Views: 114

Ponontomon merupakan salah satu kampung di bawah naungan Tenom. Sebilangan besar penduduknya adalah petani. Orang yang pertama mempercayai Injil Benar dan membawanya balik ke kampungnya ialah Sdra Asuk bin Usone. Pada suatu hari dalam tahun 1962, beliau pergi ke Kampung Sungai Apih untuk melawat adik perempuannya yang telah berkahwin dengan seorang saudara seiman dari sana. Apabila Sdra Sahoh Ahar, seorang dari Gereja Yesus Benar mengetahui bahawa Sdra Asuk ada di situ, ia mengambil kesempatan untuk menyaksikan Injil Kebenaran kepadanya. Syukur kepada Tuhan kerana telah membuka hati Sdra Asuk untuk mempercayai Injil Benar dan ia telah dibaptiskan di Gereja Sungai Apih.

Setelah Sdra Asuk kembali ke kampungnya, dia pun menyaksikan Injil Benar kepada penduduk-penduduk di Kampung Ponontomon. Ia memberi penduduk kampung bahawa jika sekiranya ada orang yang ingin dibaptiskan Sdra Sahoh sanggup datang untuk membaptiskan mereka. Syukur kepada Tuhan kerana lebih 30 orang termasuk kanak-kanak telah datang ke Kampung Sungai Apih meminta untuk dibaptiskan.

Oleh kerana para pemerfcaya begitu ramai, Sdra Sahoh sering melawat Kampung Ponontomon untuk melakukan kerja penggembalaan serta menyaksikan Injil Benar sehingga bilangan pemercaya semakin bertambah. Selain daripada Sdra Sahoh, Dn Philip Tyan dan Sn Samuel Chin sering datang melawat pemercaya di sini.

Tanda-tanda mujizat telah menyebabkan bertambahnya bilangan pemercaya. Seroang Sdra Ambiton telah jatuh sakit teruk kerana disambar petir yang menyebabkan sebahagian anggota tubuhnya menjadi kejang. Tetapi setelah dibaptiskan dan dibantu doa, penyakitnya telah disembuhkan.

Rumah Sdra Asuk telah digunakan untuk menjadi rumah doa selama 2 bulan. Pada 26 Januari 1963, sebuah bangunan gereja berukuran 12.2m x 6.1m (40 kaki x 20 kaki), dengan bantuan kerja dari Ibu Gereja telah didirikan. Gereja kedua yang berukuran 13.4m x 6.7m (44kaki x 22kaki) yang beratap zink, berdinding papan dan berlantai simen telah dibangunkan kemudian.

Pada masa ini, gereja tersebut digunakan untuk Kebaktian bagi penduduk-penduduk Kg Ponontomon dan Kg Anambai. Selain daripada kebaktian Sabat, Kebaktian malam juga diadakan pada Hari Khamis. Kini, ada 4 kelas Pendidikan Agama dengan 39 kanak-kanak dan 6 guru. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada:

Hal Ehwal Agama: Sapau bin Ampika, Kuriting bin Anguin (Naib)
Hal Ehwal AM : ANgkasang bin Mohos, Amol (Pembantu)
Bendahari: Saibuh bin Angaboh
Setiausaha: Kusnah bte Mamut, Suliman bin Sapau (Pembantu)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *