Views: 94

Ada orang yang mengatakan bahawa Abraham – bapa iman pun, tidak memegang hari Sabat dan keturunannya, Ishak dan Yakub juga tidak memegang hari Sabat; namun Allah menganggap mereka sebagai orang benar. Oleh itu kita boleh dibenarkan dan diselamatkan tanpa perlu memegang Sabat. Terdapat dua sebab mereka tidak memegang hari Sabat. Pertama, Zaman Perjanjian Lama belum lagi terbentuk pada masa itu, kedua, kerana Allah tidak menyuruh mereka memegangnya. Namun bagi Kristian pada Zaman Perjanjian Baru, Allah telah menyuruh mereka memegangnya dengan meninggalkan teladan. Oleh itu kita patut taat, meneladani Tuhan dan melakukannya dengan mengikuti jejak langkah Tuhan. Tuhan berkuasa atas kelakuan manusia; sebagai contoh, di atas kayu salib, Tuhan Yesus membenarkan salah seorang daripada penjahat masuk ke dalam Firdaus:

Kata Yesus kepadanya: “ Aku berkata kepadamu, sesungguhnya hari ini juga engkau akan ada bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus” (Luk 23:43).

Akan tetapi penjahat pada zaman sekarang tidak boleh masuk ke dalam Firdaus dengan cara ini. Sama juga, kita tidak boleh berkata kepada Allah supaya menggunakan contoh Abraham, tidak tunduk kepada pengajaran Perjanjian Baru dan ingin masuk ke dalam kerajaan Sorga.

Similar Posts