Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.13 – Mengimbas Kembali)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.13 – Mengimbas Kembali)

Dengan menyimpulkan dua belas perbincangan di atas, kita sepatutnya telah memahami bahawa sesungguhnya tidak dapat dicari sebarang alasan dari Alkitab mengenai Kristian patut memegang hari Ahad. Sesungguhnya Tuhan dan murid-murid-Nya ada memegang dan menikmati hari Sabat. Oleh itu, kita sebagai murid-murid Kristus haruslah mengikuti jejak langkah Tuhan Yesus untuk memegang dan menikmati hari Sabat.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.12 – Ramai Kristian tidak memegang hari Sabat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.12 – Ramai Kristian tidak memegang hari Sabat)

Daripada contoh dan analisis catatan Alkitab di atas, telah membuktikan bahawa Tuhan tidak pernah menyuruh agar Kristian mengubah pertemuan pada hari Sabat kepada bersembahyang pada hari Tuhan, Ahad. Diri-Nya juga tidak pernah memberikan sebarang penerangan dari segi ini. Jelas sekali, barangsiapa yang menyembah kepada Allah benar di Syurga haruslah memegang hari Sabat, menikmati berkat-Nya dan tidak mengubah hari-Nya. Tidak kurang juga pengkaji Alkitab yang mengatakan dengan jelas bahawa sejak dari permulaan sehingga akhir, Alkitab tidak mencatatkan mengenai perubahan hari Sabat.

Namun mengapakah terdapat ramai Kristian pada hari ini yang memegang hari Ahad, dan jarang sekali kedengaran ada yang memegang hari Sabat?

Ketahuilah bahawa “bilangan yang banyak” tidak semestinya “kebenaran”, malahan kebenaran biasanya ada pada pihak yang bilangannya sedikit. Dengan kata yang lain, bilangan yang sedikit barulah berkemungkinan ada kebenarannya. Oleh itu kebenaran tidak boleh dipertimbangkan menurut “bilangan”.

Di samping itu, sejarah juga membuktikan bahawa orang-orang yang memegang hari Sabat tidak pernah lenyap sejak dua ribu tahun yang lalu (rujuk 2.4-6). Pertubuhan yang memegang hari Sabat di dalam dunia ini sebenarnya tidaklah terlalu sedikit. Menurut kajian Persatuan Sabat Alkitab (The Bible Sabbath Association)[1], kira-kira terdapat 500 persatuan yang memegang hari Sabat, dan gereja-gereja ini membahagi-bahagikan cawangan di merata-rata tempat di dunia ini, dengan itu tentu pemercayanya tidak terhitung banyaknya. Di antaranya, walaupun terdapat persatuan yang terdiri daripada agama Yahudi, namun kebanyakannya terdiri daripada agama Kristian. Bagi gereja kita yang juga merupakan salah satu daripada persatuan menurut laporan tersebut, terdiri daripada bilangan pemercaya sebanyak beberapa juta, sesungguhnya ia bukanlah bilangan yang kecil. Gereja SDA yang diketahui ramai juga merupakan mazhab yang besar, gereja aliran pentakosta juga mempunyai banyak gereja yang memegang hari Sabat.

Kebenaran Alkitab sering menjadi kebenaran yang tersembunyi. Seperti yang dikatakan oleh Tuhan sendiri: Sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi nyatakan kepada orang kecil (Mat 11:25). Oleh itu kebenaran perlu dikaji dengan kerendahan hati, barulah dapat memahaminya dan rela menurutinya. Jika bukan demikian, maka seorang profesor teologi pun tidak akan berdaya untuk memahaminya dan tidak dapat mencari kebenaran.

Lebih-lebih lagi, kebenaran Alkitab memerlukan gerakan, petunjuk dan bimbingan oleh Roh Kudus, sebab Roh sajalah menyelidiki segala sesuatu:

Kerana kepada kita Allah telah menyatakannya oleh Roh, sebab Roh menyelidiki segala sesuatu, bahkan hal-hal yang tersembunyi dalam diri Allah (1 Kor 2:10).

Orang yang memohon Roh Kudus dengan hati yang miskin barulah dapat menerima Roh Kudus (Kis 5:32), dan kemudiannya memahami kebenaran Alkitab.

Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang (Yoh 16:13).

Dengan kata yang lain, kebenaran Alkitab tidak dapat difahami jika tiada pimpinan Roh Kudus, jika demikian, sudah tentu tidak akan sedar dan menuruti hari Sabat yang dicatatkan di dalam Alkitab.

————–

[1] Rujuk The Bible Sabbath Association: Directory of Sabbath-Observing Groups 8th ed.1996.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.11 – Abraham juga tidak memegang hari Sabat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.11 – Abraham juga tidak memegang hari Sabat)

Ada orang yang mengatakan bahawa Abraham – bapa iman pun, tidak memegang hari Sabat dan keturunannya, Ishak dan Yakub juga tidak memegang hari Sabat; namun Allah menganggap mereka sebagai orang benar. Oleh itu kita boleh dibenarkan dan diselamatkan tanpa perlu memegang Sabat. Terdapat dua sebab mereka tidak memegang hari Sabat. Pertama, Zaman Perjanjian Lama belum lagi terbentuk pada masa itu, kedua, kerana Allah tidak menyuruh mereka memegangnya. Namun bagi Kristian pada Zaman Perjanjian Baru, Allah telah menyuruh mereka memegangnya dengan meninggalkan teladan. Oleh itu kita patut taat, meneladani Tuhan dan melakukannya dengan mengikuti jejak langkah Tuhan. Tuhan berkuasa atas kelakuan manusia; sebagai contoh, di atas kayu salib, Tuhan Yesus membenarkan salah seorang daripada penjahat masuk ke dalam Firdaus:

Kata Yesus kepadanya: “ Aku berkata kepadamu, sesungguhnya hari ini juga engkau akan ada bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus” (Luk 23:43).

Akan tetapi penjahat pada zaman sekarang tidak boleh masuk ke dalam Firdaus dengan cara ini. Sama juga, kita tidak boleh berkata kepada Allah supaya menggunakan contoh Abraham, tidak tunduk kepada pengajaran Perjanjian Baru dan ingin masuk ke dalam kerajaan Sorga.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.10 – Yesus adalah orang Yahudi, kita bukanlah orang Yahudi)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.10 – Yesus adalah orang Yahudi, kita bukanlah orang Yahudi)

Sememangnya Tuhan Yesus dilahirkan di dalam keluarga Yahudi. Tubuh jasmani-Nya merupakan keturunan Daud daripada suku kaum Yahudi. Oleh itu tiga tahun pemberitaan-Nya telah digenapkan melalui tubuh jasmani Yahudi-Nya. Bukan hanya memegang hari Sabat, tetapi juga perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Tuhan sendiri seperti menghormati ayah dan ibu, melakukan tanda mukjizat, mengasihi manusia, menyelamatkan manusia… Semuanya dilakukan melalui tubuh jasmani yang dilahirkan menerusi Maria. Sekiranya dikatakan bahawa Dia memegang hari Sabat kerana dia adalah orang Yahudi, maka kita yang bukan orang Yahudi tidak perlu memegangnya. Kalau begitu, apakah kesemua perbuatan dan pemikiran-Nya yang dilakukan oleh tubuh-Nya sendiri tidak perlu diikuti? Pada hakikatnya, kebanyakan bahagian Alkitab muncul dan dicatatkan di dalam masyarakat orang Yahudi! Adakah kesemuanya itu tidak perlu diikuti lagi? Jika benar demikian, bukankah agama Kristian awal-awal lagi perlu melepaskan Alkitab! Perlukah kita meneladani firman dan perbuatan Tuhan Yesus?

Ada juga orang yang beranggapan bahawa Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya adalah orang Yahudi, dan mereka akan diusir keluar dari rumah ibadat dihalau daripada masyarakat tempatan jika mereka tidak memegang hari Sabat, oleh itu mereka terpaksa memegang hari Sabat. Sebenarnya sejak awal lagi pertuturan dan perbuatan Tuhan Yesus telah menghadapi tentangan orang Yahudi, dan diketepikan oleh pihak berkuasa tempatan pada masa itu. Oleh itu mereka tidak lagi menghiraukan sama ada mereka dilepaskan atau diketepikan oleh masyarakat. Tambahan pula, sewaktu murid-murid pergi memberitakan Injil ke kawasan di luar Yahudi, mereka telah pergi jauh daripada kawasan yang dikuasai oleh orang Yahudi; namun mereka tetap memegang hari Sabat seperti biasanya. Nampaknya andaian ini adalah tidak tepat.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.9 – Adakah Gal 4:10-11 mengatakan jangan memegangnya ? )
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.9 – Adakah Gal 4:10-11 mengatakan jangan memegangnya ? )

10 Kamu dengan teliti memelihara hari-hari tertentu, bulan-bulan, masa-masa yang tetap dan tahun-tahun. 11 Aku khuatir kalau-kalau susah payahku untuk kamu telah sia-sia (Gal 4:10-11).

Sini juga membincangkan kelemahan pemercaya bangsa lain. Ini ditujukan kepada pemercaya-pemercaya yang lemah “berbalik lagi kepada roh-roh dunia yang lemah dan miskin dan mau mulai memperhambakan diri lagi kepadanya?” (9). Ayat 10 menyentuh tentang hari-hari, bulan-bulan, masa-masa yang tetap dan tahun-tahun, nampaknya sini membincangkan tentang memelihara hari-hari perayaan dalam perjanjian lama, dan bukannya membincangkan tentang hari Sabat ataupun hari matahari. Sekiranya tidak memelihara sebarang hari, maka hari Ahad pun tidak patut dipegang? Maksud memelihara (parathreiqe) di sini adalah menjaga dengan berhati-hati, ia menggambarkan keadaan yang berlaku semasa memegang perayaan dan peraturan Perjanjian Lama, iaitu keadaan di mana manusia akan menerima padah dengan segera jika berlaku kesilapan.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.8 – Rm 14:1-12 Mencatatkan jangan menghakimi hal berkaitan memegang hari tertentu ? )
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.8 – Rm 14:1-12 Mencatatkan jangan menghakimi hal berkaitan memegang hari tertentu ? )

5 Yang seorang menganggap hari yang satu lebih penting daripada hari yang lain, tetapi yang lain menganggap semua hari sama saja. Hendaklah setiap orang benar-benar yakin dalam hatinya sendiri. 6 Siapa yang berpegang pada suatu hari yang tertentu, ia melakukannya untuk Tuhan. Dan siapa makan, ia melakukannya untuk Tuhan, sebab ia mengucap syukur kepada Allah. Dan siapa tidak makan, ia melakukannya untuk Tuhan, dan ia juga mengucap syukur kepada Allah. (Rm 14:5-6).

Di sini Paulus berkata: Ada orang yang menganggap hari yang satu lebih penting daripada hari yang lain ( ημερεν παρ ημερεν, membandingkan hari [1]. Ada pula yang menganggap semua hari sama saja. Pertama-tama, perhatikan sasaran Paulus dalam perbincangan ini adalah jemaat Roma. Mereka berada di perantaraan antara kebiasaan Roma asal mereka (kebiasaan pemakanan, penyembahan matahari) dengan kebiasaan agama Yahudi (memegang ketetapan dan peraturan Perjanjian Lama). Seterusnya, ia membincangkan keadaan yang istimewa, mengenai bagaimana harus melayani orang yang “lemah imannya”, dan bukan membincangkan mengenai kepercayaan Kristian yang berada dalam keadaan normal. Oleh sebab itu, kita tidak boleh menggunakan perbincangan tentang orang yang lemah imannya sebagai standard untuk membincangkan kepercayaan Kristian yang normal. Ayat 4 mengatakan bahawa bagi orang yang jatuh, kita haruslah berserah kepada Tuhan; jangan bertengkar dengannya, kerana pertengkaran adalah tidak berguna untuknya; sama ada ia berdiri, atau ia jatuh, itu adalah urusan tuannya sendiri:

Siapakah kamu, sehingga kamu menghakimi hamba orang lain? Entahkah ia berdiri, entahkah ia jatuh, itu adalah urusan tuannya sendiri. Tetapi ia akan tetap berdiri, kerana Tuhan berkuasa menjaga dia terus berdiri (Rm 14:4).

Bahasa asal “menganggap” dalam ayat 5 merupakan menghakimi dalam bahasa asal (κρινει). Maksud asalnya adalah terdapat orang yang membandingkan hari-hari. Ini juga berkenaan cara kelakuan orang yang lemah imannya, Kristian yang normal tidak patut berbuat demikian. Pada pandangan Tuhan, hari Sabat berbeza dengan hari-hari lain, melainkan adalah lebih tinggi daripada hari-hari lain. Maka perbuatan membandingkan hari Sabat dengan hari-hari lain adalah membelakangi kehendak Allah; Sekiranya ada yang beranggapan bahawa hari-hari lain adalah lebih tinggi daripada hari yang ditetapkan Tuhan, maka itu lebih-lebih lagi menentang Allah. Dalam ayat 6, tiada perkataan “memegang”, ia hanya membincangkan tentang pandangan khusus seseorang terhadap suatu hari (ϕρονων), ianya belum dipraktikkan. Bahasa asal ”Siapa yang berpegang pada suatu hari yang tertentu, ia melakukannya untuk Tuhan” adalah ο ϕρονων την ημεραν κυριω ϕρονει

Ia sepatutnya menggambarkan bagaimana pandangan hatinya terhadap hari itu, ia merupakan pandangannya sendiri, dan ia tidak menyentuh tentang perbuatan memegang hari Sabat.

Kesimpulannya, bahagian ini membincangkan cara-cara menguruskan orang-orang yang lemah imannya, jadi ia tidak boleh diaplikasikan pada Kristian yang normal. Tambahan pula, sini hanya membincangkan tentang keraguan orang yang lemah imannya dan bukannya perbuatan, lebih-lebih lagi tiada persoalan tentang sama ada memegang atau tidak memegang hari Sabat. Sejak awal lagi, Tuhan Yesus telah menegaskan bahawa Dia adalah Tuan atas hari Sabat dan orang lain tidak berkuasa untuk menghalangnya.

———–

[1] Selepas Para rasul, istilah yang dipakai adalah setara, dan tiada maksud untuk membandingkan kekuatan dan kelemahan.