|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 9 – 10)

Fasal 9 Penghakiman bermula dari Kota Yerusalem

  1. Enam utusan yang menjalankan hukuman dipanggil Tuhan (1-3).
  2. Dua misi: Membuat tanda (T) di daji sisa orang benar yang berkeluh-kesah dan membunuh orang fasik yang lain (4-7).
  3. Doa Nabi Yehezkiel dan jawapan Tuhan (8-11).
    (2) Pintu menuju utara – pintu Benjamin (2; Yer 20:2)

Tugas seorang malaikat yang berkain lenan (1-3):
a. Membuat tanda pada pahi mereka yang berkeluh-kesah atas kejahatan orang Yahudi di Kota Yerusalem (4).
b. Mengetuai lima orang yang lain (5).

Dua misi kumpulan malaikat pembinasa (4-7):
1. Membuat tanda pada dahi mereka yang berkeluh – kesah atas kejahatan di Yerusalem sebagai tanda kasih karunia (4).
– Sebagai contoh: Lot, diselamatkan dari Kota Sodom disebabkan jiwanya yang benar sentiasa terseksa dengan kejahatan orang Sodom (2 Pet 2:6-9)

Tiga tanda anugerah untuk umat Tuhan yang memelihara mereka ketika Tuhan menghukum dan menghakimi:
– Tanda darah domba Paskah
– Tnada T Zaman Yehezkiel
– Tanda meterai di dahi akan membuat seseorang terpelihara dan tidak binasa semasa penghakiman Tuhan menimpa (Why 9:4).

2. (6-7) Lima malaikat yang lian membunuh mulai dari tempat kudus (1 Pet 4:17-18). Rujuk Keluaran 12:23. Pemusnah yang membunuh anak-anak sulung hanya seorang malaikat yang bertugas untuk membunuh. Demikian juga dalam peristiwa membunuh 185,000 askar Asyur, Tuhan hanya mengutus seorang malaikat (Yes 37:36).

(d) (8-10) Nabi sujud dan berseru namun doa Yehezkiel tidak dapat mengubah keadaan mahupun menyelamatkan sesiapa pun.

(e) (11) Tugas malaikat berpakaian linen (lenan) yang membuat tanda dahi pada mereka yang selamat selesai. Jumlah yang selamat telah genap (Rm 11: 25-26)

FASAL 10 – KEMULIAAN ALLAH MULA MENINGGALKAN KOTA YERUSALEM
1. Misi menghamburkan bara api ke atas Kota Yerusalem (1-7).
2. Penglihatan tentang rupa kerub (8-17).
3. Kemuliaan Allah mula meninggalkan Bait Suci (18-22).
Malaikat yang berpakaian linen diberi misi kedua iaitu mengambil arang api yang boleh digunakan sebagai bahan api penghakiman untuk ditabur ke atas Kota Yerusalem (1-7) (1) Yehezkiel melihat sesuatu yang menyerupai takhta yang berwarna permata lazurit atau batu nilai (sapphire) (Kel 24:10).

(2) Roda yang istimewa, roh makhluk hidup ada di tengah-tengah, terdapat sumber api kerub dan penuh dengan mata (1:13,21; 10:12; dan 7:9-10).

(6-11) Pengenalan yang lebih jelas tentang empat makhluk hidup atau kerub.

Fasal 1 dan fasal 3 hanya menyebut mereka sebagai empat makhluk hidup (10:15, 20,22) kini mereka diperkenalkan sebagai kerub, sejenis malaikat (41:18-19).

Bezanya ialah empat makhluk di Kitab Wahyu:
– Masing-masing hanya mempunyai satu muka (Why 4:7-8).
– Mempunyai 3 pasang sayap (Why 4:7-8).

(12) *Imej yang tidak dinyatakan dalam fasal pertama ialah makhluk -makhluk ini dipenuhi mata. Mereka disebut sebagai kerub. Rujuk dan banding dengan Wahyu 4.

(14) Imej lembu disebut kerub, keempat-empat kaki kerub semuanya kuku anak lembu (1:7). Mungkin lembu adalah imej uma bagi kerub.

Tiga langkah perkembangan kemuliaan Allah meninggalkan Bait Suci :
1. Kemuliaan Allah dari pelataran dalam beralih ke atas ambang pintu Bait Suci (10:4).
2. Selanjutnya beralih ke pintu gerbang Bait suci di sebelah timur (18-19).
3. Kemuliaan Allah beralih ke atas gunung di sebelah Timur kota (11:23).

– Renungkan adakah Roh Tuhan hadir dalam diri kita? Adakah dapat menyatakan kemuliaan Tuhan secara individu?
– Sentiasa mendekat kepada Tuhan dan selidiki bagaimana jarak hubungan kita dengan Tuhan. JIka mendukakan Roh Tuhan, maka tidak mustahil Roh Tuhan akan meninggalkan seseorang (Maz 51:11-12).

Contoh, peristiwa Ikabod pada zaman hakim-hakim berulang kembali pada zaman Nabi Yehezkiel, iaitu kemuliaan Allah meninggalkan Israel untuk kedua kalinya (1 Sam 4:21-22). Ikabod ertinya tiada kemuliaan.

|

Komentar Yehezkiel (Fasal 7-8)

Fasal ini tiga kali mengumumkan kesudahan atau hukuman Umat Israel.

1. Mengistiharkan kesudahan umat Israel buat kali yang pertama (1-4).
2. Kedua kali mengumumkan kesudahan kaum Israel (10-27).
3. Ketiga kali mengumumkan kesudahan kaum Israel (10-27).

(1-3) Tuhan mengumumkan penghakiman seperti seorang hakim mengumumkan keputusan hukuman bagi seseorang yang diadili.

(3,4,8,9,27) Penghakiman yang adil.
Penghakiman Tuhan adalah memandangkan Dia mengadili berdasarkan perbuatan mereka yang keji. Justeru, hukuman adalah setimpal dengan perbuatan mereka.

(4,9) Mata (KJV, CUV) Tuhan tidak berasa sayang dan tidak mengenal belas kasihan. Mengapa mata difokuskan? Kerana perjanjian Tuhan dengan Raja Salomo bahawa mata-Nya akan berada di Bait Suci sepanjang masa (1 Raj 8:52; 9:3).

(5-6)… Lihat, bencana demi bencana / suatu bencana berlalu dan satu lagi bencana menimpa (Ibr). Rabi orang Yahudi terjemahkan sebagai bencana yang ajaib.

(7,10,12) Waktunya tiba, saatnya tiba; waktunya datang, harinya mendekat. Waktu penghakiman yang ditentukan oleh Tuhan telah tiba menurut jadual dan waktu Tuhan (Pkh 3:3; 2 Pet 3:8-9)

(10) Kelaliman/ the rod telah bertunas. Pada mulanya, cara Tuhan adalah seperti tongkat Harun yang dipilih oleh Tuhan. Ia telah bertunas dan berbunga malah berbuah (Bil 17:10). Secara ironi, Babel diumpamakan sebagai tongkat yang dipilih oleh Tuhan sebagai alat hukuman kaum Israel.

(8,12,19) Hari kemurkaan TUHAN, adalah hari Allah mencurahkan kemurkaan-Nya yang hangat. Dari sudut sejarah, ia ditujukan kepada hari kemusnahan Yerusalem. Namun, hari ini juga menubuatkan hari Tuhan yang besar dan dahsyat pada akhir zaman, iaitu kiamat (Yoel 2:31-32).

(12-13) Jual beli tidak bermakan dan tidak bernilai lagi disebabkan mereka akan kehilangan segala harta kekayaan (11;Yes 24:2). Ada yang mentafsir hari ini sebagai tahun Yobel. Sungguhpun tahun Yobel tiba, mereka tidak akan mendapat sebarang harta yang dikembalikan (2 Taw 35:21). Semasa perang, pasaran jual beli tidak lagi beroperasi sehingga ekonomi negara terjejas.

Sebelum Yehezkiel, nabi Zefanya pernah menubuatkan suasana hari penghakiman yang dahsyat sehingga emas dan perak tidak berguna dan tidak dapat menyelamatkan sesiapa pun (Zef 1:14-15,18).

(14-15) Tentera Yehuda tidak berani bertempur dengan Babel. Sangkakala ditiup namun tiada askar yang berani bertindak.

Ketiga kali menubuatkan tiga cara hukuman (15):
– Pedang di luar kota. Mereka yang melarikan diri ke luar kota akan mati kerana pedang.
– Sampar.
– Kelaparan di dalam kota.

(16-23) Impak yang dahsyat akibat kesalahan / dosa mereka dihuukum oleh Tuhan. (16)

i. Berkabung dengan tangisan seperti bunyi burung perkutut / merpati (doves/ yonah) di lembah (16).

ii. Tangan terkulai kerana terlalu letih lesu, ketakutan sehingga basah terkencing masa melarikan diri (17).

iii. Memakai kain kabung kerana kematian saudara, digondolkan kepala untuk memalukan mereka (18).

iv. Emas dan perak tidak mampu menyelamatkan mereka, malahan kehilangan nilai seperti najis, emas yang dibuang menjadi batu sandungan semasa melarikan diri (19). Emas tidak dapat mengenyangkan dan memberi kepuasan kerana tiada makanan yang boleh dibeli (Zef 1:18; Ams 11:4)

v. Bait Suci akan menjadi jarahan dan dinajiskan kerana berhala di dalamnya (20-24). Akibat daripada Tuhan memalingkan wajah-Nya daripada mereka dengan tujuan menghukum mereka (22), bertentangan dengan keadaan Tuhan menghadapkan wajah-Nya kepada mereka sambil mencurahkan berkat (Bil 6:24-26).

vi. Hilang damai sejahtera dan aktiviti ibadah terhenti (25-27).

Penglihatan tentang kemuliaan Allah meninggalkan Kota Yerusalem (8:1-11:25)

Fasal 8 hingga fasal 11 memberi gambaran tentang penglihatan nabi yakni rohnya diangkat Tuhan kembali ke Bait Suci di kota Yerusalem. Di situ nabi Yehezkiel diperlihatkan empat kenajisan berhala di kawasan Bait Suci. Akhirnya, nabi melihat perkembangan Roh Tuhan meniggalkan Bait Suci.

FASAL 8 BAIT SUCI DICEMARI BERHALA-BERHALA

1. Melihat Allah yang mulia dan membawa roh nabi kembali ke Kota Yerusalem yang letaknya sejauh 800KM dari Babel (1-2). Peristiwa itu, berlaku pada tahun ke-6, bulan ke-6, tanggal ke-5, iaitu bulan September, tahun 592SM.

2. Empat fasa penglihatan tentang berhala atau kekejian yang besar.

Empat penglihatan itu dilihat mengikut tahap kekejian yang semakin dahsyat. (3-18):
(102) Kemuliaan rupa Allah yang sama dengan fasal 1.
(3-17)

i. Melihat berhala cemburuan di pintu gerbang pelantaran dalam yang menghadap ke utara (3-6). Tidak disebut jenis berhala apa namun ada ilmuwan teologi mengandaikan berhala ini sebagai Asyera, yakni dewi kesuburan (hamil dan besali).

ii. Melihat 70 orang tua-tua kaum Israel dengan Yaazanya bin Safan sedang membakar ukupan menyembah segala berhala yang terukir di dinding (7-12). Keadaan yang sangat kontras dengan suasana Musa membawa 70 orang tua-tua mengikat janji dengan TUHAN di Gunung Sinai (Kel 24:8).

iii. Melihat kaum perempuan menangisi kematian dewa tumbuh – tumbuhan iaitu Tamus di pintu gerbang Bait Suci di utara (13-14).

(Nota: Kekasih Tammuz Ishtat/ Inanna/ Aphrodite menangisi dewa Tamus pada musim panas. Kemudian, Tamus akan bangkit dan menumbukan semula tumbuhan(musim bunga) di pintu gerbang Bait Suci di utara (13:14).

iv. Melihat 25 orang di depan pintu gerbang Bait Suci sedang menyembah matahari di Timur dengan membelakangi Bait Suci, kemungkinan mereka adalah imam atau orang Lewi (15 – 17).

3. Akibat menyembah berhala (6,18)
– Tuhan meninggalkan Bait Suci-Nya (6).
– Tuhan akan membalas perbuatan mereka dalam kemurkaan dengan mata yang tidak berbelas kasihan (18).
– Biarpun mereka berdoa dengan suara nyaring, Tuhan tidak akan mendengar (18).

– Jemaat ialah Bait Suci, tempat kediaman Allah, dalam Roh (Efe 2:19;21, 1Kor 3:16;6:19).

– Bait Suci rohani harus sentiasa diselidiki agar mencegah sebarang berhala menyelinap ke dalamnya.

Unsur-unsur yang bersifat berhala tidak berbentuk perlu dicegah:
-Penyembahan Mamon (Mat 6:24).
– Individu yang memliki karunia dan berkarisma diberhalakan – Pemujaan wira atau hero worship (2 Tes 2:4).
– Mengikuti trend duniawi yang memuja idola dunia hiburan seperti penyanyi, pelakon, binatang sukan dan lain-lain.

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 3 – Fasal 4)

FASAL 3 Persiapan Untuk Bertugas
1. Makan gulungan firman Tuhan (1-3; Yer 15:16).
2. Diutus kepada kaum Israel di Sungai Kebar, Tel-Abib (4-15).
3. Dilantik menjadi penjaga kaum Israel (16-21)
4. Nubuat bahawa nabi akan dibelenggu (22-27).

Nabi disuruh makan gulungan kita itu sehingga penuh perutnya (3:1-3)
– Sebagai hamba yang menyampaikan firman Tuhan, seharusnya melengkapi diri dengan firman Tuhan sehingga kaya dengan firman Tuhan (Kol 1:28).
– Kesan makan kitab ialah manis seperti madu, iaitu pengalaman memahami firman Tuhan adalah sesuatu yang menghibur dan seronok (3; Maz 19:11; 119:103; Yer 15:16). Namun, jika firman Tuhan tidak diberitakan atau tidak dipraktikkan, ia menjadi sangat pahit (3:14-15; Why 10:911).

2. Sasaran tugas nabi ialah kaum Israel yang ditawan namun masih bertegar hati dan berkepala batu (4-7).
Memandangkan sasaran tugas ialah orang Yahudi yang ditawan, oleh itu tiada halangan bahasa bagi Yehezkiel untuk bernubuat (5-6). namun, firman Tuhan juga mengatakan sekiranya nabi diutus bernubuat kepada bangsa kafir pun, mereka pasti akan mendengar dan taat (5). Rujuk teguran Rasul kepada bangsa Yahudi yang tidak percaya, Injil akan didengar dan diterima oleh bangsa-bangsa kafir (Kis 28:26-28).

Seluruh Kaum Israel dikatakan berkepala batu dan tegar hati, puncanya ialah:
– Pengertian yang gelap – jahil (Efe 4:18).
– Manusia disesatkan dan dibelenggu oleh tipu daya dosa (7; Ibr 3:13) Akibat manusia yang berdegil akan menimbulkan kemurkaan Tuhan. Contohnya, orang Israel yang keluar dari Mesir mati bergelimpangan di padang gurun (Ibr 3:15-17).

(8) Hatimu (BM) => wajah atau mukamu (Ibrani) ; semangat (BM) => dahi (Ibrani).

(9) hatimu (BM) => dahimu (Ibrani)
– Tuhan membuat nabi bersemangat cekal dan mempunyai iman yang tabah dan berani.

(10) Sikap mendengar dan mempelajari firman Tuhan yang harus ada pada seorang yang bersedia untuk melayani Tuhan.

(11) mengingakan nabi bahawa semangat bernubuat, janganlah dipengaruhi oleh kesan baik atau tidak baik (5,7).

(12) nabi terangkat oleh Roh… dipimpin oleh Roh – taat kepada pimpinan Roh.

Contoh pelayanan empat makhluk hidup:
– Melayani sambil memuji Tuhan (sayang, blessed be the glory of the LORD from his place).
– Empat makhluk melayani dengan berganding erat sehingga mendapat penyertaan kuasa Roh Kudus (13).

(14-15) nabi dipimpin oleh Roh sehingga tiba di Sungai Kebar, di Tel-Abibl sambil duduk tertegun menanti petunjuk Tuhan selama 7 hari, proses untuk mencerna gulungan Kitab yang dimakannya sambil menunjukkan persiapan untuk melayani Tuhan.

– Dipenuhi Roh Kudus
– Bertenang dalam firman Tuhan menanti petujuk Tuhan seperti Paulus di Tarsus.

3. (16-21)
Yehezkiel adalah satu-satunya nabi yang digelar sebagai penjaga kaum Israel. Dalam perenggan ini, Yehezkiel pertama kali dilantik menjadi penjaga kaum Israel sebelum negara Yehuda musnah. Selepas kemusnahan Yerusalem, Yehezkiel sekali lagi diutus menjadi penjaga dengan menjalankan deskripsi tugas yang sama (33:1-9).

SIfat tugas seorang penjaga umat TUHAN:
3.1 (17) Memahami keadaan umat Tuhan dengan sentiasa mengawasi iman mereka dan memberi peringatan pada masanya menurut firman Tuhan.

3.2 (18-19) Tidak prejudis terhadap orang jahat. Jika nabi tidak menegur orang jahat, penjaga akan dituntut tanggungjawab oleh Tuhan. Namun, jika orang jahat enggan mendengar nasihat, mereka akan mati menanggung dosa sendiri.

3.3 (20-21) Tidak memihak orang benar. JIka orang benar berlaku curang maka kebenarannya yang lalu tidak diingat lagi. Jika nabi tidak memberi amaran kepadanya. Tuhan akan menurut nyawanya daripada nabi.

4. (22-27) Dipimpin oleh Roh ke lembah.

(23) Dipimpin ke tempat yang menurut kehendak-Nya. Konsep pengutusan mengikut kehendak Tuhan adalah iman yang asas. bukannya memilih tempat menurut ideal peribadi.

(24) Menerima kekuatan daripada Roh Tuhan.

(24-25) Nubuat tentang nabi Yehezkiel akan diikat, ertinya kebebasannya terhad di sebuah rumah sahaja, tidak bergaul secara terbuka dengan masyarakat Yahudi yang ditawan.

(26-27) Nabi akan membisu sepanjang masa dari fasal 3 sehinggalah Kota Yerusalem runtuh (8 tahun) iaitu dari tahun 593SM hingga 585SM (fasal 33), kecuali apabila Roh Tuhan yang membuka mulutnya beberapa kali ketika diminta petunjuk oleh para tua-tua (24:27; 33:21-22).

Dalam tempoh tersebut, cara nabi bernubuat kebanyakanya melalui aksi simbolik.
– Orang berhikmat tahu bila perlu berdiam diri menurut kehendak Tuhan, sebaliknya harus bersuara dengan berani apabila perlu untuk menyampaikan kehendak Tuhan.

FASAL 4 AKSI SIMBOLIK MENYERANG KOTA YERUSALEM
1. Aksi simbolik tentang Kota Yerusalem dikepung. (1-3).
2. Aksi simbolik tentang hari-hari menanggung dosa kaum Israel dan Kaum Yehuda (4-8).
3. Aksi simbolik tentang kebuluran ditunjuk melalui selera khas nabi (9-17).

390 hari dalam LXX diterjemahkan sebagai 190 hari:
Ada yang mentafsir angka ini sebagai tempoh sejak perpecahan kerajaan utara dan selatan sehingga tahun kembali dari pembangunan. 40 tahun terakhir dipercayai berlapis dan serentak dengan 40 tahun kerajaan Yehuda.

Manakal mereka yang mengkaji dari sudut LXX menganggap 190 tahun dikira daripada kemusnahan kerajaan utara sehinggalah mereka kembali dari pembuangan.

40 tahun menanggung dosa kaum Yehuda ditafsirkan sebagai tempoh kemusnahan Yehuda sehinggalah Raja Koresy (Koresh), Persia mula berkuasa menentang kerajaan Babel (6).

Yehezkiel makan roti campuran 20 syikal sehari (10,12-15), satu syikal sama dengan 11.4 gram, nabi hanya boleh makan 8 – ounce roti setiap hari berterusan 390 hari (9-11).

1/6 him minuman ialah 0.61 liter atau 160 ml (11), sebagai tanda kebuluran yang akan menimpa mereka apabila kota Yerusalem dikepung.

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 5-6)

FASAL 5 AKSI SIMBOLIK MENCUKUR RAMBUT DAN JANGGUT
1. Aksi simbolik dengan mencukur rambut dan janggut (1-5).
2. Sebab-sebab Yerusalem dihukum (6-7).
3. Cara Yerusalem dihukum (8-12).
4. Akibat dahsyat Yerusalem dihukum (13-17).

(1-5) Aksi simbolik yang keempat – cukur rambut dan janggut.
Mencukur rambut dan janggut adalah satu perkara yang mengaibkan bagi kaum lelaki Bangsa Yahudi (2 Sam 10:4-5), juga cara yang biasa digunakan untuk memalukan musuh yang tewas dan ditawan dalam perang (Yes 7:20).

– 1/3 daripada rambut dan janggut akan dibakar di dalam kota (2). Rujuk 2 Raj 25:9; Yer 39:8, sebahagian penduduk Yerusalem terbukti mati kebakaran. Sebelum itu, penduduk Yerusalem juga mati kerana penyakit sampar dan kelaparan (12).

– 1/3 daripada rambut dan janggut ditetak dengan pedang, bereti yang mati dibunuh oleh binatang buas iaitu tentera Babel dalam perang. (2,17)

– 1/3 daripada rambut dan janggut ditiup oleh angin, golongan yang tertawan ke Babel (2).

Ambil beberapa helai dibungkus di dalam punca kain (sisa Yahudi yang terpelihara untuk pemulihan masa depan). Namun diambil juga sebahagian daripada mereka untuk dibuang ke dalam api, dari situ akan keluar api menjilat seluruh Israel, inilah orang-orang buangan yang masih tegar hati dan enggan bertaubat walaupun di tempat pembuangan, mereka juga turut mengalami hukuman Tuhan (3-4). Diumumkan kepada semua secara terbuka dengan berseru – inilah kesudahan Yerusalem (5).

(6-7) Sebab kebinasaan mereka — berdosa memberontak terhadap hukum Tuhan (1 Yoh 3:4).

Malahan lebih dahsyat berbanding dengan bangsa-bangsa kafir yang tidak mengenal hukum Tuhan.

Umat Tuhan yang mengenal hukum Tuhan, namun kemudian sengaja melanggar kebenaran, akan dianggap Tuhan sebagai yang lebih jahat dan berat dosa mereka dibandingkan dengan yang bukan pemercaya.

Memandangkan umat Tuhan melanggar hukum Tuhan, maka Allah yang adil menghakimi mereka berdasarkan Hukum Taurat seperti berikut:

(8-12) Tiga cara Yerusalem dihukum. Pertama kali dinubuatkan oleh Yehezkiel.
– 1/3 mati kepalaran, sehingga dalam kelaparan ayah sanggup makan anak sendiri dan anak juga tergamak makan bapa sendii (10;Ima 26:29; 2 Raj 6:24-30; Ul 28:54-57)
– 1/3 akan mati kena sampar (12; Ul 28:21).
– 1/3 akan mati dibunuh pedang (2,12; Ul 28:22).

* Cara hukuman ini lima kali diumumkan oleh nabi (6:11-12; 7:15; 12:16): Kemudian ditambah dengan binatang buas (5:17; 6:11-12,14;7:15;14:13,15,17,21; Yeh 33:27), terbentuk 4 malapetaka kuno yang merupakan cara Tuhan menghukum umat-Nya berdasarkan hukum Taurat. Kemudian sekali algi muncul dalam meterai ke-4 di kitab Wahyu (6:7-8).

(11) menggenapi nubuat Tuhan semasa pentahbisan baik suci (1 Raj 9: 3-7).

(13-17) Akibat Yerusalem dihukum menggenapi nubuat dan peruntukan hukum Taurat.

(14) Rujuk 1 Raj 9:7-9
(15) Rujuk Ul 28:25-26,36-37
(17) Binatang buas (14:15,21)
– Menurut hukum Taurat, sekiranya umat Tuhan hidup bertentangan dengan Tuhan, Tuhan akan mengutus binatang liar memusnahkan mereka (Ima 26:21-22; Ul 32:24).
– Babel, bangsa yang ganas dan kejam seperti binatang buas, iaitu singa yang bersayap rajawali (Dan 7:24); orang-orang dungu atau brutish men (21:31; Dan 7:4)

FASAL 6 BERNUBUAT MENGUTUKI GUNUNG-GUNUNG ISRAEL
1. Bernubuat melawan gunung – gunung Israel – hukuman ang menyeluruh (1-7). Nubuat yang bersifat kutuk.

2. Menubuatkan umat Israel akan menyesali dosa dan memperingati Tuhan di tempat pembuangan (8-10). Rujuk Mzm 137:1-9.

3. Meratapi akibat umat Israel dihukum (11-14).
(3) Mengumumkan kepada gunung-gunung dan lembah tentang penghakiman Tuhan. Mesej mengenai respons kepada mesej pemulihan Israel diumumkan kepada gunung-gunung dan lembah (Yeh 36:1-7).

(8-10) setelah dihukum Tuhan, mereka yang ditawan mengalami tiga peringkat pertaubatan:

i. mengingati Tuhan (9) – orang yang tahu menghitung kasih karunia Tuhan tidak akan meninggalkan Tuhan.

ii. Berasa mual terhadap perbuatan diri yang keji – insaf akan kesilapan sendiri, punca masalah mereka ialah hati yang berzina (9). Hati yang berzina mudah menyesatkan seseorang dan kemudian tidak mampu kembali atau bertaubat kepada Tuhan (Hos 4:12; 5:4; Kej 6:5).

Sesungguhnya, hukum yang terutama menurut umat Tuhan mengasihi-Nya dengan segenap hati dan seharusnya mempersembahkan hati kepada-Nya (Ul 6:5-6; Ams 23:26; Mk 12:29-30).

Tiga definisiyang terkandung dalam istilah zina:
– Murtad menyembah berhala
– Secara politik
– Zina kelamin. Selalunya melibatkan upacara penyembahan di kuil berhala.

iii. Mengetahui bahawa Akulah Tuhan (7,10,14). Frasa ini berulang sebanyak 55 kali dalam Kitab Yehezkiel (7,10,13).

Mengenal membawa maksud hubungan intim, saling mengal dan memahami malahan seperti hubungan sulit suami isteri. Contoh: Adam knew Eve, his wife … ( Kej 4:25; Ayub 22:21; Hos 6:3). (11-14) Lagu ratapan yang meratapi keruntuhan Yehuda dengan format lagu.

3 cara menghukum iaitu pedang, kebuluran dan penyakit sampar.
… dari padang gurun sampai ke Ribla… bererti dari selatan sampai ke Utara, Ribla terletak di sempadan Utara Israel, sentiasa menggofa seseorang untuk mendapatkan kesan segera melalui berhala. Ini bermaksud hukuman yang menyeluruh (14).

Kebocoran iman kerana berhala seringkali berpunca daripada tiga faktor:
– Perkahwinan dengan orang kafir (Ul 7:3-5)
– Ketamakan, kekayaan (Efe 5:5)
– Penyakit lama tidak sembuh sentiasa menggoda seseorang untuk mendapatkan kesan segera melalui berhala.

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Latar Belakang – Fasal 2)

Latar Belakang dan Biografi Yehezkiel
Yehezqel, bermakna Allah akan menguatkan. Yehezkiel lahir sekitar 621 BC. Dia seorang imam, anak Busi, keturunan Zadok. Namanya juga pernah muncul dalam senarai nama imam yang ditawan ke Babel (Yeh 1:3 ; 1 Taw 24:16).

Amat Ketara Yehezkiel seorang yang sangat mementingkan Bait Suci (7:22 ; 24: 19-21). Dia sangat sensitif dengan dosa kejahatan yang berlaku di dalam Bait Suci (fasal 8). Dia juga seorang yang sangat fasih dengan jenis korban persembahan dan alat – alat kudus ( Yeh 22: 8, 26 ; 24: 1-14).

Pengalaman
Yehezkiel melayani di dalam Bait Suci mungkin menyumbang kepada pengetahuannya yang arif dan kaya dengan istilah untuk menghuraikan reka bentuk Bait Suci (Fasal 40-48).

Nabi Yehezkiel ditawan ke Babel pada 598 SM. Pada tahun ke – 5 selepas ditawan, dalam lingkungan umur 30 tahun dia diutus Tuhan untuk bertugas sebagai nabi pada sekitar 593SM (1:1).

Yehezkiel terus bernubuat selama 22 tahun sehinga 571SM (29:17), bersama dengan Daniel. Mereka merupakan nabi yang bertugas di Babel dan sasaran utama mereka ialah orang Yahudi yang ditawan.

PENULIS YEHEZKIEL

Di Babel, Yehezkiel tinggal di Tel Abib yang dekat dengan Sungr Kebar (3:15). Tempat tinggalnya sentiasa dikunjungi para tua-tua Israel untuk menanyakan petunjuk. Kemungkinan dari rumahnya bermulanya tempat ibadah orang Yahudi sehingga terbentuknya rumah ibadah pada kemudian hari. Ini tercatat sebanyak lima kali iaitu (3:15; 8:1; 14:1; 20:1; 33:31).

Isterinya mati ketika Kota Yerusalem mula dikepung oleh tentera Babel pada tahun 588SM (24;1,15-18)

Jelas sekali Yehezkiel sendiri adalah penulis Kitab Yehezkiel memandangkan dia merujuk kepada dirinya dengan ganti nama pertama aku. Nabi diperintahkan Tuhan agar menuliskan ilham tragedi kemudian Allah meninggalkan Bait Suci dan Kota Yerusalem, dan kemudian pemulihan rohani apabila Roh Allah kembali ke Bait Suci dan Kota Suci (43:11).

KRONOLOGI YEHEZKIEL
Yehezkiel unik dalam kalangan nabi – nabi Perjanjian Lama dari segi tarikh nubuat yang direkodkan sebanyak 14 kali ; ditunjukkan dalam jadual berikut:

Rujukan Ayat Alkitab Peristiwa yang dinyatakan Tarikh oleh Yehezkiel Tarikh menurut Kalendar Julian
Hari Bulan Tahun Hari Bulan Tahun
Kelahiran Nabi
Yehezkiel semasa
pemulihan iman oleh
Raja Yosia
621
1:1 Panggilan Yehezkiel 5 4 30 umur nabi 31 Julai 593
1:2 Panggilan Yehezkiel 5 (4) 5 31 Julai 593
8:1 Penglihatan: Berhala di Bait Suci Yerusalem 5 6 6 17 Sep 592
20:1 Para Tua-tua Utusan datang bertanya kepada Tuhan 10 5 7 9 Ogos 591
24:1 Serangan Babel bermula 10 10 9 15 Jan 588
26:1 Nubuat melawan Tirus 1 (11) 11 12 Feb 586
29:1 Nubuat melawan Mesir 12 10 10 7 Jan 587
29:17 Serangan Babel dari Tirus ke Mesir – mesej yang terahkir 1 1 27 26 Apr 571
30:20 Tangan Firaun Patah 7 1 11 29 Apr 587
31:1 Nubuat menentang Firaun 1 3 11 21 Jun 587
32:1 Ratapan ke atas Firaun 1 12 12 3 Mac 585
32:17 Firaun ke dunia orang mati 15 (12) 12 17 Mac 585
33:17 Kota Yerusalem Rutuh 5 5 10 12 8 Jan 585
(5 10 11) 19 Jan 585
40:1 Penglihatan: Bait Suci dan Kota Suci 10 1* 25 28 Apr 573

** Tarikh oleh Yehezkiel – Tarikh dalam kurungan adalah dianggarkan dalam komentar, bulan tidak dinyatakan dengan tepat dan jelas, berlaku ketidaksamaan.

** Tarikh menurut Kalendar Julian – tarikh-tarikh ini berdasarkan jadual dalam R.A. Parker dan W.H. Dubberstein, Babylonian Chronology, 626 BC – AD 75 (1956), p.26. Tarikh – tarikh ini janganlah diambil terlalu dogmatik kerana terdapat lebih daripada satu pentafsirannya. Sebagai contoh, kita tidak boleh terlalu pasti sama ada Yehezkiel mengikuti kalendar yang diambil dari musim luruh ke musim luruh atau musim bunga ke musim bunga. Tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas diandaikan bahawa kita membincangkannya dengan kalendar musim bunga.

Ciri-ciri Yehezkiel
A. Terdapat banyak persamaan dengan Kitab Wahyu.

Berikut adalah gambar rajah perbandingan dengan Kitab Wahyu.

Yehezkiel Wahyu
1 Yehezkiel menerima wahyu Tuhan dengan menelan kitab (2:8-3:3) Yohanes menerima wahyu zaman akhir dengan menelan kitab kecil (10:8-11)
2 Yehezkiel melihat penglihatan, tentang takhta Allah dan empat mahluk muncul bersama takhta Tuhan (1.3,10-11). Yohanes turut melihat penglihatan takhta Syurga dan empat makhluk (4-6)
3 Yehezkiel menubuatkan empat cara hukuman ketika Tuhan menghakimi, yakni kebuluran, penyakit sampar, binatang buas dan pedang. (5:12,17; 14:21); Yohanes turut diilhamkan meterai ke-4 tentang empat hukuman yang sama (4-6)
4 Yehezkiel menubuatkan perang akhir dengan gabungan tentera utara yang diketuai Gog (38) Yohanes menubuatkan serangan oleh Iblis yang menggabungkan tentera Gog (Why 20:7-10)
5 Yehezkiel menubuatkan jamuan besar dengan mayat musuh – musuh (39) Yohanes menubuatkan serangan oleh Iblis yang menggabungkan tentera Gog (Why 20:7-10)
6 Sungai Kehidupan dari bawah ambang pintu Bait Suci dengan pohon kehidupan (Yeh 47:1,12) Sungai air kehidupan mengalir dari takhta Allah dengan pohon kehidupan di tepi sungai (Why 22:1-2)
7 Penglihatan tentang malaikat mengukur Bait Suci dan kota suci (40-48) Yohanes melihat penglihatan malaikat mengukur Bait Suci, Kota Yerusalem Syurgawi (Why 11:1; 21-9-22:4)

B. Ciri-ciri gaya bahasa yang amat istimewa dalam nubuat nabi Yehezkiel di dalam Kitab Yehezkiel.
(1) Empat Penglihatan (1-3,8-11,37:1-14, 40-48)
a. Penglihatan dipanggil sebagai nabi (1-3)
b. Penglihatan tentang kemuliaan Allah meninggalkan Bait Suci (8-11)
c. Penglihatan tentang kebangkitan tulang-tulang (37:1-14)
d. Penglihatan tentang Bait Suci dan Kota Yerusalem (40-48)

(2) 12 Aksi simbolik nabi (4-5,12)
a. Aksi simbolik ke rumah kaum pemberontak (3:22-26)
b. Aksi tentang Kota Yerusalem dikepung (4:1-3)
c. Aksi baring ke kiri dan ke kanan (4:4-8)
d. Makan makanan yang najis (4:9-11,12-14)
e. Aksi mencukur rambut dengan janggut (5:1-4)
f. Beraksi dengan pelarian (12:1-16)
g. Makan dan minum dengan gemetar (12:17-20)
h. Mengerang dalam kesengsaraan (21:6-7)
i. Aksi simbolik ke-9. Berseru dan meratap. Tepuk pinggang sebagai tanda perkabungan (21:12)
j. Aksi simbolik ke-10. Bernubuat sambil tepuk tangan (21:14).
k. Kematian istei Nabi Yehezkiel (24:15-24)
l. Menulis di atas dua potong papan / kayu (37:15-28)

(3) Enam Perumpamaan (15-19,23)
a. Pohon anggur (15; 19:10-14)
b. Perempuan sundal (16)
c. Dua ekor rajawali (17)
d. Anggur yang asam (18)
e. Singa dan anak-anak singa (19:1-9)
f. Dua adik-beadik yang sundal (23)

(4) Meratap dengan enam kali nyanyian ratapan
(19:1; 22:8-17; 26:17; 27:2; 28:12; 32:2-16)

(5) Pemberitaan lisan, formatnya seperti firman Tuhan kepadaku: hai anak manusia telah berulang sebanyak 93 kali (2:1; 3:1,4,10,17,25; 4:1,16: 5:1; 6:1; 7:2; 8:5,8,12,15,17; Dan 8:17). Berbanding dengan seperti anak manusia (Daniel 7:13; Why 1:13); Mk 2:28 yang ditujukan kepada anak manusia. Berbanding dengan seperti anak manusia (Daniel 7:13; Why 1:13); MK 2:28 yang ditujukan kepada anak manusia.

Ciri – Ciri Kitab Yehezkiel
(Kabod) (3:12; 1:28)
telah muncul 24 kali dalam kitab Yehezkiel. Sebagai contoh peristiwa Ikabod yang bermaksud – “Tiada kemuliaan ( 1 Sam 4:12)

(1) Yehezkiel menerima panggilan Tuhan melalui penglihatan – melihat kemuliaan TUHAN hadir di Babel (1-3)
(2) Nubuat tentang kemusnahan Kota Yerusalem melalui aksi simbolik (4-7)
(3) Penglihatan tentang Kemuliaan Allah meninggalkan Bait Suci (8-11)
(4) Sebab-sebab keruntuhan Yerusalem (12-20).
(5) Hukuman Yerusalem (21-24).
(6) Lapan Bangsa yang bermusuhan dengan Israel turut dihakimi (25-32; 38-39).

(i) Amon (25:1-7) (iv) Filistin (25:15-17) (vii) Mesir (29:1-32:32)
(ii) Moab (25:8-11) (v) Tirus (26:1-28:19) (vii) Gog (38-1-39:20)
(iii) Edom (25:12-14;35:1-15) (vi) Sidon (28:20-23)

(7) Nubuat tentang kaum Israel berdamai semula dengan Tuhan (33-39)
(8) Penglihatan tentang Bait Suci dan Yerusalem yang baharu (40-48).
a. Penglihatan tentang Bait Suci (40-43:12)
b. Peraturan dan ketetapan tentang jabatan imam dan raja (43:13-46:24)
c. Sungai Kehidupan dan pembahagian tanah milik di Kota Yerusalem (47-48)

ANALISIS STUKTUR KITAB YEHEZKIEL

FASAL 1-32 FASAL 33-48
Yehezkiel dipanggil sebagai penjaga kaum Israel atau nabi (3:17-21). Sekali lagi Yehezkiel dilantik sebagai penjaga kaum Israel
Hati Bangsa Israel yang degil dan keras (3:7) Bangsa Israel diberi hati daging yang taat (36:26-37)
Bernubuat mengutuki gunung-gunung Israel (6:1-14) Bernubuat menentang Edom dan bernubuat memberkati gunung-gunung Israel tentang pemulihan (35-36)
Nabi diperlihatkan Bait Suci yang telah najis (8:1-18) Nabi melihat malaikat mengukur Bait Suci dan Kota Yerusalem yang baharu 40-42)
Kemuliaan Allah meninggalkan Bait Suci dan Kota Yerusalem – Ikabod (9-11) Kemuliaan Allah kembali ke Bait Suci – ADONAY Shama (43-48)

Penglihatan panggilan menjadi nabi atau penjaga kaum Israel (1:1-3:27)

FASAL 1 PENGLIHATAN TENTANG EMPAT MAKHLUK DAN KEMULIAAN TAKHTA ALLAH
(a) Pengenalan diri oleh penulisan (1-3)
(b) Penglihatan (4-28)
i. Rupa empat makhluk (4-14)
ii. Rupa empat roda (15-21)
iii. Cakerawala (The firmament) (22-25)
iv. Rupa Tuhan Allah (The glorious Image of God) (26-28)

1:1 Pada tahun ketiga puluh, bulan ke-4?
Tahun ketiga puluh ialah umur nabi menerima penglihatan panggilan Tuhan.

Dua syarat untuk melihat penglihatan takhta Tuhan:
a. Langit terbuka – sama seperti pengalaman Rasul Yohanes yang juga melihat langit terbuka dan diikuti dengan penglihatan takhta Tuhan Allah. (1; Mat 3:16; Kis 7:55-56; Why 4:1; 19:11).

b. Diliputi kekuasaan Allah (3; Why 1:10; 4: 17:3; 21:10).

1:2 Pada tanggal lima bulan itu, iaitu tahun kelima sesudah raja Yoyakhin di tawan – Kronologi atau tarikh peristiwa itu ialah 593BC. 1:3; 3: 14, 22; 8:1;37:1; 40:1; 2 Raj 3:15 Kekuasaan TUHAN meliputinya … Roh Tuhan mendesak dengan kuat… Bahasa Ibrani ialah “Tangan Tuhan diletakkan ke atasku… (The hand of God rested upon me)” Terjemahan Cina “Roh TUHAN dicurahkan ke atasku”.

Frasa -frasa demikian menyampaikan maksud dalam perjanjian lama Roh TUHAN dicruahkan ke atas para hakim atau nabi-nabi Tuhan dengan tujuan melaksanakan sesuatu tugas khas dalam tempoh yang ditentukan TUHAN.

Ia berbea dengan janji Karunia Roh Allah (Yeh 36:26-27; 11:19; 37:14;39:29).

Dalam Kitab Yehezkiel, Nabi menerima Wahyu daripada Tuhan melalui dua kaedah:
1. Mendengar Suara Tuhan yang memberi petunjuk dengan jelas.
2. Melihat penglihatan dalam alam roh (Fsl 1; 40:4; 44:4-5).

Fasal pertama hanya penglihatan yang belum ada petunjuk melalui suara Tuhan. Tuhan hanya berfirman kepada nabi melalui suara mula dari fasal 2.

Penglihatan bermula dengan angin badai yang membawa awan serta api dari utara (4; Ayub 37:22; Yes 14:13). 4 Makhluk muncul dalam fasal 1 hingga 3 dan 10. Dalam fasal 10 mereka disebut sebagai kerub-kerub Allah (9:3; 10:4, 9, 14).

Empat makhluk (Kerub) (1:5-25; 10:2), dalam Alkitab sering menggambarkan kerub yang dikaitkan dengan takhta Allah:
– Bekas identiti Iblis iaitu Lucifer merupakan kerub yang berjaga (Yeh 28:14,16).
– Malaikat kerub diutus oleh Tuhan menjaga jalan menuju ke Taman Eden (Kej 3:24)
– Dua kerub dibuat pada tutup pendamaian yang menyelubungi tabut Allah (Kel 25:18-20).
– Dua replika kerub setinggi 10 hasta, dua sayap sepanjang 5 hasta dibuat di dalam Bait Suci Maha Kudus yang dibina raja Salomo (1 Raj 6:23-28; 2 Taw 3:13).
– Mereka adalah kenderaan yang mengangkut takhta Tuhan Allah (Maz 18:11; 99:1; Yes 37:16).
– Kerub yang diukir pada dinding Bait Suci dalam penglihatan Yehezkiel ialah bermuka dua, iaitu muka manusia dan singa (Yeh 41:18-20).

Ciri-ciri makhluk atau kerub berbanding dengan Kitab Wahyu
1. masing-masing mempunyai empat muka (1:6), manakala empat makhluk dalam Kitab Wahyu masing-masinh hanya ada satu muka (Why 4:6-9).
1.1 Muka manusia di hadapan, manusia kemuncak penciptaan Allah kerana memiliki rupa Allah yang memiliki nafas Allah (10). Adil, suci (Efe 4:24), penyayang (1 Yoh 4:8,16). rendah hari seperti Kristus (Mat 11:28-29).

1.2 Muka singa di sebelah kanan. SInga adalah raja binatang buas di hutan. Melambangkan kuasa diraja dan wibawa Ilahi (10; Kej 49:9-10; Amos 3:8; Why 5:5). Iman yang berani seperti Stefanus, Petrus dan Paulus (Kis 4:5-13; 6:8-15; 19:8; 20:23-24).

1.3 Muka anak lembu (sor, calf, bullock) di kiri. Lembu merupakan ketua binatang ternakan. Namun, imej lembu di sini dan Wahyu ialah anak lembu, bukan lembu dewasa, kerana kaki mereka bentuk anak lembu, nyata sekali kerub lebih condong kepada rupa anak lembu (1:7,10,14;10:14; Why 4:7).

Anak lembu jantan dijadikan korban penghapus dosa (Ima 4:3, 14; 9:2; 16:3) dan korban bakaran (Ima 9:3; 23:18). Melambangkan korban persembahan yang sempurna dan berkenan kepada Tuhan. Setia, taat, sanggup berkorban dan suci tak bernoda.

1.4 Muka rajawali di belakang, yang merupakan raja segala burung di udara.
Tuhan mengumpamakan penyelamatan-Nya sebagai sayap rajawali (1:10; Kel 19:4; Ul 32:11); rajawali bersarang di gunung tinggi, melambangkan tahap kerohanian yang tinggi (Ayu 39:27; Ams 30:19); menjadi muda semula melalui pembaharuan hidup (Maz 103:5); Kuasa Roh Kudus seumpama imej Ilahi Tuhan Yesus yang rahsia dalam Kitab Yohanes (Yes 40:31; Why 12:14). Imej orang yang berhikmat rohani dan dipenuhi Roh Kudus.

2. Masing-masing mempunyai 4 sayap dan 4 tangan di bawah sayap mereka (1:8; 10:8, 21) manakala 4 makhluk di Wahyu mempunyai 6 sayap (Why 4:8).
– Mereka menurunkan sayap apabila berdiri (1:24,25) – rendah hati.
– Bunyi sayap seperti bunyi air terjun yang menderu dan suara yang maha kuasa dan keributan laskar yang besar (1:24) – suasana diepnuhi kuasa Roh Kudus (Why 19:1,6).
– Sayap saling menyentuh (1:9) – serasi dan sehati sejiwa.

3. Tubuh mereka dipenuhi mata (10:12) manakala makhluk dalam Wahyu dipenuhi mata di dalam dan di luar tubuh (Why 4:8). Hikmat rohani, dipenuhi dengan Roh hikmat dan Wahyu (Efe 1:17-18).

4. Empat roda (15-21 Tindakan dan daya hidup rohani yang sihat dan kuat, dinamik.
– Berwarna seperti permata prus (1:16).
– Terdapat satu roda di tengah-tengah yang lain (16).
– Lingkaran roda dipenuhi mata (18) – hikmat rohani yang tidak akan tersesat.
– Fleksibel menuju ke empat arah, menunjukkan rencana dan kehendak Tuhan tidak terhalang (17; Ayub 42:2).
– Mereka tidak berbalik kalau berjalan. Maksudnya sentiasa maju ke depan dan tidak akan berundur (12,17). Tuhan tidak berkenan kepada mereka yang mengundurkan diri dalam iman (Ibr 10:38).
– Roh makhluk di tengah-tengah roda (21) yang memimpin pergerakan mereka (1:12,20). Hidup rohani dan pelayanan seseorang akan dinamik dan kuat apabila dipenuhi Roh Allah yang menjadi daya penggerak dirinya.

5. Cakerawala seperti hablur ais (crystal) terbentang di atas kepala mereka (1:22).

6. Di atas cakerawala terdapat takhta Allah yang kelihatan seperti permata lazurit (Sapphire) (1:26), warna biru atau langit melambangkan warna syurga. Takhta ini pernah muncul beberapa kali dalam kitab.

Takhta di Syurga (1 Raj 22:19; Maz 93:2). Banding dengan takhta syurga yang dilihat oleh Yohanes (Why 4:1-10).
– Takhta tinggi di Bait – a high and lifted up throne of God in the holy temple (Yes 6:1). (Yes6:1).
– Takhta Tuhan di bumi – Tutup pendamaian juga disebut takhta kasih karunia (Kel 25:21-22; Ibr 4:16).
– Takhta penghakiman Tuhan yang besar dan putih – a great white throne of judgement (Maz 9:7; Why 20:11)

Takhta yang dijanjikan kepada hamba-hamba Tuhan yang menang:
– Takhta-takhta 24 tua-tua (Why 4:4)
– Beberapa takhta untuk mereka yang telah bangkit dari mati syahid (Why 20:4).

Kemuliaan rupa Allah (26-28)
1. Seperti rupa manusia (26) – Rupa seperti Yesus, Anak Manusia (Kej 1:27-28; Why 1:13; Dan 7:13), inilah gambar kemuliaan TUHAN (28).
2. Dari atas pinggang ditudungi suasa mengkilat dan api (27).
3. Dari pinggang ke bawah dikelilingi sinaran api (27) – Api melambangkan keadilan Tuhan, dasar Tuhan menghakimi (M 2:5; Ibr 12:27-29; 2 Pet 3:10-12).
4. Kemuliaan Tuhan dikelilingi busur pelangi (28) – kasih kesetiaan dan belas kasihan Tuhan (Kej 9:9-17). Tanda perjanjian Tuhan yang abadi untuk menjanjikan kedamaian.

FASAL 2 – TAKLIMAT PENGUTUSAN SEBAGAI NABI
1. Tujuan Yehezkiel dipanggil Tuhan (1-4).
2. Sikap semasa menjalankan tugas yang sukar (5-7).
3. Makan gulungan kitab yang mengandungi ratapan (8-10).
“Hai anak manusia” gelaran Yehezkiel yang muncul dengan anak manusia dalam Daniel 7:13 yang menubuhkan identiti Yesus yang akan datang ke dunia (Mk 2:28).

Fungsi Roh Tuhan (2:1-2):
– Rohku – The Spirit entered into me, menurut konteks tiada “ku” Roh Tuhan ang masuk ke dalam nabi. menguatkan seseorang manakala tidak seperti roh jahat yang melemahkan seseorang (2:1-2; 3:24).
– Memberi hikmat dapat mendengar suara Tuhan (2:2)

Sasaran pemberitaan ialah kaum Israel yang memberontak dan menderhaka (3-4). Yehezkiel sebagai nabi dan penjaga kaum Israel (2:5; 3:17). Melihat dengan jelas sikap manusia yang lemah.

Pemberontak ini bagaikan (6):
– onak dan duri
– kalajengking – dusta nabi palsu dan para tua-tua (Yes 9:14-15; Why 9:4-6).

Sikap semasa bertugas ialah mengenalpasti nilai kehendak Tuhan, bukan sekadar menilai sejauh mana keberkesanan sesuatu kerja, haruslah setia menjalankan pemberitaan (5-7). Tuhan berterus terang bahawa tugas ini banyak halangan yang ditimbulkan oleh kaum pemberontak tersebut.

Dorangan Tuhan kepada nabi (5-8):
– Jangan takut mendengar kata-kata mereka dan melihat muka mereka (6).
– Setia memberitakan firman Tuhan, tanpa mempertimbangkan hasil dan kesan kerja (5,7).
– Jangan memberontak seperti mereka (8, 1 Tim 4:16).

Menelan dan menghadamkan mesej firman Tuhan (9-10,3:3).
Gulungan kitab dibentangkan, dapat dibaca dan difahami, bukan rahsia yang dimeterai tujuh kali seperti gulungan Kitab Wahyu (Why 5:1).

Gulungan kitab ditulis sebelah menyebelah dan mengandungi:
– Nyanyian – nyanyian ratapan (19:1; 22:13; 26:17; 27:2; 28:12; 32:2-16).
– Keluh – kesah (morning). walaupun mereka kematian orang kesayangan, mereka tidak diizinkan berkabung, mereka hanya berkeluh kesah kerana dosa sendiri (24:21-23).
Rintihan.Woe (KJV), cris of grief (ISV), menyatakan kecelakaan yang tidak dapat dielakkan dan melihat kesudahan penghakiman Tuhan.