Membincangkan Perihal Melayani Manusia Dari Buku Yakobus
| | | | |

Membincangkan Perihal Melayani Manusia Dari Buku Yakobus

Pendahuluan:

Sikap dan prinsip yang harus ada dalam melayani manusia.

A. Jangan memandang muka (Yak 2: 1)
1. Manusia salah menilai Kristus yang mulia menurut ukuran manusia. (2 Kor 5: 16; Yes 53: 2 – 3)
2. Paulus dilihat bersikap lemah dan perkataan-perkataannya tidak bererti. (2 Kor 10: 9 – 10; 1 Kor 4: 13)

  • Manusia melihat apa yang di depan mata, Tuhan melihat hati. (1 Sam 16: 7)

B. Jangan memandang berat akan yang kaya dan memandang ringan akan yang miskin (Yak 2: 2 – 3)
1. Miskin dan kaya adalah buatan tangan Tuhan. (Ayb 34: 19; Ams 22: 2)
2. Tidak membezakan antara mulia atau hina berdasarkan miskin atau kaya. (Ul 1: 17; Mzm 113: 7 – 8; Ams 15: 20)

  • Jangan menindas orang miskin. (Ams 14: 21, 31)

C. Jangan membuat pembedaan di dalam hati (Yak 2: 4)
1. Jangan hanya mendengar dari satu pihak. (Ams 18: 17)
2. Jangan memandang bulu. (Ams 24: 23 – 24, 28: 21)

  • Jangan ada niat peribadi atau prasangka. (1 Tim 5: 21)

D. Jangan bertindak sebagai hakim dengan pemikiran yang jahat (Yak 2: 4)
1. Penghakiman yang kejam meruntuhkan manusia. (Mat 7: 1 – 5; Yak 4: 11 – 12)
2. Nasihat dan dorongan kasih membangunkan manusia. (Ams 27: 5 – 9; 2 Kor 13: 10)

  • Jangan menghakimi. (Luk 6: 36 – 37)

E. Jangan menahan upah (Yak 5: 4 – 5)
1. Jangan berhutang dengan orang lain. (Im 19: 3)
2. Layanan antara tuan dan hamba. (Kol 4: 1; Ef 6: 5 – 9)

  • Janganlah berhutang apa-apa kepada siapa pun juga. (Rm 13: 8)

F. Prinsip Tuhan dalam melayani manusia (Yak 2: 5 – 8)
1. Tuhan tidak membedakan orang. (Kis 10: 34)
2. Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. (Mrk 12: 30 – 31)
Kasih sebagai pengikat yang mempersatukan dan menyempurnakan (Kol 3: 12 – 14)

Kesimpulan:

Tuhan Yesus berkata: “Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah demikian juga kepada mereka.”(Mat 7: 12)

 

Kajian Kitab Amsal : Allah & Manusia
|

Kajian Kitab Amsal : Allah & Manusia

Unit Empat: ALLAH DAN MANUSIA

[1] Di hadiratNya manusia adalah berdosa (20.9).

[2] Tuhan membalas manusia menurut perbuatan kerjaNya (24.11,12).

[3] Takut akan Tuhan (2.5; 9.10) adalah berkaitan dengan pengetahuan seseorang terhadap Dia (1.7).

[4] Dalam segala lakumu, mesti percaya dan bersandar kepada Tuhan (3.5,7) – akuilah dan ketahuilah, ikutilah, dll. kepada pimpinan ilahi yang bersesuaian dengan rencana manusia tetapi tertakluk kepada Ya atau Tidak dari Tuhan (19.21).

Unit Lima: ASPEK-ASPEK HIKMAT

  • Arahan atau latihan (1.2a, 3a).
  • Kefahaman atau panca indera (1.2b; 2.2).
  • Pengurusan secara bijak (1.3a; 10.5; 12.8).
  • Kepintaran dan kebijaksanaan (1.4b; 1.5; 22.3).
  • Pengetahuan dan pembelajaran (1.5; 2.1-5; 3.6).

Unit Enam: PENCAPAIAN HIKMAT

Hikmat adalah untuk setiap orang yang mengingininya. Ianya sama nilai seperti karaktor. Dan ianya harus dikumpulkan dan disimpan untuk yang lurus dan jujur, untuk orang-orang mulia, untuk orang-orang kudus (2.7-9).

Hikmat datang daripada wahyu dan ilham (2.6; 30.4-6) juga datang dari kemuridan (‘discipleship’) dan disiplin (2.6; 2.4; 2.5); ianya akan melahirkan pertobatan — berbalik daripada kejahatan (9.10; 8.13; 3.7b); mendatangkan kesetiaan dan kasih sayang untuk kehidupannya (8.34f; 9.5,6) dan rela dididik disampai pada kesudahannya (9.9), terbuka kepada perintah-perintah Tuhan (10.8) dan hajaran (3.11f) serta kepada nasihat dan kritikan manusia (13.10; 17.10).

Unit Tujuh: SI BODOH – SUATU DOSA DI HADIRAT TUHAN

[1] Teks yang utama berkenaan si-Pandir ialah Ams fasal 7; kata kerjanya yang asal membentuk perkataan ‘memperbodohkan’ ialah untuk ‘memperdayakan’ atau ‘menggoda’. Di ayat 1.10 Si-Pandir adalah orang yang terlalu senang diperdaya, tertipu dan bersikap bodoh. Dia seorang yang naif (14.15; 22.3) dan tidak bertanggung (1.32). Dia adalah pemalas dan malas berfikir, dan kemungkinan ia memerlukan alat bantu pandang-dengar untuk mentobatkannya (19.25). Ia tidak mempunyai kestabilan (1.22-32) dan hanya gemar bersuka-ria dan mengejar kesia-siaan (12.11).

[2] Si bodoh – kesil (tiga istilah yang paling lazim digunakan: kesil, ewil dan nabal; ianya muncul sebanyak 50 kali). Ia tidak mempunyai kesabaran dalam mencarikan hikmat, juga tidak menumpukan perhatian atasnya (17.24; 17.16). Masalahnya ialah dasar rohaninya dan bukan dasar mental. Ia suka mengulang-ulang perbuatan bodohnya (26.11) dan lebih suka kepada ilusi-ilusi keselesaan (14.8). Dia menolak perasaan takut akan Tuhan (1.29). Di masyarakat ia merupakan gejala ancaman: tidak mempunyai pertuturan kata-kata yang wajar atau berakal (14.7; 17.12; 8.6; 10.23; 29.11).`ewil (19 kali) kebebalan dan kedegilan; sesuatu yang lebih gelap daripada kesil. Ia mendedahkan kebodahan sendiri sebaik saja ia membuka mulutnya (17.28; 24.7; 10.14). Ia tidak mempunyai daya kawalan diri atau keseimbangan diri (20.3; 12.16; 27.3; 29.9), serta tidak sabar terhadap apa jua nasihat (1.7; 10.8; 12.15; 15.5). Nabal (3 kali di kitab Amsal 17.7; 30.22; 30.32), termasuk sifat-sifat di atas tetapi ditambahkan dengan sifat kurang beradab dan tidak berakal, cf. Mzm 14:1; I Sam 25.17. Seseorang yang pemikirannya tertutup kepada Tuhan dan kepada taakulan dan sebab-musabab.

[3] Si pencemooh (lesh) muncul sebanyak 17 kali di kitab Amsal. Ianya berkontras dengan si bijak. Berkenaan orang demikian, sikap mentalnya yang menentukannya dan bukan daya kemampuan mentalnya. Ia menentang sehebat-hebatnya pembetulan dari orang lain (9.7,8; 13.1; 15.12) dan menghalang setiap tindakan yang mengarah kepada hikmat (14.6). Ia memaparkan kepalsuan dan seorang yang senjaga membuat kacau (21.24; 22.10; 29.8), tambahan pula, ia sendiri mencemoohkan para pencemooh (3.34). Sikap dan pengaruhnya yang buruk begitu ketara kelihatan di hadapan orang ramai (24.9).

Unit Lapan: SI MALAS

[1] Ia tidak akan memulakan sesuatu (6.9,10). Sewaktu kita bertanya kepada si malas: “Berapa lama….’ atau ‘Bila…’, kita adalah terlalu muktamad kepadanya. Sebab ia sememangnya tidak tahu.

[2] Ia tidak akan menamatkan sesuatu (12.27) ~ 19.24;26.15.

[3] Ia tidak akan berdepan menghadapi sesuatu. Ia mulai mempercayai alasan-alasan sendiri, ‘kemungkinan ada penjahat di luar…’ (22.13) dan membela kemalasan sendiri; sebab ia menganggap dirinya ‘lebih bijak dari pada tujuh orang yang menjawab dengan bijaksana’ (26.16). Ia gemar membuat keputusan dengan cara senang (20.4) dan bersikap tidak jujur (26.13-16).

[4] Ia malas tidak mahu berbuat apa-apa (13.4; 21.25f), tidak berupaya (15.19). Ia seorang yang tidak berguna (18.9) dan menjengkelkan (10.26) – kepada setiap majikan yang menjawatnya.

[5] Titik perubahan si malas: Seorang pemalas harus dipermalukan oleh semut (6.6ff) dan pelajari pengajaran-pengajaran utama dari kawanan ini: (1) biarpun tidak ada pemimpin tetapi berinisiatif sendiri untuk melakukan sesuatu secara teratur (6.7); (2) Mereka mengetahui masa dan tahu menyiapkan makanan (musim panas dan musim menuai) (6.8). Begitulah seorang pemalas perlu ‘memberi perhatian’ dan ‘bekerja’. Seorang pemalas kemungkinan akan mendapat hajaran tetapi kemungkinan terlambat dan menyesal kemudian (6.11; 12.24; 24.30,31). Justeru itu, bangunlah, bangkitlah dan perbetulkan serta perbaiki diri dan bertindaklah dengan bijak.

Manusia dan Haiwan
|

Manusia dan Haiwan

Ayat Suci: Kej 1: 24-31

Prakata : Manusia harus mengenali diri juga mengenali haiwan-haiwan supaya dapat menjaga sifat mulia yang ada bagi manusia dan dapat mengejarkan sesuatu dengan sewajarnya. Dengan demikian bukan saja dapat menbezakan diri dengan haiwan-haiwan yang lain, malahan juga dapat berkuasa atas segala haiwan.

Sumber manusia dan haiwan.

(I) Kedua-duanya diciptakan oleh Tuhan.

(II) Menjadikannya pada hari ke-6, menciptakan haiwan dahulu, manusia kemudian.

(III) Kedua-duanya dijadikan dari debu tanah.

Tuhan memberikan sifat mulia yang istimewa kepada manusia.

(I) Manusia yang diciptakan menurut gambar dan rupaNya : Kekudusan, kehormatan, hikmat dan kebenaran. (Kej 1: 27; Efs 4: 24)

(II) Mempunyai Roh hidup kekal daripada Tuhan. (Kej 2: 7)

(III) Tuhan memberikan kuasa kepada manusia atas segala yang diciptakan olehNya. (Termasuk mengurus haiwan-haiwan) (Kej 1: 26, 28)

(IV) Berkat Tuhan yang khasnya untuk manusia. (Kej 1: 28)

(i) Manusia dikehendaki mempunyai gambar dan rupa Allah, Roh Allah untuk berkelayakan menerima kuasa pengurusan yang kudus dan berkat Tuhan.

(ii) Manusia dikehendaki melindungi gambar dan rupa Tuhan yang ada padanya, mementingkan kehidupan rohani supaya menyatakan sifatnya yang mulia dan yang hormat.

Persamaan dan perbezaan manusia dan haiwan.

(I) Fizikal yang sama.

(i) Kedua-duanya terjadi dari debu. (Pkh 3: 20)

(ii) Organ fizikal yang sama: mata, hidung, mulut, telinga (anggota, muka, hanya dalam bahagian badan yang tidak sama).

(iii) Kedua-duanya mempunyai nafas yang sama. (Pkh 3: 19)

(iv) Keperluan asas yang sama, hanya makanan yang berbeza. (Kej 1: 29-30)

    • Segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan pohon-pohonan yang buahnya berbiji, itulah yang menjadi makanan manusia tahap yang tinggi.
    • Tumbuh-tumbuhan hijau adalah makanan tahap yang rendah. (Tuhan mengkehendaki manusia menjalankan kehidupan yang kudus, harus ada pemilihan yang berbeza).

(v) Semenjak nenek-moyang berdosa, manusia sukar mengawal diri, sifatnya sama dengan haiwan liar : melukai orang lain, tidak tahu berasa malu. Apabila manusia bersifat seperti haiwan liar ini, ia sama seperti kehilangan akal manusia (kehilangan sifat hormat dan sifat mulia manusia), semua orang takut kepadanya dan menbencinya sama seperti sebagaimana orang menbenci haiwan-haiwan liar.

(II) Sifat kerohanian berbeza.

(i) Manusia mempunyai roh yang mulia, tetapi haiwan tiada. (Kej 2: 7; Pkh 3: 21).

(ii) Manusia mempunyai kelakuan beretika, tetapi haiwan tiada. Tuhan berfirman kepada manusia dan manusia dapat menerima firmanNya. Ajaran moral dapat dilakukan tetapi haiwan tidak dapat.

(iii) Manusia mempunyai roh dan memerlukan kehidupan rohani. (Haiwan tidak memerlukan kehidupan rohani).

(a) Jiwa rohani hendaklah menyembah kepada Allah milik Roh.

(b) Jiwa rohani memerlukan kehidupan rohani : firman Tuhan (Yeh 15 : 16; Mat 4: 4) Roh Allah (doa)

(iv) Manusia mempunyai kebijaksanaan, pemikiran, rancangan dan tahu berfikir sebelum bertidak. Tetapi haiwan tiada.

(III) Nilai berbeza.

(i) Nilai haiwan dalam daging, tetapi nilai manusia dalam roh.

(ii) Nilai haiwan dalam beratnya, tetapi nilai manusia dalam rupa-bentuknya.

(iii) Nilai haiwan dalam kekuatan, tetapi nilai manusia dalam kepintaran.

-Sungguhpun manusia tidak berkekuatan seperti haiwan, namun manusia dapat membuat jentera yang dapat melemahkan haiwan itu.

(IV) Pengejaran dan jalan yang ditujui berbeza.

(i) Haiwan hanya mengejarkan kehidupan jasmani, tetapi manusia harus mengejarkan kehidupan rohani, iaitu kehidupan abadi. (Manusia harus berjaga-jaga dari segi ini, Mat 4: 4)

(ii) Haiwan hanya mengejarkan usahanya dalam dunia yang singkat ini, ini memang berbaloi.Tetapi manusia harus mengejarkan kediaman jiwa rohani yang kekal, ini baru berbaloi.

(iii) Apabila haiwan itu mati atau disembelih, ia sudah tiada. Tetapi apabila manusia mati, rohnya masih ada dan akan masuk dalam dunia yang lain (alam rohaniah). Dengan itu manusia menggelarnya telah meninggalkan dunia. Haiwan tidak mempunyai roh, jadi selepas mati tidak digelar meninggal dunia.

(a) Kewujudan dan perasaan jiwa manusia.

(b) Dua jalan pemilihan jiwa. (Mat 7: 13-14)

Manusia harus mengejarkan keperluan manusia.

  • Manusia tidak seharusnya mengejarkan corak kehidupan yang sama dengan haiwan dalam hidupnya.

(I) Semenjak nenek-moyang berdosa, mereka kehilangan hidup yang berasal daripada Tuhan, jiwa rohani mereka terpisah dengan Tuhan. Justeru itu, mereka hanya mementingkan kehidupan tubuh jasmani yang bercorak haiwan, seperti hanya berusaha untuk keperluan kehidupan tubuh jasmani saja.

(II) Kita harus berusaha sambil melindungi rupa seperti Kristus. (Efs 4: 24; menuruti kebenaran, melakukan kasih dan menjaga kekudusan.)

(III) Memulihkan sifat kerohanian manusia dan memohon Roh Kudus.

(IV) Sifat rohani perlu percaya kepada Tuhan.

(i) Mempunyai damai sejahtera : Tubuh dipelihara, mempunyai damai sejahtera dalam keluarga, kerjaya dan kehidupan.

(ii) Mempunyai sukacita : Sihat semangat kerohanian, kehidupan bersukacita. (Yeh 15 : 16; Kis 16: 34)

(iii) Mempunyai hidup kekal : Jiwa dapat memasuki dalam kerajaan sorga mulia.

(V) Harus menjalankan kehidupan baik dalam kerohanian.

(i) Tidak dapat digantikan dengan kebendaan.

(ii) Keperluan roh iaitu kehidupan milik Tuhan.

(a) Giat dalam kebaktian, doa, pembacaan Alkitab dan pendengaran kebenaran.

(b) Hidup berpegang pada firman Tuhan, iaitu firman kehidupan. (Fil 2: 15-16)

(c) Giat dalam pelayanan Tuhan untuk melakukan pekerjaan rohani. (1 Kor 15: 58)

Kesimpulan : Perbezaan di antara manusia dan haiwan dapat menunjukkan bahawa kehidupan manusia lebih bernilai dan mulia daripada haiwan. Ini disebabkan manusia mempunyai rupa-bentuk seperti Tuhan dan roh yang diberikan daripada Tuhan. Dengan itu , kita harus menjaga dan melindungi rupa seperti Tuhan. Mementingkan kehidupan rohani, dapat menyatakan semua sifat akhlak yang baik, dapat menyatakan perbezaan kita dengan haiwan. Kita harus hidup dalam kekudusan dan mempunyai sifat mulia manusia, iaitu rupa Kristus. Agar kita tidak kehilangan kemuliaan Tuhan (Rm 3: 23) dan dapat menjadikan saksi bagi memuliakan Tuhan.  Haleluya, Amin!

Apakah Manusia?
|

Apakah Manusia?

Ayat Suci: Maz 8: 3-9

“Jika aku melihat langit-Mu, buatan jari-Mu, bulan dan bintang-bintang yang Kautempatkan : apakah manusia, sehingga Engkau mengingatnya? Apakah anak manusia, sehingga Engkau mengindahkannya?” Sesungguhnya, di dalam alam semesta ini, bangsa-bangsa adalah seperti setitik air dalam timba dan dianggap seperti sebutir debu pada neraca.(Yes 40 : 15-17) Jadi dengan siapa hendak kamu memakan Allah, dan apa yang dapat kamu anggap serupa dengan Dia? Manusia yang dicipta daripada debu tanah seharusnya berada dalam kemuliaan Tuhan, dengan demikian barulah dapat menyatakan kehormatannya. Apabila manusia meninggalkan Tuhan yang memberikan hidup kekal dan Maha mulia ini, maka jelaslah menunjukkan kelemahan manusia. Jadi, apakah manusia ini? Bukankah manusia seharusnya takut akan Tuhan?

