Dasar Kepercayaan Gereja Yesus Benar
| |

Dasar Kepercayaan Gereja Yesus Benar

DASAR KEPERCAYAAN GEREJA YESUS BENAR

 

 

PRAKATA

 

Dasar kepercayaan Gereja Yesus Benar adalah iman seumum Gereja ini yang telah ditetapkan. Menurut Alkitab kami dengan ringkasnya menjelaskan pengertian setiap kepercayaan itu.

1.   Percaya bahawa Yesus, yang dijelmakan dalam daging untuk disalibkan bagi penebusan orang berdosa, dibangkitkan pada hari ketiga dan telah diangkat ke Syurga. Ia adalah Juruselamat manusia, penguasa langit dan bumi dan juga Tuhan yang Tunggal.

2.  Percaya bahawa Perjanjian Lama dan Baru dalam Alkitab ini diilhamkan oleh Tuhan, dan sesungguhnya Ia membuktikan Kebenaran, serta menjadi panduan yang standard dalam kehidupan seorang Kristen.

3.  Percaya bahawa jemaat ini didirikan oleh Tuhan Yesus Kristus melalui Roh Kudus pada zaman “Hujan Akhir” dan ia adalah jemaatt benar yang dipulihkan seperti zaman Rasul.

4.  Percaya bahawa pembaptisan dengan cara merendamkan seluruh tubuh dengan kepala tertunduk ke dalam air hidup (yang mengalir) adalah Sakramen untuk pengampunan dosa dan kelahiran kembali. Baptisan ini harus dilaksanakan dalam nama suci Tuhan Yesus Kristus oleh seorang pembaptis yang telah dibaptisakan dengan air dan Roh Kudus. Anak kecil (bayi) bagi mereka yang percaya wajib dibaptiskan.

5.  Percaya bahawa penerimaan Roh Kudus adalah sesuatu yang merupakan syarat yang harus dipenuhi lebih dahulu untuk memasuki Syurga dan berkata-kata dalam bahasa rohani sebagai bukti penerimaan Roh Kudus.

6.  Percaya bahawa Sakramen Pembasuhan Kaki emmbolehkan seorang mendapat bahagian dengan Tuhan dan mengandungi pengajaran saling mengasihi, kekudusan, rendah hati, perkhidmatan dan  pengampunan.     Sakramen Pembasuhan Kaki harus dilaksanakan di dalam nama suci Tuhan Yesus sekali saja kepada orang yang telah dibaptis. Saling membasuh kaki boleh juga diadakan di masa yang perlu.

7.   Percaya bahawa Sakramen Perjamuan Kudus adalah peringatan kematian yuhan Yesus, menerima tubuh dan darahNya, perhubungan suci dengan Dia yang membolehkan kita mendapat hidup kekalmdan dibangkitkan pada hari terakhir. Hanya satu roti yang tidak beragi dan satu cawan hasil pokok anggur digunakan.

8.   Percaya bahawa hari Sabat (Sabtu) adalah hari suci yang diberkati Tuhan dan haruslah dipegang di bawah anugerah-Nya – mengingatkan ciptaan dan penebusan yang dijanjikan dengan mengharapkan hidup kekal di hari kemudian.

9.   Percaya bahawa keselamatan itu diberikan oleh anugerahNya melalui iman. Tetapi, hendaklah bersandar kepada Roh Kudus, berjuang untuk kekudusan, menggenapi segala pengajaran di dalam Alkitab, takut akan Tuhana dan mengasihi sesama manusia.

10. Percaya bahawa pada akhir zaman kelak, Yesus akan turun dari Syurga untuk menghakimi manusia. Justeru yang benar akan menerima hidup kekal, sementara orang-orang jahat akan diserahkan pada hukum abadi.

 

(I)        Percaya bahawa Yesus, yang dijelmakan dalam daging untuk disalibkan bagi penebusan orang berdosa, dibangkitkan pada hari ketiga dan telah diangkat ke Syurga. Ia adalah  Juruselamat manusia, penguasa langit dan bumi dan juga Tuhan yang Tunggal.

 1.    Firman menjadi manusia

a)    Firman itu ialah Tuhan. Tuhan Yesus ialah Tuhan yang dinyatakan dalam daging (Yoh 11,                                  14; I Tim 3:16).

b)    Yesus telah dilahirkan oleh seorang anak dara Maria melalui Roh Kudus. Ia adalah manusia dan sebenarnya tuhan (Mat 118-23; Yes 7:14).

c)    Tuhan Yesus telah menjadi daging menumpahkan darah-Nya untuk menebus orang berdosa (Ibr 2:14; 9:22; 10:4-10)

2.    Penebusan orang berdosa melaluji kematian-Nya di atas salib

a)    semua orang telah berbuat dosa (Rm 3:23)

i.        Dosa disebabkan tidak takut akan Tuhan (Mat 22:36-40; Kel 20:3-11

ii.        Dosa disebabkan tidak mengasihi sesama manusia (Mat 22:39-40; Kel 20:12-17)

b)    Setelah orang berdosa meninggal, mereka akan dihakimik dan dilemparkan ke neraka untuk siksaan yang kekal (Ibr 9:27; Why 21:8)

Yesus mati bagi kita

i.        Orang berdosa tidak mampu menyelamatkan diri (Yer 13:23; Kej 37

ii.        Darah domba dan kambing tidak dapat menghanguskan dosa (Ibr 10:1-4).

iii.        Tuhan yang tidak berdosa telah mati bagi kita (II Kor 5:21; Mat 20:28; I Kor 15:1-3).

3.    Ia dibangkitkan pada hari ketiga dan naik ke Syurga

a)    Tuhan telah bernubuat bahawa Ia akan dibangkitkan pada hari ketiga selepas Ia mati (16:21; 17:23).

b)    Pada hari ketiga, Tuhan telah dibangkitkan dari mati dan 40 hari kemudian Ia terangkat ke Syurga (Yoh 20:1-8; Kis 1:1-11).

c)    Kini Tuhan berada di Syurga dengan penuh kuasa untuk melindungi sesiapa yang berdasar pada Dia (I Ptr 3:22; Ibr 4:14-16).

4.    Yesus ialah Juruselamat yang tunggal bagi manusia

a)    Tuhan dilahirkan untuk menyelamatkan manusia (Luk 2:8-11).

b)    Kini Ia menyelamatkan kita dari segala usaha yang jahat (Mat 1:21; I Tim 1:15).

c)    Pada hari terakhir, Ia akan menuntun kita kepada KerajaanNya di Syurga (II Tim 4:18; Mat 25:31-34).

5.    Yesus ialah penguasa langit dan bumi dan juga Tuhan yang tunggal

a)    Segala sesuatu dijadikan oleh Dia (Yoh 1:1-3; Kol 1:16)

b)    Segala yang hidup  dijadikan oleh Dia (Yoh 11:25; 1:4; 11:39-45).

c)    Dia dan Bapa adalah satu (Yoh 10:30; 14:9-11).

d)    Dia adalah Tuhan yang tunggal (Rm 9:5; Yes 9:6; I Tim 3:16).

 

(II)        Percaya bahawa Perjanjian Lama dan Baru dalam Alkitab ini diilhamkan oleh Tuhan, dan sesungguhnya Ia membuktikan Kebenaran, serta menjadi panduan yang standard dalam kehidupan seorang Kristen.

 1.    Semua Kitab Suci diilhamkan oleh tuhan (II Tim 3:16).

 a)    Hanya melalui dorongan Roh Tuhan seorang itu bernubuat (II Pet 1:21).

b)    Sepuluh Hukum itu dituliskan oleh Tuhan sendiri (Kel 31:18.

c)    Walaupun hampir 40 orang yang menjadi penulis Alkitab, mereka hanyalah seperti 40 pen di mana pemegang pen-pen itu ialah Tuhan (II Sam 23:2; Mat 22:43).

2.    Adalah Kitab Suci yang tunggal untuk membuktikan Kebenaran.

a)    Tuhan berfirman bahawa Kitab Suci itu tidak boleh dibatalkan (Yoh 10:35; Mat 5:18).

b)    Tuhan membuktikan bahawa Dia itu adalah Kristus melalui Kitab Suci (Yoh 5:39, 46; Luk 24:44-47).

c)    Firman yang diberitakan oleh para jemaat hendaklah menurut Alkitab (Gal 1:6-9; Kis 17:2-3)..

3.    Panduan yang standard dalam kehidupan seorang Kristen.

a)    Alkitab ialah pelita bagi kaki dan terang bagi jalan para pemercaya (Mzm 119:105)

b)    Alkitab juga adalah panduan yang standard bagi segala makhluk (II Tim 3:16-17; Yes 8:20).

c)    Masa akan berubah tetapi Alkitab ini tidak akan berubah (Ams 30:5-6).

 

( III)   Percaya bahawa jemaat ini didirikan oleh Tuhan Yesus Kristus melalui Roh Kudus pada zaman “Hujan Akhir” dan ia adalah jemaatt benar yang dipulihkan seperti zaman Rasul.

1.    Jemaat kami ini didirikan oleh Tuhan melalui Roh Kudus pada musim “Hujan Akhir”

a)    Roh Kudus diturunkan pada dua musim

i.        Tuhan mencurahkan (hujan awal) hujan musim gugur dan (hujan akhir) hujan musim berbunga (Ul 11:14; Yer 5:24)

ii.       Roh Kudus pada bulan hujan awal kali dicurahkan pada zaman rasul (Kis 1:8; 2:1-13)

iii.      Roh Kudus pada zaman hujan akhir telah diturunkan pada akhir zaman ini (Yoel 2:23, 28-31).

b)    Penubuhan Gereja Benar harus disertai  dengan Roh Kudus

i.       Hanya orang yang dipenuhi Roh Kudus adalah orang utusan Tuhan (Rm 10:15; Luk 4:18, 19; Yoh 20:21-22)

ii.      Hanya orang yand dipenuhi Roh Kudus mempunyai kuasa untuk mengampuni dan menahankan dosa (Mat 18:17, 18; Yoh 20:21-23).

iii.    Gereja Benar hanya dapat ditubuhkan melalui Roh Kudus (Efe 1:23; Zak 4:6).

2.    Gereja ini ialah pemulihan gereja rasul-rasul

a)    Gereja Benar harus mempunyai syarat-syarat tersebut seperti di bawah:-

i.        Penyertaan Roh Kudus (Efe 1:23; I Kor 12:13; Rm 8:9)

ii.        Penyertaan tanda-tanda ajaib dan mujizat-mujizat (Mrk 1:17-20; Ibr 2:1-4; Kis 14:3).

iii.       Firman yang disampaikan oleh-Nya harus menurut Alkitab (Gal 1:6-9; Efe 2:19-20).

b)    Memelihara Gereja seperti dengan zaman rasul-rasul (Amos 9:11)

i.        Seimbang dalam Roh Kudus (Efe 4:4; I Yoh 4:1-3)

ii.       Seimbang dalam ajaran (asas-asas agama) (Efe 2:19-20; 4:4-5).

iii.      Seimbang dalam kuasa (Kis 1:8; 5:12-16)

iv.      Seimbang dalam kekudusan (Kis 5:25-27; 5:1-11)

v.       Seimbang dalam kasih (Kis 2:41-47; 4:32-37).

 

(IV)    Percaya bahawa pembaptisan dengan cara merendamkan seluruh tubuh dengan kepala tertunduk ke dalam air hidup (yang mengalir) adalah Sakramen untuk pengampunan dosa dan kelahiran kembali. Baptisan ini harus dilaksanakan dalam nama suci Tuhan Yesus Kristus oleh seorang pembaptis yang telah dibaptisakan dengan air dan Roh Kudus. Anak kecil (bayi) bagi mereka yang percaya wajib dibaptiskan.

1.    Percaya bahawa baptisan air adalah satu Sakramen untuk pengampunan dosa dan kelahiran kembali

a)    Gereja kita mempunyai tiga Sakramen:

i.        Sakramen Pembaptisa

ii.       Sakramen Pembasuhan Kaki

iii.      Sakramen Perjamuan Kudus

Setiap Sakramen harus menggenapi syarat-syarat di bawah:-

i.          Hendaklah ditubuhkan oleh Tuhan sendiri

ii.         Haruslah diperintahkan oleh Yesus kepada murid-muridNya untuk dilaksanakan.

iii.        Perbuatan ini mengenai Keselamatan.

b)    Baptisan air berkesan untuk menghapuskan dosa dan membaharui seseorang.

i.    Pengampunan dosa (Kis 2:38; 22:16; Rm 6:6-7)

ii.    Pembaharuan (Tit 3:5; Rm 6:3-4; Yoh 3:5).

iii.   Mengenakan Kristus (Gal 3:27-29; Rm 6:3; I Kor 12:13).

2.    Pembaptis haruslah seorang yang telah dibaptis oleh air dan Roh Kudus.

  i.        Hanya mereka yang telah disucikan oleh pembaptisan air layak melaksanakan Sakramen-sakramen itu (Neh 19:18; Kel 29:4; Kis 22:16).

ii.        Hanya mereka yang telah menerima Roh Kudus diutus oleh Tuhan dan berkuasa melaksanakan Sakramen-sakramen itu (Rm 10:15; Yoh 20:21-23; Luk 4:18,19).

3.    Cara baptisan yang sebenarnya.

   i.        Membaptis dalam nama suci Yesus Kristus (Kis 2:38; 19:5; 8:16).

ii.        Merendamkan seluruh tubuh di dalam air yang hidup (mengalir) (Mat 3:16; Yoh 3:23; Kis 8:38).

iii.        Dengan menundukkan kepala (Rm 6:5,8; Yoh 19:30; Mzm 40:12).

4.    Pembaptisan bayi

   i.        Bayi dilahirkan dalam kezaliman (Mzm 51:5)

ii.       Pembaptisan bayi di masa lalu mendapat kelulusan dan berkat dari Tuhan:-

–       Anak-anak juga menerima Roh Kudus (Kis 238-39; 10:44-48; Rm 8:15-16).

–       Tuhan menunjukkan tanda-tanda ajaib dan mujizat semasa pembaptisan.

iii.        Hanya anak-anak kepada orang yang percaya dibaptiskan atas permintaan (Mat 15:28; Yoh 4:49-51; Efe 6:4; Ams 22:6; Ul 6:6-7).

iv.        Jangan halang anak-anak untuk datang kepada Tuhan (Mat 19:14).

v.        Kecuali dilahirkan daripada air dan roh tiada yang boleh memasuki Kerajaan Tuhan (Yoh 3:3,5; Tit 3:5).

 

( V)        Percaya bahawa penerimaan Roh Kudus adalah sesuatu yang merupakan syarat yang harus dipenuhi lebih dahulu untuk memasuki Syurga dan berkata-kata dalam bahasa rohani sebagai bukti penerimaan Roh Kudus.

1.    Menerima Roh Kudus merupakan syarat yang harus dipenuhi lebih dahulu untuk memasuki Syurga.

a)    Seorang harus dilahirkan daripaa Roh Kudus untuk memasuki Kerajaan Tuhan (Yoh 3:5; Tit 3:5).

b)    Roh Kudus akan memberika  hidup kekal kepada kita (Wah 22:17; Yoh 4:14)

c)    Roh Kudus bersaksi bahawa kita adalah anak-anak Tuhan (Rm 8:16; Gal 4:6-7).

d)    Roh Kudus menjadi jaminan atas warisan Kerajaan Tuhan (Efe 1:13-14; II Kor 1:20-22).

2.    Berkata-kata dalam bahasa roh adalah bukti penerimaan Roh Kudus.

a)    Adalah tidak benar bahawa seseorang menerima Roh Kudus ketika ia percaya kepada Kristus (Kis 19:1-7).

b)    Adalah tidak benar bahawa seseorang itu menerima Roh Kudus bila ia dibaptiskan (Kis 8:15-16).

c)    Adalah tidak benar bahawa seseorang itu menerima Roh Kudus jika ia melakukan kebaikan (Kis 10:2, 22, 44)

d)    Adalah salah untuk menganggap seseorang itu menerima Roh Kudus jika ia melayani Tuhan dengan sebulat hati (Mat 19:27; Kis 1:4-5).

e)    Para Rasul menilaikan kuasa roh sebagai bukti penerimaan Roh Kudus

i.        Pengalaman para rasul pada hari Pentakosta (Kis 2:1,4)

ii.        Pengalaman Kornelius dan orang lain (Kis 10:44-46; 11:15-18).

iii.        Pengalaman para pemercaya di Efesus (Kis 19:1-7).

  • Berkata-kata dalam bahasa Roh adalah cakapan berkata kepada Tuhan, dan oleh yang  demikian tidak difahami manusia (I Kor 14:2, 14, 16).
  • Bahasa Roh itu memang bererti. Jika perlu, Tuhan akan menggerakkan untuk menterjemahkannya (I Kor 12:10; 14:26-28; Kis 2:5-11).

 

( VI)        Percaya bahawa Sakramen Pembasuhan Kaki emmbolehkan seorang mendapat bahagian dengan Tuhan dan mengandungi pengajaran saling mengasihi, kekudusan, rendah hati, perkhidmatan dan pengampunan. Sakramen Pembasuhan Kaki harus dilaksanakan di dalam nama suci Tuhan Yesus sekali saja kepada orang yang telah dibaptis. Saling membasuh kaki boleh juga diadakan di masa yang perlu.

 1.    Tuhan berkata kepada Petrus; “Jikalau Aku tidak membasuh engkau, engkau tidak mendapat bagian dalam Aku” (Yoh 13:8). Dari sini nyatalah bahawa pembasuhan kaki yang dianjurkan oleh Tuhan adalah lebih daripada suatu adat istiadat sebab ia berkesan dan berkuasa yang  membolehkan seseorang mendapat bahagian dalam Tuhan.\

2.    Sakramen Pembasuhan Kaki juga mendatangkan banyak pengajaran:-

a)    Meneladani kasib Yesus terhadap saudara seiman seperti Ia telah mengasihi murid-murid-Nya (Yoh 13:1,34)

b)    Harus menguduskan diri dan menjauhi jalan kfasikan (Yoh 13:10, 11; Ams 4:26)

c)    Harus meneladani kerendahan hati Yesus dalam pelayanan seperti Ia melayani murid-murid-Nya (Yoh 13:12-14; Mat 20:25-28).

d)    Meneladani sikap pengampuni seseorang seperti Yesus telah membasuh kaki Yudas walaupun Ia terlebih dahulu mengetahui bahawa Yudas akan mengkhianatiNya (Yoh 13:10-11; Kol 3:13).

 3.    Cara Pembasuhan Kaki

 a)    Sesiapa yang telah dibaptis dengan air haruslah dibasuh kakinya sekali sahaja oleh pekerja rohani dalam nama suci Yesus ia mendapat bahagian dalam Tuhan (Yoh 13:8, 20).

b)    Memandangkan soal berkenaan dengan “saling membasuh kaki” boleh juga diadakan jika telah menjadi kebiasaan di tempat itu tetapi haruslah bersemangat rendah hati supaya menyatakan pengajaran saling mengampuni antara satu sama lain.

 

 (VII)        Percaya bahawa Sakramen Perjamuan Kudus adalah peringatan kematian yuhan Yesus, menerima tubuh dan darahNya, perhubungan suci dengan Dia yang membolehkan kita mendapat hidup kekalmdan dibangkitkan pada hari terakhir. Hanya satu roti yang tidak beragi dan satu cawan hasil pokok anggur digunakan.

 1.    Memperingati kematian Tuhan Yesus (I Kor 11:26; Luk 22:19)

 a)    Memperingati bahawa oleh kerana kita Tuhan menjadi miskin (II Kor 8:9; Luk 9:58).

b)    Memperingati bahawa oleh kerana kita Tuhan disesahkan (Rm 4:15; Mat 27:18-31)

c)    Memperingati bahawa oleh kerana kita Tuhan disalibkan (Mat 27:32-50; Mzm 22:12-16).

d)    Memperingati bahawa oleh kerana kita Tuhan mengalami kematian (Ibr 2:9; Mat 27:45-52; Kis 2:30-32).

2.    Menerima tubuh dan darahNya

a)    Percaya bahawa selepas perwakafan roti itu menjadi tubuh Tuhan dan hasil pokok anggur itu menjadi darah Tuhan (I Kor 10:16; 11:24, 29-30; Luk 22:19-20).

b)    Mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus membolehkan seseorang untuk berhubung dengan Kristus (I Kor 10:16-21; Yoh 6:56).

c)    Mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus membolehkan seseorang mendapat hidup kekal dan dibangkitkan pada hari terakhir (Yoh 6:53, 54; I Kor 11:26).

3.    Cara melaksanakan Perjamuan Kudus

a)    Menggunakan satu roti yang tidak beragi (I Kor 10:17; 5:6-8)

b)    Menggunakan satu bekas hasil pokok anggur (Mrm 14:25; :Luk 22:18).

c)    Masa ulangan perlaksanaan Perjamuan Kudus tidak ditetapkan. Ianya boleh dilaksanakan seberapa kerap yang dikehendaki (I Kor 11:26)

 

 (VIII)        Percaya bahawa hari Sabat (Sabtu) adalah hari suci yang diberkati Tuhan dan haruslah dipegang di bawah anugerah-Nya – mengingatkan ciptaan dan penebusan yang dijanjikan dengan mengharapkan hidup kekal di hari kemudian.

 1.    Hari Sabat adalah hari suci yang diberkati Tuhan

a)    Tuhan telah mencipta  segala makhluk dala masa enam hari dan berhenti (berehat) pada hari ketujuh (Sabtu) (Kej 2:1-3).

b)    Tuhan memberkati hari ketujuh dan menguduskannya (Kej 2:3; Kel 20:8, 11).

c)    Tuhan memerintahkan manusia berehat pada hari ketujuh (Sabtu) dan khususnya menyediakan makanan bagi mereka (Kel 16:23-25)

d)    Mereka yang memegang hari Sabat akan diberkati Tuhan (Yer 58:13-14; 56:2)

e)    Sesiapa yang tidak memegang hari Sabat akan ditimpa malapetaka (Yer 17:27; Ney 13:17-18)

2.    Memperingati ciptaan dan penebusan-Nya dalam anugerah

a)    Orang Yahudi hari Sabat di bawah hukum Taurat

i.        Tidak dibenarkan memasang api pada hari ini(Kel 35:3)

ii.        Tidak dibenarkan melakukan sebarang pekerjaan (Kel 31:15)

iii.        Sesiapa yang melanggar kekudusan hari Sabat pasti dihukum mati (Kel 31:12-14; Bil 15:32-36)

b)    Orang Kristien harus memegang hari Sabat di bawah anugerah

i.      Pada hari Sabat kita boleh melakukan pekerjaan suci (Yoh 7:23; Mat 12:5)

ii.     Pada hari Sabat kita boleh berbuat baik (Mat 12:12)

iii.    Pada hari Sabat kita boleh menyelamatkan nyawa (Mat 3:4)

iv.    Jika keadaan tidak membenarkan kita memegang hari Sabat, Tuhan memahami kesusahannya (Mat 121-4, 7-8)

v.     Haruslah kita memegang hari Sabat dengan hati yang riang (Yes 58:13).

c)    Mengingatkan ciptaan dan penebusan Tuhan

i.     Harus mengadakan pertemuan kudus pada hari itu suoaya mengingatkan anugerah Tuhan yang telah menyediakan segala sesuatu bagi kita (Kel 20:8-11; Mat 5:45; Im 23:3).

ii.    Harus berhimpun bersama-sama pad ahari ini untuk mengingatkan anugerah Kristus yang telah menebus kita dari siksaan kekal (Ul 5:15; Yoh 3:16; II Kor 5:14, 15, 21)

iii.   Mengharapkan perhentian kekal di masa depan. Kehidupan di dunia amat sukar dan derita (Mzm 90:10)

  •  Apa yang diharapkan seorang Kristian adalah berkat di masa depan (II Kor 4:16-18; I Kor 15:19)
  • Haruslah seorang berusaha untuk memasuki perhantian kekal di Kerajaan Tuhan (Ibr 4:9-11)

 

(IX)        Percaya bahawa keselamatan itu diberikan oleh anugerahNya melalui iman. Tetapi, hendaklah bersandar kepada Roh Kudus, berjuang untuk kekudusan, menggenapi segala pengajaran di dalam Alkitab, takut akan Tuhana dan mengasihi sesama manusia.

 1.    Keselamatan diberikan oleh anugerah melalui iman

a)    Oleh anugerah

i.        Anugerah diberi oleh Yesus (Yoh 1:17)

ii.        Tuhan mengorbankan diri-Nya untuk menggenapi Keselamatan (Ibr 10:19-20; Rm 325; I Yoh 2:2)

iii.        Tiada lagi Juruselaamt selain dari Dia (Kis 412; Yoh 14:6)

b)    Oleh iman

i.        Manusia tidak sanggup menyelamatkan dirinya melalui perbuatan sahaja (Efe 2:9; Tit 3:5)

ii.        Manusia tidak dapat diselamatkan oleh kerana melakukan Hukum Taurat (Rm 3:20, 28)

iii.        Keselamatan itu diberi kerana kasih karunia oleh iman (Efe 2:8)

iv.        Keselamatan Tuhan diberi kepada setiap orang yang beriman (Rm 1:16-17)

v.        Sesiapa yang percaya dan dibaptiskan akan diselamatkan (Mrk 16:16; Tit 3:5)

2.    Bersandar kepada Roh Kudus dan mengejar kekudusan

 a)    Mengejar kekudusan

i.        Setiap orang kepunyaan Tuhan harus meninggalkan kejahatan (II Tim 2:19)

ii.        Orang yang tidak benar tidak akan mewarisi Kerajaan Tuhan (I Kor 6:9, 10; Gal 5:19-21).

iii.        Tanpa kekudusan tidak seorangpun akan melihat Tuhan (Ibr 12:14; Mat 7:21-23)

b)    Bersandar kepada kuasa Roh Kudus

i.        Manusia tidak dapat melakukan yang baik dengan daya usahanya sendiri (Yer 13:23; Rm 7:18-24)

ii.        Roh Kudus akan membantu kita menjadi kudus (II Tes 2:13; Rm 8:13)

iii.        Hanya bersandar kepada Roh Kudus seorang itu dapat menghasilkan buah baik (Gal 5:22-23; Why 22:1-2).

3.    Takut akan Tuhan dan mengasihi sesama manusia

 * Tuhan telah meringkankan hukum-hukum kepada dua:-

  • Mengasihi Tuhan dengan sepenuh jiwa kita
  • Mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri (Mat 23:34-40)

Seandainya seorang tetap memegang pada dua Hukum Kasih ini ia sudah menggenapi seluruh Taurat (Rm 13:8-10)

a)    Takut dan kasih akan Tuhan

i.        Harus menyembah Tuhan benar yang tunggal (Kel 20:3-6; Dan 3:16-18)

ii.        Harus memegang segala perintahNya (I Yoh 5:3; Yoh 14:21-24)

iii.        Harus menuruti kejendakNya (Mat 26:39, 42; Ibr 10:7)

iv.        Harus mempersembahkan segala sesuatu kepada Tuhan (Rm 12:1; Kej 22:16-18).

b)    Mengasihi orang lain seperti kasih akan diri sendiri

i.        Harus mengambil berat pada keperluan fizikal orang lain

ii.        Harus mengasihi jiwa orang lain (Rm 9:1-3;’ II Kor 12:15)

iii.        Harus mengasihi orang lain seperti kasih akan diri kita sendiri (Mat 22:39-40; Rm 13:9)

iv.        Seandainya kita mengasihi manusia kita juga harus mengasihi Tuhan (I Yoh 4:16-17)

v.        Seandainya kita mengasihi Tuhan dan manusia, kita pasti memasuki Kerajaan Syurga (Mat 25:34-40)

 

 (X)        Percaya bahawa pada akhir zaman kelak, Yesus akan turun dari Syurga untuk menghakimi manusia. Justeru yang benar akan menerima hidup kekal, sementara orang-orang jahat akan diserahkan pada hukum abadi.

 1.    Hari terakhir bagi dunia

 a)    Akan tiba hari terakhir bagi dunia

i.        Dunia mempunyai hari ciptaannya (Kej 1:1; II Ptr 3:4-5)

ii.       Dunia mempunyai hari pemusnahannya – hari terakhir (II Ptr 3:6-14)

iii.        Hari terakhir itu merupakan hari ketibaan Yesus Kristus pada kalu yang kedua (Yoh 12:48; Mat 25:31-33).

b)    Tanda-tanda hari terakhir

i.        Dosa bertimbun (tinggi seperti langit) (II tim 3:1-5; Why 18:4-5)

ii.        Taraf pengetahuan manusia bertambah (Dan 12:4)

iii.        Bangsa-bangsa akan berpecah-belah (Dan 2:33-35; 42-45; Mat 24:7-8)

iv.        Penderitaan yang hebat akan muncul (Mat 24:21-29; Why 6:3-8)

v.        Gereja Benar akan terbangun (Amos 9:11; Hag 2:9)

vi.        Anti-Kristus akan muncul (Why 13:1-7; 20:7-10)

vii.        Gereja Benar akan bersedia (Why 19:7-8; 21:2)

2.    Tuhan akan datang kembali untuk menghakimi manusia

a)    Sungguh Tuhan membawa penghakiman

i.        Penghakiman di dalam tangan Tuhan (Yoh 5:22)

ii.      Tuhan akan menghakimi semua manusia dengan firman-Nya (Yoh 12:47-48)

iii.        Tuhan akan memberi upah kepada setiap orang menurut perbuatannya (Why 22:12)

b)    Yang Benar akan menerima hidup kekal

i.        Mereka akan mewarisi Kerajaan Syurga (Mat 25:32-34)

ii.        Mereka akan bergembira pada kehidupa abadi (Mat 25:46)

iii.        Mereka akan menerima mahkota (I Ptr 5:4)

c)    Yang jahat akan dicampakkan ke dalam siksaan kekal

i.        Mereka akan ditolaj dari hadirat Tuhan (II Tes 1:7-9)

ii.        Mereka akan masuk ke dalam api yang kekal abadi (Mat 25:41-46)

iii.        Mereka akan mengalami kesengsaraan dalam hukuman kekal (Why 21:7-8). Anda harus bersedia untuk menemui Tuhanmu (Ams 4:12)

Untuk Mengetahui Gereja Benar
| |

Untuk Mengetahui Gereja Benar

UNTUK MENGETAHUI GEREJA BENAR

 

 

Bagi memahami sepenuhnya penghidupan binatang hidupan seorang ahli Biologi kadangkala terpaksa membedah seekor binatang secara mendatar segi dan memerhatikannya dengan terperinci, dengan teliti menganalisakan supaya mengkajinya dengan penuh perhatian. Dia tidak akan membuat satu kajian cetek ke atas binatang tersebut dan mengatakan dia telah mengetahui kesemuanya. Tambahan pula, dia tidak akan membuat satu keputusan melalui keadaan luar sahaja, jika tidak ini akan menimbulkan satu ejekan.

 

Bagi seseorang yang tidak pernah berusaha untuk mempelajari Kitab tetapi mula mengkritikkan bahawa “Gereja Yesus” adalah tidak taat, tiada kasih sayang dan tidak pemurah, kita katakan bahawa dia adalah kebudadk-budakan dan belum matang. Komennya adalah tidak berharga. Begitu juga seseorang yang tidak pernah mempelajari injil gereja kita tetapi membuat teguran yang jahat bahawa ianya pembohong, mengadakan ajaran agama yang palsu dan sia-sia, juga kita katakan dia belum lagi matang. Dalam kes seperti ini, kita hanya akhui dia dengan satu senyuman.

 

Gereja Yesus Benar ditubuhkan di Negeri China dalam tahun 1917. Ini adalah satu pemulihan gereja terdahulu di hari akhir. Gereja awal telah ditubuhkan oleh “Hujan Awal” iaitu Roh Kudus (Kis 21:1,4,41). Gereja Yesus Benar ditubuhkan oleh Hujan Akhir dan juga Roh Kudus (Zak 10:1; 4:6). Oleh kerana ini adalah satu utusan diserahkan oleh Tuhan, banyak tanda ajaib dan mujizat berlaku untuk membuktikan bahawa injil yang diberitakan adalah kebenaran (Mak 16:20).

 

Kebenaran adalah asas dasar gereja-gereja awal. Tiada yang ditambah, dikurang atau diubah (I Tim 3:5; Wah 2218,19). Asas dasar Gereja Yesus Benar adalah juga Kebenaran, dan iman kita berasaskan iman gereja-gereja awal; tidak dipengaruhi oleh ajaran salah dan perbuatan manusia. Gereja-gereja awal percaya bahawa baptisan air ada kuasa untuk mneghilangkan dosa. Seseorang yang menerima baptisan mesti menundukkan kepalanya dan badan hendaklah direndamkan sepenuhnya dalam air. Roh Kudus adalah satu jaminan untuk mewarisi kerajaan Syurga dan bertutur dalam bahasa roh adalah satu hukum Tuhan. Sesiapa yang menolak kakinya dibasuhkan tidak akan mempunyai bahagian dengan Tuhan. Roti dan air anggur dadlam Perjamuan Kudus adalah darah dan daging Tuhan. Kita mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus untuk memperingati kematian Tuhan. Kita gunakan sekeping roti tidak beragi sahaja. Hari Sabat adalah hari ketujuh dalam minggu iaitu Hari Sabtu. Ini adalah salah satu dari 10 Hukum dan ia tidak akan dibatalkan. Kita sokong dan memegangnya.

 

Apabila Filipus memperkenalkan Nathanel kepada Yesus, Nathanel berkata, “Bolehkah sesuatu yang baik datang dari Nazaret? Filipus berkata, “Datang dan lihatlah!” Apabila Nathanel melihat Tuhan Yesus, barulah dia sedar bahawa Yesus adalah anak Tuhan.

 

Wahai sahabat semua, datang dan lihatlah sendiri!

Kursus Latihan Teologi
| |

Kursus Latihan Teologi

KURSUS LATIHAN TEOLOGI

 

Memandangkan builangan pemercaya semakin bertambah dan gereja-gereja yang baru ditubuhkan, dan juga petugas kerja suci, kebanyakannya tiada latihan sempurna, perkara mengadakan kursus latihan teologi atau penubuhan satu Pusat Latihan Teologi dibangkitkan beberapa kali dalam MEsyuarat Jawatankuasa Eksekutif Ibu Gereja Sabah sejak 8 atau 9 tahun yang lalu. Berikutan dengan ini, lebih kurang 5 tahun lalu, satu kurikulum latihan Teologi Jangka Pendek telah pun disediakan. Akan tetapi, disebabkan kekurangan pensyarah tempatan yang berpengalaman, satu permohonan telah dibuat kepada Ibu Gereja Antrabangsa (IA) untuk menugaskan pensyarah ke Sabah dalam masa sesuai. Oleh itu, tiada jadual tetap untuk mengadakan kursus.

 

Syukur kepada Tuhan, melalui cadangan dan permintaan Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC) kepada Ibu Gereja Antarabangsa, perjalanan Kursus Latihan Teologi Belia jangka pendek 3 tahun telah diadakan. Pada masa kini, jadual perancangan bagi sabah dan Semenanjung Malaysia/ Singapura Pusat Latihan Teologi dikendalikan oleh SEAEC. Pensyarah-pensyarah dan bahan-bahan pelajaran dibekalkan oleh Ibu Gereja Sabah dan Ibu Gereja Semenanjung Malaysia/ Singapura. Pendaftaran bagi penuntut bertambah setiap tahun. Adalah tidak dapat dielakkan bahawa tidak lama lagi penatua/ diaken/ penginjil tempatan akan mengambilalih tanggungjawab untuk memberi syarahan dan penyediaan nota-nota syarahan untuk kursus.

 

Pada masa sekarang, penguasa kursus ialah Diaken Daniel Pang, Pengerusi Ibu Gereja Sabah dan pensyarah-pensyarah ialah Penatua – Penatua John Yang, Hsieh Soon Tao, Lin Fong Lai, Chen Hen Tao, Dn Tsai Mu Fu, pendeta-pendeta Lai Ying Fu dan Hou Shuey Yuen dari Ibu Gereja Taiwan; Pendeta-pendeta Stephen tham, Thomas Kam dan Philip Chong dari Ibu Gereja Sabah juga membantu dalam kerja syarahan.

 

Pada 1983, satu Kursus Latihan Belia 3 minggu untuk kawasan Asia Tenggara dianjurkan oleh Ibu Gereja Antarabangsa telah diadakan di Sabah. 63 peserta dari Singapura, Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Sabah telah menghadiri dan kemputusannya sangat memuaskan. Pada tahun 1984, Kursus Latihan Teologi Belia jangka pendek bagi Sabah telah diadakan di Gereja Kota Kinabalu di sampung dengan satu lagi yang diadakan di Pusat Latihan Teologi Asia Tenggara di Singapura. Jangka masa kursus ialah 3 minggu dalam satu tahun dalam tempoh 3 tahun ini diadakan mula dari pertengahan bulan November sehingga awal bulan Disember. Penuntut kumpulan pertama seramai 33 orang telah tamat pelajaran pada tahun 1986. Terdapat 117 orang dalam tahun pertama dan 44 orang dalam kumpulan kedua. Pada tahun yang sama, satu kumpulan Kursus Latihan Teologi Para Penginjil juga telah tamat. Empat pelatih adalah dari Sabah dan seorang dari Negeri thai.

 

Tiga kelas akan diteruskan bagi Belia (penuntut) Kursus Latihan Teologi setiap tahun. Dalam bulan Julai – Ogos 1987, kegiatan belia seperti berikut dianjurkan bersama oleh Ibu Gereja Antarabangsa dan Perkumpulan Belia Antarabangsa (IYF): Seminar Rohani Belia Masyarakat pada 25-27 Julai 1987 dan Kursus Latihan Petugas Suci Belia pada 19 Julai – 2 Ogos 1987 masing-masing. Terdapat 87 orang telah mendaftar bagi Seminar dan 98 orang bagi kursus.

Jabatan Pendidikan Agama
| |

Jabatan Pendidikan Agama

PENUBUHAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN-JABATAN & JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

 

JABATAN PENDIDIKAN AGAMA

 

 

SEJARAH PENDIDIKAN AGAMA SABAH

 

Pada November 1964 apabila Dn John Yang dan Dn Lin Fong shen pertama kali melawat ke Gereja Kota Kinabalu, Pendidikan Agama belum lagi diadakan. Pada masa itu yang menghadiri kebaktian Hari Sabat pun tidak ramai. Oleh yang demikian dan untuk melatih iman belia, Kebaktian Kebangunan Rohani Belia diadakan buat pertama kalinya. Seramai 40 orang peserta menyertainya. Diadakan juga Kursus Guru Pendidikan Agama kali pertama dengan 20 orang peserta.

 

Setelah mengikuti kursus dan Kebaktian Kebangunan Rohani ini, belia-belia telah bersemangat dan berkeyakinan. Gereja yang pertama mengadakan pendidikan agama kelas kanak-kanak ialah Gereja Kota Kinabalu pada 2 Januari 1965. Kemudian disebabkan dorongan dari Dn Yang dan Dn Lin apabila mereka melawat beberapa buah gereja maka pendidikan agama mula diadakan di merata tempat seperti Kudat, Balung, Tamparuli dan Sandakan pada 1965; Papar pada 1966; Sungai Paal pada 1971; Tawau pada 1974; Labuan pada 1975 dan Keningau pada 1976 dan lain-lain.

 

Pada peringkat permulaan, selain daripada beberapa orang guru yang telah mengikuti kursus, yang lain kebanyakan tidak ada mengikuti apa-apa kursus. Ibu Gereja telah menubuhkan Bahagian Pendidikan Agama dalam mesyuarat Majlis Eksekutifnya pada 7 April 1974 untuk mengawal aktiviti pendidikan ini.

 

Pada permulaannya Sabah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu, pantai barat, pantai timur, pedalaman dan luar bandar dan tiap-tiap bahagian ini dikelolakan dan dibimbing oleh 2 atau 3 orang kaunselor. Tetapi oleh kerana masalah pentadbiran, sistem ini diubah menjadi Sistem Kawalan Pusat. Segala tindakan haruslah mendapat kelulusan Bahagian Pendidikan Agama. Kadangkala kaunselor-kaunselor dihantar ke gereja-gereja tempatan untuk membuat lawatan bimbingan. Untuk meninggikan pengetahuan dan kualiti guru Pendidikan Agama maka pada 20-23 April 1973 telah diadakan Kursus Latihan Guru untuk melatih belia-belia yang ingin bekerja bagi Tuhan. Mereka yangmengambil bahagian sangat ramai. Selepas ini Kursus Latihan Guru ini yang dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Agama diadakan tiap-tiap tahun. Jabatan Pendidikan Agama di bawah pimpinan Roh Kudus telah berkembang.

 

Oleh kerana pertukaran dasar pentadbiran Ibu Gereja telah menubuhkan Bahagian Pelajaran dalam tahun 1982 untuk mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan Pendidikan Agama. Pada masa sekarang, oleh kerana setiap gereja telah mempunyai gurun pendidikan agama yang mencukupi, maka adalah dirasakan tidak perlu untuk mengadakannya setia tahun, maka kursus latihan guru diadakan 2 tahun sekali. Selain daripada ini, Seminar Guru dijalankan di beberapa daerah pada tiap-tiap tahun supaya guru-guru berpeluang melatih utuk melengkapkan dan memperbaiki diri sendiri dalam tugas pengajaran dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan agama.

 

Ketika Pendidikan Agama pertama kali diperkanalkan Gereja Kota Kinabalu membeli bas mini untuk mengangkut kanak-kanak kerana kehadiran bagi mereka yang ada pengangkutan adalah sangat tinggi dan ini telah menstabilkan asas bagi perkembangan gereja. Tindakan ini diikuti oleh gereja-gereja lain seperti Kudat, Sandakan, Tawau, Tuaran, Tamparuli, Keningau dan lain-lain.

 

Dari segi organisasinya, pada keseluruhan gereja-gereja di kawasan Tiong Hua telah megadakan satu asas yang baik. Setiap gereja mempunyai Penjaga Bahagian, Oenjaga Kelas, Setiausaha dan Bendahari masing-masing. Apa yang perlu adalah memperbaiki mutunya.

 

Bagi gereja-gereja Bumiputera, selain dari Wangkod dan Sungai Apih yang mempunyai sejarah yang lama dalam penubuhan Pendidikan Agama, gereja-gereja lain baru saja ditubuhkan. Disebabkan kekurangan pengalaman dalam pentadbiran, kebanyakan perkara tiada dicatit dengan baik dan oleh itu maklumat yang tepat tidak dapat diperolehi. Namun demikian, mereka dalam proses pembaikan dan pengetua-pengetua gereja mula sedar tantang pembangunan pendidikan agama. Semoga Roh Kudus membimbing gereja-gereja Bumiputera supaya mereka aktif lagi melalui generasi baru. Baru-baru ini Ibu Gereja telah mengambil 2 orang guru agama penuh masa bagi mengatasi kekurangan guru di kawasan luar bandar.

 

Kini Pendidikan Agama telah ditubuhkan selama 22 tahun dan ianya telah mengasuh ramai pekerja. Sebilangan besar pemimpin gereja telah menjalankan latihan Pendidikan Agama. Oleh itu, marilah kita semua berdoa supaya kerja Pendidikan Agama akan mencapai matlamatnya untuk memuliakan Tuhan dan membangunkan umat manusia dan semoga gereja-gereja di Sabah terus maju dalam perkembangan Pendidikan Agama.

 

 

 

 

 

Sejarah Gereja Yesus Benar Di Sabah
| |

Sejarah Gereja Yesus Benar Di Sabah

SEJARAH GEREJA YESUS BENAR

DI SABAH

 

KESIMPULAN EKSEKUTIF

 

Gereja Yesus Benar adalah Gereha Para Rasul yang terpulih di zaman Hujan Akhir. Ianya diasaskan pertama kalinya di Peiping, China pada 1917. Pekerja-pekerja awal yang diilhamkan Tuhan untuk bekerja bersama ialah: Chang Lin Shen, Paul Wei dan Barnabas chang. Mereka bekerja dalam sehati sejiwa untuk menubuhkan Gereja Yesus Benar dan Ibu Gereja telah pun ditubuhkan pada 1926 di Nanagking. Pada 1927 Ibu Gereja dipindah ke Shanghai. Kebenaran diberitakan ke Singapura di Asia Tenggara pada 1926 dan pada tahun berikutnya, iaitu 1927, telah diberitakan ke Sandakan di Borneo Utara. Dlam 3 tahun, Gereja telah ditubuhkan dalam 7 kawasan di Borneo Utara. Pada masa itu Ibu Gereja di Nangking memanggilnya “Lembaga Cawangan Borneo Utara”.

Pada 1952, gereja tersebut didaftarkan secara rasmi. Berikutan dengan pertukaran Ibu Kota dari Sandakan ke Jesselton (kini Kota Kinabalu), alamat gereja yang telah didaftarkan juga ditukar ke Jesselton. Mesyuarat Perwakilan Negeri Sabah yang pertama diadakan pada tahun yang sama di mana Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan.

Pada 31 Ogos 1963, Borneo Utara telah dibebaskan dari penjajahan British dan mencapai kemerdekaan. Ia bersama Singapura, Sarawak dan sebelas buah negeri di Malaya bersekutu untuk menjadi Persekutuan Malaysia. Borneo Utara kemudian ditukar nama menjadi “Negeri Sabah”.

Sejajar dengan kehendak gereja dan mengikut peraturan Pendaftar Pertubuhan, Perlembagaan gereja telah dipinda dalam tahun 1972 dan kemudiannya didaftarkan di bawah nama “Gereja Yesus Benar Sabah”. Dua tahun kemudian, ia dikenali di dalam negeri “Ibu Gereja Sabah” terletak di km 5.2, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

Pada tahun 1987, terdapat 40 buah gereja dan 11 buah rumah doa. Terdapat lebih kurang 10,000 pemercaya, di antaranya 50% adalah Bumiputera.

Pada 1967, gereja Sabah menghadiri buat pertama kalinya Persidangan Perwakilan Sedunia yang diadakan di Taiwan. Pada bulan November 1981, Ibu Gereja Sabah bersama Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Singapura menubuhkan Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC). Pusat Pentadbiran adalah bertempat di Ibu Gereja Sabah. Pada bulan April 1985, Persidangan Perwakilan Sedunia Ke-4 diadakan di Sabah. Mulia kepada Tuhan Yesus.

2.1       PEMBERITAAN KEBENARAN KE SABAH

 

Pada awal 1926 Dn John Voon dari Gereja Singapura mengirim satu salinan majalah “Holy Spirit Times” kepada Sdra Tsen En Fook di Jesselton, Borneo Utara. Oleh kerana sangat sibuk dengan perniagaannya, dia tiada masa untuk membacanya. Lalu, dia mengirim buku tersebut kepada seorang kawan di Sandakan, Sdra Lee Siak Lin dengan mencatit satu nota “Sebuah Gereja Benar telah  bangkit”. Selepas membaca, Sdra Lee sangat tergerak hatinya. Disebabkan keinginan untuk mencari Kebenaran, dia menaiki bot ke Singapura semasa hari pertama Tahun Baru Cina dan mendapatkan Gereja Yesus Benar di situ. Selepas mempelajari Kebenaran buat beberapa lama, dia menerima baptisan pada 11 Januari 1927. Tiga hari kemudian, dia menerima Roh Kudus. Kemudian Penatua Tan Chien Sing dan Dn John Voon bersama beberapa orang lain datang ke Sandakan untuk memberitakan injil di situ. Oleh itu Gereja di Borneo Utara ditubuhkan di Sandakan buat pertama kalinya. Sebelum Penatua Tan dan Dn Voon kembali ke Singapura, mereka telah mengangkat tiga orang iaitu Mark Chin, Philemon Ho dan Phoebe Kong sebagai diaken-diaken/ diakenis untuk bertanggungjawab bagi hal ehwal agama dan Sdra Lee Siak Lin sebagai Setiausaha.

2.2       PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN

 

Selepas penubuhan Gereja Sandakan, pada tahun 1927 Dn Mark Chin dan Dn Philemon Ho pergi ke Kudat dan kemudian menubuhkan sebeuah cawangan di sana. Gereja tersebut adalah di bawah jagaan Penatua Thaddeus Chin dan Dn Joses Wong.

Tahun berikut injil berkembang ke Beaufort, Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan Telipok. Gereja-gereja tersebut digembalakan oleh Dn Philip Tyan, dn Timothy Ho (Beaufort), Dns Huldah Lee dan Dn Simon Chon (Jesselton) dan Penatua Elijah Wong.

Pada 1929, Kebenaran telah tersebar ke Lahad Datu, Pantai Timur di mana sebuah rumah doa ditubuhkan. Malangnya, disebabkan kekurangan pengembalaan, jemaat telah bersurai kemudiannya.

Pada 1930, dua lagi gereja dibina di kawasan berhampiran dengan Beaufort, iaitu Kg Padas dan Klias. Selain dari Dn Tyan dan Dn Ho, diaken-diaken lain dan diakenis turut bersama mengambil bahagian dalam kerja suci ialah: Dns Lydia Pang, Dns Mary Chin, Dn James Liew dan Dns Debirah chee. Mereka bertanggungjawab bagi hal ehwal penginjilan untuk ketiga-tiga kawasan tersebut.

Pada 1931 Gereja Labuan telah ditubuhkan di mana kemudiannya ia adalah di bawah jagaan Gereja Singapura. Sdra Titus Yap kemudian dilantik sebagai diaken untuk menggembalakan jemaat di situ. Injil terus disebarkan ke Tuaran di mana sebuah rumah doa ditubuhkan di bawah gembalaan Dn John Chin, Dn Peter Kwong dan Sdri Priskila (seorang Bumiputera).

2.3       PENUBUHAN LEMBAGA CAWANGAN

 

Pada masa itu gereja-gereja di Boreno Utara adalah di bawah naungan Ibu Gereja Nangking dan ianya dipanggil “Lembaga Cawangan Borneo Utara” dengan Sandakan sebagai pusat perhubungan. Pada tahun 1932, Dn Philip Tyan telah dilantik sebagai wakil pertama untuk menghadiri Persidangan Perwakilan Ke-8 yang diadakan di shanghai.

2.4       PENINJILAN KEBENARAN KE KAWASAN BUMIPUTERA

 

Pada masa permulaan gereja di kawasan Bumiputera menempuhi satu tempoh yang sulit. Ini disebabkan bahawa kaum Bumiputera adalah sangat berpegang teguh kepada kepercayaan mereka sejak dari nenek moyang dan sudah tentu akan menolak ajaran lain yang bertentangan dengan kepercayaan mereka. Akan tetapi pada masa itu, kemudahan perubatan adalah kurang kepada kaum ini dan ramai telah dijangkiti dengan berbagai jenis penyakit yang telah menjejaskan mata pencarian mereka. Oleh yang demikian dalam keadaan tidak bermaya , ramai di antara yang berpengetahuan telah mencari Tuhan. Terdapat banyak mujizat dan tanda-tanda ajaib telah berlaku.

2.4.1    KAWASAN DUSUN/ KADAZAN

 

Sebilangan besar kaum Dusun/ Kadazan adalah petani padi. Anugerah Tuhan dicurahkan ke atas mereka dengan segera. Selepas pentahbisan Gereja Tuaran pada 1936, melalui seorang saudari bernama Lumbihan Bte Gimpit, Kebenaran telah tersebar ke Tamparuli dan Wangkod pada tahun berikut dan akibatnya 2 gereja telah dibina di bawah jagaan Dn Peter Kwong, Sdra Chong Tshun Yit (Tamparuli), Dn john Chin dan juga Bacheh Lasak. Gereja Wangkod menjadi gereja Bumiputera (Dusun) yang pertama. Kemudian seorang saudara Bumiputera – Borubui Agan (ayah Pdt Timotius) dilantik sebagai Dn Yakub  untuk menjaga jemaat. Selepas ini, beberapa buah gereja telah ditubuhkan.

2.4.2    KAWASAN MURUT

Kaum M\urut adalah satu suku kaum yang suka berpindah randah dan bergangtung kepada memburu bagi nafkah hidup. Anugerah Tuhan juga dicurahkan kepada mereka tidak berapa lama selepas itu.

Pada awal 1958 seorang sudara Murut bernama Sahoh Ahar jatuh sakit teruk penyakit batuk kering. Pada masa ini, Dn Philip Tyan kebetulan mengkhabarkan injil di kawasan pedalaman. Oleh itu, dia mengambil peluang  untuk memberitakan injil kepadanya. Selepas berdoa dengan teku dan meletakkan tangan ke atas Sdra Sahoh Ahar dia (Sdra Sahoh) pun sembuh dalam beberapa hari. Kemudian sebuah rumah doa telah ditubuhkan di rumah Sdra Sahoh Ahar. Sejak itu anugerah Tuhan tersebarlah ke seluruh kampung dan mujizat serta tanda-tanda ajaib berlaku dengan nyatanya. Bilangan pemercaya semakin bertambah. Kemudian Dn Thomas Chew bersama 10 orang saudara membina sebuah gereja dan rumah doa di kawasan Murut. Kawasan-kawasan ini digembalakan oleh para pendeta yang ditugaskan oleh Ibu Gereja Sabah.

