Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.2 – Menetapkan Perkara yang Perlu Diberi Perhatian dalam Kehidupan Seharian oleh Penganut-penganut Agama Kristian dari Bangsa-bangsa Lain
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.2 – Menetapkan Perkara yang Perlu Diberi Perhatian dalam Kehidupan Seharian oleh Penganut-penganut Agama Kristian dari Bangsa-bangsa Lain

5.2     Menetapkan perkara yang perlu diberi perhatian dalam kehidupan seharian oleh penganut-penganut agama Kristian dari bangsa-bangsa lain

1. Ayat Alkitab: Kis 15:4-29

6 Maka bersidanglah rasul-rasul dan penatua-penatua untuk membicarakan soal itu. 7 Sesudah beberapa waktu lamanya berlangsung pertukaran fikiran mengenai soal itu, berdirilah Petrus dan berkata kepada mereka : “Hai saudara-saudara, kamu tahu, bahawa telah sejak semula Allah memilih aku dari antara kamu, supaya dengan perantaraan mulutku bangsa-bangsa lain mendengar berita Injil dan menjadi percaya. 8 Dan Allah, yang mengenal hati manusia, telah menyatakan kehendak-Nya untuk menerima mereka, sebab Ia mengaruniakan Roh Kudus juga kepada mereka sama seperti kepada kita, 9 dan Ia sama sekali tidak mengadakan perbedaan antara kita dengan mereka, sesudah Ia menyucikan hati mereka oleh iman. 10 Kalau demikian, mengapa kamu mau mencobai Allah dengan meletakkan pada tengkuk murid-murid itu suatu kuk, yang tidak dapat dipikul, baik oleh nenek moyang kita maupun oleh kita sendiri? 11 Sebaliknya, kita percaya, bahawa oleh kasih karunia Tuhan Yesus Kristus kita akan beroleh keselamatan sama seperti mereka juga.” 12 Maka diamlah seluruh umat itu, lalu mereka mendengarkan Paulus dan Barnabas menceriterakan segala tanda dan mukjizat yang dilakukan Allah dengan perantaraan mereka di tengah-tengah bangsa-bangsa lain. 13 Setelah Paulus dan Barnabas selesai berbicara, berkatalah Yakobus:… 19 “Sebab itu aku berpendapat, bahawa kita tidak boleh menimbulkan kesulitan bagi mereka yang dari bangsa-bangsa lain yang berbalik kepada Allah, 20 tetapi kita harus menulis surat kepada mereka, supaya mereka menjauhkan diri dari makanan yang telah dicemarkan berhala-berhala, dari percabulan, dari daging binatang yang mati dicekik dan dari darah. 21 Sebab sejak zaman dahulu hukum Musa diberitakan di tiap-tiap kota, dan sampai sekarang hukum itu dibacakan tiap-tiap hari Sabat di rumah-rumah ibadat.”…27 Maka kami telah mengutus Yudas dan Silas, yang dengan lisan akan menyampaikan pesan yang tertulis ini juga kepada kamu. 28 Sebab adalah keputusan Roh Kudus dan keputusan kami, supaya kepada kamu jangan ditanggungkan lebih banyak beban daripada yang perlu ini: 29 Kamu harus menjauhkan diri dari makanan yang dipersembahkan kepada berhala, dari darah, dari daging binatang yang mati dicekik dan dari percabulan. Jikalau kamu memelihara diri dari hal-hal ini, kamu berbuat baik. Sekianlah, selamat.”

2. Tarikh Kejadian: Kira-kira pada 49 Masihi, sewaktu Paulus kembali dari memberitakan Injil pada pertama kalinya kepada bangsa-bangsa lain.

3. Tempat Kajian: Yerusalem (2)

4. Proses Kejadian:

(A) Kedua-dua pihak yang bertelingkah tiba, dan bersidanglah mereka (4-6).

(B) Petrus memperkatakan pendapatnya (7-11)

(C) Paulus dan Barnabas memperkatakan pendapatnya (12)

(D) Yakobus menggunakan: Ams 9:11-12 (13-18)

(E) Yakobus menyentuh tentang perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam kehidupan, dan bahawa hukum boleh didengar semasa pertemuan-pertemuan hari Sabat (19-21)

(F) Semua orang bersetuju dan memilih calon untuk mengisytiharkan keputusan ini ke pihak luar (22)

(G) Menulis surat pengumuman (23-29)

5. Renungan:

(A) Setelah peristiwa itu, kedua-duanya juga memberitakan Injil kepada bangsa-bangsa lain di Ikonium:

Di Ikoniumpun kedua rasul itu masuk ke rumah ibadat orang Yahudi, lalu mengajar sedemikian rupa, sehingga sejumlah besar orang Yahudi dan orang Yunani menjadi percaya (Kis 14:1)

Tidak lama kemudian, disebabkan terdapat pemercaya orang Yahudi yang mengatakan bahawa pemercaya-pemercaya dari bangsa lain juga perlu memegang konsep lama orang Yahudi sama seperti mereka, maka kerana itulah sidang di Yerusalem diadakan.

(B) Di dalam persidangan itu, semua orang menyokong Yakobus yang mengatakan bahawa pemercaya dari bangsa lain hanya perlu memberi perhatian kepada larangan-larangan:

(a) Kenajisan oleh berhala-berhala,

(b) Percabulan,

(c) Makan binatang yang mati dicekik (tanpa mengalirkan darah) dan darah.

(C) Perkara-perkara terperinci mengenai kepercayaan boleh diterap melalui khutbah pada hari Sabat dan seterusnya dilaksanakan kerana “sejak zaman dahulu hukum Musa diberitakan di tiap-tiap kota, dan sampai sekarang hukum itu dibacakan tiap-tiap hari Sabat di rumah-rumah ibadat.[1]

Nampaknya para rasul beranggapan bahawa Kristian dari bangsa lain perlu memandang berat terhadap ibadah dan khutbah pada hari Sabat untuk membangunkan diri sendiri. Ini juga merupakan catatan mengenai para rasul mengajar Kristian dari bangsa lain untuk memegang hari Sabat, berkebaktian dan mendengar firman.

(D) Daripada bahagian ini yang memberikan petunjuk dan teladan penting kepada Kristian bangsa lain, ia menyentuh tentang kebaktian dan khutbah pada hari Sabat, akan tetapi tidak kelihatan sebarang suruhan tentang perubahan hari Sabat kepada hari Ahad supaya membezakan diri daripada orang Yahudi. Nampaknya jemaat dari bangsa-bangsa lain memegang hari Sabat dari awal sampai akhir dan tidak memegang hari Ahad.

(E) Oleh itu, bahagian Kitab ini tidak boleh digunakan untuk membuktikan bahawa jemaat para rasul atau bangsa lain pernah mengubah hari Sabat, iaitu memegang hari Ahad sebagai hari Tuhan.

—————-

[1] Semasa Tuhan Yesus memberitakan Injil di dalam dunia, Dia tidak menetapkan tempat pertemuan yang tetap. Oleh itu, “rumah ibadat” yang dimaksudkan dalam keempat-empat buku Injil ditujukan kepada rumah-rumah ibadat orang Yahudi. Tetapi pada zaman rasul-rasul, para rasul mula mendirikan pertemuan yang tetap. Tempat itu juga mereka gelar sebagai “rumah ibadat” seperti panggilan yang digunakan oleh orang Yahudi. Kemudiannya dari rumah ibadat Yahudi lama-kelamaan disebut sebagai “rumah ibadat orang Yahudi” (Kis 13:5; 14:1; 17:1; 10). Lukas yang menulis Injil Lukas dan Kisah Para Rasul juga menulis demikian, begitu juga dengan rasul Yakobus (Yak 2:2).

Selain itu, dalam hati setiap pengarang buku pada Zaman Perjanjian Baru, perhimpunan pemercaya digelar sebagai “jemaat”. (ekklesia, Chinese Union Version kebanyakkannya menterjemahkannya sebagai jemaat “jiao hui” (教会), bahasa Inggeris kebanyakkannya menterjemahkannya sebagai church). Dan bangunan yang digunakan untuk kegunaan pemercaya dalam melakukan ibadah dipanggil sebagai aula gereja (sunagogh Chinese Union Version menterjemahkannya sebagai rumah ibadat “hui tang” (会堂), bahasa Inggeris menterjemahkannya sebagai synagogue). Perbezaan kedua-duannya adalah sangat ketara, ianya jarang-jarang digunakan bersama.

Bahasa Yunani sunagogh berasal daripada sun (bersama) dan agogw (perhimpunan),maksud asalnya adalah:

  1. Tempat perhimpunan sebarang benda : seperti tempat berkumpulnya air. Terjemahan Septuagint (Kej 1: 9) dalam bahasa Yunani-Hendaklah segala air berkumpul pada satu tempat, (Mzm 22:16) juga menggunakan perkataan sepertinya. (Mzm 124:8) juga dianggap sebagai rumah ibadat. ‘Sejarah Yahudi Kuno’ oleh Josephus: 15, 346 juga menggunakan perkataan ini untuk menunjukkan tempat air berkumpul. ‘Jemaah Iblis’ ( Why 2:9, 3:9) juga menggunakan istilah ini.
  2. Tempat perhimpunan untuk sebarang ahli: Masyarakat Roma Yunani pada masa itu menggunakan perkataan ini untuk menunjukkan tempat perhimpunan bagi kebanyakan ahli.
  3. Tempat pertemuan yang khas digunakan oleh orang Yahudi: Sejak penghujung zaman raja-raja, berkemungkinan terdapat tempat pertemuan berdekatan dengan tempat tinggal orang Yahudi (termasuk pekan dan kampung Palestin), (Mzm 74:8) “tempat pertemuan Allah di negeri” berkemungkinan merupakan gereja pada masa itu. Sehinggalah kerajaan dimusnahkan, ditawan ke luar negara, dan tidak lagi dapat pergi ke Bait Allah untuk beribadah kepada Allah, imam yang berkobar-kobar dan orang Lewi mendirikan tempat-tempat pertemuan di kawasan berdekatan untuk kegunaan membaca Alkitab, menyembah kepada Allah dan mengadakan persahabatan; Pada kemudian hari, ia telah menjadi rumah ibadat orang Yahudi. Dengan galakan daripada ahli-ahli Taurat (seperti Ezra), maka rumah ibadat telah didirikan secara meluasnya di merata-rata tempat yang terdapat orang Yahudi. Sehinggalah pada zaman Roma Yunani, mereka menggunakan gelaran ini untuk menggelarkan tempat ibadat mereka sendiri. Inilah maksud rumah ibadat yang terdapat dalam keempat-empat kitab Injil dan bahagian depan kitab Kisah Para Rasul.
  4. Kis 19:8 ditujukan kepada tempat pertemuan yang khasnya dikunjungi murid Yohanes. Selama tiga bulan berturut-turut Paulus di Efesus (kira-kira ada 13 Sabat) berkemungkinan membicarakan perkara mengenai kerajaan Allah di dalam rumah ibadat murid Yohanes, di sinilah berlakunya hal mengenai penerimaan Roh Kudus sebelum ini. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam rumah ibadat orang Yahudi, maka sudah tentu akan berlaku keadaan seperti dalam (Kis 9:20, 13:44), dianiaya dan diusir keluar.
  5. Tempat ibadah yang digunakan khas oleh Kristian: Bermula pada zaman rasul-rasul, para rasul juga mencontohi cara penggunaan orang Yahudi dengan menggelar tempat pertemuan sendiri sebagai rumah ibadat. Contohnya:

(A) Kis 15:21 Dalam persidangan Yerusalem, Yakobus mengatakan tentang permintaan asas kehidupan yang perlu dipegangi oleh Kristian dari bangsa-bangsa lain, rumah ibadat yang dikatakan pada masa itu terdapat orang yang membaca dan untuk mendapatkan pengetahuan kepercayaan pada tiap-tiap hari Sabat, ditujukan kepada rumah ibadat mereka sendiri. Kerana orang Yahudi telahpun menolak mereka daripada memberitakan Yesus di dalam rumah ibadat mereka.

(B) Kis 18:4 Semasa Paulus menggembala selama setahun setengah di Korintus, Paulus berbicara kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang Yunani dalam rumah ibadat mereka pada setiap hari Sabat juga. Sekiranya ia merupakan rumah ibadat orang Yahudi, maka tentu orang dari bangsa-bangsa lain yang tidak tahir tidak akan dibenarkan memasukinya untuk sekian lama. Apakah Paulus akan dibenarkan untuk menggunakan pentas khutbah dalam tempoh masa yang panjang untuk memberitakan kebangkitan Tuhan Yesus dan tidak diusir? Apakah kepala rumah ibadat, (18.17, arcisunagogo”, setaraf dengan penguasa gereja pada masa kini), Sostenes diserbu dan dipukul oleh orang-orang Yahudi?

(C) Yak 2:2 Yakobus berkata semasa menasihati saudara-saudara agar jangan memandang muka: ada seorang masuk ke dalam “kumpulanmu” (rumah ibadatmu). Jelasnya ia ditujukan kepada rumah ibadat agama Kristian.

Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.1 – Memegang Hari Sabat di Antiokhia untuk Beberapa Minggu yang Berturutan)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 5 (5.1 – Memegang Hari Sabat di Antiokhia untuk Beberapa Minggu yang Berturutan)

Bab 5 Pandangan Para Rasul

Ramai Kristian beranggapan bahawa para rasul sudahpun memegang hari Ahad sebagai hari Tuhan. Namun jika dikaji Alkitab dengan teliti, maka didapati bahawa tiada catatan yang mengatakan mereka memegang hari Ahad; perkara ini adalah seperti yang dibincangkan sebelumnya. Sebaliknya dalam Kisah Para Rasul, didapati bahawa terdapat banyak catatan tentang mereka memegang hari Sabat. Analisisnya adalah seperti berikut:

5.1     Memegang hari Sabat di Antiokhia untuk beberapa minggu yang berturutan

1. Ayat Alkitab yang berkaitan: Kis 13:14-52

14 Dari Perga mereka melanjutkan perjalanan mereka, lalu tiba di Antiokhia di Pisidia. Pada hari Sabat mereka pergi ke rumah ibadat, lalu duduk di situ. 15 Setelah selesai pembacaan dari hukum Taurat dan kitab nabi-nabi, pejabat-pejabat rumah ibadat menyuruh bertanya kepada mereka: “Saudara-saudara, jikalau saudara-saudara ada pesan untuk membangun dan menghibur umat ini, silakanlah!” 16 Maka bangkitlah Paulus. Ia memberi isyarat dengan tangannya, lalu berkata: “Hai orang-orang Israel dan kamu yang takut akan Allah, dengarkanlah! 17 Allah umat Israel ini….

2. Tarikh Kejadian: Kira-kira pada 46 Masihi, dalam tempoh permulaan sewaktu Paulus keluar menginjil buat kali pertama.

3. Lokasi Kejadian: Antiokhia di Pisidia, bahagian tengah Turki pada hari ini.(14)

4. Proses Kejadian:

(A) Paulus dan Barnabas tiba di Antiokhia dan pergi ke rumah ibadat untuk memegang hari Sabat (14)

(B) Menerima jemputan untuk berkhutbah (16-42)

(C) Setelah itu, mereka diminta untuk berbicara pada hari Sabat berikutnya (42)

(D) Setelah selesai ibadah, terdapat ramai orang Yahudi dan penganut-penganut agama Yahudi mengikuti mereka, maka Paulus mengajar mereka sekali lagi (43)

(E) Pada hari Sabat berikutnya, datanglah hampir seluruh kota itu berkumpul untuk mendengar firman (44)

(F) Orang Yahudi iri hati, menghujat dan membantah (45)

(G) Kedua-duanya memberitakan firman pertama-tama kepada orang Yahudi dan kemudiannya kepada bangsa-bangsa lain (46-47)

(H) Bangsa lain bergembira kerana percaya kepada Tuhan (48-49)

(I) Orang-orang Yahudi menghasut, menimbulkan penganiayaan dan mengusir mereka berdua (50-51).

5. Renungan:

(A) Semenjak Stefanus mati syahid, jemaat dianiaya secara besar-besaran di kawasan orang Yahudi, maka para pemercaya terserak ke merata-rata tempat, dan mula berusaha memberitakan Injil kepada bangsa-bangsa lain (Kis11:20); maka sejumlah besar orang menjadi percaya dan berbalik kepada Tuhan (21).

20 Akan tetapi di antara mereka ada beberapa orang Siprus dan orang Kirene yang tiba di Antiokhia dan berkata-kata juga kepada orang–orang Yunani dan memberitakan Injil, bahawa Yesus adalah Tuhan (terdapat golongan tua: juga memberitakan Injil kepada orang-orang Yahudi yang berbahasa Yunani).21 Dan tangan Tuhan menyertai mereka dan sejumlah besar orang menjadi percaya dan berbalik kepada Tuhan.

(B) Paulus dan Barnabas menggembala mereka untuk kira-kira setahun di tempat bangsa lain-Antiokhia. Dalam tempoh ini, hanya dicatatkan tentang ibadah dan khutbah pada hari Sabat, belum lagi terdapat catatan mengenai penganut-penganut Kristian dari bangsa lain memegang hari Ahad. Kelihatannya pada masa itu belum lagi wujud manusia yang menukarkan hari Sabat kepada hari Ahad atau mengasaskan satu hari lagi untuk dijadikan sebagai hari kudus.

(C) Seterusnya adalah catatan dalam bahagian ini. Peristiwa ini terjadi di tempat bangsa lain-Turki, semasa dalam perjalanan kali pertama Paulus keluar memberitakan Injil kepada bangsa lain. Pada waktu itu, untuk berturut-turut dua kali hari Sabat, bukan sahaja mereka berbicara di dalam rumah ibadat orang Yahudi, malah juga memberitakan Injil di luar rumah ibadat. Bilangan orang Yahudi adalah sedikit di kalangan orang yang mendengar, hampir semua penduduk di tempat tersebut (kebanyakannya adalah orang-orang bukan Yahudi) turut hadir; juga ramai orang dari bangsa lain yang percaya kepada Tuhan walaupun dibantah oleh orang-orang Yahudi.

(D) Nampaknya sampai pada saat itu, para rasul tetap memegang hari Sabat di tempat bangsa-bangsa lain dan tidak pernahpun berubah.

Doktrin Hari Sabat: Bab 4 (4.15 – Tinjauan Keseluruhan)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 4 (4.15 – Tinjauan Keseluruhan)

4.15    Tinjauan keseluruhan

Dengan menggabungkan kesemua fakta sejarah dalam keempat-empat Injil di atas, kita boleh mendapati:

1. Dari mula hingga akhir, Yesus memimpin murid-murid memegang hari Sabat, dan menjadi suatu kebiasaan dalam hidup mereka, bahkan Dia tidak pernah menyatakan tentang pemindaan hari Sabat, dan tidak pernah memegang hari Ahad dalam sepanjang hidupnya.

2. Yesus menekankan hanya Dia adalah Tuhan ke atas hari Sabat. Ini menunjukkan:

(A) Yesus adalah Tuhan ke atas hari Sabat, dan tidak dibelenggu oleh hari Sabat. Dia juga menginginkan kita menjadi tuan ke atas hari Sabat, kerana ‘hari Sabat diadakan bagi manusia” untuk dinikmati mereka; dan “bukan manusia diadakan untuk hari Sabat” demi memikul beban hari Sabat.

(B) Hakikatnya, Yesus tidak ada sepatah perkataan pun yang menyatakan tentang perubahan atau pemindaan hari Sabat. Oleh itu, tiada seorang pun yang berhak mengubah hari Sabat.

(C) Yesus mengadakan hari ini supaya manusia dapat menikmati berkat. Sebagai umat yang percaya dan menuruti-Nya, mereka patut taat dan menerima dengan hati yang syukur, dan tidak patut menolaknya.

(D) Dia sebaliknya memperbetulkan konsep dan tindakan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi yang merupakan pemimpin agama tentang kepercayaan pada masa itu, dan menolak untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan mereka. Dia sebaliknya memimpin mereka kembali kepada kehendak asal Tuhan mengadakan hari Sabat.

(E) Nampaknya memegang Sabat pada hari Ahad adalah perubahan yang membelakangi ajaran Yesus dan menolak berkat Tuhan.

3. Pertikaian antara Yesus dengan pemimpin agama pada ketika itu ialah:

(A) Yesus menekankan hari Sabat perlu dipegang. Hari ini diadakan oleh Tuhan demi kasih-Nya kepada manusia, dan demi belas kasihan-Nya akan kelemahan manusia. Tuhan hendakkan manusia beristirehat secara tetap. Hari ini juga adalah suatu kebajikan bagi manusia sejagat. Yesus membantah peraturan pemimpin agama yang mengehadkan pergerakan manusia pada hari Sabat.

(B) Oleh itu, Yesus menekankan cara untuk memegang hari Sabat dengan mengasihi Tuhan, mengasihi manusia, menyelamatkan manusia, melayani Tuhan. Berkhutbah dan mendengar khutbah membolehkan seseorang mengasihi Tuhan, mendekati Tuhan, dan menerima berkat dari Tuhan. Demi kasih-Nya kepada manusia, Dia melakukan perbuatan baik, menyembuhkan penyakit, melepaskan manusia daripada kuasa si jahat supaya manusia dapat menikmati istirahat dan keselesaan yang sebenar. Perbuatan dan perkataan Tuhan Yesus ini adalah untuk memulihkan maksud asal Alkitab yang sudah hilang (Kis 15:16). Perbuatan ini barulah menepati tujuan asal Tuhan mengadakan hari Sabat (Kej 2:3).

(C) Ahli-ahli taurat dan orang-orang Farisi tidak membantah Yesus memegang hari Sabat. Mereka hanya mempertahankan adat manusia yang ditetapkan oleh mereka. Adat-adat ini sebenarnya membelakangi tujuan asal Tuhan mengadakan hari Sabat dan menghadkan pergerakan manusia. Mereka juga bercanggahan dengan apa yang mereka katakan. Mereka membenarkan manusia menyelamatkan ternakan yang bernilai tidak seberapa daripada terjatuh dalam gaung, tetapi tidak membenarkan Yesus membebaskan manusia yang amat bernilai dari belenggu sakit dan Iblis pada hari Sabat.

(D) Nampaknya kedua-dua pihak tidak menghapuskan hari Sabat.

4. Dari sini kita boleh melihat dengan jelas:

(A) Umat Kristus harus mengikuti perbuatan dan perkataan Yesus, memegang dan menikmati hari Sabat; dan menjadikannya sebagai kebiasaan kita.

(B) Tidak patut melanggari perintah Yesus dengan memegang hari yang tidak diarahkan oleh Yesus, dan lebih-lebih lagi tidak patut menolak perbuatan dan perkataan Yesus dengan alasan itu adalah tindakan orang-orang Yahudi.

(C) Hanya tidak mengikuti ahli-ahli taurat dan orang-orang Farisi yang memegang adat manusia, dan tidak mengehadkan pergerakan manusia.

(D) Pada hari Sabat, kita harus mencontohi Yesus, mengajar, mendengar khutbah, mendekati Tuhan, mengasihi Tuhan dan menikmati jamuan Roh; juga harus mengasihi manusia, berbelas kasihan kepada pesakit dan yang lemah… membuat kebajikan dan menyelamatkan manusia, agar semua manusia dapat menikmati istirehat dan sukacita dalam daging dan roh. Walaupun ini akan mendatangkan “kuk” (Mat 11:28-30), namun kuk ini ringan sahaja, malah dapat memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia.

(E) Dalam kes-kes tertentu, contohnya menyelamatkan ternakan, menjadi askar dan berperang, jika memanfaatkan manusia tanpa mencelakakan, maka ada kekecualian dan boleh bekerja pada hari Sabat.

Doktrin Hari Sabat: Bab 4 (4.14 – Malam Seminggu Kemudian)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 4 (4.14 – Malam Seminggu Kemudian)

4.14 Malam seminggu kemudian

1. Ayat Alkitab berkenaan: Yoh 20:26-29

2. Tarikh dan Masa: Malam seminggu selepas Yesus bangkit

3. Tempat: Yerusalem, di tempat mereka biasa berkumpul

4. Plot:

(A) Murid-murid sekali lagi berkumpul di tempat biasa mereka dengan pintu-pintu ditutup (26)

(B) Yesus menampakkan diri (26)

(C) Yesus menyuruh Tomas menyentuh parut-Nya, menyuruhnya jangan tidak percaya lagi (27)

(D) Tomas taat (28)

(E) Yesus mengatakan berbahagialah mereka yang tidak melihat namun percaya (29)

5. Renungan:

(A) Dari tiga peristiwa ini, kita boleh mengetahui bahawa mereka telah mempunyai tempat berkumpul atau tempat berhubung yang tetap. Tetapi ketiga-tiga peristiwa ini tidak mencatatkan tentang aktiviti kebaktian, ibadah atau memperingati kebangkitan Yesus. Namun ada satu catatan tentang makan bersama:

Akhirnya Ia menampakkan diri kepada kesebelas orang itu ketika mereka sedang makan, dan Ia mencela ketidakpercayaan dan kedegilan hati mereka, oleh kerana mereka tidak percaya kepada orang-orang yang telah melihat Dia sesudah kebangkitan-Nya. (Mrk 16:14)

Dengan bertekun dan dengan sehati mereka berkumpul tiap-tiap hari dalam bait Allah. Mereka memecahkan roti di rumah masing-masing secara bergilir dan makan bersama-sama dengan gembira dan dengan tulus hati. (Kis 2:46)

Walaupun kelihatan mereka sering berkumpul di sana (bukan hanya pada hari Ahad, tetapi turut berkumpul pada hari-hari lain), namun tidak melakukan apa-apa ibadah atau aktiviti keagamaan.

(B) Setakat itu, Yesus telah bangkit seminggu, dan ramai murid telah mengetahui tentang kebangkitan-Nya. Namun, tidak ada sebarang tindakan memperingati kebangkitan Yesus. Oleh yang demikian, tidak ada sesiapa pun yang dapat mengatakan bahawa umat Kristus perlu beribadah pada hari Ahad untuk memperingati kebangkitan Yesus berdasarkan peristiwa ini.

(C) Kita dapat melihat dari tindakan mereka menutup semua pintu, berasa takut dan terkejut ketika melihat Yesus bahawa meskipun ramai telah mengetahui tentang kebangkitan Yesus, namun masih ada yang kurang percaya. Manakah mungkin mereka beribadah memperingati kebangkitan Yesus?

(D) Berdasarkan ayat-ayat Alkitab berikut, kesebelas murid itu berangkat ke Galilea, ke bukit yang telah ditunjukkan Yesus kepada mereka (Mat 28:16). Setelah peristiwa ini, Yesus menampakkan diri lagi kepada murid-murid di pantai danau Tiberias. Bagaimana Ia menampakkan diri tercatat di (Yoh 21:1). Kepada mereka Ia menunjukkan diri-Nya setelah penderitaan-Nya selesai, dan dengan banyak tanda Ia membuktikan, bahawa Ia hidup. Sebab selama empat puluh hari Ia berulang-ulang menampakkan diri dan berbicara kepada mereka tentang Kerajaan Allah (Kis 1:3).

Dapat diketahui, dalam masa empat puluh hari setelah Yesus bangkit, Dia menampakkan diri beberapa kali kepada murid-murid, dan menyampaikan banyak firman. Menampakkan diri pada hari Ahad hanya sebahagian kecil. Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan bahawa mesti beribadah dan memperingati kebangkitan Yesus pada hari Ahad hanya berasaskan Yesus menampakkan diri pada hari Ahad. Jika tidak, adakah perlu beristirehat dan beribadah pada setiap hari Yesus menampakkan diri-Nya? Yesus memperlihatkan diri juga bukan pada hari Ahad saja seperti hari beribadah yang biasa dipegang oleh umat Kristus pada hari ini. Oleh itu, dapat diketahui bahawa hal ini langsung tidak berkaitan dengan manusia yang beribadah memperingati kebangkitan Yesus pada hari Ahad kini.

Doktrin Hari Sabat: Bab 4 ( 4.13 – Malam Ahad)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 4 ( 4.13 – Malam Ahad)

4.13     Malam Ahad

1. Ayat Alkitab berkenaan: Luk 24:33-51, Yoh 20: 19-23

2. Tarikh dan Masa: Malam hari Yesus bangkit, selepas peristiwa di atas

3. Tempat: Yerusalem, tempat mereka berkumpul pada hari biasa

4. Plot:

(A) Kleopas dan temannya kembali ke tempat biasa mereka berkumpul (33) (19)

(B) Murid-murid mengunci semua pintu kerana takut kepada orang-orang Yahudi (19)

(C) Kedua-dua orang melaporkan apa yang terjadi pada petang itu (34-35)

(D) Yesus datang dan memberikan salam (36) (19)

(E) Murid-murid terkejut dan takut (36-37)

(F) Yesus memperlihatkan tangan dan kaki-Nya (38-41) (20)

(G) Yesus memakan sepotong ikan goreng (42-43)

(H) Memesan murid-murid untuk memberitakan tentang Yesus (44-48)

(I) Menjanjikan murid-murid untuk mendapat Roh Kudus, dan mendapat kekuatan (49) (21-23)

5. Renungan:

(A) Mereka berkumpul di suatu tempat dengan semua pintu dikunci kerana takut kepada orang-orang Yahudi. Namun tidak ada aktiviti ibadah yang dijalankan, hanya laporan peristiwa yang dialami oleh saudara seiman. Nampaknya mereka tidak memperingati kebangkitan Yesus pada hari ini.

(B) Ketika murid-murid sedang mendengar laporan dari kedua-dua orang dengan ragu-ragu, tiba-tiba Yesus menampakkan diri, lalu mereka terkejut dan takut. Nampaknya:

(a) Dalam hati mereka belum lagi terfikir tentang Yesus benar-benar bangkit semula. Dari mana datangnya memperingati kebangkitan Yesus?

(b) Maka tidak boleh menjadikan peristiwa ini untuk membuktikan manusia harus memperingati kebangkitan Yesus dan beribadah pada hari Ahad.

(c) Malah tidak ada orang yang terfikir untuk beribadah pada hari kebangkitan.

(d) Mereka berkumpul pada waktu tengah malam dan tidak melakukan apa-apa ibadah.

Doktrin Hari Sabat: Bab 4 (4.12 – Dalam Perjalanan Menuju Emaus)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 4 (4.12 – Dalam Perjalanan Menuju Emaus)

4.12     Dalam perjalanan menuju Emaus

1. Ayat Alkitab berkenaan: Luk 24:13-31, Mrk 16:12-13

2. Tarikh dan Masa: Petang hari Yesus bangkit

3. Tempat: Dalam perjalanan dari Yerusalem menuju ke Emaus

4. Plot:

(A) Dua orang murid Yesus meninggalkan Yerusalem dan pergi ke Emaus (13,18) (12)

(B) Mereka bercakap-cakap tentang segala sesuatu yang telah terjadi (14)

(C) Yesus mendekatkan diri dan berjalan bersama-sama mereka (15-17)

(D) Kleopas memberitahu tentang Yesus disalibkan dan bangkit kembali (18-24)

(E) Yesus menegur mereka kerana lambat untuk hati mereka percaya (25-26)

(F) Yesus menjelaskan tentang nubuat yang berkaitan dalam Perjanjian Lama (27)

(G) Mereka tiba di Emaus pada waktu senja, ketiga-tiga mereka tinggal bersama (28-29)

(H) Yesus mengambil roti dan mengucap berkat seperti dahulu (30)

(I) Kedua-dua mereka tiba-tiba mengenal Yesus, tetapi Ia lenyap dari tengah-tengah mereka (31)

(J) Kedua-dua mereka terkenang tentang hati mereka berkobar-kobar ketika dalam perjalanan (32)

(K) Mereka terus berangkat balik ke Yerusalem pada malam itu (33)

(L) Mereka melihat kesebelas rasul sedang berkumpul (33) (14)

(M) Kedua-dua mereka menceritakan apa yang telah terjadi (34-35) (13)

  1. Renungan:

(A) Dua orang murid Yesus berjalan sejauh tujuh mil pada hari Ahad, maka kita boleh mengetahui bahawa murid-murid pada ketika itu tidak mempunyai kebiasaan beribadah dan berkumpul pada hari Ahad. Yesus berjalan dan berbicara bersama-sama mereka untuk begitu lama, namun tidak menegur mereka mengapa tidak beribadah dan memperingati kebangkitan-Nya pada hari Ahad. Nampaknya Yesus dan murid-murid-Nya tidak mempunyai niat pun untuk beribadah pada hari Ahad.

(B) Ketika kedua-dua murid kembali ke Yerusalem, mereka segera ke tempat berkumpul mereka yang biasa, dan melihat mereka yang lain berada di sana, namun tidak melihat mereka beribadah. Nampaknya:

(a) Mereka tidak beribadah pada hari Aahd, sama ada pagi, petang, malam ataupun tengah malam.

(b) Yesus juga tidak memberi arahan untuk memegang hari Ahad setelah Ia bangkit.

(c) Maka umat Kristian tidak boleh membuktikan bahawa perlu memegang hari Ahad sebagai Hari Yesus.