| |

Gereja Kalangsat

Gereja Kalangsat telah ditubuhkan dalam tahun 1965. Ianya terletak di bahagian pedalaman di sempadan antara Sabah dan Sarawak. Ia mempunyai 193 orang pemercaya, sebilangan besar adalah kaum Murut.

Pada tahun 1964, Sdra Ampakat bin Bontong diperkenalkan oleh Sdra Ungit bin Tumalou menghadiri perhimpunan penginjilan di Sungai Apih. Selepas itu, pemimpin gereja telah dipelawa untuk menyebarkan Injil di Kampung Kalangsat.

Pada 23 Februari 1965, satu rombongan yang dipimpin oleh Sdra Sahoh bin Ahar tiba di Kampung Kalangsat. Pada keesokan hari, 54 orang yang termasuk Sdra Ampakat telah dibaptiskan.

Pada mulanya, kebaktian diadakan di balai raya kampung. Sdra Manggang bin Lawat telah dilantik sebagai pemimpin serta Sdra Guor bin Payu sebagai pembantu.

Pada tahun 1973, sebuah bangunan gereja berukuran 8.5m x 6.1m (28 x 20 kaki) dibina. Pada tahun 1977, Sdra Ampakat dilantik sebagai pembantu kepada pemban Sdra Guor setelah Sdra Manggang meninggal dunia. Pada 1981, Sdra Guor berpindah ke Pengarawan.

Pada tahun 1973, sebuah bangunan gereja berukuran 8.5m x 6.1m (28 x 20 kaki) dibina. Pada tahun 1977, Sdra Ampakat dilantik sebagai pembatu kepada Sdra Guor setelah Sdra Manggang meninggal dunia. Pada 1981, Sdra Guor berpindah ke Pangarawan. Akibatnya, Sdra Ampakat telah mengambil alih tanggungjawab sebagai penguasa gereja sehinggalah hari ini.

Oleh sebab bangunan gereja lama usang, sebuah bangunan gereja baharu yang beruuran 11m x 7.3m (36 dan 24 kaki) telah mula dibina pada 2 Disember 1984. Hingga hujung tahun 1985, pembangunan hanya tercapai hingga 70% disebabkan wang pembangunan tidak mencukupi. Ibu gereja sabah sedang memberi bantuan kewangan untuk menyiapkan bangunan gereja tersebut. Jawatankuasa Gereja masa kini terdiri daripada yang berikut:
Pengerusi : Ampakat
Setiausaha: Rani Elang
Bendahari : Pondo bte Ansaron

Buku Panduan Penubuhan Kumpulan Keluarga
|

Buku Panduan Penubuhan Kumpulan Keluarga

[siteorigin_widget class="WP_Widget_Block"][/siteorigin_widget]
Mezbah Keluarga
|

Mezbah Keluarga

[siteorigin_widget class="WP_Widget_Block"][/siteorigin_widget]
| |

Gereja Kabu Baru

Kabu Baru adalah salah sebuah kampung di Nabawan, sebuah pekan kecil di daerah Keningau. Sejak awal tahun 70-an, Nabawan telah dipilih oleh Kerajaan dahulku sebagai satu tapak untuk Skim Penempatan. Ia terletak lebih kurang 65KM dari Keningau, Pusat Pentadbiran Presidensi Pedalaman. Jalan raya di Keningau sebahagian besarnya tiada diaspalkan dan curam serta berbahaya.

Hampir semua kawasan Kampung Kabu Baru telah dimajukan oleh saudara-saudara Murut, salah satu suku kaum tempatan di Sabah. Di antara saudara yang paling awal ialah Songorou, Ansaning, Biti, Pengawai dan Kailoh. Pada tahun 1977, mereka datang dari satu kawasan penempatan di Nabawan, iaitu Kampung Lima. Mereka ini melalui semangat sendiri telah menarik hati ramai orang tempatan yang lain dari Kampung Lima. Orang-orang baru 95% di antaranya adalah ahli-ahli Gereja Yesus Benar menamakan kampung baru mereka sebagai ‘Kampung Kabu Baru”. Satu masalah yang mereka hadapi di Kampung Kabu Baru ialah tiada tempat yang sesuai untuk Kebaktian Hari Sabat.. Syukur kepada Tuhan, masalah ini telahpun dapat diatasi dalam tahun 1978 apabila Kerajaan membina sebuah balai raya. Balai raya tersebut telah digunakan sebagai tempat beribadat selama lebih kurang 7 tahun. Syukur kepada Tuhan, kerana pada 1984 saudara-saudara di Kabu Baru telah mampu membina sebuah gereja dengan bantuan Ibu Gereja. Gereja yang mereka bina adalah berukuran 11m x 6.1m (36 kaki x 20 kaki).

Kebaktian Sabat diadakan oleh Sdra Antui Bulungon dan dibantu oleh Akim Tawang, Sundang Pongolot dan Undi Pongolot. Jumlah pemercaya sekarang ialah kira – kira 60 orang. Disebabkan tapak gereja ini adalah jauh dari jalan raya, ianya tidak disenaraikan oleh Ibu Gereja dalam jadual perjalanan penggembalaan pendeta. Baru-baru ini atas permohonan gereja tersebut, Ibu Gereja telah memasukkan gereja tersebut dalam jadual. Kini terdapat satu Kelas Pendidikan Agama dengan 24 kanak-kanak yang dikendalikan oleh Sdra Anduan Mulung, seorang guru Pendidikan Agama sepenuh masa Ibu Gereja. Jawatankuasa Gereja mengandungi yang berikut:

Pengerusi : Undi Pongolot, Antui Bulungon (Naib)
Setiausaha: Akim Tawang
Bendahari : Songorou Kalah
Hal Ehwal Am : Sundang Pongolot
Hal Ehwal Agama : Ampasok Malangging
Ahli Jawatankuasa: Uran Antui

| |

Gereja Bingkor

Bingkor adalah sebuah pekan yang kecil lebih kurang 6 batu (11KM) sebelah timur Keningau, Pusat Pentadbiran Residensi Pedalaman. Sebilangan besar penduduknya terdiri daripada kaum Dusun dan Murut. Oleh kerana tanah yang sangat subur ianya sesuai untuk pertanian. Dengan ini, mereka kebanyakan adalah petani.

Pada tahun 1977 Ibu Gereja Sabah, sempena Ulangtahun Ke-50, telah mengadakan Kebaktian Penginjilan 2 hari di Sekolah Rendah Yuk Yin di pekan Keningau. Pengkhotbah utama ialah Dn Tsai Mu Fu dari Ibu Gereja Taiwan. Ini diikuti dengan Kebaktian Kebangunan Rohani selama 3 hari di Gereja Keningau, Syukur kepada Tuhan, di hari terakhir, iaitu 17 Julai 1977, sejumlah 32 orang yang datang dari Bingkor menerima baptisan. Mereka adalah kaum Dusun dan beragama Katholik. Disebabkan Bingkor adalah 6 batu (9.6KM) dari Gereja Keningau dan tiada tempat yang sesuai untuk berhimpun pada Hari Sabat, tempat mengadakan kebaktian untuk para pemercaya yang baharu adalah satu masalah. Syukur kepada Tuhan yang menyediakan semuanya, kerana Dia telah menggerakkan seorang perempuan yang sakit bernama Puan Uteh bte Sugawan untuk menerima baptisan pada 31 Julai 1977. Adik lelakinya bernama Arut bin Sugawan dan keluarganya telah dibaptiskan dalam nama Tuhan pada 3 September pada tahun yang sama. Oleh itu, rumah saudara Arut Bin Sugawan telah digunakan sebagai rumah doa sehingga 21 Julai 1984. Syukur kepada Tuhan dengan bantuan Ibu Gereja, jemaat yang kecil telah mampu untuk membina gerja yang berukuran 12.2m x 6.1m (40 kaki x 20 kaki) yang telahpun ditahbiskan pada 28 Julai 1984.

Pada masa sekarang Gereja Bingkor mempunyai seramai 122 orang pemercaya. Kebaktian Sabat setiap minggu diadakan oleh Dn Luke Wong dari Gereja Keningau dengan bantuan Sdri Catherine Ligai dan Sdra Agustine Arut. Selain dari Kebaktian Sabat, kebaktian juga diadakan pada malam Hari Rabu. Terdapat sebuah kelas Pendidikan Agama dengan 6 orang guru di bawah jagaan Sdra Jussie Jangor.

Jawatankuasa gereja sekarang terdiri daripada :-
Hal Ehwal Agama: Maik Badok, Agustin Arut (Naib)
Setiausaha: Jussie Jangor, Naomi Arut (Penolong)
Bendahari: Arut Sugawan, Laivy Mundin (Penolong)
Hal Ehwal Am: Rosliah Jangor, Johnny Gulansing (Penolong)

| |

Gereja Beaufort 66

Kebenaran diberitakan ke Beaufort Batu 68 (109.4 KM) pada tahun 1965 yang dibawa oleh mendiang Dn Nathanael Chong. Sdr Hou Yee Long adalah orang pertama yang menerima Injil, diikuti oleh keluarganya, seterusnya kaum Murut dan Dusun/Kadazan dan Cina.

Gereja pertama didirikan di tanah simpanan Jabatan Keretapi Sabah, iaitu bekas pejabat syarikat kayu balak,

Dari tahun 1975 sehingga awal 1968, gereja semakin maju. Akan tetapi kemajuan turun pada akhir 1968, dan mulai pulih pada 1971. Namun, malangnya bangunan gereja telah diambil alih oleh syarikat pembalak yang lain pada 1973. Akibatnya, gereja telahpun dipindah ke Batu 66 (106.2km) yang dibuat daripada bambu dan kayu dan di bawah jagaan Dn Nathanael Chong, sehinggalah diambil alih oleh Sdra Foh Ah Chong. Setelah Sdra Foh meninggal dunia maka Penguasa Gereja ditanggung oleh Sdra Ternias Undigah.

Disebabkan tapak gereja yang dicadangkan adalah didapati tidak sesuai kerana kejaidan hakisan atas sungai, rumah Sdra Ternias yang letaknya di sebelah sungai telah dijadikan rumah doa.

Atas berkat Tuhan pada penghujung tahun 1985, keluarga Sdra Ternias telah mendermakan sebidang tanah seluas 0.2 hektar (1/2 ekar) sebagai tapak bangunan gereja. Gereja tersebut dianggarkan berharga $16,000.00 tidak termasuk bahan-bahan binaan dan tenaga buruh. Kerja pembinaan dijalankan atas bantuan saudara-saudara seiman dari Tinuhan dan Batu 66 secara sukarela.Pembangunan gereja ini ada juga menerima bantuan kewangan dari Ibu Gereja Sabah dan Rumah Doa Brunei. Pada ketika itu, kerna pembinaan hampir siap dan dijangka akan ditahbiskan pada tahun 1987.

Pihak masa sekarang jumlah pemercaya adalah lebih kurang 55 orang termasuk kanak-kanak. Ahli jawatankuasa gereja daripada yang berikut:
Hal Ehwal Agama: Ternias Undigah, Saimon Balunting (Naib)
Setiausaha: Abin Sodomon
Bendahari : Ternias Undigah
Hal Ehwal Am : Welfrid Mositun, Anthony Gabi (Pembantu)