2.5       PENDUDUKAN JEPUN

 

Semasa Perang Dunia Kedua (1941-1945) tentera Jepun menduduki semua wilayah Asia Tenggara. Pada mulanya, kebaktian dijalankan di kebanyakan gerena seperti biasa tetapi apabila peperangan menjadi lebih serius pada pemercaya terpaksa bersurai dan melarikan diri. Akibatnya kebaktian terpaksa dihentikan dan diganti dengan kebaktian keluarga. Selepas peperangan, para pemercaya perlahan-lahan kembali ke tempat tinggal mereka masing-masing dan gereja beransur-ansur dipulihkan semula kecuali di dua atau tiga kawasan di mana para pemercaya tidak ada kembali.

2.6       PERTUKARAN IBU NEGERI KE JESSELTON DAN PERSIDANGAN PERWAKILAN SABAH YANG PERTAMA

 

Selepas peperangan, Ibu Negeri Sabah, Sandakan ditukarkan ke Jesselton dan kumpulan-kumpulan agama diberitahu untuk mendaftar semula. Gereja juga disusun rapi semula. Pad1 1952 gereja berdaftar sebagai “Lembaga Cawangan Gereja Yesus Benar” di bawah naungan Ibu Gereja Tanah Besar China dengan Urusetia terletak di Jesselton di alamat sekarang. Pada 11-12 Jun dalam tahun yang sama Persidangan Perwakilan Pertama bagi seluruh negeri diadakan seterusnya. Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan dan Dn Timothy
Tseng dipilih sebagai Pengerusi yang pertama. Dalam mesyuarat tersebut adalah diputuskan bahawa para penginjil sepenuh masa – Dn Mark Chin, Samuel Chin, Philip tyan, John Chin, titus Yong dan Timothy Ho ditugaskan untuk menggembala dan akan dibayar elaun-elaun.

Walaupun gereja beranur-ansur maju, tetapi disebabkan kekurangan pekerja yang terlatih, pekerja yang belum matang secara rohani dan kekurangan kewangan, gereja terputus perhubungan dengan Ibu Gereja Tanah Besar China serta gereja-gereja di Singapura dan Malaya. Kemudian terdapat juga perselisihan di antara pekerja-pekerja yang memberi kesan sedikit sebanyak atas kemajuan kerja suci di Sabah. Akibatnya kerja pengembalaan dan pentadbiran tidak dijalankan secara giat dan beberapa gereja berkembang secara berdikari.

2.7       LATIHAN PETUGAS KERJA SUCI

Pada 1963 dalam satu lawatan persendirian ke Taiwan Dns Phoebe Chin, secara tidak sengaja berjumpa dengan Dn John Yang (kini penatua), seorang ahli jawatankuasa Ibu Gereja Taiwan dan menghubunginya buat kali pertamanya. Seterusnya mereka bertukar-tukar maklumat mengenai keadaan gereja-gereja kedua pihak. Akibat lawatan ini, pada tahun berikutnya, Ibu Gereja Sabah mempelawa Dn John Yang serta Dn Lin Fong Shen dari Ibu Gereja Taiwan untuk membantu kerja suci di Sabah. Selain dari melawat semua pekan di Sabah, mereka juga telah menubuhkan kelas-kelas Pendidikan Agama dan menubuhkan semula organisasi gereja. Satu Kursus Latihan Teologi singkat diadakan bagi semua penguasa gereja di kawasan Cina di Jesselton dan kelas-kelas belia juga ditubuhkan. Ini adalah asas pelajaran agama dan kerja penggembalaan dalam negeri. Kemudian Ibu Gereja Antarabangsa dan juga Ibu Gereja Taiwan telah mengirimkan penginjil-penginjil ke Sabah dari semasa ke semasa untuk membantu kerja suci dan mengadakan kursus-kursus latihan. Dalam tahun 1970-an Ibu Gereja mulai mengirim belia yang sanggup mempersembahkan diri ke Kolej Teologi di Ibu Gereja Taiwan. Dalam tahun 1980-an Kursus Latihan Teologi untuk petugas kerja suci, belia dan penginjil telah diadakan di Sabah dijalankan oleh Ibu Gereja Antarabangsa (IA) dan Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC).

2.8       PENDIDIKAN AGAMA

 

Seja pernubuhan gereja kita sehinggalah 1964 tiada kelas-kelas Pendidikan Agam bagi kanak-kanak dan belia di Sabah. Ini telah mengakibatkan belia kekurangan asuhan rohani dan menjadi lemah dalam iman. Oleh itu tidak ada yang mengambil alih untuk meneruskan kerja. Syukur bagi kasih dari Tuhan kita, pada 1964 dua penginjil dari Ibu Gereja Taiwan – Dn John Yang dan Dn Lin Fong Shen diutus ke Sabah bagi membantu dalam kerja suci. Memandangkan keperluan gereja yang mendesak, satu Kursus Latihan Guru-Guru Pendidikan Agama diadakan di Jesselton sebagai permulaan. Yang menyertai dalam kursus adalah Sdri Chin Khi fung, Sdri Chonf Mui Jin, Sdra Ng Boh Kien, Sdri Wong Su Moi, Sdri Chin Oi Fun, Sdri Chong Shui Khyun, Sdri Liew Mui Yung, Sdri Lo Foh Lok dan Sdri Lo Thz Lok dan lain-lain.

Oleh kerana tiada kemudahan-kemudahan bilik darjah pada masa itu, kursus tersebut terpaksa diadakan di luar dewan gereja. Selepas kursus ini dua kelas ditubuhkan pada permulaan tahun berikutan, satu bagi kanak-kanak dan satu bagi belia. Terdapat 30 peserta bagi kelas kanak-kanak dan lebih kurang 20 dalam kelas belia. Kemudian gereja-gereja di Kudat, Sandakan, Balung, dan pedalaman juga turut mengadakan kelas-kelas Pendidikan Agama.

Pada 21 Januari 1973 Jawatankuasa Kaunseling Pendidikan Agama ditubuhkan oleh Ibu Gereja. Tanggungjawab kaunselor adalah melawat dan membantu kerja Pendidikan Agama beberapa gereja. Pada masa yang sama, bahagian-bahagian Pendidikan Agama juga ditubuhkan di beberapa tempat. Pada 1977 di bawah pemimpin penginjil Bumiputera sepenuh masa dan Kaunselor-Kaunselor Pendidikan Agama, kawasan Bumiputera mula mengadakan kelas-kelas Pendidikan Agama secara bersistem. Pada 1981 Jabatan Pelajaran telah dimasukkan dalam organisasi Ibu Gereja. Ini adalah satu langkah kemajuan sistem Pendidikan Agama.

2.9       PERSIDANGAN PERWAKILAN SEDUNIA PERTAMA

 

Pada 1967 Ibu Gereja Sabah mengatur beberapa wakil – diaken-diaken seperti; Mark Chin, Andrew Pang, Timothy Tseng dan Timothy Ho (sebagai pemerhati) untuk menghadiri Persidangan Perwakilan Sedunia Pertama di Taiwan. Akibatnya Ibu Gereja antarabangsa ditubuhkan dan Urusetia terletak di Ibu Gereja Taiwan. Dari itu Ibu Gereja kita mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan Ibu Gereja Taiwan.

2.10     ULANGTAHUN PENGINJILAN KE-50

 

Pada 1977, adalah diputuskan oleh Ibu Gereja bahawa satu upacara secara besasr-besaran diadakan sempena Ulangtahun Gereja Yesus Benar Ke-50 di seluruh Sabah. Dengan bantuan Dn John Yang, Dn Hsieh Soon Tao dan Dn Tsai Mu Fu dari Taiwan termasuk Penatua Silas Lo dari Singapura kebaktian-kebaktian penginjilan kepada orang awam di dewan-dewan masyarkaat dan dewan-dewan sekolah yang disewa diadakan. Syukur kepada Tuhan beribu-ribu orang datang mendengar injil. Oleh itu firman telah disebar dengan meluas dan lebih ramai orang datang kepada Tuhan secara perlahan untuk mengetahui Kebenaran. Syukur kepada anugerah Tuhan.

2.11     PENGINJIL SEPENUH MASA

 

Disebabkan kekurangan kewangan dan kakitangan Ibu Gereja hanya mampu untuk memiliki beberapa orang penginjil sepenuh masa semasa bahagian akhir tahun lima puluhan. Di masa ittu penginjil permulaan ialah Diaken-Diaken Philip Tyan, Titus Yap, John Chin, Mark Chin dan Titus Yonf. Kemudian Dn Samuel Chin turut serta. Akan tetapi mereka ini tidak pernah menghadiri Kursus Latihan Teologi dan tidak meneria gaji. Pada tahun 1973 belia pertama yang mempersembahkan diri kepada Tuhan ialah sdra Tham Ping Fong (Pdt Stephen Tham). Beliau kemudian telah dikirm ke Taiwan untuk menghadiri Kursus Latihan Teologi. Pada 1976 Sdra Kam Kin Yen (Pdt Thomas Kam) dan pada 1981 Sdra Chong Su Yun (Pdt Philip Chong) turut bersama. Tiga lagi yang telah menghadiri Kursus Latihan Teologi jangka pendek yang kemudian mempersembahkan diri kepada Tuhan ialah: Sdra Lai Kim Yong (Dn Lain Yon En) dan dua orang Bumiputera – Ginsu Borubui (Pdt Timotius) dan Ungkau Suyan (Pdt Titus).

Pada masa sekarang terdapat hanya tiga orang penginjil Cina yang telah menamatkan kursus di Kolej Teologi Taiwan dan dua orang Bumiputera sepenuh masa yang telah menerima latihan Teologi. Terdapat dua orang Cina dan dua orang Bumiputera iaitu Fantsi Tsen, Chin Yun Loi, Alun Ambarat dan Malius Gusti yang telah menjalani latihan Teologi anjuran Pusat Penginjilan Asia Tenggara yang tamat pada penghujung tahun 1986. Mereka akan beserta dengan pasukan pekerja-pekerja yang lain pada 1987.

2.12     PERUBAHAN BERLAKU DI IBU GEREJA SABAH

 

Sejak Sabah merdeka dari penjajahan Kerajaan British dan memasuki Malaysia pada tahun 1963, pindaan-pindaan telah dibuat kepada Akta Pertubuhan. Pada tahun 1972 Perlembagaan Gereja telah disusun semula untuk emmenuhi kehendak Pendaftar Pertubuhan. Pada 25 Disember 1972 pindaan Perlembagaan diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Sabah. Pada 1978 Perlembagaan dipinda seterusnya. Nama Ibu Geereja menjadi “Gereja Yesus Benar, Negeri Sabah” di luar negeri dan dalam negeri adalah dikenali sebagai “Ibu Gereja Sabah”. Semua cawangan akan tertakluk di bawah kuasa Ibu Gereja. Kemudiannya struktur organisasi telah diteguhkan lagi dan pentadbiran gereja diperbaiki. Lawatan Penginjilan dibuat oleh para penginjil juga lebih bersistem. Dewan-dewan gereja baru dan pembinaan semula gereja dijalankan dengan lancarnya. Sejak penyiapan Pusat Pentadbiran Gereja Kota Kinabalu pada 1983, Ibu Gereja dapat menggunakan kemudahan-kemudahan moden seperti bilik persidangan, perpustakaan, pejabat-pejabat, bilik-bilik darjah, asrama dan lain-lain. Muliakan nama Tuhan.

2.13     PENYERTAAN PENGINJILAN DUNIA

 

Pada 13-14 November 1981 satu mesyuarat Kaunselor Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC) yang pertama dipengerusikan oleh Dn Mark Chua di Singapura, atas cadangan Ibu Gereja Antarabangsa. Setiap Ibu Gereja diwakili oleh 2 orang kaunselor. Bagi sabah 2 kaunselor ialah: Dn Andrew Pang dan Dn Daniel Pang. Pengerusi Ibu Gereja Sabah, Dn Daniel Pang telah dipilih sebagai Kaunselor Eksekutif. Akibatnya satu Urusetia ditempatkan di Ibu Gereja Kota Kinabalu. Bagi mengeratkan lagi perhubungan di antara gereja Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC) dan mempergiatkan lagi kerja suci, adalah diputuskan bahawa satu Surat Berita SEAEC diterbitkan; pertukaran petugas kerja suci di antara Ibu gereja – Ibu Gereja Sabah, Semenanjung Malaysia/ Singapura dan Indonesia; dan Seminar  Pendidikan Rohani Para Penatua/ Diaken/ Penginjil ketiga-tiga Ibu Gereja tersebut secara bergilir. Setiap Ibu Gereja juga mengadakan Kursus Latihan Teologi Belia masing-masing. SEAEC juga mengirim diaken dan penginjil untuk membantu kerja latihan dan pengembalaan di kawasan-kawasan yang baru ditubuhkan seperti Filipina, Negeri Thai, Australia dan India. Selain dari itu Ibu Gereja Sabah juga membantu dalam menganjurkan mesyuarat-mesyuarat suci yang berikut:-

a)    12-15 April 1983 – Mesyuarat Kaunselor Eksekutif Ibu Gereja Antarabangsa.

b)    17-19 April 1983 – Seminar Pendidikan Rohani Penatua/ Diaken/ Penginjil SEAEC yang pertama.

c)    13 November 1983 – Mesyuarat Kaunselor SEAEC Ke-3.

d)    13 November – 2 Disember 1983- Kursus Latihan Teologi Belia Antarabangsa  Pertama (Kawasan Asia Tenggara).

e)    1983 – Kursus Latihan Teologi Penginjil dijalankan oleh Pusat Latihan Teologi (Sabah). Peserta-peserta termasuk Chin Yun Loi, Malius Gusti, Fantsi Tsen, Alun Ambarat dan Kosol Saewun (Lu Mei Chang) dari Negeri Thai.

f)     11-15 April 1985 – Persidangan  Perwakilan Sedunia Ke-4. Wakil-wakil Ibu Gereja Sabah: Dn Daniel Pang, DnAndrew Pang, Sdra Chong Su nyen dan Sdra Ng Boh Kien.

g)    17-18 April 1985 – Seminar Pendidikan Rohani Penatua/ Diaken/ Penginjil SEAEC Ke-2.

h)    21-23 November 1986 – Mesyuarat Kaunselor SEAEC Ke-6.

i)      29 Julai – 2 Ogos 1987 – Kursus Latohan Petugas Kerja Suci Belia Antarabangsa Ke-2 (Sabah).

KESIMPULAN

Sabah adalah satu negeri yang mempunyai penduduk berbilang bangsa yang terdiri daripada 77% Bumiputera dan lebih kurang 16.5% Cina. Firman Benar telah diberitakan pertama kali kepada bangsa Cina diikuti oleh Kadazan/ Dusun kemudian Murut. Namun demikian, pada tahun kebelakangan ini sebilangan besar anggota-anggota kita adalah Bumiputera. Ini disebabkan kaum Cina selalunya berdiam di kawasan bandar dan terbuka kepada perkara dunia dan tidak mahu menerima Kebenaran jika dibandingkan dengan Bumiputera.

Walaupun gereja kita semakin membangun pada masa 10 tahun kebelakangan ini, namun kita masih lagi kekurangan kewangan dan tenaga pekerja. Oleh sebab ini, kita tidak dapat mencapai satu peringkat yang lebih aktif dan ideal.. masalah-msalah ini menghalang pertumbuhan dan kemjuan gereja yang lebih cepat. Adalah diharapkan dalam zaman ini, dengan tekanan yang lebih ditumpukan kepada latihan, kita mampu, dengan berkat Tuhan, untuk mengasuh lebih ramai penginjil serta kakitangan dengan penuh minat supaya lebih giat lagi dalam kerja suci dan menggalakkan pemercaya untuk melayan dan mempersembahkan diri kepada Tuhan.

Semoga Tuhan membimbing kita untuk menyebarkan kerja suci dengan lebih gigih lagi dan semoga Ulangtahun Ke-60 akan membawa kepada kita lebih kemajuan dan kegembiraan. Mulia kepada Tuhan!

Gereja Anabai Baru
| |

Gereja Anabai Baru

GEREJA ANABAI BARU

 

Anabai adalah sebuah kampung yang terletak di satu kawasan berbukit di Nabawan, lebih kurang 80.5 km perjalanan dari Keningau, Pusat Pentadbiran Resudensi Pedalaman. Hampir semua penduduknya berbangsa Murut. Sebagai mata pencarian mereka bergantung besar kepada pertanian dan hasil buruan.

 

Hampir semua penduduknya adalah anggota Gereja kita yang datang dari Kampung Lima, sebuah kampung lain di Nabawan, dalam tahun 1979. Di antara yang paling awal datang ke sini ialah Sdra Tingalur, Monson, Mansiyang dan lain-lain. Asas iman yang mereka pupukkan di Kampung Lima, membuat mereka meneruskan iman menyembah dan taat kepada Tuhan di tempat baru mereka. Pada mulanya mereka berhimpun di rumah Sdra Monson Ondon bagi kebaktian Hari Sabat. Pada bulan Mac 1980 para penduduk, dengan bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri telah membina sebuah balai raya untuk mereka. Sejak itu Kebaktian Hari Sabat dipindahkan ke balai raya kerana bangunan ini boleh menampung lebih ramai orang. Syukur kepada Tuhan, pada tahun 1984 anggota gereja, dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja, telah membina sebuah bangunan gereja berukuran 12.2m × 9.1m (40 × 40 kaki).

 

Bilangan pemercaya gereja sekarang adalah lebih kurang 82 orang. Kebaktian Sabat minggu diadakan oleh Sdra Tingkalur Angkiwi dan dibantu oleh Sdra Angkar Ansanam. Terdapat satu kelas Pendidikan Agama dengan 22 murid dan 4 guru. Penguasanya ialah Sdra Angkar dibantu oleh Anduan Mulung iaitu guru Pendidikan sepenuh masa dari Ibu Gereja. Jawatankuasa Gereja kini terdiri daripada :-

 

Hal Ehwal Agama               : Gunah Bin Engkai, Tingkalur Bin Angkiwi (Naib)

Hal Ehwal Am                      : Monson Bin Ondon, Mansiyang Bin Ensu (Pembantu)

Bendahari                             : Andawai Bin Lavui

Setiausaha                           : Angkar Bin Ansanam, Kimin Bin Laub (Pembantu)