Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.7 – Pembinaan Rumah Ibadat Dan Pegangan Hari Sabat)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.7 – Pembinaan Rumah Ibadat Dan Pegangan Hari Sabat)

2.2.7  Pembinaan rumah ibadat dan pegangan hari Sabat

Selepas umat pilihan beranak cucu dan bertambah banyak serta tinggal secara bertaburan, maka mula adanya perhimpunan umat dan tempat membaca Kitab suci di setiap tempat. Kemudian, tempat ini menjadi Rumah Ibadat [1]. Beberapa kali kerajaan mereka binasa, ditawan, dan ini menyebabkan umat lebih berselerak ke merata-rata tempat di seluruh dunia, bait suci dimusnahkan, jabatan imam juga kehilangan peranannya. Di tanah asing, tidak terdapat rumah ibadat untuk beribadah dan memegang perayaan. Oleh itu, pada zaman Nehemia,banyak ahli Taurat telah bangkit untuk memimpin kepercayaan umat. Mereka mendirikan rumah ibadat di setiap tempat baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Mereka turut membina tempat perhimpunan orang Yahudi, memilih dan mengurap penatua, diaken dan kepala rumah ibadat, (orang yang menjaga rumah ibadat: αρχσυναγυγος) menjalankan ibadah, persahabatan antara suku kaum, pendidikan kanak-kanak dan pengadilan agama dan sebagainya:

Sementara Yesus berbicara demikian kepada mereka, datanglah seorang kepala rumah ibadat, lalu menyembah Dia dan berkata: “Anakku perempuan baru saja meninggal, tetapi datanglah dan letakkanlah tangan-Mu atasnya, maka ia akan hidup (Mat 9:18).

Kemudian, disebabkan penguatkuasaan yang ketat oleh ahli-ahli taurat dan tekanan dari luar negara, maka perhimpunan orang-orang Yahudi menjadi kuat, hari Sabat dan upacara bersunat pun beransur-ansur menjadi sebahagian daripada kehidupan dan kebudayaan orang Yahudi. Ibadah hari Sabat dan persahabatan yang sebelum dan selepasnya juga menjadi salah satu aktiviti yang penting antara bangsaYahudi.

Selepas itu, orang-orang Yahudi di tempat yang berbeza dan pada masa yang berlainan mempunyai sedikit sebanyak perubahan terhadap ketetapan kehidupan Hari Sabat, tetapi kebanyakan orang Yahudi yang ortodoks masih sungguh-sungguh memegang, mempraktik, memelihara dan mewariskan hari Sabat sehingga kini.

Walaupun orang Samaria dianggap oleh orang Yahudi yang ordotoks sebagai bangsa kacukan, tetapi mereka sendiri beranggapan bahawa mereka yang tinggal di Palestin pada masa itu adalah orang Yahudi yang lebih tulen daripada orang Yahudi yang berada dalam pembuangan. Mereka tetap memegang Hari Sabat sehingga kini [2].

Bani Aisynee yang tinggal di Gua Kunlan memegang Hari Sabat dengan lebih ketat. Pada hari Sabat, mereka tidak menyalakan api, tidak bekerja, tidak mengalihkan bekas-bekas atau peralatan, tidak menyelamatkan manusia serta mengadakan pertemuan ibadah [3].

[1] Rujuk nota kaki Bab 5 perkara 5.2 tentang rumah ibadat.

[2] Orang Samaria adalah merujuk kepada kumpulan yang tinggal di Palestin antara zaman perjanjian lama dan baru.

Lazimnya, mereka dianggap penghijrah-penghijrah yang tertulis dalam 2 Raj 17:24-41. Namun, mereka sendiri beranggapan bahawa merekalah orang-orang yang belum ditawan dalam 2 Raj 25:12. Mereka dianggap sebagai bangsa lain oleh orang-orang Yahudi pada zaman perjanjian baru. Orang-orang Yahudi enggan bergaul dengan mereka (Yoh 4:9). Sesudah mengalami peperangan yang bertahun-tahun, ditambah pula diskriminasi kaum dan larangan mereka sendiri untuk berkahwin dengan bangsa lain, maka akhirnya hanya tinggal kira-kira 500 orang di dua tempat tinggal mereka. Gunung kudus mereka adalah gunung Gerizim (terdapat bait suci di atas gunung itu yang mempunyai skala hampir sama dengan bait di Yerusalem).  Mereka percaya kepada lima kitab Musa, dan tidak mengakui kitab-kitab lain dalam perjanjian lama dan juga Talmud. Mereka juga memegang hari Sabat, hari raya Paskah, dan hari raya Pondok Daun. Mereka bersikap tegas untuk berkahwin sesama bangsa mereka, sehingga tidak sikit kaum mereka mempunyai penyakit genetik yang serius. Hari Sabat mereka bermula selepas matahari terbenam pada Jumaat. Sebelum matahari terbenam, mereka harus kembali ke dua kampung yang disebut di atas (kerana mereka beranggapan hanya di dua tempat ini mereka dapat memegang Sabat dengan sempurnanya). Mereka melalui malam Jumaat dan Sabtu dalam keadaan yang gelap kerana tidak memasang lampu pada malam. Pada hari Sabat, mereka juga tidak memasang api, hanya memakan masakan yang sudah sejuk. Mereka juga hanya berjalan kaki ke rumah ibadat (kishah). Mereka akan melafazkan lima Kitab Musa (yang ditulis dalam bahasa Ibrani). Imam-imam mereka menggelar diri sebagai orang Lewi yang tulen dari keturunan Eleazar mengikut salasilah mereka. Sila lihat dengan teliti Scientific American, p100-108. The Samaritans by Shemaryahu Talum.

[3]      Komuniti Kunlan  adalah merujuk kepada tempat di mana gulungan Laut Mati (Dead Sea Scroll) dijumpai yang terletak di pantai barat Laut Mati. Sebelum perjanjian baru, ada sekumpulan orang Yahudi yang alim pernah tinggal di situ. Mereka berkemungkinan berasal dari salah satu puak Bani Aisynee. Bani ini adalah kumpulan Hasidem pada zaman pemerintahan Yonatan dalam Empayar Maccabees. Mengikut catatan 5.15.73  ’Sejarah Semulajadi’ Pliniy, the Older, mereka membaca Alkitab tiap-tiap hari, bertugas menyalin Alkitab, mempunyai hati yang suci dan kurang nafsu, mengongsikan harta bersama, berbuat baik, memandang rendah terhadap perempuan, melaksanakan sakramen pembaptisan, serta memegang hari Sabat (tidak bekerja pada hari itu). Buat masa sekarang, tidak kurang buku-buku yang membincangkan hal ini. Pada hari ini, banyak gulungan lama dijumpai dalam gua mereka. Antaranya, banyak gulungan perjanjian lama dan sebahagian serpihan gulungan perjanjian baru dijumpai.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.6 – Nehemia Mengisytiharkan Hari Sabat Sekali Lagi)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.6 – Nehemia Mengisytiharkan Hari Sabat Sekali Lagi)

2.2.6 Nehemia mengisytiharkan hari Sabat sekali lagi

 Selepas kejatuhan kerajaan Israel selatan dan utara, umat menderita di tanah asing, kebanyakan orang Israel turut menghilangkan diri. Sebahagian sahaja umat yang lebih soleh mula sedar diri dan memohon Tuhan membawa mereka kembali ke tanah suci (Nehemia fasal 1). Tuhan mendengarkan doa ratapan mereka. Kira-kira pada 536 S.M. Tuhan menggerakkan hati raja untuk membawa mereka kembali ke tanah suci:

Pada tahun pertama zaman Koresh, raja Negeri Persia, TUHAN menggerakkan hati Koresh, raja Persia itu untuk menggenapkan firman yang diucapkan oleh Yeremia, sehingga disiarkan di seluruh Kerajaan Koresh secara lisan dan tulisan pengumuman ini: “Beginilah perintah Koresh, Raja Persia: Segala kerajaan di bumi telah dikaruniakan kepadaku oleh TUHAN, Allah semesta langit. Ia menugaskan aku untuk mendirikan rumah bagi-Nya di Yerusalem yang terletak di Yehuda. Siapa di antara kamu termasuk umat-Nya, Allahnya menyertainya! Biarlah ia berangkat pulang ke Yerusalem yang terletak di Yehuda dan mendirikan rumah TUHAN. Allah Israel, yakni Allah yang diam di Yerusalem. Dan setiap orang yang tertinggal, di mana pun ia ada sebagai pendatang, harus disokong oleh penduduk setempat dengan perak dan emas, harta benda dan ternak, di samping persembahan sukarela bagi rumah Allah yang ada di Yerusalem” (Ezr 1:1-4).

Oleh itu, Yeremia, Zerubabel, Ezra dan sebagainya membawa umat balik secara berperingkat, mendirikan semula Yerusalem dan Bait Suci serta melafazkan Kitab Suci dan memimpin umat untuk memegang hukum Taurat:

Maka serentak berkumpullah seluruh rakyat di halaman di depan Pintu Gerbang Air. Mereka meminta kepada Ezra, ahli kitab itu supaya ia membaca kitab Taurat Musa, yakni kitab hukum yang diberikan TUHAN kepada Israel. Lalu pada hari pertama bulan yang ketujuh itu, imam Ezra membawa Kitab Taurat itu ke hadapan jemaah, yakni baik laki-laki maupun perempuan dan setiap orang yang dapat mendengar dan mengerti (Neh 8:2-3).

Namun, hasilnya tidak memuaskan, hal tentang Hari Sabat dan bernikah dalam Tuhan masih diketepikan, umat tetap mengirik, memeras anggur, mengangkut barang-barang, mengangkat berkas-berkas dan menjalankan perniagaan pada Hari Sabat:

Pada masa itu, kulihat di Yehuda orang-orang mengirik memeras anggur pada Hari Sabat, pula orang-orang yang membawa berkas-berkas gandum dan membuatnya di atas keldai, juga anggur, buah anggur dan buah ara dan pelbagai buatan yang mereka bawa ke Yerusalem pada Hari Sabat. Aku memperingatkan mereka ketika mereka menjual bahan-bahan makanan. Juga orang Tirus yang tinggal di situ membawa ikan dan pelbagai barang dagangan dan menjual itu kepada orang-orang Yehuda pada Hari Sabat, bahkan di Yerusalem. Lalu aku menyesali pemuka-pemuka orang Yehuda, kataku kepada mereka: “Kejahatan apa yang kamu lakukan ini dengan melanggar kekudusan Hari Sabat? Bukankah nenek moyangmu telah berbuat demikian, sehingga Allah kita mendatangkan seluruh malapetaka ini atas kita dan kota ini? Apakah kamu bermaksud memperbesar murka yang menimpa Israel dengan melanggar kekudusan Hari Sabat?” ( Neh 13:15-18).

Pada masa itu, Nehemia berasa bahawa:

  1. Melanggar Hari Sabat merupakan kejahatan yang besar.
  2. Nenek moyang juga melakukan kesalahan yang sama sehingga Tuhan menimpakan segala malapetaka ke atas mereka.
  3. Kini, umat masih melanggar Hari Sabat dan keadaan ini telah membangkitkan lagi murka Tuhan.

Oleh itu, Nehemia menjadikan pegangan hari Sabat sebagai satu butir yang penting dalam pengisytiharan isi kandungan hukum taurat Tuhan di kemudian hari. Selanjutnya, dia menggunakan perintah pentadbiran untuk mengawalnya:

Kalau sudah remang-remang di pintu-pintu gerbang Yerusalem menjelang Hari Sabat, kusuruh tutup pintu-pintu dan kuperintahkan supaya jangan dibuka sampai lewat Hari Sabat. Dan aku tempatkan beberapa orang dari anak buahku di pintu- pintu gerbang, supaya tidak ada muatan yang masuk pada Hari Sabat. Tetapi orang-orang yang berdagang dan berjualan rupa-rupa barang itu kemudian bermalam juga di luar tembok Yerusalem satu dua kali. Lalu aku memperingatkan mereka, kataku: “Mengapa kamu bermalam di depan tembok? Kalau kamu berbuat itu sekali lagi akan kukenakan tanganku kepadamu.” Sejak waktu itu, mereka tidak datang lagi pada Hari Sabat. Juga kusuruh orang-orang Lewi mentahirkan dirinya dan datang menjaga pintu-pintu gerbang untuk menguduskan Hari Sabat. Ya Allahku, ingatlah kepadaku juga kerana hal itu dan sayangilah aku menurut kasih setia-Mu yang besar (Neh 13:19-22).

Daripada keseluruhan ayat-ayat tersebut, isi kandungannya adalah:

  1. Memaksa umat untuk menutup pintu-pintu gerbang dan memegang hari Sabat pada hari persediaan sewaktu matahari terbenam.
  2. Menugaskan orang untuk menjaga pintu-pintu gerbang agar tidak membenarkan orang masuk dan keluar.
  3. Menegur orang-orang yang melanggarnya.

Kebiasaan menjelaskan kitab suci pada perhimpunan hari Sabat juga dijadikan satu ketetapan mula dari sini. Melalui perintah pentadbiran ini, secara perlahan-lahan orang Yahudi yang balik dari negara lain akan beristirahat pada hari Sabat. Oleh itu, sistem hari Sabat dikekalkan dan diteruskan.

Sebenarnya, hari Sabat merupakan hari yang menikmati berkat. Tetapi setelah peraturan yang ketat dikenakan ke atas kelakuan yang berbentuk luaran, dan kemudian ditambah pula dengan penegasan daripada ahli-ahli taurat, maka akhirnya hari Sabat menjadi suatu rutin sahaja dan kehilangan makna untuk menikmati kebahagiaan. Sebaliknya, hari Sabat dianggap sebagai suatu bebanan kehidupan yang berat, seakan-akan tangan dan kaki dibelenggu dan susah untuk bergerak. Ini menyebabkan Tuhan Yesus menegur dan memperbetulkan cara mereka memegang hari Sabat (tetapi bukan ditujukan kepada Hari Sabat itu sendiri).

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.5 – Hari Sabat Terus Dipegang)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.5 – Hari Sabat Terus Dipegang)

2.2.5 Hari Sabat terus dipegang

Selepas Tuhan mengumumkan Hari Sabat melalui Manna, umat pilihan memegang Hari Sabat sehingga mereka sampai ke Tanah Kanaan dan Manna diberhentikan.

Lalu berhentilah Manna itu pada keesokan harinya setelah mereka makan hasil negeri itu. Jadi, orang Israel tidak beroleh Manna lagi tetapi dalam tahun itu mereka makan yang dihasilkan Tanah Kanaan (Yos 5:12).

Namun, terdapat pekerjaan-pekerjaan yang dikecualikan pada Hari Sabat:

  1. Imam tidak beristirehat pada Hari Sabat, mereka masih perlu bekerja. (Contohnya, menyanyikan kidung pujian-pujian, mempersembahkan korban, menjalankan upacara penyunatan dan sebagainya.)

“Pada Hari Sabat: Dua ekor domba berumur setahun yang tidak bercela dan dua persepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, serta dengan korban curahannya (Bil 28:9-10).

  1. Semasa mengelilingi Kota Yerikho, Tuhan memerintahkan mereka untuk mengelilingi kota itu selama tujuh hari. Sememangnya, terdapat satu Hari Sabat pada masa itu. Namun, mereka masih mengelilingi kota tersebut.

Haruslah kamu mengelilingi kota itu, yakni semua prajurit harus mengedari kota itu sekali saja; demikianlah harus engkau perbuat enam hari lamanya, dan tujuh orang imam harus membawa tujuh sangkakala tanduk domba di depan tabut. Tetapi pada hari yang ketujuh, tujuh kali kamu harus mengelilingi kota itu sedang para imam meniup sangkakala (Yos 6:3-4).

Jelaslah, memegang Hari Sabat juga terdapat pengecualian.

Bertugas secara bergilir-gilir dan memberi persembahan pada Hari Sabat tetap dituruti sehingga zaman hakim-hakim, zaman raja-raja dan zaman terakhir bagi Dinasti Selatan:

Kedua regu daripada kamu, yakni semua orang yang bertugas di sini pada Hari Sabat dan mengawal di rumah TUHAN, haruslah mengelilingi raja dari segala penjuru, masing-masing dengan senjatanya di tangannya, dan siapa yang mendatangi barisan haruslah mati dibunuh. Dan baiklah kamu menyertai raja setiap kali ia keluar atau masuk (2 Raj 11:7-8).

Setelah Raja Salomo selesai membina bait suci, dia juga membuat sistem penjadualan untuk tugas-tugas dalam Bait Suci. Dia mengaturkan orang Lewi dan imam pada hari Sabat. Sistem ini dijalankan bertahun-tahun lamanya. Kemudian, terdapat kumpulan koir pujian-pujian yang terdiri daripada orang Lewi setiap Hari Sabat di Bait Suci. Mereka menyanyikan Mazmur bilangan 92. Daripada isi kandungan Mazmur, kita dapat tahu bahawa Hari Sabat merupakan berkat Tuhan dan hari yang dinikmati oleh manusia. Umat boleh sentiasa pergi ke Bait Suci untuk beribadah kepada Tuhan dan mendengarkan ajaran nabi:

Berkatalah suaminya: “Mengapakah pada hari ini engkau hendak pergi kepadanya? Padahal sekarang bukan bulan baru dan bukan Hari Sabat.” Jawab perempuan itu: “Jangan khuatir.” (2 Raj 4:23).

Sejak itu, aktiviti yang dijalankan umat pilihan pada Hari Sabat boleh dikatakan telah ditetapkan, dan selalu disebut bersama dengan aktiviti yang dijalankan pada bulan baru dan perayaan:

Ketahuilah, aku hendak mendirikan sebuah rumah bagi nama TUHAN, Allahku, untuk menguduskannya bagi Dia, supaya di hadapan-Nya, dibakar ukupan dari wangi-wangian, tetap diatur roti sajian dan dipersembahkan korban bakaran pada waktu pagi dan pada waktu petang, pada Hari-hari Sabat, bulan-bulan baru dan pada perayaan-perayaan yang ditetapkan TUHAN, Allah kami, sebab semuanya itu adalah kewajiban orang Israel untuk selama-lamanya (2 Taw 2:4, 8:13); (1 Raj 12:26-29).

Pada setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun, terdapat sistem aktiviti keagamaan yang tertentu.

Malangnya, sesetengah raja melakukan sesuatu yang jahat menurut keinginan sendiri. Mereka tidak menuruti perintah Tuhan. Bagi dinasti utara Israel, kebanyakan raja adalah jahat, mereka mengingkari hukum taurat, menghalang umat Tuhan beribadah di bait suci dan melupakan Hari Sabat.

Hal tersebut menyebabkan nabi-nabi seperti Yesaya, Yeremia, Hosea, Amos memberikan amaran dan nasihat:

Amaran Yesaya:

Beginilah firman TUHAN: Taatilah hukum dan tegakkanlah keadilan sebab sebentar lagi akan datang keselamatan yang daripada-Ku dan keadilan-Ku akan dinyatakan. Berbahagialah orang yang melakukannya dan anak manusia yang berpegang kepadanya: yang memelihara Hari Sabat dan tidak menajiskannya, dan yang menahan diri dari setiap perbuatan jahat (Yes 56:1-2).

Amaran Yeremia:

Beginilah firman TUHAN: Berawas-awaslah demi nyawamu! Janganlah mengangkut barang-barang pada Hari Sabat dan membawanya melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem! Janganlah membawa barang-barang dari rumahmu ke luar pada Hari Sabat dan janganlah lakukan sesuatu pekerjaan, tetapi kuduskanlah Hari Sabat seperti yang telah Ku-perintahkan kepada nenek moyangmu. Namun, mereka tidak mahu mendengar dan menerima teguran. Apabila kamu sungguh-sungguh mendengarkan Aku, demikianlah firman TUHAN, dan tidak membawa masuk barang-barang melalui pintu-pintu gerbang kota ini pada Hari Sabat, tetapi menguduskan Hari Sabat dan tidak melakukan sesuatu pekerjaan pada hari itu, maka melalui pintu-pintu gerbang kota ini akan berarak masuk raja-raja dan pemuka- pemuka yang akan duduk di atas takhta Daud, dengan mengendarai kereta dan kuda: mereka dan pemuka-pemuka mereka, orang-orang Yehuda dan penduduk Yerusalem. Dan kota ini akan didiami orang untuk selama-lamanya. Orang akan datang dari kota-kota Yehuda dan dari tempat-tempat sekitar Yerusalem, dari tanah Benyamin dan dari Daerah Bukit, dari pegunungan dan dari Tanah Negeb, dengan membawa korban bakaran, korban sembelihan, korban sajian dan kemenyan, membawa korban syukur ke dalam rumah TUHAN. Tetapi apabila kamu tidak mendengarkan perintah-Ku untuk menguduskan Hari Sabat dan untuk tidak masuk mengangkat barang-barang melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem pada Hari Sabat, maka di pintu-pintu gerbangnya, Aku akan menyalakan api yang akan memakan habis puri-puri Yerusalem, dan yang tidak akan terpadamkan” (Yer 17:21-27).

Amaran Amos:

Dan berfikir: “Bilakah bulan baru berlalu supaya kita boleh menjual gandum dan bilakah Hari Sabat berlalu supaya kita boleh menawarkan terigu dengan mengecilkan efa, membesarkan syikal, berbuat curang dengan neraca palsu, supaya kita membeli orang lemah kerana wang dan orang yang miskin karena sepasang kasut; dan menjual terigu rosokan?” TUHAN telah bersumpah demi kebanggaan Yakub: “Bahwasanya Aku tidak akan melupakan untuk seterusnya segala perbuatan mereka! Tidakkah akan gementar bumi karena hal itu, sehingga setiap penduduknya berkabung? Tidakkah itu seluruhnya akan naik seperti Sungai Nil, diombang-ambingkan dan surut seperti Sungai Mesir?” “Pada hari itu akan terjadi,” demikianlah firman Tuhan ALLAH, “Aku akan membuat matahari terbenam di siang hari dan membuat bumi gelap pada hari cerah. Aku akan mengubah perayaan-perayaanmu menjadi perkabungan, dan segala nyanyianmu menjadi ratapan. Aku akan mengenakan kain kabung pada setiap pinggang dan menjadikan gundul setiap kepala. Aku akan membuatnya sebagai perkabungan kerana kematian anak tunggal, sehingga akhirnya menjadi seperti hari yang pahit pedih (Am 8:5-10).

Antara isi kandungannya ialah:

  1. Memegang Hari Sabat adalah sama penting dengan melakukan keadilan, kesaksamaan dan menjauhi kejahatan.
  2. Tidak boleh melakukan kerja-kerja peribadi pada Hari Sabat.
  3. Berjanji bahawa sesiapa yang memegang Hari Sabat akan melalui kehidupan yang lancar.

Namun, umat Tuhan tidak menitikberatkannya sehingga membangkitkan kemarahan Tuhan (Yer 17:22-27, Am 8:5-10). Akhirnya, mereka dikutuk Tuhan dan kerajaan mereka runtuh serta keluarga mereka berpecah-belah.

Sebab itu, Aku akan mengambil kembali gandum-Ku pada masanya dan anggur-Ku pada musimnya, dan akan merampaskan kain bulu domba dan kain lenan-Ku yang harus menutupi auratnya. Dan sekarang, Aku akan menyingkapkan kemaluannya, di depan para kekasihnya, dan seorang pun tidak akan melepaskan dia dari tangan-Ku. Aku akan menghentikan segala kegirangannya, hari rayanya, bulan barunya dan Hari Sabatnya dan segala perayaannya. Aku akan memusnahkan pohon anggurnya dan pohon aranya yang tentangnya dikatakannya: Ini semuanya pemberian kepadaKu, yang dihadiahi kepadaku oleh para kekasihku! Aku akan membuatnya menjadi hutan dan binatang-binatang di padang akan memakannya habis. Dan Aku akan menghukum dia kerana hari-hari ketika dia membakar korban untuk para Baal, berhias dengan anting-antingnya dan kalungnya, dan mengikuti para kekasihnya dan melupakan Aku,” demikianlah firman TUHAN. “Sebab itu, sesungguhnya, Aku ini akan membujuk dia, dan membawa dia ke padang gurun, dan berbicara menenangkan hatinya (Hos 2:8-13) .

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.4 – Hari Sabat Ditambah Dengan Perayaan)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.4 – Hari Sabat Ditambah Dengan Perayaan)

2.2.4  Hari Sabat ditambah dengan perayaan

Apabila Tuhan menetapkan aktiviti-aktiviti dalam perayaan, Ia juga menetapkan aktiviti perayaan untuk hari Sabat:

Akan tetapi pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu pada waktu mengumpulkan hasil tanahmu, kamu harus mengadakan perayaan bagi TUHAN tujuh hari lamanya; pada hari yang pertama, haruslah ada perhentian penuh, dan juga pada hari kedelapan, harus ada perhentian penuh  (Im 23:39).

Hari-hari Sabat yang ditetapkan khas ini merupakan Hari Sabat yang berperayaan supaya dapat dibezakan daripada Hari-hari Sabat yang lain. Contohnya, hari pertama pada bulan yang ketujuh, hari kesepuluh, hari kelima belas dan hari kedua puluh dua.

“Katakanlah kepada orang Israel, begini: Dalam bulan ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, kamu harus mengadakan hari perhentian penuh yang diperingati dengan meniup serunai, yakni hari pertemuan kudus. Janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat dan kamu haruslah mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN.” TUHAN berfirman kepada Musa: “Akan tetapi pada tanggal sepuluh bulan yang ketujuh itu ada Hari Pendamaian, kamu harus mengadakan pertemuan kudus dan harus merendahkan diri dengan berpuasa dan mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN. Pada hari itu, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan; itulah hari Pendamaian untuk mengadakan pendamaian bagimu di hadapan TUHAN, Allahmu. Kerana setiap orang yang pada hari itu tidak merendahkan diri dengan berpuasa, haruslah dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya. Setiap orang yang melakukan sesuatu pekerjaan pada hari itu, orang itu akan Kubinasakan dari tengah-tengah bangsanya. Janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagimu turun-temurun di segala tempat kediamanmu. Itu harus menjadi suatu Sabat, hari perhentian penuh bagimu, dan kamu harus merendahkan diri dengan berpuasa. Mulai pada malam tanggal sembilan bulan itu, dari matahari terbenam sampai matahari terbenam, kamu harus merayakan Sabatmu.”TUHAN berfirman kepada Musa: “Katakanlah kepada orang Israel, begini: Pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu, ada Hari Raya Pondok Daun bagi TUHAN tujuh hari lamanya. Pada hari yang pertama, haruslah ada pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. Tujuh hari lamanya, kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN, dan pada hari yang kedelapan, kamu harus mengadakan pertemuan kudus dan mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN. Itulah hari raya perkumpulan, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. Itulah hari-hari raya yang ditetapkan TUHAN yang harus kamu maklumkan sebagai hari pertemuan kudus untuk mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN, iaitu korban bakaran dan korban sajian, korban sembelihan dan korban-korban curahan, setiap hari sebanyak yang ditetapkan untuk hari itu, belum termasuk persembahan-persembahanmu atau segala korban nazarmu atau segala korban sukarelamu yang kamu hendak persembahkan kepada TUHAN. Akan tetapi pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu pada waktu mengumpulkan hasil tanahmu, kamu harus mengumpulkan hasil tanahmu, kamu harus mengadakan perayaan bagi TUHAN tujuh hari lamanya;  pada hari yang pertama, haruslah ada perhentian penuh dan juga pada hari yang kedelapan, harus ada perhentian penuh  (Im 23:24-39).

Hari-hari Sabat ini adalah sama seperti Hari Sabat pada setiap minggu. Umat Tuhan tetap melepaskan segala pekerjaan, berehat dan bersukacita beribadah kepada Tuhan.  Namun, pada hari-hari Sabat berperayaan ini, umat Tuhan perlu menguasai hati sendiri:

Hari itu harus menjadi sabat hari perhentian penuh, bagimu dan kamu harus merendahkan diri dengan berpuasa. Itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya  (Im 16:31).

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.3 – Menambah Had Pergerakan)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.3 – Menambah Had Pergerakan)

2.2.3   Menambah had pergerakan

Hari Sabat merupakan hari yang diberkati Tuhan dan dinikmati manusia sejak dahulu lagi. Namun, Tuhan dapat mengetahui kelemahan dan pemberontakan manusia. Oleh itu, sebelum Musa menerima kesepuluh firman dari gunung Sinai, Tuhan telah menetapkan larangan pada Hari Sabat. Tuhan ingin umat pilihan-Nya memegang Hari Sabat. Jika tidak, mereka akan dihukum mati:

Haruslah kamu pelihara Hari Sabat sebab itulah hari kudus bagimu; sesiapa yang melanggar kekudusan Hari Sabat itu, pastilah ia dihukum mati, sebab setiap orang yang melakukan pekerjaan pada hari itu, orang itu haruslah dilenyapkan dari antara bangsanya. Enam hari lamanya boleh dilakukan pekerjaan, tetapi pada hari yang ketujuh haruslah ada Sabat, hari perhentian penuh, hari kudus bagi TUHAN: Setiap orang yang melakukan pekerjaan pada hari Sabat, pastilah dihukum mati. Maka haruslah orang Israel memelihara hari Sabat, dengan merayakan Sabat, turun-temurun, menjadikan perjanjian kekal. Antara Aku dan orang Israel, maka inilah suatu peringatan untuk selama-lamanya sebab TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari yang ketujuh, Ia berhenti bekerja untuk beristirahat  (Kel 31:14-18).

Semasa pesalah pertama muncul, Tuhan memerintahkan supaya ia dilempari batu sehingga mati:

Ketika orang Israel ada di padang gurun, didapati merekalah seorang yang mengumpulkan kayu api pada Hari Sabat. Lalu orang-orang yang mendapati dia sedang mengumpulkan kayu api itu menghadapkan dia kepada Musa, Harun dan segenap umat itu. Orang itu dimasukkan ke dalam tahanan, oleh kerana belum ditentukan apa yang harus dilakukan kepadanya. Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Musa: “Orang itu pastilah dihukum mati. Segenap Umat Israel harus melontari dia dengan batu di luar tempat perkhemahan.” Lalu segenap umat mengiringi dia keluar tempat perkhemahan. Kemudian, dia dilontari batu sehingga mati seperti yang difirmankan Tuhan kepada Musa.” (Bil 15:32-36).

Ini merupakan contoh yang menunjukkan kemurahan Tuhan kepada orang benar dan kekerasan Tuhan kepada orang berdosa.

Perhatikanlah kemurahan Allah dan juga kekerasan-Nya, iaitu kekerasan ke atas orang-orang yang telah jatuh, tetapi ke atas kamu, kemurahan-Nya, iaitu jika kamu tetap dalam kemurahan-Nya. Jika tidak, kamu pun akan dipotong juga (Rm 11: 22).

Ini juga membuktikan bahawa Tuhan menegaskan Hari Sabat supaya manusia menikmati berkat. Secara progresif, Tuhan juga memimpin umat-Nya untuk menikmati berkat pada Hari Sabat. Sejak itu, Hari Sabat ditambahkan dengan had dan hukumannya. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak tercatat pada loh-loh batu itu, maka ia bukanlah kandungan dalam kesepuluh firman itu sendiri.

Sebelum Musa turun dari bukit, dia mengumumkan syarat untuk Hari Sabat, iaitu tidak boleh memasang api:

Janganlah kamu memasang api di mana pun dalam tempat kediamanmu pada Hari Sabat  (Kel 35:3).

Namun, ini bukanlah kandungan dalam kesepuluh firman yang ditulis oleh Tuhan. Dengan kata lain, Hari Sabat yang diumumkan oleh Tuhan dalam sepuluh firman adalah Hari Sabat yang diberkati, tiada had dalam kehidupan (selepas itu, banyak had dalam kehidupan merupakan kandungan dalam hukum Taurat).

Apabila Tuhan menetapkan aktiviti-aktiviti dalam perayaan, Ia juga menetapkan aktiviti perayaan untuk hari Sabat:

Akan tetapi pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu pada waktu mengumpulkan hasil tanahmu, kamu harus mengadakan perayaan bagi TUHAN tujuh hari lamanya; pada hari yang pertama, haruslah ada perhentian penuh, dan juga pada hari kedelapan, harus ada perhentian penuh  (Im 23:39).

Hari-hari Sabat yang ditetapkan khas ini merupakan Hari Sabat yang berperayaan supaya dapat dibezakan daripada Hari-hari Sabat yang lain. Contohnya, hari pertama pada bulan yang ketujuh, hari kesepuluh, hari kelima belas dan hari kedua puluh dua.

“Katakanlah kepada orang Israel, begini: Dalam bulan ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, kamu harus mengadakan hari perhentian penuh yang diperingati dengan meniup serunai, yakni hari pertemuan kudus. Janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat dan kamu haruslah mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN.” TUHAN berfirman kepada Musa: “Akan tetapi pada tanggal sepuluh bulan yang ketujuh itu ada Hari Pendamaian, kamu harus mengadakan pertemuan kudus dan harus merendahkan diri dengan berpuasa dan mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN. Pada hari itu, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan; itulah hari Pendamaian untuk mengadakan pendamaian bagimu di hadapan TUHAN, Allahmu. Kerana setiap orang yang pada hari itu tidak merendahkan diri dengan berpuasa, haruslah dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya. Setiap orang yang melakukan sesuatu pekerjaan pada hari itu, orang itu akan Kubinasakan dari tengah-tengah bangsanya. Janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagimu turun-temurun di segala tempat kediamanmu. Itu harus menjadi suatu Sabat, hari perhentian penuh bagimu, dan kamu harus merendahkan diri dengan berpuasa. Mulai pada malam tanggal sembilan bulan itu, dari matahari terbenam sampai matahari terbenam, kamu harus merayakan Sabatmu.”TUHAN berfirman kepada Musa: “Katakanlah kepada orang Israel, begini: Pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu, ada Hari Raya Pondok Daun bagi TUHAN tujuh hari lamanya. Pada hari yang pertama, haruslah ada pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. Tujuh hari lamanya, kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN, dan pada hari yang kedelapan, kamu harus mengadakan pertemuan kudus dan mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN. Itulah hari raya perkumpulan, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. Itulah hari-hari raya yang ditetapkan TUHAN yang harus kamu maklumkan sebagai hari pertemuan kudus untuk mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN, iaitu korban bakaran dan korban sajian, korban sembelihan dan korban-korban curahan, setiap hari sebanyak yang ditetapkan untuk hari itu, belum termasuk persembahan-persembahanmu atau segala korban nazarmu atau segala korban sukarelamu yang kamu hendak persembahkan kepada TUHAN. Akan tetapi pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu pada waktu mengumpulkan hasil tanahmu, kamu harus mengumpulkan hasil tanahmu, kamu harus mengadakan perayaan bagi TUHAN tujuh hari lamanya;  pada hari yang pertama, haruslah ada perhentian penuh dan juga pada hari yang kedelapan, harus ada perhentian penuh  (Im 23:24-39).

Hari-hari Sabat ini adalah sama seperti Hari Sabat pada setiap minggu. Umat Tuhan tetap melepaskan segala pekerjaan, berehat dan bersukacita beribadah kepada Tuhan.  Namun, pada hari-hari Sabat berperayaan ini, umat Tuhan perlu menguasai hati sendiri:

Hari itu harus menjadi sabat hari perhentian penuh, bagimu dan kamu harus merendahkan diri dengan berpuasa. Itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya  (Im 16:31).

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.2 – Hari Sabat Disenarai Dalam 10 Firman Di Gunung Horeb)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.2 – Hari Sabat Disenarai Dalam 10 Firman Di Gunung Horeb)

2.2.2 Hari Sabat disenaraikan dalam Kesepuluh Firman di atas Gunung Horeb

Di atas Gunung Horeb, Tuhan telah menyediakan perintah yang paling penting untuk dipegang oleh umat Tuhan. Tuhan juga menggunakan jari-Nya untuk menuliskannya pada loh-loh batu. Loh-loh batu tersebut tidak akan reput melambangkan prinsip yang kekal dan tidak akan berubah buat selama-lamanya. Ia merupakan prinsip utama bagi umat Tuhan serta intipati keseluruhan kitab suci. Antaranya, ketiga-tiga hukum yang pertama merupakan perkara yang patut dilaksanakan oleh manusia terhadap Tuhan. Enam firman yang lain pula merupakan perkara yang patut diberi perhatian dalam hubungan sesama manusia. Hari Sabat adalah firman yang keempat. Ini merupakan prinsip terhadap Tuhan dan manusia. Isi kandungannya hanya mempunyai berkat dan tidak ada sebarang hukuman.

Tuhan mencatat dalam sepuluh firman Tuhan [1]:

Ingatlah dan kuduskanlah Hari Sabat: Enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh adalah Hari Sabat TUHAN, Allahmu: maka jangan melakukan sesuatu pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau haiwanmu atau orang asing yang di tempat kediamanmu. Sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, dan Ia berhenti pada hari ketujuh; itulah sebabnya TUHAN memberkati hari Sabat dan menguduskannya (Kel 20:8-11) (Lihat juga Im 5:12-15).

Daripada penyataan tersebut, kita mengetahui bahawa Tuhan mengutarakan:

I. Hari Sabat merupakan hari ketujuh (hari perhentian) dalam proses penciptaan Tuhan.

II. Hari Sabat merupakan hari yang ditetap oleh Tuhan untuk menguduskannya. Pada pandangan Tuhan, Hari Sabat merupakan hari yang istimewa. Selepas itu, Tuhan tidak pernah menetapkan apa-apa hari perayaan untuk menggantikan Hari Sabat.

III. Hari Sabat merupakan hari yang dikhaskan untuk umat pilihan Tuhan beribadah kepada-Nya. Dengan kata lain, orang yang memegang Hari Sabat melambangkan mereka adalah milik Tuhan. Oleh itu, orang yang menjadi milik Tuhan patut memegang Hari Sabat.

IV. Hari Sabat diwujudkan kerana Tuhan prihatin terhadap manusia, Tuhan ingin agar manusia menikmati berkat pada hari tersebut. Sebenarnya, Hari Sabat ialah hari untuk dinikmati dan bukan hari yang membebankan. Oleh itu, Tuhan tidak pernah membiarkan manusia kekurangan rezeki disebabkan berehat pada Hari Sabat.

V. Kasih dan berkat akan dicurahkan kepada orang di sekeliling umat pilihan. Contohnya, hamba, haiwan dan orang asing yang tinggal di sekelilingnya.

VI. Hari Sabat bertujuan untuk memperingati keselamatan Tuhan kerana Tuhan telah menyelamat dan membawa mereka keluar dari Mesir.

VII. Hari Sabat merupakan tanda dan bukti bagi perjanjian Tuhan dengan umat Israel. Umat Israel dari segi lahiriah atau rohaniah juga menjadikan Hari Sabat sebagai tanda dan bukti bahawa mereka ialah orang yang milik kepada Tuhan.

 

[1] Ul 5: 12 Tetaplah ingat dan kuduskanlah hari Sabat, seperti yang diperintahkan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu. 13 Enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, 14 tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu; maka jangan melakukan sesuatu pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau lembumu, atau keledaimu, atau hewanmu yang manapun, atau orang asing yang di tempat kediamanmu, supaya hambamu laki-laki dan hambamu perempuan berhenti seperti engkau juga. 15 Sebab haruslah kauingat, bahawa engkaupun dahulu budak di tanah Mesir dan engkau dibawa keluar dari sana oleh TUHAN, Allahmu dengan tangan yang kuat dan lengan yang teracung; itulah sebabnya TUHAN, Allahmu, memerintahkan engkau merayakan hari Sabat.