DASAR KEPERCAYAAN GEREJA YESUS BENAR
PRAKATA
Dasar kepercayaan Gereja Yesus Benar adalah iman seumum Gereja ini yang telah ditetapkan. Menurut Alkitab kami dengan ringkasnya menjelaskan pengertian setiap kepercayaan itu.
1. Percaya bahawa Yesus, yang dijelmakan dalam daging untuk disalibkan bagi penebusan orang berdosa, dibangkitkan pada hari ketiga dan telah diangkat ke Syurga. Ia adalah Juruselamat manusia, penguasa langit dan bumi dan juga Tuhan yang Tunggal.
2. Percaya bahawa Perjanjian Lama dan Baru dalam Alkitab ini diilhamkan oleh Tuhan, dan sesungguhnya Ia membuktikan Kebenaran, serta menjadi panduan yang standard dalam kehidupan seorang Kristen.
3. Percaya bahawa jemaat ini didirikan oleh Tuhan Yesus Kristus melalui Roh Kudus pada zaman “Hujan Akhir” dan ia adalah jemaatt benar yang dipulihkan seperti zaman Rasul.
4. Percaya bahawa pembaptisan dengan cara merendamkan seluruh tubuh dengan kepala tertunduk ke dalam air hidup (yang mengalir) adalah Sakramen untuk pengampunan dosa dan kelahiran kembali. Baptisan ini harus dilaksanakan dalam nama suci Tuhan Yesus Kristus oleh seorang pembaptis yang telah dibaptisakan dengan air dan Roh Kudus. Anak kecil (bayi) bagi mereka yang percaya wajib dibaptiskan.
5. Percaya bahawa penerimaan Roh Kudus adalah sesuatu yang merupakan syarat yang harus dipenuhi lebih dahulu untuk memasuki Syurga dan berkata-kata dalam bahasa rohani sebagai bukti penerimaan Roh Kudus.
6. Percaya bahawa Sakramen Pembasuhan Kaki emmbolehkan seorang mendapat bahagian dengan Tuhan dan mengandungi pengajaran saling mengasihi, kekudusan, rendah hati, perkhidmatan dan pengampunan. Sakramen Pembasuhan Kaki harus dilaksanakan di dalam nama suci Tuhan Yesus sekali saja kepada orang yang telah dibaptis. Saling membasuh kaki boleh juga diadakan di masa yang perlu.
7. Percaya bahawa Sakramen Perjamuan Kudus adalah peringatan kematian yuhan Yesus, menerima tubuh dan darahNya, perhubungan suci dengan Dia yang membolehkan kita mendapat hidup kekalmdan dibangkitkan pada hari terakhir. Hanya satu roti yang tidak beragi dan satu cawan hasil pokok anggur digunakan.
8. Percaya bahawa hari Sabat (Sabtu) adalah hari suci yang diberkati Tuhan dan haruslah dipegang di bawah anugerah-Nya – mengingatkan ciptaan dan penebusan yang dijanjikan dengan mengharapkan hidup kekal di hari kemudian.
9. Percaya bahawa keselamatan itu diberikan oleh anugerahNya melalui iman. Tetapi, hendaklah bersandar kepada Roh Kudus, berjuang untuk kekudusan, menggenapi segala pengajaran di dalam Alkitab, takut akan Tuhana dan mengasihi sesama manusia.
10. Percaya bahawa pada akhir zaman kelak, Yesus akan turun dari Syurga untuk menghakimi manusia. Justeru yang benar akan menerima hidup kekal, sementara orang-orang jahat akan diserahkan pada hukum abadi.
(I) Percaya bahawa Yesus, yang dijelmakan dalam daging untuk disalibkan bagi penebusan orang berdosa, dibangkitkan pada hari ketiga dan telah diangkat ke Syurga. Ia adalah Juruselamat manusia, penguasa langit dan bumi dan juga Tuhan yang Tunggal.
1. Firman menjadi manusia
a) Firman itu ialah Tuhan. Tuhan Yesus ialah Tuhan yang dinyatakan dalam daging (Yoh 11, 14; I Tim 3:16).
b) Yesus telah dilahirkan oleh seorang anak dara Maria melalui Roh Kudus. Ia adalah manusia dan sebenarnya tuhan (Mat 118-23; Yes 7:14).
c) Tuhan Yesus telah menjadi daging menumpahkan darah-Nya untuk menebus orang berdosa (Ibr 2:14; 9:22; 10:4-10)
2. Penebusan orang berdosa melaluji kematian-Nya di atas salib
a) semua orang telah berbuat dosa (Rm 3:23)
i. Dosa disebabkan tidak takut akan Tuhan (Mat 22:36-40; Kel 20:3-11
ii. Dosa disebabkan tidak mengasihi sesama manusia (Mat 22:39-40; Kel 20:12-17)
b) Setelah orang berdosa meninggal, mereka akan dihakimik dan dilemparkan ke neraka untuk siksaan yang kekal (Ibr 9:27; Why 21:8)
Yesus mati bagi kita
i. Orang berdosa tidak mampu menyelamatkan diri (Yer 13:23; Kej 37
ii. Darah domba dan kambing tidak dapat menghanguskan dosa (Ibr 10:1-4).
iii. Tuhan yang tidak berdosa telah mati bagi kita (II Kor 5:21; Mat 20:28; I Kor 15:1-3).
3. Ia dibangkitkan pada hari ketiga dan naik ke Syurga
a) Tuhan telah bernubuat bahawa Ia akan dibangkitkan pada hari ketiga selepas Ia mati (16:21; 17:23).
b) Pada hari ketiga, Tuhan telah dibangkitkan dari mati dan 40 hari kemudian Ia terangkat ke Syurga (Yoh 20:1-8; Kis 1:1-11).
c) Kini Tuhan berada di Syurga dengan penuh kuasa untuk melindungi sesiapa yang berdasar pada Dia (I Ptr 3:22; Ibr 4:14-16).
4. Yesus ialah Juruselamat yang tunggal bagi manusia
a) Tuhan dilahirkan untuk menyelamatkan manusia (Luk 2:8-11).
b) Kini Ia menyelamatkan kita dari segala usaha yang jahat (Mat 1:21; I Tim 1:15).
c) Pada hari terakhir, Ia akan menuntun kita kepada KerajaanNya di Syurga (II Tim 4:18; Mat 25:31-34).
5. Yesus ialah penguasa langit dan bumi dan juga Tuhan yang tunggal
a) Segala sesuatu dijadikan oleh Dia (Yoh 1:1-3; Kol 1:16)
b) Segala yang hidup dijadikan oleh Dia (Yoh 11:25; 1:4; 11:39-45).
c) Dia dan Bapa adalah satu (Yoh 10:30; 14:9-11).
d) Dia adalah Tuhan yang tunggal (Rm 9:5; Yes 9:6; I Tim 3:16).
(II) Percaya bahawa Perjanjian Lama dan Baru dalam Alkitab ini diilhamkan oleh Tuhan, dan sesungguhnya Ia membuktikan Kebenaran, serta menjadi panduan yang standard dalam kehidupan seorang Kristen.
1. Semua Kitab Suci diilhamkan oleh tuhan (II Tim 3:16).
a) Hanya melalui dorongan Roh Tuhan seorang itu bernubuat (II Pet 1:21).
b) Sepuluh Hukum itu dituliskan oleh Tuhan sendiri (Kel 31:18.
c) Walaupun hampir 40 orang yang menjadi penulis Alkitab, mereka hanyalah seperti 40 pen di mana pemegang pen-pen itu ialah Tuhan (II Sam 23:2; Mat 22:43).
2. Adalah Kitab Suci yang tunggal untuk membuktikan Kebenaran.
a) Tuhan berfirman bahawa Kitab Suci itu tidak boleh dibatalkan (Yoh 10:35; Mat 5:18).
b) Tuhan membuktikan bahawa Dia itu adalah Kristus melalui Kitab Suci (Yoh 5:39, 46; Luk 24:44-47).
c) Firman yang diberitakan oleh para jemaat hendaklah menurut Alkitab (Gal 1:6-9; Kis 17:2-3)..
3. Panduan yang standard dalam kehidupan seorang Kristen.
a) Alkitab ialah pelita bagi kaki dan terang bagi jalan para pemercaya (Mzm 119:105)
b) Alkitab juga adalah panduan yang standard bagi segala makhluk (II Tim 3:16-17; Yes 8:20).
c) Masa akan berubah tetapi Alkitab ini tidak akan berubah (Ams 30:5-6).
( III) Percaya bahawa jemaat ini didirikan oleh Tuhan Yesus Kristus melalui Roh Kudus pada zaman “Hujan Akhir” dan ia adalah jemaatt benar yang dipulihkan seperti zaman Rasul.
1. Jemaat kami ini didirikan oleh Tuhan melalui Roh Kudus pada musim “Hujan Akhir”
a) Roh Kudus diturunkan pada dua musim
i. Tuhan mencurahkan (hujan awal) hujan musim gugur dan (hujan akhir) hujan musim berbunga (Ul 11:14; Yer 5:24)
ii. Roh Kudus pada bulan hujan awal kali dicurahkan pada zaman rasul (Kis 1:8; 2:1-13)
iii. Roh Kudus pada zaman hujan akhir telah diturunkan pada akhir zaman ini (Yoel 2:23, 28-31).
b) Penubuhan Gereja Benar harus disertai dengan Roh Kudus
i. Hanya orang yang dipenuhi Roh Kudus adalah orang utusan Tuhan (Rm 10:15; Luk 4:18, 19; Yoh 20:21-22)
ii. Hanya orang yand dipenuhi Roh Kudus mempunyai kuasa untuk mengampuni dan menahankan dosa (Mat 18:17, 18; Yoh 20:21-23).
iii. Gereja Benar hanya dapat ditubuhkan melalui Roh Kudus (Efe 1:23; Zak 4:6).
2. Gereja ini ialah pemulihan gereja rasul-rasul
a) Gereja Benar harus mempunyai syarat-syarat tersebut seperti di bawah:-
i. Penyertaan Roh Kudus (Efe 1:23; I Kor 12:13; Rm 8:9)
ii. Penyertaan tanda-tanda ajaib dan mujizat-mujizat (Mrk 1:17-20; Ibr 2:1-4; Kis 14:3).
iii. Firman yang disampaikan oleh-Nya harus menurut Alkitab (Gal 1:6-9; Efe 2:19-20).
b) Memelihara Gereja seperti dengan zaman rasul-rasul (Amos 9:11)
i. Seimbang dalam Roh Kudus (Efe 4:4; I Yoh 4:1-3)
ii. Seimbang dalam ajaran (asas-asas agama) (Efe 2:19-20; 4:4-5).
iii. Seimbang dalam kuasa (Kis 1:8; 5:12-16)
iv. Seimbang dalam kekudusan (Kis 5:25-27; 5:1-11)
v. Seimbang dalam kasih (Kis 2:41-47; 4:32-37).
(IV) Percaya bahawa pembaptisan dengan cara merendamkan seluruh tubuh dengan kepala tertunduk ke dalam air hidup (yang mengalir) adalah Sakramen untuk pengampunan dosa dan kelahiran kembali. Baptisan ini harus dilaksanakan dalam nama suci Tuhan Yesus Kristus oleh seorang pembaptis yang telah dibaptisakan dengan air dan Roh Kudus. Anak kecil (bayi) bagi mereka yang percaya wajib dibaptiskan.
1. Percaya bahawa baptisan air adalah satu Sakramen untuk pengampunan dosa dan kelahiran kembali
a) Gereja kita mempunyai tiga Sakramen:
i. Sakramen Pembaptisa
ii. Sakramen Pembasuhan Kaki
iii. Sakramen Perjamuan Kudus
Setiap Sakramen harus menggenapi syarat-syarat di bawah:-
i. Hendaklah ditubuhkan oleh Tuhan sendiri
ii. Haruslah diperintahkan oleh Yesus kepada murid-muridNya untuk dilaksanakan.
iii. Perbuatan ini mengenai Keselamatan.
b) Baptisan air berkesan untuk menghapuskan dosa dan membaharui seseorang.
i. Pengampunan dosa (Kis 2:38; 22:16; Rm 6:6-7)
ii. Pembaharuan (Tit 3:5; Rm 6:3-4; Yoh 3:5).
iii. Mengenakan Kristus (Gal 3:27-29; Rm 6:3; I Kor 12:13).
2. Pembaptis haruslah seorang yang telah dibaptis oleh air dan Roh Kudus.
i. Hanya mereka yang telah disucikan oleh pembaptisan air layak melaksanakan Sakramen-sakramen itu (Neh 19:18; Kel 29:4; Kis 22:16).
ii. Hanya mereka yang telah menerima Roh Kudus diutus oleh Tuhan dan berkuasa melaksanakan Sakramen-sakramen itu (Rm 10:15; Yoh 20:21-23; Luk 4:18,19).