Kelemahan tubuh manusia. 

(i) Perlanggaran yang tidak disengajakan : Menjadi bengkak, kulit terluka dan berdarah, tulang patah, sangat sakit dan akan sembuh dalam tempoh masa yang lama. Kadang-kadang pula mendatangkan maut.

(ii) Tidak tahan dengan sebatang selumbar : Tidak tahan walaupun setitik pasir di dalam mata.

(iii) Apabila mengabaikan perubahan cuaca : Selsema, sakit kelongkong, hidung tersumbat dan rasa pening, tidak dapat tidur.

(iv) Tidak tahan melawan dengan jangkitan kuman – Kemajuan sains dan teknologi, kemajuan perindustrian mengakibatkan pencemaran udara yang teruk sehingga mendatangkan pelbagai penyakit yang menghairankan dan yang mengdatangkan maut .

(v) Kesibukan dalam seharian –Keletihan badan menyebabkan kesakitan tulang-tulang belakang.

(vi) Tidak dapat berbuat apa-apa ketika berdepan dengan trafik kemalangan.

(vii) Tidak dapat menggelakkan daripada terjadinya kemalangan.

(viii) Tidak dapat menahankan masa-masa remaja.

(ix) Tubuh akan mati dan kembali ke debu tanah, tidak wujud lagi.

    • Apakah manusia yang selemah ini?  Tuhan Yesus adalah Allah Pencipta yang sedia-ada. Dia datang ke dunia bertujuan untuk memberitakan injil sorgawi, menyembuhkan pelbagai penyakit umatNya, menanggungkan kelemahan dan kesakitan kita. (Yes53: 4; Mat 23-24; 8: 14-17) Adalah sama dengan saksian pemercaya pada hari ini.

Kelemahan jiwa manusia.

Jiwa seorang tidak dapat mengawal dengan penglibatan dunia luar. Hati sering tidak dapat bertahan untuk mengekalkan kesejahteraan, kesihatan dan kekuatan. Banyak kegelisahan, kekhuatiran menyebabkan kita sering memikirkan hal-hal yang buruk.

(i) Perasaan sedih dalam perpisahan.

(ii) Memori lepas yang tidak dapat dilupakan.

(iii) Sering rasa kecewa dan berputus asa.

(iv) Sering rasa cemburu terhadap kebolehan orang lain.

(v) Menghina orang yang tidak setanding dengan kita.

(vi) Sering rasa takut dalam kegelapan dan kebahayaan.

(vii) Tidak dapat menjadi tenang sewaktu mendengar sesuatu yang tidak rasa ingin dengar.

(Rom 7; 18) Sebab kehendak memang ada di dalam aku, tetapi bukan hal berbuat apa yang baik. Ini adalah hukuman dosa yang menguasai jiwa rohani seorang, roh-roh jahat yang bekerja di dalam dunia kegelapan ini, dengan itu tampaklah kelemahan manusia.

(Yoh 16: 33) Dalam dunia kamu menderita penganiayaan (alam persekitaran) tetapi ada damai sejahtera dalam Tuhan. (jiwa rohani)

(Yoh 14: 27) Damai sejahtera yang diberi oleh Tuhan adalah kesejahteraan tanpa gelisah dan gentar.

(Yoh 16: 24) Membolehkan jiwa kita berasa cukup dan sukacita oleh penerimaan Roh Kudus.

Terhad kekuatan manusia.

Manusia sering digalakkan untuk berusaha dalam kejayaan. Tetapi jangan bermegah bahawa boleh memakan Allah dan menganggap diri sendiri serba-boleh.

(i) Manusia meniru dari segi ciptaan Tuhan untuk mereka sains dan  teknologi yang menghadkan, tetapi sama sekali tidak dapat menjadikan alam semesta ini.

(ii) Manusia tidak dapat mencipta nyawa.

(a) Dapat mencipta pesawat tetapi tidak dapat mencipta burung.

(b) Dapat mencipta ‘pengangkut pesawat’ tetapi tidak dapat mencipta seekor anak itik.

(iii) Medan perang-keras pertempuran tetapi tidak dapat melawan dengan bakteria badan. (Yes 2; 22) Jangan mengharapkan manusia.

Terhad ilmu pengetahuan ( pengertian ) manusia. (1Kor 13: 9)

  • Walaupun banyak ciptaan dari manusia, peningkatan pengertian manusia dan kemajuan sains dan teknologi manusia, namun semuanya terhad. Contoh :

(a) Sering mendengar sesuatu yang dikatakan oleh manusia : “Aku tidak tahu…”.

(b) Apakah yang akan terjadi hari esok? “ Tidak tahu…”(Yak4: 14).

(c) Sampai bila engkau dapat hidup? “Tidak tahu” (Maz 90 : 12).

(d) Sebagaimana engkau tidak mengetahui jalan angin dan tulang-tulang dalam rahim seorang perempuan yang mengandung. (Pkh 11: 5)

(e) Dapatkah engkau meneka kataku yang seterusnya?

    • Tuhan Maha tahu, RohNya mengetahui segala sesuatu. Ia mengetahui percakapan manusia, tempat terang dan gelap, pemikiran manusia dan masa depan manusia.

Hidup manusia itu pendek.

  • Manusia yang lahir dari perempuan, singkat umurnya. (Ayb 14 : 1-2)
  • Hidup manusia sama seperti wap yang sebentar saja kelihatan lalu lenyap. (Yab 4: 14)

Kematian merupakan kesudahan setiap manusia. Tiada seorang pun yang berkuasa atas hari kematiannya. (Pkh 7: 2; 8:8 )

(a) Masa hidup manusia 70-80 tahun, berlalunya buru-buru dan kita melayang lenyap. (Maz 90: 10)

(b) Kadang-kala berlakunya kemalangan, hidup manusia lagi pendek.

(c) Jika Tuhan mengambil nyawa kita, maka kita tidak dapat berbuat apa-apa. (Yak 4: 14-15)

(d) Manusia tidak dapat mengalahkan maut dan tidak berkuasa atas hari kematian.

    • Tuhan Yesus adalah Tuhan yang memberi hidup.(Yoh 11: 25-26), Dia pernah berkata ,“Akulah kebangkitan dan hidup.” Dengan kuasaNya yang besar, ia dapat menghapuskan kuasa maut dan menyatakan kuasa hidup, memberikan hidup kekal kepada orang yang percaya kepadaNya. (Yoh 3: 16-18)

Tubuh manusia tidak tinggi nilainya.

(i) Bukti daripada kajian sains : Manusia yang dicipta dari debu tanah, tidak tinggi nilainya.

(a) Lemak dalam manusia boleh membuat 6 ketul sabun.

(b) Fosforus dalam manusia boleh membuat 220 batang mancis.

(c) Kapur dalam manusia boleh membasmikam kuman sangkar.

(d) Sulfur dalam manusia boleh mematikan kutu pada anjing-anjing.

(e) Besi dalam manusia boleh memukul sebatang paku.

(f) Secubit garam, segelas gula, ditambah dengan sedikit nitrogen boleh menjadikan serbuk letupan.

Dari beberapa butir ini dapat menunjukkan bahawa nilai manusia hanya beberapa ringgit saja. Pada hakekatnya tubuh manusia memang tidak berharga. Apabila tubuh kehilangan nyawa ia sama sekali tidak berguna.

(ii) Manusia yang telah mati, harganya tidak setanding dengan seekor babi.

(iii) Jiwa roh adalah manusia yang sebenarnya.

(iv) Tubuh merupakan baju kepada jiwa roh (aku).

(v) Jiwa roh meninggalkan tubuh, tubuh tidak bermakna.

(vi) Manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi. (Ibr 9: 27)

Orang yang mencari Tuhan akan beroleh hidup kekal.

Hidup manusia seperti mimpi, lakonan dan awan yang akan lenyap sebentar nanti. Hidup manusia dalam tubuh jasmani bukan saja singkat, tetapi banyak kelemahan dan kegelisahan. Tubuh sering sakit, tubuh tidak tinggi harganya. Dengan sekelip mata ia akan menjadi fana dan menjadi debu tanah. Apakah manusia ini? Apakah makna sebenarnya hidup manusia? Haruslah kita mencari Tuhan untuk memperoleh hidup yang kekal.

(i) Tuhan pencipta segala-sesuatu. Dia memberikan hidup dan nafas kepada semua orang. (Kis 17: 24-27)

(ii) Daging dan darah tidak mendapat bagian dalam kerajaan Allah. (1Kor 15: 42-44; 50-54)

(iii) Mengubah tubuh sama serupa dengan tubuh Tuhan yang mulia. (Tubuh rohaniah) (Fil 3: 20-21)

(iv) Bertobatlah dan hendaklah kamu masing-masing memberi dirimu dibaptis dalam nama Yesus Kristus untuk pengampunan dosamu, maka kamu akan menerima karunia Roh Kudus. (Kis 2: 37-38; Efs 1: 13-14)

Kesimpulan : Hidup manusia singkat, dan lemah, haruslah segera mencari Tuhan untuk beroleh hidup kekal. (Yes 55: 6-7) Carilah Tuhan selama Ia berkenan ditemui.

(Mat 16: 26) Apakah gunanya seorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya? (Merujuk [Majalah Roh Kudus] berpenggal 98).

Dirampas Keluar Dari Api
| |

Dirampas Keluar Dari Api

Rasul Paulus berkata : “Senjata kami dalam perjuangan bukanlah senjata duniawi, melainkan senjata yang diperlengkapi dengan kuasa Allah, yang sanggup untuk meruntuhkan benteng-benteng. Kami mematahkan setiap siasat orang dan merubuhkan setiap kubur yang dibangun oleh keangkuhan manusia untuk menentang pengenalan akan Allah. Kami menawan segala fikiran dan menaklukkannya kepada Kristus ( II Kor 10 : 4-5 ). Tujuan kita berjuang adalah untuk menawan hati manusia agar manusia menyingkirkan niat jahat sebaliknya kembali taat semula kepada Kristus. Usaha ini adalah sesuai dengan amanat Tuhan untuk menyatakan FirmanNya dalam pemberitaan Injil ( Tit 1 : 3 ). Ia juga lahir dari kasih kepada orang ramai. Catatan Kitab : Bebaskan mereka yang diangkut untuk dibunuh, selamatkan orang yang terhuyung-huyung menuju tempat pemancungan. Kalau engkau berkata : “Sungguh, kami tidak tahu hal itu!” Apakah Dia menguji hati tidak tahu yang sebenarnya? Apakah Dia yang menjaga jiwamu tidak mengetahuinya dan membalas manusia menurut perbuatannya?” ( Ams 24 : 11-12 ). Tugas menyelamatkan orang dalam kesusahan adalah berdasarkan kasih. Ia juga kewajipan bagi orang benar. Kita sudahpun menerima anugerah keselamatan Tuhan dengan percuma, maka kita juga patut memberi dengan percuma supaya orang lain dapat menerima anugerah keselamatan dan menikmati kegembiraan bersama kita.

DIRAMPAS KELUAR DARI API

Alkitab mencatatkan : “Selamatkanlah mereka dengan jalan merampas mereka keluar dari api” ( Yud 23 ). Manusia di dunia sedang bergelut dalam dosa seperti dikepung dalam lautan api. Jika ,mereka tidak dirampas keluar dengan segera, maka tiada pengharapan bagi mereka untuk hidup. Oleh itu, tugas menyelamat orang dosa ini adalah amat mustahak dan tidak boleh ditangguhkan. Sama seperti yang dikatakan oleh Yakobus : “Jika ada di antara kamu yang menyimpang dari Kebenaran dan ada seorang yang membuat dia berbalik. Ketahuilah bahwa barangsiapa membuat orang berdosa berbalik dari jalannya yang sesat, ia akan menyelamatkan jiwa orang itu dari maut dan menutupi banyak dosa ( Yoh 5 : 19-20 ).

Dahulu Lot tinggal di dalam kota yang penuh dengan dosa. Tuhan ingin memusnahkan kota itu dengan api maka diutusNyalah malaikat untuk menyelamatkan Lot dan isteri serta anak-anak perempuannya. Malaikat mendesak Lot dan berkata : “Bangunlah, bawalah isterimu dan kedua-dua anakmu yang ada di sini supaya engkau jangan mati lenyap kerana kedurjanaan kota ini”. Lot tidak ingin pergi. Disebabkan belas kasihan Tuhan, Lot dan isterinya serta anak-anak perempuannya, dituntun oleh malaikat keluar dari kota dan selepas menuntun mereka keluar, malaikat berkata : “Larilah, selamatkanlah nyawamu; janganlah menoleh ke belakang dan janganlah berhenti di mana-mana juga di lembah, larilah ke pergunungan supaya engkau jangan mati lenyap” ( Kej 19 : 15-17 ). Peristiwa malaikat menyelamatkan Lot sekeluarga dengan merampas mereka keluar dari kota adalah satu teladan yang baik bagi kita untuk memberitakan injil dan menyelamatkan orang sesat.

Pada suatu kali Yesus sedang berjalan di atas air. Murid-muridNya sangat terkejut tetapi Yesus berkata : “Tenanglah! Aku ini, jangan takut!” Petrus berkat : “Tuhan, apabila Engkau itu, suruhlah aku datang kepadaMu  berjalan di atas air”. Maka Petrus turun dari perahu dan berjalan di atas air mendapatkan Yesus. Tetapi ketika dirasanya tiupan angin, takutlah ia dan mulai tenggelam lalu berteriak : “ Tuhan, tolonglah aku!” segera Yesus mengulurkan tanganNya, memegang dia dan berkata: “Hai orang yang kurang percaya, mengapa engkau bimbang?” Lalu mereka naik ke perahu dan angin pun redalah (Mrk 4 : 35-41). Petrus mula tenggelam ke dalam air sebab dia kurang percaya dan masih ragu-ragu tetapi Yesus segera datang menyelamatkannya. Kita melihat manusia di dunia yang ketakutan dalam dosa dan lautan pahit, bolehkah kita tidak segera mengulurkan tangan untuk menarik mereka?

Ketika Paulus dan Silas berada dalam penjara di Filipi, mereka berdoa dan menyanyikan puji-pujian kepada Tuhan pada waktu tengah malam. Banduan-banduan lain turut mendengarkan mereka. Tiba-tiba terjadilah gempa bumi yang hebat, sehingga sendi-sendi penjara itu goyah dan seketika itu juga terbukalah semua pintu dan terlepaslah belenggu semua banduan. Apabila kepala penjara itu terjaga dari tidurnya dan melihat pintu-pintu penjara terbuka, ia menghunus pedangnya hendak membunuh diri. Tetapi Paulus berseru dengan suara nyaring : “Jangan celakakan dirimu, sebab kami semua masih ada di sini. Kepala penjara itu menyuruh membawa suluh, lalu berlari masuk dan dengan gementar tersungkurlah ia di depan Paulus dan Silas. Dia menghantar mereka keluar sambil berkata: “Tuan, apakah harus aku perbuat supaya aku selamat?” Jawab mereka : “Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat, engkau dan seisi rumahmu”. Kepala penjara itu membawa mereka dan membasuh luka mereka. Ketika itu juga dia dan keluarganya memberi diri dibaptis ( Kis 16 : 25-33 ). Jika Paulus tidak melarang kepala penjara daripada membunuh diri ketika itu juga, dapatkah dia dan seisi rumahnya menerima anugerah keselamatan? Itulah yang dikatakan “menyelamatkan manusia sama seperti memadamkan api” tidak boleh dilengah-lengahkan.

HARUS MENJADI SEORANG PENJAGA

Tuhan berfirman kepada Yehezkiel: “ Hai anak manusia, Aku telah menetapkan engkau menjadi penjaga kaum Israel. Bila mana engkau mendengarkan sesuatu firman daripadaKu, peringatkanlah mereka atas namaKu. Kalau Aku berfirman kepada orang jahat: Engkau pasti dihukum mati dan engkau tidak memperingatkan dia atau tidak berkata apa-apa untuk memperingatkan orang jahat itu dari hidupnya yang jahat, supaya ia tetap hidup, orang jahat itu akan mati dalam kesalahannya tetapi Aku akan menurut pertanggungan jawab atas nyawanya daripadamu. Tetapi jikalau engkau memperingatkan orang jahat itu dan ia tidak berbalik dari kejahatannya dan dari hidupnya yang jahat, ia akan mati dalam kesalahannya, tetapi engkau telah menyelamatkan nyawamu. Jikalau seorang yang benar berbalik dari kebenarannya dan ia berbuat curang dan Aku meletakkan batu sandungan di hadapannya, ia akan mati. Oleh kerana engkau tidak memperingatkan dia, ia akan mati dalam dosanya dan perbuatan kebenaran yang dikerjakannya tidak akan diingat-ingat tetapi Aku akan menuntut pertanggungan jawab atas nyawanya daripadamu. Tetapi jikalau engkau memperingatkan orang yang benar itu supaya ia jangan berbuat dosa dan memang tidak berbuat dosa, ia akan tetap hidup sebab ia mau menerima peringatan dan engkau telah menyelamatkan nyawamu” ( Yeh 3 : 17-21 ). Melalui Firman Tuhan ini, memberitahu kita akan beratnya tanggungjawab seorang penjaga yang menurut perintah. Ia bukan saja melibatkan nyawa orang lain tetapi, melibatkan kerja-kerja yang dilaluinya. Jika ia tidak sedaya upaya melaksanakan tanggungjawabnya, maka ia akan dituntut oleh Tuhan. Oleh itu, tidak kira sama ada baik atau tidak waktunya, haruslah berusaha memberitakan Injil untuk melaksanakan tugas diri sendiri.

Tuhan Yesus berkata: “Sama seperti Bapa mengutus Aku, demikian juga sekarang Aku mengutus kamu ( Yoh 20 : 21 ). Tuhan Yesus berkata lagi: “ Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk” ( Mrk 16 : 15 ). Ini adalah tugas penting yang diamanatkan kepada kita untuk dikerjakan dengan sedaya upaya. Paulus berkata: “ jika aku memberitakan Injil, aku tidak mempunyai alasan untuk memegahkan diri sebab itu adalah keharusan bagiku. Celakalah aku, jika aku tidak memberitakan Injil. Kalau andai kata aku melakukannya menurut kehendakku sendiri, memang aku berhak menerima upah. Tetapi kerana aku melakukannya menurut kehendakku sendiri, pemberitaan itu adalah tugas penyelenggaraan yang ditanggungkan kepadaku” ( I Kor 9 : 16-17 ). Untuk menyelesaikan tugas yang dipertanggungkan oleh Tuhan! Paulus tidak menghiraukan lagi kepentingan nyawanya walaupun dia sudah tahu penjara menunggunya. Dia hanya ingin mencapai garis akhir dan menyelesaikan pelayanan yang ditugaskan oleh Tuhan Yesus kepadanya untuk memberi  kesaksian tentang Injil kasih karunia Tuhan ( Kis 20 : 23-24 ). Tugas memberitakan Injil adalah satu tugas untuk meneruskan tugas Tuhan Yesus menyelamatkan manusia di dunia. Ia juga merupakan satu tugas yang mulia, sesuai dengan tenaga dan pengorbanan yang dikeluarkan dengan berpatutan. Tepat seperti yang tercatat dalam kitab: “Betapa indahnya kedatangan mereka yang membawa khabar baik!” ( Rm 10 : 15 ).

MENCARI DOMBA YANG SESAT

Tuhan Yesus mengutus 12 orang muridNya memberitakan Injil kepada domba-domba yang sesat dari umat Israel  (Mat 10 : 6) dan memberi  satu perumpamaan dengan berkata: “Siapakah di antara kamu yang mempunyai seratus ekor domba, dan jikalau ia kehilangan seekor di antaranya, tidak meninggalkan yang sembilan puluh sembilan ekor di padang gurun dan pergi mencari yang sesat itu sampai ia menemukannya? Dan kalau ia menemukannya, ia meletakkannya di atas bahunya dengan gembira dan setibanya di rumah ia memanggil sahabat-sahabat dan tetangganya serta berkata kepada mereka: Bersukacitalah bersama-sama dengan aku sebab dombaku yang hilang itu telah kutemukan. Aku berkata kepadamu: Demikian juga akan ada sukacita kerana sembilan puluh sembilan orang benar yang tidak memerlukan pertobatan ( Luk 15 : 4-7 ). Seorang berdosa yang bertobat adalah seperti  {seorang anak yang hilang kembali ke rumah bapanya. Bapa itu berkata: “Anakku ini telah mati dan menjadi hidup kembali, ia telah hilang dan didapat kembali”. Maka bersukacitalah mereka sekeluarga ( Luk 15 : 20-24 ).

Zakheus, kepala pemungut cukai menerima Yesus tetapi semua orang yang melihat hal ini bersungut-sungut dan berkata: “Ia menumpang di rumah orang yang dosa”. Zakheus berdiri dan berkata kepada Tuhan: “Tuhan, setengah dari milikku akan keberikan kepada orang miskin dan sekiranya ada sesuatu yang kuperas dari seseorang akan kukembalikan empat kali lipat.” Kata Yesus kepadanya: “Hari ini telah terjadi keselamatan kepada rumah ini, kerana orang inipun anak Abraham sebab Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan yang hilang” ( Luk 19 : 1-9 ). Ada suatu kali lagi, orang ramai juga bersungut-sungut kepada Yesus kerana Dia turut makan bersama-sama dengan pemungut cukai dan orang berdosa tetapi Yesus berkata kepada mereka: “Bukan orang sihat yang memerlukan tabib tetapi orang sakit; Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa supaya mereka bertobat” ( Luk 5 : 29-32 ). Dari itu, kita ketahui Tuhan Yesus sangat mengambil berat tentang hal untuk mencari orang-orang yang sesat itu. Dia tidak rela salah seorang hilang dan sesat. Dia rela semua orang diselamatkan dan memperolehi pengetahuan akan Kebenaran ( I Tim 2 : 4 ). Dia tidak menghendaki seorang binasa melainkan supaya semua orang berbalik dan bertobat ( II Ptr 3 : 9 ). Dia sendiri telah memikul dosa kita di dalam tubuhNya di kayu salib, supaya kita, yang telah mati terhadap dosa, hidup untuk Kebenaran. Oleh bilurNya kita telah sembuh. Sebab dahulu kita sesat seperti domba, tetapi sekarang kita telah kembali kepada gembala dan pemelihara jiwa kita ( I Ptr 2 : 24-25 ). Kita haruslah meneladani usaha Kristus mencari kembali domba yang sesat.

SEMANGAT BERKORBAN DEMI DOMBA

Tuhan adalah Allah kita yang benar dan kitalah dombaNya dan umatNya ( Mzm 95 : 7 ). Tuhan adalah gembala kita dan menjaga kita dengan rapi ( Mzm 23 : 1-6 ). Tuhan berfirman melalui Nabi Yehezkiel: “Beginilah firman Tuhan Allah: Dengan sesungguhnya Aku sendiri akan memperhatikan domba-dombaKu dan Aku mencarinya seperti seorang gembala mencari dombanya pada waktu domba tu tercerai dari kawanan dombanya, beginilah Aku akan mencari domba-dombaKu dan Aku akan menyelamatkan mereka dari segala tempat, ke mana mereka diserahkan pada hari berkabut dan hari kegelapan. Aku akan membawa mereka keluar dari tengah bangsa-bangsa dan mengumpulkan mereka dari negeri-negeri dan membawa mereka ke tanahnya, Aku akan menggembalakan mereka di atas gunung-gunung Israel, dialur-alur sungainya dan di semua tempat kediaman orang di tanah itu. Di padang rumput yang baik akan Kugembalakan mereka dan di atas gunung-gunung Israel yang tinggi di situlah tempat penggembalaannya; di sana di tempat penggembalaan yang baik mereka akan berbaring di rumput yang subur menjadi makanannya di atas gunung-gunung Israel…yang hilang akan Kucari, yang tersesat akan Kubawa pulang, yang luka akan Kubalut, yang sakit akan Kukuatkan ( Yeh 34 : 11-16 ). Tuhan begitu teliti menjaga kawanan dombaNya, Ia menjadi teladan baik bagi kita. TuhanYesus juga berkata : “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya; sorang upahan yang bukan gembala dan yang bukan pemilik domba-domba itu sendiri, ketika melihat serigala itu menerkam dan mencerai-cerikan domba-domba itu. Ia lari kerana ia seorang upahan dan tidak memperhatikan domba-domba itu. Akulah gembala yang baik dan Aku mengenal domba-dombaKu dan domba-dombaKu mengenal Aku sama seperti Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa, dan  Aku memberikan nyawaKu bagi domba-dombaKu ( Yoh 10 : 11-15 ).Gembala yang baik mengasihi domba-dombanya dan ada kerelaan untuk berkorban demi domba-dombanya. Kita juga patut  seperti Petrus yang mengasihi domba-domba Tuhan dan menjaga mereka dengan teliti ( Yoh 21 : 15-17 ). Petrus faham akan tanggungjawab yang diserahkan Tuhan kepadanya. Demikian dia menasihati kita: Gembalakanlah kawanan domba Allah yang ada padamu, jangan dengan paksa tetapi dengan sukarela sesuai dengan kehendak Allah dan jangan kerana mau mencari keuntungan, tetapi dengan pengabdian diri. Janganlah kamu berbuat seolah-olah mau memerintah atas mereka yang dipercayakan kepadamu, tetapi hendaklah kamu menjadi teladan bagi kawanan domba itu. Maka kamu, apabila Gembala Agung datang, kamu akan menerima mahkota kemuliaan yang tidak dapat layu ( I Ptr 5 : 2-4 ). Kita juga adalah gembala yang baik kerana mencontohi semangat Tuhan berkorban untuk dombaNya dan menunjukkan kasih untuk menjaga dombaNya bukan kerana paksa tetapi dengan kerelaan hati untuk memberi makan kepada kawanan dombaNya. Apabila Kepala Gembala iaitu Tuhan Yesus muncul, pasti kita akan menerima mahkota kemuliaan yang tidak dapat layu.

KATA-KATA AKHIR

Orang mati dapat dihidupkan, tulang-tulang yang sudah putih dapat ditumbuhkan dagingnya adalah satu karunia yang terbesar. Orang sesat dibawa kembali, menyelamatkan jiwa rohaninya dari mati adalah karunia yang lebih agung. Roh Tuhan diturunkan ke atas diri Nabi Yehezkiel dan membawanya ke luar serta menempatkannya di tengah-tengah lembah. Lembah-lembah itu penuh dengan tulang-tulang. Tuhan membawanya melewati sekeliling tulang-tulang itu. Bnayak tulang-tulang yang bertaburan di lembah itu dan kelihatan amat kering. Tuhan menyuruhnya untuk bernubuat mengenai tulang-tulang itu dengan berkata: “Hai tulang-tulang yang kering, dengarlah firman Tuhan ! Beginilah firman Tuhan Allah kepada tulang-tulang ini : Aku memberi  nafas hidup  di dalammu, supaya kamu hidup kembali. Aku akan memberi  urat-urat padamu dan menumbuhkan daging padamu, Aku akan menutupi kamu dengan kulit dan memberikan kamu nafas hidup, supaya kamu hidup kembali. Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah Tuhan”. Lalu dia pun bernubuat menurut perintah Tuhan. Ketika dia bernubuat, kedengaranlah suara, suatu suara berderak-derak dan tulang-tulang itu bertemu satu sama lain. Dia melihat dengan mengamati-amatinya, urat-urat ada dan daging tumbuh padanya. Kemudian kulit menutupinya tetapi mereka belum bernafas. Tuhan berfirman kepadanya: Bernubuatlah kepada nafas hidup itu, bernubuatlah, hai anak manusia dan katakanlah kepada nafas hidup itu: Beginilah firman Tuhan Allah: Hai nafas hidup, datanglah dari keempat penjuru angin dan berhembuslah ke dalam orang-orang yang terbunuh ini, supaya mereka hidup kembali. Yehezkiel pun menurut perintah Tuhan untuk bernubuat, lalu nafas hidup itu masuk di dalam mereka, sehingga mereka hidup kembali. Mereka menjejakkan kakinya, suatu tentera yang sangat besar ( Yeh 37 : 1-10 ). Orang yang hidup di dalam dunia yang penuh dosa tidak ada jiwa rohani. Dalam pandangan Tuhan, mereka ini adalah seperti tulang-tulang yang kering. Kita diutus memberitakan Injil untuk bernubuat bagi mereka, membentukkan mereka, dimasuki nafas hidup agar mereka hidup semula dengan menerima anugerah keselamatan dan berdiri menjadi tentera Kristus. Orang sesat yang dirampas keluar dari api mendapat kelahiran kembali agar mereka berjalan di atas jalan orang hidup di hadapan Tuhan ( Mzm 11 : 6-9 ).

Yakobus berkata: “Jika seorang tahu bagaimana ia harus berbuat baik, tetapi ia tidak melakukannya, ia berdosa”. Orang sesat yang dirampas keluar dari api adalah untuk menyelamatkan rohnya. Ini adalah kebajikan yang baik. Kita lebih lagi patut berusaha melakukannya. Ia berdosa walaupun tahu harus berbuat baik tetapi tidak melakukannya. Apatah lagi, kita yang telah diamanahkan demikian, bukankah kita lebih patut berusaha melakukan perkara yang diperkenankan oleh Tuhan ?

Soal Jawab Inti Kebenaran
|

Soal Jawab Inti Kebenaran

Bab 1-4: Allah, Yesus, Roh Kudus, Alkitab [wpdm_file id=6]

Bab 5-7: Manusia, Malaikat, Iblis [wpdm_file id=7]

Bab 8-10: Anugerah Keselamatan, Baptisan Air, Baptisan Roh [wpdm_file id=8]

Bab 11-13: Pembasuhan Kaki, Perjamuan Kudus, Doa [wpdm_file id=9]

Bab 14-15: Jemaat, Hari Kudus [wpdm_file id=10]

Bab 16: Mukjizat [wpdm_file id=11]

Bab 17: Penghakiman [wpdm_file id=12]

Bab 18: Tuhan Datang [wpdm_file id=13]