Views: 119

GEREJA PAHAT

Pada tahun 1963, Dn Philip Tyan menyebarkan injil di Kampung Pahat dan dengan kuasa Roh Kudus ramai orang telah percaya. Dalam masa 10 hari beberapa orang telah menerima baptisan. Akibatnya khemah doa ditubuhkan di rumah Sdra Lim Guan.

Sejak itu banyak mujizat dan tanda yang wujud. Seorang yang cacat kerana tulang lembut dapat menegakkan tulang belakang; seorang anak yang lemah tulang disembuhkan dan syaitan-syaitan diusir. Injil kebenaran mula menjadi maju.

Kemudian Dn Thomas Chew mencadangkan supaya sebuah bangunan gereja dibina. Sdra Chung Chao lung bersetuju membekalkan kayu dan papan manakala seorang anggota menyumbangkan sekeping tanah sejauh 5km dari pekan.

Pada masa itu Penguasa Hal Ehwal Agama ditanggung oleh Sdra Chong Yun Hiong dan dibantu oleh Sdra Yong Pit Siong. Setelah pembinaan bangunan gereja, pada tahun 1965, pemercaya yang menyertai kebaktian sabat berjumlah 60 orang. Kemudian, Sdra Yong dan beberapa pemercaya lain berpindah ke pekan yang lain mengakibatkan jemaat berkurang. Kini jumlah pemercaya adalah lebih kurang 20 orang.

Untuk kesenangan para pemercaya menghadiri kebaktian satu bangunan gereja baru didirikan di Km 12, Jalan Sapong pada 1974. Penguasa Hal Ehwal Agama ialah Sdra Tseu Fook Hin.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *