|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 33-34)

Fasal ini merupakan titik permulaan separuh akhir untuk Kitab Yehezkiel. Nabi dilantik semula menjadi penjaga rumah Israel oleh Tuhan untuk memberitakan mesej yang positif tentang janji pemulihan Israel. Mesej dalam fasal ini mempunyai sifat yang sama dengan fasal 3. Mulut nabi terbuka dalam fasal ini dan lidahnya tidak lagi dikekang. Nabi mampu memberitakan mesej pemulihan Israel dengan bebas sejak frasa ini.

1. Yehezkiel dilantik dan diberi tanggungjawab sebagai penjaga (1-9). Rujuk dan bandingan dengan fasal 3 ayat 17-21.

1.1 Peranan penjaga ialah menyampaikan amaran tentang malapetaka dengan meniup sangkakala (1-6) – tujuannya ialah:
– Menyelamatkan umat TUhan dan sendiri
– Jika tidak bertanggungjawab maka akan dituntut oleh Tuhan.

1.2 Memberi amaran kepada orang fasik agar bertaubat (7-9).

Kesimpulan:
2. Seruan untuk bertaubat yang menjelaskan prinsip penghakiman Tuhan (10-20).
– Tuhan tidak berkenan kepada orang fasik binasa (10-11).
– Orang benar yang merosot dan berdosa akan binasa (12-13).
– Tuhan menghakimi menurut perbuatan masing-masing secara adil (17-20).

3. Kora Yerusalem telah runtuh ditakluki, namun sisa bangsa Yahudi di kota reruntuhan masih tidak bertaubat (21-33).

(21-22) Kota Yerusalem runtuh ketika mulut nabi Yehezkiel terbuka. Tarikh tahun ke-11, bulan ke-10, tanggal 5 (ITB), namun tahun ke – 12 dalam bersi KJV, CUV, ISV ialah bulan Januari, 585 SM. Rujuk Ezra pernah mengambil masa 4 bulan dari Yerusalem ke Babel.

(23-29) Sisa bangsa Yahudi yang berada di tanah Kanaan masih melakukan kefasikan.

Mereka berkata begini: Abraham adalah seorang diri, tatkala ia mendapat tanah ini menjadi miliknya, tetapi kita banyak, tentu tanah ini diberikan kepada kita menjadi milik (24; Yes 51:2).

Ini bererti mereka beranggapan bahawa apa yang dilakukan oleh majoriti pasti benar dan ingin memaksa Tuhan menerima serta membenarkan perbuatan mereka. Namun Tuhan bertegas akan ukuran-Nya dan tetap tidak berganjak iaitu kebenaran hukum Taurat-Nya sebagai ukuran yang menentukan sama ada mereka layak mewarisi janji atau tidak (25-26).

Justeru itu, pedang, binatang buas dan penyakit sampar akan terus membinasakan sisa Yahudi yang tetap degil enggan bertaubat (27-29).

(30-33) Budaya hidup Yahudi buangan di Babel sangat munafik dan tamak akan kekayaan yang haram. Mereka menganggap firman Tuhan sebagai pertunjukan seni dan hiburan hidup seperti satu persembahan muzik. Rujuk Kisah Para Rasul 17:21,32 Sikap orang Atena mendengar idea atau ajaran baru.

Fasal 34 menegur gembala-gembala yang jahat dan menjanjikan gembala yang baik

1. (1-10) Teguran terhadap gembala-gembala Israel.
2. (11-16) Gembala yang baik.
3. (17-22) Penghakiman antara domba-domba. 4.
4. (23-24) Daud (Mesias) menjadi gembala.
5. (25-31) Perjanjian damai
(1-3,24) Gembala Israel dalam Kitab biasanya ditujukan kepada raja, juga imam, para tua-tua dan para nabi.

Tuhan Allah berfirman bahawa Dia sendiri akan menjadi lawan gembala-gembala itu (10).

Masalah gembala Israel:
1. Hanya mementingkan diri menikmati susu, buu domba dan menyembelih yang gemuk (2,3,8,10).
2. Tidak menggembalakan domba Tuhan (3-6).
2.1 yang lemah tidak dikuatkan (4).
2.2 Yang sakit tidak diubati (4).
2.3 Yang luka tidak dibaluti (4).
2.5 Yang sesat tidak dibawa pulang (4,6).
2.5 Yang hilang tidak dicari (4,6).
2.6 Menginjak-injak dengan keker dan kekejaman (4).

Akibatnya:
– Domba berselerak (5,8).
– Domba menjadi mangsa binatang buas (5,8).
– Tersesat di bukit dan gunung (6; Mat 9:35-38).

Oleh itu, Tuhan menuntut dosa gembala yang jahat (9-10) kerana Tuhan merupakan gembala yang Agung (1 Pet 5:4).
– (10) Tuhan bermusuhan dengan mereka.
– (10) Tuhan akan menuntut balik kawanan domba.
– (10) Mereka tidak lagi menggembalakan domba.
– (10) Tuhan sendiri akan menyelamatkan domba-Nya dari mulut gembala yang rakus.

Tuhan gembala yang baik (11-16).
(11-13) Tuhan akan mengumpul dan mengembalikan Yahudi buangan dari negeri-negeri lain ke tanah air sendiri.

(13-14) Kawanan domba yang kembali akan dipimpin ke padang rumput yang baik, iaitu tempat penggembalaan yang baik (14). a good fold, (Kej 48:15; Maz 23:1-6; Yoh 1,16) – Satu gembala yang baik, satu kandang Tuhan, satu kawanan ; melambangkan satu-satunya jemaat yang dipilih kelak.

(16) Ciri-ciri penggembalaan Tuhan:
– Yang hilang dicari.
– Yang tersesat dibawa pulang.
– Yang luka dibalut.
– Yang sakit dikuatkan.
– yang gemuk dan kuat akan ku lindungi (16). I will destroy the strong; I will feed them with judgment (KHV & CUV). Jika rujuk konteks dalam ayat 17-22, adalah lebih tepat Tuhan akan memusnahkan domba-domba yang gemuk.

(17-22) Penghakiman Tuhan antara domba dengan domba, dan antara domba jantan dan kambing jantan (17). Rujuk Matius 25.

(18-19) Kejahatan yang ditegur oleh Tuhan.
– Menghabiskan rumput terbaik di padang (18).
– Menginjak-injak rumput yang lain (18).
– Selepas minum air jernih mengeruhkan air dengan kaki (18).

(23-24) Tuhan menjanjikan Daud sebagai gembala. Ini melambangkan Mesias, gembala yang baik – raja yang bekenan kepada Tuhan ( Yoh fasal 10; Mat 9:35-38).

– Menghalau binatang buas (25,28).
– Domba dan sekitar tempat menjadi berkat (26).
– Menurunkan hujan yang membawa berkat, menurut waktunya, perlambangan dan nubat menurunkan karunia Roh Kudus (26). Rujuk 36:26-27; 39-29.
– Tanah membawa hasil baik (27).
– Tinggal diam dalam damai sejahtera (27).
– Hukuman binatang buas dan kelaparan tidak lagi menimpa mereka. Mereka akan berdamai dengan Tuhan. (28-30).

Renungan:
1. Siapakah gembala Tuhan hari ini dalam gereja Tuhan? Ibu bapa (Ul 6:4-9; 7:3-4; 11:1-2); murid yang menasihati Tuhan, penjabat kudus.
2. Apakah ciri-ciri gembala yang baik?

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 31-32)

Fasal 31 Mesir akan binasa seperti Asyur

Nubuat ke-5
1. Nubuat menentang Mesir dengan merujuk kepada kemegahan Asyur sebagai pohon aras (1-9).
2. Sebab pohon aras (Asyur) dibinasakan (10-14).
3. Pohon aras dan semua pohon binasa bersama (15-18).
Tahun kesebelas, bulan ketiga, tanggal satu. Bulan Jun, tahun 587SM, dua bulan selepas nubuat ke-4.

Perumpamaan tentang penghakiman Tuhan dengan phon pokok besar seperti berikut:
1. Pohon atas,pohon di taman Allah/Eden – Bangsa Israel (8,9,16,18);
2. Pohon aras tinggi – Asyur (3-13). Versi ITB tidak menyatakan nama Asyur dalam ayat 3. Rujuk CUV, KJV, dan ISV.
3. Pohon aras dan semua pohon binasa bersama (15-18).
Tahun kesebelas, bulan ketiga, tanggal satu. Bulan Jun, tahun 587SM, dua bulan selepas nubuat ke-4.

Perumpamaan tentang penghakiman Tuhan dengan pohon pokok besar seperti berikut:
1. Pohon aras, pohon di taman Allah / Eden – Bangsa Israel (8,9,16,18);
2. Pohon aras tinggi – Asyur (3-13). Versi ITB tidak menyatakan nama Asyur dalam ayat 3. Rujuk CUV, KJV dan ISV.
3. Pohon tinggi – Babel (Yeh 17:24; Dan 4:22).
4. Phon hijau / yang tumbuh – Mesir (Yeh 17:24;18).
5. Pohon aras yang hebat di gunung Israel yang tinggi – Kerajaan Mesias, jemaat Allah (Yeh 17:22-23; Mat 13:31-32).

Secara umum, pohon-pohon melambangkan bangsa-bangsa di dunia (31:14).

Sebab Asyur binasa kerana dosa keangkuhannya (8-11; Ams 16:18; 18:12). Tuhan merujuk kejatuhan Kerajaan Asyur sebagai Amaran kepada Mesir. Mesir dinubuatkan akan mengalami kesudahan yang sama (15-18).

FASAL 32 NYANYIAN RATAPAN UNTUK FIRAUN

Nubuat ke-6, tahun ke12, bulan ke12, tanggal 1. Bulan Mac, tahun 586SM(1).
1. Firaun binasa seperti buaya yang dipukat (1-16).
2. Nyanyian ratapan tentang Mesir yang diturunkan ke alam maut (17-32). Wahyu diterima 15 hari kemudian.

(4) Jamuan buaya dijadikan jamuan kepada burung-burung dan binatang buas, rujuk snario yang serupa (39:17-20; Why 19).

Nubuat ke-7 (17-32).
Bulannya kurang jelas. ITB, RSV, ISV mengikut sumber LXX, iaitu pada tahun ke-12(585 SM) bulan pertama, pada tangga l15; manakala terjemahan CUV dan KJV hanya mencatatkan tahun 12,tanggal 15; tidak menyatakan bulannya (17). Di sini Tuhan mendedahkan bangsa-bangsa yang tidak disunat semuanya diturunkan ke dalam alam maut. Mereka ialah Asyur (22), Elam (24), Mesekh dan Tubal(26), Edom (29), pemimpin-pemimpin dari utara, Sidon (3; 38:15; 39:2) semuanya diturunkan ke dalam dunia orang mati.

Bangsa-bangsa yang tidak bersunat telah binasa bersama membuktikan satu kebenaran iaitu dalam Perjanjian lama, bangsa Israel merupakan satu-satunya umat pilihan Allah yang diselamatkan. Rasul Paulus menjelaskan bahwa sunat melambangkan baptisan air di Perjanjian Baru. Dengan itu, dalam nubuat ini Yehezkiel telah sembilan kali mengulangi punca mereka binasa iaitu disebabkan tidak disunat.

Ini memberi bayangan bahawa seseorang tetap tidak akan selamat jika tidak dibaptis di gereja yang dipilih oleh Tuhan dengan cara yang tepat dan sah menurut Alkitab (15,26,27,28,29,30; 31:18; Kej 17:9-14; Kol 2:11-12).

Dalam sejarah kitab, Tuhan tiga kali menghakimi Mesir dengan hukuman yang dahsyat. Kali pertama semasa Umat Israel keluar dari Mesir.

Kesimpulan daripada dosa-dosa Mesir yang mengakitbatkan Tuhan menurunkan hukuman kepada mereka:
1. Berhala-berhalanya yang menyesatkan Bangsa Israel bekurun-kurun lamanya (20:7-8). Akibatnya Tuhan meyerang berhala-hala Mesir (30:13).

2. Bersekutu dengan bangsa Israel yang dianggap Tuhan sebagai persundalan (23:27).

3. Membantu Tirus menentang kerajaan Babel yang direncanakan Tuhan (29:18-20).

4. Keangkuhan Mesir memukarkan Tuhan dan menjatuhkan Mesir (32:2,12; 29:3,9).

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 29-30)

FASAL 29 MESIR HANYALAH BULUH / TEBERAU YANG PATAH TERKULAI (6).

Tujuh kali menubuatkan kemusnahan Mesir.

1. Mesir akan binasa kerana keangkuhannya (1-16).
2. Babel menyerang Tirus selama 13 tahun tetapi tidak berhasil (17-21).
3. Israel mendapat penghiburan (21).

Nubuat pertama, tarikh yang dijelaskan di sini ialah bulan Januari, 589SM (1-16).
Tahun Kota Yerusalem mula diserang oleh tentera Babel tercatat dalam fasal 24.
KJV-serpent, great monster, Seamonster, dragon;
binatang-binatang laut yang besar; ITB terjemahkan sebagai buaya besar (Kej 1:21).

Punca kemusnahan Mesir:
Pertama – disebabkan keangkuhan mereka yang menganggap Sungai Nil kepunyaan mereka dan buatan mereka (3,9; 30:6,18).

Kedua – disebabkan Mesir membantu Tirus menentang Babel yang diutus Allah, maka Allah tiga kali mengisytiharkan cabaran bahawa Dia menjadi lawan Mesir (3; 10; 30:22).

Ayat 6-7 menggambarkan Firaun Hophra yang ragu-ragu untuk menolong raja Zedekia (Yer 37:7).

ITB- … dari Migdol sampai Siene, bahkan sampai perbatasan tanah Etiopia. (10)

CUV/ISV/KJC – dari Syene (Aswan) hingga sempadan Etiopia.
Nubuat Allah telah genap kemudian apabila Mesir dua kali dikalahkan oleh Babel iaitu pada tahun 572SM dan 568SM.

Orang Mesir ditempatkan ke negara-negara asing. Mesir menjadi reruntuhan selama 40 tahun. Kemudian, mereka diizinkan kembali ke Mesir semasa pemerintahan kerajaan Persia oleh Raja Koresy (Koresh). Sejak itu, Mesir menjadi kerajaan yang paling lemah (29:11-12,15).

(14) Patros – Mesir Utara.

Nubuat ke -2
Perempuan ini merupakan kronologi dan mesej terakhir daalm kitab Yehezkiel iaitu pada tahun 571SM (29:17-21).

(20) Raja Babel dikatakan bekerja untuk Tuhan Allah, dia dihadiahkan Mesir sebagai upah berkhidmat untuk Tuhan. Raja Nebukadnezar digelar sebagai hamba Tuhan (Yer 27:5-7).

Hakikatnya ialah Babel mengepung Tirus selama 13 tahun dan kemudian mendapati harta-harta yang bernilai telah dipindahkan ke kota lain oleh bantuan Mesir. Dalam hal ini, Yehezkiel menubuatkan tindakan Mesir membantu Tirus ialah menentang kehendak Tuhan. Oleh itu, Mesir dihadiahkan kepada Babel sebagai upah oleh TUhan pada tahun 568SM.

Fasal ini diakhiri dengan dua janji.

Pada hari itu, akan terjadi dua perkara seperti berikut.
1. Tuhan akan menumbuhkan tanduk bagi kaum Israel, tanduk dalam Alkitab biasanya ditunjukan kepada penyelamatan Allah (21; Lk 1:69).

2. Nabi Yehezkiel akan mula berbicara dan tidak lagi bisu (21).

FASAL 30 ALLAH MEMATAHKAN TANGAN FIRAUN MESIR

1. Bangsa-bangsa sekutu Mesir akan runtuh (1-11).
2. Semua tempat berhala di Mesir akan dihapuskan (12-19).
3. Kuasa Firaun dihancurkan (20-26).

Nubuat ke-3 (30:1-19). Hanya mesej ini tidak dinyatakan tarikhnya. (3) Hari Tuhan, bukan kiamat tetapi pada 568SM Tuhan memusnahkan Mesir melalui tangan Raja Babel (9,10,11).

(4-5) Bangsa-bangsa bersekutu dengan Mesir turut dimusnahkan.
Etiopia: Selatan Mesir (Yes 10).
Put: Lybia, sebahagian Afrika.
Lud: Lydia, di tanah Afrika.
Tanah Arab @ orang bajingan.
Libia: Sebahagian Afrika.
Orang-orang dari negeri bersekutu dengan Mesir akan mati rebah bersama.

(13-14) Memfis – ibu kota di selatan Mesir, pusat berhala.
Patros – dipercayai tempat berpuncanya Mesir (14).
Soan – di utara Mesir, sebelah timur Delta Sungai Nil (14).
Tebe – Kota terkemuka di tengah Mesir. Pernah dijadikan ibu Kota Mesir, tempat menyembah Dewa Mataharia (14).

Sin (15) – timur laut Delta Sungai Nil.

On/Aven (17) – Heliopolis ang kuno. Kota asal bagi isteri Yusuf, Asnat. Bapa mertua Yusuf merupakan imam di kota On (Kej 46:20).
Pi-Beset – Moden Basta.
Tahpanhes – Greek Daphnai, moden Tel Degenneh, tempat di mana Yeremia dibawa ke situ setelah kematian Gedalya (18; Yer 43:7; 44:1).

Nubuat ke-4
Masa: Hari ke-7, bulan pertama, tahun ke-11, iaitu April 587SM, selepas Raja Yoyakim ditawan (30:20-26).

Dalam fasal ini empat kali mengulangi satu frasa amaran Tuhan, iaitu “Tuhan akan mematahkan tangan kekuatan Mesir” melalui Babel (18,21,22,24).

Dua kali menegaskan bahawa “pedang Allah akan diserahkan ke dalam tangan Raja Babel (24,25). Hamba Tuhan yang memberitakan Injil harus terlebih dahulu mendapatkan pedang Roh untuk bertempur dengan penuh kuasa dan berkesan… (pierced/pricked/cut to the hearts) (Kis 2:37).

Akibat daripada penghakiman Tuhan maka orang Mesir berselerak dan diserakkan ke semua negeri.

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 27-28)

1. Sebab-sebab Tirus diruntuhkan (1-25)
a. Megah kerana keindahan yang sempurna (1-4).
b. Megah kerana kemewahan kapal-kapal dagangnya (5-7).
c. Megah kerana kebijaksanaan tenaga-tenaga perkapalan dan ketenteraan marin mereka yang mahir (8-11).
d. Megah kerana kekayaan perniagaan antarabangnya (12-25).

Aktiviti bangsa-bangsa yang disebut berniaga dengan Tirus (12-25):
a. Menukarkan perak, besi, timah putih dan timah hitam Tarsis (Sepanyol) (12).

b. Menukarkan budak-budak (hamba), barang-barang tembaga yawan (Yunani), Tubal (Anak Yafet, Josephus, menjelaskannyasebagai Cappadocia manakala Herodotus III memperkenalkannya sebagai Moschoi) dan Mesekh (Anak Yafet, bangsa yang berjiranan dengan Armenia menurut Herodotus III)(13;38:2).

c. Menukarkan kuda kereta, kuda tunggang dan bagal Bet Togarma (Anak Gomer, cucu Yafet, mungkin Armenia) (38:6).

d. Menukarkan tulang gading dan kayu arang orang Rodos (Itb & LXX). Dalam terjemahan ISV dan KJV ialah Dedan. Kemungkinan dari Pulau Dadaan dekat Teluk Persia (15).

e. Menukarkan permata batu darah, kain ungu muda, pakain berwarna-warna, kain lenan halus, karang dan batu delima Edom (ITB), namun Syria (Aram) menurut KJV, ISV dan CUV (16).

f. Menukarkan gandum, mur, madu, minyak dan balsam Yuda (Yehuda) dan Israel (17).

g. Menukarkan anggur, bulu domba Damsyik, sebuah kota di Damsyik (18).

h. Menukarkan besi, kayu teja dan tebu Uzai (Vedan) sebuah tempat, di Arab. Dalam Kitab Ibrani, ada menyebutkan benang Ywan iaitu Yunani (19).

i. Menukarkan Kulit pelana, karpet Daden, keturunan Kush (20).

j. Menukarkan anak domba, domba jantan dan kambing jantan Arab dan Kedar yang merupakan keturunan Ismael (21). Kedar terletak di utara Arab.

k. Menukarkan rempah-rempah dan segala batu permata yang mahal-mahal dan emas Syeba dan Raema. Syeba dan Raema ialah keturunan Ham yang menetap di sebelah tenggara Arab yang berdekatan dengan Teluk Persia (22).

l. Menukarkan jubah-jubah yang maha indah, kain ungu tua, pakaian yang berwarna-warni, permadani yang beraneka warna dan tadi berpilin yang teguh dari Haran (di antara Tanah Kanaan dengan Mesopotamia), Kane (Sebuah kota perdagangan di tepi Sungai Tigris), Eden (Sebelah selatan Haran), Asyur, dan Kilmad (Kilmad adalah pusat perniagaan di Asyur) (23).

m. Kapal-lapa Tarsis membawa barang-barang dagangan yang membuat bangsa mereka sangat makmur.

2. Keadaan keruntuhan Tirus (26-36)
(28-32, 34-36) Kemusnahan Tirus diratapi dan sungguh mengejutkan bangsa-bangsa yang berdagang dengannya.

Ketika hidup dalam keadaan yang selesa, kaya dan bahagia, perlu berjaga-jaga untuk mencegah sebarang krisis atau malapetaka yang tidak berbau, terutamanya unsur-unsur yang mungkin mengancam keselamatan kerohanian kita. Ambil iktibar dari ayat 5-11,34 yang menyerupai keadaan kapal Titanic. Melainkan kita harus bermegah kerana mengenal Allah yang menunjukkan kasih setia, keadilan dan kebenaran di bumi (Yer 9:23-24).

Fasal 28 Nubuat yang menentang raja Tirus

1. Tuhan akan menghukum raja Tirus yang menyebut dirinya sebagai Allah (1-10).

2. Raja Tirus diumpamakan sebagai Iblis (11-17).

3. Kesudahan Raja Tirus (18-19).

4. Sidon juga akan dihakimi Tuhan (20-23).

5. Janji Tuhan akan memulihkan Israel (24-26).

The word of God came again to me (1). (Versi ITB tidak mencatatkan perkataan lagi.) Menunjukkan nabi Yehezkiel sekali lagi menerima wahyu daripada Tuhan, walaupun nama sasaran yang sama namun sifat nubuat berbeza. Hakikatnya fasal ini sekaligus ditujukan kepada dua sasaran dengan serentak, iaitu menyasarkan Raja Tirus secara tersurat dan Iblis di dalam roh, secara tersirat.

Dosa kecongkakan Raja Tirus yang menganggap diri sebagai Allah (2-10; 6; Yes 14:13-14).

Satu fenomena dan ancaman rohani pada akhir zaman ini ialah gerakan mencipta Allah oleh muslihat Iblis (2 Tes 2:2-4).

Raja Tirus di Taman Eden, yaitu taman Allah… pada hari penciptaanmu. Ayat ini membuktikan bahawa sebelum Kerub itu jatuh berdosa, pada asalnya dia memang dicipta oleh Allah (13; Kol 1:16).

* Ratapan tentang Tirus (11-17). Rangkap ini mengandungi mesej yang tersirat, pengalaman yang tidak pernah dialami oleh Raja Tirus, iaitu menyatakan asal-usul Iblis secara simbolik.

Gaya penulisan yang unik secara bersilih ganti membicarakan soal Raja Tirus dan Iblis atau Satan (Lk 10:18).

Taman Eden (Pleasure/ sukacita) – Istilah ini boleh dituju kepada beberapa maksud:
a. Taman Allah, gunung kudus Allah yang sukacita di dalam alam Roh ialah di Gunung Allah (13,14; Yes 14:13). Dia adalah kerub yang dicipta dengan tidak bercela (13,15).

b. Taman Eden yang didiami Adam dan Hawa (Kej 2).

c. Bangsa Israel (31:8,9,16,18). Maksud secara simbolik.

(15) Pada hari penciptaan, kerub ini tidak bercela. Oleh itu, Tuhan tidak pernah mencipta Iblis yang jahat, tetapi mencipta kerub yang baik dan tidak bercela.

Ciri-ciri yang sama antara Raja Tirus dengan Iblis atau Heylel / Lucifer/ Binatang timur (ITB) (Yes 14:12):
– Hikmat yang tinggi, malahan melebihi hikmat Daniel (3,12).
– Indah sempurna (12,17).
– Congkak, meninggikan diri kerana ingin menyamakan diri dengan Tuhan menjadi punca kejatuhan Iblis (2,5,17). Telah lima kali mencatatkan “Aku hendak” dalam Yesaya 14:13-14. Menunjukkan bentuk dosa Kerub tersebut iaitu berdosa dalam hati, dengan niat yang jahat timbul ego dari hati, akhirnya mengakibatkan dia jatuh dan berubah menjadi Iblis, musuh Allah.

Apakah alasan rangkap ini bukan ditujukan kepada Raja Tirus tetapi Iblis?
1. Taman Eden, taman Allah, gunung Allah yang kudus (13).
2. Kerub yang berjaga yang kemudian dihalau dari gunung Allah (14,16).

Kemusnahan Sidon (20-23).

Sebab dihukum Tuhan boleh dikesan daripada konteks berikut:
1. Kecongkakan seperti Kerub.
2. Tidak ada lagi tertangga yang menghina dan benci terhadap bangsa Israel, menjadi duri yang menusuk Israel (24).
3. Cara hukuman dengan penyakit sampar dan pedang (23).
4. Janji pemulihan untuk Israel (24-26).

Soalan renungan:
1. Bilakah malaikat dicipta menurut Alkitab? (Kej 2:1; Ayb 38:7).
2. Menurut 2 Pet 2:4, malaikat-malaikat yang berdosa dilemparkan ke dalam neraka, bukan dilemparkan ke bumi, bagaimana menjelaskan perkara yang tidak serasi ini? (28:17; Why 20:7; 18:2).

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 25-26)

Ul 2:4-7;9;37

1. Amon akan dihakimi Tuhan (21:28-32; 25:1-7).

Syukur! (ITB) – Head. Aha – word of interjection, take pleasure or gloat over other’ suffering (3; 26:2;36:2-3).

Sebab: bergembira atau kecelakaan dengan bertepuk tangan dan menghentakkan kaki ke tanah, tidak berbelas kasihan dan bersimpati dengan saudara yang sedang menderita (3,6-7).

Akibat penghakiman: Tuhan menyerahkan Amon sebagai milik orang dari sebelah timur – Babel ( 4,7,10;21:28-32; Zef 2:8-10).

2. Moab akan dihakimi Tuhan (8-11).

Sebab: memandang Yehuda setaraf dengan semua bangsa lain, angkuh melihat Yehuda dihakimi Tuhan (8).

Akibat Penghakiman : Kota-kota utamanya diruntuhkan sehingga Moab diserahkan Bersama-sama dengan bani Amon kepada orang dari sebelah Timur (10-11). Rujuk Bilangan 23:9.

3. Edom akan dihakimi (12-14).

Edom terletak di sebelah selatan Moab.

Sebab: tidak mengambil kisah akan hubungan persaudaraan (12,Amos 1:11; Oba 10-14). Malahan mengambil kesempatan menyerang Yehuda semasa mereka dimusnahkan oleh Babel, Edom membalas dendam dengan menaruh dendam kesumat, dianggap sangat berat kesalahan mereka oleh Tuhan (Bil 20:14-23; Maz 137:7; 1 Raj 11:14; 2 Taw 28:17; Amos 1:11-12; Oba 10-14).

Akibat penghakiman: Dari Teman sampai Bozra akan dibunuh sehingga menjadi reruntuhan (13-14). Tuhan akan menggunakan tangan Umat Israel membalas kejahatan Edom pada zaman Makabe (14).

Tanda zaman akhir ialah tidak tahu mengasihi, terjemahan CUV ialah tidak mementingkan kasih persaudaraan (2 Tim 3:3).

4. Filistin akan dihakimi (15-17).

Musuh ketat malahan musuh tradisi bagi Bangsa Israel.

Sebab berdendam kesumat, kerana rasa permusuhan yang turun-temurun (15).

Akibat penghakiman: Tuhan sendiri melawan Filistin dan melenyapkan orang Kreta yang menetap di Filistin (Zef 2:5; Yer 47:4) dan bangsa-bangsa di tepi laut (16-17).

Masa yang sukar dalam zaman akhir ialah tidak mahu berdamai (2 TIm 3:2-3).

FASAL 26 TENTANG TIRUS DAN SIDON
Perlu diperhatikan bahawa sasaran utama nubuat nabi dalam fasal 26-27 ialah bangsa Tirus, yang ditinjau dari sudut alamiah dan duniawi. Manakala sasaran nubuat dalam fasal 28 ialah Raja Tirus secara individu, dari sudut rohani dan mengandungi maksud perlambagan yang tersirat serupa dengan fasal 13 hingga 14 Kitab Yesaya, fasal 13 membicarakan tentang bangsa Babel, manakala fasal 14 memfokuskan kepada raja Babel, yang mempunyai maksud tersirat tentang perlambangan Iblis.

1. Sebab Tirus dihakimi (1-2)
2. Keadaan dan kesan penghakiman ke atas Tirus (3-6).
3. Babel diutus Tuhan untuk menyerang TIrus (7-11).
4. Nubuat tentang serangan Yunani terhadap Tirus (12-14).
5. Nyanyian ratapan untuk Tirus (15-18).
6. Lagi kutukan Tuhan ke atas Tirus (19-21).

Firman Tuhan datang kepada Nabi Yehezkiel sebanyak 5 kali walaupun nubuat yang mensasarkan bangsa Tirus yang sama (1;27:1; 28:1,11,20).

(2) Sebab dihukum Tuhan – bergembira atas kemusnahan Yerusalem. Mereka menganggapnya sebagai kesempatan untuk mendapat kekayaan setelah satu saingan dalam perniagaan telah berkurang iaitu bangsa Yahudi.

Raja Tirus, nenek moyang kepada bangsa Tirus pernah menjalinkan hubungan diplomat yang sangat baik dengan Raja Daud dan Raja Salomo (1 Raj 5:1-18, 9:10-14).

(3) Firman Tuhan Allah: Aku menjadi lawanmu, frasa yang sama dengan ungkapan Tuhan yang mencabar Raja Gog (39:1).

(7-11) Nubuat tentang serangan tentera Babel terhadap Tirus. Raja Babel mengepung Tirus selama 13 tahun.

Sete;ah berjaya menaklukinya, kebanyakan harta benda yang mahal telah dibawa oleh kapal-kapal Mesir ke tempat lain (29:17-10).

* (12-14) Rangkap ini merupakan kebanyakan harta benda yang mahal telah dibawa oleh kapal-kapal Mesir ke tempat lain (29:17-20).

