Views: 125

Ranau adalah sebuah pekan kecil yang sejauh lebih kurang 145KM di sebelah utara Kota Kinabalu, Ibu Negeri Sabah. Lebih dari tiga suku jalanraya sepanjang gunung yang curam dan tinggi. Sebilangan besar penduduk di situ adalah kaum Kadazan yang bekerja sebagai petani. Baru-baru ini Kerajaan telah meningkatkan pembangunan ke Taman Negara di Kundasang (lebih kurang 16KM dari Ranau) sebagai pusat pelancongan utama. Akibatnya, jalanraya telah diaspalkan semula dan diperbaiki lagi.

Pada tahun 1957, Wong Shing, seorang saudara dari Gereja Kota Kinabalu berpindah ke Ranau. Dalam tahun yang sama dua pendeta dari Lembaga Cawangan bernama Dn Mark Chin dan Dn Samuel Chin dan beberapa pemercaya dari Gereja Kota Kinabalu datang ke Ranau untuk melawat Sdra Wong dan keluarganya sambil mengadakan kebaktian di rumahnya. Syukur kepada Tuhan, beberapa orang yang datang mendengar telah percaya dan dibaptiskan. Akibatnya, ada lebih 10 pemercaya jumlahnya dan adalah diputuskan bahawa kebaktian Hari Sabat diadakan di rumah Sdra Wong Shing.

Pada tahun 1961, sebuah bangunan gereja papan yang kecil berukuran 9.1m x 6.1m (30′ x 20′) telah didirikan di tanah Sdra Wong Lin Kong. Pada tahun 1964, dua orang diuaken dari Taiwan bernama Dn John Yang dan Dn Lin Fong Shen melawat Gereja Ranau dan menjalankan kerja penginjilan di situ. Sebagai hasilnya ramai yang telah dibaptiskan dan bilangannya semakin bertambah. Malangnya, disebabkan ketiadaan pemimpin gereja, terpencilnya tempat ini serta kerumitan perhubungan, penggembalaan jemaat bukan suatu perkara senang. Oleh ini, iman ramai pemercaya kian merosot sehingga Kebaktian Sabat tidak diadakan buat beberapa lama. Pada akhir tahun 1970an, penginjil dari Ibu Gereja melawat lebih kerap dan penggembalaan jemaat dipulihkan semula dengan lebih kerap. Akibatnya, Gereja Ranau mula pulih dan berkembang maju. Syukur kepada Tuhan.

Kini bilangan anggota adalah 59, diketuai oleh Sdra Liong Nyet Choi. Terdapat 3 Kelas Pendidikan Agama dengan 6 guru di bawah bimbangan Sdri Nino Yap Hoi Chua dibantu oleh Alice Yap Fui Sin. Jawatankuasa Gereja adalah seperti berikut:-
Hal Ehwal Agama: Liong Nyet Choi, Chong Yun Fah (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Yap Nyuk Chong, Yong Chau Chong (Pembantu)
Bendahari: Harry Yong Yin Fang, Nino Yap (Pembantu)
Setiausaha: Freny Yong Shiew Chiun, Nino Yap (Pembantu)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *