Gereja Pahat
| |

Gereja Pahat

GEREJA PAHAT

Pada tahun 1963, Dn Philip Tyan menyebarkan injil di Kampung Pahat dan dengan kuasa Roh Kudus ramai orang telah percaya. Dalam masa 10 hari beberapa orang telah menerima baptisan. Akibatnya khemah doa ditubuhkan di rumah Sdra Lim Guan.

Sejak itu banyak mujizat dan tanda yang wujud. Seorang yang cacat kerana tulang lembut dapat menegakkan tulang belakang; seorang anak yang lemah tulang disembuhkan dan syaitan-syaitan diusir. Injil kebenaran mula menjadi maju.

Kemudian Dn Thomas Chew mencadangkan supaya sebuah bangunan gereja dibina. Sdra Chung Chao lung bersetuju membekalkan kayu dan papan manakala seorang anggota menyumbangkan sekeping tanah sejauh 5km dari pekan.

Pada masa itu Penguasa Hal Ehwal Agama ditanggung oleh Sdra Chong Yun Hiong dan dibantu oleh Sdra Yong Pit Siong. Setelah pembinaan bangunan gereja, pada tahun 1965, pemercaya yang menyertai kebaktian sabat berjumlah 60 orang. Kemudian, Sdra Yong dan beberapa pemercaya lain berpindah ke pekan yang lain mengakibatkan jemaat berkurang. Kini jumlah pemercaya adalah lebih kurang 20 orang.

Untuk kesenangan para pemercaya menghadiri kebaktian satu bangunan gereja baru didirikan di Km 12, Jalan Sapong pada 1974. Penguasa Hal Ehwal Agama ialah Sdra Tseu Fook Hin.

Gereja Papar
| |

Gereja Papar

GEREJA PAPAR

Papar adalah sebuah pekan yang kecil terletak 50Km dari Kota Kinabalu. Ianya boleh dihubungi melalui landasan keretapi dan jalan raya. Gereja Benar terletak di km 1 selatan Pekan Papar di tepi landasan keretapi. Sebilangan besar penduduknya adalah kaum Kadazaan dan Melayu. Kaum Kadazan bekerja sebagai petani sawah manakala kaum Melayu adalah nelayan dan peladang kecil ( kebun kelapa). Kaum Cina kebanyakkannya menjalankan perniagaan dan industri kecil dan ada juga yang menjadi petani.

Pada 1930, Dn Simon Chin meninggalkan Gereja “Seventh Day Adventist” dan memasuki Gereja Yesus Benar. Akibatnya beliau telah dibuang kerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah Anglikan. Dia telah berpindah ke Papar untuk meneruskan pekerjaannya sebagai guru di sebuah sekolah kerajaan. Pada tahun yang sama,di bawah pimpinannya rumah doa telah di tubuhkan di rumah ibu mertuanya ( Dn Anna Tsen) yang tidak jauh dari tapak gereja sekarang. Terdapat lebih kurang 30 pemercaya. Pada pernulaannya hal-hal gereja diuruskan oleh Dn Simon Chin dan dibantu oleh Dn Anna Tsen. Dari 1942-1945, kerja suci dihentikan kerana Peperangan Dunia Ke-2 sehingga bulan September 1945, bila orang Jepun menyerah diri.Kemudian Sabah di bawah pemerintahan British semula.

Pada 1948, Dn Silas Wong yang bekerja di Jabatan Keretapi Sabah di Beaufort telah bersara dan kembali ke rumahnya di Papar yang berhampiran dengan rumah doa. Oleh yang demikian, kebaktian hari Sabat diadakan semula tetapi bilangan pemercaya telah kurang.

Pada 1955, kedua-dua keluarga Sdra Wong Tet Nyen dan Sdra Ki Chin Fah berpindah dari Beaufort ke Papar untuk menanam getah. Berikutan itu, bilangan pemercaya telah bertambah. Dn Silas Wong mempersembahkan sekeping tanah seluas 0.2 hektar (1/2 ekar) sebagai tapak gereja. Setelah mendapat tanah ini, maka gereja mula membincang hal-hal memungut derma untuk mendirikan bangunan gereja. Akhirnya, pada 1960, sebuah bangunan gereja diperbuat daripada papan telah didirikan dengan muatan 100 orang. Pada 6 Mac tahun yang sama pentahbisan gereja telah diadakan di bawah pimpinan Dn Silas Wong dan dibantu oleh Dns Anna Tsen. Pada September 1964, Sdra Wong Tet Nyen dilantik sebagai diakon dan bilangan pemercaya bertambah hingga 40 orang.

Pada 1965, Dn Thaddeus Chang dari Gereja Kota Kinabalu telah berpindah ke Papar dan bilangan pemercaya bertambah hingga 50 orang. Pada 1966, Pendidikan Agama mula diadakan, dan bilangan kanak-kanak bagi kelas kanak-kanak ialah 10 orang. Kelas ini di bawah bimbingan Sdri Lily Wong, Sdri Yuan Yin Mei, Sdra Wong Thau Leong dan Sdra Wong Thau Wee.

Pada 14-19 April 1968 gereja mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani yang pertama bersempena dengan lawatan Dn Lin Fong Shen dari Ibu Gereja Taiwan. Semasa 3 hari Kebaktian beberapa orang telah mendapat Roh Kudus.

Pada 1969, Dn Thaddeus Chang dan keluarganya telah kembali ke Kota Kinabalu dan satu tahun kemudian Dn Silas Wong juga berpindah ke Kota Kinabalu. Ini telah mengakibatkan gereja kehilangan pemimpin dan bilangan pemercaya berkurang hingga 20 orang. Kelas Pendidikan Agama dihentikan kerana murid hanya tinggal 9 orang sahaja. Hanya pada April 1977, atas nasihat Penatua John Yang, Pendidikan Agama telah diadakan semula. Guru – guru terdiri dari bimbingan Ki Chin Fah,  Wong Thau Leong,  Wong Thau Wee dan Liew Kun Chin. Bilangan murid seramai 13 orang.

Pada 1978 Sdra Ki Chin Fah dilantik sebagai Dn Ki Hen Thau. Bangunan gereja papan telah rosak dan bangunan baru perlu didirikan. Oleh hal yang demikian tabung pembangunan ditubuhkan. Pada Mac 1982, tabung hanya mempunyai  ½  dari kos perbelanjaan pembangunan disebabkan keadaan ekonomi merosot. Tetapi atas bantuan Ibu Gerja kerja tawaran telah dimulakan. Syukur kepada Tuhan, pada bulan Jun, kerja pembinaan gereja telah bermula. Pada bulan Disember 1982, pentahbisan gereja diadakan bersempena dengan Kebaktian Kebangunan Rohani. Gereja mempunyai muatan 200 orang dengan harga $73,000.

Keadaan Gereja sejak bulan Disember 1986 adalah seperti berikut:-

Diakon: 2 orang; pemercaya: 67 orang; bilangan kelas pendidikan agama:2 ; bilangan murid pendidikan agama: 13 orang; bilangan guru pendidikan agama: 5 [ termasuk pelatih] ; Penguasa: Liew Kun Chin dibantu oleh Dn Ki Hen Thau.

Ahli-ahli jawatankuasa gereja adalah seperti berikut:-

Hal Ehwal Agama         :           Ki Hen Thau, Kinson(Naib)

Hal Ehwal Am              :           Peter Wong, Liew Kun Chin( Penolong)

Bendahari                     :           Wong Thau Wee, Chin On Tai( Penolong)

Setiausaha                    :           Wong Thau Leong, Asang( penolong)

 

 

 

 

Gereja Ponontomon
| |

Gereja Ponontomon

GEREJA PONONTOMON

Ponontomon  merupakan salah satu kampung di bawah naungan Tenom. Sebilangan besar penduduknya adalah petani. Orang yang pertama mempercayai Injil Benar dan membawanya balik ke kampungnya ialah Sdra Asuk bin Usone. Pada suatu hari dalam tahun 1962, beliau pergi ke kampung Sungai Apih untuk melawat adiknya yang telah berkahwin dengan seorang saudara seiman dari sana. Apabila Sdra Sahor Ahar, seorang seorang sari Gereja Yesus Benar mengetahui bahawa Sdra Asuk ada di situ, ia mengambil kesempatan untuk menyaksikan Injil Kebenaran kepadanya. Syukur kepada Tuhan kerana telah membuka hati Sdra Asuk untuk mempercayai Injil Benar dan ia telah dibaptis di Gereja Sungai Apih.

Setelah Sdra Asuk kembali ke kampungnya, dia pun menyaksikan Injil Benar kepada penduduk-penduduk di kampung Ponontomon. Ia memberitahu penduduk kampung bahawa sekiranya ada orang yang ingin dibaptis Sdra Sahoh sanggup datang untuk membaptis mereka. Syukur kepada Tuhan kerana lebih 30 orang termasuk kanak-kanak telah datang ke kampung Sungai Apih meminta untuk dibaptis.

Oleh kerana para pemercaya begitu ramai, Sdra Sahoh sering melawat Kampung Ponontomon untuk melakukan kerja penggembalaan serta menyaksikan Injil Benar sehingga bilangan pemercaya semakin bertambah. Selain daripada Sdra Sahoh, Dn Philip Tyan dan Dn Samuel Chin sering datang melawat pemercaya di sini.

Tanda-tanda mujizat telah menyebabkan bertambahnya bilangan  pemercaya. Seorang Sdra Ambiton telah jatuh sakit teruk kerana disambar petir yang menyebabkan sebahagian anggota tubuhnya menjdai kejang. Tetapi setelah dibaptis dan dibantu doa, penyakitnya telah disembuhkan.

Rumah Sdra Asuk telah digunakan untuk menjadi rumah doa selama 2 bulan. Pada 26 Januari 1963 sebuah bangunan gereja berukuran 12.2m X 6.1m [ 40 kaki X 20 kaki ], dengan bantuan kewangan daripada Ibu Gereja telah didirikan. Gereja kedua yang berukuran 13.4m X 6.7 m [ 44 kaki X 22 kaki ] yang beratap zink, berdinding papan dan berlantai simen telah dibangunkan kemudian.

Pada masa ini, gereja tersebut digunakan untuk kebaktian bagi penduduk-penduduk Kg Ponontomon dan Kg Anambai. Selain daripada Kebaktian Sabat, kebaktian malam juga diadakan pada Hari Khamis. Kini ada 4 kelas Pendidikan Agama dengan 39 kanak-kanak dan 6 guru. Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada:-

Hal Ehwal Agama         :           Sapau bin Ampika, Kuriting bin Anguin [ Naib]

Hal Ehwal Am              :           Angkasang bin Mohos, Amol [ pembantu ]

Bendahari                     :           Saibuh bin Angaboh

Setiausaha                    :           Kusnah bte Mamut, Suliman bin Sapau [ Pembantu ]

 

Gereja Pengarawan
| |

Gereja Pengarawan

GEREJA PENGARAWAN

Gereja Pengarawan terletak di sempadan antara Sabah dan Sarawak di bahagian pedalaman.

Sebilangan besar anggota gereja ini berasal dari Sungai Apih. Sejak awal tahun 1963, Ssra Ambilit Ahar dan keluarganya telah ebrpindah dari Sungai Apih ke Kampung Kepongot Solob, sebuah desa dekat Kampung Pengarawan.

Pada tahun 1977 seisi keluarga Dn Yohanes Tapikon juga berpindah ke Pengarawan. Masa telah berlalu dan bilangan anggota disekeliling Pengarawan telah kian bertambah sehari demi sehari. Kebaktian Sabat yang pertama kali telah diadakan di rumah Sdra Ambilit pada 11 Februari 1978.

Dari tahun 1978 hingga 1980 kebaktian Sabat dijalankan di rumah Sdra Ambilit bin Ahar dan juga di rumah Sdra Angkarang Tinggkis dan Sdra Kurian Uru. Kemudian pada 1981 kebaktian hari sabat ditempatkan di Kampung Pengarawan.

Pada 15 April 1983 pembinaan gereja berukuran 9.1m X 6.1m [ 30 kaki X 20 kaki ] di Kg Pengarawan bermula dan telah siap pada bulan Ogos 1983. Oleh kerana kelengkapan perabot tidaj mencukupi maka upacara pentahbisan ditangguh hingga 19 Ogos 1984.

Gereja Pengarawan kini mempunyai 160 orang anggota. Ia mempunyai sebuah Kelas Pendidikan Agama dengan 20 orang kanak-kanak, yang diselanggarakan oleh Sdra Kolong Sokon, seorang guru agama sepenuh masa Ibu Gereja.

Hal Ehwal Agama         :           Angkarang Tingkih, Karabom Tingkih [ Naib ]

Hal Ehwal Am              :           Ambilit bin Ahar, Lakui Kulipu [ Pembantu ]

Setiausaha                    :           Kasim Dn Yohanes, Angkupi bin Ambor [ Pembantu ]

Bendahari                     :           Yohanes Tapikon

 

 

Gereja Purun
| |

Gereja Purun

GEREJA PURUN

Gereja Purun terletak di kawasan pantai di bahagian pedalaman. Pada tahun 1974, Sdra Pungin Apok dengan seisi keluarga berpindah dari Lupak ke Kg Purun. Walaupun semua ahli keluarga telah dibaptis, Sdra  Junggin Apok tidak menyebarkan injil disekeliling tempat kediaman atau memimpin kebaktian Sabat untuk keluarganya disebabkan oleh kekurangan pengalaman serta  pengetahuan rohani.

Dalam tahun 1980 orang yang pertama dibaptis di Purun ialah Sdra Juis bin Mani diikuti oleh beberapa orang dalam Julai 1982.

Pada 13 Oktober 1982, 7 orang telah dibaptis oleh Pdt Titus di Kampung Purun, termasuk saudara-mara Junggin. Apabila bilangan bertambah, mereka mula  berhimpun di rumah Sdra Opok bin Intan setiap Hari Sabat. Tempat ibadat bertukar ke rumah Sdra Junggin apabila Sdra Opok meninggal dunia. Kemudian rumah Sdra Mani digunakan untuk Kebaktian Sabat, kerana ruangan rumahnya lebih besar. Akan tetapi disebabkan Kg Purun masih kekurangan pemimpin anggota yang cekap untuk memimpin kebaktian maka Sdra Panak Lianat dari Menunggang dijemput membantu memimpin kebaktian Sabat setiap minggu.

Kini bilangan pemercaya berjumlah 38 orang. Dalam 1985, sebuah gereja yang sederhana besarnya telah dibina. Tanah tapak gereja telah didermakan oleh Sdra Mani dengan bantuan kewangan dari ibu gereja dan juga Sdra Chong Chee Leh. Penguasa  Gereja ialah Sdra Mani. Baru-baru ini Sdra Atim Kaling dari Menunggang juga datang membantu memimpin kebaktian Sabat.

 

 

Gereja Ranau
| |

Gereja Ranau

GEREJA RANAU

Ranau adalah sebuah pekan kecil yang sejauh lebih kurang 145km di sebelah utara Kota kinabalu, Ibu Negeri Sabah. Lebih dari tiga suku jalanraya sepanjang gunung yang curam dan tinggi. Sebilangan besar penduduk disitu adalah kaum kadazan yang bekerja sebagai petani. Baru-baru ini kerajaan telah meningkatkan pembangunan ke Taman Negara di Kundasang [ lebih kurang 16km dari Ranau ] sebagai pusat pelancongan utama. Akibatnya jalan raya telah diaspalkan semula dan diperbaiki lagi.

Pada tahun 1957 Wong Shing, seorang saudara dari Gereja Kota Kinabalu berpindah ke Ranau. Dalam tahun yang sama dua pendeta dari Lembaga Cawangan bersama Dn Mark Chin dan Dn Samuel Chin dan beberapa pemercaya dari Gereja Kota Kinabalu datang ke Ranau untuk melawat Sdra Wong dan keluarganya sambil mengadakan kebaktian di rumahnya. Syukur kepada Tuhan, beberapa orang yang datang mendengar telah percaya dan dibaptiskan. Akibatnya ada lebih 10 pemercaya jumlahnya  dan adalah diputuskan bahawa kebaktian Hari Sabat diadakan di rumah Sdra Wong Shing.

Pada tahun 1961, sebuah bangunan gereja papan yang kecil berukuran 9.1m X 6.1m [ 30’ X 20’ ] telah didirikan di tanah Sdra Wong Lin Kong. Pada tahun 1964 dua orang diakon dari Taiwan bernama Dn John Yang dan Lin Fong Shen  melawat Gereja Ranau dan menjalankan kerja penginjilan disitu. Sebagai hasilnya ramai yang telah dibaptiskan dan bilangannya semakin bertambah. Malangnya, disebabkan ketiadaan pemimpin gereja, terpencilnya tempat ini serta kerumitan perhubungan, pengembalaan jemaat bukan suatu perkara senang. Oleh ini iman ramai pemercaya kian merosot sehingga kebaktian Sabat tidak diadakan buat beberapa lama.pada akhir tahun 1970an penginjil dari Ibu Gereja melawat lebih kerapkali dan pengembalaan jemaat dipulihkan semula dengan lebih kerap. Akibatnya gereja Ranau mula pulih dan berkembang maju. Syukur pada Tuhan.

Kini bilangan anggota adalah 59, diketuai oleh Sdra Liong Nyat Choi. Terdapat 3 Kelas Pendidikan Agama dengan 6 guru di bawah bimbingan Sdri Nino Yap Hoi Chua dibantu oleh Alice Yap Fui Sin. Jawatankuasa Gereja adalah seperti berikut:-

Hal Ehwal Agama         :           Liong Nyet Choi; Chong Yun Fah [ Timbalan ]

Hal Ehwal Am              :           Yap Nyuk Chong; Yong Chau Chong [ pembantu ]

Bendahari                     :           Harry Yong Yin Fang; Nino Yap [ Pembantu ]

Setiausaha                    :           Freny Yong Shiew Chiun; Nino Yap [ Pembantu ]