| | | |

Gereja Sepulot

Sepulot adalah sebuah pekan kecil sejauh lebih kurang 129KM di sebelah selatan Keningau. Penduduknya hampir semua terdiri daripada suku kaum Murut yang bekerja sebagai petani pindah-randah. Ram,ai di antara mereka adalah juga pemburu yang mahir. Kawasan ini adalah salah satu tempat yang paling terpencil di Sabah. Mereka hidup dalam kesusahan dan boleh dikatakan di antara kaum yang paling miskin dalam Negeri Sabah. Seperti Murut di tempat lain mereka kebiasaannya tidak mempunyai agama. Namun demikian, Roman Katholik, Sidang Injil Borneo dan Basel Mission telah tersebar di antara para penduduk tempatan buat beberapa lama dan mempunyai anggota-anggota yang tidak kurang ramainya.

Pada 2 Mei 1981, Sdra Juperin Sumil dan Rudy Julasim, dua orang belia dari Gereja Keningau yang bekerja di Rumah Sakit Kerajaan Keningau telah ditugaskan di sebuah rumah sakit di Sepulot untuk tempoh empat bulan. Setelah digerakkan oleh Tuhan, mereka telah memulakan kerja kesaksian kepada rakan sejawat yang baharu dan sahabat handai. Syukur kepada Tuhan kerana melalui ilhamNya, beberapa orang telah menerima Kebenaran. Kemudian semasa menghadiri Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-murid Bumiputera di Gereja Wangkod yang dibiayai oleh Ibu Gereja, Sdra Juperin telah mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan khabar baik ini kepada para penginjil Bumiputera Ibu Gereja dan pada masa yang sama meminta supaya mereka pergi ke Sepulot untuk meneruskan tugas penginjilan serta penggembalaan.

Akhirnya pada 21 Ogos 1981 Ibu Gereja menghantarkan dua orang penginjil Bumiputera iaitu Pdt Timotius Borubui dan Pdt Titus Suyan yang diiringi oleh penginjil-penginjil pelatih iaitu Malius Gusti dan Alun Ambarat ke Sepulot bagi “membajak tanah yang belum ditanam”. Sebagai hasil 9 orang telah dibaptiskan dan menjadi benih yang pertama. Oleh itu, Gereja Sepulot telah ditubuhkan.

Kasih Tuhan jelas kelihatan berlimpah ke atas Gereja Sepulot. Tuhan telah menambbahkan iman serta meneguhkan minat jemaat melalui mujizat dan tanda-tanda ajaib. Mereka menjadi lebih berani dalam penyaksian bagi Tuhan. Tuhan telah menambahkan bilangan pemercaya dengan banyaknya. Pada tahun 1984, bilangan pemercaya mencapai 94 orang. Dalam tahun yang sama melalui kerjasama setiap ahli dan bantuan kewangan Ibu Gereja sebuah gereja yang sederhana berukuran 12.2m x 7.3m (40 kaki x 24 kaki) telah didirikan dan ditahbiskan kepada Tuhan dalam tahun yang sama.

Bilangan pemercaya masa kini adalah seramai 148 orang. Kerja penginjilan dijalankan dengan licinnya melalui pimpinan dan asuhan Sdra Awang bin Kawah dan Sdra Ansaat Talikur. Baru-baru ini Ibu Gereja telah memasukkan Gereja Sepulot dalam jadual penggembalaan penginjil. Terdapat sebuah kelas Pendidikan Agama dengan 29 orang murid. Penguasanya ialah Sdra Awang bin Kawah dan dibantu oleh Sdra Ansaat Talikur.

Ahli-ahli Jawatankuasa kini terdiri daripada berikut:-
Hal Ehwal Agama : Awang Kawah, Ansaat Talikur (Timbalan)
Hal Ehwal Am: Tambuloi bin Ambalau
Bendahari: Sanumping bin Anggaris, Agustin bin Amboi (Pembantu)
Setiausaha: Linaun bin Antaim, Raunah bte Bubuton (Pembantu)

Semoga Tuhan mencucuri rahmatnya dengan berlimpah ke atas tempat yang terpencil dan mundur di Negeri Sabah ini.

| | | |

Gereja Sandakan

Pada awal 1927, seorang peniaga dari Sandakan, Lee Siak Lin, menerima senaskah “Majalah Roh Kudus ” (Holy Spirit Times) daripada ENcik Tsen En Fook. Selepas membacanya, ia berpendapat bahawa Gereja Yesus Benar mempunyai Injil Kebenaran, Roh Kudus dan mujizat.Kemudian, pada malam sebelum Tahun Baru Cina beliau menaiki kapal laut ke Singapura untuk mencari Gereja Yesus Benar. Setelah beliau berjumpa Gereja aBenar, beliau mulai mengkaji Kebenaran. Selepas memahami Kebenaran, beliau menerima baptisan dan dipenuhi Roh Kudus. Sekembalinya, dia ingin memberitakan Kebenaran dan Injil kepada saudara – saudari dan sahabat-sahabat tempatan. Pada masa itu Pdt Tan Chen Sing dan Dn John Voon dan 2 orang ahli Gereja Singapura juga mempunyai keinginan yang sama dan oleh itu mereka menaiki kapal ke Sandakan pada 2 Februari 1927 (kalendar Orang Cina). Mereka memberitakan Injil di rumah Sdra Lee. Leibh dari 40 orang mengkaji Kebenaran bersama-sama. Mereka berada di situ selama 10 hari dan mengadakan Kebaktian setiap malam. Baptisan diadakan dan seramai 30 orang dibaptiskan. Setelah digerakkan oleh Roh Kudus, tiga orang tersebut iaitu Mark Chin, Philemon Ho dan Phoebe Kong diangkat sebagai diaken / diakenis manakaal Sdra Lee Siak Lin dilantik sebagai Setiausaha.

Pada masa itu, Kebaktian diadakan setiap malam dan boleh dikatakan Gereja Sandakan berpesat dengan majunya. Oleh kerana kurnia Tuhan yang melimpah, bilangan pemercaya percaya terus bertambah dan pada suatu masa bilangan sampai ke 500 orang. Pada masa itu Gereja Sandakan menjadi Ibu Gereja.

Pada masa Perang Dunia Kedua, Kebaktian berhenti sementara. Dalam tahun 1945, Sdra Lee dan Dn Luke Yap meninggal dunia. Gereja mengadakan kebaktian semula pada tahun 1946, tetapi malangnya Kebaktian Sabat hanya dihadiri oleh lebih kurang 40 orang saja. Kekurangan bilangan pemercaya adalah satu kerugian besar.

Pada tahun 1952, Dn Joses Lo (Lo Sook Fook) dipindah bekerja di Jabatan Kerja Raya di Sandakan. Ia menyedari kelemahan gereja dan melaporkan keadaan ini ke Gereja Kota Kinabalu (Jesselton pada masa itu) lalu mencadangkan Gereja Kota Kinabalu dijadikan Pusat Pentadbiran di Sabah. Oleh itu, pada tahun 1953, Dn John Chin dan Dn Titus YOng dihantar ke Sandakan untuk pekerjaan penggembalaan selama 2 minggu. Andrew Pang dan Anna Ho dilantik sebagai diaken / diakenis. Dn Andrew Pang menanggung hal ehwal agama dan kerja setiausaha manakala Dn Philip Lee menjalankan tugas kewangan.

Pada masa itu, keadaan ekonomi tidak begitu kuat dan bangunan gereja telah usang dan rosak. Syukur kepada Tuhan, di bawah pimpina nRoh Kudus gereja kian bertambah maju. Pemercaya yang menghadiri kebaktian setiap Hari Sabat berjumlah lebih kurang 200 orang. Gereja bercadang membangunkan sebuah gerej ayang lebih besar lagi yang terletak di Sibuga di tapak seluas 0.7 hektar (1.75 ekar) tanah. Ianya 29 KM dari pusat bandar dan dijadualkan akan siap dalam 1987. Apabila siap kelak, Gereja ini merupakan bangunan gereja terbesar di Sabah.

Pendidikan Agama dimulakan pada tahun 1965. Syukur kepada Tuhan, kini guru berjumlah 48 orang, dengan 15 kelas dan murid seramai 150 orang. Penguasa Pendidikan Agama ialah Sdra Liau Zhung Zheng dan dibantu oleh Sdra Yong Yung.

Selain dari Kebaktian Sabat, terdapat juga Kebaktian malam pada Hari Ahad, Selasa, Khamis dan Jumaat.

Ahli-ahli Jawatankuasa gereja terdiri daripada berikut:-
Hal Ehwal Agama: Andrew Pang, Apollos Wai (Timbalan)
Hal Ehwal Am: Silap Yap, Pang Min Chee (Pembantu)
Bendahari: Liau Loi Yu
Setiausaha: Timothy Pang (Cin), Chin Yu Henn (Inggeris), Silas Yap (Bahasa Malaysia).

| | | | |

Gereja Saga

Orang pertama yang mempercayai Injil Kebenaran ialah Sdra Thomas Angek, bekas seorang pengikut Gereja Basel. Sdra Angek mengenal Gereja Yesus Benar ketika berada di Kampung Ponontomon, sejauh 2KM dari Kampung Saga. Setelah Dn Philip Tyan telah menyaksikan doktrin Gereja Yesus Benar kepadanya, dia dengan sekeluarganya telah menerima Injil Benar dan telahpun dibaptiskan.

Apabila Sdra Angek balik ke kampungnya dia menyaksikan Injil Benar kepada kawan-kawannya serta penduduk-penduduk di situ. Hasil daripada kesaksian tersebut seramai 30 orang telah dibaptiskan di Kampung Ponontomon. Sdra Sahoh Agar dan Dn Philip Tyan sering datang ke kampung ini untuk mengunjungi serta menggembalakan jemaat.

Sungguhpun gereja seperti Katholik dan Basel sudah mendahului memasuki ke kampung ini, namun tidak menghalang perkembangan pesat Gereja Yesus Benar. Pemercaya-pemercaya memeluk Gereja Benar kerana tertarik dengan ajarannya dan tanda-tanda mujizat, contohnya Sdri Sapion Entah yang terminum racun telah pulih setelah doa diadakan.

Pada mulanya, anggota dari Gereja Saga mengadakan Kebaktian Sabat di Gereja Ponontomon. Oleh kerana anggota-anggota kian bertambah, maka rumah Sdra Thomas dipilih sebagai tempat kebaktian. Beliau telah dilantik sebagai pemimpin Kebaktian dan kemudiannya dia diangkat menjadi diaken.

Pada tahun 1965, sebuah bangunan gereja telah didirikan. Bangunan ini yang berukuran 9.1m dengan 6.1m (30 kaki x 20 kaki), beratap zink, berdinding bambu dan berlantai simen telah dibangunkan di atas tanah sumbangan Sdra Thomas.Tetapi malangnya pada tahun 1988, ramai anggota telah menjauhi diri dari gereja, ada yang menjadi orang kafir dan ada pula yang mengikut agama lain. Dn Thomas sendiri telah tidak lagi bertanggungjawab dan tidak datang untuk berbakti. Beliau telah menarik tanahnya yang telah disumbangkan kepada gereja. Akan tetapi dengan kasih karunia Tuhan, masih ada sekumpulan kecil belia yang setia kepadaNya dan mereka menggunakan rumah Sdra Amus Laukung sebagai rumah doa.

Pada 22 Disember 1983, sebuah bangunan gereja telah didirikan di atas tanah yang disumbangkan oleh Sdri Minah Matajak dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja.

Puji Tuhan, dengan siapnya gereja baharu ini bilangan pemercaya kian bertambah. Selain daripada Kebaktian Hari Sabat, mereka juga mengadakan Kebaktian pada malam hari Khamis.

Pada masa sekarang jumlah pemercaya ialah 100 orang. Pendidikan Agama mengandungi 2 Kelas dengan 18 murid dan 6 guru. Penguasanya ialah Laiseh Laukung dibantu oleh Ojim Indon. Jawatankuasa Gereja telah ditubuhkan dan terdiri daripada yang berikut:-
Hal Ehwal Agama: Asoi Ambaa; Besiri Kalanos (Timbalan).
Hal Ehwal Am: Amus Laukung, Minah Matajak (Pembantu)
Bendahari: Laiseh Laukung, Sainan Antiras (Pembantu)
Setiausaha: Ojim Indon, John Baragang (Pembantu)

| | | |

Gereja Rongalis

Gereja Rongalis telah ditubuhkan pada tahun 1941 dengan 87 anggota dari 14 buah keluarga.

