Jabatan Buku Dan Majalah
| |

Jabatan Buku Dan Majalah

JABATAN BUKU DAN MAJALAH

 

Pada masa yang lalu, Gereja Sabah tiada penerbitannya sendiri kerana ramai daripada pemercaya adalah berpelajaran rendah. Akibatnya perhubungan surat-menyurat di antara gereja-gereja adalah amat lambat. Sebelum Perang Dunia Kedua, hanya terdapat satu bahan bacaan iaitu ‘Akhbar Roh Kudus’ (Holy Spirit Times) yang dikirim dari Ibu Gereja China.

 

Semasa Perang Dunia Kedua, perhubungan dengan China telah terputus. Oleh itu, gereja-gereja di Sabah tidak lagi dapat menerima ‘Akhbar Roh Kudus’. Ini menyebabkan kekurangan makanan rohani bagi pemercaya. Kemudian Gereja Sabah telah menerbitkan sebuah majalah yang bernama ‘Taman Rohani’ dengan jarang-jarang. Kemudian pada tahun 1963, Gereja Sabah mula berhubung dengan Ibu Gereja Taiwan lalu ‘Akhbar Roh Kudus’ yang diterbitkan di Taiwan dilanggan semula. Kini, Gereja Sabah juga melanggan penerbitan yang lain seperti majalah Pendidikan Agama, Perkumpulan Belia, Saksian, Makanan Rohani, penerbitan keterangan ringkas bagi kitab-kitab injil petikan khutbah dan lain-lain. Dengan demikian, gereja telah memulakan satu cara yang bersistem untuk mengumpulkan majalah-majalah tersebut.

 

Dengan perkembangan Ibu Gereja Sabah pada kebelakangan ini dan selepas Pusat Pentadbiran Kota Kinabalu selesai dibangun, Ibu Gereja mula menerbitkan surat berita sendiri. Tambahan pula dengan tertubuhnya Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC) pada tahun 1981, Sabah telah dipilih sebagai Sekretariat. Kemudian Ibu Gereja Sabah membentukkan satu Jabatan Penerbitan Buku dan Majalah untuk menampung beban penerbitan yang kian bertambah.

 

Funsi-fungsi Jabatan Buku dan Risalah adalah:-

 

  1. Menyelia oeminjaman dan penyelenggaraan buku-buku dan bahan-bahan rujukan.
  2. Membeli dan menjual risalah-risalah, Alkitab dan buku Kidung Rohani.
  3. Memberi perkhidmatan perpustakaan.
  4. Merakam khutbah dan persembahan koir.
  5. Membekal bantuan-bantuan pengajaran.

 

Pekerja sekarang ialah: Sdri Liew Tee Mien, Sdri Chong Yun Tai, Dn Heman Wong, Sdra Ng Kung Fong, dan Sdra Chong Fook Hin.

 

Pembantu perpustakaan terdiri daripada: Ki Ket Syn dan Liew Mui Khyun

 

Disebabkan bilangan pemercaya bertambah, lebih banyak buku dan risalah adalah diperlukan untuk menampung keperluan latihan. Keperluan dan penggunaan kemudahan audio dan kaset juga telah bertambah. Jabatan Buku dan risalah Ibu Gereja seterusnya terpaksa mengikuti pembangunan terbaru ini demi persiapan lengkap dari kegunaan anggota-anggota. Adalah diharapkan bahawa semua saudara dan saudari akan memberi bantuan ke arah matlamat ini.

 

Sejajar dengan arahan Kerajaan untuk menukar nama “Taman rohani” penerbitan majalah ini telah dihentikan selama satu tahun buat sementara waktu. Kemudian Jawatankuasa Eksekutif memutuskan untuk menukar nama kepada “Hujan Musim Bunga”. Penerbitan ini memberi satu peluang baik kepada belia tempatan untuk belajar menulis karangan khasnya saudara-saudari Bumiputera kerana mereka kekurangan bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia.

 

“Hujan Musim Bunga” mengandungi bahan-bahan seperti berita gereja tempatan dan kegiatan-kegiatan lain dalam Bahasa Malaysia. Adalah diharapkan bahawa semua saudara-saudari akan memberi sokongan penuh mereka terhadap penerbitan majalah ini supaya ia dapat diterbitkan dengan segera dan dapat disediakan untuk makanan rohani saudara-saudari Bumiputera.

Prakata
| |

Prakata

PRAKATA

Oleh Diakon Daniel Pang, Pengerusi Ibu Gereja Sabah

 

 

Saudara dan saudari yang dikasihi,

Syukur kepada Tuhan Yesus Kristus, dengan sukacitanya kami kemukakan Buku Cenderamata Ulangtahun Ke-60. Ini adalah buku catitan data yang terperinci bagi semua gereja di Sabah, yang meliputi satu rekod susunan perkembangan yang berlaku semasa 60 tahun yang lampau. Adalah diharapkan bahawa buku sejarah ini akan menjadi satu rujukan yang baik di masa sekarang dan hadapan.

Sabah, yang dahulu dikenali sebagai Borneo Utara adalah sebuah negeri yang terpencil dalam Malaysia yang tidak ramai penduduknya, iaitu hanya lebih satu juta sahaja. Mutu kehidupan adalah sangat rendah. Namun demikian di bawah jagaan Tuhan negeri kita yang mundur ini telah menerima kurnia besar.

Pada tahun 1927 di bawah bimbingan Roh Kudus, benih kebenaran yang pertama ditanam di Sabah. Walaupun banyak rintangan pada permulaan namun di bawah pimpinan Tuhan gereja kita telah mengatasinya. Gereja seterusnya menjadi kukuh dan kian berkembang maju – mulia kepada Tuhan kita.

Pada peringkat permulaan, terdapat banyak tanda-tanda ajaib dan mujizat dan dengan itu penyebaran kebenaran adalah lebih mudah. Semasa Perang Dunia Kedua, kemajuan gereja digangu dan hampir terhenti. Namun demikian, dengan anugerah Tuhan gereja melalui tempoh yang sukar ini dengan aman.

Dalam pertengan tahun 1942 hingga 1952, petugas kerja suci adalah sangat kuranguntuk menjalankan kerja penginjilandan mengendalikan pentadbiran kegiatan-kegiatan gereja. Pekerja-pekerja dahulu bukan saja terpaksa menghadapi kesusahan jasmani disebabkan masalah perhubungan bahkan fikiran mereka tergangu dalam menjalankan kerja suci mereka. Walaupun demikian, mereka masih juga memikul kewajiban-kewajiban mereka untuk meneruskan penyebaran injil dengan tekad hati dan bersemangat.

Semasa beberapa puluh tahun yang lalu, khasnya pada bahagian yang akhir, dengan berkat Tuhan, bantuan dan latihan yang diberikan oleh petugas kerja suci dari Ibu Gereja Taiwan, Ibu Gereja Internasional serta gereja-gereja di negara lain, kerja suci telah terus membangun dan berkembang maju dalam semua segi.

Kini kita telah memasuki zaman baru. Kita menuai buah daripada hasil penat lelah kita selama 60 tahun. seperti tersurat dalam Alkitab, “ Orang-orang yang menabur dengan mencucurkan air mata akan menuai denganbersorak-sorak” ( maz 126:5). Kini terdapat 51 tempat sembahyang di seluruh Sabah – 40 gereja dan 11 rumah doa. Bilangan pemercaya telah bertamabah menjadi lebih kurang 10,000 atau 1% daripada penduduk Sabah. Adalah dikesalkan kerana walaupun bilangan pemercaya banyak dan tuaian banyak, pekerja sedikit. Semoga Tuhan menambahkan hamba-hambaNya yang mempunyai semangat untuk bekerja bagiNya dan tidak mengira upah kerjaNya ( Pkh 11:6-8 ).

Dari pengalaman lalukita ketahui bahawa tanpa usaha, aman damai dan kerjasama dari semua pekerja suci dari satu keturunan ke satu keturunan, kita tidak akan mencapai apa yang telah kita capaikan pada hari ini. Dengan pengalaman lama kita sebagai panduan dan Roh Kudus sebagai pembimbing kita akan mempunyai keupayaan untuk terus maju dalam penyebaran injil ke seluruh negeri sabah dan seluruh dunia, sejajar dengan matlamat Ibu Gereja Internasional.

Tiada hadnya perkembangan Gereja Tuhan. Oleh itu, bukan saja kita menjaga pencapaian kita sekarangtetapi kita mesti juga berjuang untuk meningkatkan lagi di masa hadapan. Dari itu kita mesti dorong mendorong antara satu sama lain. Janganlah kita berbangga dengan kejayaan kita di masa lalu kerana ini mungkin melemahkan kita dalam usaha menghadapi cabaran-cabaran di masa hadapan. Janganlah biarkan masalah sekarang mengganggu semangat kita. Kita mestilah senantiasa menunjukkan bahawa kita adalah hamba baik Tuhan ( II kor 6:1-10 ).

Jika kita memandang ke hadapan kita mungkin melihat banyak rintangan untuk diatasi, namun kita tahu matlamat kita adalah ditetapkan oleh Tuhan, iaitu memegang 5 rukun utama gereja dan menyebarkan Injil Kebenaran yang sempurna. Gereja Benar telah mengikuti jalan benar ini sejak ia ditubuhkan. Kita mestilah menjaga dasar ini bagi memastikan keselamatan bagi jiwa kita ( Ibr 6:13-20 ).

Gereja memerlukan satu cara organisasi keTuhanan dan demokratik demi untuk mara ke hadapan ke arah yang diatur terlebih dahulu oleh Tuhan. Saya percaya ini akan membolehkan kita berjuang ke arah kesempurnaan dan boleh membangun satu masa hadapan yang lebih memuliakan Tuhan ( Ibr 6:1-12 ).

Sempena Ulangtahun Ke-60 ini, Ibu Gereja Sabah telah menganjurkan berbagai kegiatan yang bermakna untuk kemuliaan Tuhan. Selain dari penerbitan Buku Cenderamata ini, terdapat juga penerbitan-penerbitan saksian, tanda mujizat dan ajaib Tuhan yang telah berlaku dalam tahun-tahun yang lampau, risalah dan kidung serta puisi yang memuji Tuhan untuk diterbitkan.Kebaktian penginjilan akan diadakan di merata gereja tempatan dan cenderamata juga akan diberikan. Di bandar yang mempunyai ramai penduduk adakan diadakan persembahan koir/kebaktian penginjilan dan program Pendidikan Agama. Semoga Tuhan mencurahkan Roh Kudus yang penuh kepada semua petugas kerja suci kita supaya memberikan kebijaksanaan dan kemampuan agar mereka membawa kemuliaan kepada nama suciNya.

Demi menjalankan kerja suci yang lebih besar, kita perlukan lebih ramai pekerja yang dedikasi. Adalh diharapkan semua saudar  dan sudari boleh menyertai dalam kerja ini. Dengan berbuat demikian kerja kita dapat diadakan dengan lebih lancar dan para pemercaya akan mempunyai  “ perasaan kekeluargaan “ melalui penyertaan ini.

Kemajuan dan perkembangan gereja adakah bergantung besar kepada usaha, ketekunan dan penyertaan semua saudara saudari. Buah kerja kita adalah hasil dari usaha dan kebijaksanaan kita semua. Jika kita mematuhi kehendak Tuhan dan berjuang keras, bukan sahaja kita boleh membina gereja dan mengukuhkan dasarnya, malahan kita akan memberi harapan penuh dan dorongan kepada gereja-gereja di kawasan negeri lain.

Keperluan masyarakat kita telah bertambah dan menjadi lebih banyaksebagai akibat perubahan zaman. Sebagaimana gereja berkembang, perkhidmatan kita juga lebih diperlukan dan kewajiban kita menjadi lebih berat. Akan tetapi jika kita tekad untuk bekerja bersatupada dalam aman damai dan menawarkan pengetahuan dan keupayaan kita, dengan takdir Tuhan, kita akan dapat mencapai matlamat kita.

Sepuluh tahun yang lalu, kebaktian penginjilan telah dianjurkan diseluruh negeri bagi pertama kalinya untuk memperingati Ulangtahun Ke-50 Gereja Yesus Benar di Sabah. Ini telah mewujudkan satu kesan kepada masyarakat. Walaupun pada masa itu tidak begitu ramai orang yang telah percaya, namun pada kebelakangannya, ramai yang telah memasuki gereja.

Pada tahun 1985, Persidangan Perwakilan Dunia Ke-4 diadakan di Pusat Pentadbiran Gereja Kota Kinabalu. Ini menunjukkan kemajuan dan pencapaian kita telah diakui oleh Ibu Gereja Internasional dan gereja-gereja lain di seluruh dunia. Ini bukan saja telah memberikan kita kegembiraan disebabkan Tuhan kita dimuliakan bahkan memberi satu galakan dan dorongan bagi kita untuk menjaga mutu dan berjuang untuk memperbaiki lagi.

Dalam pendapat saya tujuan-tujuan kita di masa hadapan adalah :-

  1. Mempergiatkan lagi Kursus Latihan Teologi untuk menubuhkan satu dasar yang kuat;
  2. Mengeratkan perhubungan dengan gereja-gereja di seluruh dunia dan memupuk semangat saling membantu dengan tujuan menyebarkan kebenaran ke seluruh dunia.
  3. Melatih para penginjil, petugas kerja suci dan pentadbir gereja khasnya di kawasan Bumiputera;
  4. Menggunakan sepenuhnya semua sumber tenaga pekerja lelaki atau perempuan, orang muda atau tua untuk berkerjasama dalam persahabatan; dan berjuang seterusnya untuk pertumbuhan gereja demi menggenapi utusan Tuhan.
  5. Menggalakkan semua saudara saudari berdoa bagi kepenuhan Roh kudus supaya kita dapat mencapai kesempurnaan rohani dan kesedaran menantikan kedatangan Tuhan.

Mempraktikkan 3 dasar – kepercayaan, harapan dan kasih dan bersatupadulah kita semua dan hidup sebagai satu badan dalam kristus.

Akhir kata, saya ingin menyampaikan terima kasih kepada semua pekerja yang bersemangat dalam Tuhan, iaitu saudara dan saudari yang bekerja sehati siang dan malam pada bulan-bulan yang lalu untuk menyiapkan Buku Cenderamata ini. Semoga Tuhan memimpin kita selalu supaya kita boleh menyiapkan utusan yang dipertanggungjawabkan kita olehNya, iaitu menyebarkan injil ke seluruh dunia dan semoga gereja kita berkembang dari satu tahap ke tahap lain bagi memuliakan nama Tuhan. Amin!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Aktiviti-Aktiviti Sempena Peringatan Perayaan Ulangtahun Ke-60 Sabah
| |

Aktiviti-Aktiviti Sempena Peringatan Perayaan Ulangtahun Ke-60 Sabah

Aktiviti-aktiviti Sempena Peringatan Perayaan Ulangtahun Ke-60 Sabah
NO TARIKH TEMPAT ATURCARA
1 1 Feb pada Semua gereja Kebaktian Doa bagi Peringati Perayaan ke-60 Sabah
7.30 malam
2 17 -19 Apr Kabu Baru Kebaktian Kebangunan Rohani
3 22-23 Apr Sepulot Kebaktian Kebangunan Rohani
4 1-2 Mei Telipok Kebaktian Kebangunan Rohani
5 1-3 Mei Labuan Kebaktian Kebangunan Rohani
6 16-17 Mei Timbou Kebaktian Kebangunan Rohani
7 23-34 Mei Bawang Kebaktian Kebangunan Rohani
8 28 Mei- 3 Jun Kota Kinabalu, Tenom kebaktian Persembahan Koir Kumpulan
Marais, Ponontomon, Saga koir Gereja Sandakan
Sungai Apih, Keningau
Bingkor, Apin-Apin, Wangkod
Tinuhan, Timbou, Somodon
Tamparuli
9 20-21 Jun Lupak Kebaktian Kebangunan Rohani
10 11-12 Jul Ranau Kebaktian Kebangunan Rohani
11 17-19 Jul Tinuhan Kebaktian Kebangunan Rohani
12 25-27 Jul Kota Kinabalu Seminar Pendidikan Rohani Belia Sabah
13 29 Jul – 2 Ogos Kota Kinabalu Kursus Latihan Untuk Petugas Kerja suci belia
 ( Sabah ) Persahabatan Belia Internasional (IFY)
14 15-16 Ogos Papar Kebaktian Kebangunan Rohani
15 16-17 Ogos Menunggang Kebaktian Kebangunan Rohani
16 19-Aug Purun Kebaktian Kebangunan Rohani
17 21-22 Ogos Kalangsat Kebaktian Kebangunan Rohani
18 21-23 Ogos Beaufort Kebaktian Kebangunan Rohani
19 29-31 Ogos Beaufort 66 Kebaktian Kebangunan Rohani/ Pentahbisan
20 16-Sep Kota Kinabalu Persahabatan Wanita Negeri
21 3-4 Okt Marais Kebaktian Kebangunan Rohani
22 6-7 Okt Sugiang Kebaktian Kebangunan Rohani
23 9-10 Okt Bamban Kebaktian Kebangunan Rohani
24 11-13 Okt Sungai Apih Kebaktian Kebangunan Rohani
25 17-18 Okt Sungai Paal Kebaktian Kebangunan Rohani
26 20-21 Okt Ponontomon Kebaktian Kebangunan Rohani
27 22-23 Okt Saga Kebaktian Kebangunan Rohani
28 23-25 Okt Kudat Kebaktian Kebangunan Rohani
29 25-27 okt Bingkor Kebaktian Kebangunan Rohani
30 30 Okt – 1 Nov Apin-Apin Kebaktian Kebangunan Rohani
31 30 Okt – 1 Nov Tamparuli Kebaktian Kebangunan Rohani
32 7-Nov Sandakan Persembahan Koir
7.30 malam
33 7-9 Nov Wangkod Kebaktian Kebangunan Rohani
34 11-12 Nov Somodon Kebaktian Kebangunan Rohani
35 13-15 Nov Sibuga Kebaktian Kebangunan Rohani/ Pentahbisan
36 18-20 Balung Kebaktian Kebangunan Rohani
37 19-Nov Tawau Kebaktian Persembahan Koir
7.30 malam
38 20-Nov Bilik Mesyuarat Hotel Perkasa Kebaktian Persembahan Koir
7.30 malam Tenom
39 20-22 Nov Tenom Kebaktian Kebangunan Rohani
40 21-23 Nov Tawau Kebaktian Kebangunan Rohani
41 24-25 Nov Rongalis Kebaktian Kebangunan Rohani
42 25-Nov Keningau Persembahan Koir
7.30 malam
43 27-29 Nov Keningau Kebaktian Kebangunan Rohani
44 4-6 Dis Tuaran Kebaktian Kebangunan Rohani/ Pentahbisan
45 25-Dec Kota Kinabalu Seminar Pemimpin Gereja
46 27-Dec Oditorium Yayasan Sabah, Persembahan Koir oleh Kumpulan Koir
7.30 malam Kota Kinabalu  Ibu Gereja Sabah
47 31 Dis 1987- Kota Kinabalu Kebaktian Kebangunan Rohani/ Penginjilan
3/1/1988
Sajak Ulangtahun Ke – 60
| |

Sajak Ulangtahun Ke – 60

SAJAK ULANGTAHUN KE-60

 

Inilah ulangtahun ke-enam puluh
Mari gembira dan sukaria
Kerja, berjuang ketika menuju
Tak kira rintangan setiap langkah

Kami sanjung kebesaranMu
Yang membawa kemajuan
Enam puluh tahun bakti untukMu
Banting tulang kegigihan

Berbahagia yang menderita
Selamat jiwa sepanjang masa
Tuhan bimbing setiap langkah
Dengar doa kami sentiasa

Gereja Benar; Gereja Benar
Menuai hasil dengan bangga
Tuhan curahkan anugerah bersinar
NamaMu disanjung megah

Dicipta oleh: S M Wong

Diterjemahkan oleh: Elizabeth Borubui

Alamat-Alamat & Nombor-Nombor Telefon Bagi Gereja-Gereja Di Sabah
| |

Alamat-Alamat & Nombor-Nombor Telefon Bagi Gereja-Gereja Di Sabah

ALAMAT-ALAMAT & NOMBOR NOMBOR TELEFON BAGI GEREJA GEREJA DI SABAH

 

Ibu Pejabat
Gereja Yesus Benar, Sabah
Peti Surat 10510
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-230327, 56720

 

GEREJA-GEREJA

ANAMBAI BARU              
D/A Sdra Antui
Peti Surat 29
89957 Nabawan
Sabah
KALANGSAT
Peti Surat 56
89807 Beaufort
Sabah 
PAHAT Peti Surat 89

89907 Tenom

Sabah

 

APIN-APIN
Peti Surat 25
89007 Keningau
Sabah
KENINGAUPeti Surat 197
89008 Keningau
Sabah
Tel: 087-31606
PAPARPeti Surat 63

89607 Papar

Sabah

BALUNG
Peti Surat 475
91007 Tawau
Sabah
KOTA KINABALUPeti Surat 10510
88805 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-230327, 56720
PENGARAWAND/A Gereja Kelangsat

Peti Surat 56
89807 Beaufort
Sabah

BAMBAN
Peti Surat 89
89907 Tenom
Sabah 
KUDATPeti Surat 50
89507 Kudat
Sabah
Tel:088-61460
PONONTOMONPeti Surat 89

89907 Tenom

Sabah

 

BAWANG
Peti Surat 75
89257 Tamparuli
Sabah
LABUANPeti Surat 84
87008 Labuan
PURUNPeti Surat 9

89747 Kuala Penyu

Sabah

BEAUFORT
Peti Surat 56
89807 Beaufort
Sabah
KG LIMAD/A Sdra Saliwong
Peti Surat 29
89957 Nabawan
Sabah
RANAU Peti Surat31

89307 Ranau

Sabah

BEAUFORT 66
Peti Surat 137
89807 Beaufort
Sabah
LUPAKPeti Surat 61
89708 Beaufort
Sabah
RONGALISPeti Surat 6

89207 Tuaran

Sabah

BINGKOR
Peti Surat 197
89008 Keningau
Sabah 
MARAIS LAMA
C/OSdr Salim Ahul
Peti Surat 165
89908 Tenom
Sabah
SAGAPeti Surat 262

89908 Tenom

Sabah

KABU BARUD/A Sdra Antui
Peti Surat 29
89957 Nabawan
Sabah

 

MENUNGGANGPeti Surat 11
89747 Kuala Penyu

Sabah

SANDAKANPeti Surat 668

90007 Sandakan

Sabah

Tel: 089-219533

 

SEPULOTDispensari Luar Bandar

Sepulot

89957 Nabawan

Sabah

TAWAUPeti Surat 475

91007 Tawau

Sabah

Tel: 089-777402

 

SIBUGAPeti Surat 668

90007 Sandakan

Sabah

TENOMPeti Surat 89

89907 Tenom

Sabah

Tel: 087-735404

 

SOMODONPeti Surat 6

89207 Tuaran

Sabah

 

TIMBOUPeti Surat 6

89207 Tuaran

Sabah

SUGIANGPeti Surat 89

89907 Tenom

Sabah

 

TINUHANPeti Surat 6

89207 Tuaran

Sabah

SUNGAI APIHD/A Sekolah Rendah

Kerajaan, Sg Apih

89900 Tenom

Sabah

 

TUARANPeti Surat 6

89207 Tuaran

Sabah

SUNGAI PAALPeti Surat 89

89907 Tenom

Sabah

 

WANGKODPeti Surat 6

89207 Tuaran

Sabah

TAMPARULIPeti Surat 69

89257 Tamparuli

Sabah

Tel: 088-782239

 

 

RUMAH-RUMAH DOA

BRUNEIPeti Surat 15

Bandar Seri Bengawan

Brunei

KUALA BELAITD/A Sdra Chin Nyick Wah

SSU/03

B S B Co. Ltd

Seria

Brunei

PENSIANGANPeti Surat 29
89957 Nabawan
Sabah

 

GUONGD/A Rumah Doa Kota Belud

Kg Bangkahak Baru
89150 Kota Belud

Sabah

MAPILAPeti Surat 197
89008 Keningau
Sabah

 

SERUDONG BARUPeti Surat 475

91007 Tawau

Sabah

 

KAPAYAN LAMAD/A Gereja Apin-Apin

Peti Surat 25
89007 Keningau
Sabah

MIRID/A Sdri Ho Khion Moi

Peti Surat 792

98008 Miri

Sarawak

TELIPOK
Peti Surat 689207 Tuaran

Sabah

KOTA BELUD Kg Bangkahak Baru
89150 Kota Belud

Sabah

PENAMPANGH100 Taman BPL Phase 1

Mile 2.5 Jalan Penampang

88100 Kota Kinabalu

Sabah

 
Undang-Undang Dan Perlembagaan Gereja Yesus Benar Sabah
| |

Undang-Undang Dan Perlembagaan Gereja Yesus Benar Sabah

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN

GEREJA YESUS BENAR SABAH

 

 

BAB SATU    : PERUNTUKAN AM

Peraturan 1 Gereja ini hendaklah dikenali sebagai “Gereja Yesus Benar Sabah” dan kemudian ini disebut sebagai “Gereja”.
Peraturan 2 Alamat Pos Gereja ini adalah Peti Surat 10510, 88805 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Tempat mesyuarat Gereja ini adalah di km 5.2, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. Tempat mesyuarat dan alamat berdaftar tersebut tidak boleh ditukar tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

 

BAB DUA       : TUJUAN-TUJUAN DAN KEPERCAYAAN

 

Peraturan 3 Tujuan-tujuan Gereja ini adalah:(a) Menyebarkan Injil Kebenaran Kerajaan Syurga;
(b) Memperuntukkan keselamatan kepada semua umat manusia di dunia;
(c) Berhubung dengan gereja-gereja Yesus Benar; dan
(d) Menubuhkan gereja-gereja tempatan bagi maksud perhimpunan ahli-ahli di seluruh Sabah.

 

Peraturan 4 Sesiapa orang tidak kira bangsa, umur dan jantina boleh menjadi ahli Gereja ini dengan syarat orang itu dibaptiskan dengan cara pembaptisan yang ditetapkan oleh Gereja ini, dan anggota yang menjalankan pembaptisan itu hendaklah seorang diaken, pendeta atau anggota yang dilantik yang mepunyai Roh Kudus.
Peraturan 5 Kepercayaan-Kepercayaan Asas Gereja ini adalah seperti berikut:-(a) Bahawa Yesus Kristus adalah penjelmaan Tuhan Benar dalam tubuh, Dia mati di atas salib bagi dosa semua orang dan bangkit pada hari ketiga kemudian naik kes Syurga; Ia Juruselamat yang tunggal, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Esa yang benar.(b) Bahawa Alkitab, yang mengandungi Perjanjian Lama dan Baru, adalah diilhamkan oleh Tuhan dan merupakan dasar kebenaran serta dasar kehidupan.

(c) Bahawa Gereja Yesus Benar ditubuhkan oleh Tuhan Yesus Kristus melalui Roh Kudus pada musim “Hujan Akhir”.

(d) Bahawa Pembaptisan Air adalah satu Sakramen pengampunan dosa dan kelahiran semula. Pembaptis hendaklah seorang yang telah dibaptiskan dan menerima Roh Kudus. Kaedah pembaptisan harud diadakan dalam nama Tuhan Yesus; dengan kepala calon bertunduk ke bawah; dan menyelamkan seluruh tubuh ke dalam air bagi orang yang dibaptiskan dan dalam air hidup yang mengalir yang semulajadi seperi laut, sungai atau mata air.

Anak kecil (bayi) bagi ibu bapa yang percaya wajib dibaptis.

(e) Bahawa penerimaan Roh Kudus adalah satu jaminan bagi kita untukmewarisi Kerajaan Syurga, dan ini dibuktikan melalui pertuturan lidah asing.

(f) Bahawa Sakramen Pembasuhan Kaki membolehkan seseorang medapat bahagian         dalam Tuhan Yesus. Ia juga merupakan satu peringatan kepada seseorang supaya mempunyai kasih, kesucian, rendah hati, pengampunan dan pelayanan. Kaki setiap orang yang telah dibaptiskan mesti dicuci dalam nama Tuhan Yesus. Saling membasuh kaki boleh dilakukan apabila diperlukan.

(g) Bahawa Perjamuan Kudus adalah satu sakramen untuk memperingati kematian Tuhan Yesus. Ini akan membolehkan kita mengambil bahagian dalam tubuh dan darah  Tuhan Yesus, dan bersekutu dengan-Nya supaya memperolehi hidup kekal dan dibangkitkan di Hari Akhir. Sakramen ini hendaklah diadakan selalu. Hanya sekeping roti yang tidak beragi dan air anggur digunakan.

(h) Bahawa Hari Sabat (Hari Sabtu), hari yang ketujuh dalam seminggu adalah sehari yang suci yang diberkati dan disucikan oleh Tuhan. Hari ini hendaklah dipegang di bawah anugerah Tuhan untuk memperingati ciptaan Tuhan dan keselamatan dengan harapan untuk memperolehi istirehat kekal di dalam Kerajaan Tuhan.

(i) Bahawa keselamatan diberikan oleh anugerah Tuhan melalui iman para pemercaya. Pemercaya mestilah bersandar kepada Roh Kudus untuk memperjuangkan kekudusan, dan kesetiaan kepada Tuhan dan mengasihi manusia.

(j) Bahawa Kedatangan Tuhan Yesus Kali Kedua akan berlaku di Hari Terakhir ketika Dia akan turun dari Syurga untuk menghakimi dunia; orang yang benar akan menerima hidup kekal manakala yang berdosa akan dibinasakan.

 

BAB TIGA      : ORGANISASI

 

Peraturan 6 Persidangan Perwakilan yang terdiri daripada wakil-wakil dari gereja-gereja tempatan di seluruh Sabah, hendaklah menjadi suatu badan yang diletakkan kuasa tertinggi. Keputusan-keputusannya hendaklah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

 

Peraturan 7 Tempoh jawatan para wakil adalah satu tahun; seorang wakil hendaklah dipilih oleh gereja tempatan jika keahliannya kurang daripada 200 orang; dua orang wakil hendaklah dipilih jika keahlian gereja tempatan itu melebihi 200 orang tetapi tidak melebihi 400 orang. Untuk keahlian melebihi 400 anggota, seorang wakil hendaklah dipilih untuk setiap 300 anggota tambahan. Seseorang wakil boleh dipilih semula.

 

Peraturan 8 Seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi Persidangan Perwakilan hendaklah dipilih di antara para wakil. Pengerusi hendaklah melantik dua orang untuk mencatatkan minit Persidangan Perwakilan itu.

 

Peraturan 9 Jawatankuasa Eksekutif hendaklah terdiri daripada 19 orang ahli. Mereka itu hendaklah dipilih oleh Persidangan Perwakilan dari antara penatua-penatua dan diaken-diaken gereja ini. Jika terdapat kurang penatua-penatua dan diaken-diaken yang sesuai, ahli-ahli yang mempunyai pengalaman dalam penyeliaan atau kunia bolehlah dipilih sebagai ahli-ahli Jawatankuaa Eksekutif.Sembilan belas ahli-ahli Jawatankuasa itu hendaklah memilih dari antara mereka seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tujuh orang ahli untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap. Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap itu juga menjadi Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif.

 

Peraturan 10

 

(a) Tempoh jawatan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif itu kecuali Bendahari adalah tiga tahun dan mereka boleh dipilih semula.

(b) Jika seseorang ahli Jawatankuasa Eksekutif itu meninggal dunia atau meletakkan jawatan, maka kekosongannya hendaklah diisi oleh seorang simpanan.

(c) Bendahari tidak boleh dipilih semula.

Peraturan 11

 

Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif adalah ahli-ahli kehormat. Ahli-ahli penuh masa hendaklah dibayar elaun-elaun hidup yang ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

 

Peraturan 12 Jawatankuasa Tetap hendaklah juga memilih dari antara mereka pemegang jawatan-jawatan berikut yang bertempoh 3 tahu yang boleh dipilih semula-

  1. Pengerusi;
  2. Naib Pengerusi;
  3. Penguasa Hal Ehwal Agama;
  4. Pembantu Penguasa Hal Ehwal Agama;
  5. Penguasa Pelajaran;
  6. Bendahari;
  7. Penguasa Hal Ehwal Am;
  8. Setiausaha Agung;
  9. Pembantu Setiausaha.

 

Jawatan-jawatan Pembantu Penguasa Pelajaran, Pembantu Bendahari dan Pembantu Penguasa Hal Ehwal Am hendaklah dipilih dariapda ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif. Jawatankuasa tetap akan dikelola daripada penjawat yang berikut:-

 

  1. Penguasa Hal Ehwal Agama;
  2. Timbalan Penguasa Penginjilan dan Pengembalaan;
  3. Penguasa Pelajaran;
  4. Pembantu Penguasa Pelajaran;
  5. Bendahari;
  6. Pembantu Bendahari;
  7. Penguasa Hal Ehwal Am;
  8. Pembantu Penguasa Hal Ehwal Am;
  9. Setiausaha; dan
  10. Pembantu Setiausaha

 

 

Peraturan 13 1. Gereja hendaklah menubuhkan beberapa kawasan agama setiapnya dipimpin oleh seorang Penguasa Hal Ehwal Agama yang dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif daripada para Pendeta, Penatua dan Diaken gereja. Mereka hendaklah membantu Jabatan Penginjilan dan Pengembalaan dalam menjalankan tugas-tugas penginjilan di kawasan-kawasan masing-masing;2. Para Penatua dan Diaken gereja tempatan berkenaan hendaklah dipilih pemegang-pemegang jawatan berikut untuk tempoh 3 tahun dan mereka bolehlah dipilih semula:-

(i) Pengetua Hal Ehwal Agama, yang hendaklah bertanggungjawab atas tugas-tugas penggembalaan, mengaturkan jadual-jadual bagi khutbah pada kebaktian, pelajaran agama, membuat kunjungan ke para pemercaya, membuat persediaan-persediaan berkaitan dengan upacara-upacara pernikahan dan pengkebumian dan lain-lain tugas sehubungan dengan jawatannya.

(ii) Bendahari, yang hendaklah bertanggungjawab atas hal-hal kewangan, mendaftarkan anggaran-anggaran belanjaan, menggerakkan derma-derma, membuat laporan-laporan kewangan dan lain-lain tugas sehubungan dengan jawatannya.

(iii) Setiausaha, yang hendaklah bertanggungjawab atas tugas-tugas surat-menyurat, penerimaan dan penghantaran mel-mel, perhitungan dan pendaftaran anggota-anggota dan lain-alin tugas sehubungan dengan jawatannya.

(iv) Penguasa Hal Ehwal Am, yang hendaklah bertanggungjawab atas penyeliaan dan pengurusan perpustakaan dan harta-harta Gereja, persediaan makanan dan penginapan pada kebaktian rohani dan lain-lain tugas sehubungan dengan jawatannya.

(v) Penguasa Hal Ehwal Agama hendaklah bersama-sama pemegang-pemegang jawatan yang lain dan diaken-diaken gereja tempatan berkenaan mengelolakan Jawatankuasa Eksekutif untuk melaksanakan fungsi-fungsi agama. Jika perlu, suatu Jawatankuasa Tetap bolehlah ditubuhkan untuk membantu Jawatankuasa Eksekutif melaksanakan tugas-tugas suci.

(vi) Penguasa Hal Ehwal Agama hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif dan juga Jawatankuasa Tetap. Di tempat di mana tiada Penatua atau Diaken ahli-ahli tersebut akan diundi oleh mesyuarat agung.

 

Peraturan 14

 

Gereja bolehlah mempergunakan beberapa orang kerana. Syarat-syarat perjawatan mereka hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

 

Peraturan 15

 

Gereja bolehlah menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut bagi membantu Jawatankuasa Tetap:-

(a) Jawatankuasa Bantuan Kecemasan;

(b) Jawatankuasa Penerbitan/ Penapisan; dan

(c) Jawatankuasa-jawatankuasa lain. Peraturan-peraturannya jawatankuasa-jawatankuasa itu hendaklah diperuntukkan berasingan

 

BAB EMPAT : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

Peraturan 16 Tugas-tugas Persidangan Perwakilan hendaklah:-

(a) Mengkaji dan menerima laporan dari Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif mengenai kerja-kerja Gereja ini pada tahun yang lalu;

(b) Mengkaji dan menerima laporan Bendahari dan akaun-akaun Gereja yang telah disahkan oleh Juruaudit bagi tahun yang lalu dan menimbangkan anggaran perbendaharaan bagi tahun hadapan;

(c) Membuat dan meminda Perlembagaan Gereja;

(d) Mengkaji dan memutuskan usul-ususl Jawatankuasa Eksekutif, Majlis Diaken-Diaken dan gereja-gereja tempatan;

(e) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif;

(f)  Melantik juruaudit-juruaudit;

(g) Melantik pengamanah-pengamanah;

(h) Memutuskan perkara-perkara berkenaan dengan tuduhan, penggantungan, pemecatan dan perkara-pekara penting yang lain; dan

(i) Menguruskan perkara-perkara yang dirujukkan kepadanya.

 

Peraturan 17

 

Tugas-tugas Jawatankuasa Eksekutif hendaklah seperti berikut:-

(a) Melaksanakan keputusan-keputusan Persidangan Perwakilan;

(b) Memanggil mesyuarat Persidangan Perwakilan;

(c) Membantu gereja-gereja tempatan dalam aktiviti-aktiviti keagamaan;

(d) Menguruskan hal ehwal agama yang lain bagi Gereja; dan

(e) Mentafsirkan udang-undang dan Perlembagaan Gereja.

 

Peraturan 18 Tugas-tugas Jawatankuasa Tetap hendaklah seperti berikut:-(a) Melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa Eksekutif;
(b) Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif; dan
(c) Membantu dan menyelia pentadbiran gereja-gereja tempatan dan aktiviti-aktiviti harian.

 

Peraturan 19

 

Tugas-tugas Penguasa-penguasa setiap jabatan Gereja hendaklah:-

(a) Pengerusi hendaklah:-

i.  Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat JawatankuasaEksekutif dan Jawatankuasa Tetap;

ii.  Menyelia atas perlaksanaan tuags-tugas berbagai jabatan dan;

iii.     Mewakili Gereja ini dalam perkara-perkara di luar gereja..

(b) Setiausaha Agung hendaklah:-

i.       Melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa Elsekutif dan Jawatankuasa Tetap;

ii.       Menguruskan surat-menyurat dan memeliharakan rekod-rekod;

iii.      Menguasai atas segala penerbitan Gereja ini dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;

iv.      Mengadakan banci dan menyenggarakan daftar keahlian; dan

v.       Satu Urusetia/ Secretariat bolehlah ditubuhkan untuk membantu kerja-kerja  kesetiausahaan berbagai jabatan.

 

(c) Penguasa Hal Ehwal Penginjilan dan Penggembalaan hendaklah:-

i.        Merancang, membimbing dan menyelia perkara-perkara berkaitan dengan Jabatan Penginjilan dan Penggembalaan.

ii.        Menyebarkan injil keselamatan yang benar di kalangan orang luar;

iii.        Menyelia atas hal-hal penyebaran injil dan penggembalaan setiap kawasan keagamaan;

iv.        Menguasai atas hal-hal penyebaran injil dan penggembalaan yang lain;

v.        Mengajar dan menggembalakan para pemercaya pada keseluruhannya;

vi.        Melatih para petugas kerja suci; dan

vii.        Mengadakan kajian atas injil kebenaran.

 

(d) Penguasa Pelajaran hendaklah:-

i.        Merancang dan menyelia atas hal-hal pelajaran dan latihan;

ii.        Melatih dan menyeliakan para guru Pendidikan Agama;

iii.        Mengadakan kebaktian kerohanian murid-murid sekolah;

iv.        Menyelia dan memimpin atas Pendidikan Agama dan persahabatan belia setiap kawasan agama;

v.        Menyemak, menulis dan menerbit buku-buku teks bagi pendidikan agama dan kebaktian kerohanian murid-murid;

vi.        Memindah, menulis dan menerbit buku-buku teks bagi latihan para guru pendidikan agama; dan

vii.        Menulis dan menerbit buku-buku berkaitan dengan Pendidikan Agama.

 

(e) Penguasa Hal Ehwal Am hendaklah:-

i.        Menguasai atas pembinaan Gereja ini;

ii.        Menguasai atas penjualan dan pembelian; dan

iii.        Menguasai atas perkara-perkara mengenai kakitangan dan perkara-perkara am.

 

(f) Bendahari hendaklah:-

i.        Menguasai atas segala perkara-perkara perakaunan Gereja ini;

ii.        Menyimpan kira-kira/ akaun-akaun; dan

iii.        Menyediakan anggaran Gereja ini.

 

 

BAB LIMA      : MESYUARAT

 

Peraturan 20 Persidangan Perwailan Gereja ini hendalah diadakan pada bulan Disember tiap-tiap tahun. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua wakil gereja-gereja tempatan dan Ahli Jawatankuasa Esekutif sekurang-kurangnya 21 hari sebelum persidangan diadakan, satu agenda persidangan, minit mesyuarat persidangan yang lalu, laporan-laporan, usul-usul, kkira-kira Gereja yang telah disahkan oleh juruaudit bagi tahun yang lepas dan anggaran belanjawan bagi tahun hadapan. Salinan-salinan dokumen tersebut hendaklah dipamerkan di pejabat yang didaftaran Gereja ini untuk bacaan ahli-ahli.

 

Peraturan 21 Satu korum hendalah dianggap sebagai telah tertubuh jika wakil-wakil yang hadir tidak kurang daripada separuh daripada jumlah perwakilan gereja-gereja tempatan. Suatu majoriti yang tidak kurang daripada dua pertiga jumlah undi dikehendaki untuk meluluskan usul-usul mengenai perkara-perkara doktrin-doktrin, undang-undang dan Perlembagaan Gereja dan suatu majoriti yang melebihi daripada separuh undi dikehendaki untuk meluluskan usul-usul lain.

 

Peraturan 22 Jika selepas setengah jam dari masa yang ditetapkan untuk Persidangan tersebut suatu korum tidak tertubuh, maka Persidangan itu hendaklah ditundakan ke suatu tarikh yang tidak lewat daripada 60 hari selepas tarikh itu, yang hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Eksekutif; dan jika suatu korum tidak tertubuh setelah setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Persidangan yang ditundakan itu, maka wakil-wakil yang hadir adalah mempunyai kuasa untuk meneruskan persidangan itu tetapi mereka tidak berkuasa untuk meminda undang-undang dan Perlembagaan Gereja atau membuat keputusan-keputusan yang melibatkan keahlian.

 

Peraturan 23 Satu Persidangan Perwakilan Luar Biasa hendaklah diadakan:-

(a)  Apabila Jawatankuasa Eksekutif berpendapat ianya perlu; atau

(b)  Apabila satu permintaan bersama secara bertulis oleh dua pertiga daripada jumlah wakil-wakil diterima yang menerangkan maksud dan agenda.

Persidangan Perwakilan Luar Biasa itu hendaklah diadakan pada suatu tarikh dalam tempoh 60 hari setelah permintaan itu diterima..

 

Peraturan 24 (a)  Setiausaha Agung hendaklah menghantar notis dan agenda bagi suatu Persidangan Perwakilan Luar Biasa kepada semua gereja tempatan, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif dan para wakil sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi persidangan itu.
(b)  Suatu korum hendaklah dianggap sebagai telah tertubuh jika para wakil yang hadir tidak kurang daripada separuh dari jumlah wakil-wakil gereja-gereja tempatan.

 

Peraturan 25 (a)  Jawatankuasa Eksekutif hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam setiap enam bulan dan sekurang-kurangnya notis 14 hari bagi setiap suatu mesyuarat hendaklah diberi kepada ahli-ahli;
(b)  Pengerusi yang bertindak sendiri, atau tidak kurang daripada lima orang ahlinya yang bertindak bersesama boleh mengadakan suatu  mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif itu pada bila-bila masa; dan

(c)  Sekurang-kurangnya separuh daripada ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi menubuhkan korum dan bagi mengesahkan urusan-urusannya.

 

Peraturan 26 (a)  Jawatankuasa Tetap hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan dan notis tujuh hari bagi tiap-tiap satu mesyuarat itu hendaklah diberi kepada ahli-ahli;

(b)  Pengerusi yang bertindak sendiri, atau tidak kurang daripada tiga orang ahlinya yang bertindak bersesama, boleh mengadakan suatu mesyuarat Jawatankuasa Tetap; dan

(c)  Sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah Ahli Jawatankuasa itu mestilah hadir bagi menubuhkan korum dan bagi mengesahkan urusan-urusannya.

Peraturan 27

 

Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif, para pendeta, penatua dan diaken yang bukan wakil gereja berhak bercakap di Persaidangan Perwakilan.

 

Peraturan 28 Usul-usul menyentuhi doktrin atau pemindaan Undang-undang dan Perlembagaan Gereja yang dihantar ke Persidangan Perwakilan oleh Jawatankuasa Eksekutif hendaklah diserahkan kepada Majlis Para Penatua/ Diaken untuk diteliti sebelum ianya diserahkan kepada Persidangan Perwakilan untuk perbincangan dan keputusan. Majlis Para Penatua/ Diaken  boleh mengemukakan usul-usul mereka sendiri kepada Persidangan Perwakilan.

 

BAB ENAM    : KEWANGAN

 

Peraturan 29 Tahun kewangan Gereja ini hendaklah bermula pada  1 November dan berakhir pada 31 Oktober.
Peraturan 30

 

Perlembagaan Gereja ini hendaklah dibiayai oleh ahli-ahli gereja dengan cara yang berikut:-

(a)  Derma Persepuluhan;
(b)  Derma kesyukuran;
(c)  Derma sukarela; dan
(d)  Derma khas.

 

Peraturan 31

 

Tabung-tabung wang Gereja ini boleh dibelanjakan bagi maksud-maksud yang perlu untuk melaksanakan tujuan-tujuannya.

 

Peraturan 32

 

Bendahari boleh memegang wang tunai tidak melebihi daripada 500 Ringgit pada sesuatu masa. Semua wang yang melebihi amaun ini hendaklah, dalam tempoh tujuh hari selepas diderma, disimpan dalam akaun bank Gereja.

 

Peraturan 33

 

Semua cek atau notis menarik wang atas akaun Gereja ini hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi (atau jika ia tidak hadir, Setiausaha Agung) dan Bendahari. Jika Bendahari tidak hadir, Penguasa Hal Ehwal Am hendaklah menandatangani bagi pihaknya.

 

Peraturan 34

 

Seberana segera yang boleh setelah tamat tiap-tiap satu tahun kewangan, sautu penyata pendapatan dan perbelanjaan dan suatu kertas imbangan bagi tahun itu hendaklah disediakan dan diudit oleh juruaudit yang dilantik di bawah Seksyen 35. Akaun-akaun yang diaudit itu hendaklah diserahkan kepada Persidangan Perwakilan Tahunan yang akan dantang untuk elulusan, dan salinannya hendaklah dipamerkan di pejabat berdaftar Gereja untuk diperiksa oleh ahli-ahli.

 

 

BAB TUJUH  : JURUAUDIT

 

Peraturan 35 Seorang atau lebih orang, yang bukan ahli Jawatankuasa Eksekutif, hendaklah dilantik oleh Persidangan Perwakilan Tahunan sebagai Juruaudit (Juruaudit-Juruaudit) Kehormat. Mereka hendaklah memegang jawatan bagi satu tahun dan boleh dilantik semula.

 

Peraturan 36 Juruaudit (Juruaudit-Juruaudit) dikehendaki untuk mengaudit akaun-akaun Gereja dan menyediakan laporan atau perakuan bagi Persidangan Perwakilan Tahunan.

 

BAB LAPAN  : PENGAMANAH

 

Peraturan 37

 

Tiga orang pengamanah gereja hendaklah dilantik oleh Persidangan Perwakilan adalah daripada para penatua dan diaken Gereja. Tempoh jawatan pengamanah-pengamanah itu adalah enam tahun dan mereka boleh dilantik semula.

 

Peraturan 38

 

Pengamanah-pengamanah tidak boleh menjual, meminda hak, menggadai atau menarik balik sebarang harta kepunyaan Gereja tanpa izin dan kuasa dariapda Persidangan Perwakilan.

 

Peraturan 39 Seseorang pengamanah boleh dipecat daripada jawatannya oleh Jawatankuasa Eksekutif oleh sebab uzur kerana kurang sihat, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau perkhidmatannya didapati tidak memuaskan. Jika berlakunya kematian, perletakan jawatan atau pemecatan bagi seseorang pengamanah sebelum Persidangan Perwakilan Tahunan maka kekosongan itu bolehlah diisikan oleh Jawatankuasa Eksekutif sehingga seorang pengamanah yang baru dilantik oleh Persidangan Perwakilan.

 

Peraturan 40 Pengamanah yang dipecat daripada jawatannya mengikut Seksyen 39 berhak merayu kepada Persidangan Perwakilan yang mana keputusannya adalah muktamad.

 

BAB SEMBILAN       : PENDETA

 

Peraturan 41

 

Para pendeta gereja ini hendaklah dilantik oleh Jawatankuasa Eksekutif daripada graduan Kolej Teologi yang ditubuhkan oleh Gereja atau mereka yang mempunyai pengalaman dan mutu seorang pendeta setelah mereka disyorkan oleh suatu mesyuarat bersama para pendeta, penatua, diaken, diakenis dan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Gereja.

 

Peraturan 42

 

Para pendeta hendaklah mengamalkan ajaran-ajaran Alkitab dan undang-undang dan Perlembagaan Gereja, mematuhi arahan Gereja, mencontohi semangat penginjilan yang ditunjukkan oleh Yesus Juruselamat dan rasul-rasul-nya, tidak mengingini kemuliaan-kemuliaan duniawi, sabar dan rajin bekerja dan menjalankan kerja-kerja penginjilan dengan bersungguh-sungguh.

 

Peraturan 43

 

Seseorang pendeta penuh masa hendaklah dibayar suatu elaun hidup. Seseorang pembantu pendeta atau pendeta amator boleh dibayar elaun-elaun yang ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

 

Peraturan 44 Suatu Majlis Pendeta boleh ditubuhkan bagi menyelaraskan berbagai kerja, memeriksa dan menggalakkan mutu-mutu kerohanian, kebijaksanaan dan kekuatan rohani. Peraturan-peraturannya hendaklah disediakan berasingan.

 

BAB SEPULUH         : PENATUA DAN DIAKEN

 

Peraturan 45 (a)  Jika perlu bagi suatu gereja tempatan memilih calon bagi perlantikan sebagai diaken, maka ahli-ahli Jawatankuasa gereja tempatan berkenaan dan para pendeta Gereja ini hendaklah bersama memeriksa kelayakan-kelayakannya. Jika didapati layak menurut ketetapan Alkitab ia akan dirujukkan kepada Majlis Penatua dan Diaken Gereja, dan setelah meluluskan pencalonannya ia akan dirujukkan kepada sidang jemaat gereja tempatan berkenaan untuk kelulusan muktamad dan perlantikan.

(b)  Sekiranya seseorang suami telah dilantik sebagai diaken maka isterinya tidak akan dilantik sebagai diakenis.
 

Peraturan 46

 

Tugas-tugas para penatua dan diaken adalah seperti berikut:-

(a)  Mentadbir gereja;
(b)  Menggalakkan jemaat; dan
(c)  Menjalankan upacara-upacara keagamaan.

 

Peraturan 47 Suatu Majlis Penatua bolehlah ditubuhkan bagi menggalakkan persahabatan, melakukan penyelidikan atas doktrin-doktrin Gereja, memeriksa dan membincangkan cara pentadbiran gereja-gereja dan memajukan semua kerja-kerja peagamaan yang lain. Peraturan-peraturannya hendaklah dibuat berasingan.

 

BAB SEBELAS         : KOLEJ TEOLOGI

 

Peraturan 48 Supaya memperuntukkan pendeta-pendeta yang berkelayakan Gereja ini bolehlah menubuhkan suatu Kolej Teologi. Peraturan-peraturannya hendaklah dibuat berasingan.

 

BAB DUA BELAS     : UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN KECIL

 

Peraturan 49

 

Undang-undang dan peraturan-peraturan kecil Gereja ini hendaklah diperuntukkan berasingan.

 

Peraturan 50

 

Sebarang pindaan kepada undang-undang dan Perlembagaan ini hendaklah dibentangkan di Persidangan Perwakilan untuk diluluskan.

 

Peraturan 51 Undang-undang ini hendaklah berkuatkuasa mulai daripada tarikh kelulusannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

 

BAB TIGA BELAS    : JAWATANKUASA BANTUAN KECEMASAN

 

Peraturan 52

 

Mengikut Seksyen 15 undang-undang dan Perlembagaan Gereja, Jawatankuasa Bantuan Kecemasan bolehlah ditubuhkan dan tujuannya adalah bagi membantu ahli-ahli dan gereja-gereja tempatan yang memerlukan bantuan kewangan atau kebendaan.

 

Peraturan 53

 

Penguasa Hal Ehwal am hendaklah menguasai Jawatankuasa itu yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang ahli yang kesemuanya dilantik oleh Jawatankuasa Eksekutif Gereja. Tempoh jawatan mereka adalah 3 tahun dan ahli-ahli boleh dilantik semula.

 

Peraturan 54 Jawatankuasa Bantuan Kecemasan hendaklah menyiasat dan membuat syor-syor terhadap kes-kes kepada Jawatankuasa Tetap untuk dipertimbangkan dan Jawatankuasa itu hendaklah menjalankan keputusan Jawatankuasa Tetap itu.

 

BAB EMPAT BELAS            : JAWATANKUASA PENERBITAN/ PENAPISAN

 

Peraturan 55

 

Mengikut Seksyen 15 undang-undang dan Perlembagaan Gereja, Jawatankuasa Penerbitan/ Penapisan bolehlah ditubuhkan, dan tujuan-tujuannya adalah menerbit, menapis majalah-majalah, surat-surat berita dan lain-lain penerbitan untuk pengedaran kepada ahli-ahli dan awam, jika perlu.

 

Peraturan 56

 

Setiausaha Agung hendaklah menguasai Jawatankuasa ini yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan lapan orang ahli jawatankuasa, yang kesemuanya dilantik oleh Jawatankuasa Eksekutif Gereja. Tempoh mereka adalah tiga tahun dan mereka boleh dilantik semula.

 

Peraturan 57

 

Penerbitan-penerbitan dari ahli-ahli dan gereja-gereja tempatan tanpa kelulusan jawatankuasa ni tidak boleh di dalam nama gereja.

 

Peraturan 58 Semua perbelanjaan yang dibuat bagi maksud penerbitan hendaklah dibiayai oleh Gereja, dan perbelanjaan itu hendaklah diluluskan oleh Jawatankuas Tetap.

 

BAB LIMA BELAS    : TATATERTIB

 

Peraturan 59

 

Seseorang ahli Gereja ini akan dibuang gereja jika ia:-

(a)  Menukar agamanya; atau
(b)  Melanggar undang-undang dan Perlembagaan Gereja; atau
(c)  Bertindak menentang Gereja

 

Peraturan 60

 

Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif dan petugas-petugas kerja suci yang lain hendaklah terhenti daripada memegang jawatannya jika ia:-

(a)  Meninggal dunia atau tidak dapat dikesan dalam suatu tempoh yang tidak kurang daripada enam bulan;

(b)  Tidak sempurna akal;

(c)  Dijatuhkan hukum di Mahkamah atas kesalahan-kesalahan jenayah yang serius;

(d)  Diisytiharkan bankrap;

(e)  Tidak rela menjalankan tugas-tugasnya.

 

 

 

BAB ENAM BELAS  : PEMBUBARAN

 

Peraturan 61 (a)  Gereja ini boleh dibubar melalui suatu keputusan oleh suatu perundingan yang tidak kurang daripada tiga perlima jumlah keahliannya.

(b)  Jika Gereja dibubarkan sebagaimana yang diperuntukkan di atas, maka segala hutang piutangnya yang sah bagi pihaknya hendaklah dijelaskan, dan bagi wang itu hendaklah diselesaikan mengikut cara yang ditetapkan di dalam persidangan tersebut.
 

 

BAB TUJUH BELAS            : PINDAAN PERLEMBAGAAN

 

Peraturan 62 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan ketetapan dua pertiga wakil yang hadir dalam Persidangan Perwakilan. Perubahan atau pindaan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh kelulusannya oleh pendaftar Pertubuhan Malaysia.