Views: 139

Pada tahun 1960, apabila Mark Chin dan Dn Titus Yong telah pergi ke Keningau untuk melawat para pemercaya di sana, pada masa itu, hanya beberapa orang saja pemercaya yang tinggal di situ. Mereka ialah Kong Tze Pin, Chia En Yin, Wong Cheok Peng (yang berpindah ke Keningau dari Beaufort). Terdapat juga Sdra Yap Siong Thau, iaitu anak kepada Dn Titus Yap dari Labuan, yang menjaga Gereja Labuan semasa Perang Dunia Kedua. Sebuah rumah doa ditubuhkan di rumah Sdra Kong oleh Dn Mark Chin dan Dn Titus Yong.

Selepas dua tahun pada 1962, rumah doa itu dipindahkan ke rumah Sdra Wong Cheok Peng. Disebabkan kekurangan kerja penggembalaan, mereka seperti domba tanpa penggembala. Bukan saja mereka tidak menyebarkan Injil, malahan iman mereka menjadi lemah dan mereka berada dalam keadaan tidak panas tidak dingin. Syukur kepada Tuhan, Sdra Leong Tong Nyen yang bersemangat dalam kerja suci datang ke Keningau memulakan perniagaan di situ. Kemudian, dengan Tuhan yang bersama mereka, organisasi gereja mulai diperbaiki. Terdapat banyak tanda ajaib dan mujizat dan syaitan telah diusirkan. Bilangan pemercaya bertambah hari demi hari.

Pada 1967, Sdra Wong Fon Thau (Kini Dn Luke Wong) pergi ke Keningau dari Tenom untuk bekerja dengan sebuah firma kewangan. Kini, dia tinggal tetap di Keningau. Dia telah membantu dalam kerja suci, bersama dengan para pemercaya dengan segenap jiwa raga dalam membina sebuah gereja. Selepas siap, gereja telah ditahbiskan kepada Tuhan pada 24 April 1976.

Mengikut buku pendaftaran pembaptisan, Gereja Keningau mempunyai sejumlah 440 pemercaya. Akan tetapi sebilangan besar pemercaya Bumiputera telah berbakti di gereja kampung mereka masing-masing. Ada yang telah berpindah ke bandar lain. Akibatnya, baki pemercaya berjumlah 258 orang. Penguasa Gereja ialah Dn Luke Wong, dibantu oleh Dn Ngakim Chin dan Dns Eunice Cheu. Kini, ada kelas Pendidikan Agama untuk kaum Bumiputera dan Cina. Untuk kaum Bumiputera, ada 3 kelas dengan jumlah murid 19 orang. Untuk kaum Cina ada 4 kelas dengan 32 orang. Guru-guru berjumlah 12 orang. Penguasanya ialah Sdra Ho Tsen Yun, dibantu oleh Sdra Leong Yun Hin.

Jawatan Gereja mempunyai yang berikut: –
Hal Ehwal Agama : Yong Ket Fah, Luke Wong (Naib)
Hal Ehwal Am : Ho Tsen Yun, Gustie Rampasan (Pembantu)
Bendahari : Leong Thien Kui, Rose Wong ( Pembantu)
Setiausaha : Leong YUn Fah (Cina) Wong Choi Kui (Pembantu) Rudy Julasim (BM), Juperin Sumil (Pembantu).

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *