|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 21-22)

Kitab Ibrani bermula dari fasal 20:45

1. Nabi mengeluh kerana pedang Allah dihunus (1-7).
2. Nyanyian pedang (8-17)
3. Pedang raja Babel (18-27).
4. Pedang dan Amon (28-32).

Namun ertinya dalam konteks ini ialah satu penghakiman yang menyeluruh (20-47). Hakikatnya dalam Kitab Yeremia, Yehezkiel dan Daniel menunjukkan orang benar tetap dipelihara ketika Babel datang menawan Kerajaan Yehuda.

(5) Pedang penghakiman Tuhan telah dihunus dan tidak kembali lagi – Tindakan hukuman yang pasti dan muktamad. Penghakiman yang tidak terelak.

(6-7) Beberapa aksi simbolik dilakukan oleh nabi Yehezkiel :
– Aksi simbolik ke-8 yang dibuat oleh nabi Yehezkiel ialah mengerang atau mengeluh (6-7) sambil membongkokkan pinggang dengan gaya sengsara seperti patah pinggang.
– (12) Aksi simbolik yang ke-9 ialah berseru dan meratap, sambil menepuk pinggang sebagai tanda perkabungan.
– (14) Aksi simbolik yang ke-10 ialah bernubuat sambil tepuk tangan.

(7) Nabi menjawab orang yang bertanya, sebab ada malapetaka dahsyat yang akan datang dan pasti terjadi. Nabi menjelaskan sati senario perang yang menggentarkan jiwa dan melemahkan tubuh.

(8-17) Nyanyian pedang.

(10) Tongkat anakku menghina segala kayu?
It’s being sharpened for slaughter and being polished to gleam like lightning. ” We shouldn’t rejoicing, should we, while my son’s sceptre, the sword, is despising every tree? (ISV).

Ertinya umat Yahudi salah faham sehingga terlalu gembira dan yakin kerana menganggap Tuhan bertindak menghukum bangsa yang lain. Imej Tuhan biasanya digambarkan sebagai perwira yang bertempur demi umat-Nya ( Maz 24:8; Kel 15:3). Namun ironinya, sasaran pedang Tuhan kali ini ditujukan kepada umat pilihan-Nya sendiri.

(13) Pencobaan datang, tidak suatu pun yang dapat menahan… atau tongkat yang menghina akan lenyap (KJV).

Pedang Tuhan Allah diberi gambaran yang terperinci.

Sifat pedang Tuhan:
a. Tajam diasah (9).
b. Bersinar (mengkilap) seperti petir (10).
c. Pedang yang menghancurkan hati (15).
d. Pedang diserahkan di dalam tangan si pembunuh (11,14).

(18-32) Pedang Raja Babel.
Mulai ayat ini pedang Allah telah diserahkan ke dalam tangan Raja Babel, si pembunuh (30:24).

(18-32) Aksi simbolik yang ke-11 ialah Nabi disuruh melukiskan dua jalan dan membuat papan penunjuk jalan agar boleh menuntun pedang Babel menuju ke Kota Yerusalem.

(19-20) Satu jalan menuju ke Raba, ibu kota Amon; satu jalan menuju ke Yerusalem, bertujuan sebagai panduan jalan kepada pedang Babel.

(21-22) Raja Babel akan menilik untuk mendapatkan petunjuk dewa mereka dan memilih arah menuju ke Yerusalem.

(23) Mereka yang pernah mengikat janji dengan Raja Babel akan tertawan (17:13,16,18).

(25-26) Raja Zedekia akan kehilangan status sebagai raja. Mahkotanya dibuang dan dihina.

(27) “… sampai ia datang yang berhak atasnya, dan kepadanya akan Ku-berikan itu.”
Menunjukkan Kerajaan Yehuda akan binasa sehingga Ia datang yang berhak bererti Mesias datang dan akan memerintah sebagai raja (Kej 49:10).

(28-32) Pedang menghakimi Amon.

(29) Walaupun mereka mendapat tilikan palsu yang menganggap mereka selamat, namun mereka tidak akan luput daripada pedang penghakiman Tuhan.

(31) Orang – orang dungu (Brutish men) – tentera Babel yang ganas seperti binatang buas ( Maz 92:7; 94:8; 49:10; Dan 7:2-4).

(32) Kemusnahan yang tidak ada peluang pemulihan seperti Yerusalem (27).

FASAL 22 KOTA YANG NAJIS

Tiga naskhah ajaran nabi yang digabung bersama-sama (1-30) Perenggannya dibahagikan melalu frasa “datanglah firman Tuhan kepadaku” ( 1,17,23).

Fasal 20 mencatatkan dosa nenek moyang Israel dalam sejarah. Fasal ini pula menuntut kesalahan dan pelanggaran umat Yehuda dari sudut hukum Taurat.

Kota Yerusalem tujuh kali disifatkan sebagai kota yang penuh dengan hutang darah (2,3,4,6,9,12,13), kota yang najis – not cleansed (KJV) (24), manakala kaum Yehuda diumpamakan seperti sanga perak (17-22).

1. Kota yang menumpahkan darah (1-16). Frasa ini disebut 7 kali (2,3,4,6,9,12,13).
2. Mendakwa dosa kejahatan orang Yahudi dalam setiap lapisan masyarakat di Yerusalem (23-31).

(1-5) Menegur secara umum, mereka akan menjadi cercaan dan ejekan semua bangsa lain, seperti yang termaktub dalam hukum Taurat sebagai akibat umat Tuhan tidak setia memegang hukum Tuhan (Ul 28:37; 1 Raj 9:7).

Senarai dosa Yerusalem kebanyakan berkaitan dengan melanggar:
a. Sepuluh hukum (6-12), dan
b. Kod Kekudusan (10,11) di Imamat fasal 17-22
c. Hukum Sivil (12) di Keluaran fasal 21-23.
(1) Menumpahkan darah – pembunuhan (3,6,9,12; Kel 10:13; Im 19:6).
(2) Menghina ayah dan ibu (7; Kel 20:12; Im 19:3; Ul 27:16).
(3) Memeras orang asing (7; Im 19:13).
(4) Menindas anak yatim dan janda ( 7; Im 19:9-10; Kel 22:22).
(5) Memandang ringan hal-hal kudus (8, 26; Im 22:22).
(6) Menajiskan hari Sabat (8;Kel 20:8-11; Ima 19:30).
(7) Memfitnah dengan maksud mencurahkan darah – bersaksi palsu melanggar hukum ke -9 (9; Kel 20:16; Im 19:16).
(8) Makan daging persembahan berhala di atas gunung-gunung (9; Yeh 18:6,11).

(9) Kemesuman atau perbuatan sumbang (9-10);
9.1 Menyingkap aurat isteri ayahnya (10; Im 18:7-8).
9.2 Memperkosa perempuan pada waktu cemas atau haid (10;Im 18:19).
9.3 Berzina dengan isteri sesamanya (11; Kel 20:14; Im 18:20).
9.4 Menajiskan menantu perempuan (11; Im 18:15; 20:12).
9.5 Mmperkosa saudara perempuan iaitu anak kandung ayahnya ( 11; Im 18:9; 20:17).

(10) Menerima suap untuk menumpahkan darah (12; Kel 23:8).
(11) Memungut bunga wang (12; Kel 22:25)
(12) Mengambil riba (mengambil untung berlebihan) – greedily gained by extortion (12; Im 19:13).

Dosa semua lapisan masyarakat (25-29):
(25,28) Dosa para pemimpin (nabi)
(26) Dosa para imam
(27) Para pemuka-pemuka — pemimpin politik
(30-31) Kesimpulan – penghakiman api Tuhan hampir menimpa mereka namun Tuhan sedih tidak dapat menemui seorang pemimpin yang sanggup mempertahankan kebocoran iman bangsa Yahudi (13:4).

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 19-20)

Fasal 19 Perumpamaan tentang meratapi raja-raja Yehuda

(1,14) Ratapan ke atas raja-raja Yehuda
1. Perumpamaan tentang singa betina dengan dua ekor anak singa (1-9).
2. Ratapan tentang pohon anggur (10-14).

Ratapan ini berlatarkan berkat yang dijanjikan Tuhan kepada keturunan Yehuda. Imej Yehuda diumpamakan seperti singa apabila diucapkan oleh Yakub dalam Kejadian 49:9-12.

Ibumu ialah Yehuda, seperti singa betina ditujukan kepada Yerusalem (2). Anak singa yang pertama ditawan ke Mesir ialah raja Yoahas, anak Raja Yosia (3-4; 2 Raj 23:31-34), dia hanya memerintah selama 3 bulan dan dia ditawan oleh Firaun Nekho lalu dikurung di Ribla, Tanah Hamat, Mesir. Anak singa yang kedua dan kemudian telah ditawan ke Babel ditujukan kepada Raja Yoyakhin. Dia telah ditawan pada 598 SM ke Babel, dipenjarakan selama 37 tahun (5-9; 2 Raj 24:6-16; 2 Taw 26:9-10).

(10-14) Metafora tentang pohon anggur. Rujuk nubuat berkat Yakub yang menyentuh tentang Yehuda sebagai singa dan dikaitkan dengan hasil anggur yang sangat lumayan (Kej 49:8-11).

(10-11) Yehuda berbuah lebat dan bercabang banyak telah menggenapi berkat Yakub (Kej 49:10-12).

(12-14) Kutuk Tuhan yang kontras dengan berkat Yakub.

(12) Angin timur ditujukan kepada Babel (17:10; Hos 13:15).

(13-14) Kini ditawan ke Babel, Kota Yerusalem dibakar. Tiada tongkat kerajaan bermaksud tahkta Daud terputus sehingga tiada lagi pewaris raja, kerajaan Yehuda akhirnya binasa.

Fasal 20 hingga 23 adalah peringkat sejarah Yehuda yang terakhir.

FASAL 20 ISRAEL DIHUKUM DISEBABKAN DOSA MENYEMBAH BERHALA DAN MELANGGAR HUKUM SABAT.
1. Tuhan menolak permohonan para tua-tua(1-3).

2. Dosa kejahatan nenek moyang Israel (4-30).
2.1 Orang Israel menyembah berhala (lembu emas di Sinai) (5-10).
2.2 Orang Israel melanggar hukum dan ketetapan Allah di padang gurun khususnya hukum Sabat (11-17).
2.3 Generasi muda mengulangi permberontakan kepada Tuhan – menajiskan diri dengan berhala dan melanggar hukum Sabat. (18-26).
2.4 Orang Israel jatuh merosot selepas masuk ke Tanah Kanaan (27-30).

3. Umat yang memberontak akan dihakimi Tuhan dengan tongkat gembala di padang gurun (31-39).

Tuhan menolak permohonan para tua-tua kali kedua (31).
4. Janji pemulihan (40-44).
5. Penghakiman dengan api (45-49) * Kitab Ibrani memulakan fasal yang baharu dari ayat 45. Gaya bahasa rangkap ini serupa dengan fasal 21.

Ketiga kali para tua-tua Israel kumpul di hadapan Yehezkiel meminta petunjuk dari Alah (1). Masa : Ogos 491SM.

Sehingga fasal ini, pemimpin dan umat Yahudi yang ditawan masih belum lagi bertaubat. Oleh itu, Tuhan tidak berkenan dengan pertanyaan mereka (3,31).

(4-27) Rangkap ini ditulis dalam format yang spesifik:
Tuhan memberkati dan memberi peraturan hukum Taurat iaitu apabila mereka melakukannya, mereka akan hidup (11,13,21) – Tetapi umat Israel memberontak (8,16,21) – Maka Tuhan merancang melampiaskan kemarahan-Nya (8,13,21) – Tetapi Tuhan berbelas kasihan demi Nama-Nya (9,14,22,39,44).

Mesej penting:
Fasal ini menegaskan terdapat peringatan Tuhan yang tegas sebanyak dua kali bahawa Dia tidak mahu para tua-tua Israel meminta petunjuk daripada Tuhan (3,31). Maksudnya sia-sia mereka memohon Tuhan melalui doa (3). Namun mengapa demikian? Apakah sebabnya?

1. Sebab mereka tidak meninggalkan berhala Mesir. Berhala tetap berakar dalam hari mereka. Tambahan mereka terpengaruh dan tertarik menyembah berhala-berhala Kanaan selepas mereka dipimpin Tuhan sehingga mewarisi tanah perjanjian yang indah dan permai (7,8,16:14:3,4,7). Daya pengaruh penyembahan berhala seperti ragi yang kuat menghampiri. Empat generasi orang Israel terus menerus terpengaruh dan menjadi mangsa daripada penyesatan nenek moyang mereka (7,16,18,26,28,31-32).

2. (29) Satu pun [ a play in words that have the same sound (homonyms), but have different meanings| digunakan di sini.

(Nama bukit mezbah berhala mereka disebut Bamah ( tanah tinggi).
Ba(pergi), mah (apa). Terjemahan langsung ialah buat apa kamu pergi ke tempat yang tinggi?

2. Orang Israel mengingkari ketetapan dan peraturan Allah, iaitu manusia akan hidup apabila melakukkannya (11,13,21; Ima 18:5; Lk 10:28; Rm 10:5).

Kalimat ini disebut tiga kali, Kalimat ini mengingatkan hukum Allah sungguh istimewa dan berkuasa memberi daya hidup dan menjamin keselamatan apabila seseorang rela menurutinya. Sangat kontras dengan ketetapan dan peraturan nenek moyang mereka yang tidak baik. Ia ditujukkan kepada kepercayaan karut dan peraturan yang berkaitan dengan pemujaan berhala, yang mengakibatkan mereka tidak dapat hidup (18:25).

3. Orang Israel yang ditawan di Babel diingatkan melalui pengalaman nenek moyang mereka yang melanggar kekudusan hukum hari Sabat. Mereka yang berada di tanah Babel juga diberi amaran bahawa mereka harus menguduskan Sabat biarpun mereka menjadi tawanan di tempat bangsa kafir (12,13,16,20,21,24).

4. Tuhan sangat menjaga kekudusan dan kemuliaan nama-Nya (9,14,22,39,44). Conto: Isi permohonan pertama dalam kota doa Bapa Kami ialah, dikuduskanlah nama-Mu.

Demi nama Tuhan, satu perbandingan yang kontras akan dilakukan oleh Tuhan;

4.1 Agar nama kudus Tuhan tidak dihujat, maka Tuhan tidak menghukum umat-Nya dengan habis-habisan (9,14,22,44). Umat Tuhan yang dirahmati oleh belas- kasihan-Nya, bukankah harus bersungguh-sungguh menguduskan nama Tuhan dan memuliakan nama-Nya?

4.2 Mereka yang degil dan berpaut kepada berhala akan dikumpul di padang gurun bangsa-bangsa lain dan dihukum bersama mereka (33-39,35).

Berbanding dengan mereka yang bertaubat dan berkenan kepada Tuhan, mereka akan dikumpul dan dikuduskan di hadapan bangsa-bangsa kafir.

5. Janji pemulihan (40-44).
Segenap kaum Israel secara keseluruhannya akan beribadah di gunung Allah yang kudus. Janji pemulihan untuk segenap kaum Israel akan diselamatkan seperti mana yang dinubuatkan oleh Rasul Paulus dalam zaman akhir (40,Rm 11:25-26; Ibr 12:22-13).

6. Mengucapkan nubuat kebakaran api kepada selatan (45-48).
Selatan – Mesej khas untuk Yerusalem dan Bait Suci (45-46; 21:2).
Penghakiman yang menyeluruh akan menimpa Kota Yerusalem (47).
Termasuk pohon hijau yang hidup dan pohon yang layu kering. Demikian juga semua muka dari selatan sampai utara akan terbakar.

(48) Api sentiasa melambangkan penghakiman Tuhan ( 2 Pet 3:10-13).

(49) Nabi khuatir akan Yahudi buangan yang mengeraskan hati dan masih menoak nubuat yang melawan mereka.

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 17-18)

Fasal 17 Perumpamaan Tentang Dua Rajawali dan Pohon Aras di Gunung Tinggi

1. Dua rajawali dan pohon anggur (1-10)
2. Penjelasan perumpamaan (11-21)
3. Perumpamaan tentang pohon aras di gunung tinggi – Nubuat penubuhan kerajaan Mesias (22-24), rujuk perumpamaan tentang biji sesawi (Mat 13:31-32).

Dalam Ulangan 28:49, menurut hukum Taurat, Tuhan akan menggunakan negara-negara asing untuk menyerang sekiranya mereka gagal menuruti hukum perjanjian Tuhan.

Pohon anggur sentiasa ditujukan kepada umat Israel (fasal 15).

(3) Rajawali pertama merujuk kepada kerajaan Babel. Bersayap besar, panjang, penuh dengan bulu yang berwarna-warni menunjukkan kekuatan militer dan kemewahan ekonomi mereka. Libanon ialah Israel; Gunung tertinggi di Israel. Nama lainnya ialah Gunung Hermon.

(4) Pucuknya yang paling hujung dibawa – Raja Yoyakhin ditawan pada 597 SM.
Kota perdagangan ialah Babel (Why 18:10-19)

(5) Taruk – taruk tanah – bahasa asal (benih) – Raja Zedekia dilantik menjadi raja untuk menggantikan Yoyakhim (17:13; 2 Rj 4:17).

(7) Burung rajawali besar yang lain – Raja Mesir.
Pohon anggur mengarahkan akar-akarnya kepada burung rajawali kedua – Kerajaan Zedekia berusaha untuk bersekutu dengan Firaun Mesir Psammeticus II seolah – olah dapat melepaskan diri daripada kongkongan Babel ( 2 Rj 24:20; 2 Taw 36:13; Yer 37:5,7).

(8) Ditanam di ladang yang baik, air yang berlimpah-limpah – Kelegaan yang sementara semasa mereka bergantung kepada pertolongan Mesir.

(9) Nubuat Tuhan perbuatan mereka akan mengakibatkan Raja Babel, Nebukadnezar akan datang menyerang kerajaan Yehuda sehingga kerajaan itu musnah.

(10) Angin Timur yang melayukan anggur ditujukan kepada Babel yang menyerang mereka dari arah timur (Hos 13:15). Penjelasan kiasan dari ayat 1-10 (11-21).

(13) Keturunan raja yang mengadakan perjanjian dengan Babel ialah Zedekia.

(15) Perbuatan mendapatkan pertolongan kuda dan tentera dari Mesir adalah melanggar ketetapan hukum Taurat (Ul 17:16).

(16,18,19) Tuhan telah memutuskan bahawa Zedekia yang mengingkari perjanjian pasti akan mati di Babel (Yer 52:4-9).

(21) Nubuat tentang kemusnahan Kerajaan Yehuda dan mereka akan dihamburkan ke semua mata angin – mereka akan ditawan ke negara lain.

(22-24) Nubuat pemulihan oleh Kerajaan Mesias. Sebuah carang dari puncak – Mesias (22; Yes 11:1).

(23) Bercadang, berbuah menjadi pohon aras yang hebat, segala jenis burung tinggal dan bernaung di bawahnya (Mat 13:31-32).

(24) Tuhan akan merendahkan pohon yang tinggi – Babel yang angkuh kemudiannya akan diruntuhkan dan diambil alih oleh kerajaan yang lain (Dan 2,4,5).

Tuhan membuat pohon yang tumbuh menjadi lagu kering – memusnahkan kerajaan Mesir (29:17-20).

Membuat pohon yang kering bertaruk kembali – pemulihan Israel yang telah musnah (17:24).

Fasal 18 Tanggungjawab Individu

1. Membahaskan kata sindiran tentang makan anggur asam – setiap individu bertanggungjawab secara langsung terhadap Tuhan (1-4).

2. Melakukan keadilan pasti hidup (5-9).

3. Tangunggungjawab dosa bergantung pada setiap individu (10-20).

4. Tuhan tidak menuntut kisah lalu orang fasik yang telah bertaubat (21-24).

5. Firman Tuhan yang sangat adil (25-28).

6. Seruan bertaubat dan meninggalkan kejahatan (29-32).

(1-2) Kata sindiran tentang makan buah anggur asam (29) – Latar belakangnya dalam Ratapan 5:7 ; Yeremia pernah mengucapkan nubuat bahawa sindiran ini tidak akan diperkatakan lagi oleh umat Israel (Yer 31:29-30).

Untuk menjelaskan prinsip ini, tiga kes telah pun dirujuk sebagai huraian:
(5-9,14-17) Rumusan Hukum Taurat yang dianggap sebagai kebenaran yang harus dipegang. Ia merangkumi aspek agama, perkahwinan, dan etika masyarakat. Tiga kes ini melibatkan 3 generasi (5-20).

i. (5-9) orang benar yang melakukan kebenaran – pasti hidup (9).

ii. (10-13) anak jahat seorang bapa yang benar-benar pasti binasa (13).
Contoh: … melihat berhala-berhala (6,12,15).
Contoh: Hizkia melahirkan anak yang jahat, Manasye.

iii. (14-18) anak yang baik bagi seorang bapa yang jahat – anak yang baik pasti hidup (17) ; bapa yang jahat pasti binasa (18). Contoh: Raya Amon melahirkan Yosia yang baik.

(19-20) Prinsip pengajaran dalam fasal ini. Setiap individu bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri sama ada baik atau tidak, tidak melibatkan orang lain.

Kes tentang hidup yang berubah (21-32).

1. Orang jahat bertaubat, kembali menuruti segala hukum Tuhan – dia pasti hidup (21-23,27).
2. Orang benar berbalik dari kebenaran dan melakukan kecurangan – dia harus mati (24,26).

(25) Mereka mendakwa tindakan Tuhan tidak tepat. bererti seimbang, dalam konteks ini bermaksud adil.

Kesimpulan:
i. Penghakiman Tuhan adalah adil (29-30).
ii. Tuhan berharap kaum Israel bertaubat dan tidak binasa kerana kesalahan mereka (30).
iii. Mereka digesa untuk memperbaharui hati dan roh (31, fs 11:19; 36:26; 37:14;39:29).
iv. Tuhan tidak berkenan kepada kematian orang fasik tetapi berkenan kepada taubat orang jahat (23,32).

|

Komentar Kitab Yehezkiel – Fasal 15- 16

1. Apakah nilai pohon anggur (1-5)
Pohon anggur yang tidak berguna (1-3)
Pohon anggur yang dibakar lebih lagi tidak berguna (4-5).

2. Penjelasan tersirat tentang maksud poho anggur (6-8)
Anggur melambangkan Bangsa Israel (Maz 80:8-9; Yes 5:1,7; Yer 2:21; Hos 10:1)

Apa gunanya pokok anggur? – Menghasilkan air buah yang menyukakan hati Allah dan manusia (Hak 9:13).

Setelah pokok anggur layu dan kering, ia hanya sesuai dijadikan kayu api (Yoh 15:1,5,6,16).

” Aku sendiri akan menentang mereka… pada saat aku menentang mereka…” Dalam Bahasa Ibrani ialah “wajah-Ku akan menentang mereka… pada saat wajah-Ku menentang mereka.. menunjukkan saat Tuhan bertindak menghukum dalam kemurkaan-Nya” (7).

Alkitab memberi tiga gambaran tentang wajah Allah terhadap umat-Nya dalam tiga situasi:
1. Tuhan menghadapkan wajah-Nya dan menyinari umat kesayangan-Nya sebagai satu cara perkat. Ini merupakan kata-kata ucapan berkat imam kepada umat Yahudi menurut petunjuk Hukum Taurat (Bil 6:23-27).

2. Tuhan menyembunyikan wajah-Nya atau berpaling daripada umat-Nya (Maz 13:1-3). Menunjukkan Tuhan tidak mendengr doa mereka dan langsung tidak menghiraukan umat-Nya.

3. Tuhan menghadapkan wajah-Nya yang murka untuk menghukum atau menghakimi orang fasik seperti dalam ayat tersebut (15:7; Ima 17:10; Maz34:16; Why 2:18).

Dengan hakikat inimengibaratkan dan menubuatkan Israel yang gagal menyenangkan hati Tuhan, tiada orang yang dapat luput daripada hukuman Tuhan, kesudahan Kota Yerusalem akan dibakar, termasuk Bait Suci akan dihanguskan oleh api apabila ditakluki oleh tentera Babel (7).

Renungan:
1. Apakah kelebihan dirimu? Apakah misi yang diamanahkan Tuhan dalam hidupmu? Adakah hidup dan pelayananmu produktif dan berbuah memuliakan Tuhan?
Menghasilkan buah murid (Yoh 15:1-2,6,16)
Menghasilkan buah kebenaran (Fil 1:11)
Menghasilkan buah pertaubatan (Mat 3:8)
Menghasilkan buah terang (Efe 5:9)
Menghasilkan buah bibir (Ibr 13:15)
Menghasilkan bauh Roh (Gal 5:22-23).
Demikian juga murid Tuhan Yesus yang gagal menghasilkan buah akan dicampakkan ke luar dan dibakar (Yoh 15:6; Lk 13:6-9)

2. Apakah nilai gereja wujud di dunia ini? Bagaimanakah berbuah lebat untuk memuliakan Tuhan?

FASAL 16 YERUSALEM SEBAGAI ISTERI YANG TIDAK SETIA
1. Yerusalem yang cantik tetapi sundal (1-43).
1.1 Anak yang dibuang (1-7)
1.2 Perkahwinan dan dandanan (8-14)
1.3 Persundalan Yerusalem (15-34)
1.4 Hukuman Israel (35-43)

2. Tiga adik beradik (44-58)
2.1 Samaria dan Sodom (44-58)

3. Perjanjian baharu yang abadi (59-63)

(1-7) Dari bayi sehingga dewasa tetap telanjang (Remain naked from nativity to adult).
(3) Berasal dari Tanah Kanaan, ayahnya orang Amori (Ul 7:1) dan ibunya orang Het (Ul 7:1)
– Hanya menjelaskan pemilik asal tanah Kanaan sebelum diserahkan kepada bangsa Israel.
– Bangsa Israel telah menyerapkan adat resam, budaya hidup dan agama orang Amori dan Het dalam kehidupan mereka.
– Darah bercampur dengan bangsa Kanaan melalui perkahwinan campur.

Latar belakang sejarah sukar dikenal pasti namun ada tiga prinsip yang wajib dipertimbangkan dan dikuasai:
a. Masa Bangsa Israel dibersihkan melalui pentahiran Tuhan.
b. Masa Tuhan memperisterikan Israel (Yer 2:2-3; Hos 2:19)
c. Masa menerima penebusan (6; Kel 14:13, 30;19:4-5)

Tidak dibasuh dengan air supaya bersih; juga dengan garam pun engkau tidak digosok atau dibedung dengan lampin – semasa berada di Mesir, orang Ibrani pernah melupakan Allah Abraham sehingga mereka menyembah dewa lain dan tercemar oleh berhala (4; Yos 24:14).

Cara sedemikian masih diamalkan oleh bidan Arab sehingga hari ini. Sebaik sahaja menggunting tali pusat, bidan akan mengelap bayi dengan air, gram, minyak dan dibungkus selama 7 hari. 7 hari kemudian dibuka dan diganti lagi sehingga 40 hari. Fungsi utamanya ialah kesan antiseptik.

Sewaktu hidup di Mesir, sunat yang diwajibkan kerana perjanjian Abraham dengan Tuhan secara umumnya dilalaikan oleh orang Ibrani termasuk Musa sendiri, namun kemudian Musa diingatkan kembali untuk menyunat anaknya. Semua orang Israel yang keluar dari Mesir telah disunat. Oleh itu, seluruh bangsa itu merayakan Paskah yang pertama bersama sebelum keluar dari Mesir (Kel 4:24-26; Yos 5:4-5). Ketika itu upacara pentahiran menurut Hukum Taurat belum lagi diperkenalkan kepada kami.

(5) Tempoh dibuang dan terbiar – zaman di Mesir selepas kematian Yusuf, bangsa Ibrani mengalami tempoh gelap dan dahsyat (Kej 15:12-13), bayi lelaki mereka dicampakkan ke dalam Sungai Nil, kaum lelaki mereka dihina dan dintindas mejadi hamba (Kel 1:8, 11,22).

(6) Bahasa Ibrani bagi frasa engkau harus hidup ialah – dalam darahmu, hidup.

Diselamatkan oleh Tuhan dari kecemasan darah – penebusan di Mesir (Kel 12;14:13;19:4).

(7) Tuhan membuat jumlah bangsa Ibrani bertambah banyak dan membentuk satu bangsa yang besar, penduduk mereka lebih kurang dua juta orang (Kel 1:7; 12:37).

Perkahwinan dan dandanan (8-14)

Menghamparkan kain dan menutupi aurat – diperisterikan oleh Tuhan (Rut 3:9). Israel diambil menadi isteri satu perjanjian dengan Tuhan pada zaman Musa ( 8 ; Ul 4:37; Ul 10:15; Hos 11:1; 2:18-19; Yer 2:1)

Pembersihan – setelah ditebus dari Mesir, mereka dipilih dan menjadi bangsa yang kudus (9; Kel 19:5-6)

(10-13) Didandan dan dipelihara sehingga menjadi amat sihat dan cantik.

(13-14) Mendapat kedudukan ratu yang unggul dan mulia, masyhur di peringkat antarabangsa kerana kecantikannya.

(15-34) Kejatuhan kerana persundalan.
Bangsa Israel semakin maju dan makmur sehingga zaman Kerajaan Daud. Raja Salomo mencapai tahap kemuncak dari segi politik dan ekonomi. Kekayaan Salomo dan hikmatnya tersebar kepada bangsa-bangsa sekitar sehingga namanya sangat masyhur (1 Raj 10:1-10, 14-25).

(15-19) Namun kemerosotan dan persundalan Israel juga bermula dengan pemerintahan Raja Salomo.

Disebabkan Salomo mengambil perempuan kafir sebagai gundik-gundiknya, hatinya tergoda dan tercondong kepada allah-allah palsu (1 Raj 11:1-10; Ul 17:17).

(20-21) Raja Salomo mengambil perempuan Amon yang menyembah Molokh sebagai gundiknya. Molokh adalah allah sembahan orang Amon; membakar anak adalah ritual mereka (1 Rj 11:1,7; Im 18:21).

Disebabkan Salomo mengambil perempuan kafir sebagai gundik-gundiknya, hatinya tergoda dan tercondong kepada allah-allah palsu (1 Raj 11:1-10; Ul 17:17)

(20-21) Raja Salomo mengambil perempuan Amon yang menyembah Molokh sebagai gundiknya. Molokh adalah allah sembahan orang Amon; membakar anak adalah ritual mereka (1 Raj 11:1,7; Im 18:21).

(22) Ditegur kerana tidak mengenang budi Tuhan sehingga melakukan kecabulan. Dalam sudut agama ialah menyembah berhala (dengan menyembah berhala dan murtad). Rujuk ayat 43 dan bandingkan dengan kasih setia Tuhan yang tidak melupakan perjanjian-Nya dengan isteri ( 60; Yer 2:2)

(23) Akibatnya, Tuhan mengucapkan ‘celaka’ terhadap mereka sebanyak dua kali.

(24-29) Meneruskan penyembahan berhala dan persundalan politik dengan bangsa-bangsa jiran:

1. Mesir (26) – Raja Zedekia cuba mendapatkan pertolongan daripada Mesir ayng hanya memberi kelegaan sementara (Ul 17:18; 17:13-17; Yer 37:2-10)

2. Filistin (27) – Menurut bahan sejarah Asyur, raja Asyur, iaitu Sanherib pernah menakluki kota-kota Yehuda sehingga hanya Yerusalem yang masih sejarah Asyur, raja Asyur, iaitu Sanherib pernah menakluki kota-kota Yehuda sehingga hanya Yerusalem yang masih selamat. Kawasan yang dirampas oleh Asyur kemudian diserahkan kepada Filistin (2 Raj 18:13)

3. Asyur (28) – Fakta sejarah di mana Yehuda berkali-kali rela dijajah oleh Asyur. Misalnya, Raja Ahas (2 Raj 16:10-16; 15:19; Hos 5:13; 8:9).

4. Kasdim (29) – Rujuk masa pemerintahan Raja Hizkia (23:14-18).

(30-38) Yerusalem lebih hina daripada pelacur. Sanggup melayan orang asing namun tidak rela melayan suami sendiri. Melacur bukan kerana keperluan mendesak mahupun ingin mendapatkan upah, namun sanggup mengupah orang lain berzina dengan dirinya semata-mata mahu melampiaskan nafsu sendiri. Rujuk Hos 8:9

(35-43) Yerusalem menanggung penghakiman Tuhan akibat daripada persundalannya.

(43) Satu gambaran yang kontras tentang bangsa Israel iaitu langsung tidak teringat masa muda mereka. Sebalinya sikap Tuhan amat rindu dengan kasih pada masa muda Israel iaitu semasa dijadikan pengantin Tuhan di padang gurun (60,63; Yer 2:2).

(44-63) Unit ke-2 dalam fasal ini. Unit 1 (1-43) disampaikan dalam format kiasan. Manakala unit ke-3 (44-63) disampaikan dalam fomrat khutbah. Bermula dengan satu sindiran dalam bentuk amsal, iaitu begitu ibu begitu anak” (44). Kedua-dua unit ini saling berkaitan. Pendahuluan masing-masing mengatakan ayah mereka orang Amori, ibu mereka orang Het (3,45). Namun rangkap ini menceritakan tiga adik – beradik perempuan: Kakak tertua ialah Samaria; Kakak termuda ialah Sodom.

Namun Yerusalem lebih jahat daripada adik dan kakaknya (47-52) : Samaria (Kiri –> utara), Sodom (kanan –> selatan) (46).

(49-50) Kejahatan Sodom yang mengakibatkan kota itu dilenyapkan oleh Tuhan.

(51-52) Kejahatan Samaria – tidak separuh pun daripada dosa-dosa Yerusalem. Rangkap ini tiga kali mengulangi satu frasa tentang Sodom dan Samaria yang kelihatan lebih benar daripada Yerusalem setelah membandingkan kejahatan Yerusalem yang lebih berat. Perbandingan ini agak serupa dengan Tuhan Yesus yang membandingkan hukuman yang ditanggung oleh Sodom akan lebih ringan daripada hukuman Kapernaum (Mat 11:23-24).

(53-59) Bertitik tolak daripada perbandingan tersebut, maka Sodom dan Samaria turut dijanjikan pemulihan pada masa depan.

(57) * Edom, terdapat catatan kuno yang menterjemahkan sebagai Aram (CUV).

Tuhan mengingat perjanjian kekal dengan Yerusalem (60-63; Mat 26:28).
1. Nubuat tentang pemulihan menurut perjanjian baru oleh Yesus Kristus (61-62).
2. Nubuat tetang pemulihan menurut Perjanjian Baru oleh Yesus Kristus (61-62).
3. Menjanjikan perjanjian baharu akan membawa pendamaian untuk pengampunan dosa melalui darah Tuhan Yesus (63).

Renungan:
1. Jangan angkuh pada masa kemuncak pencapaian hidup, kerana itulah faktor keruntuhan Yerusalem ( 14-15,20-21; Ams 16:18; 18:12).
2. Mengingat dan menghitung kasih Tuhan (22,43,60,63). Tuhan merupakan Allah yang mengingat dan menepati perjanjian-Nya.

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Kitab 13-14)

1. Celakalah nabi-nabi palsu (1-16)
2. Celakalah nabiah-nabiah palsu (17-23).

1.1 Bernubuat dengan sesuka hati, pada hal Tuhan tidak memberi wahyu mahupun penglihatan untuk mereka. Jelas sekali penyesatan dan kekeliruan alam roh telah terjadi di Yerusalem dan dalam kalangan orang buangan di negeri Kasdim sehingga ada yang melihat penglihatan yang bukan daripada Tuhan, suatu mesej yang bertentangan dengan penglihatan Yehezkiel dalam fasal 8-11 (2,3,6,7,8,9).

1.2 Tidak mempertahankan kebocoran iman umat Yahudi (4-5). Hari Tuhan ditujukan kepada mesej Yehezkiel dalam fasal 7, iaitu hari Tuhan yang hebat dan dahsyat (22:30).

Nabi palsu dikecam kerana tidak mempertahankan (tidak menutup) lubang-lubang di tembok dan tidak membina tembok di sekeliling rumah mereka ( 3-5; 22:30; Maz 106:23).

1.3 Memberitakan damai sejahtera yang palsu dan tidak menjamin keselamatan (13:10,16). Akibatnya menyesatkan umat, mendukakan orang benar dan bersubahat dengan orang jahat. (20-22).

Kesudahan nabi-nabi palsu:
– Tuhan akan meruntuhkan tembok kapur dan nabi-nabi palsu akan binasa (9-16).
– (9) Tidak tercatat dalam daftar kaum Israel – tidak tersenarai dalam salasilah Israel atau senarai nama orang buangan yang kembali ke Yerusalem 70 tahun kemudian.

1.4 Kaum wanita berlagak sebagai nabiah dan mengamalkan ilmu sihir (13:18-21).

(18-19) Nabiah demi tamak akan keuntungan, sanggup membuatkan kepalsuan, membengkokkan keadilan dengan membunuh orang benar dan sebaliknya menyelamatkan orang fasik.

(18) tali-tali azimat? (ITB & ISV) – alat kegunaan agama kafir atau penyembah berhala untuk menenung atau menjamin keselamtan.

Terjemahan lain Sew pillows to all armholes (KJV & CUV).

Bagaimana kesudahan dukun-dukun perempuan atau nabiah palsu (20-23). Allah akan mengoyakkan tali-tali azimat dan selubung sihir mereka. Umat Tuhan akan dilepaskan daripada tangan nabiah palsu.

Motif dan sebab nabi-nabi palsu mengucapkan nubuat palsu?
1. Mengampu atau mengambil hati orang ramai (flattering divination) (12:24).
2. Tamak akan keuntungan (13:19)
3. Sendiri tersesat oleh roh penyesat dan menyesatkan orang lain, akhirnya mereka dibiarkan terus tersesat (13:6,8,14:9).

FASAL 14 EMPAT HUKUMAN MENIMPA DISEBABKAN DOSA MENYEMBAH BERHALA
1. Seruan berpaling daripada berhala (dalam hati) (1-11).
2. Orang benar hanya dapat menyelamatkan sendiri dan tidak dapat menjamin keselamatan orang lain (12-20).
3. Empat malapetaka digunakan Tuhan untuk menghukum (21-23).
3.1 Kelaparan (13:21).
3.2 Binatang buas (15,21)
3.3 Pedang (17,21)
3.4 Penyakit sampar (19,21)

(1-11) Mengecam kejahatan para tua-tua yang menjunjung berhala – berhala dalam hati (3,4,7).

a. Menempatkan batu sandungan di hadapan mereka (4,7) -satu frasa yang khususnya muncul dalam Kitab Yehezkiel.

– Emas dan perak (7:19);
– Berhala dalam hati (14:3,4,7;44:12). Memandangkan para pemimpin, iaitu para tua-tua dan orang Lewi menjunjung berhala dalam hati mereka, maka menjadi batu sandungan kerana mempengaruhi dan menyesatkan orang lain.

b. Berhala dalam hati menjadi penghalang doa mereka (3).
Amat nyata bahawa Tuhan menuntut taubat mereka dari segi hati yang murni iaitu bebas daripada segala berhala kerana punca penyelewengan mereka ialah hati yang berzina (6:9).

(9-10) Nabi tersesat kerana Tuhan membiarkan mereka disesatkan (2 Tes 2:10-12).

(12-20) Apabila Tuhan bertindak menghakimi (14,16,18,20);

a. Orang benar seperti Nuh yang tidak bercela di depan Allah, Ayub yang tidak bercela di depan Iblis, dan Daniel tidak bercela di depan orang, persamaan mereka ialah teruji sebagai orang yang hidup tidak bercela. Namun mereka hanya dapat menyelamatkan sendiri (14,20; Kej 6:9; Ayb 1:1,8;2:3; Dan 6:4,22).

b. Orang benar tidak dapat menjamin anak-anak sendiri (16,18,20; Why 22:10-11).

(22-23) Impak Tuhan menghukum Kota Yerusalem dengan empat bencana iaitu pedang, kebuluran, sampar dan binatang buas seperti yang termaktub dalam Hukum Tuarat Musa (Ima 26:22-29).

Rujuk Wahyu 6:8 menunjukkan fenomena yang sama akan berulang dalam zaman akhir.

a. Orang fasik dengan ternakan dibinasakan (21).
b. Orang benar ( yang diberi tanda pada dahi) akan dipelihara dan ditawan ke Babel dengan anak-anak mereka (22).

Impak penghakiman Tuhan ke atas Kota Yerusalem mewujudkan kesudahan yang kontras bagi orang fasik dan sisa-sisa Yahudi yang dipelihara.

Pedang
– Sisa Yahudi yang benar terpelihara.

Sampar
– Yahudi yang fasik dimusnahkan

Kebuluran
– Anak lelaki & anak perempuan sisa-sisa Yahudi diselamatakan bersama-sama

Binatang Buas
– Binatang atau ternakan mereka turut dibinasakan bersama.

c. Orang tawanan di Babel terhibur melihat perbuatan Tuhan menghakimi Yerusalem dengan adil dan munasabah (23).

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 11-12)

FASAL 11 MENJAWAB SINDIRAN YAHUDI DAN JANJI ROH BAHARU KEPADA BUANGAN

  1. Daging dan periuk: Nabi bernubuat melawan pemimpin yang merancangkan kedurjanaan dan menaburkan nasihat jahat (1-7). Pemimpin politik merasakan krisis ancaman musuh sehingga merancang mencari ikhtiar melalui hubungan diplomatik mendapatkan pertolongan dari Mesir.

2. Doa Nabi Yehezkiel kedua kali yang bersimpati dengan umat yang mati dihukum (8-13). Rujuk 9:8.

3. Janji menjadi tempat kudus sementara kepada umat Yahudi di tempat pembuangan (14-16). Tempat kudus yang sedikit ertinya (little sanctuary).

4. Janji mengurniakan Roh yang baharu (17-21)

5. Kemudian Allah meninggalkan Kota Yerusalem (22-25). Roh Nabi Yehezkiel kembali ke Tanah Kasdim dan setia memberitakan petunjuk Tuhan (25).

(1) Dua puluh lima orang yang merupakan pemimpin bangsa. Tidak sama dengan 25 orang yang menyembah matahari di pintu timur Bait Suci (8:16).

Yeh 11:3 yang mengatakan : Bukankah belum lama berselang rumah-rumah kita dibangun kembali? Kota inilah periuk dan kita dagingnya. Perkataan mereka yang menentang ajaran Nabi Yeremia di mana ingin membangun rumah-rumah di Yerusalem (Yeh 29:5).

Daging dan periuk (3,7,9-11): Nabi bernubuat melawan pemimpin yang merancangkan kedurjanaan dan menaburkan nasihat jahat (1-12).

Jawapan mereka menunjukkan tidak mahu menyerah diri kepada tentera Kasdim sehingga tetap bertahan di dalam Kota Yerusalem. Menganggap Kota Yerusalem kuat dan selamat seperti periuk, mereka umpama daging di dalam benteng kota yang kukuh dan menjamin keselamatan mereka (3).

Mereka tidak taat kepada nubuat Nabi Yeremia yang menasihatkan Yerusalem menyerah diri dan umat yang tertawan harus membina rumah di Babel (Yer 29:5).

Allah menentang perkataan mereka dengan merujuk orang-orang yang telah dibunuh oleh orang Yahudi dengan kejam itulah daging. manakala Kota Yerusalem seumpama periuk yang memuatkan mangsa-mangsa pembunuhan mereka, dalam fasal 22 Allah mendakwa kota Yerusalem sebagai kota yang menumpahkan darah dan pencemaran kota itu perlu ditahirkan dengan api Tuhan. Namun, Tuhan kota mereka akan ditawan kerana Yerusalem bukanlah benteng-benteng yang kuat dapat melindungi mereka (7,11-12).

Kali kedua Yehezkiel memanjatkan doa syafaat dengan dukacita apabila melihat kematian Pelaca bin Benaya (13; 9:8). Dua kali menunjukkan Nabi Yehezkiel seorang gembala yang berempati dan menjiwai umat Tuhan meskipun mereka sentiasa keras hati dan memberontak kepada Tuhan.

Janji Tuhan menghibur Umat Yahudi yang ditawan (14-21)
1. Nubuat tentang Tuhan sendiri menjadi tempat kudus yang sedikit ertinya (little sanctuary) bagi mereka yang di tanah pembuangan (16;Why 21:22). Janji nubuat ini kemudian terkabul secara fizikal di mana konsep beribadah di rumah ibadah (Synagogue) telah diwujudkan selepas orang Yahudi ditawan di Kota Babel.

Namun yang lebih tepat ialah Tuhan sendiri menjadi tempat kudus atau perlindungan mereka apabila umat yang beriman terancam.
– Daniel dan tiga orang rakannya dilindungi Tuhan di Kota Babel. (Daniel Fasal 2 & Fasal 3)
– Mordekhai dan Ester di Kota Susan (Ester fasal 3-8)

Selanjutnya Tuhan Yesus menjelaskan tubuh-Nya adalah Bait Suci yang sebenarnya, tempat kudus yang didiami Roh Kudus (Yoh 2:21; 1 Kor 3:16; 6:19); manakala selepas pengangkatan di Syurga kelak, bangunan Bait Suci tidak akan wujud lagi kerana Allah Maha Kuasa sendirilah menjadi Bait Suci kepada umat-Nya (Why 21:22)

2. Akan tiba masa Tuhan akan mengumpulkan buangan yang berselerak dan memberikan tanah Israel kepada mereka (11:17). Apabila genap tempoh 70 tahun, mereka akan dikembalikan ke sana (Yer 25:11-12)

3. Salah satu mesej penting dalam Kitab Yehezkiel ialah janji karunia Roh daripada TUHAN dan yang diberikan oleh Tuhan (19; 26:26-28; 37:14; 39:29); kesan menerima Roh yang baru ialah:

Roh yang baru dan hati yang lain @ I will give them one heart (19). Israel utara dan Yehuda selatan akan bersatu menjadi satu bangsa; berdamai dengan bangsa yang lain melalui Injil Tuhan Yesus (Efe 2″:11-14); bersatu dalam Tuhan oleh satu Roh (Efe 4:3-4)
– Hati yang lain – I will give them one heart (KJV) @ a united heart (ISV) (19). Israel utara dan Yehuda selatan akan bersatu menjadi satu bangsa; berdamia dengan bangsa yang lain melalui Injil Tuhan Yesus (Efe 2:11-14); bersatu dalam Tuhan oleh satu Roh (Efe 4:3-4).
– Hati yang taat atau besar (Heb) = daging.

Banding dengan 18:31 tanggungjawab setiap individu untuk mengusahakan pembaharuan hati dan roh.

FASAL 12 AKSI SIMBOLIK PELARIAN DAN GEMETAR
1. Yehezkiel melakukan aksi simbolik ke-6 tentang pelarian (1-7). Penjelasan aksi yang menubuatkan kemusnahan kerajaan Yehuda dengan keadaan bagaimana Raja Zedekia dicungkil mata dan ditawan ke Babel (8-16).

2. Aksi simbolik minum dan makan dengan gentar dan menggigil (17-20).

3. Sindiran di Tanah Israel yang harus dihentikan (21-26).

(1-2) Rujuk 3:9, 26-27; banding dengan Yesaya 6:9-10. Persiapan psikologi dan peringatan gembala bahawa semangat dan nilai kerja mereka tidak bergantung pada kesan atau hasil usaha tersebut.

(3-7) Nabi Yehezkiel beraksi seperti seorang pelarian, aksi simbolik ke-6 dalam Kitab Yehezkiel.

(12-15) Nubuat tentang bagaimana Raja Zedekia akan cuba melarikan dari kota Yerusalem pada waktu malam namun terperangkap dan matanya dicungkil oleh tentera Kasdim (Yer 39:4-7).

(16) Menubuatkan sisa Yahudi akan dipelihara oleh Tuhan sehingga dapat mengelak hukuman pedang, kelaparan dan sampar.

(17-18) Nabi Yehezkiel makan dan minum dengan gementar. Aksi simbolik ke-7 dalam Kitab Yehezkiel.

(19-20) Penjelasannya ialah ketakutan akan meliputi penghuni Yerusalem sehingga tidak tenteram untuk makan dan minum, sebab dalam masa terdekat Kota Yerusalem akan menjadi reruntuhan.

(21-28) Nabi menafikan sindiran di Tanah Israel.

(24) Penglihatan yang menipu dan tenungan yang menyesatkan (flattering divination) – amaran gembala agar setia dan berani menghadapi dan menangani masalah atau krisis penggembalaan yang sedang mengancam umat Tuhan. Konteks yang berikutnya di fasal 13, Tuhan mengutus Yehezkiel bernubuat melawan emreka.

(27) Menunjukkan mereka tidak percaya dan meragui penglihatan Yehezkiel tentang keruntuhan Yerusalem dengan alasan ia tiada kaitan dengan angkatan semasa mereka dan hanya akan tergenap pada masa depan yang masih sangat jauh dan lama. Rujuk dan banding dengan masalah sikap Raja Hizkia (Yes 39:5-8).

(25,28) Namun, Allah menegaskan nubuat Yehezkiel pasti akan segera digenapi semasa hidup angkatan mereka.

*(2 Pet 3:3,9) Masalah jemaat dalam akhir zaman ialah meragui nubuat kiamat yang direncanakan oleh Tuhan, namun tidak menyedari bahawa meskipun ada yang tidak sempat menantikan kiamat dunia namun tetap tiada orang yang dapat meluputkan diri daripada kiamat peribadi.