Views: 65

Bab 7 : Bagaimana seharusnya umat Kristus melakukannya?

 

Melalui kajian di atas, kita dapat mengetahui dengan pasti bahawa Alkitab mengamalkan sistem Hari Sabat sejak mula sehingga akhir dan langsung tidak pernah berubah. Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya memegang hari Sabat baik di tanah Yudea mahupun di tanah bangsa lain. Penyembahan hari matahari adalah berasal daripada agama memuja matahari di Persia. Proses membawa masuk agama Kristian adalah sesuatu yang memalukan, dan perbuatan yang melanggari kebenaran dan mengkhianati iman kepercayaan sendiri. Pada hari ini, semua murid Tuhan dan semua Kristian yang mengharapkan perhentian kekal di syurga harus mengikuti jejak Tuhan, dan bukan mengikut mereka yang melanggari ajaran Tuhan. Memegang hari Sabat merupakan salah satu ajaran di antaranya. Dengan itu, bagaimana kita sebagai umat Kristian yang benar melakukannya?

7.1   Cara memegang Sabat sebelum hukum Taurat

Untuk memudahkan kita memahami bagaimana seharusnya kita memegang Sabat, maka kita merumuskan situasi-situasi menikmati Hari Sabat dalam Alkitab. Kita akan melihat dahulu keadaan tidak berada di bawah hukum Taurat, iaitu sebelum Hukum Taurat disampaikan dalam perjanjian lama (Kel 20:2-17; Ul 5:6-21).

1. Allah memberkati hari ini sewaktu mengisytiharkannya. Dengan itu hari ini merupakan hari berkat bagi Adam, Hawa dan keturunan mereka.

2. Semasa umat pilihan di padang gurun, Allah mengisytiharkan hari ini dengan menurunkan Manna. Umat tidak perlu keluar bekerja dan boleh menikmati Manna di rumah. Barangsiapa yang mengingkari tidak akan berhasil dalam pekerjaan mereka dan tidak diberkati. Namun, mereka tidak dihukum.

3. Dalam Sepuluh Hukum Tuhan yang ditulis Tuhan sendiri pun hanya ada berkat, dan tiada hukuman.

(A) Tuhan menetapkan dan menguduskan hari ini sebagai suatu hari yang berbeza dengan hari-hari yang lain untuk menandakan hari tidak sama dengan hari-hari lain dan harus dikhususkan untuk Tuhan.

(B) Tuan, hamba, orang tumpangan dan binatang peliharaan semua rehat dan menikmati berkat pada hari ini.

(C) Hari Sabat merupakan tanda milik Tuhan.

(D) Memperingati Hari Sabat adalah memperingati keselamatan Tuhan.

Similar Posts