Views: 178

2.2.7  Pembinaan rumah ibadat dan pegangan hari Sabat

Selepas umat pilihan beranak cucu dan bertambah banyak serta tinggal secara bertaburan, maka mula adanya perhimpunan umat dan tempat membaca Kitab suci di setiap tempat. Kemudian, tempat ini menjadi Rumah Ibadat [1]. Beberapa kali kerajaan mereka binasa, ditawan, dan ini menyebabkan umat lebih berselerak ke merata-rata tempat di seluruh dunia, bait suci dimusnahkan, jabatan imam juga kehilangan peranannya. Di tanah asing, tidak terdapat rumah ibadat untuk beribadah dan memegang perayaan. Oleh itu, pada zaman Nehemia,banyak ahli Taurat telah bangkit untuk memimpin kepercayaan umat. Mereka mendirikan rumah ibadat di setiap tempat baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Mereka turut membina tempat perhimpunan orang Yahudi, memilih dan mengurap penatua, diaken dan kepala rumah ibadat, (orang yang menjaga rumah ibadat: αρχσυναγυγος) menjalankan ibadah, persahabatan antara suku kaum, pendidikan kanak-kanak dan pengadilan agama dan sebagainya:

Sementara Yesus berbicara demikian kepada mereka, datanglah seorang kepala rumah ibadat, lalu menyembah Dia dan berkata: “Anakku perempuan baru saja meninggal, tetapi datanglah dan letakkanlah tangan-Mu atasnya, maka ia akan hidup (Mat 9:18).

Kemudian, disebabkan penguatkuasaan yang ketat oleh ahli-ahli taurat dan tekanan dari luar negara, maka perhimpunan orang-orang Yahudi menjadi kuat, hari Sabat dan upacara bersunat pun beransur-ansur menjadi sebahagian daripada kehidupan dan kebudayaan orang Yahudi. Ibadah hari Sabat dan persahabatan yang sebelum dan selepasnya juga menjadi salah satu aktiviti yang penting antara bangsaYahudi.

Selepas itu, orang-orang Yahudi di tempat yang berbeza dan pada masa yang berlainan mempunyai sedikit sebanyak perubahan terhadap ketetapan kehidupan Hari Sabat, tetapi kebanyakan orang Yahudi yang ortodoks masih sungguh-sungguh memegang, mempraktik, memelihara dan mewariskan hari Sabat sehingga kini.

Walaupun orang Samaria dianggap oleh orang Yahudi yang ordotoks sebagai bangsa kacukan, tetapi mereka sendiri beranggapan bahawa mereka yang tinggal di Palestin pada masa itu adalah orang Yahudi yang lebih tulen daripada orang Yahudi yang berada dalam pembuangan. Mereka tetap memegang Hari Sabat sehingga kini [2].

Bani Aisynee yang tinggal di Gua Kunlan memegang Hari Sabat dengan lebih ketat. Pada hari Sabat, mereka tidak menyalakan api, tidak bekerja, tidak mengalihkan bekas-bekas atau peralatan, tidak menyelamatkan manusia serta mengadakan pertemuan ibadah [3].

[1] Rujuk nota kaki Bab 5 perkara 5.2 tentang rumah ibadat.

[2] Orang Samaria adalah merujuk kepada kumpulan yang tinggal di Palestin antara zaman perjanjian lama dan baru.

Lazimnya, mereka dianggap penghijrah-penghijrah yang tertulis dalam 2 Raj 17:24-41. Namun, mereka sendiri beranggapan bahawa merekalah orang-orang yang belum ditawan dalam 2 Raj 25:12. Mereka dianggap sebagai bangsa lain oleh orang-orang Yahudi pada zaman perjanjian baru. Orang-orang Yahudi enggan bergaul dengan mereka (Yoh 4:9). Sesudah mengalami peperangan yang bertahun-tahun, ditambah pula diskriminasi kaum dan larangan mereka sendiri untuk berkahwin dengan bangsa lain, maka akhirnya hanya tinggal kira-kira 500 orang di dua tempat tinggal mereka. Gunung kudus mereka adalah gunung Gerizim (terdapat bait suci di atas gunung itu yang mempunyai skala hampir sama dengan bait di Yerusalem).  Mereka percaya kepada lima kitab Musa, dan tidak mengakui kitab-kitab lain dalam perjanjian lama dan juga Talmud. Mereka juga memegang hari Sabat, hari raya Paskah, dan hari raya Pondok Daun. Mereka bersikap tegas untuk berkahwin sesama bangsa mereka, sehingga tidak sikit kaum mereka mempunyai penyakit genetik yang serius. Hari Sabat mereka bermula selepas matahari terbenam pada Jumaat. Sebelum matahari terbenam, mereka harus kembali ke dua kampung yang disebut di atas (kerana mereka beranggapan hanya di dua tempat ini mereka dapat memegang Sabat dengan sempurnanya). Mereka melalui malam Jumaat dan Sabtu dalam keadaan yang gelap kerana tidak memasang lampu pada malam. Pada hari Sabat, mereka juga tidak memasang api, hanya memakan masakan yang sudah sejuk. Mereka juga hanya berjalan kaki ke rumah ibadat (kishah). Mereka akan melafazkan lima Kitab Musa (yang ditulis dalam bahasa Ibrani). Imam-imam mereka menggelar diri sebagai orang Lewi yang tulen dari keturunan Eleazar mengikut salasilah mereka. Sila lihat dengan teliti Scientific American, p100-108. The Samaritans by Shemaryahu Talum.

[3]      Komuniti Kunlan  adalah merujuk kepada tempat di mana gulungan Laut Mati (Dead Sea Scroll) dijumpai yang terletak di pantai barat Laut Mati. Sebelum perjanjian baru, ada sekumpulan orang Yahudi yang alim pernah tinggal di situ. Mereka berkemungkinan berasal dari salah satu puak Bani Aisynee. Bani ini adalah kumpulan Hasidem pada zaman pemerintahan Yonatan dalam Empayar Maccabees. Mengikut catatan 5.15.73  ’Sejarah Semulajadi’ Pliniy, the Older, mereka membaca Alkitab tiap-tiap hari, bertugas menyalin Alkitab, mempunyai hati yang suci dan kurang nafsu, mengongsikan harta bersama, berbuat baik, memandang rendah terhadap perempuan, melaksanakan sakramen pembaptisan, serta memegang hari Sabat (tidak bekerja pada hari itu). Buat masa sekarang, tidak kurang buku-buku yang membincangkan hal ini. Pada hari ini, banyak gulungan lama dijumpai dalam gua mereka. Antaranya, banyak gulungan perjanjian lama dan sebahagian serpihan gulungan perjanjian baru dijumpai.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *