Views: 77

Injil Kebenaran buat pertama kalinya disebarkan ke Kampung Bamban pada 1970. Sdra Ansiung Ambului merupakan orang yang pertamanya membawa Injil Kebenaran ke kampung ini. Beliau telah dibaptiskan di Sungai Apih semasa menetap di sana.

Sepanjang tahun 1970, lebih kurang seramai 50 orang telah menganut agama kita. Rumah Sdra Dawat Umik telah digunakan sebagai rumah doa dan ahli-ahli jawatankuasa gereja telah dilantik. Penduduk-penduduk menerima Gereja ini kerana melihat tanda-tanda ajaib dan kuasa kurnia Roh Kudus serta kuasa ilmu sihir mereka tidak lagi berguna.

Rumah Sdra Dawat Umik digunakan sebagai rumah doa sehingga 1974. Dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa, mereka telah memilih 3 buah rumah sebagai rumah doa dengan bergilir-gilir.

Pada 1978, sebuah gereja berukuran 11m dengan 7.3m (36 kaki dan 24 kaki) telah dibangunkan dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja Sabah. Bilangan ahli gereja kian bertambah sehingga bilangannya pada masa sekarang lebih kurang 120 orang. Terdapat 3 buah kelas Pendidikan Agama dengan 28 murid dan 5 guru. Penguasanya ialah Sulang Andus dibantu oleh Rafiah London.

Jawatankuasa Gereja adalah seperti berikut:-
Hal Ehwal Agama: Ansiung bin Ambului, Chong Kui Wui (Naib)
Setiausaha: Andang bin Ampas, Sapiri Tuonon (Penolong)
Bendahari: Landang Lantagn, London bin Yamampar (Penolong)
Hal Ehwal Am : Ampas bin Mangun, Kantul Arus (Penolong)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *