Berikatkan Pinggang dan Menyalakan Pelita
| |

Berikatkan Pinggang dan Menyalakan Pelita

Tuhan Yesus berfirman : “ Hendaklah pinggangmu tetap berikat dan pelita tetap menyala.” ( Luk 12 : 35 )

Sebagai seorang hamba yang menantikan kepulangan tuannya, bila diketuk pintu akan membukakan pintu bagi tuannya. Berbahagialah hamba itu jika dia berjaga-jaga ketika tuannya datang. Maka, “ Berikatkan pinggang” dan “menyalakan pelita” menunggu kedatangan Tuhan adalah kewajipan bagi seorang hamba Tuhan.

BERIKATKAN PINGGANG

1. Mengambil rupa sebagai seorang hamba.

Ketika Yesus membasuh kaki murid-muridNya, Dia bangun dan menanggalkan jubahNya. Dia mengambil sehelai kain lenan dan ‘mengikatkannya pada pinggangNya’. Kemudian Dia menuangkan air ke dalam sebuah basi dan membasuh kaki murid-muridNya lalu menyekanya dengan kain yang diikat pada pinggangNya itu. Tuhan Yesus memberi teladan kepada kita agar kita melakukan apa yang telah dilakukanNya. Tentu sekali seseorang hamba tidak boleh lebih besar daripada tuannya. Kita sudah tahu perkara ini. Maka berbahagialah jika kita melakukannya.

Syarat utama melayani Tuhan adalah dengan meninggalkan kedudukannya yang mulia, meninggalkan kedudukan istimewa duniawinya, mengambil kedudukan sebagai seorang hamba dan “mengikatkan” pinggangnya dengan kain dari pekerjaan-pekerjaan yang biasanya serta menyeka kakinya. Cara pelayanan yang ikhlas dan sempurna boleh dijadikan sebagai seorang hamba dan menanggung kerja pelayanan sebagai seorang hamba, maka hendaklah sehati sefikir; janganlah memikirkan perkara-perkara yang tinggi, tetapi arahkanlah diri kepada perkara-perkara yang sederhana. Janganlah menganggap diri sendiri pandai ( Roma 12 : 16 ). Sebaliknya, lebih giat lagi dan sentiasa melayani Tuhan serta menjadikan Kebenaran sebagai pengikat pinggang di dalam hati. Saling melayani dengan rendah hati, menguasai hati sendiri, berwaspada dan meletakkan pengharapan seluruhnya atas kasih karunia yang dianugerahkan kepada kita pada waktu penyataan Yesus Kristus ( I Pet 1 : 13 ).

2. Bersedia menempuhi perjalanan padang gurun.

Ketika umat Tuhan tinggal di Mesir, dalam hidup duniawi selama kira-kira 430 tahun, hati mereka telah meninggalkan Tuhan. Umat Tuhan telah menerima penindasan dari pengawas-pengawas rodi dan orang-orang Mesir. Tuhan telah mendengarkan seruan mereka dan memperhatikan dengan sungguh kesengsaraan mereka. Maka Tuhan memutuskan untuk melepaskan mereka dari tangan orang Mesir dan menuntut mereka ke suatu negeri yang baik dan luas, suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya.

Pada malam sebelum umat Israel dibawa keluar dari Mesir seperti yang dirancangkan oleh Tuhan, Perayaan Paskah ditetapkan. Pada malam itu, mereka mesti memakan domba dengan pinggang berikat, kasut pada kaki dan tongkat di tangan mereka serta memakannya dengan terburu-buru sebab Tuhan membunuh tiap-tiap anak sulung di tanah Mesir. Kemudian orang-orang Israel bertolak dari Ramses untuk bersedia menempuhi perjalanan padang gurun yang jauh itu.

Pada masa lalu, kita tidak ada kaitan dengan Kristus dan kita adalah orang asing tetapi sekarang kita berada di dalam Kristus Yesus. Kita mendekati Tuhan dnegan bersandar kepada darahNya. Dengan demikian, kita bukan lagi orang asing dan pendatang melainkan kawan sewarga dari orang-orang kudus dan anggota-anggota keluarga Allah ( Efe 2 : 19 ). Adalah perlu “berikatkan pinggang”…ini adalah perlengkapan semangat untuk menempuhi perjalanan ke syurga …agar bersemangat dan bertenaga untuk menuju ke arah perjalanan syurga yang susah dan sempit itu.

Setelah Nabi Elia ke gunung Karmel untuk menguji kebenaran dengan nabi-nabi Baal, seramai 450 orang nabi Baal telah dikalahkan akhirnya. Dia naik ke puncak gunung Karmel lalu ia bersungkur ke tanah memohon Tuhan menurunkan hujan. Roh Tuhan dicurahkan ke atas dirinya dan dia pun segera “mengikat” pinggangnya dengan bersemangat dan lari mendahului Raja Ahab sampai ke jalan yang menuju Yizreel.

Oleh itu, seorang Kristian perlu meninggalkan perkara duniawi untuk menjalani kehidupan yang berpengharapan dan menuju ke jalan syurga; lebih-lebih lagi perlu berikatkan pinggang kebenaran, bersandar kepada kuasa Tuhan dalam segala hal dan melangsungkan perjalanan hidup hari ini.

MENYALAKAN PELITA

1. Simbol berjaga-jaga tanpa tidur.

Hal kerajaan syurga seumpama 10 orang gadis yang mengambil pelitanya dan pergi menyongsong mempelai lelaki. Lima di antaranya bodoh dan lima adalah bijak. Gadis-gadis yang bodoh itu membawa pelitanya tetapi tidak mengisikan minyak sedangkan gadis-gadis yang bijaksana itu membawa pelitanya dan juga mengisi minyak dalam buli-buli mereka. Mereka mengantuk sebab mempelai lelaki itu lambat datang. Waktu tengah malam terdengarlah suara orang berseru : “Mempelai datang! Songsonglah dia!” Gadis-gadis itu pun bangun semuanya lalu membereskan pelita mereka.

Saudara-saudara yang dikasihi, ada seperkara yang kamu tidak boleh lupa bahawa di hadapan Tuhan satu hari sama seperti seribu tahun dan seribu tahun sama seperti satu hari. Tuhan tidak lalai  menepati janjiNya, sekalipun ada orang yang menganggapnya sebagai kelalaian, tetapi ia sabar terhadap kamu kerana Ia mengkehendaki supaya jangan ada yang binasa melainkan supaya semua orang berbalik dan bertobat ( II Pet 3 : 8-9 ). Hari Tuhan akan tiba seperti pencuri. Ada masa itu, tidak seorang pun yang mengetahuinya. Mungkin waktu tengah malam, ketika orang keletihan dan hilang kewaspadaan lalu tertidur. Jika kita mengharapkan diri sendiri dapat menyediakan pelita dan menyalakannya untuk menyambut kedatangan Tuhan pada masa itu, bukankah seharusnya perlu sentiasa bersiap sedia untuk menyediakan minyak dan menyalakan pelita kita?

Jika kita menghendaki pelita itu sentiasa menyala, perlulah ada minyak. Gadis-gadis yang bijaksana itu telah membuat persiapan yang sepenuhnya dengan memenuhkan buli-buli mereka dengan minyak. Dengan demikian, barulah pelita itu akan terus menyala sehingga kedatangan Tuhan Yesus untuk menyambut pengantin perempuan, bergembira bersama dengan Tuhan dan sama-sama menikmati kegembiraan jamuan pernikahan yang mulia.

2. Menyalakan pelita di atas kaki dian.

Selain daripada pelita kita yang dipenuhi dengan minyak dapat menggembirakan hati Tuhan dan menerima kedatanganNya untuk menyambut pengantin perempuan. Di samping itu juga pelita berminyak yang menyala dapat menerangi semua penjuru agar orang yang di sekeliling turut memperolehi faedahnya. Perbuatan baik sama seperti terang. Lebih jauh ia pergi lebih jauhlah kawasan yang mendapat terang dan lebih besar terang itu, lebihlah Tuhan dapat dimuliakan.

Oleh itu, orang tidak menyalakan pelita lalu meletakkannya di bawah gantang, melainkan di atas kaki dian sehingga menerangi semua orang di dalam rumah itu. Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di syurga ( Mat 5 : 15-16 ). Malahan, setiap orang mestilah sentiasa mengharapkan kedatangan Tuhan dengan Roh kebenaran yang penuh di dalam hati kita. Barangsiapa yang melakukan segala hal dengan bersandarkan Roh Kudus dan menghasilkan buah-buah Roh Kudus dapat memberi  faedah kepada manusia di dunia serta menikmati faedah Injil bersama dengan sanak-saudara dan sahabat.

3. Mengisi penuh pelita dengan minyak selagi hari masih siang.

Sebab utama Yesus mengatakan lima orang gadis adalah yang bodoh bukan kerana mereka tidak ada hikmat tetapi mereka telah lalai akan kewajipan mereka. Mereka tidak membuat persediaan yang lengkap. Mereka hanya tahu membawa pelita tetapi tidak tahu mengisi minyak. Sungguhpun mereka mempunyai sedikit minyak dalam pelita tetapi tidak seperti gaids-gadis yang bijaksana yang mengisi penuh buli-buli mereka dengan minyak. Itulah sebabnya tidak lama kemudian pelita mereka hampir padam. Kita sepatutnya menyediakan minyak selagi hari masih siang supaya minyak dalam pelita mencukupi dan tidak padam pada pertengahan jalan untuk mengelak daripada disingkirkan oleh Tuhan.

Namun, bagi gadis-gadis bijaksana bukanlah bermaksud intelek mereka luar biasa tetapi merujuk kepada kecekapan mereka menggunakan kebijiksanaan mereka dengan bersesuaian. Ia menunjukkan perbezaan di antara umat Kristian yang sebenar dengan umat Kristian yang hanya ada nama sahaja. Dari segi luarannya, gadis-gais yang bodoh dan gadis-gadis yang bijaksana sama sahaja sebab tujuan mereka adalah keluar untuk menyambut pengantin lelaki. Mereka juga sama-sama berharap dapat menjamu selera bersama pengantin lelaki. Hanya kesudahan mereka sahaja yang berlainan. Kita perlu tanya pada diri sendiri : “Saya adalah milik jenis yang mana satu?” Apabila ditinjaukannya, para pemercaya perlu bersiap sedia dari pelbagai aspek untuk menanti kedatangan Juruselamat dengan sentiasa saling menasihati agar tidak ada orang yang disesatkan oleh dosa yang menjadikan hatinya keras. Sekarang adalah masa untuk bangun dari tidur dan menyediakan minyak sebab kita menerima anugerah keselamatan adalah lebih dekat lagi dibandingkan dengan pada waktu mula-mula kita menjadi percaya supaya kita tidak menyesal dan cemas jika tidak ada lagi peluang kelak.

PENUTUP

Malam sudah larut dan hari akan siang, kita mestilah menanggalkan perbuatan yang milik kegelapan, sebaliknya mengenakan perlengkapan senjata milik terang. Perbuatlah perkara yang baik terhadap orang lain seperti melakukannya pada waktu siang hari agar apa yang kita lakukan tidak bersalah terhadap Tuhan. Dalam segala hal itu diperkenankan oleh Tuhan bagi menghasilkan buah-buah yang baik. Adalah perlu bagi kita menggunakan hikmat kita untuk menyimpan Kebenaran Kristus dengan segala kekayaan di dalam hati kita.Tidak kira sama ada penyempurnaan rohani individu, dalam kehidupan keluarga atau kerja pelayanan di gereja, adalah memerlukan iman untuk mengerjakan keselamatan. Bertahan dalam kesusahan dengan kasih sebab mengharapkan Tuhan Yesus Kristus maka timbullah kesabaran. Sungguhpun ada kerumitan yang tidak dapat dielakkan tetapi ia tidak dapat diperhitungkan jika dibandingkan dengan buah-buah terang yang dihasilkan dan kegembiraan serta kemuliaan yang diperolehi.

Pada masa kini kita telah pun hidup bersandar kepada Roh Kudus, maka “berikatkan rendah hati” taat kepada Kebenaran: bersandar Roh Kudus dalam melakukan segala hal supaya tiada bernoda sebagai anak-anak Allah yang tidak bercela di tengah-tengah angkatan yang bengkok hatinya dan sesat ini sehingga bercahaya di antara mereka seperti bintang-bintang di dunia agar dapat bermegah pada hari Kristus, bahawa tidak percuma berlumba dan tidak percuma bersusah-susah ( Filipi 2 : 15-16 ).

Bersara Tetapi Tidak Berhenti
| |

Bersara Tetapi Tidak Berhenti

PENGGUNAAN SUMBER TENAGA PARA PESARA

Mengikut standard pengiraan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, orang -orang yang berumur 65 tahun ke atas dianggap tua.

Sekiranya terdapat 7% orang-orang yang berumur 65 tahun ke atas dalam sesebuah negara, maka negara itu disebut sebagai negara orang-orang tua. Ia disebut sebagai negara orang-orang tua kerana peratusan orang-orang tua adalah tinggi. Maka masyarakat ini disebut sebagai masyarakat orang berusia lanjut.

Mengikut penyelidikan para cendikiawan, sewaktu zaman pemulihan kawasan Taiwan, bilangan penduduk yang tua adalah 2.5 % daripada jumlah penduduk tahun 1946 dan sehingga tahun 1981 ia mencapai 4.3 %. Adalah dijangka akan bertambah hingga 7% pada tahun 1991. Oleh itu, Taiwan kini sedang menghala ke arah masyarakat yang lanjut usia. Ada dua sebab mengapa masyarakat orang berlanjut usia ini wujud. Pertama, adalah kerana perkembangan kemahiran iaitu perubatan, pemakanan dan kesihatan awam telah kembang maju dan taraf hidup juga meningkat. Kedua, konsep perkembangan dan kemahiran perancangan keluarga. Kadar kelahiran juga telah menurun maka bilangan orang muda menjadi kurang. Oleh itu, salah satu ciri dalam masyarakat orang tua ialah purata usia penduduk menjadi lebih lanjut. Selepas perang dunia kedua, purata usia kawasan Taiwan adalah 40 tahun tetapi sekarang purata usia lelaki ialah 71 tahun dan perempuan 76 tahun. Cirinya yang kedua bagi masyarakat orang berusia lanjut ini adalah amalan persaraan secara paksa.

Orang tua yang sudah bersara ini, ada yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan yang tiba-tiba berubah dari keadaan sibuk kepada kehidupan yang biasa dan tenang serta tidak tahu bagaimana merancang kehidupan mereka selepas bersara. Perasaan mereka tidak stabil, rasa kehilangan sesuatu, takut kesunyian dan ini menimbulkan masalah-masalah orang-orang tua. Dengan itu penggunaan sumber tenaga orang-orang tua ini bukan sahaja dapat memberi bantuan yang wajar dan besar kepada mereka tetapi juga kepada perkembangan ekonomi masyarakat, kerja suci gereja dan kehidupan keluarga.

APAKAH SUMBER TENAGA ORANG-ORANG TUA?

Alkitab mencatatkan Tuhan telah menetapkan had usia manusia. Kehidupan dan tingkahlaku manusia adalah mengikut kehendak Tuhan ( Kis 17 : 26-28 ). Tuhan membuat segala sesuatu dengan tujuannya masing-masing ( Ams 16 : 4 ). Kewujudan setiap orang semuanya ada tujuan dan nilainya yang tersendiri. Tuhan membiarkan orang tua hidup lebih lama, hidup dengan baik juga adalah kehendak Tuhan. Tenaga yang dapat disumbangkan oleh orang-orang tua ini tidak boleh dilalaikan.

1. Tenaga fizikal

Tuhan berfirman kepada Musa: “Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: Apabila seorang mengucapkan nazar khusus kepada Tuhan mengenai orang menurut penilaian yang berlaku itu, maka tentang nilai bagi orang laki-aki yang berumur dua puluh tahun sampai yang berumur enam puluh tahun, nilai itu harus lima puluh syikal perak, ditimbang menurut syikal kudus. Tetapi jikalau itu seorang perempuan, maka nilai itu harus tiga puluh syikal….Jikalau itu mengenai seorang yang berumur enam puluh tahun atau lebih, jikalau ia mengenai laki-laki, maka nilai itu harus lima belas syikal dan bagi perempuan sepuluh syikal ( Im 27 : 1-4,7 ).

Pada zaman dahulu, nilai seseorang diukur sesuai dengan sumbangan tenaganya. Dari penjelasan contoh tadi, nilai yang perlu dibayar oleh seseorang yang bernazar adalah mengikut usianya. Zaman muda bagi lelaki ( 20 tahun hingga 60 tahun ) lebih banyak 20 syikal perak daripada perempuan; tetapi orang tua berumur 60 tahun ke atas tidak banyak beza nilainya dengan perempuan. Had usia orang-orang Lewi yang melakukan pekerjaan di kemah pertemuan adalah dari 30 tahun hingga 50 tahun ( Bil 4 : 46-48 ). Mungkin juga tugas orang Lewi lebih berat dan adalah kerja kasar seperti bertanggungjawab dalam pengangkutan alat-alat ke kemah pertemuan, maka yang lebih tua tidak dapat melakukannya.

Tetapi orang tua yang berumur 60 tahun ke atas masih mempunyai nilai 20 syikal perak dan 15 syikal perak. Mengikut keadaan fizikal, mereka masih mampu melakukan kerja-kerja yang ringan. Terutamanya sekarang terdapat para pesara yang masih bertenaga dan mampu bekerja. Jadi, mereka ini adalah sumber tenaga yang banyak.

2. Pengalaman dan hikmat

“Konon hikmat ada pada orang yang tua, dan pengertian pada orang yang lanjut umurnya” ( Ayb 12 : 12 ). Nilai manusia tidak boleh diukur seperti susut nilai sebuah kereta. Sebuah kereta yang semakin lama, semakin tidak bernilai. Manusia semakin tua, semakin lama usia yang telah dilaluinya dan pengalamannya pun banyak, maka hikmat dan pengetahuan pun bertambah. Bak kata: Ada seorang tua dalam sebuah rumah, semua perkara pun baik. Maksudnya dengan adanya orang tua sebagai pemerhati dalam sebuah keluarga, maka semua perkara boleh berjalan dengan lancar.

Semasa Daud lanjut usia, baginda ingin sekali membawa tenteranya untuk berperang tetapi tenteranya berkata kepada Daud: Janganlah tuanku maju berperang; sebab apabila kami terpaksa melarikan diri, maka mereka tidak akan menghiraukan kami, bahkan sekalipun mati saparuh daripada kami, mereka tidak akan menghiraukan kami; tetapi tuanku sama harganya dengan sepuluh ribu orang daripada kami. Sebab itu, adalah lebih baik, bahwa tuanku bersedia menolong kami dari kota ( II Sam 18 : 3 ). Ada sekali lagi Daud membawa tenteranya berperang dengan orang Filistin sampai Daud menjadi letih lesu. Hampir-hampir terjadi perkara yang tidak diingini. Orang-orang yang mengikuti Daud ketika itu berkata kepadanya: Janganlah lagi engkau maju berperang bersama-sama dengan kami, supaya jangan punah bersama-sama engkau ( II Sam 21 : 15-17 ). Walaupun Daud sudah tua ketika itu tetapi dia dipandang ‘satu lebih daripada sepuluh ribu orang’ dan ‘pelita Israel’ oleh orang ramai; tetapi bukan dipandang sebagai kereta lama yang dibuang dalam timbunan besi yang terbuang.

‘Halia lebih tua adalah lebih pedas’, ‘kuda tua lebih tahu jalan’ dan ‘perancang tua lebih pandai mengira’ adalah pujian kepada orang tua yang berhikmat. Selepas Raja Salomo mati, anaknya tidak menerima pendapat-pendapat orang tua sebaliknya menggunakan pendapat-pendapat orang muda yang telah membawa kepada kehilangan separuh daripada tanah negara dan rakyatnya. Kukuh dan bertenaga adalah faktor utama kejayaan. Orang tua sentiasa kukuh tetapi tidak bertenaga. Jadi, ia kurang berdaya melakukan sesuatu; Orang muda memang bertenaga tetapi tidak kukuh. Jadi, ia kurang stabil. Jika orang muda menggunakan pengalaman dan hikmat orang tua, jejak langkahnya adalah menjadi teguh dan stabil untuk memudahkannya menuju ke arah kejayaan.

3. Ada pengalaman yang baik dalam kepercayaan

“Dahulu aku muda, sekarang telah tua, tetapi tidak pernah kulihat orang benar ditinggalkan atau anak cucunya meminta-minta roti”. “Ya Tuhan, janganlah meninggalkan aku, juga sampai masa tuaku dan putih rambutku supaya aku memberitakan kuasaMu kepada angkatan ini, keperkasaanMu kepada semua orang yang akan datang. Ya Tuhan, keadilanMu sampai ke langit, Engkau yang telah melakukan hal-hal yang besar, Ya Tuhan siapakah seperti Engkau? Engkau yang telah membuat aku mengalami banyak kesusahan dan malapetaka, Engkau akan menghidupkan aku kembali dan dari samudera raya bumi Engkau akan menaikkan aku kembali” ( Maz 37 : 25 , 71 : 18-20 ).

Orang tua telah melalui kehidupan kepercayaan mereka yang lama, mengalami perolakan zaman, godaan Iblis, walau dalam keadaan apa sekali pun mereka tetap berpegang kepada prinsip kepercayaan mereka, dari kecil hingga tua tidak menyimpang dari kebenaran. Pengalaman ini adalah sangat bernilai dan boleh dijadikan teladan kepada generasi akan datang. Orang tua mengalami ‘perkara yang rumit dan mencemaskan’ memberi  banyak pengalaman dalam kepercayaan dan kesaksian yang baik. Semua ini adalah ‘sumber’ yang terbaik dari mereka. Oleh itu, pemercaya dahulu kala seperti Musa, Yosua, Samuel, Petrus dan lain-lain menyedari akan amanat untuk menyedarkan umat agar berpegang Firman dan menyembah Tuhan serta memberitahu segala pengalaman mereka dalam hal penerimaan berkat  dan kuasa Tuhan kepada generasi yang akan datang.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN SUMBER-SUMBER TENAGA ORANG TUA?

1. Dalam keluarga

Mengikut kajian, didapati ada 70% orang tua di Taiwan tinggal bersama anak-anak mereka. Sistem kekeluargaan dalam sejarah dan sistem kekeluargaan sekarang tidak bezanya dari segi teori iaitu semuanya ada tiga generasi yang tinggal bersama dalam sebuah keluarga. Sebahagian besarnya berharap dapat tinggal bersama anak-anak mereka selepas mereka bersara dalam menghabiskan masa tua mereka. Pihak kerajaan juga mendorong sistem kekeluargaan ini dengan mengurangkan cukai pendapatan keluarga tersebut.

Kebanyakan orang tua memainkan peranan sebagai penjaga cucu di rumah. Ibu bapa sibuk kerana kerjaya dan cita-cita mereka. Dengan itu, tidak dapat menjaga anak-anak mereka sehingga wujudnya remaja yang bermasalah. Namun hubungan di antara datuk/nenek dengan cucu boleh mewujudkan suasana gembira dalam kehidupan. Datuk/nenek mempunyai kesabaran dan pengalaman hidup yang berkelimpahan, malah dari percakapan mereka boleh diketahui serba sedikit sejarah keluarga sendiri dan pengajaran hidup sebagai seorang insan seperti Timotius yang sejak kecil lagi tinggal dan belajar Alkitab dari neneknya serta mendirikan kepercayaannya.

Dalam keluarga yang mempunyai  tiga generasi, anak-anak perlu menghormati corak kehidupan dan pendirian orang-orang tua, memberi  kebebasan kepada mereka untuk pergi ke tempat anak-anak mereka yang lain atau mengikuti pelbagai kerja serta melakukan aktiviti-aktiviti dan hobi mereka seperti menanam bunga, menanam sayur, membaca buku, melukis…..tanpa disedari ia dapat mencungkil sumber tenaga orang-orang tua.

2. Di Gereja

Perutusan kedatangan pemercaya dalam kebaktian di gereja merosot, orang-orang muda sibuk dengan kerja mereka lalu jarang berkebaktian. Kebanyakan mereka yang menghadiri kebaktian adalah orang-orang tua, kanak-kanak dan wanita. Ini menyebabkan pihak gereja susah mencari tenaga kerja. Bagaimana untuk memulihkan situasi kehilangan tenaga kerja ini? Ia adalah persoalan yang perlu difikirkan secara mendalam oleh pihak gereja. Tetapi dengan syarat-syarat yang ada, pemercaya yang telah bersara dari kerja mereka mempunyai masa yang banyak; jika masa itu digunakan dengan sewajarnya maka ia memberi bantuan yang besar kepada pekerjaan kudus.

Ada beberapa gereja tempatan yang menubuhkan persahabatan orang tua seperti Kaleb, 969, Tetap subur, untuk menyatukan sumber tenaga mereka dalam melakukan pekerjaan kudus seperti berdoa, melawat, penginjilan di hospital dan lain-lain. Setakat ini masih terdapt banyak gereja tempatan yang tidak ada penjaga gereja. Jika orang tua yang telah bersara ini menjawat pekerjaan tersebut dengan semangat untuk membuat persembahan dengan menyambut pemercaya, melayani para penginjil ini adalah pekerjaan untuk Tuhan juga ( rujuk Yoh 5-8 ).

3. Dalam masyarakat

Menyelesaikan masalah ekonomi dan mengurangkan bilangan penganggur adalah matlamat yang diusahakan oleh kerajaan. Setakat ini, kadar pertumbuhan penduduk menurun, tempoh persekolahan lebih lama, usia untuk pesara dihadkan, peningkatan pelaburan dalam masyarakat telah menyebabkan tenaga kerja berkurangan. Keadaan ini menyebabkan tenaga orang tua amat dititikberatkan.

Hospital besar Taiwan menegaskan tugas ‘ berkhidmat untuk rakyat’ dengan menubuhkan ‘majlis kebajikan’ pada Mac, tahun 1984. Para pesara di hospital., lebih kurang 60 orang dijemput bekerja untuk kebajikan seperti perkhidmatan kepada pelawat dan pesakit di hospital. Perkhidmatan ini adalah seperti memberi maklumat kepada pesakit tentang jabatan-jabatan yang mereka perlukan, menjawab segala pertanyaan tentang cara-cara penjagaan kesihatan, memberi petunjuk kepada pesakit tentang bahagian yang harus ditujui mencari nombor bilik dan katil pesakit untuk pelawat hospital dan memberi risalah-risalah tentang pengetahuan kesihatan. Sejak ‘majlis kebajikan’ itu ditubuhkan, kualiti perkhidmatan di hospital telah meningkat dan mendapat komen yng baik. Para cendikiawan mengesyorkan guru-guru yang telah bersara supaya balik ke sekolah semula untuk memberi bimbingan kepada pelajar-palajar, para jurujual yang telah bersara kembali ke syarikat asal mereka untuk bekerja secara sukarela. Malah cadangan-cadangan yang lain pula berharap agar ketika kerajaan mendirikan kawasan perumahan, tingkat bawahnya bolehlah direka khas untuk orang tua, dijual kepada mereka yang bersara atau orang tua serta membiarkan mereka hidup dalam masyarakat itu. Ini membolehkan mereka menjaga anak-anak dan jiran-jiran mereka di situ.

Kesimpulannya, banyak jenis kerja yang sesuai untuk orang-orang tua. Ini boleh didapati dari cadangan-cadangan orang ramai. Penggunaan sepenuhnya terhadap sumber kehidupan orang-orang tua, bukan saja dapat memulihkan keyakinan dan harga diri mereka malah juga memberi kebahagiaan kepada orang ramai.

Dirampas Keluar Dari Api
| |

Dirampas Keluar Dari Api

Rasul Paulus berkata : “Senjata kami dalam perjuangan bukanlah senjata duniawi, melainkan senjata yang diperlengkapi dengan kuasa Allah, yang sanggup untuk meruntuhkan benteng-benteng. Kami mematahkan setiap siasat orang dan merubuhkan setiap kubur yang dibangun oleh keangkuhan manusia untuk menentang pengenalan akan Allah. Kami menawan segala fikiran dan menaklukkannya kepada Kristus ( II Kor 10 : 4-5 ). Tujuan kita berjuang adalah untuk menawan hati manusia agar manusia menyingkirkan niat jahat sebaliknya kembali taat semula kepada Kristus. Usaha ini adalah sesuai dengan amanat Tuhan untuk menyatakan FirmanNya dalam pemberitaan Injil ( Tit 1 : 3 ). Ia juga lahir dari kasih kepada orang ramai. Catatan Kitab : Bebaskan mereka yang diangkut untuk dibunuh, selamatkan orang yang terhuyung-huyung menuju tempat pemancungan. Kalau engkau berkata : “Sungguh, kami tidak tahu hal itu!” Apakah Dia menguji hati tidak tahu yang sebenarnya? Apakah Dia yang menjaga jiwamu tidak mengetahuinya dan membalas manusia menurut perbuatannya?” ( Ams 24 : 11-12 ). Tugas menyelamatkan orang dalam kesusahan adalah berdasarkan kasih. Ia juga kewajipan bagi orang benar. Kita sudahpun menerima anugerah keselamatan Tuhan dengan percuma, maka kita juga patut memberi dengan percuma supaya orang lain dapat menerima anugerah keselamatan dan menikmati kegembiraan bersama kita.

DIRAMPAS KELUAR DARI API

Alkitab mencatatkan : “Selamatkanlah mereka dengan jalan merampas mereka keluar dari api” ( Yud 23 ). Manusia di dunia sedang bergelut dalam dosa seperti dikepung dalam lautan api. Jika ,mereka tidak dirampas keluar dengan segera, maka tiada pengharapan bagi mereka untuk hidup. Oleh itu, tugas menyelamat orang dosa ini adalah amat mustahak dan tidak boleh ditangguhkan. Sama seperti yang dikatakan oleh Yakobus : “Jika ada di antara kamu yang menyimpang dari Kebenaran dan ada seorang yang membuat dia berbalik. Ketahuilah bahwa barangsiapa membuat orang berdosa berbalik dari jalannya yang sesat, ia akan menyelamatkan jiwa orang itu dari maut dan menutupi banyak dosa ( Yoh 5 : 19-20 ).

Dahulu Lot tinggal di dalam kota yang penuh dengan dosa. Tuhan ingin memusnahkan kota itu dengan api maka diutusNyalah malaikat untuk menyelamatkan Lot dan isteri serta anak-anak perempuannya. Malaikat mendesak Lot dan berkata : “Bangunlah, bawalah isterimu dan kedua-dua anakmu yang ada di sini supaya engkau jangan mati lenyap kerana kedurjanaan kota ini”. Lot tidak ingin pergi. Disebabkan belas kasihan Tuhan, Lot dan isterinya serta anak-anak perempuannya, dituntun oleh malaikat keluar dari kota dan selepas menuntun mereka keluar, malaikat berkata : “Larilah, selamatkanlah nyawamu; janganlah menoleh ke belakang dan janganlah berhenti di mana-mana juga di lembah, larilah ke pergunungan supaya engkau jangan mati lenyap” ( Kej 19 : 15-17 ). Peristiwa malaikat menyelamatkan Lot sekeluarga dengan merampas mereka keluar dari kota adalah satu teladan yang baik bagi kita untuk memberitakan injil dan menyelamatkan orang sesat.

Pada suatu kali Yesus sedang berjalan di atas air. Murid-muridNya sangat terkejut tetapi Yesus berkata : “Tenanglah! Aku ini, jangan takut!” Petrus berkat : “Tuhan, apabila Engkau itu, suruhlah aku datang kepadaMu  berjalan di atas air”. Maka Petrus turun dari perahu dan berjalan di atas air mendapatkan Yesus. Tetapi ketika dirasanya tiupan angin, takutlah ia dan mulai tenggelam lalu berteriak : “ Tuhan, tolonglah aku!” segera Yesus mengulurkan tanganNya, memegang dia dan berkata: “Hai orang yang kurang percaya, mengapa engkau bimbang?” Lalu mereka naik ke perahu dan angin pun redalah (Mrk 4 : 35-41). Petrus mula tenggelam ke dalam air sebab dia kurang percaya dan masih ragu-ragu tetapi Yesus segera datang menyelamatkannya. Kita melihat manusia di dunia yang ketakutan dalam dosa dan lautan pahit, bolehkah kita tidak segera mengulurkan tangan untuk menarik mereka?

Ketika Paulus dan Silas berada dalam penjara di Filipi, mereka berdoa dan menyanyikan puji-pujian kepada Tuhan pada waktu tengah malam. Banduan-banduan lain turut mendengarkan mereka. Tiba-tiba terjadilah gempa bumi yang hebat, sehingga sendi-sendi penjara itu goyah dan seketika itu juga terbukalah semua pintu dan terlepaslah belenggu semua banduan. Apabila kepala penjara itu terjaga dari tidurnya dan melihat pintu-pintu penjara terbuka, ia menghunus pedangnya hendak membunuh diri. Tetapi Paulus berseru dengan suara nyaring : “Jangan celakakan dirimu, sebab kami semua masih ada di sini. Kepala penjara itu menyuruh membawa suluh, lalu berlari masuk dan dengan gementar tersungkurlah ia di depan Paulus dan Silas. Dia menghantar mereka keluar sambil berkata: “Tuan, apakah harus aku perbuat supaya aku selamat?” Jawab mereka : “Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat, engkau dan seisi rumahmu”. Kepala penjara itu membawa mereka dan membasuh luka mereka. Ketika itu juga dia dan keluarganya memberi diri dibaptis ( Kis 16 : 25-33 ). Jika Paulus tidak melarang kepala penjara daripada membunuh diri ketika itu juga, dapatkah dia dan seisi rumahnya menerima anugerah keselamatan? Itulah yang dikatakan “menyelamatkan manusia sama seperti memadamkan api” tidak boleh dilengah-lengahkan.

