Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.3.4 – Why 1:10)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.3.4 – Why 1:10)

3.3.4 Why 1:10

Pada hari Tuhan aku dikuasai oleh Roh dan aku mendengar dari belakangku suatu suara yang nyaring, seperti bunyi sangkakala, katanya… [Why 1:10]

1. Kitab Wahyu adalah literatur apokaliptik (apocalyptic literature) dalam perjanjian baru. Ayat pertama jelas memberitahu bahawa kesemua ini adalah ‘wahyu’, iaitu petunjuk Tuhan tentang ‘perkara yang akan digenapkan pada masa akan datang’  α μελλει γενεσθαι), dan juga perkara pada akhir zaman, bukanlah perkara di atas Pulau Patmos.

2. Berikut dibandingkan makna perkataan bahasa asal dengan perkataan lain:

        Bahasa Ibrani: εγενομεν εν πνευματι εν τη κυριακη ημερα

        Bahasa Inggeris: found in spirit in the Lord’s day

       Bahasa Mandarin:我曾發現自己在靈裡在這主的日子               (Aku mendapati diriku sendiri berada dalam alam Roh, pada hari Tuhan).

Perkataan εγενομεν merupakan kata ganti diri pertama bagi perkataan γινομαι, kata tunggal, past tense, middle voice. [1] Oleh itu, ia adalah ditujukan kepada dia sendiri yang mendapati hari Tuhan, hari yang besar dalam penglihatan rohani. Secara ringkasnya, di sini adalah kata subjek [Yohanes] iaitu mendapati keadaan dalam rohani bagi dirinya sendiri, bukanlah keadaan yang bersifat kebendaan.

3. Masa kata kerja (tenses) dan nada suara (voice) jenis ini juga digunakan dalam Why 4:2. Bermula fasal keempat mencatatkan ‘Segera aku dikuasai oleh Roh dan lihatlah, sebuah takhta terdiri di sorga,….’ bahasa asal ayat ini sama dengan 1:10, tetapi tidak dicatat melihat pada hari itu, hanya dicatat melihat penglihatan rohani. Melalui perbandingan ayat-ayat ini, dapatlah diketahui bahawa hari Tuhan bukanlah ditujukan kepada hari minggu, melainkan adalah hari yang istimewa dalam rohani. Kedua-dua catatan ini menggunakan middle voice. Ini dapat menunjukkan dengan jelas bahawa Yohanes sedang melihat penglihatan rohani, iaitu penglihatan-penglihatan pada hari Tuhan yang dilihatnya dalam Roh Kudus.

4. Konteks awal dan akhir ayat juga memperlihatkan bahawa dia sedang melihat penglihatan, dan bukannya melihat perkara yang berlaku di atas pulau pada hari minggu:

(1)   Bermula ayat pertama jelas memberitahu bahawa kesemua ini adalah ‘wahyu’, iaitu perkara-perkara pada zaman akhir, bukanlah peristiwa yang berlaku di atas Pulau Patmos.

(2) Ayat ke-7 mengatakan bahawa Tuhan datang dalam awan-awan, ayat 13-18 mencatatkan sebilah pedang tajam bermata dua keluar dari mulut Tuhan, tangan-Nya memegang segala kunci maut dan kerajaan maut. Kesemua ini adalah gambaran hari penghakiman Tuhan yang menakutkan ke atas manusia duniawi pada akhir zaman.

              13 Dan di tengah-tengah kaki dian itu ada seorang serupa Anak manusia, berpakaian jubah yang panjangnya sampai di kaki, dan dadanya berlilitkan ikat pinggang dari emas. 14 Kepala dan rambut-Nya putih bagaikan bulu yang putih metah, dan mata-Nya bagaikan nyala api. 15 Dan kaki-Nya mengkilap bagaikan tembaga membara di dalam perapian; suara-Nya bagaikan desau air bah. 16 Dan di tangan kanan-Nya Ia memegang tujuh bintang dan dari mulut-Nya keluar sebilah pedang tajam bermata dua, dan wajah-Nya bersinar-sinar bagaikan matahari yang terik. 17 Ketika aku melihat Dia, tersungkurlah aku di depan kaki-Nya sama seperti orang yang mati; tetapi Ia meletakkan tangan kanan-Nya di atasku, lalu berkata: “Jangan takut! Aku adalah Yang Awal dan Yang Akhir, 18 dan Yang Hidup. Aku telah mati, namun lihatlah, Aku hidup, sampai selama-lamanya dan Aku memegang segala kunci maut dan kerajaan maut. [Why 1:13-18]

(3) Catatan utama dalam Why 4:11 adalah gambaran-gambaran yang dilihat olehnya ketika berada di Pulau Patmos, Tuhan menulis kepadanya perihal ketujuh-tujuh jemaat di Asia kecil. Bukanlah perkara-perkara yang berlaku atas Pulau Patmos.

5. Wahyu yang begitu banyak tercatat dalam seluruh gulungan Kitab Wahyu tidaklah dapat dilihat, diingat dan ditulis semua oleh seorang yang berumur 70 lebih tahun dalam masa sehari. Malah dalam kitab ini tercatat banyak perkataan ‘Aku melihat….’. Nampaknya, keseluruhan Kitab Wahyu adalah catatan penglihatan yang banyak kali dilihat oleh Yohanes, bukanlah dilihatnya dalam masa seminggu sahaja.

6. Sememangnya ‘hari Tuhan’ yang dikatakan di sini adalah mendapati dirinya sendiri berada dalam keadaan rohani dan bukanlah hari penglihatan yang dilihatnya itu. Apatah lagi Yohanes seorang sahaja yang dibuang ke Pulau Patmos pada ketika itu, sudah tentulah tidak ada ibadah pada hari Tuhan.

7. Sungguhpun dikatakan ‘hari Tuhan’ adalah hari-hari yang biasa, namun Tuhan dengan sendirinya berkata Dia adalah Tuhan atas hari Sabat [Mat 12:8, Mrk 2:28, Luk 6:5]. Oleh itu, sekiranya menurut penafsiran ayat kitab dengan ayat kitab, maka hari Tuhan sepatutnya jatuh pada hari Sabat dan bukannya hari Ahad.

8. κυριακη dalam konteks di sini / [Nominative singular negative untuk perkataan Κυριακο] ημερα/ adalah berlainan dengan gelaran hari minggu [hari Tuhan]. Godfathers selepas rasul-rasul juga menggunakan perkataan κυριακει ημεραι untuk merujuk kepada hari kiamat yang besar dan menakutkan, malah menggunakan κυριακη untuk merujuk kepada hari minggu. Nampaknya kedua-dua ini bukanlah ssatu perkara yang sama, sebaliknya merujuk kepada hari kiamat yang besar dan menakutkan, bukanlah hari minggu.

 9. Sekiranya hari Tuhan dalam Wahyu 1:10 adalah merujuk kepada hari minggu, semasa Yohanes melihat penglihatan juga tidak kelihatan berkebaktian dan mengadakan pertemuan ibadah di sini, juga tidak melihat adanya orang yang sedang mendengar firman di sisinya, hanya kelihatan dia keseorangan diri sahaja dan berkomunikasi dengan Tuhan. Maka jelas kelihatan di sini tidak dapat membuktikan bahawa umat Kristian berkebaktian dan mengadakan pertemuan ibadah pada hari minggu.

——

[1] Middle Voice adalah sejenis tatabahasa yang istimewa dalam bahasa Yunani. Ia menunjukkan bahwa perbuatan subjek diterima oleh subjek itu sendiri. Middle voice untuk perkataan ginomai dalam perjanjian baru terdiri daripada:

1. Kata ganti nama pertama (εγενομην):

Rm 10:20  Aku menyatakan diri kepada mereka

1 Kor 2:3   Aku datang kepadamu dalam kelemahan dan dengan sangat takut dan gentar

1 Kor 9: 20     Bagi orang Yahudi aku menjadi seperti orang Yahudi

1 Kor 9: 22        Bagi orang-orang yang lemah aku menjadi seperti orang yang lemah

Ef 3:7        Aku telah menjadi pelayan injil

Kol 1: 23        dan yang aku ini, Paulus, telah menjadi pelayan injil

25         Aku telah menjadi pelayan jemaat

Why 1: 9        berada di pulau yang bernama Patmos

10         Aku dikuasai oleh Roh

18         Aku telah mati

Why 4: 2        Segera aku dikuasai oleh Roh

2. Kata ganti nama diri kedua (εγενεσθε):

Luk 16:11 Jikalau kamu tidak setia dalam…

Yak 2:4  Kamu telah membuat pembedaan… dan bertindak sebagai hakim dengan pikiran yang jahat

3. Kata ganti nama diri ketiga (εγενοντ):

Luk 10:13 Karena jika terjadi tanda mujizat di tengah-tengah kamu

 13:2            Sangkamu orang-orang Galilea ini lebih besar daripada orang Galilea yang lain

4         Sangkamu mereka lebih besar daripada semua yang lain yang diam di

23:12          Bersahabatlah mereka

Kis 5:36        tetapi seluruh pengikutnya telah bercerai-berai dan lenyap

2 Pet 2:1       Sebagaimana nabi-nabi palsu dahulu tampil di tengah-tengah umat

Why 8:5       Maka meledaklah bunyi guruh, disertai halilintar dan gempa bumi

11:15         Pemerintahan atas dunia telah tergenap

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.3.3 – Kol 2:16-17)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.3.3 – Kol 2:16-17)

3.3.3 Kol 2:16-17

16 Kerana itu janganlah kamu biarkan orang menghukum kamu mengenai makanan dan minuman atau mengenai hari raya, bulan baru ataupun hari Sabat; 17 semuanya ini hanyalah bayangan dari apa yang harus datang, sedang wujudnya ialah Kristus. [Kol 2:16-17]

Ayat ini sering digunakan untuk menunjukkan bahawa Paulus telah menghapuskan hari Sabat. Tetapi sebenarnya bukanlah demikian:

1.  Ayat ini sedang menjelaskan bayangan bagi perkara sebelum ini [perjanjian baru], sekiranya dua ayat ini digambarkan dalam bentuk rajah pokok menurut kata sendi [preposition] dan kata hubung [conjunction] bahasa asalnya, maka hasilnya adalah seperti berikut:

μη ουν τις ’υμας κρινετω . [Sekiranya kita tidak dihakimi]

εν βροσει και                     [Dengan makanan]

εν ποσει                           [Ataupun dengan minuman]

η εν μερει                          [ataupun dengan sebahagian]

εορτες                           [hari raya]

η νεομηνιας                       [ataupun bulan baru]

η σαββατων                    [ataupun hari sabat]

2. Dari sini dapat diketahui:

a) Paulus memperingatkan pemercaya supaya jangan dihakimi dalam hal-hal tersebut. Perkataan ‘menghakimi’ dan ‘tidak dihapuskan’ adalah berbeza sama sekali. Sekiranya di sini adalah bermaksud untuk menghapuskan, maka makanan akan dihapuskan terlebih dahulu, ertinya janganlah pemercaya makan, atau minum. Ini adalah kesalahan yang nyata.

b) Melibatkan semua hal berkaitan dengan makanan dan minuman, serta ‘sesuatu yang berkaitan atau sebahagian’ dengan hari perayaan, bulan dan hari Sabat. Dengan kata yang lain, tidak kira sama ada menghakimi ataupun menghapuskan, hanya sesuatu yang berkaitan dengan hari perayaan, bulan, hari Sabat (seperti protokol majlis, kaedah persembahan) yang akan dihakimi atau dihapuskan, dan bukan hari perayaan, bulan dan hari Sabat yang akan dihakimi dan dihapuskan, melainkan hal mengenai makan dan minum yang dimaksudkan untuk dihakimi atau dihapuskan.

c) Meskipun makanan harus dihapuskan, namun hari Sabat tidak perlu dihapuskan, yang perlu dihapuskan adalah bahagian peraturan tentang hari Sabat yang dipegang dalam perjanjian lama.

3. Ada juga orang beranggapan bahawa hari Sabat di sini sebagai kata jamak (plural noun), hari Sabat dalam suatu perayaan. Tetapi telah diterangkan sebelum ini, perkataanσαββατα dalam perjanjian baru telah salah digunakan sebagai kata jamak bahasa Ibrani. Sebenarnya perkataan ini saling digunakan bersama dengan σαββατον (hampir sama banyak digunakan). Disebabkan hari raya (tahun), bulan baru (bulan) ataupun hari Sabat (minggu) dinyatakan bersama di sini, maka ia sepatutnya adalah hari Sabat dalam setiap minggu.

Daripada analisis di atas, dapatlah diketahui bahawa langsung tidak memberitahu sebarang catatan tentang hari Sabat di sini diubah kepada hari matahari ataupun hari Tuhan.

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.3.2 – I Kor 16:1)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.3.2 – I Kor 16:1)

3.3.2 I Kor 16:1

Tentang pengumpulan uang bagi orang-orang kudus, hendaklah kamu berbuat sesuai dengan petunjuk-petunjuk yang kuberikan kepada Jemaat-jemaat di Galatia. 2 Pada hari pertama dari tiap-tiap minggu hendaklah kamu masing-masing – sesuai dengan apa yang kamu peroleh – menyisihkan sesuatu dan menyimpannya di rumah, supaya jangan pengumpulan itu baru diadakan, kalau aku datang [1 Kor 16:1-2].

Ada orang yang beranggapan bahawa ini adalah bukti yang menunjukkan Paulus menghendaki mereka memegang hari Tuhan. Mereka berandaian pasti ada kebaktian kerana ada pemberian dibuat, dan kebaktian itu adalah pertemuan ibadah pada hari Tuhan. Namun, dengan mengkaji konteks awal dan akhir ayat tersebut, maka dapat diketahui bahawa bukanlah sedemikian:

  1. Di sini tidak dibincangkan tentang pertemuan ibadah pada hari minggu. Bahkan dalam Kisah Para Rasul 18:4 mencatatkan dengan lebih jelas bahawa Paulus memegang hari Sabat di Korintus. Menurut kebiasaan Paulus, dia akan memberi penekanan sekali lagi terhadap perkara yang penting. Sekiranya dia ada niat untuk mengajar mereka supaya memegang hari Sabat pada hari minggu, maka sekurang-kurangnya dia akan memberitahu sebab-sebabnya dan memetik ayat-ayat suci sesudah berkata “Tentang hari pertama dalam seminggu….”. Tetapi Paulus hanya membincangkan tentang ‘Pemberian orang-orang kudus’ di situ, dan tiada ‘membincangkan tentang hari pertama dalam seminggu’. Oleh itu, apa yang dikatakannya itu tidak ada kaitan dengan ibadah.
  2. Tambahan pula, perkataan bahasa asal bagi ‘pemberian uang’ di sini adalah ςλογειαςς. Perkataan ini bermaksud dermaan kecemasan[1], bukanlah persembahan persepuluhan, ataupun persembahan am yang biasa dilakukan oleh jemaat. Pada ketika itu, Yerusalem menghadapi kelaparan, ramai jemaat [seperti Makedonia: 15:26; 2 Kor 9:1-4] memberi dermaan kecemasan dan menyuruh orang mengikuti Paulus untuk menghantar pemberian itu ke Yerusalem. Di samping itu, ayat ketiga di sini jelas mencatatkan tentang jemaat diminta mengutus orang untuk menghantar pemberian itu ke Yerusalem, dan nampaknya pemberian sedemikian bukanlah persembahan yang biasa dilakukan oleh jemaat tempatan sebelum atau selepas kebaktian[2].
  3. Ayat kedua mengatakan pada hari pertama dari tiap-tiap minggu, ‘masing-masing sesuai dengan apa yang diperoleh diri sendiri’ [adalah daripada diri sendiri (παρ εαυτω) menurut hasil seminggu sendiri], ‘mengasingkan’ (menentukan, membahagikan), ‘meninggalkan’ ( θεσαυριζων) untuk disimpan di satu tempat (tidak menyerahkannya kepada jemaat pada hari itu). Hal ini menunjukkan dengan lebih jelas bahawa mereka tidak ada pertemuan ibadah yang membolehkan mereka menyerahkannya kepada jemaat pada hari tersebut, sebab sekiranya ada, mengapa harus mereka ‘menyimpannya’?
  4. Bukan sahaja jemaat Korintus melakukan hal sedemikian, malah jemaat-jemaat di Galatia juga melakukan hal yang sama [16:1]. Nampaknya, jemaat-jemaat dari bangsa asing tidak mengadakan pertemuan ibadah pada hari minggu ketika itu.
  5. Berdasarkan kalimat ‘supaya aku datang mengambil pengumpulan’, dapat diketahui pengiraan hasil keuntungan atau pendapatan daripada pekerjaan mereka adalah berasaskan satu Sabat sebagai unit. Mereka tidak melakukan kerja pada hari Sabat. Oleh yang demikian, mereka dapat menghitung hasil keuntungan bagi satu Sabat yang lalu pada hari minggu, serta mengasingkan jumlah derma untuk kegunaan kecemasan bagi seiman-seiman. Nampaknya, Paulus hanya mengajar mereka mengawal pendapatan dan perbelanjaan mereka dengan baik di sini, tidak ada sebarang pertemuan ibadah diadakan.
  6. Walaupun umat Kristus pada masa kini berkata bahawa persembahan adalah sebahagian daripada ibadah, dan persembahan perlu dibuat pada setiap minggu, namun itu adalah persembahan untuk kegunaan kerja suci [seperti persembahan persepuluhan], bukanlah dermaan kecemasan seperti yang dikatakan di sini. Oleh yang demikian, catatan tentang dermaan kecemasan di sini tidak boleh diambil sebagai kenyataan yang menunjukkan pertemuan ibadah diadakan pada hari minggu. Tambahan pula, tidak dikatakan di sini bahawa derma itu diberikan kepada jemaat, hanya dicatatkan ‘menyimpankannya’.
  7. Bahasa asal bagi ‘hari pertama tiap-tiap minggu’ di sini adalah μιαν σαββατον bermaksud ‘Sabat satu’. Nampaknya, mereka masih berpegang pada sistem hari Sabat, tidak menggunakan sistem mingguan. Mereka juga tidak menggelar hari itu sebagai ‘hari Tuhan’. Sekiranya di sini merujuk kepada ‘hari Tuhan’ κυριακος, yang pernah digunakan di dalam 1 Kor 11:20, [3] maka ia akan digunakan lagi di sini. Tetapi dia menggunakan perkataan ini untuk menggelar perjamuan kudus dan tidak menggunakan perkataan ini untuk menggelar hari pertama dalam satu Sabat. Dari sini membuktikan bahawa di dalam hatinya tidak ada maksud untuk menggelar hari minggu sebagai ‘hari Tuhan’. Sungguhpun ada pertemuan ibadah pada hari minggu pada masa itu, tetapi tidak bermakna mereka tidak memegang hari Sabat. Sebenarnya, ada juga pertemuan ibadah diadakan setiap hari [Kis 2:46]. Namun, hari Sabat tetap adalah hari Sabat. Makna hari Sabat bukan setakat mengadakan pertemuan ibadah, melainkan Tuhan akan mengaruniakan berkat pada hari ini, agar manusia memperolehi istirehat tubuh dan jiwa tanpa melakukan kerja.

[1] λογιαις adalah perkataan jamak daripada kata λογια. Mengikut Thayer H.J.:A Greek-English Lexicon of the N.T., perkataan yang kedua di atas dimaksudkan : a collection of money gathered for the relief of poor.

[2] Chrysestomos beranggapan mereka berasa segan kerana jumlah derma mereka yang terlalu sedikit. Tanggapan yang begitu memang kelihatan terlalu bersifat objektif dan sukar untuk diterima.

[3] 1. Istilah κυριακος ini berasal daripada κυριος. Perkataan yang kedua muncul sebanyak 680 kali di dalam perjanjian baru, manakala perkataan yang pertama hanya muncul di Why 1:10 dan 1 Kor 11:20 [perihal perjamuan kudus]. Istilah ini tidak pernah muncul dalam septuaginta atau kesusasteraan Yahudi yang lain. Dengan itu, hari yang dimaksudkan di sini bukanlah ditujukan pada hari yang biasa.

       2. Kaedah penulisan κυριακη’ ημερα hanya wujud dalam ayat ini, pandangan sebahagian besar pengkaji adalah : [rujuk: D. A. Carson: From Sabbath to Lord’s Day]

a) hari minggu secara amnya

b) Easter-Sunday [hari kebangkitan] pada bulan Wesak 14hb, kebanyakan Gereja sebelah Timur memegang hari ini.

c) Hampir sama dengan hari penghakiman yang besar dan menakutkan dalam perjanjian lama.

d) Yohanes melihat hari Tuhan pada akhir zaman dalam penglihatan.

e) Hari Sabat.

  1. Semasa Yohanes menulis kitab Wahyu, perkataan ‘tuan’ ( κυριο’) dalam Empayar Rom adalah merujuk kepada raja, tiada maksud yang lain. Oleh itu, orang-orang pada masa itu lazimnya beranggapan ‘hari Tuhan’ adalah hari yang ditentukan oleh Raja, bukanlah hari Ahad. Namun bagi mereka yang selalu membaca kitab Perjanjian Lama, ‘hari Tuhan akan dianggap sebagai hari Tuhan yang dahsyat. Perkataan ini mempunyai maksud yang lain hanya muncul pada abad ke-2.
  1. Aprocrypha: Injil Petrus 9: 34 mencatatkan kebangkitan Tuhan dan mengatakan rombongan wanita pergi melihat kuburan pada ‘fajar hari Sabat’. Dalam ayat 35 pula mengatakan bunyi yang kuat pada masa kebangkitan Tuhan adalah pada ‘fajar hari Tuhan’. Oleh yang demikian, tidak kurang umat Kristus yang menganggap hari Sabat adalah hari Tuhan pada masa itu.

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.3.1 – Kis 20:7-12)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.3.1 – Kis 20:7-12)

3.3 Analisis terhadap ayat-ayat Alkitab penting

Ayat-ayat alkitab perjanjian baru yang sering digunakan ketika membincangkan tentang hari Sabat dan ibadah pada hari Tuhan ditafsirkan seperti berikut:

3.3.1 Kis 20:7-12

7 Pada hari pertama dalam minggu itu, ketika kami berkumpul untuk memecah-mecahkan roti, Paulus berbicara dengan saudara-saudara di situ, kerana ia bermaksud untuk berangkat pada keesokan harinya. Pembicaraan itu berlangsung sampai tengah malam. 8 Di ruang atas, di mana kami berkumpul, dinyalakan banyak lampu. 9 Seorang muda bernama Eutikhus duduk di jendela. Kerana Paulus amat lama berbicara, orang muda itu tidak dapat menahan kantuknya. Akhirnya ia tertidur lelap dan jatuh dari tingkat ketiga ke bawah. Ketika ia diangkat orang, ia sudah mati. 10 Tetapi Paulus turun ke bawah. Ia merebahkan diri ke atas orang muda itu, mendekapnya, dan berkata: “Jangan ribut, sebab ia masih hidup.” 11 Setelah kembali di ruang atas, Paulus memecah-mecahkan roti lalu makan; habis makan masih lama lagi ia berbicara, sampai fajar menyingsing. Kemudian ia berangkat. 12 Sementara itu mereka mengantarkan orang muda itu hidup ke rumahnya, dan mereka semua merasa sangat terhibur. [Kis 20:7-12]

Ada yang mengatakan apa yang tercatat di sini adalah suatu kenyataan yang menunjukkan rasul-rasul memegang hari Tuhan di tempat itu. Mereka menjadikannya sebagai bukti atau dasar untuk memegang hari Tuhan. Namun, dapat diketahui sama ada kenyataan tersebut betul atau sebaliknya dengan mengkaji konteks ayat (awal dan akhir ayat):

  1. Apa yang tercatat di sini ialah satu pertemuan ibadah khas ketika Paulus menggembala ke Troas, setelah dia diam selama satu minggu di situ. Dia berada di Troas kebetulan pada hari Sabat dan hari minggu ketika dalam perjalanan pengembalaannya ke situ.
  2. Di sini jelas mencatatkan ‘Disebabkan Paulus akan berangkat pada keesokan hari’, nampaknya ini adalah pertemuan ibadah perpisahan yang diaturkan secara khas dan bukanlah ibadah hari minggu yang ada pada masa kini. Melalui kenyataan daripada perkara di mana Eutikhus duduk di jendela membolehkan kita mengetahui bahawa ia bukanlah satu pertemuan ibadah yang formal. Merujuk kepada ‘berbicara sekian lama’ juga boleh diketahui bahawa ia adalah suatu pertemuan persahabatan, bukanlah pertemuan yang biasanya diadakan menurut peraturan.
  3. Perkara ini lebih dapat membuktikan Paulus dan lain-lain sedang memegang hari Sabat dan bukannya hari Tuhan. Ini adalah kerana Paulus dan lain-lain sudah biasa berkebaktian dan melakukan kerja suci pada hari Sabat [17:2, 3]. Mereka tidak mengembara jauh pada hari Sabat. Oleh sebab itulah, dia mengadakan pertemuan perpisahan dan memulakan perjalanan jauhnya pada hari Sabat satu [hari pertama dalam seminggu, hari Ahad].
  4. Malah ‘berbicara sehingga larut malam’. Memandangkan berbicara sehingga larut malam, maka waktu itu sudah pun masuk hari Isnin baik mengikut perhitungan orang Yahudi [matahari terbenam hingga matahari terbenam] mahupun perhitungan orang Roma [tengah malam hingga tengah malam]. Sila bertanya, mana satukah mazhab agama yang memegang pertemuan ibadah pada pertengahan malam hari Ahad [hari Isnin] [1]?
  5. Daripada kajian ke atas ayat-ayat seterusnya, maka dapat diketahui bahawa mereka memperingati kematian Tuhan, dan bukan memperingati hari kebangkitan Tuhan. Ini adalah kerana mereka sedang memecah-mecahkan roti. [2]

Berdasarkan analisis di atas, kelihatan rasul-rasul juga tidak memegang hari Tuhan (tidak mengadakan pertemuan ibadah pada sebelah pagi hari minggu) di tempat orang bukan Yahudi yang beragama Kristian .

[1] Orang Yahudi mengira masa sehari bermula dari masa matahari terbenam sehingga matahari terbenam pada hari berikutnya. Orang Rom pula mengira masa sehari dari tengah malam hingga tengah malam hari berikutnya. Oleh itu, tak kira kaedah perhitungan orang Yahudi atau orang Rom, waktu tersebut adalah dalam hari Isnin.

[2] Memecahkan roti ( κλαω αρτος) wujud sebanyak 15 kali dalam perjanjian baru. Antaranya, enam kali Tuhan memecahkan roti untuk semua, dua kali adalah Paulus makan roti bersama jemaat, dua kali merujuk kepada perjamuan kudus, dua kali lagi adalah makan biasa. Rujuk Luk 22: 19; 1 Kor 11: 24-25.

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.6 – Terjemahan Istilah-istilah Lain Dalam Bahasa Asal dan Chinese Union Version)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.6 – Terjemahan Istilah-istilah Lain Dalam Bahasa Asal dan Chinese Union Version)

3.2.6 Terjemahan istilah-istilah lain dalam bahasa asal dan Chinese Union Version

I. ‘Hari persiapan’ dalam Markus 15:42 (προσαββατον)

Bahasa asal terbentuk daripada gabungan προ [depan] dan σαββατον [hari Sabat]. Ia bermaksud hari sebelum hari Sabat. Ia merujuk kepada sehari sebelum hari Sabat, yakni hari Jumaat. Ketika itu, orang Yahudi melihat hari ini sebagai pra-hari Sabat untuk membuat persiapan [menyediakan makanan terlebih dahulu]. Oleh itu, hari ini digelar sebagai hari persiapan.

II. ‘Hari perhentian’ (terjemahan Cina berbunyi ‘Perhentian hari Sabat) dalam Ibrani 4:9 [ σαββατισμο]

Bahasa asal adalah gabungan perkataan σαββατ [hari Sabat] dan ισμος [menandakan imbuhan bagi sesuatu fahaman, bersamaan dengan kata ‘–ism’ dalam bahasa Inggeris], menunjukkan keadaan yang berbahagia menikmati perhentian hari Sabat dan di syurga kelak, maka boleh diterjemahkan sebagai ‘Hari perhentian dalam hari Sabat’, ‘konsep hari Sabat’.

