Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.2 Adakah hari pertama dalam seminggu merupakan hari Tuhan?)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.2 Adakah hari pertama dalam seminggu merupakan hari Tuhan?)

6.2    Adakah hari pertama dalam seminggu merupakan hari Tuhan?

Bagaimanakah sebenarnya Alkitab menggelar hari Sabat? Chinese Union Version menggunakan “hari pertama dalam seminggu” (untuk maklumat lanjut, sila rujuk 3.4). Bahasa Inggeris dalam KJV、NASV、NIV          dan lain-lain kebanyakannya menggunakan ” first {day} of the week “.            Manakala dalam bahasa asal Yunani sering digunakan : μια τον σαββατον atau πρωτη σαββτον maksud asal kedua-duanya adalah “Sabat hari-satu”, dan bukanlah “hari Tuhan”. Kesimpulannya, di samping catatan Alkitab berkenaan Tuhan berfirman bahawa Dia adalah Tuhan atas hari Sabat, Alkitab juga menggunakan istilah sabat hari-satu sebagai hari Ahad. Ini juga jelas membuktikan bahawa hari Ahad tidak mungkin merupakan hari Tuhan.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.1 – Why 1:10 Yohanes Menyebut Tentang Hari Tuhan?)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.1 – Why 1:10 Yohanes Menyebut Tentang Hari Tuhan?)

Bab 6 

Haruskah Kita Memegang Hari Tuhan?  

Perkataan “Hari Tuhan” merupakan istilah yang sering digunakan oleh kebanyakan Kristian. Tetapi apakah sebenarnya hari Tuhan? Lazimnya, hari Tuhan ditujukan kepada “hari kepunyaan Tuhan”; manakala ‘Tuhan’ ditujukan kepada ‘Tuhan Yesus Kristus’. Dengan itu, hari Tuhan merupakan hari yang dipimpin dan dikendalikan oleh Yesus Kristus. Hari manakah yang dipimpin oleh Tuhan? Berkenaan dengan hal ini, Kristian yang taat setia kepada Yesus Kristus haruslah mencari jawapan dari Alkitab.

Jelas sekali terdapat catatan di dalam Alkitab yang mengatakan bahawa Tuhan Yesus merupakan Tuhan atas hari Sabat: Kerana Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat (Mat12:8). Sekiranya tafsiran dibuat menurut Alkitab, maka “hari Tuhan” sepatutnya merupakan “hari Sabat”, dan bukannya “hari Ahad” atau “hari minggu”. Akan tetapi terdapat ramai yang mengatakan bahawa hari Tuhan yang dicatatkan di dalam Alkitab adalah hari Ahad, oleh itu Kristian patut memegang hari Ahad. Mengapakah mereka berkata demikian? Apakah ayat-ayat Alkitab ini mengajar kita untuk memegang hari Ahad? Marilah kita menyelidiki perkara ini satu persatu:

6.1    Why 1:10 Yohanes menyebut tentang hari Tuhan?

Pada hari Tuhan aku dikuasai oleh Roh dan aku mendengar dari belakangku suatu suara yang nyaring, seperti bunyi sangkakala, katanya: (Why 1:10)

Maksud asal ayat ini memperkatakan bahawa Yohanes mendapati dirinya berada pada hari Tuhan dalam penglihatan alam rohaniah (untuk maklumat lanjut, sila rujuk 3.4). Dari sini didapati bahawa:

 

  1. Yohanes sedang menggambarkan apa yang dilihat dan didengar dalam “penglihatannya di dalam alam rohaniah” (εγενομην). Dan bukannya peristiwa yang terjadi pada hari praktik, lebih-lebih lagi bukannya peristiwa yang berlaku di pulau Patmos pada hari Ahad. Seterusnya di dalam ayat ketujuh mencatatkan bahawa Tuhan datang dengan awan-awan, oleh itu catatan ini sepatutnya mencatatkan tentang peristiwa pada hari Kiamat. Di samping itu, konteks awal dan akhirnya ayat ini juga menunjukkan bahawa hari tersebut adalah hari Kiamat dan bukannya hari Ahad.
  2. Bahasa asal “hari Tuhan” ayat ini terdiri daripada κυριακη ημερα dua perkataan, manakala hari Tuhan yang biasa digunakan adalah menggunakan kuriakh satu perkataan, oleh itu kedua-duanya adalah berbeza.

            Dengan kata yang lain, “hari Tuhan” yang digunakan sekarang (κυριακη) tidak pernah ditemui di dalam Alkitab. Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya tidak pernah menggunakan perkataan ini. Ia bukanlah berasal dari Alkitab ataupun dari zaman rasul-rasul, tetapi merupakan hasil daripada gereja yang telah berubah kualiti. Daripada karya agama Kristian pada zaman permulaan juga boleh didapati bahawa perkataan ini hanya digunakan pada abad kedua Masihi, iaitu perkara yang berlaku kira-kira 100 tahun selepas rasul-rasul meninggal dunia. Nampaknya hari Tuhan yang dikatakan ayat ini bukanlah hari Ahad. Oleh itu, kita juga tidak boleh berkata bahawa kita harus memegang hari Ahad menurut ayat ini.

Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.6 &  5.7)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.6 & 5.7)

5.6 Catatan mengenai Hari Pertama dalam seminggu

Di dalam Kis20:7; 1 Kor16:1; Why 1:10 dan sebagainya mencatatkan tentang “hari pertama dalam seminggu” dan “hari Tuhan” yang berkaitan dengan para rasul. Maklumat terperinci mengenai bahagian ini boleh dirujuk daripada 3.3; ianya tidak diulas di sini.

5.7 Tinjauan keseluruhan

Secara keseluruhannya, daripada ayat-ayat Kitab Perjanjian Baru di atas, kita mendapati bahawa:

  1. Di dalam seluruh Perjanjian Baru, tiada suatu catatan pun yang mencatatkan bahawa para rasul memegang hari Ahad, sebaliknya terdapat banyak catatan bahawa mereka memegang hari Sabtu “seperti biasa”, tidak kira sasaran penginjilan adalah orang Yahudi atau bangsa lain, tidak kira lokasinya di tanah Yudea atau di tanah bangsa lain.
  2. Semasa mereka membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian di dalam kehidupan pemercaya dan pengecualian kebiasaan orang Yahudi, ianya juga tidak pernah menyentuh tentang mengubah hari pertemuan ibadah mingguan. Sebaliknya mereka menegaskan kepentingan untuk mengadakan pertemuan ibadah pada hari Sabat.
  3. Mereka berada di tempat bangsa lain, tempat yang tidak dipengaruhi oleh orang Yahudi, tetapi mereka tetap memegang hari Sabat di dalam rumah ibadat atau tempat-tempat lain yang bersesuaian untuk mengadakan pertemuan sama seperti waktu mereka berada di kampung halaman, berbicara dan mendengar khutbah pada hari Sabat.
  4. Kira-kira pada tahun 67 sebelum Masihi, Mithraism (agama penyembahan matahari) dari Persia dan Mesir telah disebar masuk ke dalam kerajaan Roma. Oleh itu pada Zaman Perjanjian Baru, di mana-mana sahaja dapat dilihat orang-orang Roma menyembah kepada matahari pada hari Ahad. Namun para rasul dan Kristian tidak dipengaruhi walaupun dikelilingi keadaan ini dan tetap memegang hari Sabat, nampaknya pemegangan hari Sabat telah menjadi sistem yang tetap dalam jemaat rasul-rasul.

 

Daripada ini, kita boleh mendapat kepastian bahawa para rasul tidak mengubah atau melepaskan hari Sabat, dan tidak mengasaskan mana-mana pertemuan hari matahari. Maka, kita yang setiap hari membaca Kisah Para Rasul dan surat-surat mereka, haruslah meneladani kelakuan dan isi kandungan Alkitab yang dibaca serta memegang hari Sabat.

Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.5 – Pertemuan Diadakan di Korintus Pada Setiap Hari Sabat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.5 – Pertemuan Diadakan di Korintus Pada Setiap Hari Sabat)

5.5    Pertemuan diadakan di Korintus pada setiap hari Sabat

1. Ayat Alkitab: Kis 18:1-4

1 Kemudian Paulus meninggalkan Atena, lalu pergi ke Korintus. 2 Di Korintus ia berjumpa dengan seorang Yahudi bernama Akwila, yang berasal dari Pontus. 3 Dan kerana mereka melakukan pekerjaan yang sama, iaitu sebagai tukang khemah, oleh itu Paulus tinggal dan bekerja bersama-sama dengan mereka. 4 Dan setiap hari Sabat Paulus berbicara di rumah ibadat dan berusaha meyakinkan orang-orang Yahudi dan orang-orang Yunani.

2. Tarikh Kejadian: Kira-kira pada 51 Masihi, pada peringkat awal Paulus menggembala di Korintus (11)

3. Lokasi Kejadian: Kota Korintus (1)

4. Proses Kejadian:

(A) Paulus meninggalkan Atena dan memberitakan Injil di Korintus (1)

(B) Hidup bersama dengan Akwila sebagai tukang khemah (2-3)

(C)Dalam tempoh tersebut, setiap hari Sabat berbicara di dalam rumah ibadat (mungkin bukan rumah ibadat orang Yahudi) kepada orang-orang Yahudi dan bangsa-bangsa lain (4)

5. Renungan

(A) Di sini juga mencatatkan bahawa Paulus mengadakan kebaktian, berbicara dan meyakinkan orang pada “setiap hari Sabat”. Sehingga kini didapati tiada catatan tentang pertemuan pada hari Ahad.

(B) Tempat ini merupakan kota Yunani yang jauh dari tanah Yudea, maka pengaruh orang Yahudi adalah sangat lemah, kelihatannya memegang hari Sabat bukanlah disebabkan oleh orang Yahudi.

(C) Kedua-dua catatan di atas menyentuh kebiasaan Paulus sendiri dan orang-orang lain, nampaknya pada masa itu, agama Kristian telah memegang hari Sabat secara tetap dan kukuh.

Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.4 – Memegang Hari Sabat di Tesalonika)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.4 – Memegang Hari Sabat di Tesalonika)

5.4    Memegang hari Sabat di Tesalonika

1. Ayat Alkitab: Kis 17:1-4

1 Paulus dan Silas mengambil jalan melalui Amfipolis dan Apolonia dan tiba di Tesalonika. Di situ terdapat sebuah rumah ibadat orang Yahudi. 2 Seperti biasa, Paulus masuk ke rumah ibadat itu. Tiga hari Sabat berturut-turut ia membicarakan dengan mereka bagian-bagian dari Kitab Suci. 3 Ia menerangkan kepada mereka, bahawa Mesias harus menderita dan bangkit dari kematian, lalu ia berkata: “Inilah Mesias, yaitu Yesus, yang kuberitakan kepadamu.” 4 Beberapa orang dari mereka menjadi yakin lalu menuruti Paulus dan Silas, termasuk sejumlah besar orang Yunani yang takut kepada Allah, dan tidak sedikit perempuan-perempuan terkemuka.

2. Tarikh Kejadian: Kira-kira pada 50 Masihi, tidak lama selepas peristiwa lepas.

3. Lokasi Kejadian: Rumah ibadat orang Yahudi di Tesalonika (1)

4. Proses Kejadian:

(A) Paulus “seperti biasa” masuk ke rumah ibadat itu tiga hari Sabat berturut-turut (2-3)

(B) Tidak sedikit orang Yahudi, bangsa lain dan perempuan-perempuan terkemuka kembali kepada Tuhan (4)

(C) Dianiaya oleh orang Yahudi (5)

5. Renungan:

(A) Tempat ini juga termasuk kawasan Eropah, iaitu tempat yang hampir-hampir tiada pengaruh adat orang Yahudi.

(B) Waktu itu adalah 20 tahun setelah Tuhan disalibkan, tidak sedikit jemaat bangsa-bangsa lain telah didirikan, malah telahpun beroperasi dengan baik. Namun demikian, “seperti biasa (kebiasaan)” yang dilakukan oleh Paulus ini tetap adalah memegang hari Sabat; Tidak kira berada di kalangan orang Yahudi ataupun bangsa-bangsa lain, keadaan ini tidak pernah berubah.

Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.3 – Memegang Hari Sabat di Tepi Sungai Filipi)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.3 – Memegang Hari Sabat di Tepi Sungai Filipi)

5.3    Memegang hari Sabat di tepi sungai Filipi

1. Ayat Alkitab: Kis 16:12-15

12 dari situ kami ke Filipi, kota pertama di bagian Makedonia ini, suatu kota perantauan orang Roma. Di kota itu kami tinggal beberapa hari. 13 Pada hari Sabat kami ke luar pintu gerbang kota. Kami menyusur tepi sungai dan menemukan tempat sembahyang Yahudi, yang sudah kami duga ada di situ; setelah masuk, kami berbicara kepada perempuan-perempuan yang ada berkumpul di situ. 14 Seorang dari perempuan-perempuan itu yang bernama Lidia turut mendengarkan. Ia seorang penjual kain ungu dari kota Tiatira, yang beribadah kepada Allah. Tuhan membuka hatinya, sehingga ia memperhatikan apa yang dikatakan oleh Paulus. 15Sesudah ia dibaptis bersama-sama dengan seisi rumahnya, ia mengajak kami, katanya: ”jika kamu berpendapat, bahawa aku sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan (atau diterjemahkan: sekiranya kamu berpendapat, bahawa aku setia melayani Tuhan), marilah menumpang di rumahku.” Ia mendesak sampai kami menerimanya.

2. Tarikh Kejadian: Kira-kira pada 50 Masihi, dalam perjalanan Paulus keluar menginjil pada kali keduanya.

3. Lokasi Kejadian: di luar kota, tepi sungai Filipi di Makedonia (13)

4. Proses Kejadian:

(A) ke tepi sungai, di luar kota pada hari Sabat (13)

(B) Duduk di tempat itu, lalu berbicara kepada perempuan-perempuan (13)

(C) Lidia dibaptis (14-15)

5. Renungan:

(A) Pada masa itu, tempat tersebut merupakan negara Eropah, iaitu setelah 20 tahun Tuhan disalibkan.

(B) Dari catatan ini, didapati bahawa para rasul tetap memegang hari Sabat walaupun tidak masuk ke dalam rumah ibadat orang Yahudi. Mereka tetap memegang hari Sabat seperti kebiasaanya walaupun berada di tempat bangsa-bangsa lain, di kalangan bangsa lain dan di kalangan orang yang belum percaya kepada Tuhan. Dimana mereka tidak bertukar kepada memegang hari Ahad kerana berada di tempat bangsa lain dan berhadapan dengan bangsa lain.

(C) Pada masa itu, bilangan rasul mula berkurang, dasar gereja telahpun menjadi kukuh, tetapi mereka tetap memegang hari Sabat sebagai hari yang kudus dan berkebaktian pada hari tersebut menurut kebiasaan mereka.