Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.2 – Keadaan Semasa Zaman Hukum Taurat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.2 – Keadaan Semasa Zaman Hukum Taurat)

Tuhan menetapkan peraturan yang ketat tentang pengamalan hari Sabat selepas mengumumkan Hukum Taurat melalui Musa. Selain berkat, had perbuatan dan hukuman telah ditambahkan. Misalnya:

  1. Sesiapa yang tidak memegang hari Sabat harus dihukum mati:

       12Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: 13Katakanlah kepada orang Israel, demikian: Akan           tetapi hari-hari Sabat-Ku harus kamu pelihara, sebab itulah peringatan antara Aku dan kamu, turun-temurun, sehingga kamu      mengetahui, bahawa Akulah TUHAN, yang menguduskan kamu. 14Haruslah kamu pelihara hari Sabat, sebab itulah hari kudus bagimu; siapa yang melanggar kekudusan hari Sabat itu, pastilah ia dihukum mati, sebab setiap orang yang melakukan pekerjaan pada hari itu, orang itu harus dilenyapkan dari antara bangsanya. 15Enam hari lamanya boleh dilakukan pekerjaan, tetapi pada hari yang ketujuh haruslah ada sabat, hari perhentian penuh, hari kudus bagi TUHAN: setiap orang yang melakukan pekerjaan pada hari Sabat, pastilah ia dihukum mati. 16Maka haruslah orang Israel memelihara hari Sabat, dengan merayakan sabat, turun-temurun, menjadi perjanjian kekal. 17Antara Aku dan orang Israel maka inilah suatu peringatan untuk selama-lamanya, sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari yang ketujuh Ia berhenti bekerja untuk beristirahat.” 18Dan TUHAN memberikan kepada Musa, setelah Ia selesai berbicara dengan dia di gunung Sinai, kedua loh hukum Allah, loh batu, yang ditulisi oleh jari Allah. (Kel 31:12-18)

32Ketika orang Israel ada di padang gurun, didapati merekalah seorang yang mengumpulkan kayu api pada hari Sabat. 33Lalu orang-orang yang mendapati dia sedang mengumpulkan kayu api itu, menghadapkan dia kepada Musa dan Harun dan segenap umat itu. 34Orang itu dimasukkan dalam tahanan, oleh kerana belum ditentukan apa yang harus dilakukan kepadanya. 35Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Musa: “Orang itu pastilah dihukum mati; segenap umat Israel harus melontari dia dengan batu di luar tempat perkemahan.” 36Lalu segenap umat menggiring dia ke luar tempat perkemahan, kemudian dia dilontari dengan batu, sehingga ia mati, seperti yang difirmankan TUHAN kepada Musa. (Bil 15:32-36)

  1. Tidak boleh memasang api:

Janganlah kamu memasang api di manapun dalam tempat kediamanmu pada hari Sabat.” (Kel 35:3)

  1. Mempersembahkan korban yang patut dilakukan pada hari Sabat:

9Pada hari Sabat: dua ekor domba berumur setahun yang tidak bercela, dan dua persepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, serta dengan korban curahannya. 10Itulah korban bakaran Sabat pada tiap-tiap Sabat, di samping korban bakaran yang tetap dan korban curahannya. (Bil 28:9-10)

Akan tetapi, ada juga pengecualian:

  1. Imam boleh bekerja dalam bait Suci: melayani Tuhan dan manusia.

Atau tidakkah kamu baca dalam kitab Taurat, bahawa pada hari-hari Sabat, imam-imam melanggar hukum Sabat di dalam Bait Allah, namun tidak bersalah? (Mat 12:5)

  1. Boleh juga mengelilingi kota Yerikho jika diperlukan:

3Haruslah kamu mengelilingi kota itu, yakni semua prajurit harus mengedari kota itu sekali saja; demikianlah harus engkau perbuat enam hari lamanya, 4dan tujuh orang imam harus membawa tujuh sangkakala tanduk domba di depan tabut. Tetapi pada hari yang ketujuh, tujuh kali kamu harus mengelilingi kota itu sedang para imam meniup sangkakala.(Yos 6:3-4).

