Views: 129

Kampung Lima merupakan salah satu kawasan penempatan yang awal di kawasan Nabawan. Pada awal tujuh puluhan, Kerajaan Negeri Sabah dahulu memutuskan membuat Nabawan sebuah daerah kecil di Keningau dan juga menubuhkan satu penempatan besar untuk orang Murut, kaum anak tempatan utama di daerahg tersebut. Letaknya adalah lebih kurang 64 KM dari jalan raya dari Keningau, ibu negeri Residensi Pedalaman.

Pada tahun 1971, beberapa orang saudara Murut dari daerah Tenom (khasnya Sungai Apih dan Bamban) telah berpindah ke Kampung Lima di bawah Skim Penempatan. Ini adalah pertama kalinya beninh Kebenaran telah disemburkan di kawasan terpencil ini di Sabah. Sebilangan besar di antara mereka adalah daripada orang kampung. Oleh kerana orang Murut biasanya tidak mempunyai sebarang agama, mereka cepat dipengaruhi dan terus masuk ke Gereja Benar. Dn Samuel Chin, seorang penginjil dari Ibu Gereja, telah membuat satu sumbangan yang tidak ternilai kepada gereja dalam pembangunannya yang awal. Rumah doa pada mulanya ialah di rumah Sdra Biou Suyan (adik Pendeta Titus Suyan) dan Sdra Angkali Angkiwi sehingga gereja dibina pada 1972. Sdra Biou adalah ketua mereka pada mulanya sehingga dia telah berpindah ke Kg Apih, kampung halamannya sendiri. Berikutan dengan ini, Sdra Lumbis mengambil alih kerja tempatan di Kampung Lima Baru. Disebabkan rumah mereka jauh dari gereja, (lebih kurang 1.6KM (1 batu)) saudara-saudari terpaksa meninggalkan gereja dan berbakti di rumah Sdra Lumbis untuk memegang Hari Sabat. Kemudian, jemaat berpindah tempat sembahyang ke rumah Sdra Saliwong.

Kini, Kebaktian Sabat mingguan dipimpin oleh beberapa orang saudara secara bergilir-gilir. Keadaan kewangan bertambah baik. Syukur kepada Tuhan! Baru-baru ini gereja telah memohon kepada Kerajaan untuk mendapat sebidang tanah untuk membina sebuah bangunan gereja tetap. Sebuah tabung bangunan gereja telah ditubuhkan untuk tujuan ini. Semoga Tuhan akan bimbing dan memberkati gereja ini supaya menjadi maju dan teguh.

Jumlah pemercaya sekarang ialah 140 orang. Ada 3 kelas pendidikan agama dengan 38 kanak-kanak. Penguasanya ialah Sdra Ambikin Saliwong dibantu oleh Julisab bte Sayau dan terdapat 4 orang guru agama juga guru sepenuh masa dari Ibu Gereja. Jawatankuasa Gereja terdiri daripada yang berikut:
Pengerusi : Paut Yambak , Umbing Ensor (Naib)
Setiausaha: Raisin bte Andawai
Bendahari: Binih bte Malangging
Hal Ehwal Am : Kailoh Malangging
Hal Ehwal Agama: Koroh Ahimbon

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *