Gereja Tamparuli
Tamparuli adalah sebuah pekan kecil kira-kira 37km dari Ibu Negeri, Kota Kinabalu. Sebilangan besar penduduk terdiri daripada kaum Cina dan Kadazan. Kaum Cina adalah penaiga dan pemilik gerai manakala Kadazan adalah petani dan pekebun. Sebilagan besar jemaat kita bekerja dengan Jabatan-jabatan Kerajaan, swasta atau sebagai buruh di Kota Kinabalu.
Sebelum Perang Dunia Kedua, anggota-anggota di Gereja Tamparli berbakti di Gereja Tuaran. Semasa pendudukan Jepun, anggota-anggota tidak dapat memegang Hari Sabat di Gereja Tuaran. Oleh itu, mereka terpaksa mengadakan Kebaktian Sabat di rumah Sdra Conh Tshun Yit di Kg Mangkaladoi sejak 28 Disember 1940. Di masa itu, kera suci diuruskan oleh Dn Peter Kwong dan Dn Titus Yap dari Labuan.
Pada satu petang hari Jumaat, ketika 18 pemercaya sedang mengadakan Kebaktian Kelaurga, semasa berdoa, tiba-tiba tentera Jepun datang dan menangkap 18 orang pemercaya bersama penduduk kampung yang lain dihantar ke penjara di Tuaran. Mereka diikat, dipukul dan menunggu penghakiman pada hari keesokan kerana telah lewat malam. Ke-17 pemercaya berdoa bersama-sama sehati sejiwa dala penjara, dan Sdra Chong juga mendoakan bagi mereka atas sebuah gunung, letaknya di hadapan bangunan gereja sekarang. Hari keesokan setelah penghakiman, syukur kepada Tuhan, semua 17 pemercaya telah dibebaskan dengan selamat. Kemudian, mereka lebih tekun dalam iman mereka.
Pada 28 Disember 1940, rumah doa pertama ditubuhkan di rumah Sdra Conhg Tshun Yit di Menggatal. Kemudian, pada 1942 rumah doa telah ditukar ke rumah Dn Peter Kwong yang letaknya lebih kurang 0.4km (1/2 batu) dari pekan. Di masa itu hal ehwal gereja adalah di bawah jagaan Dn Peter Kwong, dibantu oleh Sdra Yong Liam (Yong Tze Liam), Sdra Chong Tet Kong, Sdra Chong Tshun Yit dan Sdra Tham Sen Yu.
Pada tahun 1946, gereja bersimen / papan dibina di tapak seluas 0.2 hektar (1/2 ekar) tanah yang didermakan oleh Dn Jwong. Pada pertenganhan 1946, Dn Kwong meninggal dunia. Pada tahun 1950, Sdra Yong Tze Liam dilantik sebagai Dn Titus Yong dan menjadi Penguasa Gereja. Pada 3.5 Julai 1948, Kebaktian Kebangunan Rohani yang pertama telah diadakan.
Pada wal tahun 1960an, disebabkan bilangan pemercaya yang meningkat gereja terpaksa diubahsuai sebanyak lima kali bagi menampung bilangan anggota menghadiri kebaktian Sabat. Akibatnya, terdapat satu rancangan untuk membina dewan gereja. Berikutan dengan itu, pada awal 1962, dewan gereja tetap yang boleh menampung 200 roang telah siap dibina. Gereja ini telah ditahbiskan kepada Tuhan pada 13 April 1962.
Pada 1965, Ibu Gereja Taiwan telah menghantar Dn John Yang dan Dn Lin Fong Shen ke Sabah untuk membantu kerja suci. Mereka menggalak dan memberi panduan kepada jemaat serta membantu mereka menubuhkan kelas Pendidikan Agama. Bilik-bilik kelas juga didirikan pada tahun yang sama. Pada wal 1966, kelas belia dan kanak-kanak dimulakan .
Pada awal 1978, Kerajaan mula membina lebuhraya dari Tamparuli ke Ranau. Lebuhraya baru ini adalah lebih kurang 30.5m (100 kaki) dari gereja. Oleh itu, gereja boleh dihubung imelalui lebuhraya. Terdahulu dari ini, para pemercaya terpaksa berjalan sejauh 61m (200 kaki) memlaui sawah padi yang dimiliki orang lain dan gereja terpaksa membayar bayaran bulanan untuk melalui sawah tersebut.
Pada 1980 disebabkan bilangan kanak- kanak yang meningkat dala mkelas pendidikan agama, adalah diputuskan bahawa bilik darjah yang sedang digunakan dirobohkan dan membina bilik darjah dua tingkat di tapak yang sama. Kini, terdapat 5 kelas Cina dan 2 kelas Bumiputera Pendidikan Agama dengan 94 orang murid dan 24 orang guru. Penguasa ialah Sdra Wong Yin En dibantu oelhj Sdra Chin Soo Pin.
Mengikut buku daftar terdapat 300 orang ahli tetapi sebilangan besar telah berpindah ke tempat lain. Akibatnya, jumlah pemercaya yang menghadiri Kebaktian Sabat hanyalah 100 orang. Terdapat 4 orang diaken. Jawatankuasa Gereja adalah seperti berikut :
Penguasa: Titus Yong, Pain Ampai (Timbalan)
Pembantu: Chin Soo PIn, Thien Chee Kong
Bendahari: Liew Kiang Ming
Setiausaha: Chong Kiang Chung, Yong Tze Lan (Pembantu)
Selai ndaripada Kebaktian Sabat, Kebaktian malam dan latihan koir juga diadakan, pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat.
