Views: 307
PERIHAL KERJA
1. Bentuk hikmat :
I) Guna tangan dan otak.
II) Penggunaan pedang dan sangkakala.
[Tetapi orang yang berbudi luhur merancang hal-hal yang luhur dan ia selalu bertindak demikian] ( Yes 32 : 8 ).
[Kebijaksanaan akan memelihara engkau] ( Ams 2 : 11 ).
Pahlawan selalunya adalah luar biasa. Ehud bukan seorang yang mempunyai perkembangan fizikal yang pesat tetapi berakal, dan tidak hanya bersandar pada keberanian namun sebaliknya ia mempunyai banyak rancangan. Kita hanya merujuk proses muslihatnya menikam Raja Moab, bagaimana dia datang, bagaimana dia mendapatkan kepercayaan dari raja, bagaimana dia menikam raja hingga mati………, kita memang mengkagumi perancangannya yang begitu teliti ( ternyata perancangan yang teliti menjamin kejayaan ).
Otak aktif berfikir untuk mencapai kejayaan, dia menggunakan segala alat yang sesuai. Itulah sebabnya ia diibaratkan ‘penggunaan pedang dan sangkakala’.
[Pedang] alat yang digunakan untuk menikam Raja Moab, Eglon hingga mati. Eglon dalam bahasa Ibrani bermaksud ‘lembu yang gemuk’ ( nama yang diberi oleh orang Israel itu bermaksud untuk memandang ringan ). Kisahnya yang berkembang hingga ke kemuncaknya membolehkan kita bayangkan Ehud ( hanya menggunakan sebelah tangan membunuh lembu yang gemuk ) membalas dendam untuk orang Israel. Ia sangat hebat sekali.
[ Sangkakala ] biasanya ada 2 fungsi :
I) mengumpul orang ramai.
II)mengarahkan orang ramai bergerak ke hadapan.
Apabila sangkakala ditiup oleh Ehud di pergunungan Efraim, bunyi sangkakala dibawa oleh tiupan angin yang mengiringi berita kematian Raja Moab menyebabkan orang Israel yang mulanya telah berputus asa itu kembali bersemangat semula lalu turun bersama Ehud dari pergunungan itu untuk terus melawan musuh. Pada waktu itu, mereka menewaskan kira-kira sepuluh ribu orang Moab, semuanya orang yang tegap dan tangkas, seorang pun tidak ada yang terlepas ( 3 ; 28-29 ).
Biasanya kita tidak dapat memperolehi hasil yang lumayan tetapi usaha hanya separuh saja. Biasanya bila memulakannya, perancangan yang dibuat tidak teliti, tidak mempunyai pandangan jauh, maju selangkah sambil menyelesaikan masalah yang di depan mata sahaja, hanya cuba menyelesaikan masalah bila timbul masalah. Kalau demikian, bagaimanakah mungkin dapat berjaya dan tidak menimbulkan sebarang masalah?
Merujuk kepada Buku Catatan Cara-Cara Berperang China dalam fasal 13 mengenai ‘rancangan awal’, memberi pandangan yang baik bagi kita iaitu sebelum peperangan bermula, duduklah terlebih dahulu. Kemudian meninjau syarat-syarat yang ada pada kedua pihak. Jika didapati ada keyakinan untuk menang, barulah melibatkan diri dalam peperangan itu.
Tuhan Yesus pernah berkata :
[Sebab siapakah di antara kamu yang kalau mau mendirikan sebuah menara tidak duduk dahulu membuat anggaran biayanya, kalau-kalau cukup wangnya untuk menyelesaikan pekerjaan itu? Supaya jikalau ia sudah meletakkan dasarnya dan tidak dapat menyelesaikannya, jangan-jangan semua orang yang melihatnya, mengejek dia sambil berkata : Orang itu mulai mendirikan, tetapi ia tidak sanggup menyelesaikannya. Atau raja manakah yang kalau mau pergi berperang melawan raja lain tidak duduk dahulu mempertimbangkan, apakah dengan sepuluh ribu orang ia sanggup menghadapi lawan yang mendatanginya dengan dua puluh ribu orang ? Jikalau tidak,……..] ( Luk 14 : 28-32 )
Oleh itu, [ Rancangan di dalam hati manusia itu seperti air yang dalam tetapi orang yang pandai tahu menimbanya ] ( Ams 20 ; 15 ). Keberanian ditambah dengan hikmat dalam hati merupakan syarat utama untuk berjaya dalam sesuatu perkara.
2. Bentuk diam diri – Berani dan tak gentar
[Setelah Ehud selesai menyampaikan upeti itu……..] ( 18-23 )
Imbas kembali sejarah China “Xing Ker menikam Maharaja dari Dinasti Ching”. Pada masa itu, Putera Yen telah mengutus seorang pahlawan bernama Ching Wu Yang dari salah satu pasukan pahlawan China membantu Xing Ker untuk membunuh Maharaja Dari Dinasti Ching. Menurut cerita, Ching Wu Yang sudah biasa membunuh orang pada umur 13 tahun dan dilakukan secara tidak berperikemanusian dan mangsanya juga tidak berani bertentangan mata dengannya. Tetapi pertemuannya dengan Maharaja dari Dinasti Ching hampir-hampir merosakkan “rancangan pembunuhannya”. Dahulunya Ching Wu Yang membunuh orang mengikut ‘darah mudanya’. Ini menyebabkannya tidak dapat melaksanakan perkara yang besar. Nasib baiklah Xing Ker menjadikan keadaan yang cemas berubah jadi selamat, Xing Ker adalah Pahlawan yang benar-benar berani dan tidak gentar.
[Janganlah menggunakan “menang” atau “kalah” untuk menggelar seseorang pahlawan]
Bila kisah Ehud dan Xing Ker diceritakan serentak, ternyata kedua-duanya mempunyai corak kerja yang berbeza tetapi hasil kerja yang sama dengan kesudahan yang amat baik. Ia lebih lagi mengkagumkan ( tidak seperti kisah Xing Ker yang menimbulkan rasa hampa sedikit ). Pergerakan Xing Ker dimulai dengan corak kesedihan – sudah diketahui tidak boleh dibuat tapi dibuat juga. Tetapi kedua-duanya mempunyai watak yang mengkagumkan iaitu semangat keberanian mereka. Mereka tidak seperti pembunuh yang membunuh manusia tanpa memejamkan mata menurut ‘darah muda’ mereka. Dengan ciri yang istmewa itu barulah ia dapat seorang diri, tenang, tanpa memperlihatkan sebarang kesilapan untuk membunuh Eglon. Pedang yang masih terpacak di atas tubuh raja dapat membuktikan ketangkasannya menggunakan pedang, ketenangan dan keberaniannya.
PERIHAL PENYERANGAN
1. Hormat dahulu kemudian disusuli oleh tentera.
[ Kemudian ia menyampaikan upeti kepada raja Moab…….setelah Ehud selesai menyampaikan upeti itu, disuruhnya pembawa-pembawa upeti itu pulang.] ( 17-18 )
[Kemudian Ehud mengulurkan tangan kirinya, dihunusnya pedang itu dari pangkal paha kanannya dan ditikamnya ke perut raja.] ( 21 )
Ehud sememangnya seperti menurut catatan Alkitab : “Hadiah memberi keluasan kepada orang, membawa dia menghadap orang-orang besar”. ( Ams 18 : 16 ); melalui pemberian hadiah itu, memudahkan dia menghadap raja Moab dengan menyembunyikan niat sebenarnya.
Pemegang amanat yang baik, bersembunyi hingga kesembilan lapisan tanah; penyerang yang baik, gegerannya sampai kesembilan di langit; Dengan demikian, penjagaaan diri dan kemenangan dapat dicapai ( Buku Catatan Cara-Cara Berperang China ).
Maksudnya, pemegang amanat yang baik perlu menyembunyikan diri hingga kesembilan lapisan tanah ( tidak boleh diketahui identitinya ) supaya musuh tidak berupaya mengetahui dirinya; penyerang yang baik perlu bergerak aktif sampai kesembilan lapisan di langit ( ketinggiannya tak terukur ), perlu seperti langit terbuka, angin dan hujan kuat yang menjunam dari langit ke bawah menyebabkan pihak musuh amat terkejut dan tidak sanggup diatasi oleh musuh. Dengan demikian, kedudukan pemegang amanat dan penyerang yang baik dapat menjaga kekuatan peperangan dan memperolehi kemenangan yang sempurna. Dengan prinsip ini, Ehud boleh berpegang kepada rahsia yang dapat melancarkan tugasnya.
[ Bodohlah yang menyatakan sakit hatinya seketika itu juga, tetapi bijak, yang mengabaikan cemooh.] ( Ams 12 : 16 ) Inilah falsafah hidup manusia.
2. Sebelum tangkap pencuri, tangkap raja terlebih dahulu ( 21, 28-29 ).
Perkara besar diuruskan terlebih dahulu, barulah diikuti oleh perkara kecil.
Setiap perkara dibahagikan kepada yang berat dan ringan. Ketika kita sedang membuat pilihan, haruslah memutuskan siapa yang dahulu dan siapa yang kemudian; itulah yang dikatakan mengetahui permulaan dan pengakhiran sesuatu perkara, barulah ia senang diuruskan.
3. Kesempurnaan sesuatu tugas.
[ Maka turunlah mereka mengikuti dia, lalu mereka merebut tempat penyeberangan sungai Yordan ke Moab dan tidak seorangpun dibiarkan mereka menyeberangi. Pada waktu itu mereka menewaskan kira-kira sepuluh ribu orang dari Moab. Semuanya orang yang tegap dan tangkas, seorangpun tidak ada yang lolos.] ( 28-29 )
Mereka telah menutup jalan pihak musuh dan menjaga tempat penyeberangan sungai Yordan malah bagi orang yang tinggal semua dihapuskan. Tidak ada seorangpun yang lolos. Oleh kerana penentangan yang teliti dan bersungguh-sungguh itu, maka ia memberi keamanan selama 80 tahun kepada negara.
[ Janganlah beri kesempatan kepada iblis ] ( Ef 4 : 27 )
Peperangan rohani seorang kristian juga adalah sama. Seandainya kemenangan peperangan rohani telah diperolehi tetapi tidk dapat menghapuskan segala keinginan duniawi, ia menjadi sia-sia sahaja. Seandainya kekuatan menghapuskan keinginan duniawi bertambah, kedudukan rohani menjadi semakin selamat dan damai sejahtera itu boleh bertahan lebih lama lagi.
[ Sebab itu ambillah seluruh perlengkapan senjata Tuhan, supaya kamu dapat mengadakan perlawanan pada hari yang jahat itu dan tetap berdiri sesudah kamu menyelesaikan segala sesuatu ] ( Ef 6 : 13 ).
PERIHAL KEPIMPINAN
1. Memimpin jalan di depan.
Seorang pemimpin yang sebenarnya, bukan saja perlu menyakinkan orang dengan ‘Kebenaran’, menggerakkan hati orang dengan ‘perasaan’, memimpin orang dengan ‘teknik’ tetapi lebih lagi perlu memberi teladan dalam segala perkara dengan berteraskan kepimpinan melalui teladan barulah mendapat kasih orang ramai. Ehud bukan sahaja sendiri memasuki ‘gua harimau’ dan berjaya membunuh raja tetapi dia juga mengumpulkan orang dengan memberitahu mereka : “Ikutlah aku”. Dia adalah seorang pemimpin yang memberikan teladan baik.
Sebaliknya, apa yang dikatakan pemimpin pada hari ini adalah orang yang menetapkan arah tujuan yang ‘agung’ tetapi sendiri tidak membuatnya, juga tidak dapat memimpin orang membuatnya. Malahan ia asyik meminta orang lain memberi sumbangan, pengorbanan terhadap slogan yang agung. Orang ini bukanlah seorang gembala yang baik. Gembala yang baik akan berkorban untuk dombanya ( Yoh 10 : 11 ). Gembala yang baik berjalan di depan domba-domba dan domba-domba itu mengikuti dia kerana mereka mengenal suaranya ( Yoh 10 : 4 ). Ini adalah definisi yang telah diberi oleh Tuhan Yesus. Adalah berharap pemimpin gereja pada hari ini boleh berkata : “Ikutlah aku” secara bersemangat dan secara nyata. Perlulah diingatkan : Domba mengenal suara dia ( Gembala yang baik ). Jangan berperang secara membabi buta sahaja!
2. Dorongan iman.
Seorang pemimpin kepercayaan yang berjaya bukanlah memimpin orang sampai ke hadapan manusia tetapi memimpin orang kepada Tuhan ( Kol 1 : 28 ). Oleh itu, ia tidak menimbulkan sebarang sanjungan tinggi dari orang seperti pahlawan-pahlawan handalan.
Merujuk kepada apa yang dikatakan oleh Ehud : “Tuhan telah menyerahkan musuhmu, orang Moab itu, ke dalam tanganmu”. ( 28 )
Akhirnya : “ Maka turunlah mereka mengikuti dia…” ( 28 ).
Mendorong adalah lebih berkesan daripada menyalahkan seseorang.
PERIHAL KEMENANGAN
1. Dalam ketenangan
Ketika Ehud membunuh raja Moab, dia melakukannya sendiri. Oleh itu, setelah ia menyelesaikan tugas yang hebat itu, ia tidak pun mendapat sebarang sorakan atau pelukan dari orang ramai. Sebaliknnya, segalanya dijalankan dalam keadaan tenang sahaja. Begitu juga dengan Tuhan Yesus yang mengalahkan segala pencobaan syaitan di padang gurun.
Hanya kemenangan yang tersembunyi dapat memberi kesaksian tentang kemenangan secara terbuka. Hanya didahulukan dengan kemenangan yang tanpa sorakan barulah tidak ‘pening’ ketika suara yang gemuruh dan menghayatkan dihasilkan.
2. Jangan bermegah hingga melupakan diri
Kejayaan membunuh Eglon, tidaklah melambangkan perkara sudah selesai tetapi ia hanya merupakan permulaan kejayaan sahaja. Oleh itu, jangan terlalu awal bermegah agar apa yang telah dibuat tidak menjadi sia-sia. Ada pepatah berbunyi : Kejayaan tidak capai kerana usaha tidak sempurna. Orang yang menempuhi perjalanan sejauh 100 batu, 90 darinya berhenti di tengah jalan.
“Jikalau keangkuhan tiba, tiba juga cemooh”. ( ams 11 : 2 ).
3. Kemuliaan diberikan kepada Tuhan ( 28 )
Kejayaan terbesar bagi seseorang adalah ketika ia berjaya tanpa merampas kemuliaan Tuhan, tidak bermegah tetapi memberikan segala kemuliaan kepada Tuhan.
Diteliti buku Hakim-hakim, didapati dari kalangan hakim hanya kerja penyelamatan Ehud memberi keamanan kepada negara dalam jangka masa yang paling lama – 80 tahun. Ini adalah berkat Tuhan kepada orang zaman itu sebab mereka mempunyai seorang pemimpin yang baik. Adalah dipercayai hasil dari kerjanya itu berkait rapat dengan setiap tingkah lakunya.
Juga diharapkan, kerajaan Tuhan ( Gereja ) di bumi pada hari ini mendapat pemimpin dari Tuhan sesuai dengan keperluan kita yang mana mempunyai keberanian seperti Ehud, pemimpin yang bersandar Tuhan, dapat memimpin seluruh umat. Dalam peperangan rohani tanpa sebarangan perasaan mementingkan diri sendiri, dengan demikian masa depan gereja akan semakin hari semakin terang.
