KURSUS LATIHAN TEOLOGI
Memandangkan builangan pemercaya semakin bertambah dan gereja-gereja yang baru ditubuhkan, dan juga petugas kerja suci, kebanyakannya tiada latihan sempurna, perkara mengadakan kursus latihan teologi atau penubuhan satu Pusat Latihan Teologi dibangkitkan beberapa kali dalam MEsyuarat Jawatankuasa Eksekutif Ibu Gereja Sabah sejak 8 atau 9 tahun yang lalu. Berikutan dengan ini, lebih kurang 5 tahun lalu, satu kurikulum latihan Teologi Jangka Pendek telah pun disediakan. Akan tetapi, disebabkan kekurangan pensyarah tempatan yang berpengalaman, satu permohonan telah dibuat kepada Ibu Gereja Antrabangsa (IA) untuk menugaskan pensyarah ke Sabah dalam masa sesuai. Oleh itu, tiada jadual tetap untuk mengadakan kursus.
Syukur kepada Tuhan, melalui cadangan dan permintaan Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC) kepada Ibu Gereja Antarabangsa, perjalanan Kursus Latihan Teologi Belia jangka pendek 3 tahun telah diadakan. Pada masa kini, jadual perancangan bagi sabah dan Semenanjung Malaysia/ Singapura Pusat Latihan Teologi dikendalikan oleh SEAEC. Pensyarah-pensyarah dan bahan-bahan pelajaran dibekalkan oleh Ibu Gereja Sabah dan Ibu Gereja Semenanjung Malaysia/ Singapura. Pendaftaran bagi penuntut bertambah setiap tahun. Adalah tidak dapat dielakkan bahawa tidak lama lagi penatua/ diaken/ penginjil tempatan akan mengambilalih tanggungjawab untuk memberi syarahan dan penyediaan nota-nota syarahan untuk kursus.
Pada masa sekarang, penguasa kursus ialah Diaken Daniel Pang, Pengerusi Ibu Gereja Sabah dan pensyarah-pensyarah ialah Penatua – Penatua John Yang, Hsieh Soon Tao, Lin Fong Lai, Chen Hen Tao, Dn Tsai Mu Fu, pendeta-pendeta Lai Ying Fu dan Hou Shuey Yuen dari Ibu Gereja Taiwan; Pendeta-pendeta Stephen tham, Thomas Kam dan Philip Chong dari Ibu Gereja Sabah juga membantu dalam kerja syarahan.
Pada 1983, satu Kursus Latihan Belia 3 minggu untuk kawasan Asia Tenggara dianjurkan oleh Ibu Gereja Antarabangsa telah diadakan di Sabah. 63 peserta dari Singapura, Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Sabah telah menghadiri dan kemputusannya sangat memuaskan. Pada tahun 1984, Kursus Latihan Teologi Belia jangka pendek bagi Sabah telah diadakan di Gereja Kota Kinabalu di sampung dengan satu lagi yang diadakan di Pusat Latihan Teologi Asia Tenggara di Singapura. Jangka masa kursus ialah 3 minggu dalam satu tahun dalam tempoh 3 tahun ini diadakan mula dari pertengahan bulan November sehingga awal bulan Disember. Penuntut kumpulan pertama seramai 33 orang telah tamat pelajaran pada tahun 1986. Terdapat 117 orang dalam tahun pertama dan 44 orang dalam kumpulan kedua. Pada tahun yang sama, satu kumpulan Kursus Latihan Teologi Para Penginjil juga telah tamat. Empat pelatih adalah dari Sabah dan seorang dari Negeri thai.
Tiga kelas akan diteruskan bagi Belia (penuntut) Kursus Latihan Teologi setiap tahun. Dalam bulan Julai – Ogos 1987, kegiatan belia seperti berikut dianjurkan bersama oleh Ibu Gereja Antarabangsa dan Perkumpulan Belia Antarabangsa (IYF): Seminar Rohani Belia Masyarakat pada 25-27 Julai 1987 dan Kursus Latihan Petugas Suci Belia pada 19 Julai – 2 Ogos 1987 masing-masing. Terdapat 87 orang telah mendaftar bagi Seminar dan 98 orang bagi kursus.