggang, akhirnya ia menjadi sungai dalam yang tidak dapat diseberangi.

3. Air mengalir menurun ke Araba Yordan, sehingga di Laut Asin, iaitu Laut Maut. Namun ia menghidupkan Laut Mati menjadi laut yang hidup, air mejadi tawar, sehingga segala makhluk hidup yang berkeriapan di sana menjadi hidup. Disebabkan ikan-ikan menjadi banyak, nelayan-nelayan datang menangkap ikan dan menjadikan daerah itu tempat penjemuran pukat.

Keadaan ini menunjukkan kerja Roh Kudus yang menyertai kehidupan umat Tuhan. Mengingatkan umat Tuhan agar taat setia sepenuhnya kepada pimpinan Roh Kudus (Yoh 4:10-14; 7:37-39; Gal 5:25;6:8-9). Rawa-rawanya ada payanya tidak menjadi tawar atau tidak dapat disembuh / dipulihkan)

Bermakna jika seseorang tidak rela taat pada gerakan dan pimpinan Roh Tuhan, dia mendukakan Roh Allah dan tetap tidak akan mengalami perubahan dan pembaharuan dalam hidupnya.

Bukan bermakna Tuhan tidak mampu mengubahnya tetapi kesudahannya telah ditetapkan dan muktamad (11; Why 22:11).

4. Pohon yang tumbuh di sebelah menyebelah sungai kehidupan sangat subur kerana setiap bulan berbuah. Ia tidak disebut sebagai Pohon Kehidupan namun bersifat sama dengan catatan dalam Kitab Wahyu. Keadaan ini menunjukkan orang yang dipenuhi Roh Kudus akan menghasilkan buah Roh yang bagaikan makanan yang memberi kepuasan dan ubat yang menyembuhkan penyakit rohani (12; Gal 5:22-23).

5. Rujuk dan bandingkan dengan Kejadian 2:9-14 dan Wahyu 22:1-2.

B. Pembahagian Tanah dan menentukan Sempadan (47:13-23)
1. Menentukan sempadan tanah perjanjian (13-23)
Yusuf mendapat dua bahagian, iaitu Efraim dan Manasye, menegaskan kepentingan hak kesulungan untuk mewarisi pusaka Tuhan (15-21).

Suku Lewi tidak termasuk:
a. Utara: Dari Laut Tengah ke Hamat (15-17).
b. Timur: Dari sempadan utara ke Sungai Yordan (18);
c. Selatan: Meriba dekat Kadesh sampai Sungai Mesir (19);
d. Barat : Laut Tengah (20).

2. Membahagikan tanah untuk umat Tuhan termasuk orang asing yang diam di tengah-tengah mereka. Anak-anak orang asking diiktiraf sebagai orang Israel dan layak mewarisi tanah pusaka (21-23).

Berbeza dengan pembahagian tanah zaman Yosua, iaitu bangsa kafir langsung tidak mendapat bahagian dalam pusaka perjanjian Tuhan. Namun hari ini bangsa-bangsa bukan Yahudi turut mendapat bahagian di dalam perjanjian Abraham apabila percaya Injil Tuhan Yesus dan menjadi keturunan Abraham secara rohani (Gal 3:26-29).

FASAL 48 PEMBAHAGIAN MILIK PUSAKA 12 SUKU DAN PINTU GERBANG YERUSALEM

Menetapkan sempadan tanah 12 suku.

1. 7 suku mendapat tanah bahagian dari utara ke selatan (48:1-7).
a. Bahagian suku Dan (1).
b. Bahagian suku Asyer (2).
c. Bahagian suku Naftali (3).
d. Bahagian suku Manasye (4).
e. Bahagian suku Efraim (5).
f. Bahagian suku Ruben (6)
g. Bahagian suku Yehuda (7).

2. Tanah persembahan khusus – Tempat kudus (48:8-22).
a. Tanah imam-imam (48:8-12).
– Persembahan khusus iaitu tanah imam (45:1-4).

– Bersambung dengan sempadan selatan bahagian suku Yehuda (48:8).

– Panjang 25,000 hasta, lebar 10,000 hasta.

– Tanah kudus milik TUHAN Allah untuk Bait Suci terletak di tengah-tengah negeri itu; tanah yang Maha Kudus.

– Sempadan selatan tanah kudus bersambungan dengan orang Lewi di selatan (45:5).

b. Bahagian suku Lewi (48:13-14).
– Bahagian suku Lewi juga dimiliki dan dikuduskan bagi TUHAN.

– Tanah ini dilarang jual dan bertukar.

c. Tanah kota (48:15-19)
– Rujuk 45:6

– Ada tanah lapang berukuran 5,000 hasta lebarnya untuk keperluan kota sebagai tempat tinggal dan tanah perladangan (15).

– Kawasan kota berukuran 4,500 hasta x 4,500 hasta (16).

– Ada tanah lapang di utara dan selatan berukuran 250 hasta, demikian juga di sebelah timur dan barat terdapat tanah lapang yang berukuran sama (17).

– Umat Tuhan bekerja di tanah sebelah timur (10,000 hasta) dan barat (10,000 hasta) tanah kudus untuk mendapat rezeki makan (18).

3. Bahagian 5 suku Israel di selatan tanah kudus, dikira dari selatan ke utara (48:1-8).
a. Bahagian suku Benyamin
b. Bahagian suku Simeon
c. Bahagian suku Ishakar
d. Bahagian suku Zebulon
e. Bahagian suku Gad

4. Keunikan pembahagian tanah yang berbeza dengan zaman dahulu:
a. Milik pusaka tanah hanya di seberang barat Sungai Yordan. Tidak termasuk tanah dua suku setengah di timur Sungai Yordan.

b. Tidak lagi membahagikan kerajaan selatan dan utara.

5. Dimensi kota dan pintu gerbang kota (48:30-35).
a. Kota berukuran 4,500 hasta x 4,500 hasta, dalam bentuk empat persegi.

b. 12 pintu-pintu kota (rujuk Why 21:21). Setiap pintu merupakan mutiara di Yerusalem Baru yang dilihat oleh Yohanes.
– Tiga pintu di utara: Pintu Ruben, Pintu Yehuda dan Pintu Lewi.
– Tiga pintu di timur: Pintu Yusuf, Pintu Benyamin, Pintu Dan.
– Tiga pintu di selatan: Pintu Simeon, Pintu Ishaka, Pintu Zebulon.
– Tiga pintu di barat: Pintu Gad, Pintu Asyer, Pintu Naftali.

c. Apabila membahagikan tanah, Yusuf mendapat dua bahagian, namun dalam soal pintu gerbang Yusuf dianggap satu suku dan nama Lewi tersenarai.

d. Nama 12 suku kemungkinan mengikut urutan senarai nama 12 batu permata yang terletak pada tutup dada imam besar (Kel 28:5-30).

Perbandingan dengan kota Yerusalem Syurgawi di Wahyu fasal 21

1. Kota suci ada 12 pintu. Setiap arah ada tiga pintu, masing-masing pintu ditulis nama 12 Suuku Israel (Yeh 48:31-34). Demikian juga Kota Suci Yerusalem ada 12 pintu, setiap arah ada tiga pintu, masing-masing ditulis nama 12 suku Israel. Setiap pintu ialah Mutiara (Why 21:11,21).

2. Bait Suci tiada di Kota Suci, tetapi di tanah persembahan khusus untuk imam. Sebaliknya, tiada Bait Suci di dalam Kota Suci. Allah sendiri dengan domba menjadi Bait Suci bagi umat-Nya (Why 21:22).

3. Nama kota ini akan disebut Adonay Shamma @ TUHAN HADIR DI SITU (48:35). Demikian juga khemah Allah ada di tengah-tengah manusia dan Ia akan diam bersama dengan mereka (Why 21:3ff).

Bibliografi:
Lin Yung Ji, Komentar Kitab Yehezkiel, 2007,

John B. Taylor, Ezekiel, Tyndale Old Testament Commentaries, 2003.

Meishi Tsai, The Return of the Glory, 2008.

RHEMA Bible App. 2022, True Jesus Church.

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 39…)

1. Kemusnahan musuh-musuh yang menyerang (1-10)

2. Mengubur mayat dan perjamuan korban yang besar (11-20).

3. Israel akan mengenal Tuhan dan menginsafi dosa (21-24). Umat Israel mengenal bahawa Yesus adalah Allah mereka.

4. Tuhan berjanji akan memulihkan seluruh kaum Israel dan mencurahkan Roh-Nya ke atas Israel (25-29). Janji ini dipetik oleh Paulus ketika menjelaskan rencana Tuhan bahawa segenap rumah Israel akan menjadi percaya pada zaman akhir (Rm 11:25,26,27).

(7,13) Tujuan Tuhan mencetuskan perang besar ini agar menyatakan kebesaran nama Tuhan yang kudus.

Butir-butir penting yang perlu diambil perhatian:

1. Gog adalah musuh Tuhan (38:3; 39:1).

2. Raja yang berasal dari utara (38:15; 39:2; 32:30).

3. Masa penggenapan hanya akan terjadi sesudah satu jangka waktu yang lama, iaitu pada hari yang kemudian pada zaman akhir (38:8,16,39:8). In the latter days (KJV).

4. Kesudahannya, mereka ditewaskan dalam medan perang oleh Tuhan Allah sendiri. Mayat mereka dikubur di Lembah khalayak ramai Gog/ Homongog – multitude of Gog (39:11,15).

Mayat mereka dijadikan hidangan jamuan Tuhan kepada burung-burung dan binatang buas (39:17-20). Satu fenomena yang memperlihatkan Tuhan mengutuki sesuatu bangsa berdasarkan peraturan Hukum Taurat (Ul 28:26; 32:4; Why 19:17-21).

5. Saat sisa Israel menjadi percaya seperti yang dinubuatkan oleh Rasul Paulus akan tergenap selepas perang Israel dengan tentera persekutuan Raja utara Gog (39:21-22,25,28; Rm 11:25-26).

6. Dalam Kitab Wahyu pula mencatatkan, selepas seribu tahun Iblis dibelenggu. Gog yang mewakili bangsa-bangsa dari empat penjuru disesatkan Iblis untuk menyerang perkhemahan orang kudus iaitu jemaat Allah yang dikuduskan dalam zaman akhir (1 Kor 1:1-2), dan kota yang dikasihi, Bangsa Israel (Why 20:7-10).

7. Kaum Israel akan menerima pencurahan Roh Kudus Tuhan (39:29).

Penglihatan ke-4, Penglihatan Tentang Bait Suci dan Kota Kudus (Fasal 40:48).

Tarikh Penglihatan
Tarikh melihat penglihatan: 10hb bulan 1 (1), tahun ke-25 selepas Nabi Yehezkiel ditawan, iaitu 28hb April tahun 573SM. Hari persiapan Paskah untuk menyediakan seekor domba. Tahun ke-14 selepas Kota Yerusalem runtuh (1-2).

Roh Nabi Yehezkiel kedua kali diangkat kembali ke Kota Yerusalem (8:1-3; 40:1-3).

Tongkat pengukur – Ukuran Tuhan yang lebih tinggi
tongkat pengukur yang digunakan sepanjang 6 hasta, namun ukurannya setapak tangan lebih panjang daripada yang biasa, 1 hasta dalam Kitab Yehezkiel (40:3-5) = 1 hasta biasa + setapak : 17.5 inci + 20.4 inci / 44.7 cm + 7cm: 51.8cm.

Menunjukkan piawai (standard) Tuhan tidak sama dengan ukuran manusia.

Pada mulanya, Yehezkiel melihat malaikat yang mengukur. Namun umat Tuhan juga dikehendaki mengukur Bair Suci menurut ukuran Tuhan (43:10).

Berbanding dengan tongkat pengukuran malaikat yang mengukur Kota Yerusalem baru di Wahyu, ukuran malaikat dengan manusia telah menjadi sama, kerana menggambarkan tahap gereja Tuhan telah mencapai sempurna dan bertepatan dengan ukuran Tuhan (5; Why 11:1-2; 21:16-17).

Beberapa jenis tafsiran tentang penglihatan Yehezkiel dari fasal 40-48
1. Bait suci yang ideal.
2. Pemulihan Kerajaan Israel secara politik.
3. Bangunan Bait Suci yang didirikan oleh Zionist, orang Yahudi pada zaman akhir.
4. Kerajaan Mesias seribu tahun (37:25,26). Gereja yang didirikan oleh Roh Kudus pada zaman akhir yang selama-lamanya disertai Tuhan (37:14; 24-28).

Sebab mengapa menafsirkan penglihatan ini sebagai gambaran pemulihan.

Kerajaan Israel rohani dan Gereja Tuhan Yessus pada zaman akhir:
1. Nabi Yehezkiel melihat penglihatan ini pada bulan Paskah (April), tahun 573BC. Penglihatan ini terjadi sebelum Zerubabel kembali ke Yerusalem membina Bait Suci secara terperinci (40:4). namun mereka tidak membina Bait Suci berdasarkan rekaan dan ukuran penglihatan Yehezkiel.

2. Penglihatan ini dilihat pada hari menyediakan seekor domba Paskah, iaitu 10hb Bulan Nisan. Ini satu peringatan bahawa penglihatan yang dilihat sepatutnya berkaitan dengan Bait Suci atau kerajaan yang ditubuhkan oleh Mesias, iaitu domba Paskah Allah (40:1; Yoh 1:29; 1 Kor 5:7).

3. Dalam Perjanjian Baru bangunan Bait Suci diambil alih oleh tubuh Tuhan, bait Roh Kudus yang sebenarnya, iaitu jemaat atau gereja Allah (Yeh 37:26-28; 48:35; Yoh 2:20-21; 1 Kor 3:16; 6:19-20; 2 Kor 6:16; Ibr 8:5). Akhirnya, Tuhan Yesus sendiri menjadi Bait Suci pemercaya, bangunan fizikal Bait Suci satu hari annti tidak diperlukan lagi (Why 21:22). Namun hukum dan peraturan Bait Suci tetap dikekalkan iaitu yang puncak tertinggi dan Maha Kudus (43:12).

4. Hukum upacara:
– semua jenis korban persembahan digenapi oleh kasih karunia Yesus (43:18-24, 26-27; Ibr 10:1-7).

5. Sistem Imamat digenapi oleh kasih -karunia Yesus (44:15-31; 1 Pet 2:5,9; Why 5:10; Rm 12:1; 15:16; Why 20:6).

6. Sistem monarki har ini diwarisi setiap jemaat (44:3; 45:7-17; 46:1-2; Why 5:1-; 20:6).

7. Terang kemuliaan Tuhan menyinari dari timur (44:4; Why 7:1-4; 15-17). Kemuliaan Tuhan kembali ke Bait Suci melalui pintu gerbang timur – menubuatkan kemunculan gereja benar zaman akhir dari Timur (43:1ff).

8. Kerajaan Raja Daud (Mesias) yang kekal (37:24,25), Takhta Tuhan yang selama-lamanya menyertai mereka (43:7,9). Keadaan ini hanya akan wujud dengan janji pencurahan dan penyertaan Roh Kudus yang selama-lamanya menyertai murid-murid Tuhan Yesus (36:27-28; 39:29; 47:1-12; 14:16-18).

9. Pintu Timur ditutup dan tidak dibuka lagi (44:1-2); (43:7,9). Menurut rencana Tuhan, Dia menjanjikan kehadiran-Nya di dalam Bait Suci akhir zaman (GYB) adalah selama-lamanya.

10. Muka bumi di kawasan Laut Mati sehingga sekarang tidak pernah mengalami sebarang perubahan seperti dinyatakan dalam fasal 47:1 dan ayat berikutnya. Sungai air hidup ini pernah dinubuatkan oleh Nabi Yoel (Yoel 3:18) dan Nabi Zakharia (Zak 14:8); kemudian muncul semula dalam Kitab Wahyu, ia melambangkan karunia Roh Kudus yang memberi hidup kekal (Why 22:1-3).

11. Dalam sejarah Israel, sejak tawanan Yahudi kembali ke Yerusalem mereka tidak pernah mengadakan pembahagian tanah kepada 12 suku masing-masing seperti dalam fasal 47:13-48: 35.

12. Menurut konteks, fasal 39:25-29 adalah berkenaan janji karunia Roh Kudus dicurahkan dan keselamatan segenap rumah Israel (Rm11:26).

1. Cara melihat dan menafsir penglihatan Bait Suci dan Yerusalem (fasal 40-48):

Ditinjau dari sudut latar belakang dan zaman Yehezkiel:

1.1 Sikap dan tanggungjawab melihat penglihatan:
– Mata melihat / membaca dengan teliti (40:4).

– Telinga mendengar dengan sungguh-sungguh (40:4). Semasa melihat penglihatan, nabi turut mendengar suara malaikat dan Tuhan yang memberi petunjuk kepadanya (45-46; 41:4, 22; 42:13-14; 43:6-12; 18-27; 44:2-3ff).

– Hati (dalam kitab Ibrani ada tercatat hati) memperhatikanlah baik-baik / set your heart upon all that… (40:4).

– Mulut memberitakan kepada kaum Israel segala sesuatu yang dilihat (40:4; 43:10). Misi untuk memberitakan petunjuk daripada Tuhan.

– Tangan menuliskan apa yang dilihat dan didengar (43:11).

– Melakukan dengan setia segala hukum dan peraturan yang ditunjukkan oleh Tuhan (43:11).

– Agar diperbolehkan masuk ke dalamnya (44:5).

1.2 Tujuan dan objektif penglihatan untuk kaum Israel:

– Agar mereka malu dan insaf (43:10), apabila mengingat kembali bagaimana mereka menajiskan Bait Suci yang lalu (Yeh 8-11).

– Raja-raja / princess (KJV) akan berlaku adil (45:8-9).

– Setiap suku akan mendapat milik tanah sendiri (45:8; 48:29).

– Mengadakan pendamaian bagi kaum Israel (45:17).

– Mendapat janji penyertaan Tuhan yang kekal (48:35).

Nabi diletakkan di gunung tertinggi, di puncak gunung (40:2; 43:12; Why 21:10; Lk 4:5; Yes 2:2-3).

Nabi melihat ada yang menyerupai bentuk kota di selatan (CUV, KJV, ISV).

A. Penglihatan tentang struktur Bait Suci (40-42)
1. Struktur Bait Suci (40:1-42:20)

Mengukur tembok di sekeliling (5)
Tebalnya satu tongkat dan tingginya satu tongkat, tembok yang amat tebal dan tinggi;

Satu tongkat berukuran 6 hasta = 3.2 meter (1 hasta biasa ialah 45.7cm hasta di sini setapak lebih panjang, lebih kurang 53.2cm atau 20.5 inci). Mengukur dengan ukuran Tuhan, bukan ukuran manusia. Piawaian Tuhan lebih tinggi daripada manusia.

Dalam penglihatan Rasul Yohanes dalam Kitab Wahyu, malaikat juga mengukur tembok Yerusalem yang tinggi dan besar, yang diperbuat daripada permata yaspis, dibangun di atas 12 dasar yang ditulis dengan nama 12 rasul (Why 21:12,14,17-20; Efe 2:20).

Implikasi rohani: Langkap menerima anugerah keselamatan tembok sebagai pemisah dan perlindungan dari dunia luar, demi menerima anugerah keselamatan, jemaat Tuhan harus ada iman untuk meninggalkan segala unsur-unsur duniawi dan memperoleh damai sejahtera dalam Tuhan (Yes 26:1-3).

Pelantaran luar (40:6-27).
Pintu gerbang timur (6).

Pintu gerbang timur ialah pintu utama memasuki Bai Suci, ia menuju ke arah tempat Maha Kudus.

1. Menaiki tangga ke pintu ke pintu gerbang timur, namun tidak diberitahu berapa anak tangga, jika dibandingkan dengan pintu utara dan selatan masing-masing 7 anak tangga (6,22,26), dari situ mengukur ambang pintu yang selebar satu tongkat.

2. Terjemahan KJV dengan CUV merekodkan mengukur dua ambang pintu yang sama ukuran… measured the threshold of the gate, which was one reed broad; and the other threshold of the gate, which was one reed broad.

Implikasi rohani:
Demi mendekat Tuhan, setiap umat harus berusaha memajukan dan mempertingkatkan tahap kerohanian, dari pelataran luar tangga ini 7 anak tangga (40:22,26), sehingga pelataran dalam ia semakin tinggi menjadi 8 anak tangga (31,34,37).

2. Mengukur kamar jaga (4-:7,10), lebar dan panjang masing-masing 1 tongkat yang berbentuk empat segi, jarak di antara dua kamar jaga ialah 5 hasta.

Implikasi rohani:
Para gembala hendaklah sentiasa berjaga-jaga untuk menguduskan diri dan mempertahankan iman jemaat daripada ancaman unsur-unsur duniawi, ajaran palsu atau perbuatan si jahat (2 Kor 6:16-17; 1 Pet 1:14-16; 5:7-8).

(1) Mengukur ambang pintu gerbang dalam (KJV:within) yang menuju ke Bait, lebar satu tongkat (40:7).

(2) Mengukur balai gerbang. Seterusnya dia mengukur Balai gerbang itu yang berukuran 8 hasta (40:8; CUV ayat 9).

(3) Mengukur tiang tembok yang selebar 2 hasta (40:9; Gal 2:9; 1 Tim 3:16).
– Mengukur 6 kamar jaga di pintu gerbang sebelah timur, 3 kamar di satu sisi dan 3 kamar di sebelah, semuanya berukuran sama (40:10).

– Mengukur kedua tiang tembok pada kedua sisi yang berukuran sama (40:10).

– Mengukur lubang pintu gerbang, lebarnya 10 hasta dan panjangnya 13 hasta (11-12).

– Dari dinding belakang kamar jaga yang satu sampai dinding belakang kamar jaga berukuran 25 hasta (Dinding 1 hasta + kamar jaga 6 hasta + pintu gerbang 11 hasta + kamar jaga 6 hasta + dinding 1 hasta : 25 hasta) (13).

– Mengukur balai gerbang 20 hasta (ITB mengikut rekod LXX, CUV, 60 hasta) [1], bersambungan dengan pelataran luar (14).

– Jarak dari pintu gerbang luar hingga balai gerbang sebelah dalam ialah 50 hasta (15).

– Jendela-jendela dengan bidai (16,33,36) – hamba Tuhan perlu ada pandangan yang luas, berkominukasi dengan Tuhan dan berinteraksi dengan teman sekerja dengan jemaat. Tidak menyendiri dan mengasingkan diri daripada orang lain dengan subjektif.

– Pada tiang-tiang tembok terukir dengan pohon kurma (16), serupa dengan hiasan bait Salomo (1 Raj 6:29-35; Maz 92:13), mengingatkan daya hidup rohani yang subur, cekal dan sabar menanggung tekanan dan penderitan demi Tuhan, berbuah lebat sehingga usia tua, memberi kemuliaan kepada TUHAN.

Mengukur pelataran luar ( 40:17-19).
1. Sekeliling pelataran ada 30 bilik yang dibangun di atas lantai batu.

2. Jarak dari pintu balai gerbang pelataran luar hingga pintu timur pelataran dalam berukuran 100 hasta (19).

Pintu gerbang utara pelataran luar (40:20-23) dan pintu gerbang selatan pelataran luar (40:24-27).

1. Semua serupa dan berukuran sama dengan pintu timur di pelataran luar.

2. Kecuali naik ke pintu gerbang utara dan selatan ada disebut melalui anak tangga yang tujuh tingkat (22,26).

Pelataran dalam (40:28-47).
Pintu gerbang selatan (40:28b-47)

1. Masuk ke pelataran dalam melalui pintu gerbang selatan (40:28).

2. Ada kamar jaga, pintu gerbang, balai gerbang, tiang-tiang tembok, jendela-jendela.

3. Tiang-tiang tembok terukir dengan gambar pohon kurma. Mengingkatkan Hamba Tuhan yang semakin dekat dengan Tuhan harus lebih cekal, sabar menanggung tekanan. Naik ke pintu gerbang selatan pelataran dalam melalui tangga lapan tingkat. Yesus bangkit pada hari Ahad, hari pertama dalam seminggu atau hari ke-8 dari minggu yang lalu.Menunjukkan semakin mendekat kepada Tuhan, tahap kerohanian semakin tinggi (40:31).

Pintu gerbang timur pelataran dalam (Yeh 40:32-34).
1. Serupa dengan pintu selatan pelataran dalam;
2. Naik tangga lapan tingkat ke pintu utara.

Tembok barat di belakang Bait Suci menghadap Laut tengah, tiada pintu barat di pelataran luar.

Sebuah bilik yang pintunya di balai gerbang untuk membasuh korban bakaran (40:38-43).

1. Dalam balai gerbang (selatan) masing-masing ada 2 meja di sebelah menyebelah sebagai tempat menyembelih korban bakaran, korban penebus salah (39);

2. Terdapat 2 meja di samping kiri dan 2 meja di samping kanan balai gerbang, di sebelah luar utara approaching the northern gateway (ISV) (40); Di depan pintu gerbang iaitu pintu utama, terdapat 4 meja di sebelah sini dan 4 meja di sebelah sana, jumlahnya 8 meja untuk tempat penyembelih korban(41). Di antaranya 4 meja diperbuat daripada batu pahat, panjangnya satu setengah hasta, lebarnya satu setengah hasta dan tingginya satu hasta, untuk diletakkan ruangan itu dipakukan gantungan-gantungan yang panjang. meja-meja lain diletakkan daging korban (43).

Dua bilik imam (ITB) (KJV- chambers) di pelataran dalam, imam yang tinggal di situ mempunyai tiga tugas (4-44).

1. Imam yang tinggal di dua bilik ini khususnya menyanyi untuk memuji Tuhan (44). There were chambers for the choir (ISV);

2. Untuk imam yang bertugas di Bait Suci/ for the priests who maintain the Temple (ISV), imam yang tinggal di bilik menghadap selatan khasnya bertugas menjaga Bait Suci. Menyelenggarakan Ibadah dan penggembalaan (45).

3. Bertugas di mezbah / the keepers of the charge of the altar (KJV), tugas menjaga mezbah seperti yang termaktub dalam Imamat 6:8-13. Kerja ibadah dan penginjilan yang menyelamatkan jiwa (46).
Tiga ayat tersebut jika dibandingkan dengan 8:16-18, ternyata satu perbezaan yang kontras, pelataran dalam telah megalami pembaharuan dan pengudusan oleh Tuhan.

Siapakah imam-imam yang tinggal di dua bilik pelataran dalam?

Mereka adalah bani Zadok dari suku Lewi, hanya merekalah yang boleh (ITB) mendekat kepada TUHAN untuk menyelenggarakan ibadah (46; 43:19; 44:15; 48:11).

Mengukur pelataran dalam (40:47).
1. Bentuk pelataran dalam empat persegi, panjang 100 hasta dan lebar 100 hasta.

2. Sebuah mezbah ada di depan Bait Suci.

Balai Bait Suci (40:48-49).
1. Panjang balai 20 hasta dan lebarnya 12 hasta
(Nota: penterjemahan ITB terlebih 1 hasta daripada CUV eleven cubits wide ( ISV & KJV0 (40:49).

2. Mengukur tiang-tiang tembok, tebalnya 5 hasta sebelah sini dan 5 hasta sebelah sana (40:48).

3. Nota: Lebar pintu itu 14 hasta (tidak tercatat dalam CUV) dan dinding sampingnya masing-masing 3 hasta (ITB) (40:48).

4. Sepuluh tingkat tangga (ITB, BSB, LEB, LXX, ESV), namun tidak tercatat dalam CUV. Untuk naik ke balai Bait Suci, terdapat dua tiang dekat kedua tiang tembok (49).

Bait Suci terletak di gunung tertinggi (2). tanggan dari gerbang luar juga semakin tinggi menuju ke tempat maha kudus, tangga gerbang menuju ke pelataran luar 7 tingkat, 8 tingkat di pelataran dalam (31,34,37) dan 10 tingkat ke Bait Suci (40:49).

Ruangan besar Bait Suci (41:1-44)
1. Mengukur dua tiang tembok, sebelah menyebelah masing-masing 6 hasta tebalnya. 6 merupakan angka manusia, melambangkan dalam gereja masih ada kelemahan sifat manusia, perlu bertimbang rasa dan berperikemanusiaan, sandar Tuhan menjadi kuat, agar dapat mengatasi kelemahan manusia dan beransur menjadi sempurna.

2. Panjang Biat Suci 40 hasta, lebar 20 hasta;

3. Tempat Maha Kudus panjangnya 20 hasta, lebar 20 hastal keseluruhannya 60 hasta/ panjang dan 20 hasta lebar.

4. Pintu temapt kudus selebbar 10 hasta; pintu tempat Maha Kudus selebar 6 hasta (Maz 100:4).

* Perhatikan lebar pintu menuju ke tempat maha kudus semakin sempit:
4.1 Dari 14 hasta (ITB) ke balai Bait Suci (40:48).
4.2 Kemudian menjadi 10 hasta masuk ke tempat kudus (41:2).
4.3 Akhirnya hanya 6 hasta lebar pintu ke tempat Maha Kudus (41:3-4; Mat 7:13-14; Mat 11:12; Lk 13:23-24). Berjuanglah masuk ke dalam pintu yang sesak yang menuju ke keselamatan.

Tangga menuju ke Bait Suci juga semakin tinggi:
1. Naik melalui pintu pelataran luar 7 tingkat/ anak tangga (40:22,26).
2. Naik melalui pintu pelataran dalam 8 tingkat / anak tangga (40:31,34,37).
3. Naik melalui pintu masuk ke tempat kudus ada 10 anak tangga (ITB,LEB, BSB) (40:49).

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 37-38)

FASAL 37 PENGLIHATAN KE-3 KEBANGKITAN TULANG-TULANG KERING

  1. Penghiburan tentang tulang-tulang di lembah (1-14).
    1.1 Tulang-tulang bertaburan di lembah (1-3).
    1.2 Bernubuat terhadap tulang-tulang (4-8).
    1.3 Bernubuat terhadap nafas hidup (9-10).
    1.4 Penjelasan penglihatan (11-14).
  2. Nubuat tentang kerajaan Israel dan Yehuda akan disatukan (15-28).
    2.1 Aksi simbolik yang ke-12 tentang menggabungkan dua papan (19-28).
    2.2 Penjelasan tentang aksi menggabungkan dua papan (19-28).

    Dalam fasal ini, Nabi Yehezkiel menerima dua kali wahyu dan dua jenis ilham daripada Tuhan:
    1. Yehezkiel dikuasai oleh ROh Allah (1; 40:1) dan kemudian roh Yehezkiel dibawa keluar bersama dengan Roh Allah menuju ke sebuah lembah (1-14).
    2. Manakala ayat 15 Yehezkiel hanya menerima wahyu melalui suara Tuhan (15-28).

    Tulang-tulang manusia yang dilihat itu adalah seluruh kaum Israel (11). Mereka dalam keadaan mati rohani, negara juga telah musnah dan mereka juga kehilangan pengharapan akan masa depan hidup mereka.

    Sungguhpun tubuh jasmani mereka sihat namun apabila ditinjau oleh Tuhan, kerohanian mereka telah binasa seolah-olah seperti tulang-tulang dan bangkai yang kering kontang.

    Cara Tuhan membimbing nabi untuk memahami penglihatan tersebut adalah dengan soal jawab (3). Rujuk Wahyu 7:13-14.

Nabi diperintahkan untuk bernubuat dua kali kepada dua jenis sasaran:

1. Bernubuat kepada tulang-tulang (4-5).

Firman Tuhan berkuasa untuk menghidupkan kerohanian yang mati. Rujuk Yohanes 5:24-25 (Yoh 6:63).

Komponen seorang manusia yang lengkap hidupnya (6):
– Tulang
– Urat-urat
– Daging
– Ditutupi dengan kulit
– Nafas hidup (Kej 2:7; Ayb 33:4; Ayb 34:14)

2. Bernubuat kepada nafas hidup (6-10).
= Angin = Nafas = Roh dalam Bahasa Ibrani. Prophesy to the spirit (ISV).

Memohon agar dipenuhi oleh Roh Tuhan (Yoh 3:5,8).

Setelah dibangkitkan oleh Roh Tuhan, mereka membentuk satu tentera yang sangat besar (10; Kel 12:41). Demikian juga pada hari Pentakosta, Petrus dan murid-murid Yesus bangun memberitakan Injil di Yerusalem, tanpa menghiraukan tekanan dan ancaman daripada pemimpin agama Yahudi di Yerusalem. Satu penginjilan dapat menyelamatkan sebanyak 3000 jiwa.

Aksi simbolik ke-12 (15-28).

Janji yang akan menggabungkan kerajaan Yehuda dengan Kerajaan Israel. Setelah mereka kembali ke tanah Israel, beberapa janji Tuhan akan digenapi:

1. Janji memberikan Roh ke dalam diri mereka. Tuhan sendiri menjelaskan nafas hidup ialah Roh Tuhan (14).

2. Dua kerajaan Israel akan disatukan (22).

3. Tidak lagi menajiskan diri dengan berhala (23; Rm 2:22).

4. Daud (Mesias) akan memerintah dan mewujudkan empat perkara yang kekal (24-28);

4.1 Keturunan mereka tinggal di tanah Israel selama-lamanya (25).
4.2 Daud menjadi raja mereka selama-lamanya (25).
4.3 Mengikat perjanjian damai yang kekal (26).
4.4 Tempat kudus / tempat kediaman Tuhan ada di tengah-tengah mereka sampai selama-lamanya (26-28).

Fasal 38 Gog bersama Bangsa-Bangsa Sekutunya menyerang Israel
1. (1-6) Gog dan bangsa-bangsa sekutunya.
2. (7-9) Gog mengetuai tenteranya menyerang Israel.
3. (10-13) Niat jahat Gog terhadap Israel.
4. (14-17) Penggenapan nubuat tentang serangan Gog.
5. (18-23) Gog akan mengalami api kemurkaan Tuhan.

Gog di tanah Magog, raja agung kepada Mesekh dan Tubat (2-3).
Magog ialah anak Yafet yang ke-2, Mesekh dan Tubal merupakan keturunan Yafet (Kej 10:2). Mesekh (Moschi) merupakan anak ke-6 Yafet manakala Tubal (Tibareni) anak Yafet yang ke-5 (Kej 10:2).

Mesekh disifatkan sebagai orang fasik dalam Mazz 120:5-6. Mesekh dan Tubal pernah direkodkan sebagai rakan perdagangan Raja Tirus yang memperdagangkan manusia (27:13); kesudahan mereka ialah mereka diturunkan ke dalam dunia orang mati bersama dengan Mesir (32:26).

Versi CUV, ASV, RV, NKJV (2-3) ada merekodkan Rosh; manakala ITB, KJV, ISV, ESV tiada mencatatkan Rosh.

Kemungkinan disebabkan Ros (Heb) bermaksud kepala, ketua (head, chief). Jika merujuk Kejadian 10:2, perkataan Ros tidak disentuh mahupun dikaitkan dengan Magog, Mesekh dan Tubal.

Gog, raja atau ketua (Ros) yang mengetuai bangsa-bangsa yang memusuhi umat Tuhan (2-3,7).

Bangsa-bangsa yang bersekutu dengan Gog (5-6):
1. Persia – Iran (5).
2. Etiopia – Mesir (5)
3. Put – Libya (5)
4. Gomer – anak sulung Yafet (6)
5. Bet- Togarma – Turki (6)

Bunuat ini ditujukan kepada peristiwa yang akan genap pada zaman akhir, iaitu selepas Bangsa Israel telah kembali dan merdeka lalu membentuk negara sendiri kelak (8,16).

Masa dipilih untuk menyerang Israel ialah saat Israel hidup tenang dan dalam keadaan yang aman tenteram pada hari yang kemudian. Bangsa Israel telah merdeka semula, menunjukkan akan genap pada zaman akhir.

“… tanah yang kota-kotanya tanpa tembok dan akan mendatangi orang-orang yang hidup tenang dan diam dengan aman tenteram; mereka semuanya diam tanpa tembok atau palang atau pintu gerbang” (8,11,12,14,16). Bandingkan dengan Zakharia 2:4-5. Namun Tuhan sendiri menjadi tembok api bagi mereka. Rujuk 1 Tes 5:2-3.

Sasaran utama mereka ialah Israel yang diam di tengah-tengah bumi, nubuat ini menepati lokasi geografi Israel yang terletak di tengah-tengah pusat bumi. (12).

Menunjukkan Israel pada zaman akhir menyedari bahawa nubuat Yehezkiel tentang serangan persekutuan Gog telah digenapi (17).

Setelah Bangsa Israel sebanyak 2/3 mati ( Zak 13:8-9), akhirnya Tuhan sendiri yang bertempur demi Bangsa Israel.

Senjata Tuhan yang digunakan untuk memusnahkan tentera Gog (18-23):
1. Gempa bumi yang dahsyat (19-20).
2. Penyakit sampar (22)
3. Tumpahan darah (22)
4. Hujan lebat (22)
5. Rambun atau hujan ais (22)
6. Api (22)
7. Belerang (22).

Kesan daripada perang ini telah menunjukkan kebesaran dan kekudusan Tuhan, agar bangsa-bangsa yang lain mengenal Akulah (Tuhan Yesus) TUHAN (23).

| |

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 35-36)

Fasal ini adalah sambungan daripada fasal 25:12-14.

1. Edom dihukum kerana dendam kesumat yang turun-temurun (1-9). Seperti darah Habel yang berteriak setelah mati dibunuh oleh Kain.

2. Dihukum kerana merampas dan menelan tanah pusaka Israel (10-12; 36:5). Tuhan masih menyertai Israel walaupun negara mereka telah binasa.

3. Sebab membesarkan diri terhadap Tuhan dalam kata-kata ucapan mereka (13-15).

Kata kunci dalam fasal ini ialah sunyi sepi, desolate, waste land. Satu perkataan yang berulang sebanyak 9 kali (3,4,7,9,12,14,15a,15b).

Tujuan fasal ini adalah untuk sengaja membandingkan kesudahan dua orang anak Abraham yang terpilih dan yang tidak terpilih, yang dikasihi dan tidak dikasihi.

Nubuat menentang Edom amatlah kontras dengan kesudahan Israel dalam fasal 36 seperti berikut:

1. Firman penghakiman ditujukan kepada pengunungan Seir.
Manakala firman PEMULIHAN janji Tuhan ditujukan kepada gunung-gunung Israel (2-3; 36:1-2,3).

2. Kesudahan yang kontras: Edom sunyi sepi selama-lamanya (35:9). manakala reruntuhan di Yehuda akan dibina semula dan didiami penduduk, membuat mereka banyak seperti lautan manusia (36:36-38).

Cara mereka dihukum rujuk nubuat dalam 25:14, mereka kemudian dimusnahkan oleh tangan bangsa Yahudi sendiri pada zaman Makabe.

Kesimpulan:
Mal 1:2-3 – Tuhan mengasihi Yakub tetapi membenci Esau.

FASAL 36 BERNUBUAT TERHADAP GUNUNG-GUNUNG ISRAEL

Menubuatkan pemulihan terhadap gunung-gunung Israel (1,4,6). Respons terhadap nubuat penghakiman dalam fasal 6:2-3

1. (1-7) Amaran kepada musuh-musuh Israel yang akan menanggung noda mereka.
Kelebihan Israel ialah mereka merupakan pusaka milik Tuhan (5; Ul 9:29; Yes 19:25). Sebaliknya pusaka Umat Tuhan yang paling bernilai ialah Tuhan Allah sendiri (Ul 10:9).

2. (8-15) Senario masa depan yang indah tentang pemulihan tanah Israel.
– Penduduk dan ternakan bertambah banyak (10-11).
– Lebih diberkati daripada dahulu (11). Contoh: Ayub lebih diberkati selepas dia lulus ujian daripada Tuhan (Ayb 42:12).
– Keturunan mereka mendapat tanah pusaka semula (12).
kehilangan anak – childless dalam versi ISV (12-15). Berkat pertama sejak penciptaan dipulihkan (11; Kej 1:28). Seumpama kota Yerikho yang dikutuki dan kemudian keadaannya dipulihkan melalui mukjizat yang dilakukan oleh Nabi Elisa (2 Raj 2:19-22).
– Terlepas daripada penghinaan dan kutuk (15).

3. (16-23) Tuhan akan menguduskan nama-Nya (20,21,22,23). Rujuk fasak 20:9,14,22,39,44.

Demi nama Tuhan, umat Tuhan dihukum. Akan tetapi, apabila umat Tuhan dihukum sehingga nama Tuhan dihujat oleh bangsa kafir, maka demi nama Tuhan juga, Dia bertindak untuk memulihkan umat-Nya.

4. (24-27) Pembaharuan hidup Israel.
– Mereka akan ditahirkan daripada noda berhala-berhala (25).
– * Roh yang baharu akan mengubah hati mereka yang keras – stony (Cuv, KJV) menjadi lembut – flesh (CUV, KJV) (26-27; 11:19;37:14;39:29). Apabila manusia gagal mengubah hati yang keras dan degil, satu-satunya penyelesaian ialah Tuhan mengganti hati yang baharu dengan Roh-Nya yang baharu.

5. (28-36) Israel mendapat pusaka semula.

Reruntuhan dibina semula, tanah yang lama dan usang ditanam semula, suasana berubah menjadi seperti Taman Eden yang sangat subur dan menggembirakan (33-36).

6. (37-38) Janji tentang penduduk Israel bertambah pesat.

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 33-34)

Fasal ini merupakan titik permulaan separuh akhir untuk Kitab Yehezkiel. Nabi dilantik semula menjadi penjaga rumah Israel oleh Tuhan untuk memberitakan mesej yang positif tentang janji pemulihan Israel. Mesej dalam fasal ini mempunyai sifat yang sama dengan fasal 3. Mulut nabi terbuka dalam fasal ini dan lidahnya tidak lagi dikekang. Nabi mampu memberitakan mesej pemulihan Israel dengan bebas sejak frasa ini.

1. Yehezkiel dilantik dan diberi tanggungjawab sebagai penjaga (1-9). Rujuk dan bandingan dengan fasal 3 ayat 17-21.

1.1 Peranan penjaga ialah menyampaikan amaran tentang malapetaka dengan meniup sangkakala (1-6) – tujuannya ialah:
– Menyelamatkan umat TUhan dan sendiri
– Jika tidak bertanggungjawab maka akan dituntut oleh Tuhan.

1.2 Memberi amaran kepada orang fasik agar bertaubat (7-9).

Kesimpulan:
2. Seruan untuk bertaubat yang menjelaskan prinsip penghakiman Tuhan (10-20).
– Tuhan tidak berkenan kepada orang fasik binasa (10-11).
– Orang benar yang merosot dan berdosa akan binasa (12-13).
– Tuhan menghakimi menurut perbuatan masing-masing secara adil (17-20).

3. Kora Yerusalem telah runtuh ditakluki, namun sisa bangsa Yahudi di kota reruntuhan masih tidak bertaubat (21-33).

(21-22) Kota Yerusalem runtuh ketika mulut nabi Yehezkiel terbuka. Tarikh tahun ke-11, bulan ke-10, tanggal 5 (ITB), namun tahun ke – 12 dalam bersi KJV, CUV, ISV ialah bulan Januari, 585 SM. Rujuk Ezra pernah mengambil masa 4 bulan dari Yerusalem ke Babel.

(23-29) Sisa bangsa Yahudi yang berada di tanah Kanaan masih melakukan kefasikan.

Mereka berkata begini: Abraham adalah seorang diri, tatkala ia mendapat tanah ini menjadi miliknya, tetapi kita banyak, tentu tanah ini diberikan kepada kita menjadi milik (24; Yes 51:2).

Ini bererti mereka beranggapan bahawa apa yang dilakukan oleh majoriti pasti benar dan ingin memaksa Tuhan menerima serta membenarkan perbuatan mereka. Namun Tuhan bertegas akan ukuran-Nya dan tetap tidak berganjak iaitu kebenaran hukum Taurat-Nya sebagai ukuran yang menentukan sama ada mereka layak mewarisi janji atau tidak (25-26).

Justeru itu, pedang, binatang buas dan penyakit sampar akan terus membinasakan sisa Yahudi yang tetap degil enggan bertaubat (27-29).

(30-33) Budaya hidup Yahudi buangan di Babel sangat munafik dan tamak akan kekayaan yang haram. Mereka menganggap firman Tuhan sebagai pertunjukan seni dan hiburan hidup seperti satu persembahan muzik. Rujuk Kisah Para Rasul 17:21,32 Sikap orang Atena mendengar idea atau ajaran baru.

Fasal 34 menegur gembala-gembala yang jahat dan menjanjikan gembala yang baik

1. (1-10) Teguran terhadap gembala-gembala Israel.
2. (11-16) Gembala yang baik.
3. (17-22) Penghakiman antara domba-domba. 4.
4. (23-24) Daud (Mesias) menjadi gembala.
5. (25-31) Perjanjian damai
(1-3,24) Gembala Israel dalam Kitab biasanya ditujukan kepada raja, juga imam, para tua-tua dan para nabi.

Tuhan Allah berfirman bahawa Dia sendiri akan menjadi lawan gembala-gembala itu (10).

Masalah gembala Israel:
1. Hanya mementingkan diri menikmati susu, buu domba dan menyembelih yang gemuk (2,3,8,10).
2. Tidak menggembalakan domba Tuhan (3-6).
2.1 yang lemah tidak dikuatkan (4).
2.2 Yang sakit tidak diubati (4).
2.3 Yang luka tidak dibaluti (4).
2.5 Yang sesat tidak dibawa pulang (4,6).
2.5 Yang hilang tidak dicari (4,6).
2.6 Menginjak-injak dengan keker dan kekejaman (4).

Akibatnya:
– Domba berselerak (5,8).
– Domba menjadi mangsa binatang buas (5,8).
– Tersesat di bukit dan gunung (6; Mat 9:35-38).

Oleh itu, Tuhan menuntut dosa gembala yang jahat (9-10) kerana Tuhan merupakan gembala yang Agung (1 Pet 5:4).
– (10) Tuhan bermusuhan dengan mereka.
– (10) Tuhan akan menuntut balik kawanan domba.
– (10) Mereka tidak lagi menggembalakan domba.
– (10) Tuhan sendiri akan menyelamatkan domba-Nya dari mulut gembala yang rakus.

Tuhan gembala yang baik (11-16).
(11-13) Tuhan akan mengumpul dan mengembalikan Yahudi buangan dari negeri-negeri lain ke tanah air sendiri.

(13-14) Kawanan domba yang kembali akan dipimpin ke padang rumput yang baik, iaitu tempat penggembalaan yang baik (14). a good fold, (Kej 48:15; Maz 23:1-6; Yoh 1,16) – Satu gembala yang baik, satu kandang Tuhan, satu kawanan ; melambangkan satu-satunya jemaat yang dipilih kelak.

(16) Ciri-ciri penggembalaan Tuhan:
– Yang hilang dicari.
– Yang tersesat dibawa pulang.
– Yang luka dibalut.
– Yang sakit dikuatkan.
– yang gemuk dan kuat akan ku lindungi (16). I will destroy the strong; I will feed them with judgment (KHV & CUV). Jika rujuk konteks dalam ayat 17-22, adalah lebih tepat Tuhan akan memusnahkan domba-domba yang gemuk.

(17-22) Penghakiman Tuhan antara domba dengan domba, dan antara domba jantan dan kambing jantan (17). Rujuk Matius 25.

(18-19) Kejahatan yang ditegur oleh Tuhan.
– Menghabiskan rumput terbaik di padang (18).
– Menginjak-injak rumput yang lain (18).
– Selepas minum air jernih mengeruhkan air dengan kaki (18).

(23-24) Tuhan menjanjikan Daud sebagai gembala. Ini melambangkan Mesias, gembala yang baik – raja yang bekenan kepada Tuhan ( Yoh fasal 10; Mat 9:35-38).

– Menghalau binatang buas (25,28).
– Domba dan sekitar tempat menjadi berkat (26).
– Menurunkan hujan yang membawa berkat, menurut waktunya, perlambangan dan nubat menurunkan karunia Roh Kudus (26). Rujuk 36:26-27; 39-29.
– Tanah membawa hasil baik (27).
– Tinggal diam dalam damai sejahtera (27).
– Hukuman binatang buas dan kelaparan tidak lagi menimpa mereka. Mereka akan berdamai dengan Tuhan. (28-30).

Renungan:
1. Siapakah gembala Tuhan hari ini dalam gereja Tuhan? Ibu bapa (Ul 6:4-9; 7:3-4; 11:1-2); murid yang menasihati Tuhan, penjabat kudus.
2. Apakah ciri-ciri gembala yang baik?

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 31-32)

Fasal 31 Mesir akan binasa seperti Asyur

Nubuat ke-5
1. Nubuat menentang Mesir dengan merujuk kepada kemegahan Asyur sebagai pohon aras (1-9).
2. Sebab pohon aras (Asyur) dibinasakan (10-14).
3. Pohon aras dan semua pohon binasa bersama (15-18).
Tahun kesebelas, bulan ketiga, tanggal satu. Bulan Jun, tahun 587SM, dua bulan selepas nubuat ke-4.

Perumpamaan tentang penghakiman Tuhan dengan phon pokok besar seperti berikut:
1. Pohon atas,pohon di taman Allah/Eden – Bangsa Israel (8,9,16,18);
2. Pohon aras tinggi – Asyur (3-13). Versi ITB tidak menyatakan nama Asyur dalam ayat 3. Rujuk CUV, KJV, dan ISV.
3. Pohon aras dan semua pohon binasa bersama (15-18).
Tahun kesebelas, bulan ketiga, tanggal satu. Bulan Jun, tahun 587SM, dua bulan selepas nubuat ke-4.

Perumpamaan tentang penghakiman Tuhan dengan pohon pokok besar seperti berikut:
1. Pohon aras, pohon di taman Allah / Eden – Bangsa Israel (8,9,16,18);
2. Pohon aras tinggi – Asyur (3-13). Versi ITB tidak menyatakan nama Asyur dalam ayat 3. Rujuk CUV, KJV dan ISV.
3. Pohon tinggi – Babel (Yeh 17:24; Dan 4:22).
4. Phon hijau / yang tumbuh – Mesir (Yeh 17:24;18).
5. Pohon aras yang hebat di gunung Israel yang tinggi – Kerajaan Mesias, jemaat Allah (Yeh 17:22-23; Mat 13:31-32).

Secara umum, pohon-pohon melambangkan bangsa-bangsa di dunia (31:14).

Sebab Asyur binasa kerana dosa keangkuhannya (8-11; Ams 16:18; 18:12). Tuhan merujuk kejatuhan Kerajaan Asyur sebagai Amaran kepada Mesir. Mesir dinubuatkan akan mengalami kesudahan yang sama (15-18).

FASAL 32 NYANYIAN RATAPAN UNTUK FIRAUN

Nubuat ke-6, tahun ke12, bulan ke12, tanggal 1. Bulan Mac, tahun 586SM(1).
1. Firaun binasa seperti buaya yang dipukat (1-16).
2. Nyanyian ratapan tentang Mesir yang diturunkan ke alam maut (17-32). Wahyu diterima 15 hari kemudian.

(4) Jamuan buaya dijadikan jamuan kepada burung-burung dan binatang buas, rujuk snario yang serupa (39:17-20; Why 19).

Nubuat ke-7 (17-32).
Bulannya kurang jelas. ITB, RSV, ISV mengikut sumber LXX, iaitu pada tahun ke-12(585 SM) bulan pertama, pada tangga l15; manakala terjemahan CUV dan KJV hanya mencatatkan tahun 12,tanggal 15; tidak menyatakan bulannya (17). Di sini Tuhan mendedahkan bangsa-bangsa yang tidak disunat semuanya diturunkan ke dalam alam maut. Mereka ialah Asyur (22), Elam (24), Mesekh dan Tubal(26), Edom (29), pemimpin-pemimpin dari utara, Sidon (3; 38:15; 39:2) semuanya diturunkan ke dalam dunia orang mati.

Bangsa-bangsa yang tidak bersunat telah binasa bersama membuktikan satu kebenaran iaitu dalam Perjanjian lama, bangsa Israel merupakan satu-satunya umat pilihan Allah yang diselamatkan. Rasul Paulus menjelaskan bahwa sunat melambangkan baptisan air di Perjanjian Baru. Dengan itu, dalam nubuat ini Yehezkiel telah sembilan kali mengulangi punca mereka binasa iaitu disebabkan tidak disunat.

Ini memberi bayangan bahawa seseorang tetap tidak akan selamat jika tidak dibaptis di gereja yang dipilih oleh Tuhan dengan cara yang tepat dan sah menurut Alkitab (15,26,27,28,29,30; 31:18; Kej 17:9-14; Kol 2:11-12).

Dalam sejarah kitab, Tuhan tiga kali menghakimi Mesir dengan hukuman yang dahsyat. Kali pertama semasa Umat Israel keluar dari Mesir.

Kesimpulan daripada dosa-dosa Mesir yang mengakitbatkan Tuhan menurunkan hukuman kepada mereka:
1. Berhala-berhalanya yang menyesatkan Bangsa Israel bekurun-kurun lamanya (20:7-8). Akibatnya Tuhan meyerang berhala-hala Mesir (30:13).

2. Bersekutu dengan bangsa Israel yang dianggap Tuhan sebagai persundalan (23:27).

3. Membantu Tirus menentang kerajaan Babel yang direncanakan Tuhan (29:18-20).

4. Keangkuhan Mesir memukarkan Tuhan dan menjatuhkan Mesir (32:2,12; 29:3,9).