Views: 162

Sebelum 1982, para pemercaya di sini menghadiri Kebaktian Sabat di Gereja Wangkod 1. Akan tetapi pada wal tahun 1982, pemercaya meminta supaya membawa sebuah rumah doa atau gereja di Timbou bagi kemudahan kerja-kerja suci. Syukur kepada Tuhan pada tahun yang sama permohonan ini telah diluluskan.

Oleh itu, pada 7 Ogos 1982 Kebaktian Sabat yang pertama diadakan di rumah Sdra Kisus Kadayan yang kemudian menjadi rumah doa. Satu jawatankuasa seramai 5 orang telah ditubuhkan. Apabila bilangan pemercaya semakin bertambah, rumah doa tidak mencukupi. Oleh itu, sebuah gereja yang sederhana berharga lebih kurang $4,000 dibinakan.

Pembinaan Gereja Timbou bermula pada awal tahun 1983. Bangunan tersebut berukuran 12.2m x 7.3m (40 kaki x 24 kaki). Pemercaya bukan saja mempersembahkan wang dan alat-alat malahan tenaga juga terhadap bangunan ini. Di samping itu, saudara – saudari di Gereja Wangkod 1, Tinuhan, Rongalis dan Somodon juga membantu membina gereja tersebut. Gereja telah disiapkan dalam amasa satu tahun dan ditahbiskan pada 14 April 1984.

Paeda masa sekarang ada sejumlah 223 pemercaya daripada 42 keluarga. Terdapat 3 kelas Pendidikan Agama dengan 66 kanak-kanak dan 10 orang. Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada yang berikut:
Hal Ehwal Agama: Insing Tarajun, Salim Lihuan (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Tawik Linggou, Aban Kandi (Pembantu), Turooi bte Lopog (Pembantu)
Bendahari : Bonduk Mangki, Guntolid Bindorow (Pembantu)
Setiausaha: Yabin Sinduman, Tawik Linggou (Pembantu)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *