Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.1 – Tuhan Mengaruniakan Hari Sabat Sekali Lagi Melalui Manna)
2.2 Hari Sabat Umat Israel
2.2.1 Tuhan mengaruniakan hari Sabat sekali lagi melalui Manna
Kemudian, keturunan Yakub turun ke Mesir dan menjadi bangsa yang besar. Apabila umat pilihan keluar dari Mesir secara terburu-buru mengikuti pimpinan tiang api dan tiang awan, masih tiada Hari Sabat atau hari tertentu untuk berehat. Apabila umat pilihan tiba di Padang Gurun Sin, sebelum hukum taurat diumumkan, makanan dan minuman yang dibawa mereka dari Mesir telah habis, mereka mula bersungut-sungut kepada Tuhan kerana tiada makanan dan minuman. Oleh itu, Tuhan mengaruniakan Manna dan burung puyuh. Tuhan tidak menurunkan Manna pada Hari Sabat bagi mengajar umat pilihan memegang Hari Sabat dan membuat persediaan untuk Hari Sabat.Kemudian, keturunan Yakub turun ke Mesir dan menjadi bangsa yang besar. Apabila umat pilihan keluar dari Mesir secara terburu-buru mengikuti pimpinan tiang api dan tiang awan, masih tiada Hari Sabat atau hari tertentu untuk berehat. Apabila umat pilihan tiba di Padang Gurun Sin, sebelum hukum taurat diumumkan, makanan dan minuman yang dibawa mereka dari Mesir telah habis, mereka mula bersungut-sungut kepada Tuhan kerana tiada makanan dan minuman. Oleh itu, Tuhan mengaruniakan Manna dan burung puyuh. Tuhan tidak menurunkan Manna pada Hari Sabat bagi mengajar umat pilihan memegang Hari Sabat dan membuat persediaan untuk Hari Sabat.
Setiap pagi, mereka memungutnya, tiap-tiap orang menurut keperluannya; tetapi ketika matahari panas, cairlah itu, Dan pada hari yang keenam, mereka memungut roti itu dua kali lipat banyaknya, dua gomer untuk tiap-tiap orang dan datanglah semua pemimpin jemaah memberitahukannya kepada Musa. Lalu berkatalah Musa kepada mereka: “Inilah yang dimaksudkan TUHAN: Besok adalah hari perhentian penuh, sabat yang kudus bagi TUHAN; maka roti yang perlu kamu bakar, bakarlah, dan apa yang perlu kamu masak, masaklah; dan segala kelebihannya biarkanlah di tempatnya untuk disimpan sampai pagi.” Mereka membiarkannya di tempatnya sampai keesokan harinya, seperti yang diperintahkan Musa; lalu tidaklah berbau busuk dan tidak ada ulat di dalamnya. Selanjutnya kata Musa : “Makanlah itu pada hari ini, sebab hari ini adalah sabat untuk TUHAN, pada hari ini tidaklah kamu mendapatnya di padang. Enam hari lamanya kamu memungutnya, tetapi pada hari ketujuh adalah sabat; maka roti itu tidak ada pada hari itu.” Tetapi ketika hari ketujuh, ada dari bangsa itu keluar memungutnya, tidaklah mereka mendapatnya. Sebab itu, TUHAN berfirman kepada Musa:” Berapa lama lagi kamu menolak mengikuti segala perintah-Ku dan hukum-Ku? Perhatikanlah, TUHAN telah memberikan sabat itu kepadamu; itulah sebabnya pada hari keenam, Ia memberikan kepadamu roti untuk dua hari. Tinggallah kamu di tempatmu masing-masing, seorang pun tidak boleh keluar dari tempatnya pada hari ketujuh itu.” Lalu beristirehatlah bangsa itu pada hari ketujuh. Umat Israel menyebutkan namanya manna; warnanya putih seperti ketumbar dan rasanya seperti kuih madu (Kel 16:21-31).
Tuhan juga mengajar mereka memungut Manna sebanyak enam hari dalam seminggu. Hari keenam (hari persediaan) boleh memungut satu kali ganda lebih untuk kegunaan keesokan hari, iaitu Hari Sabat. Roti lebihan yang dipungut pada hari-hari biasa akan manjadi berbau busuk dan berulat pada keesokan harinya:
Tetapi ada yang tidak mendengarkan Musa dan meninggalkan daripadanya sampai pagi, lalu berulat dan berbau busuk. Maka Musa menjadi marah kepada mereka (Kel 16:20).
Roti lebihan yang dikumpul pada hari persediaan tidak akan menjadi berbau busuk dan berulat pada keesokan harinya (Kel 16:24). Pada Hari Sabat, Manna tidak diturunkan. Dengan demikian, Tuhan mengingatkannya sekali lagi, membezakannya daripada hari-hari yang lain dengan menguduskan Hari Sabat. Selain itu, Tuhan juga menggunakan cara ini untuk mengajar mereka memegang Hari Sabat. Umat pilihan tetap memegang Hari Sabat sehingga mereka tiba ke Tanah Kanaan. Kemudian, Hari Sabat dan upacara sunat merupakan kebudayaan umat pilihan Tuhan yang istimewa.
Keseluruhannya, cara yang digunakan Tuhan untuk membiarkan umat pilihan-Nya memegang hari Sabat pada zaman itu adalah seperti berikut:
- Secara berterus-terang, Tuhan mengatakan Hari Sabat merupakan hari yang diberkati Tuhan. Ia merupakan Hari Sabat yang penuh dengan berkat.
- Pada hari tersebut, umat boleh berehat di rumah tanpa bekerja, mereka masih ada Manna untuk dimakan.
- Hari Sabat bukan hukum Taurat kerana hukum Taurat belum diumumkan pada masa itu.
- Akibat bagi orang yang melanggar perintah hanyalah mengalami kekurangan kasih karunia dan tidak akan dikenakan sebarang hukuman. Oleh itu, ada orang yang tidak mematuhi perintah lalu keluar untuk memungut Manna, Musa hanya memarahi dan menasihati mereka selepas dia mengetahui perbuatan mereka (Rujuk: Kel 16:20).
Tetapi ketika pada hari ketujuh ada dari bangsa itu keluar memungutnya, tidaklah mereka mendapatnya. Sebab itu, TUHAN berfirman kepada Musa: “Berapa lama lagi kamu menolak mengikuti segala perintah-Ku dan hukum-Ku? Perhatikanlah, TUHAN telah memberikan sabat itu kepadamu; itulah sebabnya pada hari keenam, Ia memberikan kepadamu roti untuk dua hari. Tinggallah kamu di tempatmu masing-masing, seorang pun tidak boleh keluar dari tempatnya pada hari ketujuh itu.” Lalu beristirehatlah bangsa itu pada hari ketujuh (Kel 16:27-30).
