Views: 77

Fasal ini tiga kali mengumumkan kesudahan atau hukuman Umat Israel.

1. Mengistiharkan kesudahan umat Israel buat kali yang pertama (1-4).
2. Kedua kali mengumumkan kesudahan kaum Israel (10-27).
3. Ketiga kali mengumumkan kesudahan kaum Israel (10-27).

(1-3) Tuhan mengumumkan penghakiman seperti seorang hakim mengumumkan keputusan hukuman bagi seseorang yang diadili.

(3,4,8,9,27) Penghakiman yang adil.
Penghakiman Tuhan adalah memandangkan Dia mengadili berdasarkan perbuatan mereka yang keji. Justeru, hukuman adalah setimpal dengan perbuatan mereka.

(4,9) Mata (KJV, CUV) Tuhan tidak berasa sayang dan tidak mengenal belas kasihan. Mengapa mata difokuskan? Kerana perjanjian Tuhan dengan Raja Salomo bahawa mata-Nya akan berada di Bait Suci sepanjang masa (1 Raj 8:52; 9:3).

(5-6)… Lihat, bencana demi bencana / suatu bencana berlalu dan satu lagi bencana menimpa (Ibr). Rabi orang Yahudi terjemahkan sebagai bencana yang ajaib.

(7,10,12) Waktunya tiba, saatnya tiba; waktunya datang, harinya mendekat. Waktu penghakiman yang ditentukan oleh Tuhan telah tiba menurut jadual dan waktu Tuhan (Pkh 3:3; 2 Pet 3:8-9)

(10) Kelaliman/ the rod telah bertunas. Pada mulanya, cara Tuhan adalah seperti tongkat Harun yang dipilih oleh Tuhan. Ia telah bertunas dan berbunga malah berbuah (Bil 17:10). Secara ironi, Babel diumpamakan sebagai tongkat yang dipilih oleh Tuhan sebagai alat hukuman kaum Israel.

(8,12,19) Hari kemurkaan TUHAN, adalah hari Allah mencurahkan kemurkaan-Nya yang hangat. Dari sudut sejarah, ia ditujukan kepada hari kemusnahan Yerusalem. Namun, hari ini juga menubuatkan hari Tuhan yang besar dan dahsyat pada akhir zaman, iaitu kiamat (Yoel 2:31-32).

(12-13) Jual beli tidak bermakan dan tidak bernilai lagi disebabkan mereka akan kehilangan segala harta kekayaan (11;Yes 24:2). Ada yang mentafsir hari ini sebagai tahun Yobel. Sungguhpun tahun Yobel tiba, mereka tidak akan mendapat sebarang harta yang dikembalikan (2 Taw 35:21). Semasa perang, pasaran jual beli tidak lagi beroperasi sehingga ekonomi negara terjejas.

Sebelum Yehezkiel, nabi Zefanya pernah menubuatkan suasana hari penghakiman yang dahsyat sehingga emas dan perak tidak berguna dan tidak dapat menyelamatkan sesiapa pun (Zef 1:14-15,18).

(14-15) Tentera Yehuda tidak berani bertempur dengan Babel. Sangkakala ditiup namun tiada askar yang berani bertindak.

Ketiga kali menubuatkan tiga cara hukuman (15):
– Pedang di luar kota. Mereka yang melarikan diri ke luar kota akan mati kerana pedang.
– Sampar.
– Kelaparan di dalam kota.

(16-23) Impak yang dahsyat akibat kesalahan / dosa mereka dihuukum oleh Tuhan. (16)

i. Berkabung dengan tangisan seperti bunyi burung perkutut / merpati (doves/ yonah) di lembah (16).

ii. Tangan terkulai kerana terlalu letih lesu, ketakutan sehingga basah terkencing masa melarikan diri (17).

iii. Memakai kain kabung kerana kematian saudara, digondolkan kepala untuk memalukan mereka (18).

iv. Emas dan perak tidak mampu menyelamatkan mereka, malahan kehilangan nilai seperti najis, emas yang dibuang menjadi batu sandungan semasa melarikan diri (19). Emas tidak dapat mengenyangkan dan memberi kepuasan kerana tiada makanan yang boleh dibeli (Zef 1:18; Ams 11:4)

v. Bait Suci akan menjadi jarahan dan dinajiskan kerana berhala di dalamnya (20-24). Akibat daripada Tuhan memalingkan wajah-Nya daripada mereka dengan tujuan menghukum mereka (22), bertentangan dengan keadaan Tuhan menghadapkan wajah-Nya kepada mereka sambil mencurahkan berkat (Bil 6:24-26).

vi. Hilang damai sejahtera dan aktiviti ibadah terhenti (25-27).

Penglihatan tentang kemuliaan Allah meninggalkan Kota Yerusalem (8:1-11:25)

Fasal 8 hingga fasal 11 memberi gambaran tentang penglihatan nabi yakni rohnya diangkat Tuhan kembali ke Bait Suci di kota Yerusalem. Di situ nabi Yehezkiel diperlihatkan empat kenajisan berhala di kawasan Bait Suci. Akhirnya, nabi melihat perkembangan Roh Tuhan meniggalkan Bait Suci.

FASAL 8 BAIT SUCI DICEMARI BERHALA-BERHALA

1. Melihat Allah yang mulia dan membawa roh nabi kembali ke Kota Yerusalem yang letaknya sejauh 800KM dari Babel (1-2). Peristiwa itu, berlaku pada tahun ke-6, bulan ke-6, tanggal ke-5, iaitu bulan September, tahun 592SM.

2. Empat fasa penglihatan tentang berhala atau kekejian yang besar.

Empat penglihatan itu dilihat mengikut tahap kekejian yang semakin dahsyat. (3-18):
(102) Kemuliaan rupa Allah yang sama dengan fasal 1.
(3-17)

i. Melihat berhala cemburuan di pintu gerbang pelantaran dalam yang menghadap ke utara (3-6). Tidak disebut jenis berhala apa namun ada ilmuwan teologi mengandaikan berhala ini sebagai Asyera, yakni dewi kesuburan (hamil dan besali).

ii. Melihat 70 orang tua-tua kaum Israel dengan Yaazanya bin Safan sedang membakar ukupan menyembah segala berhala yang terukir di dinding (7-12). Keadaan yang sangat kontras dengan suasana Musa membawa 70 orang tua-tua mengikat janji dengan TUHAN di Gunung Sinai (Kel 24:8).

iii. Melihat kaum perempuan menangisi kematian dewa tumbuh – tumbuhan iaitu Tamus di pintu gerbang Bait Suci di utara (13-14).

(Nota: Kekasih Tammuz Ishtat/ Inanna/ Aphrodite menangisi dewa Tamus pada musim panas. Kemudian, Tamus akan bangkit dan menumbukan semula tumbuhan(musim bunga) di pintu gerbang Bait Suci di utara (13:14).

iv. Melihat 25 orang di depan pintu gerbang Bait Suci sedang menyembah matahari di Timur dengan membelakangi Bait Suci, kemungkinan mereka adalah imam atau orang Lewi (15 – 17).

3. Akibat menyembah berhala (6,18)
– Tuhan meninggalkan Bait Suci-Nya (6).
– Tuhan akan membalas perbuatan mereka dalam kemurkaan dengan mata yang tidak berbelas kasihan (18).
– Biarpun mereka berdoa dengan suara nyaring, Tuhan tidak akan mendengar (18).

– Jemaat ialah Bait Suci, tempat kediaman Allah, dalam Roh (Efe 2:19;21, 1Kor 3:16;6:19).

– Bait Suci rohani harus sentiasa diselidiki agar mencegah sebarang berhala menyelinap ke dalamnya.

Unsur-unsur yang bersifat berhala tidak berbentuk perlu dicegah:
-Penyembahan Mamon (Mat 6:24).
– Individu yang memliki karunia dan berkarisma diberhalakan – Pemujaan wira atau hero worship (2 Tes 2:4).
– Mengikuti trend duniawi yang memuja idola dunia hiburan seperti penyanyi, pelakon, binatang sukan dan lain-lain.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *