Views: 261

GEREJA RANAU

Ranau adalah sebuah pekan kecil yang sejauh lebih kurang 145km di sebelah utara Kota kinabalu, Ibu Negeri Sabah. Lebih dari tiga suku jalanraya sepanjang gunung yang curam dan tinggi. Sebilangan besar penduduk disitu adalah kaum kadazan yang bekerja sebagai petani. Baru-baru ini kerajaan telah meningkatkan pembangunan ke Taman Negara di Kundasang [ lebih kurang 16km dari Ranau ] sebagai pusat pelancongan utama. Akibatnya jalan raya telah diaspalkan semula dan diperbaiki lagi.

Pada tahun 1957 Wong Shing, seorang saudara dari Gereja Kota Kinabalu berpindah ke Ranau. Dalam tahun yang sama dua pendeta dari Lembaga Cawangan bersama Dn Mark Chin dan Dn Samuel Chin dan beberapa pemercaya dari Gereja Kota Kinabalu datang ke Ranau untuk melawat Sdra Wong dan keluarganya sambil mengadakan kebaktian di rumahnya. Syukur kepada Tuhan, beberapa orang yang datang mendengar telah percaya dan dibaptiskan. Akibatnya ada lebih 10 pemercaya jumlahnya  dan adalah diputuskan bahawa kebaktian Hari Sabat diadakan di rumah Sdra Wong Shing.

Pada tahun 1961, sebuah bangunan gereja papan yang kecil berukuran 9.1m X 6.1m [ 30’ X 20’ ] telah didirikan di tanah Sdra Wong Lin Kong. Pada tahun 1964 dua orang diakon dari Taiwan bernama Dn John Yang dan Lin Fong Shen  melawat Gereja Ranau dan menjalankan kerja penginjilan disitu. Sebagai hasilnya ramai yang telah dibaptiskan dan bilangannya semakin bertambah. Malangnya, disebabkan ketiadaan pemimpin gereja, terpencilnya tempat ini serta kerumitan perhubungan, pengembalaan jemaat bukan suatu perkara senang. Oleh ini iman ramai pemercaya kian merosot sehingga kebaktian Sabat tidak diadakan buat beberapa lama.pada akhir tahun 1970an penginjil dari Ibu Gereja melawat lebih kerapkali dan pengembalaan jemaat dipulihkan semula dengan lebih kerap. Akibatnya gereja Ranau mula pulih dan berkembang maju. Syukur pada Tuhan.

Kini bilangan anggota adalah 59, diketuai oleh Sdra Liong Nyat Choi. Terdapat 3 Kelas Pendidikan Agama dengan 6 guru di bawah bimbingan Sdri Nino Yap Hoi Chua dibantu oleh Alice Yap Fui Sin. Jawatankuasa Gereja adalah seperti berikut:-

Hal Ehwal Agama         :           Liong Nyet Choi; Chong Yun Fah [ Timbalan ]

Hal Ehwal Am              :           Yap Nyuk Chong; Yong Chau Chong [ pembantu ]

Bendahari                     :           Harry Yong Yin Fang; Nino Yap [ Pembantu ]

Setiausaha                    :           Freny Yong Shiew Chiun; Nino Yap [ Pembantu ]

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *