Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.2 – 3.2.3)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.2 – 3.2.3)

3.2.2 Bahasa Yunani dan Bahasa Latin

Perkataan Yunani σαββατον dan σαββατα berasal daripada bahasa Aram; perkataan yang pertama adalah bentuk tunggal, perkataan yang kedua adalah bentuk jamak namun disalahgunakan sebagai bentuk tunggal. Kedua-duanya merujuk kepada hari ketujuh dalam seminggu ataupun bersamaan dengan sistem tujuh hari seminggu dalam sistem Sabat. Malah ia terus digunakan sehingga masa sekarang. Ia juga membawa maksud hari istirahat.

Bahasa Latin juga menggunakan perkataan Yunani secara langsung, berbunyi sabbathum. Pelbagai dialek Eropah yang berasal daripada sistem bahasa Yunani Roma (seperti bahasa Inggeris, Jerman…) kebanyakannya juga menggunakan terjemahan langsung daripada bahasa Yunani.

3.2.3 Bahasa Inggeris

Dalam perjanjian lama, berdasarkan korpus bahasa asal ‘Young’, terjemahan istilah-istilah ini dalam bahasa Inggeris termasuklah:

  1. shabath’ : cease [berhenti] 14 kali, celebrate [memperingati] 1 kali, keep [memegang] 1kali, keep sabbath [memegang sabat], rest [berehat] 10 kali, (Niph.) cease [berhenti] 4 kali, (Hiph.) cause to cease [menyebabkan berhenti] 18 kali, cause to fail [menyebabkan terputus] 1 kali, leave [meninggalkan] 1 kali, let cease [menyebabkan berhenti] 1 kali, make to cease [menjadikan berhenti] 10 kali, make to fail [menjadikan terputus] 1 kali, make to rest [menjadikan berehat] 1 kali, put away [mengalihkan] 2 kali, put down [meletakkan] 1 kali, rid [menanggalkan] 1 kali, still [tenang] 1 kali, suffer to lacking [mengosongkan] 1 kali, take away [menghapus] 1 kali. Jumlah 71 kali.
  2. shabbath’: sabbath [hari Sabat] 110 kali, another [yang lain] 1 kali. Jumlah 111 kali.
  3. shabbathon’: rest [berehat] 8 kali, sabbath [hari Sabat] 3 kali. Jumlah 11 kali.
  4. shabua’: seven [pl. Tujuh] 1 kali, week [minggu] 49 kali. Jumlah 50 kali.

Nampaknya kebanyakan maksudnya adalah hari Sabat, berehat, berhenti bekerja, sama dengan satu Sabat dalam seminggu.

Dalam perjanjian baru, berdasarkan korpus bahasa asal ‘Young’, terjemahan istilah-istilah ini dalam bahasa Inggeris termasuklah:

  1. σαββατον, σαββατα: sabbath [hari Sabat] 16 kali, [M. week minggu 1], sabbath day [hari Sabat] 34 kali, week [minggu] 9 kali [sabbaton 2, sabbata 7], sabbath [sabat adj. kata adjektif] 7 kali. Jumlah 67 kali [sabbaton40, sabbata27]
  2. σαββατισμος  : rest [berehat] 1 kali. Jumlah 1 kali.
  3. προσαββατον: day before sabbathday [hari sebelum hari Sabat] 1 kali. Jumlah 1 kali.

Nampaknya maksudnya adalah hari Sabat, berehat, ataupun sama dengan satu Sabat dalam seminggu.

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.1 – Bahasa Ibrani)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.1 – Bahasa Ibrani)

3.2.1 Bahasa Ibrani

Perkataan שַׁבָּת ‎(shabath) dalam bahasa Ibrani berdasarkan Kamus Ibrani-Inggeris Gesenius mengandungi maksud [1]:

  1. Hari Sabat, hari ketujuh dalam seminggu, setiap hari Sabat, tahun Sabat, setiap tahun ketujuh tidak mengusahakan tanah.
  2. Mungkin adalah satu minggu.

Maksud asal bagi kata kerja perkataan ini, ‘shebeth’ adalah duduk. Jika dihuraikan, ia boleh membawa maksud berhenti bekerja dan berehat, beristirahat, memegang hari Sabat. Ia juga mengandungi maksud berhenti, meninggalkan, tamat, terputus, mengambil dan sebagainya. Ia juga sering digunakan untuk menunjukkan istirahat pada hari Sabat.

Jelas bahawa dalam perjanjian lama perkataan ini ditujukan kepada dua jenis hari berikut:

  1. Hari ketujuh dalam setiap minggu, iaitu tema utama hari Sabat dalam Alkitab
  2. Hari Sabat/perhentian dalam perayaan, iaitu hari dalam perayaan perjanjian lama selain hari Sabat mingguan yang ditetapkan Tuhan di mana seluruh umat perlu beristirahat dan tidak dibenarkan bekerja. Contohnya: Hari itu harus menjadi sabat, hari perhentian penuh, bagimu dan kamu harus merendahkan diri dengan berpuasa. Itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya. (Im 16:31)

23 Tuhan berfirman kepada Musa: 24 “Katakanlah kepada orang Israel, begini: Dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, kamu harus mengadakan hari perhentian penuh yang diperingati dengan meniup serunai, yakni hari pertemuan kudus. 25Janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat dan kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada Tuhan.” 26 Tuhan berfirman kepada Musa: 27“Akan tetapi pada tanggal sepuluh bulan yang ketujuh itu ada hari Pendamaian; kamu harus mengadakan pertemuan kudus dan harus merendahkan diri dengan berpuasa dan mempersembahkan korban api-apian kepada Tuhan. 28 Pada hari itu janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan; itulah hari Pendamaian untuk mengadakan pendamaian bagimu di hadapan Tuhan, Allahmu. 29 Kerana setiap orang yang pada hari itu tidak merendahkan diri dengan berpuasa, haruslah dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya. 30 Setiap orang yang melakukan sesuatu pekerjaan pada hari itu, orang itu akan Kubinasakan dari tengah-tengah bangsanya. 31Janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagimu turun-temurun di segala tempat kediamanmu. 32 Itu harus menjadi suatu sabat, hari perhentian penuh bagimu, dan kamu harus merendahkan diri dengan berpuasa. Mulai pada malam tanggal sembilan bulan itu, dari matahari terbenam sampai matahari terbenam, kamu harus merayakan sabatmu.” 33 Tuhan berfirman kepada Musa: 34 “Katakanlah kepada orang Israel, begini: Pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu ada hari raya Pondok Daun bagi Tuhan tujuh hari lamanya. 35 Pada hari yang pertama haruslah ada pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. 36 Tujuh hari lamanya kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada Tuhan. Itulah hari-hari raya yang ditetapkan Tuhan, yang harus kamu maklumkan sebagai hari pertemuan kudus untuk mempersembahkan korban api-apian kepada Tuhan, iaitu korban bakaran dan korban sajian, korban sembelihan dan korban-korban curahan, setiap hari sebanyak yang ditetapkan untuk hari itu, 38 belum termasuk hari-hari Sabat Tuhan dan belum termasuk persembahan-persembahamu atau segala korban nazarmu atau segala korban sukarelamu, yang kamu hendak persembahkan kepada Tuhan. 39 Akan tetapi pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu pada waktu mengumpulkan hasil tanahmu, kamu haruslah ada perhentian penuh dan juga pada hari yang kedelapan harus ada perhentian penuh. (Im 23:23-39)

Selain itu, ia juga merujuk kepada maksud lain seperti berikut:

  1. Tahun sabat :

Setiap tahun ketujuh, seluruh kawasan tanah berhenti daripada bercucuk tanam agar tanah beroleh perhentian dan kekuatan tanah dipulihkan. Contohnya: Hasil tanah selama sabat itu haruslah menjadi makanan bagimu, yakni bagimu sendiri, bagi budakmu laki-laki, bagi budakmu perempuan, bagi orang upahan dan bagi orang asing di antaramu, yang semuanya tinggal padamu. (Im 25:6) Selanjutnya engkau harus menghitung tujuh tahun sabat, yakni tujuh kali tujuh tahun; sehingga masa tujuh tahun sabat itu sama dengan empat puluh sembilan tahun (Im 25:8) Selama ketandusannya tanah itu akan menjalani sabat yang belum dijalaninya pada tiap-tiap tahun sabatmu, ketika kamu masih diam di situ. (Im 26:35)

  1. Istirahat yang panjang:

Pada zaman akhir perjanjian lama, kerajaan utara dan selatan telah dibinasakan, bangsa telah ditawan ke negara asing. Perkataan ini turut digunakan untuk menggambarkan pemandangan tanah yang tandus buat jangka masa yang panjang tanpa orang bercucuk tanam. Contohnya:

“Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: Apabila kamu telah masuk ke negeri yang akan Kuberikan kepadamu, maka tanah itu harus mendapat perhentian sebagai sabat bagi Tuhan. (Im 25:2)

Tetapi pada tahun yang ketujuh haruslah ada bagi tanah itu suatu sabat bagi Tuhan. Ladangmu janganlah kautaburi dan kebun anggurmu janganlah kaurantingi. (Im 25:4)

Pada waktu itulah tanah itu pulih dari dilalaikannya tahun-tahun sabatnya selama tanah itu tandus dan selama kamu tinggal di negeri musuh-musuhmu; pada waktu itulah tanah itu akan menjalani sabatnya dan dipulihkan tahun-tahun sabat yang belum didapatinya. (Im 26:34)

Jadi tanah itu akan ditinggalkan mereka dan akan pulih dari akibat tahun-tahun sabat yang dilalaikan selama tanah itu tandus, oleh kerana ditinggalkan mereka, dan mereka akan membayar pulih kesalahan mereka, tak lain dan tak bukan kerana mereka menolak peraturan-Ku dan hati mereka muak mendengarkan ketetapan-Ku. (Im 26:43)

Dengan demikian genaplah firman Tuhan yang diucapkan Yeremia, sampai tanah itu pulih dari akibat dilalaikannya tahun-tahun sabatnya, kerana tanah itu tandus selama menjalani sabat, hingga genaplah tujuh puluh tahun. (2 Taw 36:21)

Istilah-istilah yang mempunyai kaitan dengan ini adalah:

1. mishabattim: daripada sabath, bermaksud Sabat

2. shabua: menurut kamus Ibrani-Inggeris Gesenius bermaksud [2]:

A. Tujuh

B. Perkataan ‘tujuh’ dalam zaman awal orang Ibrani:

(a) Ia adalah satu nombor sempurna yang lebih kecil (sama seperti ‘sepuluh’ pada hari ini, atau ‘satu dozen’ bagi orang British).

(b) Sebagai angka kudus.

Apabila diungkitkan ‘tujuh hari’ dalam perjanjian lama, istilah ini sering digunakan. Oleh itu, ‘tujuh hari’ dan ‘satu Sabat’ kadang-kadang digunakan secara bersilih ganti.

[1] Penjelasan bagi shabath dalam Gesenius’ Hebrew-English Lexicon to O.T. adalah:

      (1) sabbath, the seventh day of the week, every sabbath, the sabbath year, every seventh year, in which the land was not till.

(2) perhaps a week.

Maksud kata kerjanya ‘shebeth’ adalah:

     (1) to rest, to keep as a day of rest. The primary idea appears to be that of to sit down, to sit still. It is used for men (opp. to labour); of land which is not tilled.

    (2)  to cease, to desist, leave off, absol. to cease to be, to have an end.

    (3)  to celebrate the sabbath.

Niphal, to have an end.

Hiphal,

    (1) to cease to rest, or to cause a work to cease, i.e. to interrupt, to make an enemy to rest, i.e. to restrain, to still.

   (2)   to cause to cease ─

       (a) any person.

       (b) any thing. i.e. to put an end to.

   (3) to remove, to take away.

[2] Istilah bahasa Ibrani ‘shabua’ dalam kamus tersebut bermaksud:

SEVEN. Farther, a septenary number was used amongst the Hebrews

(1) as a smaller round number (as in modern languages ten [Eng. a dozen]), [This appears, in most of these instances, to be the exact number.]

(2) as a holy number.

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.1 – Penggunaan Istilah Dalam Pelbagai Bahasa)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.1 – Penggunaan Istilah Dalam Pelbagai Bahasa)

3.1.1 Bahasa Babel

Istilah ‘hari Sabat’ yang terawal dalam sejarah muncul di Babel. Sebelum orang Babel memiliki kalendar, mereka sering mengira satu bulan sebagai empat Sabat dan menetapkan hari Sabat berdasarkan fasa bulan. Kemudiannya, barulah kedua-duanya dipisahkan. Selepas itu, wujud perkataan ‘Shabattum’ (atau ‘Shapattum’), bermaksud hari istirahat bagi fikiran/hati ataupun jiwa [um nuh libbi, day of rest of the heart, day of the appeasement of the mind, day when the heart [of the gods] is propitiated]. Ia adalah satu hari rehat/ cuti. Dalam Enuma Elish, suatu mazmur kuno Babel, ‘shabattum’ disebut sebagai bulan penuh. Kata kerjanya ‘shapatu’ bermaksud sempurna dan puas. Ia mempunyai maksud yang hampir sama dengan istirahat Tuhan selepas menyempurnakan kerja penciptaan-Nya pada hari Sabat dalam Kej 2:1-3.[1] Konsep ini telah menjadi umum di sekitar kawasan dalam empayar Babel pada ketika itu: Babel, Syria, Asyur, Palestin dan tempat-tempat lain.

3.1.2 Bahasa Ibrani

Bahasa Ibrani adalah daripada satu sistem bahasa yang sama dengan bahasa Kasdim dari Kasdim, Babel [tempat asal Abraham] dan bahasa Aram dari Padan-Aram [tempat Nahor, adik Abraham]. Perkataan ‘hari Sabat’ bahasa Ibrani adalah hampir serupa dengan bahasa Babel. Sila rujuk 3.2 untuk keterangan lanjut.

3.1.3 Bahasa Mesir

Terdapat juga perkataan dalam tulisan lambang (hiroglif) Mesir kuno yang hampir serupa dengan perkataan Ibrani: sabattu atau sabattum. Perkataan ini juga bermaksud istirahat, ataupun ‘hari istirahat/ketenangan bagi jiwa’. Setiap orang perlu berjaga-jaga dalam melakukan perkara pada hari itu dan tidak membangkitkan murka Tuhan. Melalui penerangan di atas, dapat dilihat bahawa banyak suku bangsa pada zaman dahulu kala mempunyai kebiasaan memegang hari Sabat dan istirahat bagi tubuh dan jiwa[2]. Daripada sini juga dapat dibuktikan bahawa keturunan Nuh memegang hari Sabat menurut kehendak Tuhan lebih awal daripada orang Ibrani.

3.1.4 Bahasa lain

Kita juga boleh mendapati perkataan yang menyerupai perkataan ‘Sabbath’ dalam bahasa pelbagai bangsa dalam dunia ini. Sebagai contoh:

  1. Orang Hawaii purbakala juga mempunyai ‘tabu day’ iaitu tidak boleh menyalakan api, memasang lampu, belayar dan sebagainya[3].
  2. Orang Armenia menyebut hari Sabtu dalam kalendar mereka sebagai ‘Sabath’.
  3. Orang Arab dalam negara Islam menyebut hari Sabtu sebagai ‘As-sabt’.
  4. Orang Yunani menggelar hari Sabtu dalam kalendar mereka sebagai ‘Sabbato’.
  5. Orang Sepanyol menggelar hari Sabtu dalam kalendar mereka sebagai ‘Sabado’.

Fakta-fakta sejarah ini dapat membuktikan bahawa hari Sabat adalah aset yang dimiliki bersama oleh segenap umat manusia dan ia bukanlah hak milik tunggal bagi orang Ibrani.

[1] Rujuk nota Bab 2.1.

[2] Sila rujuk nota kedua Bab 2.1 bagi maklumat tentang orang Mesir kuno dan orang Hawaii; atau kategori Sabbath-origin dalam Encyclopedia Britannica.

[3] 96 Rujuk Hutton Webster: Rest Day, 1911.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 ( 2.6.3 – Mengimbas Kembali)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 ( 2.6.3 – Mengimbas Kembali)

2.6.3  Mengimbas Kembali

Daripada fakta-fakta sejarah tersebut boleh diketahui bahawa firman kebenaran Hari Sabat telah menjadi hilang secara beransur-ansur bersama dengan firman kebenaran yang lain pada akhir zaman rasul-rasul. Kehilangan firman kebenaran telah menimbulkan zaman kegelapan dan seterusnya Zaman Pembaharuan (Renaissance), reformasi agama, perkembangan kemahiran pencetakan dan penyebaran Alkitab secara meluas, dan sesetengah firman kebenaran yang hilang muncul kembali:

Untitled1

Di bawah pimpinan Roh Kudus Tuhan, siri gerakan yang menentang kepalsuan dan kembali kepada kebenaran ini telah mara ke arah ‘injil yang sempurna’. Pada masa yang sama, boleh didapati bahawa ini merupakan suatu kerja suci yang sukar lagi memakan masa panjang, dan nampaknya sudah dekat kepada tahap penghabisan. Seperti yang dilihat Yohanes dalam Wahyu bahawa gereja seperti pengantin perempuan yang berdandan menantikan kedatangan suaminya (Why 12:2).

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.6.2 – Keadaan Semasa dan Cara Pemegangan)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.6.2 – Keadaan Semasa dan Cara Pemegangan)

2.6.2   Keadaan semasa dan cara pemegangan

Kini banyak gereja Kristian dalam dunia yang telah mendapati firman pemegangan Hari Sabat. Namun, cara mereka memegangnya tetap berbeza di antara satu sama lain. Ada yang memegang hari ini dengan cara bebas. Ada yang masih menuruti firman Perjanjian Lama dan memegang semua ketetapan serta perayaan Perjanjian Lama.

Sungguhpun agama lama iaitu Gereja Kristian Etiopia yang ditubuhkan pada zaman awal telah menjadi duniawi, namun mereka tetap mendakwa bahawa sejak awal lagi gereja memegang Hari Sabat, bahkan tetap memegangnya hingga kini [1]. Gereja Tuhan (Church of God), Seventh Day Baptist Church pada abad ke-17, Seventh Day Adventist Church pada abad ke-19, dan banyak gereja aliran denominasi Pentakosta yang hanya muncul pada abad yang sebelum ini, semuanya memegang Hari Sabat dan bukannya Hari Ahad. Mengikut penyelidikan, bilangan aliran agama Kristian yang memegang Hari Sabat pada hari ini sudah melebihi lima ratus [2].

Dengan menggunakan Seventh Day Adventist Church sebagai contoh, dibentangkan cara pemegangan mereka secara ringkas berikut [3]:

1. Hari Jumaat (Hari Persiapan):

A. Harus memasak dan menyediakan makanan untuk hari Sabat

B. Mandi, mengurus rambut dan muka.

2.    Hari Sabat:

A. Menggunakan waktu yang paling singkat dan tenaga yang kurang untuk memasak. Makanan dan minuman perlu lebih ringkas.

B. Tidak boleh bekerja:

     a.     Tidak boleh mencari rezeki – diri sendiri ataupun anak-anak, bahkan berbincang atau merancang pun tidak dibenarkan.

     b.     Tidak boleh mengupah orang suruhan untuk membasuh baju dan melakukan kerja rumah.

     c.     Tidak boleh membaca, termasuklah bahan bacaan gereja, surat khabar, juga tidak boleh mendengar radio.

*        Penghantar surat khabar hanya akan menghantar surat khabar untuk Hari Sabat pada hari yang seterusnya.

     d.     Rawatan biasa serta pembedahan yang boleh ditunda patut ditundakan.

C.  Harus menampilkan semangat pelayanan, boleh melayani yang sakit.

D. Sebaik-baiknya setiap orang mempunyai sepasang baju yang khasnya dipakai pada Hari Sabat.

E. Elakkan daripada meluputkan diri pada Hari Sabat.

Gereja kita dan banyak gereja yang lain menganggap bahawa Hari Sabat ialah hari menikmati berkat daripada Tuhan. Bukan sahaja harus meletakkan segala tugasan dan urusan, menenangkan fikiran dan menikmati istirahat jiwa dan jasmani dalam Tuhan, tetapi juga harus menggunakan waktu Hari Sabat secara positif untuk menginjil secara berkumpulan, menyembuhkan penyakit, mengusir roh jahat, menjalankan lawatan dan sebagainya. (Untuk ulasan terperinci, rujuk Bab 7)

[1] Kis 8:26-39 Sida-sida Etiopia nampaknya belum dapat menyebarkan kebenaran secara meluas. Hingga tahun 450 Selepas Masihi barulah ada agama Kristian yang disebar masuk semula. Mereka tetap memegang Hari Sabat hingga kini. Ada di antara mereka yang percaya bahawa Anak Tuhan akan turun ke bumi setiap Hari Sabat dan kembali semula ke syurga selepas itu.

[2]Ruj: Directory of Sabbath-Observing Groups,oleh The Bible Sabbath Association

[3] Ruj: 王震輝 (Wang Zhen Hui) –‘Memegang Hari Sabat’.

Dibentangkan di sini cara pemegangan Hari Sabat Orang Yahudi sebagai rujukan. Sungguhpun cara pemegangan setiap individu berbeza bergantung kepada tahap kesalehannya, namun ia secara amnya seperti berikut:

1. Hari Persiapan (Hari Jumaat):

     A. Mereka yang keluar dari rumah harus berkejar kembali ke rumah sebelum matahari terbenam.

     B. Suri rumahtangga perlu memasak makanan untuk Hari Sabat.

     C. Gembala harus memberi makan kepada ternakannya sehingga kenyang dan menghalau ternakannya kembali ke dalam kandang.

2. Masuk Hari Sabat sebaik saja matahari terbenam

  A.   Tidak boleh menyalakan lampu. Semua ahli keluarga harus berkumpul untuk berbual-bual, berkomunikasi dan bertukar pendapat dalam gelap.

      B.   Atau mengadakan kebaktian keluarga dan doa di bawah pimpinan ketua rumah

      C.   Tidur awal

3. Pagi Hari Sabat:

     A. Makan sarapan pagi tanpa memanaskan makanan.

     B. Berjalan kaki ke rumah ibadat dengan berpakaian segak dan dipimpin ibu bapa.

      * Tidak boleh memandu kerana apabila enjin kereta dihidupkan, ia akan menghasilkan bunga api dan ini bertentangan dengan ketetapan Hari Sabat berkenaan tidak boleh memasang api.

     C. Sekiranya perlu boleh meminta suri rumah untuk menjaga rumah.

4. Di rumah ibadat:

     A. Kaum lelaki berada di dewan / aula utama tingkat bawah manakala kaum perempuan dan kanak-kanak berada di tingkat atas.

     B. Beribadah – Dari kira-kira 9 am hingga 11am.

      – Membaca kitab: mengikut kemajuan yang ditentukan, terbahagi kepada Lima Kitab Musa dan buku-buku nabi.

      – Menyanyi kidung

      – Berdoa

      – Menyampaikan khutbah

5. Tengah hari

    A. Pulang ke rumah untuk makan tengah hari, biasanya lauk campur yang disebut Hamim

    B. Tidur tengah hari

6. Petang

    A. Ibu bapa mengajar anak-anak membaca Talmud

   B. Membincangkan Alkitab
   C. Mengajar anak-anak membuat kerja sekolah
   D. Melawat kawan-kawan atau berkelah

7. Tiga puluh minit selepas matahari terbenam menandakan tamatnya Hari Sabat.
    A. Ketua keluarga memimpin doa kesyukuran
    B. Menyalakan lampu
    C. Menikmati makanan malam yang berkelimpahan

Banyak rumah ibadat yang mengadakan banyak sesi kebaktian pada malam Jumaat dan seluruh Hari Sabat. Ada yang lebih panjang waktunya dan ada juga yang lebih pendek. Kebaktian yang utama ialah pada sebelah pagi Hari Sabat, namun kebaktian lain juga patut disertai.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.6.1 – Penekanan Terhadap Firman Kebenaran)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.6.1 – Penekanan Terhadap Firman Kebenaran)

2.6.1 Penekanan terhadap Firman Kebenaran

Pada zaman kegelapan, Gereja Ortodoks mendominasi agama Kristian dan menganggap pemegang Hari Sabat sebagai pengikut ajaran sesat serta menganiayai mereka. Hari Sabat terpaksa diharamkan. Syukur, akhirnya muncul terang dalam kegelapan itu. Dari satu segi, disebabkan Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan skop pengetahuan yang bertambah luas, dari segi yang lain pula disebabkan perkembangan teknologi pencetakan, Alkitab diterjemahkan dan dicetak secara meluas, maka ini membolehkan kebanyakan pemercaya secara perlahan-lahan sedar akan kebenaran Alkitab. Timbul juga pandangan yang berbeza terhadap peraturan yang tidak bersesuaian dengan Alkitab yang ditetapkan pihak gereja. Kesannya, pemercaya yang tetap memegang Hari Sabat seperti yang tersebut bangkit semula. Pemercaya lain yang membaca Alkitab dan yang saleh juga beransur-ansur mengenali kebenaran memegang Hari Sabat:

1384        Wicliff di England membelakangi ketetapan pihak gereja yang hanya membenarkan penggunaan Alkitab Bahasa Latin dan menterjemahkan Alkitab ke dalam Bahasa Inggeris serta menyeru pemercaya biasa supaya membaca Alkitab. Kesannya, Alkitab Bahasa Inggeris tersebar luas dan banyak orang mula membaca Alkitab dengan tekun. Tindakan ini menjadi titik perubahan yang ketara bagi pemulihan kebenaran yang telah hilang. Sayang sekali, oleh sebab inilah dia telah dihukum mati.

1450     Gutenberg mencipta teknik pencetakan di Eropah. Buat pertama kalinya Alkitab dicetak secara besar-besaran. Sejak itu, setiap orang mampu membeli Alkitab yang murah harganya.

1517     Martin Luther memulakan Reformasi Agama serta mengasaskan Aliran Lutheran agama Protestan. Dia menganotasi Alkitab, dan mendorong pemercaya biasa untuk mengkaji dan membaca Alkitab. Kesannya, banyak pemercaya yang giat membaca dan mengkaji Alkitab. Dalam pengkajian itu, ramai yang terkejut oleh banyak peraturan gereja yang bertentangan dengan ajaran Alkitab. Tidak kurang kebenaran yang telah diubah oleh pemimpin gereja zaman yang lalu. Ini menimbulkan pembetulan yang meluas serta seruan Reformasi Agama. Keadaan ini menggemparkan dunia Kristian pada masa itu. Agama yang lama hampir lenyap.

1534     Church of England (Gereja Anglican) melepaskan diri daripada kuasa Roman Catholic. Ini melemahkan kuasa agama lama.

1559     Golongan Puritans di England menitikberatkan penyempurnaan rohani. Mereka menganjurkan bahawa harus berlaku berdasarkan Alkitab. Akibatnya, mereka melepaskan diri daripada Gereja Anglican. Mereka mengenalpasti bahawa umat Kristian harus mempercayai dan memegang kesepuluh Firman, termasuk Firman yang keempat.

1595     Nicholas Bound (?-1613) mengarang ‘True Doctrine of the Sabbath’ dan menganjurkan supaya Hari Sabat dipulihkan.

1598     Raja Perancis, Henry IV menurunkan Pengisytiharan Nantes (Edict of Nantes), sejak itu, mazhab agama yang dianiayai boleh mengadakan gerakan secara terbuka, pemegang Hari Sabat juga mendapat kelepasan dan boleh memegang Hari Sabat secara terbuka.

1644    Stephen Mumford dan lain-lain mengasaskan Gereja Tuhan (Church of God (7th day)), dan memberitakan Hari Sabat.

1631 Pemercaya Puritan England, Theophilus Branourne(1590-1661)menyarankan Hari Sabat.

1665     Banyak tempat di Eropah, khasnya tidak kurang gereja di Holland yang memulihkan pembaptisan perendaman penuh (Total Immersion). Segolongan pemercaya London mendapati sewaktu mengkaji Alkitab bahawa memegang Sabat dan menjalankan pembaptisan perendaman penuh bersesuaian dengan ajaran Alkitab

1671     Seventh Day Baptist Church diasaskan dan menyebarkan pemegangan Hari Sabat dan pelaksanaan pembaptisan perendaman penuh.

1689     Melalui Akta Toleransi (Toleration Act), Parlimen England melonggarkan batasan agama dan membenarkan agama lain yang berbeza pandangannya dengan agama rasmi untuk mengadakan gerakan secara bebas.

1804     Gereja Anglican yang pertama ditubuhkan di London dan mula mempunyai organisasi dan rancangan untuk meluaskan Alkitab.

1829     Church of Christ ditubuhkan, ia menyarankan pemegangan Hari Sabat, percaya kepada Allah tunggal serta pembaptisan oleh air dan Roh.

1831     William Miller membangkitkan gerakan Adventist dan menjadi pengasas aliran Adventist.

1845     Gereja Seventh Day Adventist ditubuhkan, ia menekankan ajaran Alkitab tentang pemegangan Hari Sabat.

1846    Frederick Wheeler melancarkan ‘Hari Sabat pada hari ketujuh – tanda yang selama-lamanya.’

1900    Pada tahun baru, di Topeka, Kansas, Amerika, guru-guru dan murid-murid Bethel Bible School yang dipimpin C.F. Parham, penginjil Holiness Church menerima Roh Kudus sewaktu berdoa dengan giat. Mereka berkata-kata dalam bahasa roh dan memulakan Gerakan Pentakosta (Pentecostal Movement). Tidak kurang gereja dalam sistem gereja Pentakosta yang mendapati firman pemegangan Hari Sabat dalam pembacaan Alkitab dan di bawah ilham Roh Kudus lalu berubah dan memegang Hari Sabat. Contohnya, Seventh Day Pentecostal Church of The Living God menekankan pemegangan Hari Sabat, percaya kepada Allah tunggal, menjalankan pembaptisan perendaman penuh dalam nama Tuhan Yesus, dan menjadikan berkata-kata dalam bahasa roh sebagai bukti penerimaan Roh Kudus.

1918     Gereja Yesus Benar ditubuhkan di Beijing. Ia menyarankan pemegangan firman yang sempurna dalam Alkitab, antaranya termasuklah konsep ketuhanan esa, pembaptisan perendaman penuh, pemegangan Hari Sabat, pelaksanaan Sakramen Pembasuhan Kaki dan berkata-kata dalam bahasa Roh apabila menerima Roh Kudus.

Hingga waktu itu, firman kebenaran penting dalam Alkitab yang telah hilang itu beransur-ansur dicungkil dan dipulihkan. Kebenaran Hari Sabat juga difahami secara meluas, diberitakan secara terbuka dan dinikmati oleh lebih banyak orang.