Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.4.5 – Penyembahan Matahari Bukannya Bermula Dari Palestin)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.4.5 – Penyembahan Matahari Bukannya Bermula Dari Palestin)

2.4.5 Penyembahan Matahari bukannya bermula dari Palestin

Ada orang yang merujuk kepada sejarah gereja (Church History 323) oleh Eusebius (Eusebius 263-340AD) yang mencatatkan bahawa penduduk-penduduk tempatan itu memegang hari Sabat dan memegang hari Tuhan (Rujuk kepada bab kedua, F), lalu mengandaikan bahawa sebab umat Kristian memegang hari matahari adalah bermula dari para rasul di Palestin. Menurut Kis 1:13 pula mengatakan bahawa selain daripada berada di dalam bait, umat Kristian juga mengadakan pertemuan-pertemuan di tempat persendirian, dengan ini mengandaikan bahawa mereka telah pun mula memegang hari matahari. Namun kesemua ini hanyalah andaian.

Tetapi, analisis daripada Luk 24:33; Kis 20:7-20; 1 Kor 16:1 dan ayat-ayat suci yang lain (rujuk kepada bab ketiga, bahagian ketiga, bab pertama dan kedua) didapati bahawa mereka tidak mengubahnya kepada memegang hari matahari. Sesungguhnya mereka selalu berhadapan pertemuan-pertemuan ibadah (kebaktian):

Orang-orang Yahudi di kota itu lebih baik hatinya dari pada orang-orang Yahudi di Tesalonika, kerana mereka menerima firman itu dengan segala kerelaan hati dan setiap hari mereka menyelidiki Kitab Suci untuk mengetahui, apakah semuanya itu benar demikian (Kis 17:11).

Malahan kebanyakannya diadakan pada sebelah malam. Oleh itu, mereka tidak perlu mencari sehari untuk menggantikan kebaktian hari Sabat. Di samping itu, kebanyakan dari mereka merupakan pengikut agama Yahudi yang soleh, dan mereka telahpun sudah biasa dengan berkebaktian pada hari Sabat sejak kecil lagi, tambahan pula bukannya berada dalam keadaan yang terdesak, oleh itu mereka tiada niat untuk menukar hari Sabat. Selain itu, mereka pernah melihat Tuhan memegang hari Sabat dengan mata mereka sendiri, manalah mereka berani untuk membelakangi kehendak Tuhan dan mengubah dengan sembarangan?

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.4.4 – Penyembahan Hari Matahari Semakin Menular)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.4.4 – Penyembahan Hari Matahari Semakin Menular)

2.4.4 Penyembahan Hari Matahari semakin menular

I. Pada waktu itu, pemercaya yang takut akan mati “mengganti Alkitab dengan kepala”; tidak mempedulikan pengajaran di dalam Alkitab dan mengubahnya agar berkebaktian pada hari matahari. Pemimpin-pemimpin gereja yang takut akan mati juga bersetuju dengan mereka agar nyawa mereka terjamin; akibatnya perkara ini semakin menjadi-jadi. Di samping itu, gereja juga tidak mahu ada pertalian dengan orang-orang Yahudi, terutamanya dari segi perbuatan dan penampilan luaran. Umat Kristian yang menggantikan masa berkebaktian kepada hari matahari juga semakin banyak. Pihak gereja tidak berdaya mengambil sebarang tindakan dalam hal ini, mereka hanya mengikut arus dan mencari alasan yang lain untuk menutupi kesalahan ini.

II. Mengikut kalendar orang Yahudi pada masa itu, hari raya Paskah, hari Pentakosta dan perayaan Buah Sulung selalunya jatuh pada hari Ahad. Oleh itu, terdapat masa-masa untuk umat Kristian memegang hari raya Paskah, hari Pentakosta dan perayaan Buah Sulung pada hari tersebut (tetapi bukannya menyambut hari kebangkitan Tuhan). Maka ini menjadi alasan bagi orang-orang yang telah menukarkan hari Sabat (Rujuk kepada bab kesembilan). Seperti yang dikatakan oleh Anatolius (Anatolius, 270 AD+, orang Laodikia) di dalam ‘The Paschal Cannon’:

the obligation of the Lord’s resurrection binds to keep the Paschal festival on the Lord’s day (kebangkitan Tuhan mewajibkan perayaan Paskah pada Hari Tuhan).

III. Akan tetapi, mereka menukarkan hari Sabat tanpa sebab yang munasabah. Oleh itu, terdapat orang yang menggunakan fikiran manusia menggelar Tuhan Yesus sebagai “Matahari manusia” sebagaimana raja Rom digelar sebagai “matahari semua rakyat”, dengan itu memasukkan upacara adat-istiadat agama Mithraism menyembah kepada matahari. Misalnya:

        A. Menjalankan ibadah pada hari matahari (hari Ahad, Sunday)

        B. Melihat Tuhan Yesus sebagai matahari manusia, misalnya:

            (a) Theophilus (Theophilus,?-181AD) di dalam “to Autolycus book 2 ch15” mencatatkan:

                  the sun is a type of God (Matahari merupakan sejenis Tuhan)

                  bab 24 juga mencatatkan:

                 Jesus the sun of Nun (Yesus adalah matahari bagi Nun).