III. Terdapat banyak perkataan ‘Sabat’ dalam Buku Ibrani, makna asalnya ditafsirkan seperti berikut:

A. Ibr 4:9 – Hari perhentian atau perhentian dalam hari Sabat seperti yang telah diterangkan sebelum ini.

B. Ibr 3:11, 18, 4: 1, 3, 5, 8, 10, 11 dan sebagainya – ‘Perhentian’/ ‘Sabat’, kata asalnya adalah καταπαυσις. Perkataan ini adalah gabungan daripada κατα [ke arah bawah, bawah] dan παυσος [beristirehat], bermaksud beristirahat, menjadikan istirahat [the act of giving rest, a state of settled or final rest].

C. Ibr 4:4, 10, bahasa asal ‘Perhentian’ dalam ayat 10 juga adalah καταπαυσις.

D. Ibr 3:19 – Perkataan ‘istirehat’ dalam ayat ini tidak wujud dalam bahasa asal;

E. Ibr 4:6 – ‘Istirehat’ dalam ayat ini adalah perkataan αυτη dalam bahasa asal [suatu kata nama, bermaksud ia], merujuk kepada Perhentian kekal Tuhan di Syurga yang diterangkan dalam beberapa ayat terdahulu.

F. Ibr 4:4 – ‘hari ketujuh’ yang ditulis dua kali berturut-turut adalah εβδομε’ [ketujuh] dalam bahasa asal. Ia merujuk kepada hari ketujuh bagi satu Sabat – hari Sabat.

Daripada tafsiran di atas, dapat diketahui bahawa ayat-ayat kitab tersebut memberi gambaran tentang orang yang percaya kepada Tuhan, mendengarkan pengajaran Tuhan, bertekun melakukan firman, memegang hari Sabat, mempunyai pertuturan dan kelakuan berpadanan dengan apa yang dipercayai, dan pendamai pada masa kini, sedang menanti untuk menikmati perhentian kekal di Syurga pada masa kelak.

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.5)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.5)

3.2.5 Perbincangan lanjut terhadap penterjemahan perjanjian baru Alkitab Chinese Union Version (國和本)

Alkitab mandarin versi Guo He Ben menterjemahkan perkataan Yunani σαββατον dan σαββατα ini ke dalam istilah-istilah berikut:

1. Paling kerap diterjemah kepada hari Sabat (安息日). Jumlah 147 kali.

2. Sembilan tempat yang lain menterjemahkan perkataan ini sebagai ‘hari pertama’ (第一日) ataupun ‘hari yang pertama’(頭一日) dalam ‘tujuh hari’ (七日的) yang bermaksud hari minggu. Contohnya:

A. ‘Hari pertama dalam minggu itu’ (七日的第一日) seperti dalam Mat 28:1; Mrk 16:2; Luk 24:1; Yoh 20:1,19; Kis 20:7; 1 Kor 16:2 dan seumpamanya dalam bahasa asal adalah miai ton sabbaton. Perkataan pertama sebagai ‘satu’, perkataan seterusnya sebagai kata sandang (article), perkataan ketiga sebagai ‘hari Sabat’. Boleh diterjemahkan secara langsung sebagai ‘hari pertama dalam satu Sabat’. Maksud diterjemahkan sebagai ‘Sabat satu’ (安息一) menunjukkan hari pertama bagi satu Sabat, yakni hari Ahad. Perkataan ‘tujuh’ tidak wujud pada bahagian depan dan belakang perkataan itu. Jelaslah terjemahan sebagai tujuh hari tidak bersesuaian dengan prinsip ‘Kebolehpercayaan, Kesahan dan Keindahan’ dalam penterjemahan. Dari sini dapatlah diketahui bahawa Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya tidak mencipta sistem mingguan selain sistem Sabat ini, lebih-lebih lagi tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan mereka ingin membuat perubahan sistem Sabat.

B. Perkataan bahasa asal bagi ‘Hari pertama minggu itu’ dalam Markus 16:9 adalah προτη σαββατον. Perkataan depan sebagai ‘Pertama’, perkataan seterusnya sebagai ‘hari Sabat’; boleh diterjemahkan secara langsung sebagai ‘pertama dalam satu Sabat’, yang bermaksud ‘Sabat satu’. Begitu juga tidak sesuai ditafsirkan sebagai ‘hari pertama dalam tujuh hari’. [1]

3. Alkitab Mandarin Chinese Union Version menterjemahkan Lukas 18: 12 sebagai ‘dua kali dalam seminggu’. Tetapi perkataan ini dalam bahasa asal adalah δις του σαββατουPerkataan pertama adalah ‘dua’, perkataan seterusnya adalah kata sandang milik (article). Perkataan akhir adalah ‘bagi hari sabat’. Oleh itu, penterjemahan secara langsung adalah ‘dua bagi hari sabat, yang bermaksud ‘dua kali dalam satu sabat’.

  • Istilah satu ‘li bai’ (禮拜) yang membawa maksud satu minggu adalah istilah Cina moden.[2] Bangsa-bangsa dalam zaman awal tidak ada yang menyebut minggu (xing qi星期) dengan istilah ini. Oleh yang demikian, penterjemahan yang berdasarkan peristiwa pada masa itu adalah yang lebih tepat.

Dengan demikian, dapat dilihat pada ketika itu Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya telah biasa menggunakan ‘metrik Sabat’, dan langsung tidak mengubah bilangan ataupun gelaran minggu.

[1]Nota 3: Ayat-ayat dalam bahasa asal sabbaton atau sabbata yang tidak diterjemahkan sebagai Sabat seperti berikut:

Ayat Alkitab Bahasa Yunani Mandarin Inggeris [KJV]
Mat 28:1 σαββατα Tujuh Hari Week
Mrk 16:2 σαββατα Tujuh Hari Week
Mrk 16:9 σαββατον Tujuh Hari Week
Luk 24:1 σαββατα Tujuh Hari Week
Luk 18:12 σαββατον Minggu Week
Yoh 20:1 σαββατα Tujuh Hari Week
Yoh 20:19 σαββατα Tujuh Hari Week
Kis 20:7 σαββατα Tujuh Hari Week
Kis 21:27 ’ηεπτα’ηεμεραι Tujuh Hari Seven days
1 Kor 16:2 σαββατα Tujuh Hari Week
Ibr 4:4 εβδομος Tujuh Hari Seven days
Ibr 11:30 ’ηεπτα’ηεμαρας Tujuh Hari Seven days

[2] Sistem mingguan Cina dan gelarannya: Pada zaman awal, negara China tidak mempunyai konsep tentang sistem mingguan. Negara China awal mengukur masa ‘bulan’ mengikut fasa bulan (Tian Gan天干) dan mengukur tahun dan hari dengan batang samawi (Di Zhi地支). Pengukuran yang demikian digunakan secara meluas untuk menetapkan tarikh dan geomancy. Tian Gan mempunyai sepuluh batang samawi (kayu +, kayu -, api +…). Di Zhi pula mempunyai 12 dahan duniawi (12 zodiak, tikus, lembu, harimau…) Satu kitaran adalah enam puluh hari, kira-kira dua bulan lebih (kalendar lunar mempunyai 29 hingga 30 hari sebulan). Menurut catatan Encik Yin Deng Guo dalam satu majalah mingguan suratkhabar Zhong Yang keluaran Feb 1995, negara China hanya mempunyai satu kali cuti rehat (休沐) dalam setiap 5 hari bermula pada zaman dinasti Han. Selepas zaman dinasti Tang, ada satu hari cuti rehat (旬休) dalam setiap 10 hari. Namun masih belum ada kiraan 7 hari seminggu.

Sehinggalah buku pengukuran masa (時憲書) dalam zaman dinasti Qing, baru wujudnya kiraan 7 hari seminggu dengan tujuh planet, iaitu matahari, bulan, api, air, kayu, logam dan tanah. Setiap hari diwakili dengan salah satu planet tersebut. Oleh kerana satu minggu ini diwakili dengan tujuh planet, maka kemungkinan istilah ‘星期xing qi’ (minggu maksud secara langsung dalam bahasa Mandarin ialah “tempoh planet”) berasal daripada ketujuh-tujuh planet ini. Demikian juga negara Jepun menggunakan putaran ketujuh-tujuh planet ini sebagai satu minggu. Contohnya, hari Ahad dinamakan sebagai hari Matahari, hari Isnin dinamakan sebagai hari Bulan dan seterusnya. Perkataan ‘li bai ji禮拜幾’ (hari ke berapa – atau ibadah ke berapa mengikut maksud secara langsung dalam Mandarin) bermula ketika agama Kristian tiba di negara China. Disebabkan rata-rata mazhab agama yang masuk ke negara China pada masa awal memegang hari minggu sebagai hari Tuhan dan mengadakan ibadah pada hari itu, maka hari minggu juga digelar ‘li bai re禮拜日’ yang bermaksud ‘hari ibadah’. Dengan itu, hari Isnin disebut sebagai ‘li bai yi 禮拜一’, hari Selasa disebut sebagai ‘li bai er 禮拜二’ dan selanjutnya. Walau bagaimanapun, dalam pelbagai versi terjemahan Alkitab, ‘sabbath’ masih diterjemahkan sebagai ‘hari Sabat’, ‘Sabat satu’ (hari Ahad) pula diterjemahkan sebagai ‘hari pertama dalam tujuh hari.