Pemercaya – pemercaya yang pertama di Gereja Rongalis adalah sepasang suami isteri – Sdra Sungkai dan Sdri Kuto. Sebelum percaya kepada Gereja Yesus Benar, Sdra Sungkai mengalami penyakit ‘Pirai’ yang mengakibatkan sakit kepala dan tulang sehingga menyebabkan tubuhnya lemah, manakala isterinya mengidap penyakit kulit.

Pasangan suami – isteri ini mendengar kesaksian Gereja Yesus Benar melalui isteri Dn John Chin. Mereka telah percaya dan dibaptiskan oleh Dn John Chin di Gereja Tanjung Tuaran. Setelah dibaptiskan kedua-duanya sembuh dari penyakit dengan beransur-ansur. Dari situ, ramai orang percaya disebabkan mujizat pertama ini.

Ketua Kampung, Sarakob, kemudian juga menjadi seorang pemercaya kerana dia telah sembuh dari penyakitnya dengan bantuan doa Dn John Chin dan Dn Simon Lasak. Mujizat lain seperti sembuhnya penyakit Gila Babi dan ibu-ibu yang selalunya kematian anak semasa dalam kandungan juga terhindar dari perkara tersebut setelah percaya.

Oleh kerana keperluan gereja, maka Sdri Kotu kemudiannya dilantik menjadi diakenis. Oleh kerana hanya terdapat 21 orang pemercaya maka saudara-saudari di Rongalis tidak dapat mendirikan sebuah rumah doa. Akibatnya, mereka berhimpun untuk sembahyang Hari Sabat di Tanjung Tuaran dan juga di Wangkod. Atas nasihat Dn John Chin, RUmah Sdra Sarakob menjadi rumah doa yang pertama. Selepas kematiannya, rumah doa dipindahkan ke rumah Sdri Lindo.

Pada tahun `1953, jemaat telah memutuskan untuk membina sebuah gereja berukuran 6.1m x 6.1m (20 kaki x 20 kaki) dengan beratap zink, berdinding bambu dan berlantai papan. Pada tahun 1963, gereja pertama telah dirobohkan, dan diganti dengan sebuah bangunan baharu berukuran yang sama tetapi bahan binaan lebih baik mutunya.

Pada tahun 1973, Dn Simon bersara sebagai pendeta kerana lanjut usia. Sepasang suami isteri iaitu Sdra Singkul Kongkoring dan isterinya Bukoi Bari mengambil alih tugas Dn Simon sehingga Sdra Jinin Bacheh (anak Dn Simon) mengganti menjalankan pekerjaan suci ini.

Pada tahun 1981 di bawah pimpinan Sdra Jinin, jemaat Gereja Rongalis telah berjaya sekali lagi membina sebuah gereja berukuran 7.3m x 6.1m (24 kaki x 20 kaki) dengan beratap sink, berdinding papan dan berlantai simen. Gereja ini didirikan dengan bantuan wang dari Ibu Gereja.

Selain daripada Kebaktian Sabat, latihan nyanyian koir juga diadakan pada malam Khamis. Pendidikan Agama terdiri daripada 5 kelas. Penguasa ialah Sdra Willbert Sinjus bin Goyong dan dibantu oleh Sdra Newman Bacheh. Ada sejumlah 8 orang guru agama. Pada masa sekarang, Jawatankuasa Gereja terdiri daripada yang berikut:-
Hal Ehwal Agama: Jinin bin Bacheh
Hal Ehwal Am : Newman bin Bacheh, Jinin bin Bacheh (Pembantu)
Bendahari: Sinjus bin Goyong
Setiausaha: Newman bin Bacheh, Sinjus bin Goyong (Pembantu)

| | | |

Gereja Ranau

Ranau adalah sebuah pekan kecil yang sejauh lebih kurang 145KM di sebelah utara Kota Kinabalu, Ibu Negeri Sabah. Lebih dari tiga suku jalanraya sepanjang gunung yang curam dan tinggi. Sebilangan besar penduduk di situ adalah kaum Kadazan yang bekerja sebagai petani. Baru-baru ini Kerajaan telah meningkatkan pembangunan ke Taman Negara di Kundasang (lebih kurang 16KM dari Ranau) sebagai pusat pelancongan utama. Akibatnya, jalanraya telah diaspalkan semula dan diperbaiki lagi.

Pada tahun 1957, Wong Shing, seorang saudara dari Gereja Kota Kinabalu berpindah ke Ranau. Dalam tahun yang sama dua pendeta dari Lembaga Cawangan bernama Dn Mark Chin dan Dn Samuel Chin dan beberapa pemercaya dari Gereja Kota Kinabalu datang ke Ranau untuk melawat Sdra Wong dan keluarganya sambil mengadakan kebaktian di rumahnya. Syukur kepada Tuhan, beberapa orang yang datang mendengar telah percaya dan dibaptiskan. Akibatnya, ada lebih 10 pemercaya jumlahnya dan adalah diputuskan bahawa kebaktian Hari Sabat diadakan di rumah Sdra Wong Shing.

Pada tahun 1961, sebuah bangunan gereja papan yang kecil berukuran 9.1m x 6.1m (30′ x 20′) telah didirikan di tanah Sdra Wong Lin Kong. Pada tahun 1964, dua orang diuaken dari Taiwan bernama Dn John Yang dan Dn Lin Fong Shen melawat Gereja Ranau dan menjalankan kerja penginjilan di situ. Sebagai hasilnya ramai yang telah dibaptiskan dan bilangannya semakin bertambah. Malangnya, disebabkan ketiadaan pemimpin gereja, terpencilnya tempat ini serta kerumitan perhubungan, penggembalaan jemaat bukan suatu perkara senang. Oleh ini, iman ramai pemercaya kian merosot sehingga Kebaktian Sabat tidak diadakan buat beberapa lama. Pada akhir tahun 1970an, penginjil dari Ibu Gereja melawat lebih kerap dan penggembalaan jemaat dipulihkan semula dengan lebih kerap. Akibatnya, Gereja Ranau mula pulih dan berkembang maju. Syukur kepada Tuhan.

Kini bilangan anggota adalah 59, diketuai oleh Sdra Liong Nyet Choi. Terdapat 3 Kelas Pendidikan Agama dengan 6 guru di bawah bimbangan Sdri Nino Yap Hoi Chua dibantu oleh Alice Yap Fui Sin. Jawatankuasa Gereja adalah seperti berikut:-
Hal Ehwal Agama: Liong Nyet Choi, Chong Yun Fah (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Yap Nyuk Chong, Yong Chau Chong (Pembantu)
Bendahari: Harry Yong Yin Fang, Nino Yap (Pembantu)
Setiausaha: Freny Yong Shiew Chiun, Nino Yap (Pembantu)

| | | |

Gereja Purun

Gereja Purun terletak di kawasan pantai di bahagian pedalaman. Pada tahun 1974, Sdra Jungin Apok dengan seisi keluarga berpindah dari Lupak ke Kampung Purun. Walaupun semua ahli keluarga dibaptis, Sdra Junggin Apok tidak menyebarkan Injil di sekeliling tempat kediaman atau memimpin Kebaktian Sabat untuk keluarganya disebabkan kekurangan pengalaman serta pengetahuan rohani.

Dalam tahun 1980, orang yang pertama dibaptiskan di Purun ialah Sdra Juis bin Mani diikuti oleh beberapa orang dalam Julai 1982.

Pada 13 Oktober 1982, 7 orang telah dibaptis oleh Pdt Titus di Kampung Purun, termasuk saudara-mara Junggin. Apabila bilangan bertambah, mereka mula berhimpun di ruamh Sdra Opok bin Intan setiap Hari Sabat. Tempat ibadah bertukar ke rumah Sdra Junggin apabila Sdra Opok meninggal dunia. Kenudian, rumah Sdra Mani digunakan untuk Kebaktian Sabat, kerana ruangan rumahnya lebih besar. Akan tetapi disebabkan Kg Purun masih kekurangan pemimpin anggota yang cekap untuk memimpin kebaktian maka Sdra Panak Liamat dari Menunggang dijemput membantu memimpin Kebaktian Sabat setiap minggu.

Kini, bilangan pemercaya berjumlah 38 orang. Dalam 1985, sebuah gereja yang sederhana besarnya telah dibina. Tanah tapak gereja telah didermakan oleh Sdra Mani dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja dan juga Sdra Chong Chee Leh. Penguasa Gereja ialah Sdra Mani. Baru-baru ini Sdra Atim Kaling dari Menunggang juga datang untuk membantu memimpin Kebaktian Sabat.