Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.6.1 – Penekanan Terhadap Firman Kebenaran)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.6.1 – Penekanan Terhadap Firman Kebenaran)

2.6.1 Penekanan terhadap Firman Kebenaran

Pada zaman kegelapan, Gereja Ortodoks mendominasi agama Kristian dan menganggap pemegang Hari Sabat sebagai pengikut ajaran sesat serta menganiayai mereka. Hari Sabat terpaksa diharamkan. Syukur, akhirnya muncul terang dalam kegelapan itu. Dari satu segi, disebabkan Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan skop pengetahuan yang bertambah luas, dari segi yang lain pula disebabkan perkembangan teknologi pencetakan, Alkitab diterjemahkan dan dicetak secara meluas, maka ini membolehkan kebanyakan pemercaya secara perlahan-lahan sedar akan kebenaran Alkitab. Timbul juga pandangan yang berbeza terhadap peraturan yang tidak bersesuaian dengan Alkitab yang ditetapkan pihak gereja. Kesannya, pemercaya yang tetap memegang Hari Sabat seperti yang tersebut bangkit semula. Pemercaya lain yang membaca Alkitab dan yang saleh juga beransur-ansur mengenali kebenaran memegang Hari Sabat:

1384        Wicliff di England membelakangi ketetapan pihak gereja yang hanya membenarkan penggunaan Alkitab Bahasa Latin dan menterjemahkan Alkitab ke dalam Bahasa Inggeris serta menyeru pemercaya biasa supaya membaca Alkitab. Kesannya, Alkitab Bahasa Inggeris tersebar luas dan banyak orang mula membaca Alkitab dengan tekun. Tindakan ini menjadi titik perubahan yang ketara bagi pemulihan kebenaran yang telah hilang. Sayang sekali, oleh sebab inilah dia telah dihukum mati.

1450     Gutenberg mencipta teknik pencetakan di Eropah. Buat pertama kalinya Alkitab dicetak secara besar-besaran. Sejak itu, setiap orang mampu membeli Alkitab yang murah harganya.

1517     Martin Luther memulakan Reformasi Agama serta mengasaskan Aliran Lutheran agama Protestan. Dia menganotasi Alkitab, dan mendorong pemercaya biasa untuk mengkaji dan membaca Alkitab. Kesannya, banyak pemercaya yang giat membaca dan mengkaji Alkitab. Dalam pengkajian itu, ramai yang terkejut oleh banyak peraturan gereja yang bertentangan dengan ajaran Alkitab. Tidak kurang kebenaran yang telah diubah oleh pemimpin gereja zaman yang lalu. Ini menimbulkan pembetulan yang meluas serta seruan Reformasi Agama. Keadaan ini menggemparkan dunia Kristian pada masa itu. Agama yang lama hampir lenyap.

1534     Church of England (Gereja Anglican) melepaskan diri daripada kuasa Roman Catholic. Ini melemahkan kuasa agama lama.

1559     Golongan Puritans di England menitikberatkan penyempurnaan rohani. Mereka menganjurkan bahawa harus berlaku berdasarkan Alkitab. Akibatnya, mereka melepaskan diri daripada Gereja Anglican. Mereka mengenalpasti bahawa umat Kristian harus mempercayai dan memegang kesepuluh Firman, termasuk Firman yang keempat.

1595     Nicholas Bound (?-1613) mengarang ‘True Doctrine of the Sabbath’ dan menganjurkan supaya Hari Sabat dipulihkan.

1598     Raja Perancis, Henry IV menurunkan Pengisytiharan Nantes (Edict of Nantes), sejak itu, mazhab agama yang dianiayai boleh mengadakan gerakan secara terbuka, pemegang Hari Sabat juga mendapat kelepasan dan boleh memegang Hari Sabat secara terbuka.

1644    Stephen Mumford dan lain-lain mengasaskan Gereja Tuhan (Church of God (7th day)), dan memberitakan Hari Sabat.

1631 Pemercaya Puritan England, Theophilus Branourne(1590-1661)menyarankan Hari Sabat.

1665     Banyak tempat di Eropah, khasnya tidak kurang gereja di Holland yang memulihkan pembaptisan perendaman penuh (Total Immersion). Segolongan pemercaya London mendapati sewaktu mengkaji Alkitab bahawa memegang Sabat dan menjalankan pembaptisan perendaman penuh bersesuaian dengan ajaran Alkitab

1671     Seventh Day Baptist Church diasaskan dan menyebarkan pemegangan Hari Sabat dan pelaksanaan pembaptisan perendaman penuh.

1689     Melalui Akta Toleransi (Toleration Act), Parlimen England melonggarkan batasan agama dan membenarkan agama lain yang berbeza pandangannya dengan agama rasmi untuk mengadakan gerakan secara bebas.

1804     Gereja Anglican yang pertama ditubuhkan di London dan mula mempunyai organisasi dan rancangan untuk meluaskan Alkitab.

1829     Church of Christ ditubuhkan, ia menyarankan pemegangan Hari Sabat, percaya kepada Allah tunggal serta pembaptisan oleh air dan Roh.

1831     William Miller membangkitkan gerakan Adventist dan menjadi pengasas aliran Adventist.

1845     Gereja Seventh Day Adventist ditubuhkan, ia menekankan ajaran Alkitab tentang pemegangan Hari Sabat.

1846    Frederick Wheeler melancarkan ‘Hari Sabat pada hari ketujuh – tanda yang selama-lamanya.’

1900    Pada tahun baru, di Topeka, Kansas, Amerika, guru-guru dan murid-murid Bethel Bible School yang dipimpin C.F. Parham, penginjil Holiness Church menerima Roh Kudus sewaktu berdoa dengan giat. Mereka berkata-kata dalam bahasa roh dan memulakan Gerakan Pentakosta (Pentecostal Movement). Tidak kurang gereja dalam sistem gereja Pentakosta yang mendapati firman pemegangan Hari Sabat dalam pembacaan Alkitab dan di bawah ilham Roh Kudus lalu berubah dan memegang Hari Sabat. Contohnya, Seventh Day Pentecostal Church of The Living God menekankan pemegangan Hari Sabat, percaya kepada Allah tunggal, menjalankan pembaptisan perendaman penuh dalam nama Tuhan Yesus, dan menjadikan berkata-kata dalam bahasa roh sebagai bukti penerimaan Roh Kudus.

1918     Gereja Yesus Benar ditubuhkan di Beijing. Ia menyarankan pemegangan firman yang sempurna dalam Alkitab, antaranya termasuklah konsep ketuhanan esa, pembaptisan perendaman penuh, pemegangan Hari Sabat, pelaksanaan Sakramen Pembasuhan Kaki dan berkata-kata dalam bahasa Roh apabila menerima Roh Kudus.

Hingga waktu itu, firman kebenaran penting dalam Alkitab yang telah hilang itu beransur-ansur dicungkil dan dipulihkan. Kebenaran Hari Sabat juga difahami secara meluas, diberitakan secara terbuka dan dinikmati oleh lebih banyak orang.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.5.5 – Tetap Ada Yang Memegang Hari Sabat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.5.5 – Tetap Ada Yang Memegang Hari Sabat)

2.5.5 Tetap ada orang yang memegang hari Sabat

I. Sejarahwan Baptist Church, Robinson mencatatkan bahawa aliran Unitarian di Transylvania (yang terletak di Austria) memegang Hari Sabat:

He supposed the Jewish Sabbath not abrogated, and he therefore kept holy the seventh day. [1]

II. Lamy mencatatkan dalam buku beliau, Socinianism, m/s 60 bahawa mazhab Genoldists di Austria turut memegang Hari Sabat:

John Gerendi[was] head of the Sabbatarians, a people who did not keep Sunday, but Saturday, and whose disciples took the name of Genoldists.

III. Erasmus (1466-1536) mencatatkan bahawa bangkit pemegang Hari Sabat di Bohemia:

Now we hear that among the Bohemians a new kind of Jews has arisen called Sabatatians, who observe the Sabbath with so much superstition. [2]

IV.  Catatan tentang memegang Hari Sabat di kawasan Soviet Russia boleh menjangkau 1400, Strigoiniks Soviet Russia pada zaman awal memegang Hari Sabat. Mereka mungkin adalah aliran Waldenses dan Cathari Eropah pada zaman yang lebih awal. [3]

V.  Maxson mengatakan bahawa pada abad ke-15, ada orang yang memegang Hari Sabat di Jerman. Sebilangan di antaranya yang kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat:

We find that Sabbath-keepers appeared in German late in the fifteenth, or early in the sixteenth century,…and emigrated to America, in the early settlement of this country. [4]

VI.  Menurut Utter, di Jerman dan Holland, adalah diketahui umum bahawa ahli Baptist Church, Stephen Benedict, memegang Hari Sabat:

Stephen Benedict, some what famous for baptizing during a severe persecution in Holland, who is supposed by good authorities to have kept the seventh day as the Sabbath. [5]

Seorang tokoh yang mati syahid, Christina Tolingerin, menganggap bahawa hari selain Hari Sabat adalah yang diasaskan oleh uskup Gereja Roman Katholik. [6]

VII. Wall, yang terkemuka dalam perdebatan tentang pembaptisan bagi bayi, mencatatkan bahawa M. de la Rogue di Perancis pernah mengarang dan mempertahan Hari Sabat serta menentang Bossuet, uskup di Meaux. Dia juga mengatakan bahawa pemegang Hari Sabat juga biasanya memegang ajaran pembaptisan air dalam Alkitab:

It is worthy of notice that Sabbath keeper are always observers of Scriptural baptism– the burial of penitent believers in watery grave. [7]

VIII. Di England, terdapat banyak pemercaya Kristian yang memegang Hari Sabat. Hingga zaman King James I (kira-kira 1618), John Track mengatakan bahawa masih wujud perdebatan berkenaan Hari Sabat:

He was brought before in infamous Star Chamber, where a long discussion was held respecting the Sabbath. [8]

IX.  Isteri Track, Pagittadalah seorang wanita yang saleh, rendah hati dan penuh kasih sayang. Disebabkan dia beristirahat pada Hari Sabat, maka dia dimasukkan ke dalam penjara ajaran sesat dan mati di situ.

At last for teaching only five days in the week, and resting upon Saturday, it being known upon what account she did it, she was carried to the new prison in Maiden Lane, a place then appointed for the restrain of several other person of different opinions from the Church of England. [9]

    Dia juga menganggap bahawa:

  1. Berdasarkan Hukum ke-4 dalam Alkitab, pemercaya harus memegang Hari Sabat
  2. Hari Sabat harus dipegang selama-lamanya oleh agama Kristian
  3. Hari Ahad ialah hari bekerja [10]

X.  Utter mencatatkan bahawa ada lagi seorang penginjil, Theopilus Brabourne, yang memegang Hari Sabat. Dia pernah menerbitkan buku berjudul Lord’s day is not the Sabbath-day by Divine Institutiondan A Defence of That Most Ancient and Sacred Ordinance of God’s, the Sabbath-day pada tahun 1628 di London. Dia pernah mempersembahkan buku tersebut kepada Charles I. Namun, dia bukan sahaja tidak diterima bahkan White dan Heylyn telah mengarang dan membidas pendiriannya (1635). [11]

XI. Kira-kira pada masa yang sama, Philip Tandy, James Ockford dan pastor yang lain di England Utara turut menekankan kepentingan pembaptisan air dan Hari Sabat.[12]

XII. Pada abad ke-17 (1658), Edward Stennett pernah menekankan Hari Sabat dengan bertemakan The Royal Contended for” dan disebabkan inilah dia dianiayai dengan teruk.[13]

XIII. Adik beradik Francis Bampfield dan Thomas Bampfield juga merupakan pemimpin gereja pemegang Hari Sabat di England pada abad ke-17. Pinner’s Hall mereka di London memegang sakramen pembaptisan dan Hari Sabat. Mereka menekankan:

     The law of the seventh-day Sabbath was given before the law was proclaimed at Sinai, even from creation, given to Adam.

Akibatnya, mereka menimbulkan penganiayaan hebat yang berterusan daripada gereja di England.[14]

XIV.  Pada abad ke-17, terdapat 11 mazhab agama di England yang memegang Hari Sabat. Setelah melalui penganiayaan yang berterusan, masih tinggal sisa-sisa pemercaya bagi tiga mazhab.[15]

[1] Andrew, p347.

[2] Andrew, p349.

[3] Andrew, p350.

[4] Andrew, p352.

[5] Andrew, p352.

[6] Andrew, p352

[7] Andrew, p353.

[8] Andrew, p363.

[9] Pagitt’s Herestography, p210. Andrew, p364.

[10] Pagitt’s Herestography, p161.

[11] Manual of the Seventh-day Baptists, p17-18. Heylyn: History of the Sabbath, par.2, ch8, sec10. Gilfillan:Sabbath, p88-89. Cox: Sabbath Literatue, vol.1, p152-153. Andrew, p366-367.

[12] Andrew, p367.

[13] Andrew, p368.

[14] Andrew, p369.

[15] Andrew, p372.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.5.4 – Masih Belum Dapat Diperbetulkan Sewaktu Reformasi Agama)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.5.4 – Masih Belum Dapat Diperbetulkan Sewaktu Reformasi Agama)

2.5.4   Masih belum dapat diperbetulkan sewaktu Reformasi Agama

I.  Tercatat dalam Confession of Swiss Church bahawa tidak dapat mencarikan perintah memegang Hari Tuhan di dalam Alkitab.

The observance of the Lord’s day is found not on any commandment of God, but on the authority of the church, and, that the church may alter the day at pleasure.

II. Tercatat dalam Augsburg Confession, 1530 bahawa Hari Tuhan dan pelbagai perayaan yang lain dipegang atas sebab perintah gereja.

(Augsburg confession which was drawn up by Melancton {and approved by Luther}, to question, what ought we to think of the Lord’s day? It is answered that the Lord’s day, Easter, Whitsuntide, and other such holy days, ought to be kept because they are appointed by the church. [1]

III.  Zwingli pula beranggapan bahawa boleh bekerja pada hari tersebut.

that it was lawful on the Lord’s day, after divine service, for any man to pursue his labor.

IV.  Beza juga mempunyai pemikiran yang sama:

no cessation of work on the Lord’s day is required of Christians.

V. Tyndale mengatakan bahawa kita menguasai Hari Sabat dan boleh mengubahnya berdasarkan keperluan diri. Ini memang jauh menyimpang daripada firman ‘Tuhan ialah Tuhan atas Hari Sabat.’

As for the Sabbath, we be lords over the Sabbath, and may yet change it into Monday, or into any other day as we see need. [2]

VI.  Calvin mengatakan bahawa Hari Tuhan dipegang mengikut kebiasaan gereja:

the ancients have not without sufficient reason substituted what we call the Lord’s day in the room of Sabbath.…because that day was more fit for an assembly, according to custom [3]

VII.  White, uskup Ely menunjukkan bahawa teman sekerja Luther, Carlstadt (1480-1541) memiliki ciri-ciri pemegang Hari Sabat (Sabbath-keepers), akibatnya dianggap sebagai ajaran sesat:

The same [the observance of the seventh day] likewise being received in Luther’s time by Carlastadius, Sternebeergius, and by some sectaries among Anabaptists, hath both there and ever since been censured as Jewish and heretical. [4]

VIII.  Sears juga mengatakan bahawa Carlstadt memegang Hari Sabat. Luther pula menganggap boleh memegang mana-mana hari. Kedua-duanya mempunyai pandangan berlainan terhadap Hari Sabat:

Carlstadt held to the divine authority of the Sabbath from Old Testament; Luther believed Christians were free to observe any day as a Sabbath, provided they be uniform in observing it.  [5]

Indeed, if Carlstadt were to write further about Sabbath, Sunday would have to give way, and the Sabbath—that is to say, Saturday –must kept holy; he would truly make us Jews in all things. [6]

IX. Namun Presbyterian Kirk (Scotland) mempunyai pandangan berbeza berkenaan Hari Sabat:

The Presbyterian Kirk introduced into Scotland the Judaical observance of the Sabbath {Sunday}, retaining with some inconsistency the Sunday festival of the Catholic church. [7]

X.  Sewaktu reformasi agama dilancarkan, terdapat pemegang Hari Sabat (Sabbath-keepers) di Austria, Bohemia, Soviet Russia, Jerman, Holland, Perancis, England dan lain-lain. Mereka adalah sisa-sisa gereja yang memegang Hari Sabat dalam zaman kegelapan. [8]

Ahli-ahli reformasi mendapati bahawa Gereja Roman Catholic telah menyimpang dari ajaran Alkitab. Maka mereka membahayakan nyawa untuk mengubah banyak amalan yang jahat. Memang besar jasa mereka. Sayang sekali, mereka tidak mampu mengubahkan semua perkara yang tidak bersesuaian dengan Alkitab, contohnya, ibadah pada Hari Tuhan (Hari Ahad / Lord’s Day) dikekalkan sama ada disedari atau tidak. Dari catatan tersebut, boleh diketahui bahawa walaupun mereka bersungguh-sungguh mengkaji Alkitab, namun mereka tidak dapat mencarikan bukti atau dasar Alkitab untuk mengubah Hari Tuhan (Hari Ahad / Lord’s Day). Justeru, mereka terpaksa menganggapnya sebagai tradisi gereja yang merupakan suatu kebiasaan dan kemudahan. Mereka mengubah ajaran Tuhan mengikut kesukaan manusia.

[1] Andrew, p326.

[2] Andrew, 327.

[3] Andrew, p328,329.

[4] Andrew, p344.

[5] Andrew, p344.

[6] Andrew, p344.

[7] Westiminter Review.

[8] Andrew, p346.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.5.3 – Selepas itu Hari Tuhan (Hari Ahad/Lord’s Day) Juga Belum Menjadi Lazim)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.5.3 – Selepas itu Hari Tuhan (Hari Ahad/Lord’s Day) Juga Belum Menjadi Lazim)

2.5.3   Selepas itu Hari Tuhan (Hari Ahad / Lord’s Day) juga belum menjadi lazim

Boleh diketahui daripada catatan berikut bahawa hingga abad ke-12, tidak kurang pemercaya Kristian di Eropah yang belum memegang Hari Tuhan dan masih memerlukan seruan dan galakan secara positif pihak gereja.

I. Pada tahun 791 Masihi, Charles The Great menurunkan perintah kepada Uskup Friul di Itali supaya semua orang menghormati Hari Tuhan:

They decreed {AD791} that all people should, with due reverence and devotion, honor the Lord’s day. [1]

II. Pada tahun 826 Masihi, sewaktu Eugenius II menjadi Paus, masih terdapat banyak pemercaya Kristian yang belum memegang Hari Tuhan dan memerlukan Paus untuk menurunkan perintah dan memperbetulkan keadaan:

And thereupon Pope Eugenius, in a synod held at Rome about 826…gave directions that he parish prist should admonish such offenders,…[2]

In 829, where in the prelates complain that ‘Lord’s day was not kept with reverence as became religion. [3]

III.  Tambahan pula ada anggota yang berasa sangsi terhadap Hari Tuhan:

they desired answers, and that {answer} which concerned the Lord’s day was that they should desist from all secular work etc. [4]

IV.  Hingga tahun 928 Masihi, di England, raja masih perlu menurunkan perintah larangan bekerja pada Hari Tuhan.

King Athelston… in the year 928, mode a law that there should be no marketing or civil pleadings on the Lord’s day.

V. Hari Tuhan juga belum berakar di Norway

Nor did the Sunday festival fail to gain a footing in Norway, Heylyn tells us of the piety of a Norwegian king by the name of Olous AD1028:”For being taken up one Sunday in some serious thought, and having in his hand a small walking strick…”. [5]

VI.  Di Sepanyol pula, hingga tahun 1050 selepas Masihi, raja masih perlu menurunkan perintah agar rakyat dididik untuk beribadah di gereja padaHari Tuhan (Hari Ahad / Lord’s Day).

[1]  Andrew, p280.

[2]  Dialogue on the Lord’s day, p271. Andrew, p281.

[3]  Dialogue on the Lord’s day, p271. His. Sab. Part2, chap.5, sec.7. Andrew, p282.

[4]  His. Sab. Part2, chap.5, sec.7. Morer, p272.Andrew, p283.

[5]  Andrew, p285

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.5.2 – Hari Sabat Selepas Abad ke-5)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.5.2 – Hari Sabat Selepas Abad ke-5)

2.5.2  Hari Sabat selepas abad ke-5

I.  Dari fakta bahawa Paus Gregory (540-604) mengecam pemercaya Kristian dalam Kota Rom yang masih memegang Hari Sabat [1], boleh diketahui bahawa pada waktu itu masih terdapat banyak umat Kristian yang memegang Hari Sabat.

II.  Pada tahun 596 Sebelum Masihi, sebelum Augustine mendakwah di England, sudah terdapat agama Kristian di tempat itu. Aliran Culdees di sebelah utara yang diketuai Colomba juga memegang Hari Sabat:

Colomba, the leading minister of his time among the Culdees, was an observer of ancient Sabbath of Bible.

Today is Saturday, the day which the Holy Scriptures call the Sabbath, or rest. And it will truly be my day of rest, for it shall be the last of my laborious life. [2]

III. Aliran Waldenses merupakan mazhab besar yang ternama dalam sejarah gereja pada abad ke-12. Ia kemudiannya juga dianggap sebagai ajaran sesat. Goldastus, sejarahwan aliran Calvin mencatatkan bahawa mereka juga memegang Hari Sabat:

they were be called by these name because they keep the Saturday for the Lord’s day, and because they did not keep the Sabbath of the papists…In sabbatati{they were called} not because they were circumcised, but because they kept the Jewish Sabbath. [3]

Hingga abad ke-15, aliran Waldenses di Perancis masih memegang Hari Sabat gereja zaman awal yang tidak diamalkan oleh agama Roman Catholic, bahkan masih memegang cara pembaptisan gereja zaman awal. [4]

IV. Aliran Cathari di Perancis, menurut Allix, turut memegang Hari Sabat pada abad ke-12:

that the law of Moses is to be kept according to the letter, and that the keeping of the Sabbath, circumcision and other legal observances.

Akibatnya, mereka mengalami penganiayaan:

In this year [AD1163] certain heretics of the sect of the Cathari,…as on the Lord’s day they did not go to church, they were seized by the neighbors, and detected. [5]

V.  Kira-kira pada tahun 1110 Masihi, tidak kurang mazhab di bahagian selatan Perancis, termasuk Petrobrusians yang diketuai oleh Peter Bruy, yang menentang Paus dan memegang Hari Sabat. [6]

Boleh diketahui daripada fakta sejarah tersebut bahawa dalam dunia Kristian di Eropah, disebabkan penganiayaan agama Roman Catholic, maka mereka yang memegang Hari Sabat akan dilenyapkan. Namun, sememangnya tidak kurang juga pemercaya Kristian yang setia yang sanggup mengambil risiko nyawa untuk memegang ajaran Alkitab dan Hari Sabat.

[1]  Andrew, p278,299.

[2]  Andrew, p300-301.

[3]  Andrew, p307.

[4]  Andrew, p309-310.

[5]  Andrew, p 311-312.

[6]  Andrew, p314.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.5.1 – Hari Sabat Sebelum Abad Ke-5)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.5.1 – Hari Sabat Sebelum Abad Ke-5)

2.5  Terang Dalam Kegelapan

2.5.1  Hari Sabat sebelum abad ke-5

Tidak lama kemudian, kuasa Empayar Roma secara beransur-ansur meresap ke dalam gereja. Kuasa bishop agama Roma juga beransur-ansur bertukar menjadi Pop agama Roman Catholic. Demikianlah agama Roman Catholic bergabung dengan kuasa politik dan menguasai agama Kristian untuk beratus-ratus tahun lamanya, di samping ‘penindasan keadilan dan kebenaran’ yang didukungi Augustine. [1] Dalam tempoh ini, setiap tokoh yang tetap setia terhadap pengajaran Alkitab yang mempunyai pendapat yang berlainan dengan mereka akan dianiayai, dipenjarakan, dibunuh, dibakar dan seumpamanya. Hampir tidak ada seorang pun yang dapat luput. Namun begitu, tidak kurang juga tokoh yang setia yang berani mengorbankan diri.

I.  Nazarenes merupakan salah satu aliran agama Kristian pada waktu itu. Ia kemudiannya disifatkan sebagai ajaran sesat oleh agama Roman Catholic. Menurut Morer, mereka juga memegang Hari Sabat:

They retained the Sabbath, and though they pretended to believe as Christians, yet the practice as Jews. [2]

II. Satu lagi aliran agama yang serupa, iaitu Hypsistarii  

About the same time were the Hypsistarii, who closed with these as to what concerned the Sabbath, yet would by no means accept circumcision as too plain a testimony of ancient bondage. All these were heretics, and so adjudged to be by the Catholic church. [3] (Hypsistarii yang wujud hampir pada masa yang sama mendekati mereka yang memberi perhatian kepada hari Sabat tetapi tidak memegang upacara penyunatan sebagai doktrin purbakala. Mereka ini adalah ajaran yang menyesatkan, dan dihakimi oleh gereja Katolik.)

III. Gereja Timur (Eastern Churh) yang tidak dinaungi agama Roman Catholic turut memegang Hari Sabat pada tiga abad yang pertama. Edward Brereood, profesor Gresham College di London berkata, 

that Sabbath was religiously observed East church three hundred years. [4] 

IV.  Hingga Paus Leo I (440-461) barulah Hari Tuhan (Hari Ahad / Lord’s Day) dihormati dengan nyata:   

especially the Lord’s day, which we decree to be a venerable day, and therefore free it of all citations, executions, pleadings, and the like avocations.[5]

V. Coleman, pengarang yang memegang Hari Tuhan, mengatakan dalam karyanya bahawa pada abad ke-5, Agama Kristian masih memegang Hari Sabat. Namun, akhirnya ia secara perlahan-lahan dianggap sebagai ajaran sesat lalu lenyap.

Down even to the fifth century the observance of the Jewish Sabbath was continued in the Christian church…the Sabbath, which, as we have already said, continued to be observed for several centuries, by the converts to Christianity…the observance of the Sabbath of the Jews was gradually discontinued, and was finally denounced as heretical. [6]

IV. Socrates, sejarahwan Kristian, mencatatkan bahawa pada pertengahan abad ke-5, selain Kota Rom dan gereja-gereja di Alexandria, Mesir berpegang kepada tradisi, semua agama Kristian di seluruh dunia memegang Hari Sabat:

For although almost all churches through out the world celebrate the sacred mysteries on the Sabbath of every week, yet the Christians of Alexandria and at Rome, on account of some ancient tradition, refuse to do this. The Egyptians in the neighborhood of Alexandria, and the inhabitants of Thebais, hold their religious meeting on the Sabbath, [7]

Disebabkan kebanyakan pemercaya Kristian hari ini hanya melihat catatan yang diturunkan oleh agama Roman Catholic, maka mereka kurang jelas tentang fakta sejarah yang sebenarnya.

[1]  Manselli: De la ‘persuasio’ a la ‘coercitio’

[2]  Dialogues on the Lord’s day, p66.

[3]  Andrew, p250.

[4]  Andrew, p252

[5]  Andrew, p271.

[6]  Anc. Christ. Exem., chap.26, sec.2, p248.

[7]  Dialogue on the Lord’s day, book5, chap.22, p259. Andrew, p271.