Views: 147

Marais terletak di 27.4KM (Batu 17), Jalan Sapong, Tenom. Pada pertenganhan tahun 1963, benih Gereja Yesus Benar mulai bertumbuh di Kampung Marais. Orang pertama yang menerima Injil Benar ialah Sdra Luba bin Ansaang yang telah berjumpa dengan Dn Philip Tyan di tempat saudara-maranya di Ponontomon. Beliau menerima Injil Benar yang disampaikan oleh Dn Philip Tyan. Pada masa itu, beliau telah jatuh sakit selama tiga bulan, tetapi hairan sekali beliau telah pulih setelah menerima baptisan.

Pada tahun 1964, setelah keluarganya menerima baptisan, Sdra Luba memberitakan Injil di rumah panjang Kampung Marais. Dalam bulan Januari tahun itu juga Dn Eparas dan Sdra Sahoh Ahar telah memberitakan Injil, tetapi malangnya tiada yang datang kepada Tuhan.

Namun demikian, syukur kepada anugerah Tuhan kerana dalam bulan Februari 1964 dengan datangnya Dn Eparas, Sdra Sahoh dan Dn Philip Tyan, 40 orang telah menerima baptisan. Kesemua anggota yang baharu ini adalah anggota-anggota Gereja Sidang Injil Borneo. Oleh kerana tanda-tanda mujizat yang menghairankan bilangan anggota semakin bertambah. Mereka yang sakit setelah percaya Gereja Benar telah sembuh dari penyakit.

Pada tahun 1965, tempat kebaktian telah dipindahkan ke rumah panjang kepunyaan Ketua Kampung Simpun Railit. Pada awal 1966, sebuah bangunan gereja baharu yang berukuran 9.1m x 6.7m (30 kaki x 20 kaki) telah didirikan. GFereja ini digunakan sehingga tahun 1984, apabila sebuah gereja yang baru telah dibangunkan, dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja Sabah. Gereja ini berukuran 11m x 6.7m (36 kaki x 22 kaki).

Mengikut buku pendaftaran, ada seramai 220 pemercaya ,1 kelas Pendidikan Agama dan 22 murid. Penguasanya ialah Sdra Salim Ahul. Jawatankuasa kini terdiri daripada:
Hal Ehwal Agama: Malur bin Luba, Salim Ahul (Naib)
Setiausaha : Pani Simpul
Bendahari: Garsing Railit
Hal Ehwal Am : Awot Garsing

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *