Views: 154
GEREJA PURUN
Gereja Purun terletak di kawasan pantai di bahagian pedalaman. Pada tahun 1974, Sdra Pungin Apok dengan seisi keluarga berpindah dari Lupak ke Kg Purun. Walaupun semua ahli keluarga telah dibaptis, Sdra Junggin Apok tidak menyebarkan injil disekeliling tempat kediaman atau memimpin kebaktian Sabat untuk keluarganya disebabkan oleh kekurangan pengalaman serta pengetahuan rohani.
Dalam tahun 1980 orang yang pertama dibaptis di Purun ialah Sdra Juis bin Mani diikuti oleh beberapa orang dalam Julai 1982.
Pada 13 Oktober 1982, 7 orang telah dibaptis oleh Pdt Titus di Kampung Purun, termasuk saudara-mara Junggin. Apabila bilangan bertambah, mereka mula berhimpun di rumah Sdra Opok bin Intan setiap Hari Sabat. Tempat ibadat bertukar ke rumah Sdra Junggin apabila Sdra Opok meninggal dunia. Kemudian rumah Sdra Mani digunakan untuk Kebaktian Sabat, kerana ruangan rumahnya lebih besar. Akan tetapi disebabkan Kg Purun masih kekurangan pemimpin anggota yang cekap untuk memimpin kebaktian maka Sdra Panak Lianat dari Menunggang dijemput membantu memimpin kebaktian Sabat setiap minggu.
Kini bilangan pemercaya berjumlah 38 orang. Dalam 1985, sebuah gereja yang sederhana besarnya telah dibina. Tanah tapak gereja telah didermakan oleh Sdra Mani dengan bantuan kewangan dari ibu gereja dan juga Sdra Chong Chee Leh. Penguasa Gereja ialah Sdra Mani. Baru-baru ini Sdra Atim Kaling dari Menunggang juga datang membantu memimpin kebaktian Sabat.
