| | | |

Gereja Ponontomon

Ponontomon merupakan salah satu kampung di bawah naungan Tenom. Sebilangan besar penduduknya adalah petani. Orang yang pertama mempercayai Injil Benar dan membawanya balik ke kampungnya ialah Sdra Asuk bin Usone. Pada suatu hari dalam tahun 1962, beliau pergi ke Kampung Sungai Apih untuk melawat adik perempuannya yang telah berkahwin dengan seorang saudara seiman dari sana. Apabila Sdra Sahoh Ahar, seorang dari Gereja Yesus Benar mengetahui bahawa Sdra Asuk ada di situ, ia mengambil kesempatan untuk menyaksikan Injil Kebenaran kepadanya. Syukur kepada Tuhan kerana telah membuka hati Sdra Asuk untuk mempercayai Injil Benar dan ia telah dibaptiskan di Gereja Sungai Apih.

Setelah Sdra Asuk kembali ke kampungnya, dia pun menyaksikan Injil Benar kepada penduduk-penduduk di Kampung Ponontomon. Ia memberi penduduk kampung bahawa jika sekiranya ada orang yang ingin dibaptiskan Sdra Sahoh sanggup datang untuk membaptiskan mereka. Syukur kepada Tuhan kerana lebih 30 orang termasuk kanak-kanak telah datang ke Kampung Sungai Apih meminta untuk dibaptiskan.

Oleh kerana para pemerfcaya begitu ramai, Sdra Sahoh sering melawat Kampung Ponontomon untuk melakukan kerja penggembalaan serta menyaksikan Injil Benar sehingga bilangan pemercaya semakin bertambah. Selain daripada Sdra Sahoh, Dn Philip Tyan dan Sn Samuel Chin sering datang melawat pemercaya di sini.

Tanda-tanda mujizat telah menyebabkan bertambahnya bilangan pemercaya. Seroang Sdra Ambiton telah jatuh sakit teruk kerana disambar petir yang menyebabkan sebahagian anggota tubuhnya menjadi kejang. Tetapi setelah dibaptiskan dan dibantu doa, penyakitnya telah disembuhkan.

Rumah Sdra Asuk telah digunakan untuk menjadi rumah doa selama 2 bulan. Pada 26 Januari 1963, sebuah bangunan gereja berukuran 12.2m x 6.1m (40 kaki x 20 kaki), dengan bantuan kerja dari Ibu Gereja telah didirikan. Gereja kedua yang berukuran 13.4m x 6.7m (44kaki x 22kaki) yang beratap zink, berdinding papan dan berlantai simen telah dibangunkan kemudian.

Pada masa ini, gereja tersebut digunakan untuk Kebaktian bagi penduduk-penduduk Kg Ponontomon dan Kg Anambai. Selain daripada kebaktian Sabat, Kebaktian malam juga diadakan pada Hari Khamis. Kini, ada 4 kelas Pendidikan Agama dengan 39 kanak-kanak dan 6 guru. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada:

Hal Ehwal Agama: Sapau bin Ampika, Kuriting bin Anguin (Naib)
Hal Ehwal AM : ANgkasang bin Mohos, Amol (Pembantu)
Bendahari: Saibuh bin Angaboh
Setiausaha: Kusnah bte Mamut, Suliman bin Sapau (Pembantu)

| | | |

Gereja Pengarawan

Gereja Pengarawan terletak di sempadan antara Sabah dan Sarawak di bahagian pedalaman.

Sebilangan besar anggota gereja ini berasal dari Sungai Apih. Sejak awal tahun 1963, Sdra Ambilit Ahar dan keluarganya telah berpindah dari Sungai Apih ke Kampung Kepongot Solob, Sebuah desa dekat Kampung Pengarawan.

Pada tahun 1977 seisi keluarga Dn Yohanes Tapikon juga berpindah ke Pengarawan. Masa telah berlalu dan bilangan anggota di sekeliling Pengarawan telah kian bertambah sehari demi sehari. Kebaktian Sabat yang pertama kali telah dijalankan di rumah Sdra Ambilit pada 11 Februari 1978.

Dari tahun 1978 hingga 1980 Kebaktian Sabat dijalankan di rumah Sdra Ambilit bin Ahar dan juga di rumah Sdra Angkarang Tinggkis dan Sdra Kurian Uru. Kemudian pada 1981 kebaktian Hari Sabat ditempatkan di Kg Pengarawan.