            (b) Clement Alexander (Clement of Alexandria, 150-215AD) di dalam “Exhortation to the heathen” bab 9   mencatatkan:

              Christ the Sun of the Resurrection (Kristus merupakan matahari kebangkitan).

             (c) Tertulianus (Tertulianus, 160-220AD) di dalam Ad Nationes Book 1 bab 13 mencatatkan:

             Suppose that the sun is god of the Christian… we pray toward east, or because we make Sunday a day of festivity (Jika matahari merupakan Tuhan bagi umat Kristian… Kami berdoa ke arah timur, atau disebabkan kami menjadikan hari matahari sebagai hari perayaan).

             Di dalam On the Resurrection of Flesh bab 52, dia menyatakan:

            one glory of the sun (that is Christ) [sejenis kemulian matahari (iaitu Kristus)].

            (d) Cyprian (Cyprian, 200-258AD) di dalam The Treatise of Cyprian mencatatkan:

            the true sun and the true day is Christ (Matahari yang benar dan hari yang benar adalah Kristus).

    C. Sebagaimana matahari (cakera bulat) yang terdapat di atas kepala Mithras, dewa matahari bagi agama Mithraism, maka gambar Tuhan Yesus juga ditambahkan dengan cakera bulat.

    D. Menjadikan “hari jadi matahari yang tiada tandingannya” (dies natalis solis Invicti, the birth day of Invincible Sun), pada musim cahaya matahari bertukar dari lemah menjadi kuat, hari lahir dewa matahari Mithras, kedatangan musim sejuk, iaitu 25 hari bulan Disember ditetapkan sebagai hari lahir Yesus: Hari Natal (Christmas).

    E. Supaya adat-istiadat menyambut kedatangan musim sejuk (seperti: menghiasi pokok yang kecil, pertukaran hadiah) juga dijalankan, dengan cara-cara ini untuk menyambut hari lahir Tuhan Yesus pada hari itu.[1]

       F. Sebenarnya, tidak kira bagaimana pengiraan dilakukan, Tuhan tidak mungkin akan dilahirkan pada hari sebegini. Sehinggalah pada masa pope Reo (Pope Reo the Great), umat Kristian tetap menyambut hari lahir Dewa Matahari pada 25 haribulan Disember, dan bukannya menyambut kelahiran Yesus.

IV. Enam haribulan Januari yang dirayakan oleh gereja di sebelah timur juga merupakan hari perayaan istiadat di tempat tersebut: hari Epiphany (day of Epiphany). Hari itu merupakan hari menyambut kelahiran “terang” oleh penduduk-penduduk di sana.[2]

V. Pada mulanya, mereka menukarkan hari Sabat demi melindungi nyawa mereka, dan tidak terlibat langsung dengan hal keagamaan. Namun pemercaya kafir telah membawa masuk bersama dengan adat istiadat orang kafir ke dalam gereja. Di dalam keadaan yang tidak berdaya, sebahagian pemimpin gereja masih tidak dapat mencari alasan untuk menutup kesalahan diri dari dalam Alkitab. Namun selepas suatu jangka waktu, barulah hari Ahad dikatakan sebagai hari kebangkitan Tuhan.[3]

Disebabkan penduduk pada masa itu tidak melepaskan adat-istiadat tempatan mereka walaupun selepas percaya kepada Tuhan, mereka meneruskan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti keagamaan, gereja juga telah menyumbangkan kemajuan dari segi upacara sembahyang, sampailah wujudnya keadaan pada hari ini.

Perbuatan ini seakan-akan telah menyanjung dan meninggikan Tuhan Yesus, namun ia telah menurunkan Tuhan, telah menurunkan-Nya dari kedudukan Tuhan yang menciptakan matahari menjadi matahari yang diciptakan. Ini telah menggenapkan nubuat yang dikatakan oleh nabi Yehezkiel:

Sungguh, dekat jalan masuk ke bait Tuhan, di antara balai Bait Suci dan mezbah ada kira-kira dua puluh lima orang laki-laki, yang membelakangi bait Tuhan dan menghadap ke sebelah timur sambil sujud pada matahari di sebelah timur. Lalu firman-Nya kepadaku: “Kau lihatkah itu, hai anak manusia? Perkara kecilkah itu bagi kaum Yehuda untuk melakukan perbuatan-perbuatan kekejian yang mereka lakukan di sini, bahawa mereka memenuhi tanah ini dengan kekerasan dan dengan itu terus menyakiti hati-Ku? Sungguh, mereka berkelakuan tak senonoh di hadapan-Ku (Yeh 8:16-17).

Adakah kamu dapat melihatnya? Perkara kecilkah perbuatan kekejian yang dilakukan oleh umat Kristian?

[1]   Orang dari Roman Katolik yang diberkati oleh Pope: Mario Righetti mencatatkan:

After the peace the Church of Rome, to facilitate the acceptance of the faith by pagan masses, found it convenient to institute the 25th of December as the feast of the temporal birth of Christ, to direct them from pagan feast, celebrated on the same day in honor of the “Invincible Sun ” Mithras, the conqueror of darkness. (M. Righetti (fn.74), II, p67). Julian, The Oration of Julian,Hymn to King Helios, 155, LCL, p429. Juga mempunyai catatkan yang sama sepertinya. Augustine, sermon in Nativit Domini 7, PL38, 1007 & 1032。Mencatatkan bahawa pada zaman Pope Reo the Great, pemercaya masih menyambut hari kelahiran Tuhan matahari pada 12hb Disember dan bukannya hari lahir Yesus. Rujuk: The Cult of Sol Invictius, by Gaston.

[2]    B.Botte, cendekiawan Belgium yang menerima pemberkatan Pope mendapati bahawa bulan pertama tanggal 6 sebenarnya merupakan Epiphany day kafir, ia menyambut kelahiran “terang”. Lihat: B.Botte (fn.41), p14f; Encyc. Brit. rujuk: Epiphany, Feast of.

[3] Pernyataan tentang hari Ahad merupakan hari kebangkitan adalah amat mengelirukan. Walaupun Ignatius telah menjelaskan bahawa hari Ahad juga merupakan hari kebangkitan Tuhan. Raja Konstantin mengisytiharkan bahawa rakyat perlu berehat pada hari Ahad, namun tidak pernah mengatakan perlu memperingati kebangkitan Tuhan. Sampai pada abad keempat masih terdapat orang yang menggelar hari tersebut sebagai hari kelapan, dan bukannya hari Tuhan. Sampailah pada abad keempat, Syrus (ca 350) barulah ada catatan secara sahnya mengenai umat Kristian perlu berhenti daripada bekerja pada hari Ahad (Hymniet Sermones, ed. T.J.Lamy,T, 1882, p543-544).

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.4.3 – Kerajaan Rom Menindas Orang-orang Yahudi)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.4.3 – Kerajaan Rom Menindas Orang-orang Yahudi)

2.4.3    Kerajaan Rom menindas orang-orang Yahudi     

 I.       Sejak dahulu lagi orang Yahudi percaya bahawa zaman pemerintahan raja Daud akan berkekalan. Mereka juga berseru kepada Tuhan setiap hari untuk memulihkan zaman raja-raja mereka setelah kerajaan mereka mengalami kebinasaan. Bahkan Yesus Kristus sendiri disokong sebagai pemulih dinasti ini:

Kata Yesus: “Apa yang kaukehendaki?” Jawabnya: “Berilah perintah, supaya kedua anakku ini boleh duduk kelak di dalam kerajaan-Mu, yang seorang di sebelah kanan-Mu dan yang seorang lagi di sebelah kiri-Mu” (Mat 20:21).

Pada abad ketiga sebelum Masihi, iaitu setelah Rom menakluki orang-orang Yahudi, maka orang-orang Yahudi inginkan kemerdekaan dan tidak berhenti-henti bangkit untuk menentang pemerintahan Rom. Sampailah pada abad yang pertama, disebabkan orang-orang Yahudi yang tidak berhenti-henti menentang dan inginkan kemerdekaan[1], maka Raja Nero dan raja-raja Rom yang lain bermula untuk menganiaya orang-orang Yahudi demi menjadikan negara mereka aman. Pertama-tamanya, orang-orang Yahudi dihalau dari kota Rom:

Di Korintus ia berjumpa dengan seorang Yahudi bernama Akwila, yang berasal dari Pontus. Ia baru datang dari Italia dengan Priskila, isterinya, kerana Kaisar Klaudius telah memerintahkan, supaya semua orang Yahudi meninggalkan Roma. Paulus singgah ke rumah mereka (Kis 18:2).

Kemudiannya mereka dipenjarakan dan selepas itu dibunuh; malah menganggap kempen menghapuskan orang-orang Yahudi sebagai salah satu kerja penting di dalam kerajaan Rom. Dengan itu, penganiayaan ini disebarkan ke merata tempat, dengan tujuan ingin menghapuskan semua kaum mereka.

II.       Pada masa itu, terdapat persamaan di antara umat Kristian dengan orang-orang Yahudi seperti yang disenaraikan di bawah:

  1. Berkebaktian pada hari Sabat
  2. Menyembah kepada Tuhan yang tak kelihatan (tiada berhala)
  3. Tidak menyembah kepada Raja

Oleh itu, adalah sukar untuk membezakan kedua-duanya dengan satu pandangan sahaja. Akibatnya, askar-askar Rom yang tidak memahami hal ini dengan sepenuhnya akan beranggapan bahawa cara yang paling memudahkan untuk membezakan sama ada seseorang itu adalah orang Yahudi atau bukan Yahudi adalah dengan melihat apakah mereka “memegang hari Sabat pada hari Sabtu”. Tempat-tempat pertemuan ibadah pada hari Sabat telah menjadi tempat yang memudahkan askar-askar Rom untuk menangkap orang. Ini menyebabkan barangsiapa yang menyertai pertemuan-pertemuan ibadah pada hari Sabat adalah bila-bila waktu sahaja berkemungkinan akan ditangkap, hilang atau mati.

III.       Maka ramai umat Kristian yang ditangkap disebabkan hal ini. Ini telah menimbulkan ketakutan di kalangan umat Kristian, mereka berikhtiar untuk tidak bergaul dengan orang-orang Yahudi. Oleh itu, terdapat umat Kristian yang ingin mengubah hari Sabat pada setiap minggu kepada hari yang lain. Kebetulan pula kelihatan orang-orang di tempat itu secara umumnya menyembah matahari, menyambut hari perayaan dan bergembira pada hari Ahad. Mereka mendapati bahawa menukarkannya kepada hari Ahad adalah cara yang terbaik untuk melindungi dan menjaga diri sendiri. Itulah sebabnya terdapat orang yang menukarkannya agar berkebaktian pada hari matahari.

Pihak berkuasa melihat keadaan menjadi semakin teruk, maka telah menulis surat kepada Raja agar membezakan kelainan yang terdapat di antara umat Kristian dan orang Yahudi. Ini mewujudkan banyak buku Apologue[2]. Kemudiannya, Raja semakin memahami perbezaan kedua-dua aliran tersebut.

[1]  Rujuk jadual kronologi yang disertakan.

[2]  Antara Apologue yang terkenal dalam agama Kristian adalah: Tertullian: Apologue, Justin, Martyr:  Apologue I, II dan lain-lain.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.4.2 – Perpecahan dan Sentimen Anti Yahudi di Dalam Gereja)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.4.2 – Perpecahan dan Sentimen Anti Yahudi di Dalam Gereja)

2.4.2    Perpecahan dan sentimen anti Yahudi di dalam Gereja

I. Sejak gereja didirikan, terdapatnya penduduk Yahudi tempatan, orang Yahudi yang berhijrah kembali, orang-orang Samaria dan orang-orang bukan Yahudi yang percaya kepada Tuhan. Disebabkan kebiasaan dalam kehidupan mereka masing-masing adalah berbeza, maka selalu akan wujud perselisihan:

Pada masa itu, ketika jumlah murid bertambah, timbullah sungut-sungut di antara orang-orang Yahudi yang berbahasa Yunani terhadap orang-orang Ibrani, kerana pembagian kepada janda-janda mereka diabaikan dalam pelayanan sehari-hari (Kis 6:1).

Ketika Petrus tiba di Yerusalem, orang-orang dari golongan yang bersunat berselisih pendapat dengan dia (Kis 11:2).

Tetapi Paulus dan Barnabas dengan keras melawan dan membantah pendapat mereka itu. Akhirnya ditetapkan, supaya Paulus dan Barnabas serta beberapa orang lain dari jemaat itu pergi kepada rasul-rasul dan penatua-penatua di Yerusalem untuk membicarakan soal itu (Kis 15:2).

Terutamanya umat Kristian yang pernah menjadi pengikut agama Yahudi yang soleh, mereka ini selalu meminta supaya pemercaya-pemercaya agar memegang peraturan-peraturan di dalam Perjanjian Lama:

Beberapa orang datang dari Yudea ke Antiokhia dan mengajarkan kepada saudara-saudara di situ: “Jikalau kamu tidak disunat menurut adat-istiadat yang diwariskan oleh Musa, kamu tidak dapat diselamatkan” (Kis 15:1).

Tetapi beberapa orang dari golongan Farisi, yang telah menjadi percaya, datang dan berkata: “Orang-orang bukan Yahudi harus disunat dan diwajibkan untuk menuruti hukum Musa” (Kis 15:5).

Keadaan ini lebih-lebih lagi telah mendalamkan lagi jurang di antara pemercaya orang Yahudi dengan pemercaya bukan Yahudi.

II. Walaupun hal ini telah diluluskan oleh sidang di Yerusalem: Tidak perlu meminta umat Kristian bukan Yahudi untuk menuruti adat-istiadat orang Yahudi:

28Sebab adalah keputusan Roh Kudus dan keputusan kami, supaya kepada kamu jangan ditanggungkan lebih banyak beban daripada yang perlu ini: 29 kamu harus menjauhkan diri dari makanan yang dipersembahkan kepada berhala, dari darah, dari daging binatang yang mati dicekik dan dari percabulan. Jikalau kamu memelihara diri dari hal-hal ini, kamu berbuat baik. Sekianlah, selamat” (Kis 15:28-29).

Namun disebabkan perbezaan dari segi kebiasaan dalam kehidupan dan pemikiran, maka selalu wujudnya perselisihan. Akibatnya, terdapat golongan Petrus, golongan Apolos… dan golongan-golongan yang lain, serta selalu bertentangan:

3Kerana kamu masih manusia duniawi. Sebab, jika di antara kamu ada iri hati dan perselisihan bukankah hal itu menunjukkan, bahawa kamu manusia duniawi dan bahawa kamu hidup secara manusiawi? 4 Kerana jika yang seorang berkata: “Aku dari golongan Paulus,” dan yang lain berkata: “Aku dari golongan Apolos,” bukankah hal itu menunjukkan, bahawa kamu manusia duniawi yang bukan rohani? (1 Kor 3:3-4).

III.   Pada masa itu, kota Rom merupakan ibu negara, Paulus dan rasul-rasul pernah menggembala sambil menginjil di tempat ini [1]; Paulus juga pernah menulis surat kepada jemaat-jemaat dari tempat ini. Oleh itu, penatua (penilik) jemaat di kota Rom semakin tinggi hati dan meminta agar jemaat-jemaat di tempat yang lain untuk mendengar perintahnya. Namun perbuatan ini telah menggugat kuasa kepimpinan jawatankuasa jemaat di Yerusalem, perkara ini diboikot oleh jawatankuasa jemaat di Yerusalem (perebutan kuasa kepimpinan?) Oleh itu, jawatankuasa jemaat di kota Rom berusaha ingin melepaskan diri daripada pengaruh dari jemaat di Yerusalem.

IV.   Oleh kerana hal ini, terdapat banyak pihak berkuasa jemaat telah menuliskan surat-surat ke merata-rata tempat dan menyatakan keburukan orang Yahudi. Misalnya:

1.   Menegaskan bahawa Tuhan Yesus dipakukan oleh orang Yahudi, orang Yahudi adalah orang-orang yang menentang agama Kristian.

2.    Bab 2 dan 15.8 Buku Barnabas (The Epistle of Barnabas 100AD+) menggunakan 1:11-14 dalam buku Yesaya mengatakan bahawa:

τας νεομενιας  υμον και τα σαββατα ουκ ανεχομαι (Tuhan tidak dapat bersabar terhadap hari Sabat kamu).

Namun ini adalah ditujukan kepada kota-kota yang penuh kejahatan, iaitu kota Sodom dan Gomora (juga kepada umat pilihan yang membelakangi janji). Sememangnya disebabkan tidak dapat bersabar dengan kejahatan-kejahatan yang dilakukan dan bukannya untuk meniadakan hari Sabat agama Kristian. Tetapi pemimpin-pemimpin jemaat pula memutar-belitkan maksud hari Sabat sebagai tanda bagi orang Yahudi tidak percaya kepada Tuhan. Nampaknya ini merupakan penyalahgunaan oleh pemimpin-pemimpin.

3.   Karya-karya menentang Yahudi lain yang terkenal adalah: Pengajaran yang ditinggalkan oleh Petrus (Kerygma Petrou), Justin (Apologue). Karya-karya mengenai menegur orang Yahudi yang tidak percaya kepada Tuhan telah tersebar kepada jemaat pada masa itu, menjadikan suatu keadaan anti-Yahudi (Anti-Judaism) yang hebat.

V.     Memandangkan aktiviti-aktiviti gereja ingin melepaskan diri daripada kebiasaan dan adat-istiadat orang Yahudi, maka perkara-perkara lain diperlukan untuk menggantikannya. Cara yang sering digunakan ialah:

  1. Menciptakan hari perayaan: Inilah sebabnya terdapat hari-hari perayaan pada rasul-rasul yang berlainan dengan orang-orang Yahudi:

Mosheim mengatakan:

It is probable that: Friday, the day of Christ’s crucifixion, was early distinguish by paticular honors from the other days of the week

Of the second century he says:- Many also observed the fourth day of the week, on which Christ was betrayed; and the sixth day, which was the day of his crucifixion.ta”  neomenia”  Jumon   kai   ta   sabbata  ouk anecomai [2]

Menurut Andrew, penyembahan pada hari Ahad yang paling awal dimulakan oleh gereja Rom pada kira-kira AD140 [3]. Tetapi gereja-gereja di sebelah timur belum mengikuti mereka, dan tetap memegang hari Sabat. Kemudiannya Raja Konstantin dan kuasanya telah mempengaruhi gereja, dengan alasan berikut untuk menetapkan hari Raya Paskah pada hari Ahad:

Let us, then, have nothing in common with the most hostile rabble of the Jews. [4]

Win James dari Universiti Oxford juga mengatakan bahawa:

The Western church began to fast on Saturday of the beginning of the third century. [5]

Pada kemudian hari, gereja Rom menghendaki supaya pemercaya berpuasa pada hari Sabat dan kemudiannya bergembira pada hari Ahad. Dengan itu, pemercaya-pemercaya lebih menyukai hari Ahad dan tidak menyukai hari Sabtu.

Zaman Origen juga memandang hari Ahad merupakan hari yang sama seperti hari Raya Paskah ataupun Hari Raya Pentakosta. Perlembagaan Rasul (Constitutions of the Holy Apostles) juga mempunyai catatan-catatan yang seumpamanya.[6]

  1. Perpecahan dalam Gereja dan Sentimen anti Yahudi menentang adat istiadat Yahudi daripada “cenderung ke arah orang kafir” (perbuatan ini telah menyebabkan permulaan gereja diduniawikan). Di dalam gereja Rom, kebanyakan pemercaya-pemercaya adalah terdiri daripada orang bukan Yahudi,[7]setelah mereka percaya kepada Tuhan, masih ada ramai yang tidak mengubah kebiasaan lama mereka (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bab ke-9), tetap menyertai pergaulan sosial dan aktiviti-aktiviti gereja orang kafir. Contohnya: menyembah kepada matahari, menyambut kedatangan Soltis (Winter Soltice). Awal-awal lagi para rasul telah menyedari akan hal ini, maka surat dituliskan sebagai pembetulan:

Hai kamu, orang-orang yang tidak setia! Tidakkah kamu tahu, bahawa persahabatan dengan dunia adalah permusuhan dengan Tuhan? Jadi barangsiapa hendak menjadi sahabat dunia ini, ia menjadikan dirinya musuh Tuhan (Yak 4:4).

Namun disebabkan perkara ini adalah berpadanan dengan “selera” mereka, maka dialu-alukan oleh para pemercaya. Dengan itu, pihak gereja pada semua peringkat berebut-rebut memasukkan aktiviti-aktiviti yang bercorak kafir, dan aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain… Maka keduniawian gereja kini telah menjadi suatu tren. Pihak berkuasa gereja bukan sahaja tidak        dapat menghalang arus air bah yang melencong daripada Alkitab dan membelakangi firman, malahan ia lebih-lebih lagi mendorong ke arah keduniawian.

Andrew beranggapan bahawa pemercaya pada zaman permulaan memegang hari Ahad adalah disebabkan ia merupakan salah satu daripada hari-hari yang dirayakan oleh penduduk-penduduk di tempat itu.

The Sunday Festival in Tertullian’s time was not like the modern first-day Sabbath, but was essentially the German festival of Sunday, a day of worship and for recreation, and one on which labor was not sinful.[8]

Neander juga mengatakan:

In the Western churches, particularly the Roman, where opposition to Judaism was the prevailing tendency, this very opposition produced the custom of celebrating the Saturday in particular as a fast-day.[9]

[1]  Paulus tiba di Rom pada kira-kira tahun 27AD, dikurung. Petrus dijadikan sebagai penilik pertama gereja Rom oleh gereja Roman Katolik.

[2]  Andrew, p194.

[3]  Andrew,p205,207.

[4]  Andrew, p202.

[5]  Andrew, p206.

[6] Andrew, p217.

[7]  Daripada catatan-catatan nama, kebanyakannya merupakan nama-nama orang Rom, oleh itu didapati bahawa terdapat ramai orang Rom yang percaya kepada Tuhan di tempat itu.

[8] Andrew, p209

[9] Andrew, p206

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 [2.4.1 – Penyebaran agama Mithraism (Agama menyembah matahari)]
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 [2.4.1 – Penyebaran agama Mithraism (Agama menyembah matahari)]

2.4  Dari Hari Sabat ke Hari Matahari

Bilakah dan bagaimanakah sebenarnya umat Kristian mengubah hari Sabat kepada hari matahari? Perkara ini berlaku dalam gereja-gereja sekitar Rom pada abad kedua; Ia telah melalui proses rumit. Ia dibincangkan bermula dengan latar belakang gereja.

2.4.1    Penyebaran agama Mithraism (Agama menyembah matahari)

I. Pada zaman dahulu kala telahpun wujud kaum bertamadun yang melangsungkan penyembahan matahari seperti: Persia, India, Syria, Asyur, dan Mesir kerana terdapat “dewa matahari” dalam lagenda mereka. Oleh kerana orang Rom tidak menolak agama-agama kaum lain; maka berhala-berhala kaum masing-masing ini telah masuk ke Rom ketika Yunani dan Rom menakluki negara-negara lain, dan ini menjadikan ia sebagai sebahagian daripada agama mereka [1].

II. Mithraism [2] (Agama menyembah matahari) telah disebarkan ke Rom pada 67 sebelum Masihi, dan ia disebarkan ke seluruh negara pada abad ketiga. Agama tersebut memberi bentuk kepada dewa matahari menjadi  lelaki yang mempunyai cakera bulat (matahari) di belakang kepalanya. Kemudiannya raja Rom juga menggelar dirinya sebagai “matahari bagi semua rakyat” dan menerima puji-pujian serta penyembahan daripada rakyatnya; ini telah menjadi salah satu daripada adat-istiadat pada masa itu, yang dipanggil sebagai penyembahan Kaisar [3] (Caesar Worship, Empire Cult).

III. Sistem bagi setiap hari di dalam seminggu dirujuk melalui susunan bintang/planet, ia dibawa masuk ke dalam Rom pada kira-kira abad yang pertama. Ada juga yang beranggapan bahawa ada orang di Rom telah menggunakan sistem ini pada abad pertama sebelum Masihi [4].

IV. Pada 31 sebelum masihi, setelah raja Augustin menakluki Mesir, dari Mesir berpindah kembali ke dua menara tajam bersegi empat (obelisk); mendirikan tugu itu di dataran Maximus dan Mar, dengan itu menyembah dewa matahari orang Mesir, serta bersyukur kepada bantuan dalam kejayaannya menakluki Mesir. Terdapat juga catatan yang mengatakan bahawa raja Nero, Vespasian, Hadrian, dan raja-raja yang lain juga menyembah dewa matahari di sini [5]. Setelah itu, agama dan upacara ini tersebar luas dalam kalangan penduduk pada masa itu.

Sebenarnya sejak dahulu kala, terdapat banyak kaum di bahagian Eropah yang menjadikan hari Ahad sebagai hari untuk menyembah dewa matahari. Misalnya:

Verstegan mencatatkan bahawa:

The most ancient German being pagans, and having appropriated the first day of the week to the pecular adoration of the sun.

Where of that day doth yet in our English tongue retain the name of Sunday… Unto the day dedicated unto the special adoration of the idol of the sun, they gave the name of Sunday. [6]

Mores mencatatkan bahawa:

It is not be denied but we borrow the name of this day from the ancient Greeks and Romans, and we allow that the old Egyptians worshiped the sun, and as a standing memorial of their regeneration, dedicated this day to him.[7]

Andrew merumuskan sejarah-sejarah di atas dan mengatakan bahawa:

We found that Sunday from remote antiquity was a heather festival in honor of the sun, and that, in the first centuries of the Christian era, this ancient festival was in general venartion in the heathen world.[8]

[1]   Penyembahan kepada matahari banyak didapati dalam kalangan kaum-kaum kuno. Juga terdapat orang yang beranggapan bahawa ia telah wujud pada zaman kuno Rom sejak awal lagi. Perkara ini dicatatkan di:

        1. The Cult of Sol Invictus, by Gaston H.Halsberghe, 1972  p26.

        2. Oriental Religion in the Roman Empire, ed. by M.J. Vermaseven.

        3. Abhandlungen zur Romischen Religion, by A. von  Domaszewski, 1909,  p173.

[2]   Mithras merupakan berhala dewa matahari bagi Persia kuno dan India. Mithraism merupakan agama pada awal zaman Persia, standard moralnya adalah berdekatan dengan umat Kristian. Ia dibawa masuk ke dalam Rom pada kira-kira sebelum 67 Masihi, dan hampir-hampir meliputi seluruh negara pada abad ketiga. Mereka menganggap matahari sebagai Tuhan, mengukirnya menjadi seorang lelaki yang mempunyai cakera bulat (matahari) di belakang kepalanya.

[3] Penyembahan Kaisar: Setelah Raja Roma menakluki banyak tempat, dia mengamalkan pentadbiran bertolak-ansur asalkan penduduk tempatan taat kepadanya. Agama dan kepercayaan karut di tempat-tempat berkenaan masih dihormati dan dibenarkan terus wujud, asalkan mereka melihat raja mereka sebagai tuhan yang hidup dan menyembahnya, sehingga membawanya masuk ke dalam Rom dan menyembahnya sendiri. Pada masa itu, imam besar agama Yahudi juga pernah menerima permintaan Kaisar untuk mendoakannya ketika melakukan persembahan.

[4]    Sistem bagi setiap hari di dalam seminggu dirujuk melalui susunan bintang/planet, telah pun awal-awal lagi wujud di India kuno, Persia, Mesir dan Syria yang menyembah kepada matahari. Kebanyakan mereka berehat dan mengadakan perayaan pada hari matahari. Mereka juga meraikan pemulihan matahari menjelang kedatangan musim sejuk. Kalendar ukiran batu yang didapati di Puteoli pada abad pertama mencatatkan: Mercu (Mercury, hari Rabu), Jovis (Jupiter, hari Khamis), Veneris (Mars, hari Jumaat) (CILX, partI, 199 (No.1605). Pada abad kedua telahpun wujud susunan bintang/planet: Sun, Moon, Mar, Mercury, Jupiter, Venus, Saturn.

[5]    Penyembahan matahari oleh Nero dan Vespasian: Historiae Tacitus 3, 24. Penyembahan matahari oleh Hadrian: Elius Hardrianus Spartianus 19, LCL; Scriptores Historiae AugustaeI, p61. Pemindahan ke menara tajam bersegi empat: A. Historie Pilganiol de Rome, p229. Catatan mengenai raja menyembah kepada matahari: Tertullian之De Spectaculis 8, ANF III p83, AD150-230.

[6]  Andrew, p190.

[7]  Ibid.

[8]  Andrew, p205.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.3.2 – 2.3.3)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.3.2 – 2.3.3)

2.3.2    Agama Kristian tersebar luas, hari Sabat menjadi sistem yang umum

Setelah firman kebenaran disebarkan ke Yunani dan Makedonia, agama Kristian kian menggantikan agama asal mereka dan menjadi agama yang umum di tempat-tempat berkenaan. Manakala sistem hari Sabat dan gelarannya juga menjadi sistem yang digunakan oleh orang-orang di tempat berkenaan secara umumnya, sampailah pada hari ini. Pada masa kini, orang Yunani menggelar hari Sabat seperti di bawah:

Hari pertama dalam seminggu (hari Ahad) digelar sebagai hari Tuhan (Κυριακη)

Hari kedua dalam seminggu (hari Isnin) digelar sebagai Sabat 2 (Δευτερα)

Hari ketiga dalam seminggu (hari Selasa) digelar sebagai Sabat 3 (Tριτη)

Hari keempat dalam seminggu (hari Rabu) digelar sebagai Sabat 4 (Tεταρτη)

Hari kelima dalam seminggu (hari Khamis) digelar sebagai Sabat 5 (ΙΙεμπτη)

Hari keenam dalam seminggu (hari Jumaat) digelar sebagai hari Persediaan (ΙΙαρασκευη)

Hari ketujuh dalam seminggu (hari Sabtu) digelar sebagai hari Sabat (Σαββατο)

Dapat dilihat bahawa selain daripada hari pertama telah ditukarkan pada kemudian hari, hari-hari yang lain masih mengekalkan gelaran pada zaman perjanjian baru. Bukan Yunani sahaja yang berbuat demikian, malah terdapat juga penduduk yang tetap menggelar hari Sabtu sebagai hari Sabat; Misalnya orang Sepanyol yang sampai hari ini masih menggelar hari Sabtu sebagai Sabado. (Rujuk pada bab ketiga, bahagian pertama dan bab keempat).

2.3.3    Zaman penghujung rasul-rasul dan zaman “Bapa Gereja”

Ketika rasul masih berada di bumi, firman kebenaran telahpun mula berubah kualitinya, maka pihak berkuasa gereja tidak boleh tidak menuliskan surat ke merata-rata tempat untuk menasihati para pemercaya agar dapat membezakan firman kebenaran, tetap berjuang untuk mempertahankan firman kebenaran yang dipercayai (Yud 3; Tit 6:3-5). Setelah para rasul meninggal dunia, gereja semakin menjadi bersifat duniawi. Walau bagaimanapun, umat Kristian pada zaman awal percaya dan memegang hari Sabat. Gereja pada zaman tersebut juga mencatatkan perkara berkaitan dengan hari Sabat, seperti:

A. Buku dari Ignatius kepada Magnesians (The Lettle of Ignatius to the Magnesians’ 107) yang mencatatkan: Bukan pada hari Sabat tetapi pada…

B. Buku Barnabas (The Epistle of Barnabas, 135) 2.5 memetik (Yes 1:13): Kalau kamu merayakan bulan baru dan sabat atau mengadakan pertemuan-pertemuan, Aku tidak tahan melihatnya, kerana perayaanmu itu penuh kejahatan.

15.1.   mencatatkan: yang tercatat tentang hari Sabat… menguduskan hari Sabat Tuhan.

15.2.   terdapat: Sekiranya anak saya memegang hari Sabat.

15.3.   terdapat: membincangkan tentang hari Sabat pada permulaan penciptaan.

15.4.   terdapat: Bulan baru dan sabat, Aku tidak tahan melihatnya (menggunakan Yes 1:13).

C. Pengajaran yang ditinggalkan oleh kedua belas rasul (Didascalia Apostoloru, Didache, +-250AD).

Menggelar hari Isnin sebagai sabat 2 (δευτερ σαββατον), hari Khamis sebagai sabat 5 (πεμπτη). Kelihatannya mereka sedang menjalankan sistem hari Sabat. Juga tercatat bahawa:

O Lord Almighty, thou hast created the world by Christ, and hast appointed the Sabbath in memory thereof, because that on that day thou hast made us rest from our works, for the meditation upon thy laws.[1]

D. Karya Smyrnach: Buku Polikap, orang yang mati syahid (The Martyrdom of Polycarp, 155-160AD) menyentuh bahawa pada masa itu, hari Sabat digelar sebagai hari Sabat yang agung (σαββατου μεγατου)

E. Buku Diognetus (the Epistle to Diognetus, 150-225) 4.1-3 menyentuh tentang melakukan kebaikan pada hari Sabat. Nampaknya pada abad ketiga, umat Kristian tetap memegang hari Sabat.

[1] Andrew, p232。