Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.1 – Cara Memegang Sabat Sebelum Hukum Taurat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.1 – Cara Memegang Sabat Sebelum Hukum Taurat)

Bab 7 : Bagaimana seharusnya umat Kristus melakukannya?

 

Melalui kajian di atas, kita dapat mengetahui dengan pasti bahawa Alkitab mengamalkan sistem Hari Sabat sejak mula sehingga akhir dan langsung tidak pernah berubah. Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya memegang hari Sabat baik di tanah Yudea mahupun di tanah bangsa lain. Penyembahan hari matahari adalah berasal daripada agama memuja matahari di Persia. Proses membawa masuk agama Kristian adalah sesuatu yang memalukan, dan perbuatan yang melanggari kebenaran dan mengkhianati iman kepercayaan sendiri. Pada hari ini, semua murid Tuhan dan semua Kristian yang mengharapkan perhentian kekal di syurga harus mengikuti jejak Tuhan, dan bukan mengikut mereka yang melanggari ajaran Tuhan. Memegang hari Sabat merupakan salah satu ajaran di antaranya. Dengan itu, bagaimana kita sebagai umat Kristian yang benar melakukannya?

7.1   Cara memegang Sabat sebelum hukum Taurat

Untuk memudahkan kita memahami bagaimana seharusnya kita memegang Sabat, maka kita merumuskan situasi-situasi menikmati Hari Sabat dalam Alkitab. Kita akan melihat dahulu keadaan tidak berada di bawah hukum Taurat, iaitu sebelum Hukum Taurat disampaikan dalam perjanjian lama (Kel 20:2-17; Ul 5:6-21).

1. Allah memberkati hari ini sewaktu mengisytiharkannya. Dengan itu hari ini merupakan hari berkat bagi Adam, Hawa dan keturunan mereka.

2. Semasa umat pilihan di padang gurun, Allah mengisytiharkan hari ini dengan menurunkan Manna. Umat tidak perlu keluar bekerja dan boleh menikmati Manna di rumah. Barangsiapa yang mengingkari tidak akan berhasil dalam pekerjaan mereka dan tidak diberkati. Namun, mereka tidak dihukum.

3. Dalam Sepuluh Hukum Tuhan yang ditulis Tuhan sendiri pun hanya ada berkat, dan tiada hukuman.

(A) Tuhan menetapkan dan menguduskan hari ini sebagai suatu hari yang berbeza dengan hari-hari yang lain untuk menandakan hari tidak sama dengan hari-hari lain dan harus dikhususkan untuk Tuhan.

(B) Tuan, hamba, orang tumpangan dan binatang peliharaan semua rehat dan menikmati berkat pada hari ini.

(C) Hari Sabat merupakan tanda milik Tuhan.

(D) Memperingati Hari Sabat adalah memperingati keselamatan Tuhan.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.13 – Mengimbas Kembali)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.13 – Mengimbas Kembali)

Dengan menyimpulkan dua belas perbincangan di atas, kita sepatutnya telah memahami bahawa sesungguhnya tidak dapat dicari sebarang alasan dari Alkitab mengenai Kristian patut memegang hari Ahad. Sesungguhnya Tuhan dan murid-murid-Nya ada memegang dan menikmati hari Sabat. Oleh itu, kita sebagai murid-murid Kristus haruslah mengikuti jejak langkah Tuhan Yesus untuk memegang dan menikmati hari Sabat.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.12 – Ramai Kristian tidak memegang hari Sabat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.12 – Ramai Kristian tidak memegang hari Sabat)

Daripada contoh dan analisis catatan Alkitab di atas, telah membuktikan bahawa Tuhan tidak pernah menyuruh agar Kristian mengubah pertemuan pada hari Sabat kepada bersembahyang pada hari Tuhan, Ahad. Diri-Nya juga tidak pernah memberikan sebarang penerangan dari segi ini. Jelas sekali, barangsiapa yang menyembah kepada Allah benar di Syurga haruslah memegang hari Sabat, menikmati berkat-Nya dan tidak mengubah hari-Nya. Tidak kurang juga pengkaji Alkitab yang mengatakan dengan jelas bahawa sejak dari permulaan sehingga akhir, Alkitab tidak mencatatkan mengenai perubahan hari Sabat.

Namun mengapakah terdapat ramai Kristian pada hari ini yang memegang hari Ahad, dan jarang sekali kedengaran ada yang memegang hari Sabat?

Ketahuilah bahawa “bilangan yang banyak” tidak semestinya “kebenaran”, malahan kebenaran biasanya ada pada pihak yang bilangannya sedikit. Dengan kata yang lain, bilangan yang sedikit barulah berkemungkinan ada kebenarannya. Oleh itu kebenaran tidak boleh dipertimbangkan menurut “bilangan”.

Di samping itu, sejarah juga membuktikan bahawa orang-orang yang memegang hari Sabat tidak pernah lenyap sejak dua ribu tahun yang lalu (rujuk 2.4-6). Pertubuhan yang memegang hari Sabat di dalam dunia ini sebenarnya tidaklah terlalu sedikit. Menurut kajian Persatuan Sabat Alkitab (The Bible Sabbath Association)[1], kira-kira terdapat 500 persatuan yang memegang hari Sabat, dan gereja-gereja ini membahagi-bahagikan cawangan di merata-rata tempat di dunia ini, dengan itu tentu pemercayanya tidak terhitung banyaknya. Di antaranya, walaupun terdapat persatuan yang terdiri daripada agama Yahudi, namun kebanyakannya terdiri daripada agama Kristian. Bagi gereja kita yang juga merupakan salah satu daripada persatuan menurut laporan tersebut, terdiri daripada bilangan pemercaya sebanyak beberapa juta, sesungguhnya ia bukanlah bilangan yang kecil. Gereja SDA yang diketahui ramai juga merupakan mazhab yang besar, gereja aliran pentakosta juga mempunyai banyak gereja yang memegang hari Sabat.

Kebenaran Alkitab sering menjadi kebenaran yang tersembunyi. Seperti yang dikatakan oleh Tuhan sendiri: Sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi nyatakan kepada orang kecil (Mat 11:25). Oleh itu kebenaran perlu dikaji dengan kerendahan hati, barulah dapat memahaminya dan rela menurutinya. Jika bukan demikian, maka seorang profesor teologi pun tidak akan berdaya untuk memahaminya dan tidak dapat mencari kebenaran.

Lebih-lebih lagi, kebenaran Alkitab memerlukan gerakan, petunjuk dan bimbingan oleh Roh Kudus, sebab Roh sajalah menyelidiki segala sesuatu:

Kerana kepada kita Allah telah menyatakannya oleh Roh, sebab Roh menyelidiki segala sesuatu, bahkan hal-hal yang tersembunyi dalam diri Allah (1 Kor 2:10).

Orang yang memohon Roh Kudus dengan hati yang miskin barulah dapat menerima Roh Kudus (Kis 5:32), dan kemudiannya memahami kebenaran Alkitab.

Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang (Yoh 16:13).

Dengan kata yang lain, kebenaran Alkitab tidak dapat difahami jika tiada pimpinan Roh Kudus, jika demikian, sudah tentu tidak akan sedar dan menuruti hari Sabat yang dicatatkan di dalam Alkitab.

————–

[1] Rujuk The Bible Sabbath Association: Directory of Sabbath-Observing Groups 8th ed.1996.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.11 – Abraham juga tidak memegang hari Sabat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.11 – Abraham juga tidak memegang hari Sabat)

Ada orang yang mengatakan bahawa Abraham – bapa iman pun, tidak memegang hari Sabat dan keturunannya, Ishak dan Yakub juga tidak memegang hari Sabat; namun Allah menganggap mereka sebagai orang benar. Oleh itu kita boleh dibenarkan dan diselamatkan tanpa perlu memegang Sabat. Terdapat dua sebab mereka tidak memegang hari Sabat. Pertama, Zaman Perjanjian Lama belum lagi terbentuk pada masa itu, kedua, kerana Allah tidak menyuruh mereka memegangnya. Namun bagi Kristian pada Zaman Perjanjian Baru, Allah telah menyuruh mereka memegangnya dengan meninggalkan teladan. Oleh itu kita patut taat, meneladani Tuhan dan melakukannya dengan mengikuti jejak langkah Tuhan. Tuhan berkuasa atas kelakuan manusia; sebagai contoh, di atas kayu salib, Tuhan Yesus membenarkan salah seorang daripada penjahat masuk ke dalam Firdaus:

Kata Yesus kepadanya: “ Aku berkata kepadamu, sesungguhnya hari ini juga engkau akan ada bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus” (Luk 23:43).

Akan tetapi penjahat pada zaman sekarang tidak boleh masuk ke dalam Firdaus dengan cara ini. Sama juga, kita tidak boleh berkata kepada Allah supaya menggunakan contoh Abraham, tidak tunduk kepada pengajaran Perjanjian Baru dan ingin masuk ke dalam kerajaan Sorga.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.10 – Yesus adalah orang Yahudi, kita bukanlah orang Yahudi)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.10 – Yesus adalah orang Yahudi, kita bukanlah orang Yahudi)

Sememangnya Tuhan Yesus dilahirkan di dalam keluarga Yahudi. Tubuh jasmani-Nya merupakan keturunan Daud daripada suku kaum Yahudi. Oleh itu tiga tahun pemberitaan-Nya telah digenapkan melalui tubuh jasmani Yahudi-Nya. Bukan hanya memegang hari Sabat, tetapi juga perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Tuhan sendiri seperti menghormati ayah dan ibu, melakukan tanda mukjizat, mengasihi manusia, menyelamatkan manusia… Semuanya dilakukan melalui tubuh jasmani yang dilahirkan menerusi Maria. Sekiranya dikatakan bahawa Dia memegang hari Sabat kerana dia adalah orang Yahudi, maka kita yang bukan orang Yahudi tidak perlu memegangnya. Kalau begitu, apakah kesemua perbuatan dan pemikiran-Nya yang dilakukan oleh tubuh-Nya sendiri tidak perlu diikuti? Pada hakikatnya, kebanyakan bahagian Alkitab muncul dan dicatatkan di dalam masyarakat orang Yahudi! Adakah kesemuanya itu tidak perlu diikuti lagi? Jika benar demikian, bukankah agama Kristian awal-awal lagi perlu melepaskan Alkitab! Perlukah kita meneladani firman dan perbuatan Tuhan Yesus?

Ada juga orang yang beranggapan bahawa Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya adalah orang Yahudi, dan mereka akan diusir keluar dari rumah ibadat dihalau daripada masyarakat tempatan jika mereka tidak memegang hari Sabat, oleh itu mereka terpaksa memegang hari Sabat. Sebenarnya sejak awal lagi pertuturan dan perbuatan Tuhan Yesus telah menghadapi tentangan orang Yahudi, dan diketepikan oleh pihak berkuasa tempatan pada masa itu. Oleh itu mereka tidak lagi menghiraukan sama ada mereka dilepaskan atau diketepikan oleh masyarakat. Tambahan pula, sewaktu murid-murid pergi memberitakan Injil ke kawasan di luar Yahudi, mereka telah pergi jauh daripada kawasan yang dikuasai oleh orang Yahudi; namun mereka tetap memegang hari Sabat seperti biasanya. Nampaknya andaian ini adalah tidak tepat.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.9 – Adakah Gal 4:10-11 mengatakan jangan memegangnya ? )
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.9 – Adakah Gal 4:10-11 mengatakan jangan memegangnya ? )

10 Kamu dengan teliti memelihara hari-hari tertentu, bulan-bulan, masa-masa yang tetap dan tahun-tahun. 11 Aku khuatir kalau-kalau susah payahku untuk kamu telah sia-sia (Gal 4:10-11).

Sini juga membincangkan kelemahan pemercaya bangsa lain. Ini ditujukan kepada pemercaya-pemercaya yang lemah “berbalik lagi kepada roh-roh dunia yang lemah dan miskin dan mau mulai memperhambakan diri lagi kepadanya?” (9). Ayat 10 menyentuh tentang hari-hari, bulan-bulan, masa-masa yang tetap dan tahun-tahun, nampaknya sini membincangkan tentang memelihara hari-hari perayaan dalam perjanjian lama, dan bukannya membincangkan tentang hari Sabat ataupun hari matahari. Sekiranya tidak memelihara sebarang hari, maka hari Ahad pun tidak patut dipegang? Maksud memelihara (parathreiqe) di sini adalah menjaga dengan berhati-hati, ia menggambarkan keadaan yang berlaku semasa memegang perayaan dan peraturan Perjanjian Lama, iaitu keadaan di mana manusia akan menerima padah dengan segera jika berlaku kesilapan.