Pada 15 April 1983 pembinaan gereja berukuran 9.1m x 6.1m (30 kaki x 20 kaki) di Kg Pengarawan bermula dan telah siap pada bulan Ogos 1983. Oleh kerana kelengkapan perabot tidak mencukupi maka upacara pentahbisan ditangguh hingga 19 Ogos 1984.

Gereja Pengarawan kini mempunyai 160 orang anggota. Ia mempunyai sebuah kelas Pendidikan Agama dengan 20 orang kanak-kanak, yang diselenggarakan oleh Sdra Kolong Sokon, seorang guru agama sepenuh masa Ibu Gereja.

Hal Ehwal Agama: Angkarang Tingkih, Karabom Tingkih (Naib)
Hal Ehwal Am : Ambilit bin Ahar, Lakui Kulipu (Pembantu)
Setiausaha: Kasim Dn Yohanes, Angkupi bin Ambor (Pembantu)
Bendahari : Yohanes Tapikon

| | | |

Gereja Papar

Papar adalah sebuah pekan yang kecil terletak 50 KM dari Kota Kinabalu. Ianya boleh dihubungi melalui landasan kereta api dan jalan raya. Gereja Benar terletak di km 1 selatan pekan Papar di tepi landasan kereta api. Sebilangan besar penduduknya adalah kaum Kadazan dan Melayu. Kaum Kadazan bekerja sebagai petani sawah manakala kaum Melayu adalah nelayan dan peladang kecil (kebun kelapa). Kaun Cina kebanyakannya menjalankan perniagaan dan industri kecil dan ada juga yang menjadi petani.

Pada 1930, Dn Simon Chin meninggalkan Gereja ‘Seventh Day Adventist” dan memasuki Gereja Yesus Benar. Akibatnya, beliau telah dibuang kerja sebagai guru di sebuah sekolah Anglikan. Dia telah berpindah ke Papar untuk meneruskan pekerjaannya sebagai guru di sebuah sekolah kerajaan. Pada tahun yang sama, di bawah pimpinannya rumah doa telah ditubuhkan di rumah ibu mertuanya (Dn Anna Tsen) yang tidak jauh dari tapak gereja sekarang. Terdapat lebih kurang 30 pemercaya. Pada permulaannya hal-hal gereja diuruskan oleh Dn Simon dan dibantu oleh Dn Anna Tsen. Dari 1942-1945, kerja suci dihentikan kerana Peperangan Dunia Kedua sehingga bulan September 1945, apabila orang Jepun menyerahkan diri. Kemudian, Sabah di bawah pemerintahan British semula.

Pada 1948, Dn Silas Wong yang bekerja di Jabatan Keretapi Sabah di Beaufort telah bersara dan kembali ke rumahnya di Papar yang berhampiran dengan rumah doa. Oleh yang demikian, kebaktian hari Sabat diadakan semula tetapi bilangan pemercaya telah kurang.

Pada 1955, kedua-dua keluarga Sdra Wong Tet Nyen dan Sdra Ki Chin Fah berpindah dari Beaufort ke Papar untuk menanam getah. Berikutan itu, bilangan pemercaya telah bertambah. Dn Silas Wong Mempersembahkan segulung tanah seluas 0.2 hektar (1/2 ekar) sebagai tapak gereja. Setelah mendapat tanah ini, maka gereja mula membincang hal-hal memungut derma untuk mendirikan bangunan gereja. Akhirnya, pada 1960, sebuah bangunan gereja diberbuat daripada papan telah didirikan dengan muatan 100 orang. Pada 6 Mac tahun yang sama pentahbisan gereja telah diadakan di bawah pimpinan Dn Silas Wong dan dibantu oleh Dns Anna Tsen. Pada September 1964, Sdra Wong Tet Nyen dilantik sebagai diaken danbilangan pemercaya bertambah hingga 40 orang.

Pada 1965, Dn Thaddeus Chang dari Gereja Kota Kinabalu berpindah ke Papar dan bilangan pemercaya bertambah hingga 50 orang. Pada 1966, Pendidikan Agama mula diadakan, dan bilangan kanak-kanak bagi kelas kanak-kanak ialah 10 orang. Kelas ini di bawah bimbingan Sdra Lily Wong, Sdri Yuan Yin Mei, Sdra Wong Thau Leong dan Sdra Wong Thau Wee.

Pada 14-16 April 1968 gereja mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani yang pertama bersempena dengan lawatan Dn Lin Fong Shen dari Ibu Gereja Taiwan. Semasa 3 hari kebaktian beberapa orang telah mendapat Roh Kudus.

Pada 1969. Dn Thaddeus Chang dan keluarganya telah kembali ke Kota Kinabalu dan satu tahun kemudian Dn Silas Wong juga berpindah ke Kota Kinabalu. Ini telah mengakibatkan gereja kehilangan pemimpin dan bilangan pemercaya berkurang hingga 20 orang . Kelas Pendidikan Agama dihentikan kerana murid hanya tinggal 9 orang sahaja. Hanya pada April 1977, atas nasihat Penatua John Yang, Pendidikan Agama telah diadakan semula. Guru-guru terdiri dari Ki Chin Fah, Wong Thau Leong, Wong Thau Wee dan Liew Kun Chin. Bilangan murid seramai 13 orang.

Pada 1978, Sdra Ki Chin Fah dilantik sebagai Dn Ki Hen Thau. Bangunan gereja papan telah rosak dan bangunan baharu perlu didirikan. Oleh hal yang demikian, tabung pembangunan ditubuhkan. Pada Mac 1982, tabung hanya mempunyai 1/2 daripada kos perbelanjaan pembangunan disebabkan keadaan ekonomi merosot. Tetapi atas bantuan Ibu Gereja kerja tawaran telah dimulakan. Syukur kepada Tuhan, pada bulan Jun, Kerja pembinaan gereja telah bermula. Pada bulan Disember 1982, pentahbisan gereja diadakan bersempena dengan Kebaktian Kebangunan Rohani. Gereja mempunyai muatan 200 orang dengan harga $73,000.

Keadaan gereja sejak bulan Disember 1986 adalah seperti berikut:-

Diaken : 2 orang; pemercaya: 67 orang; bilangan kelas Pendidikan Agama: 2 ; bilangan murid Pendidikan Agama : 13 orang; bilangan guru pendidikan agama: 5 (termasuk pelatih); Penguasa : Liew Kun Chin dibantu oleh Dn Ki Hen Thau.

Ahli-ahli Jawatankuasa gereja adalah seperti berikut:
Hal Ehwal Agama: Ki Hen Thau, Kinson (Naib)
Hal Ehwal Am : Peter Wong, Liew Kun Chin (Penolong)
Bendahari: Wong Thau Wee, Chin On Tai (Penolong)
Setiausaha: Wong Thau Leong, Asang (Penolong)

| | |

Gereja Pahat

Pada tahun 1963, Dn Philip Tyan menyebarkan Injil di Kampung Pahat dan dengan kuasa Roh Kudus ramai orang telah percaya. Dalam masa 10 hari beberapa orang telah menerima baptisan. Akibatnya, khemah doa ditubuhkan di rumah Sdra Lim Guan.

Sejak itu, banyak mujizat dan tanda yang wujud. Seorang yang cacat kerana tulang lembut dapat menegakkan tulang belakang. Seorang anak yang lemah tulang disembuhkan dan syaitan-syaitan diusir. Injil Kebenaran mula menjadi maju.

Kemudian, Dn Thomas Chew mencadangkan supaya sebuah bangunan gereja dibina. Sdra Chung Chao Lung bersetuju membekalkan kayu dan papan manakala seorang anggota menyumbangkan sekeping tanah sejauh 5KM dari pekan.

Pada masa itu, Penguasa Hal Ehwal Agama ditanggung oleh Sdra Chong Yun Hiong dan dibantu oleh Sdra Yong Pit Siong. Setelah pembinaan bangunan gereja pada tahun 1965, pemercaya yang menyertai Kebaktian Sabat berjumlah 60 orang. Kemudian, Sdra Yong dan beberapa pemercaya lain berpindah ke pekan yang lain mengakibatkan kehadiran jemaat berkurang. Kini, jumlah pemercaya adalah lebih kurang 20 orang.