(21) Akhir hidup bagi negara Tirus akan begitu dahsyat dan tidak dijumpai lagi.

Menubuatkan bangsa Tirus akan binasa dan pupus (571 SM – dikalahkan oleh Babel ; 332 SM – dikalahkan oleh Yunani; (1124 M – lenyap dari muka bumi).

Renungan :
1. Belajar bertimbang rasa dan bersimpati dengan orang y ang sedang menderita (2; Rm 12:15).

Renungan dan selidiki adakah terdapat keboconran dalam pertahana iman kita (10)? Di manakah kelemahan strategi penggembalaan gereja kita?

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 23-24)

FASAL 23 DUA ADIK – BERADIK PEREMPUAN YANG CABUL – OHOLA DAN OHOLIBA

Fasal 23 menyambung teguran Allah di fasal 16 tentang kecabulan Yerusalem. Fasal ini dibandingkan dengan persamaan pelacur besar di Wahyu fasal 17.

1. Latar belakang dua adik-beradik perempuan (1-4).

Aholah (Ibr), bererti khemahnya ( her own tert), Ohola (ITB) ditujukan kepada tempat penyembahan berhala atau idolatrous santuary, nama simbolik bagi Samaria. Nama ini berlatar belakangkan kejahatan Raja Yerobeam yang membuat dua patung anak lembu dan melantik imam dari suku bukan Lewi. Dia juga mendirikan bait suci sendiri yang tidak diakui TUHAN Israel. ( 1 Raj 12:28-33).

(Aholibah (Ibr, meaning my tent (is) in her. Oholiba (ITB) ialah nama simbolik Yehuda (4), bermakna khemah-Ku di dalamnya. Bait Suci Tuhan berada di Kota Yerusalem.

Mereka mula melakukan cabul dengan berhala di Mesir (3; 20:7-8). Penyesatan berhala sejak di Mesir telah sebati dalam hidup mereka.

1. Kecabulan si kakak Ohola (Aholah) (5-10) – Kecabulan Samaria secara politik dengan Asyur. Raja Menahem mengupah Asyur untuk membantu mengukuhkan pemerintahannya dengan membayar upeti seribu talenta wang perak (2 Raj 15:19-20).

Tidak meninggalkan berhala Mesir (3,8). Penyembahan berhala patung anak lembu emas. Keadaan ini nyata dilihat melalui peristiwa bangsa Israel menyembah lembu emas di bawah Gunung Sinai (Kel 32:1-6).

Lebih kurang 470 tahun kemudian tradisi penyembahan berhala lembu emas telah diwarisi dan dipopularkan semula oleh Yerobeam, sehingga menjadi batu sandungan yang menyesatkan seluruh bangsa Israel dari dan hingga Betel (1 Raj 12:25-33).

Dua persamaan tradisi telah diwariskan dan diperkembangkan oleh Yerobeam:
1. Rupa bentuk patung emas anak lembu. Malahan dari satu ekor bertambah menjadi dua ekor.

2. Ungkapan pengenalan berhala yang menyesatkan — Hai Israel, lihatlah sekarang allah-allahmu, yang telah menuntun engkau keluar dari Tanah Mesir (Kel 32:4).

(9-10) Hukuman Samaria ialah dimusnahkan oleh kekasihnya Asyur pada tahun 721SM.

Adik yang lebih cabul Oholiba (Aholibah) (11-21; 16:47) –
Raja Ahas mengupah raja Asyur untuk memerangi Israel dan Aram (12; 2 Raj 16:7-10).
– Raja Hizkia dengan Kasdim (14-18; 2 Raj 20:12).
– Raja Zedekia dengan Mesir (19-21; 17:7-10).

Oholiba mengulangi nasib tragedi kakaknya (22-35).

Akibat daripada persundalan Yehuda, Tuhan menyerahkan mereka kepada bangsa-bangsa kafir iaitu Orang Kasdim dengan bangsa-bangsa sekutunya Pekod, Soa dan Koa untuk menghakimi umat-Nya sendiri (22-24).

Nyanyian piala tentang hukuman yang menimpa Yerusalem (31-35).
Mengikuti kelakuan kakaknya Samaria… You took the path of your sister (ISV) (31).

Kerajaan Yehuda kurang peka dan gagal mempelajari pengajaran daripada tragedi Samaria, sebaliknya mengulangi kesilapan Samaria dan akibatnya diberi minum dari piala yang sama.

Piala yang diminum sebagai hukuman mereka bersifat seperti berikut:
a. Menjadikan mereka tertawan dan olok-olok (32).
b. Mabuk dan dukacita (33).
c. Kengerian dan kesunyian (33).
d. Mendera diri dengan merabitkan (meobek) susu sendiri (34).

Rujuk dan bandingkan dengan anggur murka Allah yang menyembah berhala (Why 14:9-11).

3. Penghakiman Tuhan terhadap dua adik-beradik (36-49).
a. Empat kejahatan mereka (36-44).
i. Berzina dengan berhala (47)
ii. Gagal menguduskan Hari Sabat (38)
iii. Membakar anak sebagai korban untuk berhala dan menajiskan Bait Suci (37-38)
iv. Cabul dengan mereka dari tempat yang jauh (40-44)

b. Orang-Orang benar akan mengadili mereka (45-48) –
– Nabi-nabi yang mengadili mereka dengan kebenaran Tuhan (45).
– Diadili oleh perbuatan orang-orang yang lebih benar secara relatif (16:51-52; Mat 12:41-42).
– Tafsiran yang lain ialah Tuhan menggunakan Babel sebagai penghakiman Tuhan yang adil.

c. Kaum perempuan harus mengambil iktibar daripada mereka (48-49).

Dalam perjanjian lama, Tuhan sentiasa mendakwa Umat Israel berzina, perzinaan yang dimaksudkan ialah seperti berikut:
1. Berzina secara agama disebabkan terpengaruh menyembah berhala.
2. Berzina dari segi politik kerana tidak sandar Tuhan melainkan ingin bergantung dengan kuasa-kuasa bangsa yang lain.
3. Berzina secara moral. Biasanya upacara pemujaan berhala kafir melibatkan cara pemujaan yang cabul dengan pelayan-pelayan berhala di kuil.

Renungan:
1. Daripada gambaran kecabulan dengan Mesir yang berulang tiga kali dihuraikan dalam fasal ini (3,8,21), bagaimanakah kita harus mendefinisikan ‘Kecabulan’ semasa membimbing belia-belia untuk mencegah perbuatan zina?

2. Melalui hukuman terhadap Kerajaan Israel dan Yehuda masing-masing, menunjukkan pembalasan Tuhan adalah adil malahan setimpal dengan perbuatan individu (9; 22-24;49). Sesungguhnya, apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituai(Gal 6:7).

3. Usahakan hubungan yang erat, dengan Kristus dengan mempertahankan fikiran kita. Jangan disesatkan dari kesetiaan yang murni kepada Kristus (2 Kor 11:2-3), kerana Tuhan kita akan cemburu jika jemaat berlaku curang kepada-Nya (Yak 4:5). Hamba Tuhan seharus sensitif dengan cemburu ilahi apabila melihat tanda-tanda jemaat yang tidak setia terhadap Tuhan.

4. Peka dan mengambil iktibar daripada kegagalan orang lain sebagai amaran dan langkah mencegah daripada mengulangi kesilapan yang sama (31,48).

FASAL 24 PERUMPAMAAN KUALI DIBAKAR API DAN AKSI SIMBOLIK KEMATIAN ISTERI NABI

Pada tahun kesembilan, dalam bulan yang kesepuluh, pada tanggal sepuluh bulan – 15hb bulan1, tahun 588SM. Kota Yerusalem mulai dikepung dan selama 2 tahun sehinggalah ditakluki.

1. Kuali yang berkarat (1-14)

Nyanyian tentang kuali (3-5), menjadi sindirian mereka di fasal 11:3, (6) Daging di dalamnya harus dikeluarkan potong demi potong tanpa memilih-milih, mengulangi hakikat bahawa mereka akan ditawan hidup-hidup dari dalam kota.

(6-8) Sebab dosa penumpahan darah mereka tidak dapat dirahsiakan dan diampuni lagi. Satu-satu caranya untuk menjadikan kota itu tahir ialah membakar karat (kenajisan) mereka dengan api (9-11-13).

2. Yehezkiel kematian isteri (15-27).

Nabi Yehezkiel membisu terhadap Israel selama 8 tahun (593-586SM) (3:2-27; 24:27-33:22).

24:27 Nabi dijadikan bisu, sehinggalah fsl 33:21-22, sebelah pagi sebelum orang Yahudi yang luput datang ke tanah Kasdim sebelu orang Yahudi yang luput datang ke tanah Kasdim melaporkan kepada Yehezkiel.

# Kemuncak ujian Nabi Yehezkiel ialah isteri yang disayanginya meninggal dalam sekelip mata seperti menghidap penyakit tulah. I am taking you the desire of your eyes (CUV, KJV, LEB, NET). Perkataan mata tidak dicatat dalam versi ITB.

Namun begitu, dia dilarang meratap ataupun menangis dan menitiskan air mata. Nabi langsung tidak bersungut kepada Tuhan. Dia taat setia terhadap kehendak Tuhan.

Nabi tidak berkabung dan meratapi isteri sehingga selesai menyampaikan mesej yang tersirat dalam aksi simbolik yang paling sukar ini (16-18;21,25). Aksi simbolik ini dijadikan tanda awal bahwa orang dan harta kesayangan umat Yehuda akan dirampas daripada mereka dan mereka akan mengalami dukacita dan penderitaan yang terpendam seperti yang dialami oleh Nabi Yehezkiel (21-24).

Sebagai hamba Tuhan, janganlah menjadi ornag=orang tersayang dan hobi kegemaran kita sebagai halangan yang menyebabkan kita leka dalam penyalanan.

Sebagai penjaga kaum Israel yang dilantik Tuhan, Nabi Yehezkiel berjaya menjadi contoh dan teladan terbaik bagi mereka yang mengabdikan diri untuk Tuhan (27; Luk 14:26).

Fasal 25-32- Nubuat menghakimi Tujuh Bangsa Kafir

Nabi Yehezkiel memulakan tugas bernubuat terhadap 8 bangsa lain yang memusuhi Israel tentang hukuman penghakiman Tuhan yang menimpa mereka (fsl 25-32,35,38-39).