Komik Rohani (10 Hukum)
[dflip id="8248" ][/dflip]
[dflip id="8248" ][/dflip]
[dflip id="7423" ][/dflip]
Kitab Rut merupakan satu-satunya kitab Perjanjian Lama yang menggunakan nama seorang wanita kafir sebagai nama kitab. Sebenarnya Rut bukanlah watak utama dalam kitab Rut ini.
Cerita-cerita yang terkandung dalam kitab ini adalah berkisarkan masyarakat semasa pemerintahan para hakim yang berlatar-belakangkan Zaman Hakim-hakim, iaitu satu angkatan yang tidak mengenali Tuhan sebaliknya menyembah kepada Baal.
Dalam kecelaruan iman kepercayaan, kerajaan Israel ketika itu di bawah pentadbiran tanpa raja. Masyarakatnya melakukan apa sahaja menurut keinginan hati sendiri sehingga menimbulkan murka Tuhan.
Walaupun Kitab Rut menggunakan watak perempuan asing dari Tanah Moab sebagai latar belakang masyarakatnya, mesej penting yang ingin disampaikan oleh penulis tidak terhad kepada persoalan tentang hubungan baik antara ibu mertua dan menantu sahaja.
Persoalan penting yang turut diutarakan oleh penulis melalui kitab ini ialah hubungan manusia dengan Tuhan. Tuhan pasti menyayangi dan menjaga mereka yang mencari-Nya dan takut kepada-Nya tanpa mengira suku atau bangsa.
Meneliti berkat yang diperoleh oleh Rut, kita dapat memahami bahawa semua itu bermula pada saat dia membuat pilihan yang tepat iaitu mencari Tuhan yang benar !