HARUS MENJADI SEORANG PENJAGA

Tuhan berfirman kepada Yehezkiel: “ Hai anak manusia, Aku telah menetapkan engkau menjadi penjaga kaum Israel. Bila mana engkau mendengarkan sesuatu firman daripadaKu, peringatkanlah mereka atas namaKu. Kalau Aku berfirman kepada orang jahat: Engkau pasti dihukum mati dan engkau tidak memperingatkan dia atau tidak berkata apa-apa untuk memperingatkan orang jahat itu dari hidupnya yang jahat, supaya ia tetap hidup, orang jahat itu akan mati dalam kesalahannya tetapi Aku akan menurut pertanggungan jawab atas nyawanya daripadamu. Tetapi jikalau engkau memperingatkan orang jahat itu dan ia tidak berbalik dari kejahatannya dan dari hidupnya yang jahat, ia akan mati dalam kesalahannya, tetapi engkau telah menyelamatkan nyawamu. Jikalau seorang yang benar berbalik dari kebenarannya dan ia berbuat curang dan Aku meletakkan batu sandungan di hadapannya, ia akan mati. Oleh kerana engkau tidak memperingatkan dia, ia akan mati dalam dosanya dan perbuatan kebenaran yang dikerjakannya tidak akan diingat-ingat tetapi Aku akan menuntut pertanggungan jawab atas nyawanya daripadamu. Tetapi jikalau engkau memperingatkan orang yang benar itu supaya ia jangan berbuat dosa dan memang tidak berbuat dosa, ia akan tetap hidup sebab ia mau menerima peringatan dan engkau telah menyelamatkan nyawamu” ( Yeh 3 : 17-21 ). Melalui Firman Tuhan ini, memberitahu kita akan beratnya tanggungjawab seorang penjaga yang menurut perintah. Ia bukan saja melibatkan nyawa orang lain tetapi, melibatkan kerja-kerja yang dilaluinya. Jika ia tidak sedaya upaya melaksanakan tanggungjawabnya, maka ia akan dituntut oleh Tuhan. Oleh itu, tidak kira sama ada baik atau tidak waktunya, haruslah berusaha memberitakan Injil untuk melaksanakan tugas diri sendiri.

Tuhan Yesus berkata: “Sama seperti Bapa mengutus Aku, demikian juga sekarang Aku mengutus kamu ( Yoh 20 : 21 ). Tuhan Yesus berkata lagi: “ Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk” ( Mrk 16 : 15 ). Ini adalah tugas penting yang diamanatkan kepada kita untuk dikerjakan dengan sedaya upaya. Paulus berkata: “ jika aku memberitakan Injil, aku tidak mempunyai alasan untuk memegahkan diri sebab itu adalah keharusan bagiku. Celakalah aku, jika aku tidak memberitakan Injil. Kalau andai kata aku melakukannya menurut kehendakku sendiri, memang aku berhak menerima upah. Tetapi kerana aku melakukannya menurut kehendakku sendiri, pemberitaan itu adalah tugas penyelenggaraan yang ditanggungkan kepadaku” ( I Kor 9 : 16-17 ). Untuk menyelesaikan tugas yang dipertanggungkan oleh Tuhan! Paulus tidak menghiraukan lagi kepentingan nyawanya walaupun dia sudah tahu penjara menunggunya. Dia hanya ingin mencapai garis akhir dan menyelesaikan pelayanan yang ditugaskan oleh Tuhan Yesus kepadanya untuk memberi  kesaksian tentang Injil kasih karunia Tuhan ( Kis 20 : 23-24 ). Tugas memberitakan Injil adalah satu tugas untuk meneruskan tugas Tuhan Yesus menyelamatkan manusia di dunia. Ia juga merupakan satu tugas yang mulia, sesuai dengan tenaga dan pengorbanan yang dikeluarkan dengan berpatutan. Tepat seperti yang tercatat dalam kitab: “Betapa indahnya kedatangan mereka yang membawa khabar baik!” ( Rm 10 : 15 ).

MENCARI DOMBA YANG SESAT

Tuhan Yesus mengutus 12 orang muridNya memberitakan Injil kepada domba-domba yang sesat dari umat Israel  (Mat 10 : 6) dan memberi  satu perumpamaan dengan berkata: “Siapakah di antara kamu yang mempunyai seratus ekor domba, dan jikalau ia kehilangan seekor di antaranya, tidak meninggalkan yang sembilan puluh sembilan ekor di padang gurun dan pergi mencari yang sesat itu sampai ia menemukannya? Dan kalau ia menemukannya, ia meletakkannya di atas bahunya dengan gembira dan setibanya di rumah ia memanggil sahabat-sahabat dan tetangganya serta berkata kepada mereka: Bersukacitalah bersama-sama dengan aku sebab dombaku yang hilang itu telah kutemukan. Aku berkata kepadamu: Demikian juga akan ada sukacita kerana sembilan puluh sembilan orang benar yang tidak memerlukan pertobatan ( Luk 15 : 4-7 ). Seorang berdosa yang bertobat adalah seperti  {seorang anak yang hilang kembali ke rumah bapanya. Bapa itu berkata: “Anakku ini telah mati dan menjadi hidup kembali, ia telah hilang dan didapat kembali”. Maka bersukacitalah mereka sekeluarga ( Luk 15 : 20-24 ).

Zakheus, kepala pemungut cukai menerima Yesus tetapi semua orang yang melihat hal ini bersungut-sungut dan berkata: “Ia menumpang di rumah orang yang dosa”. Zakheus berdiri dan berkata kepada Tuhan: “Tuhan, setengah dari milikku akan keberikan kepada orang miskin dan sekiranya ada sesuatu yang kuperas dari seseorang akan kukembalikan empat kali lipat.” Kata Yesus kepadanya: “Hari ini telah terjadi keselamatan kepada rumah ini, kerana orang inipun anak Abraham sebab Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan yang hilang” ( Luk 19 : 1-9 ). Ada suatu kali lagi, orang ramai juga bersungut-sungut kepada Yesus kerana Dia turut makan bersama-sama dengan pemungut cukai dan orang berdosa tetapi Yesus berkata kepada mereka: “Bukan orang sihat yang memerlukan tabib tetapi orang sakit; Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa supaya mereka bertobat” ( Luk 5 : 29-32 ). Dari itu, kita ketahui Tuhan Yesus sangat mengambil berat tentang hal untuk mencari orang-orang yang sesat itu. Dia tidak rela salah seorang hilang dan sesat. Dia rela semua orang diselamatkan dan memperolehi pengetahuan akan Kebenaran ( I Tim 2 : 4 ). Dia tidak menghendaki seorang binasa melainkan supaya semua orang berbalik dan bertobat ( II Ptr 3 : 9 ). Dia sendiri telah memikul dosa kita di dalam tubuhNya di kayu salib, supaya kita, yang telah mati terhadap dosa, hidup untuk Kebenaran. Oleh bilurNya kita telah sembuh. Sebab dahulu kita sesat seperti domba, tetapi sekarang kita telah kembali kepada gembala dan pemelihara jiwa kita ( I Ptr 2 : 24-25 ). Kita haruslah meneladani usaha Kristus mencari kembali domba yang sesat.

SEMANGAT BERKORBAN DEMI DOMBA

Tuhan adalah Allah kita yang benar dan kitalah dombaNya dan umatNya ( Mzm 95 : 7 ). Tuhan adalah gembala kita dan menjaga kita dengan rapi ( Mzm 23 : 1-6 ). Tuhan berfirman melalui Nabi Yehezkiel: “Beginilah firman Tuhan Allah: Dengan sesungguhnya Aku sendiri akan memperhatikan domba-dombaKu dan Aku mencarinya seperti seorang gembala mencari dombanya pada waktu domba tu tercerai dari kawanan dombanya, beginilah Aku akan mencari domba-dombaKu dan Aku akan menyelamatkan mereka dari segala tempat, ke mana mereka diserahkan pada hari berkabut dan hari kegelapan. Aku akan membawa mereka keluar dari tengah bangsa-bangsa dan mengumpulkan mereka dari negeri-negeri dan membawa mereka ke tanahnya, Aku akan menggembalakan mereka di atas gunung-gunung Israel, dialur-alur sungainya dan di semua tempat kediaman orang di tanah itu. Di padang rumput yang baik akan Kugembalakan mereka dan di atas gunung-gunung Israel yang tinggi di situlah tempat penggembalaannya; di sana di tempat penggembalaan yang baik mereka akan berbaring di rumput yang subur menjadi makanannya di atas gunung-gunung Israel…yang hilang akan Kucari, yang tersesat akan Kubawa pulang, yang luka akan Kubalut, yang sakit akan Kukuatkan ( Yeh 34 : 11-16 ). Tuhan begitu teliti menjaga kawanan dombaNya, Ia menjadi teladan baik bagi kita. TuhanYesus juga berkata : “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya; sorang upahan yang bukan gembala dan yang bukan pemilik domba-domba itu sendiri, ketika melihat serigala itu menerkam dan mencerai-cerikan domba-domba itu. Ia lari kerana ia seorang upahan dan tidak memperhatikan domba-domba itu. Akulah gembala yang baik dan Aku mengenal domba-dombaKu dan domba-dombaKu mengenal Aku sama seperti Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa, dan  Aku memberikan nyawaKu bagi domba-dombaKu ( Yoh 10 : 11-15 ).Gembala yang baik mengasihi domba-dombanya dan ada kerelaan untuk berkorban demi domba-dombanya. Kita juga patut  seperti Petrus yang mengasihi domba-domba Tuhan dan menjaga mereka dengan teliti ( Yoh 21 : 15-17 ). Petrus faham akan tanggungjawab yang diserahkan Tuhan kepadanya. Demikian dia menasihati kita: Gembalakanlah kawanan domba Allah yang ada padamu, jangan dengan paksa tetapi dengan sukarela sesuai dengan kehendak Allah dan jangan kerana mau mencari keuntungan, tetapi dengan pengabdian diri. Janganlah kamu berbuat seolah-olah mau memerintah atas mereka yang dipercayakan kepadamu, tetapi hendaklah kamu menjadi teladan bagi kawanan domba itu. Maka kamu, apabila Gembala Agung datang, kamu akan menerima mahkota kemuliaan yang tidak dapat layu ( I Ptr 5 : 2-4 ). Kita juga adalah gembala yang baik kerana mencontohi semangat Tuhan berkorban untuk dombaNya dan menunjukkan kasih untuk menjaga dombaNya bukan kerana paksa tetapi dengan kerelaan hati untuk memberi makan kepada kawanan dombaNya. Apabila Kepala Gembala iaitu Tuhan Yesus muncul, pasti kita akan menerima mahkota kemuliaan yang tidak dapat layu.

KATA-KATA AKHIR

Orang mati dapat dihidupkan, tulang-tulang yang sudah putih dapat ditumbuhkan dagingnya adalah satu karunia yang terbesar. Orang sesat dibawa kembali, menyelamatkan jiwa rohaninya dari mati adalah karunia yang lebih agung. Roh Tuhan diturunkan ke atas diri Nabi Yehezkiel dan membawanya ke luar serta menempatkannya di tengah-tengah lembah. Lembah-lembah itu penuh dengan tulang-tulang. Tuhan membawanya melewati sekeliling tulang-tulang itu. Bnayak tulang-tulang yang bertaburan di lembah itu dan kelihatan amat kering. Tuhan menyuruhnya untuk bernubuat mengenai tulang-tulang itu dengan berkata: “Hai tulang-tulang yang kering, dengarlah firman Tuhan ! Beginilah firman Tuhan Allah kepada tulang-tulang ini : Aku memberi  nafas hidup  di dalammu, supaya kamu hidup kembali. Aku akan memberi  urat-urat padamu dan menumbuhkan daging padamu, Aku akan menutupi kamu dengan kulit dan memberikan kamu nafas hidup, supaya kamu hidup kembali. Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah Tuhan”. Lalu dia pun bernubuat menurut perintah Tuhan. Ketika dia bernubuat, kedengaranlah suara, suatu suara berderak-derak dan tulang-tulang itu bertemu satu sama lain. Dia melihat dengan mengamati-amatinya, urat-urat ada dan daging tumbuh padanya. Kemudian kulit menutupinya tetapi mereka belum bernafas. Tuhan berfirman kepadanya: Bernubuatlah kepada nafas hidup itu, bernubuatlah, hai anak manusia dan katakanlah kepada nafas hidup itu: Beginilah firman Tuhan Allah: Hai nafas hidup, datanglah dari keempat penjuru angin dan berhembuslah ke dalam orang-orang yang terbunuh ini, supaya mereka hidup kembali. Yehezkiel pun menurut perintah Tuhan untuk bernubuat, lalu nafas hidup itu masuk di dalam mereka, sehingga mereka hidup kembali. Mereka menjejakkan kakinya, suatu tentera yang sangat besar ( Yeh 37 : 1-10 ). Orang yang hidup di dalam dunia yang penuh dosa tidak ada jiwa rohani. Dalam pandangan Tuhan, mereka ini adalah seperti tulang-tulang yang kering. Kita diutus memberitakan Injil untuk bernubuat bagi mereka, membentukkan mereka, dimasuki nafas hidup agar mereka hidup semula dengan menerima anugerah keselamatan dan berdiri menjadi tentera Kristus. Orang sesat yang dirampas keluar dari api mendapat kelahiran kembali agar mereka berjalan di atas jalan orang hidup di hadapan Tuhan ( Mzm 11 : 6-9 ).

Yakobus berkata: “Jika seorang tahu bagaimana ia harus berbuat baik, tetapi ia tidak melakukannya, ia berdosa”. Orang sesat yang dirampas keluar dari api adalah untuk menyelamatkan rohnya. Ini adalah kebajikan yang baik. Kita lebih lagi patut berusaha melakukannya. Ia berdosa walaupun tahu harus berbuat baik tetapi tidak melakukannya. Apatah lagi, kita yang telah diamanahkan demikian, bukankah kita lebih patut berusaha melakukan perkara yang diperkenankan oleh Tuhan ?

Ehud – Hakim Yang Pedangnya Tersembunyi Dalam Baju
| |

Ehud – Hakim Yang Pedangnya Tersembunyi Dalam Baju

PERIHAL KERJA

1. Bentuk hikmat :

I) Guna tangan dan otak.

II) Penggunaan pedang dan sangkakala.

[Tetapi orang yang berbudi luhur merancang hal-hal yang luhur dan ia selalu bertindak demikian] ( Yes 32 : 8 ).

[Kebijaksanaan akan memelihara engkau] ( Ams 2 : 11 ).

Pahlawan selalunya adalah luar biasa. Ehud bukan seorang yang mempunyai perkembangan fizikal yang pesat tetapi  berakal, dan tidak hanya bersandar pada keberanian namun sebaliknya ia mempunyai banyak rancangan. Kita hanya merujuk proses muslihatnya menikam Raja Moab, bagaimana dia datang, bagaimana dia mendapatkan kepercayaan dari raja, bagaimana dia menikam raja hingga mati………, kita memang mengkagumi perancangannya yang begitu teliti ( ternyata perancangan yang teliti menjamin kejayaan ).

Otak aktif berfikir untuk mencapai kejayaan, dia menggunakan segala alat yang sesuai. Itulah sebabnya ia diibaratkan ‘penggunaan pedang dan sangkakala’.

[Pedang] alat yang digunakan untuk menikam Raja Moab, Eglon hingga mati. Eglon dalam bahasa Ibrani bermaksud ‘lembu yang gemuk’ ( nama yang diberi oleh orang Israel itu bermaksud untuk memandang ringan ). Kisahnya yang berkembang hingga ke kemuncaknya membolehkan kita bayangkan Ehud ( hanya menggunakan sebelah tangan membunuh lembu yang gemuk ) membalas dendam untuk orang  Israel. Ia sangat hebat sekali.

[ Sangkakala ] biasanya ada 2 fungsi :

I) mengumpul orang ramai.

II)mengarahkan orang ramai bergerak ke hadapan.

Apabila sangkakala ditiup oleh Ehud di pergunungan Efraim, bunyi sangkakala dibawa oleh tiupan angin yang mengiringi berita kematian Raja Moab menyebabkan orang Israel yang mulanya telah berputus asa itu kembali bersemangat semula lalu turun bersama Ehud dari pergunungan itu untuk terus melawan musuh. Pada waktu itu, mereka menewaskan kira-kira sepuluh ribu orang Moab, semuanya orang yang tegap dan tangkas, seorang pun tidak ada yang terlepas ( 3 ; 28-29 ).

Biasanya kita tidak dapat memperolehi hasil yang lumayan tetapi usaha hanya separuh saja. Biasanya bila memulakannya, perancangan yang dibuat tidak teliti, tidak mempunyai pandangan jauh, maju selangkah sambil menyelesaikan masalah yang di depan mata sahaja, hanya cuba menyelesaikan masalah bila timbul masalah. Kalau demikian, bagaimanakah mungkin dapat berjaya dan tidak menimbulkan sebarang masalah?

Merujuk kepada Buku Catatan Cara-Cara Berperang China dalam fasal 13 mengenai  ‘rancangan awal’, memberi  pandangan yang baik bagi kita iaitu sebelum peperangan bermula, duduklah terlebih dahulu. Kemudian meninjau syarat-syarat yang ada pada kedua pihak. Jika didapati ada keyakinan untuk menang, barulah melibatkan diri dalam peperangan itu.

Tuhan Yesus pernah berkata :

[Sebab siapakah di antara kamu yang kalau mau mendirikan sebuah menara tidak duduk dahulu membuat anggaran biayanya, kalau-kalau cukup wangnya untuk menyelesaikan pekerjaan itu? Supaya jikalau ia sudah meletakkan dasarnya dan tidak dapat menyelesaikannya, jangan-jangan semua orang yang melihatnya, mengejek dia sambil berkata : Orang itu mulai mendirikan, tetapi ia tidak sanggup menyelesaikannya. Atau raja manakah yang kalau mau pergi berperang melawan raja lain tidak duduk dahulu mempertimbangkan, apakah dengan sepuluh ribu orang ia sanggup menghadapi lawan yang mendatanginya dengan dua puluh ribu orang ? Jikalau tidak,……..] ( Luk 14 : 28-32 )

Oleh itu, [ Rancangan di dalam hati manusia itu seperti air yang dalam tetapi orang yang pandai tahu menimbanya ] ( Ams 20 ; 15 ). Keberanian ditambah dengan hikmat dalam hati  merupakan syarat utama untuk berjaya dalam sesuatu perkara.

2. Bentuk diam diri – Berani dan tak gentar

[Setelah Ehud selesai menyampaikan upeti itu……..] ( 18-23 )

Imbas kembali sejarah China “Xing Ker menikam Maharaja dari Dinasti Ching”. Pada masa itu, Putera Yen telah mengutus seorang pahlawan bernama Ching Wu Yang dari salah satu pasukan pahlawan China membantu Xing Ker untuk membunuh Maharaja Dari Dinasti Ching. Menurut cerita, Ching Wu Yang sudah biasa membunuh orang pada umur 13 tahun dan dilakukan secara tidak berperikemanusian dan mangsanya juga tidak berani bertentangan mata dengannya. Tetapi pertemuannya dengan Maharaja dari Dinasti Ching hampir-hampir merosakkan “rancangan pembunuhannya”. Dahulunya Ching Wu Yang membunuh orang mengikut ‘darah mudanya’. Ini menyebabkannya tidak dapat melaksanakan perkara yang besar. Nasib baiklah Xing Ker menjadikan keadaan yang cemas berubah jadi selamat, Xing Ker adalah Pahlawan yang benar-benar berani dan tidak gentar.

[Janganlah menggunakan “menang” atau “kalah” untuk menggelar seseorang pahlawan]

Bila kisah Ehud dan Xing Ker diceritakan serentak, ternyata kedua-duanya mempunyai corak kerja yang berbeza tetapi hasil kerja yang sama dengan kesudahan yang amat baik. Ia lebih lagi mengkagumkan ( tidak seperti kisah Xing Ker yang menimbulkan rasa hampa sedikit ). Pergerakan Xing Ker dimulai dengan corak kesedihan – sudah diketahui tidak boleh dibuat tapi dibuat juga. Tetapi kedua-duanya mempunyai watak yang mengkagumkan iaitu semangat keberanian mereka. Mereka tidak seperti pembunuh yang membunuh manusia tanpa memejamkan mata menurut ‘darah muda’ mereka. Dengan ciri yang istmewa itu barulah ia dapat seorang diri, tenang, tanpa memperlihatkan sebarang kesilapan untuk membunuh Eglon. Pedang yang masih terpacak di atas tubuh raja dapat membuktikan ketangkasannya menggunakan pedang, ketenangan dan keberaniannya.

PERIHAL PENYERANGAN

1. Hormat dahulu kemudian disusuli oleh tentera.

[ Kemudian ia menyampaikan upeti kepada raja Moab…….setelah Ehud selesai menyampaikan upeti itu, disuruhnya pembawa-pembawa upeti itu pulang.] ( 17-18 )

[Kemudian Ehud mengulurkan tangan kirinya, dihunusnya pedang itu dari pangkal paha kanannya dan ditikamnya ke perut raja.] ( 21 )

Ehud sememangnya seperti menurut catatan Alkitab : “Hadiah memberi keluasan kepada orang, membawa dia menghadap orang-orang besar”. ( Ams 18 : 16 ); melalui pemberian hadiah itu, memudahkan dia menghadap raja Moab dengan menyembunyikan niat sebenarnya.

Pemegang amanat yang baik, bersembunyi hingga kesembilan lapisan tanah; penyerang yang baik, gegerannya sampai kesembilan di langit; Dengan demikian, penjagaaan diri dan kemenangan dapat dicapai ( Buku Catatan Cara-Cara Berperang China ).

Maksudnya, pemegang amanat yang baik perlu menyembunyikan diri hingga kesembilan lapisan tanah ( tidak boleh diketahui identitinya ) supaya musuh tidak berupaya mengetahui dirinya; penyerang yang baik perlu bergerak aktif sampai kesembilan lapisan di langit ( ketinggiannya tak terukur ), perlu seperti langit terbuka, angin dan hujan kuat yang menjunam dari langit ke bawah menyebabkan pihak musuh amat terkejut dan tidak sanggup diatasi oleh musuh. Dengan demikian, kedudukan pemegang amanat dan penyerang yang baik dapat menjaga kekuatan  peperangan dan memperolehi kemenangan yang sempurna. Dengan prinsip ini, Ehud boleh berpegang kepada rahsia yang dapat melancarkan tugasnya.

[ Bodohlah yang menyatakan sakit hatinya seketika itu juga, tetapi bijak, yang mengabaikan cemooh.] ( Ams 12 : 16 ) Inilah falsafah hidup manusia.

2. Sebelum tangkap pencuri, tangkap raja terlebih dahulu ( 21, 28-29 ).

Perkara besar diuruskan terlebih dahulu, barulah diikuti oleh perkara kecil.

Setiap perkara dibahagikan kepada yang berat dan ringan. Ketika kita sedang membuat pilihan, haruslah memutuskan siapa yang dahulu dan siapa yang kemudian; itulah yang dikatakan mengetahui permulaan dan pengakhiran sesuatu perkara, barulah ia senang diuruskan.

3. Kesempurnaan sesuatu tugas.

[ Maka turunlah mereka mengikuti dia, lalu mereka merebut tempat penyeberangan sungai Yordan ke Moab dan tidak seorangpun dibiarkan mereka menyeberangi. Pada waktu itu mereka menewaskan kira-kira sepuluh ribu orang dari Moab. Semuanya orang yang tegap dan tangkas, seorangpun tidak ada yang lolos.] ( 28-29 )

Mereka telah menutup jalan pihak musuh dan menjaga tempat penyeberangan sungai Yordan malah bagi orang yang tinggal semua dihapuskan. Tidak ada seorangpun yang lolos. Oleh kerana penentangan yang teliti dan bersungguh-sungguh itu, maka ia memberi  keamanan selama 80 tahun kepada negara.

[ Janganlah beri kesempatan kepada iblis ] ( Ef 4 : 27 )

Peperangan rohani seorang kristian juga adalah sama. Seandainya kemenangan peperangan rohani telah diperolehi tetapi tidk dapat menghapuskan segala keinginan duniawi, ia menjadi sia-sia sahaja. Seandainya kekuatan menghapuskan keinginan duniawi bertambah, kedudukan rohani menjadi semakin selamat dan damai sejahtera itu boleh bertahan lebih lama lagi.

[ Sebab itu ambillah seluruh perlengkapan senjata Tuhan, supaya kamu dapat mengadakan perlawanan pada hari yang jahat itu dan tetap berdiri sesudah kamu menyelesaikan segala sesuatu ] ( Ef 6 : 13 ).

PERIHAL KEPIMPINAN

1. Memimpin jalan di depan.

Seorang pemimpin yang sebenarnya, bukan saja perlu menyakinkan orang dengan ‘Kebenaran’, menggerakkan hati orang dengan ‘perasaan’, memimpin orang dengan ‘teknik’ tetapi lebih lagi perlu memberi teladan dalam segala perkara dengan berteraskan kepimpinan melalui teladan barulah mendapat kasih orang ramai. Ehud bukan sahaja sendiri memasuki ‘gua harimau’ dan berjaya membunuh raja tetapi dia juga mengumpulkan orang dengan memberitahu mereka : “Ikutlah aku”. Dia adalah seorang pemimpin yang memberikan teladan baik.

Sebaliknya, apa yang dikatakan pemimpin pada hari ini adalah orang yang menetapkan arah tujuan yang ‘agung’ tetapi sendiri tidak membuatnya, juga tidak dapat memimpin orang membuatnya. Malahan ia asyik meminta orang lain memberi  sumbangan, pengorbanan terhadap slogan yang agung. Orang ini bukanlah seorang gembala yang baik. Gembala yang baik akan berkorban untuk dombanya ( Yoh 10 : 11 ). Gembala yang baik berjalan di depan domba-domba dan domba-domba itu mengikuti dia kerana mereka mengenal suaranya ( Yoh 10 : 4 ). Ini adalah definisi yang telah diberi oleh Tuhan Yesus. Adalah berharap pemimpin gereja pada hari ini boleh berkata : “Ikutlah aku” secara bersemangat dan secara nyata. Perlulah diingatkan : Domba mengenal suara dia ( Gembala yang baik ). Jangan berperang secara membabi buta sahaja!

2. Dorongan iman.

Seorang pemimpin kepercayaan yang berjaya bukanlah memimpin orang sampai ke hadapan manusia tetapi memimpin orang kepada Tuhan ( Kol 1 : 28 ). Oleh itu, ia tidak menimbulkan sebarang sanjungan tinggi dari orang seperti pahlawan-pahlawan handalan.

Merujuk kepada apa yang dikatakan oleh Ehud : “Tuhan telah menyerahkan musuhmu, orang Moab itu, ke dalam tanganmu”. ( 28 )

Akhirnya : “ Maka turunlah mereka mengikuti dia…” ( 28 ).

Mendorong adalah lebih berkesan daripada menyalahkan seseorang.

PERIHAL KEMENANGAN

1. Dalam ketenangan

Ketika Ehud membunuh raja Moab, dia melakukannya sendiri. Oleh itu, setelah ia menyelesaikan tugas yang hebat itu, ia tidak pun mendapat sebarang sorakan atau pelukan dari orang ramai. Sebaliknnya, segalanya dijalankan dalam keadaan tenang sahaja. Begitu juga dengan Tuhan Yesus yang mengalahkan segala pencobaan syaitan di padang gurun.

Hanya kemenangan yang tersembunyi dapat memberi kesaksian tentang kemenangan secara terbuka. Hanya didahulukan dengan kemenangan yang tanpa sorakan barulah tidak ‘pening’ ketika suara yang gemuruh dan menghayatkan dihasilkan.

2. Jangan bermegah hingga melupakan diri

Kejayaan membunuh Eglon, tidaklah melambangkan perkara sudah selesai tetapi ia hanya merupakan permulaan kejayaan sahaja. Oleh itu, jangan terlalu awal bermegah agar apa yang telah dibuat tidak menjadi sia-sia. Ada pepatah berbunyi : Kejayaan tidak capai kerana usaha tidak sempurna. Orang yang menempuhi perjalanan sejauh 100 batu, 90 darinya berhenti di tengah jalan.

“Jikalau keangkuhan tiba, tiba juga cemooh”. ( ams 11 : 2 ).

3. Kemuliaan diberikan kepada Tuhan ( 28 )

Kejayaan terbesar bagi seseorang adalah ketika ia berjaya tanpa merampas kemuliaan Tuhan, tidak bermegah tetapi memberikan segala kemuliaan kepada Tuhan.

Diteliti buku Hakim-hakim, didapati dari kalangan hakim hanya kerja penyelamatan Ehud memberi keamanan kepada negara dalam jangka masa yang paling lama – 80 tahun. Ini adalah berkat Tuhan kepada orang zaman itu sebab mereka mempunyai seorang pemimpin yang baik. Adalah dipercayai hasil dari kerjanya itu berkait rapat dengan setiap tingkah lakunya.

Juga diharapkan, kerajaan Tuhan ( Gereja ) di bumi pada hari ini mendapat  pemimpin dari Tuhan sesuai dengan keperluan kita yang mana mempunyai keberanian seperti Ehud,  pemimpin yang bersandar Tuhan, dapat memimpin seluruh umat. Dalam peperangan rohani tanpa sebarangan perasaan mementingkan diri sendiri, dengan demikian masa depan gereja akan semakin hari semakin terang.

Amaran Tentang Tamak
| |

Amaran Tentang Tamak

Yosua 7 : Rangkap kedua

  •  Kebangkitan Murka Tuhan (Pasal 1 rangkap kedua).

Apabila seseorang menyinggung perasaan orang yang lain, maka orang itu akan menjadi marah dan lalu menyatakan kelemahannya. Begitu juga apabila kita menyinggung perasaan Tuhan, maka amarahNya juga akan bangkit terhadap kita. Semasa orang Israel berada di padang gurun, sudah beberpa kali amarah Tuhan telah dibangkitkan terhadap mereka.

a. Bersungut-sungut terhadap Tuhan, dan dengan perkataan yang jahat itu telah sampai kepada telinga Tuhan (Bil 11:1).

b. Jemu dan benci akan manna. Hati menimbulkan rasa tamak ingin memakan daging (Bil 11:4-10, 33-34 ; Mzm 78:8-10).

c. Pengintip yang mengintip tanah Kanaan telah membawa khabar buruk. Orang Israel menjadi sungut-sungut (Bil 14, 32:8-10).

d. Bercabul dengan perempuan-perempuan Moab di Sitim, memakan korban sembelihan mereka, dan sujud menyembah tuhan mereka (Bil 25:1-9; Mzm 106:28-29). Setelah memasuki tanah Kanaan, mereka telah melupakan dan menjauhi Tuhan lalu melayani tuhan orang Kanaan.  Amarah Tuhan dibangkitkan lagi lalu ke atas mereka (Ul 2:11-15; 3:7-8; 10:6-9). Alkitab menyatakan : “Siapakah yang tahan berdiri di hadapanMu pada saat Engkau murka?” (Mzm 76:8). Apabila murka Tuhan dibangkitkan, ia akan diikuti dengan pengajaran dan penghukuman. Justru itu Dia bersifat penyayang. Dia sedia mengampuni kesalahan mereka dan tidak akan memusnahkan mereka. Sering kali Ia menahan kemurkaanNya dan tidak membangkitkan keseluruh amarahNya (Mzm 78:38). Tuhan yang bersifat penyayang itu mengasihi umat pilihannya. Walaupun umat pilihannya mempunyai kesalahan, Tuhan tetap mengasihi mereka. Di dalam kitab Mazmur, Daud berkata, “Sebab sesaat saja Ia murka, tetapi seumur hidup Ia murah hati; sepanjang malam ada tangisan menjelang pagi terdengar sorak-sorai (Mzm 78:38). Kebenaran ini boleh didapati di dalam kitab Yosua 7 : 8.

  • Dosa ketamakan.

Tidak boleh tamak : Pengajaran ini telah termaktub dalam Kesepuluh Firman, oleh itu tidak boleh tamak. Akhan telah menyimpan barang-barang jarahan yang harus dimusnahkan, lalu mengakui bahawa dia sendiri telah tamak dan mengingininya (Yos 7:21). Yang diambil olehnya ialah jubah indah buatan Sinear. Sinear adalah nama asal Kota Babel. Kemungkinan jubah ini adalah disulam dari benang emas. Oleh sebab itu ia sangat indah dan bernilai. Nilainya dua ratus syikal perak (Menurut ukuran pada hari ini adalah sebanyak 2 kilogram perak), dan sebatang emas yang seberat 50 syikal  (Menurut ukuran pada hari ini adalah sebanyak setengah kilogram emas). Semua barangan ini hanya merupakan satu kekayaan yang kecil bagi Akhan. Justru itu barangan ini harus dipersembahkan kepada Tuhan sebagai yang suci di dalam perbendaharaan Tuhan (Yos 6:19). Perbuatan Akhan ini, dimana dia mengambil barang-barang Tuhan, adalah satu ketamakan yang merupakan dosa.

 a. Tamak adalah bebal (Luk 12:13-21).

Hidup manusia tidak tergantung apakah ia kaya atau miskin, panjang atau singkat umurnya, malahan keselamatan ke syurga tidak ada kaitan dengan wang kekayaan. Tamak akan kekayaan hanya mengakibatkan rasa gelisah dalam hidup (Luk 12 : 17-18 ; Pkh 5 : 12). Apatah lagi segala yang diperolehi itu tidak semestinya dijaminkan bahwa ia dapat menggunakannya (Luk 12 : 19-20). Walaupun ia boleh dinikmati dan digunakan, akhirnya sia-sia juga (Pkh 2 : 10-11).

 b. Tamak itu bermaksud tidak bersandar kepada Tuhan.