Untuk kesenangan para pemercaya menghadiri kebaktian satu bangunan gereja baharu didirikan di KM 12, Jalan Sapong pada 1974. Penguasa Hal Ehwal Agama ialah Sdra Tseu Fook Hin.

| | |

Gereja Menunggang

Pada 21 Februari 1974, Kebenaran disebarkan kepada Sdra Panak Liamat dan keluarganya oleh Dn Samuel Chin serta Dn Andreas Liamat. Enam telah dibaptiskan – Sdra Panak dengan 4 anak-anaknya dan sdra Julit Kilot, saudara kepada Sdra Panak. Demi imannya penyakit mulut yang dihidapi oleh Sdra Panak yang teruk telah disembuhkan Tuhan. Apabila Dn Samuel Chin kemudian melawat kembali ke Kampung Menunggang pada tahun 1975, bilangan anggota telah bertambah banyak termasuk isteri Sdra Panak.

Da;a, tahim 1975, anggota – anggota telah membina sebuah pondok sebagai rumah doa berukuran 3.7m x 3m (12 kaki x 10 kaki) yang beratap serta dinding dibuna daripada batang daun sagu dan lantai di simen. Rumah doa ini digunakan selama 7 tahun.

Pada 1983 dengan anugerah Tuhan, anggota-anggota dapat membina sebuah bangunan gereja baharu berukuran 11.3 m x 5.5m (37 kaki x 18 kaki) yang sudah pun siap ditahbiskan kepada Tuhan pada tahun berikutnya.

Kini Gereja Menunggang mempunyai 45 orang anggota dan Jawatankuasanya adalah berikut:
Pengerusi : Julip Kilot, Atim Kaling (Nasib)
Setiausaha: Endip Panak, Justin Lunggin (Penolong)
Bendahari : Julip Kiloi
Ahli Jawatankuasa : Hamprey Julian, Atin Lunggin, Anip Basah, Upin Jokang, Erin bte Lunggin, Mimi bte Lenin, Rosinah bte Panak, Justine bte Antui, Biri bte Kiloi.

| | |

Gereja Marais Lama

Marais terletak di 27.4KM (Batu 17), Jalan Sapong, Tenom. Pada pertenganhan tahun 1963, benih Gereja Yesus Benar mulai bertumbuh di Kampung Marais. Orang pertama yang menerima Injil Benar ialah Sdra Luba bin Ansaang yang telah berjumpa dengan Dn Philip Tyan di tempat saudara-maranya di Ponontomon. Beliau menerima Injil Benar yang disampaikan oleh Dn Philip Tyan. Pada masa itu, beliau telah jatuh sakit selama tiga bulan, tetapi hairan sekali beliau telah pulih setelah menerima baptisan.

Pada tahun 1964, setelah keluarganya menerima baptisan, Sdra Luba memberitakan Injil di rumah panjang Kampung Marais. Dalam bulan Januari tahun itu juga Dn Eparas dan Sdra Sahoh Ahar telah memberitakan Injil, tetapi malangnya tiada yang datang kepada Tuhan.

Namun demikian, syukur kepada anugerah Tuhan kerana dalam bulan Februari 1964 dengan datangnya Dn Eparas, Sdra Sahoh dan Dn Philip Tyan, 40 orang telah menerima baptisan. Kesemua anggota yang baharu ini adalah anggota-anggota Gereja Sidang Injil Borneo. Oleh kerana tanda-tanda mujizat yang menghairankan bilangan anggota semakin bertambah. Mereka yang sakit setelah percaya Gereja Benar telah sembuh dari penyakit.

Pada tahun 1965, tempat kebaktian telah dipindahkan ke rumah panjang kepunyaan Ketua Kampung Simpun Railit. Pada awal 1966, sebuah bangunan gereja baharu yang berukuran 9.1m x 6.7m (30 kaki x 20 kaki) telah didirikan. GFereja ini digunakan sehingga tahun 1984, apabila sebuah gereja yang baru telah dibangunkan, dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja Sabah. Gereja ini berukuran 11m x 6.7m (36 kaki x 22 kaki).

Mengikut buku pendaftaran, ada seramai 220 pemercaya ,1 kelas Pendidikan Agama dan 22 murid. Penguasanya ialah Sdra Salim Ahul. Jawatankuasa kini terdiri daripada:
Hal Ehwal Agama: Malur bin Luba, Salim Ahul (Naib)
Setiausaha : Pani Simpul
Bendahari: Garsing Railit
Hal Ehwal Am : Awot Garsing