Jadi, kelihatan masih sangat fleksibel.

Selepas zaman perjanjian lama, ahli Taurat turut menambahkan banyak had perbuatan. Akan tetapi, tidak sikit juga pengecualian yang dikekalkan seperti memberi minum kepada ternakan dan bertahan menentang musuh.

Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.1 – Cara Memegang Sabat Sebelum Hukum Taurat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.1 – Cara Memegang Sabat Sebelum Hukum Taurat)

Bab 7 : Bagaimana seharusnya umat Kristus melakukannya?

 

Melalui kajian di atas, kita dapat mengetahui dengan pasti bahawa Alkitab mengamalkan sistem Hari Sabat sejak mula sehingga akhir dan langsung tidak pernah berubah. Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya memegang hari Sabat baik di tanah Yudea mahupun di tanah bangsa lain. Penyembahan hari matahari adalah berasal daripada agama memuja matahari di Persia. Proses membawa masuk agama Kristian adalah sesuatu yang memalukan, dan perbuatan yang melanggari kebenaran dan mengkhianati iman kepercayaan sendiri. Pada hari ini, semua murid Tuhan dan semua Kristian yang mengharapkan perhentian kekal di syurga harus mengikuti jejak Tuhan, dan bukan mengikut mereka yang melanggari ajaran Tuhan. Memegang hari Sabat merupakan salah satu ajaran di antaranya. Dengan itu, bagaimana kita sebagai umat Kristian yang benar melakukannya?

7.1   Cara memegang Sabat sebelum hukum Taurat

Untuk memudahkan kita memahami bagaimana seharusnya kita memegang Sabat, maka kita merumuskan situasi-situasi menikmati Hari Sabat dalam Alkitab. Kita akan melihat dahulu keadaan tidak berada di bawah hukum Taurat, iaitu sebelum Hukum Taurat disampaikan dalam perjanjian lama (Kel 20:2-17; Ul 5:6-21).

1. Allah memberkati hari ini sewaktu mengisytiharkannya. Dengan itu hari ini merupakan hari berkat bagi Adam, Hawa dan keturunan mereka.

2. Semasa umat pilihan di padang gurun, Allah mengisytiharkan hari ini dengan menurunkan Manna. Umat tidak perlu keluar bekerja dan boleh menikmati Manna di rumah. Barangsiapa yang mengingkari tidak akan berhasil dalam pekerjaan mereka dan tidak diberkati. Namun, mereka tidak dihukum.

3. Dalam Sepuluh Hukum Tuhan yang ditulis Tuhan sendiri pun hanya ada berkat, dan tiada hukuman.

(A) Tuhan menetapkan dan menguduskan hari ini sebagai suatu hari yang berbeza dengan hari-hari yang lain untuk menandakan hari tidak sama dengan hari-hari lain dan harus dikhususkan untuk Tuhan.

(B) Tuan, hamba, orang tumpangan dan binatang peliharaan semua rehat dan menikmati berkat pada hari ini.

(C) Hari Sabat merupakan tanda milik Tuhan.

(D) Memperingati Hari Sabat adalah memperingati keselamatan Tuhan.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.13 – Mengimbas Kembali)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.13 – Mengimbas Kembali)

Dengan menyimpulkan dua belas perbincangan di atas, kita sepatutnya telah memahami bahawa sesungguhnya tidak dapat dicari sebarang alasan dari Alkitab mengenai Kristian patut memegang hari Ahad. Sesungguhnya Tuhan dan murid-murid-Nya ada memegang dan menikmati hari Sabat. Oleh itu, kita sebagai murid-murid Kristus haruslah mengikuti jejak langkah Tuhan Yesus untuk memegang dan menikmati hari Sabat.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.12 – Ramai Kristian tidak memegang hari Sabat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.12 – Ramai Kristian tidak memegang hari Sabat)

Daripada contoh dan analisis catatan Alkitab di atas, telah membuktikan bahawa Tuhan tidak pernah menyuruh agar Kristian mengubah pertemuan pada hari Sabat kepada bersembahyang pada hari Tuhan, Ahad. Diri-Nya juga tidak pernah memberikan sebarang penerangan dari segi ini. Jelas sekali, barangsiapa yang menyembah kepada Allah benar di Syurga haruslah memegang hari Sabat, menikmati berkat-Nya dan tidak mengubah hari-Nya. Tidak kurang juga pengkaji Alkitab yang mengatakan dengan jelas bahawa sejak dari permulaan sehingga akhir, Alkitab tidak mencatatkan mengenai perubahan hari Sabat.

Namun mengapakah terdapat ramai Kristian pada hari ini yang memegang hari Ahad, dan jarang sekali kedengaran ada yang memegang hari Sabat?

Ketahuilah bahawa “bilangan yang banyak” tidak semestinya “kebenaran”, malahan kebenaran biasanya ada pada pihak yang bilangannya sedikit. Dengan kata yang lain, bilangan yang sedikit barulah berkemungkinan ada kebenarannya. Oleh itu kebenaran tidak boleh dipertimbangkan menurut “bilangan”.

Di samping itu, sejarah juga membuktikan bahawa orang-orang yang memegang hari Sabat tidak pernah lenyap sejak dua ribu tahun yang lalu (rujuk 2.4-6). Pertubuhan yang memegang hari Sabat di dalam dunia ini sebenarnya tidaklah terlalu sedikit. Menurut kajian Persatuan Sabat Alkitab (The Bible Sabbath Association)[1], kira-kira terdapat 500 persatuan yang memegang hari Sabat, dan gereja-gereja ini membahagi-bahagikan cawangan di merata-rata tempat di dunia ini, dengan itu tentu pemercayanya tidak terhitung banyaknya. Di antaranya, walaupun terdapat persatuan yang terdiri daripada agama Yahudi, namun kebanyakannya terdiri daripada agama Kristian. Bagi gereja kita yang juga merupakan salah satu daripada persatuan menurut laporan tersebut, terdiri daripada bilangan pemercaya sebanyak beberapa juta, sesungguhnya ia bukanlah bilangan yang kecil. Gereja SDA yang diketahui ramai juga merupakan mazhab yang besar, gereja aliran pentakosta juga mempunyai banyak gereja yang memegang hari Sabat.

Kebenaran Alkitab sering menjadi kebenaran yang tersembunyi. Seperti yang dikatakan oleh Tuhan sendiri: Sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi nyatakan kepada orang kecil (Mat 11:25). Oleh itu kebenaran perlu dikaji dengan kerendahan hati, barulah dapat memahaminya dan rela menurutinya. Jika bukan demikian, maka seorang profesor teologi pun tidak akan berdaya untuk memahaminya dan tidak dapat mencari kebenaran.

Lebih-lebih lagi, kebenaran Alkitab memerlukan gerakan, petunjuk dan bimbingan oleh Roh Kudus, sebab Roh sajalah menyelidiki segala sesuatu:

Kerana kepada kita Allah telah menyatakannya oleh Roh, sebab Roh menyelidiki segala sesuatu, bahkan hal-hal yang tersembunyi dalam diri Allah (1 Kor 2:10).

Orang yang memohon Roh Kudus dengan hati yang miskin barulah dapat menerima Roh Kudus (Kis 5:32), dan kemudiannya memahami kebenaran Alkitab.

Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang (Yoh 16:13).

Dengan kata yang lain, kebenaran Alkitab tidak dapat difahami jika tiada pimpinan Roh Kudus, jika demikian, sudah tentu tidak akan sedar dan menuruti hari Sabat yang dicatatkan di dalam Alkitab.

————–

[1] Rujuk The Bible Sabbath Association: Directory of Sabbath-Observing Groups 8th ed.1996.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.11 – Abraham juga tidak memegang hari Sabat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.11 – Abraham juga tidak memegang hari Sabat)

Ada orang yang mengatakan bahawa Abraham – bapa iman pun, tidak memegang hari Sabat dan keturunannya, Ishak dan Yakub juga tidak memegang hari Sabat; namun Allah menganggap mereka sebagai orang benar. Oleh itu kita boleh dibenarkan dan diselamatkan tanpa perlu memegang Sabat. Terdapat dua sebab mereka tidak memegang hari Sabat. Pertama, Zaman Perjanjian Lama belum lagi terbentuk pada masa itu, kedua, kerana Allah tidak menyuruh mereka memegangnya. Namun bagi Kristian pada Zaman Perjanjian Baru, Allah telah menyuruh mereka memegangnya dengan meninggalkan teladan. Oleh itu kita patut taat, meneladani Tuhan dan melakukannya dengan mengikuti jejak langkah Tuhan. Tuhan berkuasa atas kelakuan manusia; sebagai contoh, di atas kayu salib, Tuhan Yesus membenarkan salah seorang daripada penjahat masuk ke dalam Firdaus:

Kata Yesus kepadanya: “ Aku berkata kepadamu, sesungguhnya hari ini juga engkau akan ada bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus” (Luk 23:43).

Akan tetapi penjahat pada zaman sekarang tidak boleh masuk ke dalam Firdaus dengan cara ini. Sama juga, kita tidak boleh berkata kepada Allah supaya menggunakan contoh Abraham, tidak tunduk kepada pengajaran Perjanjian Baru dan ingin masuk ke dalam kerajaan Sorga.

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.10 – Yesus adalah orang Yahudi, kita bukanlah orang Yahudi)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 6 (6.10 – Yesus adalah orang Yahudi, kita bukanlah orang Yahudi)

Sememangnya Tuhan Yesus dilahirkan di dalam keluarga Yahudi. Tubuh jasmani-Nya merupakan keturunan Daud daripada suku kaum Yahudi. Oleh itu tiga tahun pemberitaan-Nya telah digenapkan melalui tubuh jasmani Yahudi-Nya. Bukan hanya memegang hari Sabat, tetapi juga perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Tuhan sendiri seperti menghormati ayah dan ibu, melakukan tanda mukjizat, mengasihi manusia, menyelamatkan manusia… Semuanya dilakukan melalui tubuh jasmani yang dilahirkan menerusi Maria. Sekiranya dikatakan bahawa Dia memegang hari Sabat kerana dia adalah orang Yahudi, maka kita yang bukan orang Yahudi tidak perlu memegangnya. Kalau begitu, apakah kesemua perbuatan dan pemikiran-Nya yang dilakukan oleh tubuh-Nya sendiri tidak perlu diikuti? Pada hakikatnya, kebanyakan bahagian Alkitab muncul dan dicatatkan di dalam masyarakat orang Yahudi! Adakah kesemuanya itu tidak perlu diikuti lagi? Jika benar demikian, bukankah agama Kristian awal-awal lagi perlu melepaskan Alkitab! Perlukah kita meneladani firman dan perbuatan Tuhan Yesus?

Ada juga orang yang beranggapan bahawa Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya adalah orang Yahudi, dan mereka akan diusir keluar dari rumah ibadat dihalau daripada masyarakat tempatan jika mereka tidak memegang hari Sabat, oleh itu mereka terpaksa memegang hari Sabat. Sebenarnya sejak awal lagi pertuturan dan perbuatan Tuhan Yesus telah menghadapi tentangan orang Yahudi, dan diketepikan oleh pihak berkuasa tempatan pada masa itu. Oleh itu mereka tidak lagi menghiraukan sama ada mereka dilepaskan atau diketepikan oleh masyarakat. Tambahan pula, sewaktu murid-murid pergi memberitakan Injil ke kawasan di luar Yahudi, mereka telah pergi jauh daripada kawasan yang dikuasai oleh orang Yahudi; namun mereka tetap memegang hari Sabat seperti biasanya. Nampaknya andaian ini adalah tidak tepat.