Tuhan telah berfirman dengan jaminan ini kepada umat pilihanNya, “ Dia sendiri akan menyertai engkau, Dia tidak akan membiarkan engkau dan Dia tidak akan meninggalkan engkau” ( Ul 31 : 8 ). Tuhan Yesus juga berfirman bahwa kita tidak usah kuatir akan pakaian dan makanan sendiri ( Luk 12 : 22-24 ). Sememangnya Tuhan kita tidak akan bertentangan dengan janjiNya. Oleh itu kita tidak harus tamak akan wang kekayaan, malahan berpuas hati dengan apa yang kita miliki ( Ibr 13 : 5-6 ).

 c. Tamak itu menyerupai menyembah patung berhala.

Tuhan Yesus berkata, “Tidak seorangpun dapat mengabdi kepada dua tuan. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Tuhan dan kepada Mamon (Mat 6 : 24). Tamak akan wang kekayaan adalah mengabdi kepada Mamon. Mamon bermaksud faedah kekayaan. Oleh itu Paulus berkata, “Orang yang tamak tidak mendapat bagian di dalam kerajaan Kristus Tuhan kerana yang tamak itu sama seperti menyembah patung berhala” (Ef 5 : 5).

 d. Ketamakan menyebabkan orang meninggalkan firman.

Paulus berkata, “Tetapi mereka yang ingin kaya terjatuh ke dalam pencobaan, ke dalam jerat dan ke dalam berbagai-bagai nafsu yang hampa dan yang mencelakakan, menenggelamkan manusia ke dalam keruntuhan dan kebinasaan. Kerana akar segala kejahatan ialah cinta wang. Sebab oleh memburu wanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka (I Tim 6 : 9-10). Nas Alkitab ini adalah satu gambaran yang sangat sesuai dengan hati dan kelakuan Akhan.

 e. Orang yang tamak pasti akan dihukum.

Akhan dilempari batu sampai mati oleh orang ramai. Gehazi dijangkiti kusta (II Raj 5). Yudas menggantungkan diri sampai mati, lalu kehilangan haknya sebagai seorang rasul (Kis 1 : 15-20). Kesemua orang ini adalah buktinya.

  • Peristiwa Akhan berbuat dosa (21).

Dosa Akhan haruslah menjadi satu renungan mendalam bagi kita. Ciri-ciri yang mengakibatkan dosa adalah seperti berikut :-

 a. ‘Saya nampak’ – Di antara barang jarahan itu ada satu jubah Sinear yang indah.

 b. ‘Aku mengingininya – kerana ingin memperolehi barang ini.

 c. ‘Ambil’ – Inilah tindakan dosa.

 d. ‘Sembunyi’ – Disembunyikan di khemah, di dalam tanah.

Menyangka bahawa apabila tidak ada orang nampak maka tidak ada orang yang tahu. Menyembunyikan dosa. Cuba renungkan bukankah permulaan dosa nenek moyang kita juga melalui cara yang sama? (Kej 3 : 6-8). Dosa Daud juga adalah demikian (II Sam 11).

Sejak dahulu kala hinggalah sekarang, setiap orang yang berdosa adalah juga disebabkan perbuatan ini. Oleh sebab inilah dosa telah berbuah menjadi kejahatan dengan cara beransur-ansur (Ef 4 : 22). Lalu terjerumus dengan lebih mendalam lagi. Daripada ‘saya lihat’ iaitu keinginan mata, kepada ‘mengingininya’ iaitu keinginan daging yang mengakibatkan manusia menempuh ke atas jalan kejahatan sehinggalah maut. Ini terbukti di dalam Alkitab; iaitu “Dan apabila keinginan itu telah dibuahi, ia melahirkan dosa; dan apabila dosa itu sudah matang, ia melahirkan maut” (Yak 1 : 15). Barangsiapa yang menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung (Ams 28 : 13). Dosa itu tidak boleh disembunyikan kerana apa yang tidak dilihat oleh manusia sudah pun dilihat oleh Tuhan. Ini juga dinyatakan oleh Tuhan Yesus bahwa “Tidak ada sesuatu pun yang tertutup yang tidak akan dibuka dan tidak ada sesuatupun yang tersenbumyi yang tidak akan diketahui” (Luk 12 : 2). Janganlah sesat! Tuhan tidak membiarkan diriNya dipermainkan. Kerana apa yang ditabur orang, itu yang akan dituainya (Gal 6 : 7).

  • Lembah Akhor (“Valley of Achor”).

Ia terletak di bahagian selatan Yehuda (Yos 15 : 7). Kemungkinan berada di (Wadi Qelt) dan jarakanya satu batu selatan dari kota Yerikho. Akhor membawa maksud Akibat. Di tempat inilah Akhan mati dilempari batu oleh orang ramai dan mereka mendirikan satu  timbunan batu yang besar di atasnya supaya timbunan ini akan merupakan satu peringatan kepada semua orang yang melihat akan akibat Akhan. Pengajaran kepada kita tentang timbunan batu ini merupakan satu akibat dosa yang sungguh menggerunkan.

 a. Dosa membangkitkan murka Tuhan terhadap manusia (1).

 b. Dosa menyebabkkan semua orang dikutuki (12).

 c. Dosa yang menyebabkan Tuhan tidak menyertai manusia (12).

 d. Satu orang berdosa mengakibatkan semua orang terbabit (4-5). Contohnya satu anggota tercedera maka seluruh tubuh juga menderita (Sila rujuk Yunus 1).

 e. Satu orang berdosa maka semua orang harus menguduskan diri (13). Apabila dosa ditebuskan maka semua orang akan bergembira dengan bersorak-sorai.

 f. Kesan Dosa itu adalah sentiasa berkembar, iaitu, memburukkan diri sendiri dan juga orang lain. Walaupun nama Lembah Akhor ini telah dicemari oleh dosa Akhan tetapi nabi juga bernubuat beberpa kali bahawa tempat ini akan Tuhan berkati sebagai satu tempat baring lembu dan domba serta ia merupakan tempat yang akan diperolehi oleh umat pilihan. Ia juga akan menjadi pintu pengharapan (Hos 2 : 15). Kerana Tuhan telah mengubah fikiranNya lalu surutlah amarah Tuhan (26).

  • Adakah seluruh keluarga Akhan juga dicelakai sehingga dihukum mati?

Menurut kenyataan Alkitab, boleh kita lihat keluarga Akhan juga dihukum mati turut bersama. Yosua mengemukakan dosa-dosa Akhan dan berkata, “Seperti engkau mencelakakan kami maka Tuhan pasti juga mencelakakan engkau pada hari ini”. Oleh itu orang –orang Israel pun melontarinya dengan batu dan menggumpulkan batu di atasnya serta membakar semua harta miliknya dengan api (25). Kemungkinan keluarga Akhan mengetahui hal ini tetapi tidak melaporkannya, oleh itu mereka juga dihukum mati kerana mereka hidup bersama di dalam satu khemah. Oleh itu mereka harus menerima akibat yang sama (Rujuk Ul 13 : 12-17). Tetapi ada juga orng yang merujuk Ulangan 24 : 16 yang berbunyi : “Janganlah ayah dihukum mati kerana anaknya, janganlah juga anak dihukum mati kerana ayahnya; setiap orang harus dihukum mati kerana dosanya sendiri.” Mereka menganggap bahawa hanya Akhan sahaja yang dihukum mati serta harta miliknya dan binatang ternakannya dibakar tetapi anak-anaknya tidak dihukum mati.

Pemberkatan Kasih
| |

Pemberkatan Kasih

Dengan kasih karunia, rahmat atau damai sejahtera sebagai satu salam berkat sejak masa dahulu sehingga sekarang, bukanlah sekadar kata-kata menjamu sahaja tetapi ia mengandungi maksud yang setia dan mendalam untuk kita renungkan dengan baik. Yang mendengar itu akan mendapat manfaat dari kata-kata berkat ini sekiranya dia merasai bahawa berkat itu bermakna. Apabila pemercaya zaman dahulu bersua muka atau mengutus surat kepada mereka sering saling bersalaman dengan berkat dan menanyakan khabar. Apabila Paulus menulis surat kepada Timotius, dia juga bersalam dengan berkat dan menanyakan khabar.  Dia kata : “Dari Paulus, rasul Kristus Yesus oleh kehendak Tuhan untuk memberitakan janji tentang hidup dalam Kristus Yesus, kepada Timotius, anakku yang kekasih : kasih karunia, rahmat dan damai sejahtera dari Tuhan Bapa dan Kristus Yesus, Tuhan kita, menyertai engkau.” (II Tim 1 : 1-2 ).

Ini adalah satu salam berkat yang penuh dengan kasih yang boleh mengharukan orang. Menurut kebiasaan, apabila orang Yunani bersua muka, mereka berkata, “Semoga engkau menerima kasih karunia”. Orang Roma pula seringkali berkata, “ Semoga kamu menerima rahmat Tuhan”. Orang Yahudi selalu berkata, “Semoga kamu menerima damai sejahtera”. Ternyata sekali di sini Paulus telah menggabungkan ketiga-tiga salaman ini dalam satu. Dia telah menggunakan ketiga-tiga corak salam ini untuk diterima semua orang.

KASIH KARUNIA

Tuhan adalah gembala kita. Daripada pemeliharaan kasih karuniaNya kita telah menerima segala yang kita perlu, dan menjauhkan kita dari kejahatan: “ TongkatNya telah menghiburkan kita, serta piala kita telah dipenuhiNya. Seumur hidupku kasih karuniaNya menghiburku”. Ini adalah kata-kata kesyukuran dari Daud kerana dia merasakan bahawa kehidupan di bawah kasih karunia Tuhan penuh dengan kebahagiaan dan rasa cukup (Mzm 23 : 1-6). Yang mencari Tuhan telah mencari hidup dan akan mendapat kasih karuniaNya (Ams 8 : 34-35).

Apabila Orang Israel bersungut-sungut terhadap Tuhan di padang gurun, mereka membangkitkan amarah Tuhan, lalu Tuhan berfirman kepada mereka, “ Di padang gurun ini bangkai-bangkaimu akan berlantaran, yakni semua orang di antara kamu yang dicatat, semua tanpa terkecuali yang berumur dua puluh tahun ke atas kerana kamu telah bersungut-sungut kepadaKu. Bahwasanya kamu tidak akan masuk ke negeri yang dengan mengangkat sumpah telah Kujanjikan akan Kuberi kamu diami, kecuali Kaleb bin Yefune dan Yosua bin Nun.” (Bil 14:29-30). Dari sini boleh diketahui bahawa barangsiapa yang bersungut-sungut terhadap Tuhan tidak akan menerima kasih karuniaNya. Hanyalah Kaleb dan Yosua yang mencari Tuhan dengan sepenuh hati dan tidak bersungut-sungut kepada Tuhan telah menerima kasih karuniaNya.

Setelah orang Israel masuk ke tanah Kanaan, Kaleb telah berumur lapan puluh lima tahun. Walaupun dia sudah tua, tetapi tetap masih kuat lagi. Dia berkata, “Pada waktu itu, Musa bersumpah, katanya : “Tanah yang diinjak oleh kakimu itu akan menjadi milik pusakamu dan anak-anakmu sampai selama-lamanya, sebab engkau tetap mengikuti Tuhanku dengan sepenuh hati. Jadi sekarang, sesungguhnya Tuhan telah memelihara hidupku, seperti yang dijanjikannya. Kini sudah empat puluh lima tahun lamanya, sejak diucapkan Tuhan firman itu kepada Musa dan selama itu orang Israel mengembala di padang gurun. Jadi sekarang telah berumur lapan puluh lima tahun aku hari ini, pada waktu ini aku masih sama kuat seperti pada waktu aku disuruh Musa; seperti kekuatanku pada waktu itu demikianlah kekuatanku sekarang untuk berperang dan untuk keluar masuk” (Yos 14:9-11). Setelah mendengar kata-kata Kaleb ini maka barangsiapa yang mengikuti Tuhan dengan sepenuh hati akan menerima kasih karunia yang besar, sama seperti Kaleb. Sebagai pengganti Musa, orang yang benar, Yosua pernah menasihatkan umat lalu berkata, : Oleh itu, takutlah akan Tuhan dan beribadahlah kepadaNya dengan tulus ikhlas dan setia. Jauhkanlah tuhan yang kepadanya nenek moyangmu telah beribadah di seberang sungai Efrat dan di Mesir dan beribadahlah kepada Tuhan. Tetapi jika kamu anggap tidak baik untuk beibadah kepada Tuhan, pilihlah pada hari ini kepada siapa kamu akan beribadah : tuhan yang kepadanya nenek moyangmu beribadah di seberang sungai Efrat atau tuhan orang Amori yang negerinya kamu diami ini. Tetapi aku dan seisi rumahku, kami akan beribadah kepada Tuhan (Yos 24:14-15). Yosua telah melayani Tuhan dengan setia dan taat, maka ia mempunyai kepimpinan melalui teladan untuk menasihati umat supaya melayani Tuhan dan menghapuskan tuhan palsu. Maka dia adalah orang yang menerima kasih karunia Tuhan.

Dahulu kala kita telah mati di bawah dosa, tetapi Bapa di Syurga yang pengasih telah mengutus Tuhan Yesus Kristus untuk menyelamatkan kita dari kuasa dunia yang gelap ini dan memindahkan kita ke dalam Kerajaan AnakNya yang dikasihi. Maka kita ditebus di bawah kasihNya, lalu pelanggaran kita diampuni (Kol 1:13-14). Kita diselamatkan berdasarkan kasih karunia yang menurut kehendak Tuhan yang telah ditetapkan. Maka melalui darah anakNya yang dikasihi, kita menerima gelaran juga sebagai anak. Di mana kita telah menjadi ahli waris untuk mewarisi harta pusaka yang suci. Ini juga merupakan kasih karunia Tuhan. Oleh itu, kita harus bediri teguh dan tetap berada di dalam kasih karuniaNya (Rm 11:22).

RAHMAT

Berbahagialah orang yang menerima rahmat. Kita memang sukar mengelakkan berbuat salah terhadap manusia dan juga Tuhan. Sekiranya sesuatu pihak akan menghukum kita dengan keras, siapakah yang dapat bertahan? Dan sekiranya pihak yang lain telah mencucuri rahmatnya dan mengampuni kita, bukankah itu menghiburkan? Peliharalah dirimu demikian dalam kasih Tuhan sambil menantikan rahmat Tuhan kita, Yesus Kristus untuk hidup yang kekal. Tunjukkanlah belas kasihan kepada mereka yang ragu-ragu, selamatkanlah mereka dengan jalan merampas mereka dari api. Tetapi tunjukkanlah belas kasihan yang disertai ketakutan kepada orang-orang lain juga dan bencilah pakaian mereka dicemarkan oleh keinginan-keinginan dosa (Yud 1:21-23). Kita telah sangat memahami bahawa sekiranya kita menerima belas kasihan dari orang lain, maka kita juga harus menunjukkan belas kasihan kepada orang lain. “Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri”, ini adalah rangkap yang kedua tentang pengajaran kasih akan Tuhan. Oleh rahmat dan belas kasihan dari Tuhan kita, dengan mana Ia akan melawat kita, Surya pagi dari tempat yang tinggi, untuk menyinari mereka yang diam dalam kegelapan dan dalam naungan maut untuk mengarahkan kaki kita kepada jalan damai sejahtera (Luk 1:78-79). Kerana dahulu kita juga hidup dalam kejahilan : tidak taat sesat, menjadi hamba berbagai-bagai nafsu dan keinginan, hidup dalam kejahatan dan kedengkian, keji, saling membenci. Tetapi ketika nyata kemurahan Tuhan, Juruselamat kita, dan kasihNya kepada manusia pada waktu itu Dia telah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik yang telah kita lakukan tetapi kerana rahmatNya oleh pembaharuan yang dikerjakan oleh Roh Kdus yang sudah dilimpahkannya kepada kita oleh Yesus Kristus, Juruslamat kita, supaya kita sebagai orang yang dibenarkan oleh kasih karuniaNya berhak menerima hidup yang kekal, sesuai dengan pengharapan kita (Tit 3:3-7). Yeus mengajar kita untuk mengampuni saudara kita sampai tujuh puluh kali tujuh. Janganlah mencontohi orang yang telah dicucuri rahmat dan telah dihapuskan hutangnya sebanyak sepuluh ribu talenta oleh rajanya tetapi tidak menunjukkan belas kasihan kepada kawannya yang berhutang seratus dinar kepadanya. Akhirnya tuannya menegur dia dengan berkata, “Hai hamba yang jahat! Seluruh hutangmu telah ku hapuskan kerana engkau memohonkannya kepadaku. Bukankah engkaupun harus mengasihani kawanmu seperti aku telah mengasihani  engkau?” Oleh itu haruslah kita mengampuni saudara kita dari dalam hati dengan menyatakan hati yang berbelas ksihan  (Mat 18:21-35). Sebab penghakiman yang tidak berbelas kasihan akan berlaku atas orang yang tidak berbelas kasihan (Yak 2:13). Oleh itu, pemberkatan yang disalamkan kepada orang lain dengan mengatakan, “Semoga kamu menerima rahmat” ternyata inilah salam berkat yang penuh dengan kasih.

DAMAI SEJAHTERA

Setelah Tuhan Yesus telah bangkit, Dia menyatakan diri kepada murid-muridNya, lalu berkata kepada mereka, “Damai sejahtera bagi kamu” (Yoh 20:21). Ini adalah ucapan berkat dari Tuhan kepada murid-murid yang membawa maksud kasih. Apabila Yesus telah dilahirkan ke dalam dunia ini, Dia membawa damai sejahtera dan anugerah keselamatan kepada orang yang diperkenankannya (Luk 2:14).

Tuhan Yesus berfirman, “Damai sejahtera Kutinggalkan bagimu. Damai sejahteraKu, Kuberikan kepadamu dan apa yang Kuberikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu. Janganlah gelisah dan gentar hatimu” (Yoh 14:27).

Damai sejahtera yang diberikan oleh Tuhan adalah yang benar dan yang sama sekali tidak dapat diberikan oleh manusia dalam dunia ini. Orang duniawi tidak dapat memberi damai sejahtera kepada sesamanya. Manusia tidak dapat menyebabkan sesamanya dalam keadaan damai sejahtera. Orang kaya juga tidak dapat memberi  damai  sejahtera kepada manusia kerana orang kaya sendiri juga tidak mempunyai damai sejahtera. Malahan, ia sendiri seringkali menghadapi kecelakaan oleh kerana harta kekayaannya. Orang yang berkuasa juga tidak dapat memberi damai sejahtera kepada manusia kerana kuasa itu bukanlah yang kekal. Hari ini seseorang itu berkuasa atas dunia ini, tetapi pada keesokan hari dia pula digulingkan dan melarikan dirinya ke negara lain untuk perlindungan. Keselamatan diri sendiri pula tidak terjamin. Orang yang berpendidikan juga tidak dapat memberi damai sejahtera kepada manusia kerana dalam banyak hikmat ada banyak susah hati dan siapa memperbanyak pengetahuan, memperbanyak kesedihan (Pkh 1:18). Oleh itu, hanya Tuhan sahaja yang dapat memberi  damai sejahtera kepada tubuh kita, dan juga kepada jiwa rohani kita. Seandainya kita bersandar kepadaNya dengan sepenuh hati pasti kita akan menikmati damai sejahtera dan ketenteraman. Paulus berkata, “Janganlah hendaknya kamu kuatir tentang apapun juga, tetapi nyatakan dalam segala hal keinginanmu kepada Tuhan dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur. Damai sejahtera Tuhan yang melampaui segala akal akan memelihara hati dan pikiranmu dalam Kristus Yesus (Flp 4:6-8). Kita tahu siapa yang kita percaya dan kita juga benar-benar percaya Dia dapat memelihara segala yang kita serahkan kepadaNya. Oleh itu haruslah serahkan dengan sepenuh hati kepadanya. Maka pastilah kita akan menikmati damai sejahtera dalam jasmani dan juga jiwa rohani. Berlakulah ramah terhadap Dia supaya engkau tenteram; dengan demikian memperoleh keuntungan (Ayb 22:21). Barangsiapa menerima orang yang diutus Tuhan akan memperolehi damai sejahtera. Tuhan Yesus mengutus dua belas orang untuk memberitakan injil dan berpesan kepada mereka dengan berkata, “Apabila kamu masuk kota atau desa, carilah di situ seorang yang layak dan tinggallah padanya sampai kamu berangkat. Apabila kamu masuk rumah orang berilah salam kepada mereka. Jika mereka layak menerimanya, salammu itu turun ke atasnya, jika tidak, salammu itu kembali kepadamu” (Mat 10:11-13). Oleh itu, barangsiapa yang diutus ke rumah seseorang akan membawa damai sejahtera bersamanya dan orang yang menerima yang diutus oleh Tuhan itu akan diberikan damai sejahtera oleh Tuhan. Dahulunya perempuan Sunem telah menerima abdi Tuhan Elisa, kemudiannya apabila anaknya mati, Elisa berdoa baginya dan anaknya itu pun telah bangkit, lalu dia menyerahkan anak itu kembali kepada perempuan yang diberkati itu (II Raj 4:32-35).  Barangsiapa yang menerima pengajaran tanpa bersungut-sungut akan diberkati dengan damai sejahtera. Barangsiapa yang berdoa dengan hati yang murni untuk orang dunia juga akan diberkati dengan damai sejahtera oleh Tuhan. Paulus berkata kepada Timotius, “Pertama-tama aku menasihatkan : Naikkanlah permohonan doa syafaat dan ucapan syukur untuk semua orang, untuk raja-raja dan untuk semua pembesar, agar kita dapat hidup tenang dan tenteram dalam segala kesalehan dan kehormatan (I Tim 2:1-2). Para seiman dalam Tuhan, tidak kira lelaki, perempuan, tua atau muda haruslah saling memberkati apabila bersua muka dengan berkata, : “Semoga damai sejahtera bagi kamu!” Kebiasaan ini akan menyatakan kasih kita yang terpancar dari dalam hati kepada orang lain. Nyanyian ziarah Daud mencatatkan, “Sesungguhnya aku telah menenangkan dan mendiamkan jiwaku seperti anak yang disapih berbaring dekat ibunya, yang seperti anak yang disapih jiwaku dalam diriku. Berharaplah kepada Tuhan, hai Israel dari sekarang sampai selama-lamanya” (Mzm 131:2-3). Kita hidup di dalam pangkuan kasih Tuhan dan melaluiNya kita menerima kasih karunia, rahmat dan damai sejahteraNya yang amat mencukupi untuk menjalani kehidupan kita dengan saleh, maka penuhlah dengan pengharapan dan penghiburan.