3. Cara baptisan yang sebenarnya.
i. Membaptis dalam nama suci Yesus Kristus (Kis 2:38; 19:5; 8:16).
ii. Merendamkan seluruh tubuh di dalam air yang hidup (mengalir) (Mat 3:16; Yoh 3:23; Kis 8:38).
iii. Dengan menundukkan kepala (Rm 6:5,8; Yoh 19:30; Mzm 40:12).
4. Pembaptisan bayi
i. Bayi dilahirkan dalam kezaliman (Mzm 51:5)
ii. Pembaptisan bayi di masa lalu mendapat kelulusan dan berkat dari Tuhan:-
– Anak-anak juga menerima Roh Kudus (Kis 238-39; 10:44-48; Rm 8:15-16).
– Tuhan menunjukkan tanda-tanda ajaib dan mujizat semasa pembaptisan.
iii. Hanya anak-anak kepada orang yang percaya dibaptiskan atas permintaan (Mat 15:28; Yoh 4:49-51; Efe 6:4; Ams 22:6; Ul 6:6-7).
iv. Jangan halang anak-anak untuk datang kepada Tuhan (Mat 19:14).
v. Kecuali dilahirkan daripada air dan roh tiada yang boleh memasuki Kerajaan Tuhan (Yoh 3:3,5; Tit 3:5).
( V) Percaya bahawa penerimaan Roh Kudus adalah sesuatu yang merupakan syarat yang harus dipenuhi lebih dahulu untuk memasuki Syurga dan berkata-kata dalam bahasa rohani sebagai bukti penerimaan Roh Kudus.
1. Menerima Roh Kudus merupakan syarat yang harus dipenuhi lebih dahulu untuk memasuki Syurga.
a) Seorang harus dilahirkan daripaa Roh Kudus untuk memasuki Kerajaan Tuhan (Yoh 3:5; Tit 3:5).
b) Roh Kudus akan memberika hidup kekal kepada kita (Wah 22:17; Yoh 4:14)
c) Roh Kudus bersaksi bahawa kita adalah anak-anak Tuhan (Rm 8:16; Gal 4:6-7).
d) Roh Kudus menjadi jaminan atas warisan Kerajaan Tuhan (Efe 1:13-14; II Kor 1:20-22).
2. Berkata-kata dalam bahasa roh adalah bukti penerimaan Roh Kudus.
a) Adalah tidak benar bahawa seseorang menerima Roh Kudus ketika ia percaya kepada Kristus (Kis 19:1-7).
b) Adalah tidak benar bahawa seseorang itu menerima Roh Kudus bila ia dibaptiskan (Kis 8:15-16).
c) Adalah tidak benar bahawa seseorang itu menerima Roh Kudus jika ia melakukan kebaikan (Kis 10:2, 22, 44)
d) Adalah salah untuk menganggap seseorang itu menerima Roh Kudus jika ia melayani Tuhan dengan sebulat hati (Mat 19:27; Kis 1:4-5).
e) Para Rasul menilaikan kuasa roh sebagai bukti penerimaan Roh Kudus
i. Pengalaman para rasul pada hari Pentakosta (Kis 2:1,4)
ii. Pengalaman Kornelius dan orang lain (Kis 10:44-46; 11:15-18).
iii. Pengalaman para pemercaya di Efesus (Kis 19:1-7).
- Berkata-kata dalam bahasa Roh adalah cakapan berkata kepada Tuhan, dan oleh yang demikian tidak difahami manusia (I Kor 14:2, 14, 16).
- Bahasa Roh itu memang bererti. Jika perlu, Tuhan akan menggerakkan untuk menterjemahkannya (I Kor 12:10; 14:26-28; Kis 2:5-11).
( VI) Percaya bahawa Sakramen Pembasuhan Kaki emmbolehkan seorang mendapat bahagian dengan Tuhan dan mengandungi pengajaran saling mengasihi, kekudusan, rendah hati, perkhidmatan dan pengampunan. Sakramen Pembasuhan Kaki harus dilaksanakan di dalam nama suci Tuhan Yesus sekali saja kepada orang yang telah dibaptis. Saling membasuh kaki boleh juga diadakan di masa yang perlu.
1. Tuhan berkata kepada Petrus; “Jikalau Aku tidak membasuh engkau, engkau tidak mendapat bagian dalam Aku” (Yoh 13:8). Dari sini nyatalah bahawa pembasuhan kaki yang dianjurkan oleh Tuhan adalah lebih daripada suatu adat istiadat sebab ia berkesan dan berkuasa yang membolehkan seseorang mendapat bahagian dalam Tuhan.\
2. Sakramen Pembasuhan Kaki juga mendatangkan banyak pengajaran:-
a) Meneladani kasib Yesus terhadap saudara seiman seperti Ia telah mengasihi murid-murid-Nya (Yoh 13:1,34)
b) Harus menguduskan diri dan menjauhi jalan kfasikan (Yoh 13:10, 11; Ams 4:26)
c) Harus meneladani kerendahan hati Yesus dalam pelayanan seperti Ia melayani murid-murid-Nya (Yoh 13:12-14; Mat 20:25-28).
d) Meneladani sikap pengampuni seseorang seperti Yesus telah membasuh kaki Yudas walaupun Ia terlebih dahulu mengetahui bahawa Yudas akan mengkhianatiNya (Yoh 13:10-11; Kol 3:13).
3. Cara Pembasuhan Kaki
a) Sesiapa yang telah dibaptis dengan air haruslah dibasuh kakinya sekali sahaja oleh pekerja rohani dalam nama suci Yesus ia mendapat bahagian dalam Tuhan (Yoh 13:8, 20).
b) Memandangkan soal berkenaan dengan “saling membasuh kaki” boleh juga diadakan jika telah menjadi kebiasaan di tempat itu tetapi haruslah bersemangat rendah hati supaya menyatakan pengajaran saling mengampuni antara satu sama lain.
(VII) Percaya bahawa Sakramen Perjamuan Kudus adalah peringatan kematian yuhan Yesus, menerima tubuh dan darahNya, perhubungan suci dengan Dia yang membolehkan kita mendapat hidup kekalmdan dibangkitkan pada hari terakhir. Hanya satu roti yang tidak beragi dan satu cawan hasil pokok anggur digunakan.
1. Memperingati kematian Tuhan Yesus (I Kor 11:26; Luk 22:19)
a) Memperingati bahawa oleh kerana kita Tuhan menjadi miskin (II Kor 8:9; Luk 9:58).
b) Memperingati bahawa oleh kerana kita Tuhan disesahkan (Rm 4:15; Mat 27:18-31)
c) Memperingati bahawa oleh kerana kita Tuhan disalibkan (Mat 27:32-50; Mzm 22:12-16).
d) Memperingati bahawa oleh kerana kita Tuhan mengalami kematian (Ibr 2:9; Mat 27:45-52; Kis 2:30-32).
2. Menerima tubuh dan darahNya
a) Percaya bahawa selepas perwakafan roti itu menjadi tubuh Tuhan dan hasil pokok anggur itu menjadi darah Tuhan (I Kor 10:16; 11:24, 29-30; Luk 22:19-20).
b) Mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus membolehkan seseorang untuk berhubung dengan Kristus (I Kor 10:16-21; Yoh 6:56).
c) Mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus membolehkan seseorang mendapat hidup kekal dan dibangkitkan pada hari terakhir (Yoh 6:53, 54; I Kor 11:26).
3. Cara melaksanakan Perjamuan Kudus
a) Menggunakan satu roti yang tidak beragi (I Kor 10:17; 5:6-8)
b) Menggunakan satu bekas hasil pokok anggur (Mrm 14:25; :Luk 22:18).
c) Masa ulangan perlaksanaan Perjamuan Kudus tidak ditetapkan. Ianya boleh dilaksanakan seberapa kerap yang dikehendaki (I Kor 11:26)
(VIII) Percaya bahawa hari Sabat (Sabtu) adalah hari suci yang diberkati Tuhan dan haruslah dipegang di bawah anugerah-Nya – mengingatkan ciptaan dan penebusan yang dijanjikan dengan mengharapkan hidup kekal di hari kemudian.
1. Hari Sabat adalah hari suci yang diberkati Tuhan
a) Tuhan telah mencipta segala makhluk dala masa enam hari dan berhenti (berehat) pada hari ketujuh (Sabtu) (Kej 2:1-3).
b) Tuhan memberkati hari ketujuh dan menguduskannya (Kej 2:3; Kel 20:8, 11).
c) Tuhan memerintahkan manusia berehat pada hari ketujuh (Sabtu) dan khususnya menyediakan makanan bagi mereka (Kel 16:23-25)
d) Mereka yang memegang hari Sabat akan diberkati Tuhan (Yer 58:13-14; 56:2)
e) Sesiapa yang tidak memegang hari Sabat akan ditimpa malapetaka (Yer 17:27; Ney 13:17-18)
2. Memperingati ciptaan dan penebusan-Nya dalam anugerah
a) Orang Yahudi hari Sabat di bawah hukum Taurat
i. Tidak dibenarkan memasang api pada hari ini(Kel 35:3)
ii. Tidak dibenarkan melakukan sebarang pekerjaan (Kel 31:15)
iii. Sesiapa yang melanggar kekudusan hari Sabat pasti dihukum mati (Kel 31:12-14; Bil 15:32-36)
b) Orang Kristien harus memegang hari Sabat di bawah anugerah
i. Pada hari Sabat kita boleh melakukan pekerjaan suci (Yoh 7:23; Mat 12:5)
ii. Pada hari Sabat kita boleh berbuat baik (Mat 12:12)
iii. Pada hari Sabat kita boleh menyelamatkan nyawa (Mat 3:4)
iv. Jika keadaan tidak membenarkan kita memegang hari Sabat, Tuhan memahami kesusahannya (Mat 121-4, 7-8)
v. Haruslah kita memegang hari Sabat dengan hati yang riang (Yes 58:13).
c) Mengingatkan ciptaan dan penebusan Tuhan
i. Harus mengadakan pertemuan kudus pada hari itu suoaya mengingatkan anugerah Tuhan yang telah menyediakan segala sesuatu bagi kita (Kel 20:8-11; Mat 5:45; Im 23:3).
ii. Harus berhimpun bersama-sama pad ahari ini untuk mengingatkan anugerah Kristus yang telah menebus kita dari siksaan kekal (Ul 5:15; Yoh 3:16; II Kor 5:14, 15, 21)
iii. Mengharapkan perhentian kekal di masa depan. Kehidupan di dunia amat sukar dan derita (Mzm 90:10)
- Apa yang diharapkan seorang Kristian adalah berkat di masa depan (II Kor 4:16-18; I Kor 15:19)
- Haruslah seorang berusaha untuk memasuki perhantian kekal di Kerajaan Tuhan (Ibr 4:9-11)
(IX) Percaya bahawa keselamatan itu diberikan oleh anugerahNya melalui iman. Tetapi, hendaklah bersandar kepada Roh Kudus, berjuang untuk kekudusan, menggenapi segala pengajaran di dalam Alkitab, takut akan Tuhana dan mengasihi sesama manusia.
1. Keselamatan diberikan oleh anugerah melalui iman
a) Oleh anugerah
i. Anugerah diberi oleh Yesus (Yoh 1:17)
ii. Tuhan mengorbankan diri-Nya untuk menggenapi Keselamatan (Ibr 10:19-20; Rm 325; I Yoh 2:2)
iii. Tiada lagi Juruselaamt selain dari Dia (Kis 412; Yoh 14:6)
b) Oleh iman
i. Manusia tidak sanggup menyelamatkan dirinya melalui perbuatan sahaja (Efe 2:9; Tit 3:5)
ii. Manusia tidak dapat diselamatkan oleh kerana melakukan Hukum Taurat (Rm 3:20, 28)
iii. Keselamatan itu diberi kerana kasih karunia oleh iman (Efe 2:8)
iv. Keselamatan Tuhan diberi kepada setiap orang yang beriman (Rm 1:16-17)
v. Sesiapa yang percaya dan dibaptiskan akan diselamatkan (Mrk 16:16; Tit 3:5)
2. Bersandar kepada Roh Kudus dan mengejar kekudusan
a) Mengejar kekudusan
i. Setiap orang kepunyaan Tuhan harus meninggalkan kejahatan (II Tim 2:19)
ii. Orang yang tidak benar tidak akan mewarisi Kerajaan Tuhan (I Kor 6:9, 10; Gal 5:19-21).
iii. Tanpa kekudusan tidak seorangpun akan melihat Tuhan (Ibr 12:14; Mat 7:21-23)
b) Bersandar kepada kuasa Roh Kudus
i. Manusia tidak dapat melakukan yang baik dengan daya usahanya sendiri (Yer 13:23; Rm 7:18-24)
ii. Roh Kudus akan membantu kita menjadi kudus (II Tes 2:13; Rm 8:13)
iii. Hanya bersandar kepada Roh Kudus seorang itu dapat menghasilkan buah baik (Gal 5:22-23; Why 22:1-2).
3. Takut akan Tuhan dan mengasihi sesama manusia
* Tuhan telah meringkankan hukum-hukum kepada dua:-
- Mengasihi Tuhan dengan sepenuh jiwa kita
- Mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri (Mat 23:34-40)
Seandainya seorang tetap memegang pada dua Hukum Kasih ini ia sudah menggenapi seluruh Taurat (Rm 13:8-10)
a) Takut dan kasih akan Tuhan
i. Harus menyembah Tuhan benar yang tunggal (Kel 20:3-6; Dan 3:16-18)
ii. Harus memegang segala perintahNya (I Yoh 5:3; Yoh 14:21-24)
iii. Harus menuruti kejendakNya (Mat 26:39, 42; Ibr 10:7)
iv. Harus mempersembahkan segala sesuatu kepada Tuhan (Rm 12:1; Kej 22:16-18).
b) Mengasihi orang lain seperti kasih akan diri sendiri
i. Harus mengambil berat pada keperluan fizikal orang lain
ii. Harus mengasihi jiwa orang lain (Rm 9:1-3;’ II Kor 12:15)
iii. Harus mengasihi orang lain seperti kasih akan diri kita sendiri (Mat 22:39-40; Rm 13:9)
iv. Seandainya kita mengasihi manusia kita juga harus mengasihi Tuhan (I Yoh 4:16-17)
v. Seandainya kita mengasihi Tuhan dan manusia, kita pasti memasuki Kerajaan Syurga (Mat 25:34-40)
(X) Percaya bahawa pada akhir zaman kelak, Yesus akan turun dari Syurga untuk menghakimi manusia. Justeru yang benar akan menerima hidup kekal, sementara orang-orang jahat akan diserahkan pada hukum abadi.
1. Hari terakhir bagi dunia
a) Akan tiba hari terakhir bagi dunia
i. Dunia mempunyai hari ciptaannya (Kej 1:1; II Ptr 3:4-5)
ii. Dunia mempunyai hari pemusnahannya – hari terakhir (II Ptr 3:6-14)
iii. Hari terakhir itu merupakan hari ketibaan Yesus Kristus pada kalu yang kedua (Yoh 12:48; Mat 25:31-33).
b) Tanda-tanda hari terakhir
i. Dosa bertimbun (tinggi seperti langit) (II tim 3:1-5; Why 18:4-5)
ii. Taraf pengetahuan manusia bertambah (Dan 12:4)
iii. Bangsa-bangsa akan berpecah-belah (Dan 2:33-35; 42-45; Mat 24:7-8)
iv. Penderitaan yang hebat akan muncul (Mat 24:21-29; Why 6:3-8)
v. Gereja Benar akan terbangun (Amos 9:11; Hag 2:9)
vi. Anti-Kristus akan muncul (Why 13:1-7; 20:7-10)
vii. Gereja Benar akan bersedia (Why 19:7-8; 21:2)
2. Tuhan akan datang kembali untuk menghakimi manusia
a) Sungguh Tuhan membawa penghakiman
i. Penghakiman di dalam tangan Tuhan (Yoh 5:22)
ii. Tuhan akan menghakimi semua manusia dengan firman-Nya (Yoh 12:47-48)
iii. Tuhan akan memberi upah kepada setiap orang menurut perbuatannya (Why 22:12)
b) Yang Benar akan menerima hidup kekal
i. Mereka akan mewarisi Kerajaan Syurga (Mat 25:32-34)
ii. Mereka akan bergembira pada kehidupa abadi (Mat 25:46)
iii. Mereka akan menerima mahkota (I Ptr 5:4)
c) Yang jahat akan dicampakkan ke dalam siksaan kekal
i. Mereka akan ditolaj dari hadirat Tuhan (II Tes 1:7-9)
ii. Mereka akan masuk ke dalam api yang kekal abadi (Mat 25:41-46)
iii. Mereka akan mengalami kesengsaraan dalam hukuman kekal (Why 21:7-8). Anda harus bersedia untuk menemui Tuhanmu (Ams 4:12)