PRAKATA
Oleh Diakon Daniel Pang, Pengerusi Ibu Gereja Sabah
Saudara dan saudari yang dikasihi,
Syukur kepada Tuhan Yesus Kristus, dengan sukacitanya kami kemukakan Buku Cenderamata Ulangtahun Ke-60. Ini adalah buku catitan data yang terperinci bagi semua gereja di Sabah, yang meliputi satu rekod susunan perkembangan yang berlaku semasa 60 tahun yang lampau. Adalah diharapkan bahawa buku sejarah ini akan menjadi satu rujukan yang baik di masa sekarang dan hadapan.
Sabah, yang dahulu dikenali sebagai Borneo Utara adalah sebuah negeri yang terpencil dalam Malaysia yang tidak ramai penduduknya, iaitu hanya lebih satu juta sahaja. Mutu kehidupan adalah sangat rendah. Namun demikian di bawah jagaan Tuhan negeri kita yang mundur ini telah menerima kurnia besar.
Pada tahun 1927 di bawah bimbingan Roh Kudus, benih kebenaran yang pertama ditanam di Sabah. Walaupun banyak rintangan pada permulaan namun di bawah pimpinan Tuhan gereja kita telah mengatasinya. Gereja seterusnya menjadi kukuh dan kian berkembang maju – mulia kepada Tuhan kita.
Pada peringkat permulaan, terdapat banyak tanda-tanda ajaib dan mujizat dan dengan itu penyebaran kebenaran adalah lebih mudah. Semasa Perang Dunia Kedua, kemajuan gereja digangu dan hampir terhenti. Namun demikian, dengan anugerah Tuhan gereja melalui tempoh yang sukar ini dengan aman.
Dalam pertengan tahun 1942 hingga 1952, petugas kerja suci adalah sangat kuranguntuk menjalankan kerja penginjilandan mengendalikan pentadbiran kegiatan-kegiatan gereja. Pekerja-pekerja dahulu bukan saja terpaksa menghadapi kesusahan jasmani disebabkan masalah perhubungan bahkan fikiran mereka tergangu dalam menjalankan kerja suci mereka. Walaupun demikian, mereka masih juga memikul kewajiban-kewajiban mereka untuk meneruskan penyebaran injil dengan tekad hati dan bersemangat.
Semasa beberapa puluh tahun yang lalu, khasnya pada bahagian yang akhir, dengan berkat Tuhan, bantuan dan latihan yang diberikan oleh petugas kerja suci dari Ibu Gereja Taiwan, Ibu Gereja Internasional serta gereja-gereja di negara lain, kerja suci telah terus membangun dan berkembang maju dalam semua segi.
Kini kita telah memasuki zaman baru. Kita menuai buah daripada hasil penat lelah kita selama 60 tahun. seperti tersurat dalam Alkitab, “ Orang-orang yang menabur dengan mencucurkan air mata akan menuai denganbersorak-sorak” ( maz 126:5). Kini terdapat 51 tempat sembahyang di seluruh Sabah – 40 gereja dan 11 rumah doa. Bilangan pemercaya telah bertamabah menjadi lebih kurang 10,000 atau 1% daripada penduduk Sabah. Adalah dikesalkan kerana walaupun bilangan pemercaya banyak dan tuaian banyak, pekerja sedikit. Semoga Tuhan menambahkan hamba-hambaNya yang mempunyai semangat untuk bekerja bagiNya dan tidak mengira upah kerjaNya ( Pkh 11:6-8 ).
Dari pengalaman lalukita ketahui bahawa tanpa usaha, aman damai dan kerjasama dari semua pekerja suci dari satu keturunan ke satu keturunan, kita tidak akan mencapai apa yang telah kita capaikan pada hari ini. Dengan pengalaman lama kita sebagai panduan dan Roh Kudus sebagai pembimbing kita akan mempunyai keupayaan untuk terus maju dalam penyebaran injil ke seluruh negeri sabah dan seluruh dunia, sejajar dengan matlamat Ibu Gereja Internasional.
Tiada hadnya perkembangan Gereja Tuhan. Oleh itu, bukan saja kita menjaga pencapaian kita sekarangtetapi kita mesti juga berjuang untuk meningkatkan lagi di masa hadapan. Dari itu kita mesti dorong mendorong antara satu sama lain. Janganlah kita berbangga dengan kejayaan kita di masa lalu kerana ini mungkin melemahkan kita dalam usaha menghadapi cabaran-cabaran di masa hadapan. Janganlah biarkan masalah sekarang mengganggu semangat kita. Kita mestilah senantiasa menunjukkan bahawa kita adalah hamba baik Tuhan ( II kor 6:1-10 ).
Jika kita memandang ke hadapan kita mungkin melihat banyak rintangan untuk diatasi, namun kita tahu matlamat kita adalah ditetapkan oleh Tuhan, iaitu memegang 5 rukun utama gereja dan menyebarkan Injil Kebenaran yang sempurna. Gereja Benar telah mengikuti jalan benar ini sejak ia ditubuhkan. Kita mestilah menjaga dasar ini bagi memastikan keselamatan bagi jiwa kita ( Ibr 6:13-20 ).
Gereja memerlukan satu cara organisasi keTuhanan dan demokratik demi untuk mara ke hadapan ke arah yang diatur terlebih dahulu oleh Tuhan. Saya percaya ini akan membolehkan kita berjuang ke arah kesempurnaan dan boleh membangun satu masa hadapan yang lebih memuliakan Tuhan ( Ibr 6:1-12 ).
Sempena Ulangtahun Ke-60 ini, Ibu Gereja Sabah telah menganjurkan berbagai kegiatan yang bermakna untuk kemuliaan Tuhan. Selain dari penerbitan Buku Cenderamata ini, terdapat juga penerbitan-penerbitan saksian, tanda mujizat dan ajaib Tuhan yang telah berlaku dalam tahun-tahun yang lampau, risalah dan kidung serta puisi yang memuji Tuhan untuk diterbitkan.Kebaktian penginjilan akan diadakan di merata gereja tempatan dan cenderamata juga akan diberikan. Di bandar yang mempunyai ramai penduduk adakan diadakan persembahan koir/kebaktian penginjilan dan program Pendidikan Agama. Semoga Tuhan mencurahkan Roh Kudus yang penuh kepada semua petugas kerja suci kita supaya memberikan kebijaksanaan dan kemampuan agar mereka membawa kemuliaan kepada nama suciNya.
Demi menjalankan kerja suci yang lebih besar, kita perlukan lebih ramai pekerja yang dedikasi. Adalh diharapkan semua saudar dan sudari boleh menyertai dalam kerja ini. Dengan berbuat demikian kerja kita dapat diadakan dengan lebih lancar dan para pemercaya akan mempunyai “ perasaan kekeluargaan “ melalui penyertaan ini.
Kemajuan dan perkembangan gereja adakah bergantung besar kepada usaha, ketekunan dan penyertaan semua saudara saudari. Buah kerja kita adalah hasil dari usaha dan kebijaksanaan kita semua. Jika kita mematuhi kehendak Tuhan dan berjuang keras, bukan sahaja kita boleh membina gereja dan mengukuhkan dasarnya, malahan kita akan memberi harapan penuh dan dorongan kepada gereja-gereja di kawasan negeri lain.
Keperluan masyarakat kita telah bertambah dan menjadi lebih banyaksebagai akibat perubahan zaman. Sebagaimana gereja berkembang, perkhidmatan kita juga lebih diperlukan dan kewajiban kita menjadi lebih berat. Akan tetapi jika kita tekad untuk bekerja bersatupada dalam aman damai dan menawarkan pengetahuan dan keupayaan kita, dengan takdir Tuhan, kita akan dapat mencapai matlamat kita.
Sepuluh tahun yang lalu, kebaktian penginjilan telah dianjurkan diseluruh negeri bagi pertama kalinya untuk memperingati Ulangtahun Ke-50 Gereja Yesus Benar di Sabah. Ini telah mewujudkan satu kesan kepada masyarakat. Walaupun pada masa itu tidak begitu ramai orang yang telah percaya, namun pada kebelakangannya, ramai yang telah memasuki gereja.
Pada tahun 1985, Persidangan Perwakilan Dunia Ke-4 diadakan di Pusat Pentadbiran Gereja Kota Kinabalu. Ini menunjukkan kemajuan dan pencapaian kita telah diakui oleh Ibu Gereja Internasional dan gereja-gereja lain di seluruh dunia. Ini bukan saja telah memberikan kita kegembiraan disebabkan Tuhan kita dimuliakan bahkan memberi satu galakan dan dorongan bagi kita untuk menjaga mutu dan berjuang untuk memperbaiki lagi.
Dalam pendapat saya tujuan-tujuan kita di masa hadapan adalah :-
- Mempergiatkan lagi Kursus Latihan Teologi untuk menubuhkan satu dasar yang kuat;
- Mengeratkan perhubungan dengan gereja-gereja di seluruh dunia dan memupuk semangat saling membantu dengan tujuan menyebarkan kebenaran ke seluruh dunia.
- Melatih para penginjil, petugas kerja suci dan pentadbir gereja khasnya di kawasan Bumiputera;
- Menggunakan sepenuhnya semua sumber tenaga pekerja lelaki atau perempuan, orang muda atau tua untuk berkerjasama dalam persahabatan; dan berjuang seterusnya untuk pertumbuhan gereja demi menggenapi utusan Tuhan.
- Menggalakkan semua saudara saudari berdoa bagi kepenuhan Roh kudus supaya kita dapat mencapai kesempurnaan rohani dan kesedaran menantikan kedatangan Tuhan.
Mempraktikkan 3 dasar – kepercayaan, harapan dan kasih dan bersatupadulah kita semua dan hidup sebagai satu badan dalam kristus.
Akhir kata, saya ingin menyampaikan terima kasih kepada semua pekerja yang bersemangat dalam Tuhan, iaitu saudara dan saudari yang bekerja sehati siang dan malam pada bulan-bulan yang lalu untuk menyiapkan Buku Cenderamata ini. Semoga Tuhan memimpin kita selalu supaya kita boleh menyiapkan utusan yang dipertanggungjawabkan kita olehNya, iaitu menyebarkan injil ke seluruh dunia dan semoga gereja kita berkembang dari satu tahap ke tahap lain bagi memuliakan nama Tuhan. Amin!