Guru dan Murid Menuju Kesempurnaan Dalam Kristus
| |

Guru dan Murid Menuju Kesempurnaan Dalam Kristus

Oleh: Pdt. Lazarus Gunchuab

“Ibubapa dan pemimpin gereja adalah guru di dunia ini, Tuhan menuntut tanggungjawab lebih berat daripada mereka”

Yesus Kristus berkata “kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat…” (Yoh 13:13). Kini tanggungjawab sebagai guru dalam gereja disandang oleh semua jemaat. Ibubapa merupakan guru kepada anak-anak dan barisan pemimpin agama juga merupakan guru. Dalam masa yang sama guru juga adalah murid kerana guru di dunia sekarang perlu belajar menyempurnakan rohani daripada guru segala guru yakni Tuhan Yesus Kristus.

Ukuran Lebih Berat

Guru merupakan penggerak, pemimpin dan teladan bagi murid untuk menjadikan murid sebagai pelapis dan pemimpin keluarga dan gereja berkualiti masa depan. Justeru ukuran Tuhan kepada guru adalah lebih berat berbanding orang lain (Yak 3:1). Lantaran itu guru perlu menuju ksempurnaan yang hakiki.

Langkah Menuju Kesempurnaan

Penyempurnaan rohani guru-guru perlu melalui usaha berterusan seumur hidup mereka. Langkah menuju kesempurnaan rohani adalah..

1. Latihan berterusan

Melatih tubuh secara berterusan dan menguasainya supaya guru-guru dapat menyelamatkan dirinya sendiri dan orang lain. Kita melihat peringkat usia dan latarbelakang guru di dalam keluarga kristian masa kini iaitu:

Usia 13 – 19 tahun

Kebanyakan mereka merupakan pelajar sekolah menengah yang mempersembahkan diri sebagai guru dalam pendidikan agama. Pengalaman secara teknikal mengajar sememangnya kurang. Kestabilan dan daya tahan dalam tugas banyak dipengaruhi oleh emosi dan factor ibubapa dan kawan-kawan di sekelilingnya.

Usia 20 – 24 tahun

Kebanyakan guru dalam lingkungan usia ini merupakan lepasan bangku sekolah. Mereka kebanyakannya baru masuk ke alam masyarakat untuk mencari pekerjaan. Berlaku kecelaruan hati untuk menseimbangkan tuntutan kerjaya masyarakat dan guru pendidikan agama. Tidak sedikit orang yang seusia ini jatuh dan menjadi dingin sebagai guru pendidikan.

Usia 25 – 30 tahun

Pemercaya usia ini melangkah ke alam berumah tangga. Pendek kata mereka sarat dengan tanggungjawab rumah tangga, kerjaya dan dalam proses melatih dan melaksanakan tanggungjawab soal kehidupan beragama dan duniawi.

Usia 30 tahun ke atas

Usia seperti ini berkhidmat dalam gereja dengan penuh kekuatan dan kestabilan. Namun manusia dalam usia ini juga memikirkan, merancang dan berusaha mengejar suatu tahap pencapaian kesempurnaan keselesaan hidup dalam tahun-tahun yang ada di depannya. Entah tahun-tahun yang dimaksudkan dalam hatinya itu 20 tahun atau 30 tahun kehadapan.

Guru agama, ibubapa atau pekerja suci harus mengenal kecenderungan hati kita apabila mencapai setiap tahap usia yang disebutkan tadi. Demi mencapai tujuan melatih diri secara berterusan maka harus menggunakan..

  1. Hikmat dari atas (Yak 3: 17) “murni, pendamai, peramah, penurut, penuh belas kasihan dan buah-buah yang baik, tidak memihak dan tidak munafik.
  2. Menghasilkan buah roh (Gal 5:22 -23) “kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan, penguasaan diri..”
  3. Taat melakukan Firman (Yoh 14:21)

 

2.Mengejar Kekudusan seumur hidup

Tuhan tidak melihat perawakan seseorang guru. Ramai juga ibubapa tidak berperawakan tinggi namun berjaya mendidik anak-anaknya dalam kerohanian dan duniawi. (1  Sam 16:7). Tuhan hanya menggunakan orang yang menguduskan dirinya sebagai alat bagi pekerjaan kudus (2 Tim 2:21)

3.Mendirikan Hubungan Dengan Tuhan

a. Doa

Tugas sebagai seorang guru kristian sama ada mendidik di gereja atau mendidik di rumah merupakan tanggungjawab berat. Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar, mengurus kelas, tugas mendoakan murid-murid, melawat murid-murid dan banyak lagi. Semua kerja itu dilakukan tanpa imbuhan wang ringgit. Tiada sesiapa yang tahu jerih payah guru-guru. Semuanya dilakukan oleh guru dengan semangat menyangkal diri sendiri. Dalam setiap ranjau dan onak duri tugas guru harus di landaskan pada doa (Filipi 4:13). Tanpa doa, guru umpama telefon bimbit (handphone) yang tidak mempunyai cas. Justeru setiap masa harus dirinya dicas semula (recharge) untuk mendapatkan kuasa dari atas dan kekuatan menjalankan tugas. Mendoakan orang lain dapat membantu kerja dilaksanakan dengan lancar (Kol 1:9, 1 Tes 1:7))

b. Belajar, taat dan setia Melakukan Firman Tuhan

Mendirikan hubungan dengan Tuhan melalui belajar dan melakukan Firman Tuhan dengan taat dan setia. Dengan demikian guru dapat melengkapi diri menjadi sempurna dalam perbuatan baik (2 Tim 3:16 -17). Terdapat juga ibubapa atau guru menjadi bahan kritikan orang lain kerana tidak mempunyai kesempurnaan dalam perbuatan. Justeru anak-anak didik juga gagal dibentuk kerana guru tidak sempurna. Tidak sedikit ibubapa atau guru mengeluh kerana anaknya atau anak didiknya selalu melakukan perbuatan yang tidak baik, tetapi tidak ramai ibubapa/guru yang memeriksa dirinya sama ada perbuatan buruk muridnya itu hasil pantulan imej buruk diri ibubapa atau guru itu sendiri. Hasil pantulan imej buruk sama ada yang tersembunyi atau nyata dalam diri ibubapa atau guru akan terpamer pada anak.

Sasaran Kesempurnaan

1.Menyelamatkan diri dan orang lain

1 Tim 4: 16, sasaran penyempurnaan rohani guru adalah menyelamatkan dirinya dan orang lain pada hari Tuhan datang pada kali yang kedua.

2.Mengabdikan diri dalam pelayanan

Guru, ibubapa atau pemercaya yang menceburkan diri dalam bidang mendidik perlu menjadikan tugas ini sebagai pengabdian diri dengan penuh kesabaran. (1 Kor 9:7) Pekerjaan yang diusahakan dengan tekun akan menghasilkan buah dan dikecapi oleh pengusahanya kelak.

3.Kerja memuliakan Tuhan

Melakukan pelayanan sebagai pendidik tidak kira di rumah atau di gereja harus dengan semangat memuliakan Tuhan. (Rm 15:17, 2 Kor 10: 17) Paulus sendiri tidak mengambil kejayaannya sebagai pemberita Injil sebagai kemuliaan diri tetapi demi kemuliaan Tuhan Yesus.

Kesimpulanya, hati seorang guru perlu mempunyai hati sebagai seorang murid. Melakukan segala sesuatu dengan segenap hati seperti untuk Tuhan dan bukan untuk  manusia. AMEN

70. Gereja Adalah Kemuliaan Kristus
|

70. Gereja Adalah Kemuliaan Kristus

I.       HUBUNGAN GEREJA DENGAN KRISTUS

1.      Tuhan membeli dengan darah yang kudus (Kis 20 : 28).

2.      Ia adalah kepala Gereja (Ef 5 : 23).

3.      Gereja adalah tubuhNya (Ef 1 : 23;  Kel 1 : 24).

II.     BAGAIMANA GEREJA MEMULIAKAN KRISTUS

1.      Rajin berkebaktian (Ibr 10 : 25).

2.      Menambah banyak jemaat (Ams 14 : 28).

3.      Mempunyai sikap yang baik (Mat 5 : 16).

4.      Saling mengasihi (Yoh 13 : 34-35).

5.      Mempersembahkan dengan hati yang rela (Kel 35 : 29;  Mal 3 : 10).

6.      Melengkapi persediaan Bait Suci (Ruj : Kel 40 : 34-35).

III.    AKIBATNYA GEREJA YANG MEMULIAKAN TUHAN

1.      Jemaat memperoleh berkat damai sejahtera (Mzm 122 : 6-9).

2.      Gereja dipuji oleh Tuhan (2 Kor 8 : 16;  Why 2 : 8-10).

3.      Gereja dijunjung dan memperoleh pahala (Why 21 : 1-3).

Menaruh Hati Seperti Hati Kristus
| | |

Menaruh Hati Seperti Hati Kristus

Menaruh Hati Seperti Hati Kristus

[Cai Zhen Ming]

Nas Kitab: Flp 2:5

I. Hati Yang Lemah Lembut (Mat 11:28-30; Ef 4:1-3)

II. Hati Yang Mengampuni (Luk 7:36-50; Yoh 8:10-11; Luk 23:42-43)

III.  Hati Yang Menyelamatkan Orang (Luk 9:51-56)

IV.  Hati Yang Memikirkan Hal Bapa (Luk 2:49; Yoh 17:1-4; Mat 26:41-46; I Tes 2:4)

V. Hati Yang Membenci Kejahatan Mencintai Kebaikan (Mat 23:29; Why 3:14; Yes 53:9; Ibr 1:9; Yoh 4:23)

VI. Hati Yang Memahami Kelemahan (Ibr 4:15; Mat 26:41; Luk 23:27-32)

VII. Hati Merasa Cukup Dan Bersyukur (I Tim 6:6-8; I Tes 5:16, 18), mengapa perlu merasa cukup (I Tim 6:7), bagaimana merasa cukup (8)

Penutup:

Setiap yang bersyukur adalah orang yang merasa cukup, ia percaya dengan yakin bahawa pimpinan Allah sekali-kali tidak salah, tahu bersyukur tatkala jatuh dalam pengujian dan tidak bersunggut-sungut; umpama suatu cawan penuh air yang dipegang seseorang, apabila seseorang lain melanggarinya air begitu senang tertumpah keluar. Demikianlah seseorang yang dipenuhi Allah dan yang menaruh hati seperti hati Kristus, ia akan terus-menerus memancarkan kelemah-lembutan dan kasih setia Tuhan Yesus.

Bahagian 5:  Semarakkan Keharuman Kristus
| | | | | |

Bahagian 5: Semarakkan Keharuman Kristus

Bahagian 5:  Semarakkan Keharuman Kristus

Nas Kitab: 2:12-17

[1] Berjerih Payah Firman Allah ~ Dari Troas ke Makedonia

i. “Ketika aku tiba di Troas untuk memberitakan Injil Kristus, aku dapati, bahwa Tuhan telah membuka jalan untuk pekerjaan di sana” (12).

ii.  “Tetapi hatiku tidak merasa tenang, kerana aku tidak menjumpai saudaraku Titus” (13a).

Δ Pada waktu tersebut, Paulus mengutus Titus untuk membawa surat yang tegas (yang ditulis dengan mencucurkan air mata) ke Korintus. Namun, Titus tidak balik-balik membawa kabar maklum balas lalu Paulus mulai merasa cemas kerana tidak mengetahui perkembangan keadaan di Korintus.

iii.  “Sebab itu aku minta diri dan berangkat ke Makedonia” (13b).

Selepas itu, ia berjumpa dengan Titus di Makedonia yang membawa pulang kabar baik, Paulus merasa amat gembira dan bersyukur atas pimpinan Tuhan (13,14).

[2] Syukur Kepada Pimpinan Tuhan Yang Membawa Kemenangan Sehingga Menyebarkan Keharuman Kristus

i. Bermegah atas pimpinan Tuhan.

“Dengan perantaraan kami Ia menyebarkan keharuman pengenalan akan Dia di mana-mana” (14).

Δ ‘Keharuman Kristus’ ~ di sini Paulus merujuk-gunakan keadaan seorang panglima Roma yang mendapat kemenangan. Panglima tersebut akan memimpin pasukannya berarak dan prajuritnya akan membawa wangi-wangian dan hemburkan, menghasilkan keharuman sebagai tanda kemenangan bahawa mereka pulang membawa orang-orang tawanan. Paulus menggunakan ini untuk mengumpamakan: ‘Allah, sebagai Panglima’ telah membawa kemenangan kepada para pemercaya, yakni oleh pengantaraan mereka, Injil diberitakan di setiap tempat, memperjuangkan pertandingan yang baik.

ii. “Menyebarkan keharuman pengenalan akan Dia di mana-mana”.

Δ Setiap pemercaya, biarpun berada di mana, haruslah tinggalkan dan tunjukkan perbuatan baik atas pengenalan akan Kristus dan olehnya memberi kesaksian tentang Injil (Mat 5:13-16).

[3] Ada Dua Kegunaan Keharuman Itu

Δ Jadilah keharuman (bau yang harum) dalam kerja-kerja suci penginjilan; namun bau harum pada setiap orang, masing-masing ada kesan yang berlainan (2:15).

i. “Bagi orang yang diselamatkan…… ia adalah bau harum kehidupan” (16)

Δ Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang disorga (Mat 5:16).

Δ Di tengah-tengah angkatan ini, kamu bercahaya di antara mereka sambil berpegang pada firman kehidupan (Flp 2:14-16). Agar mereka yang menerimakan Injil akan berjuang mengarahkan diri kepada hidup kekal.

ii. “Di antara mereka yang binasa……. Ia adalah bau kematian yang mematikan” (16).

Δ Bagi orang-orang yang tidak percaya, ianya menjadi penghakiman, dan pasti akan dihukum (Mrk 16:16).

Δ Barangsiapa menolak Aku, dan tidak menerima perkataanKu, ia sudah ada hakimnya, yaitu firman yang telah Kukatakan (Yoh 12:48). Seandainya tidak pernah mendengar firman, tentu tidak berdosa (Yoh 15:21,22).

[4] Bertekad Menyebarkan Keharuman Injil Kristus

i. Kuatkan hati, tabah bersandar kepada menyerah Tuhan ~ “Tetapi siapakah yang sanggup menunaikan tugas yang demikian?” (2:16b).

Δ “Dengan diri kami sendiri kami tidak sanggup untuk memperhitungkan sesuatu seolah-olah pekerjaan kami sendiri; tidak, kesanggupan kami adalah pekerjaan Allah” (3:5).

ii. Haruslah setia, tak tergodai oleh keuntungan diri ~ “Sebab kami tidak sama dengan banyak orang lain yang mencari keuntungan dari firman Allah” (2:17a).

iii. Haruslah memberitakan Injil dengan hati yang takut akan Allah ~ “Sebaliknya dalam Kristus kamu berbicara sebagaimana mestinya dengan maksud-maksud murni atas perintah Allah dan di hadapanNya” (2:17b).

Δ Syarat terutama bagi hamba-hamba Allah ialah jujur ikhlas; barulah demikian dapat kita bicarakan firman keselamatan yang dipercayakan kepada kita, yang kita terimakan dari Allah lalu membicarakan dengan setia seolah-olah berdiri “di hadirat Allah”.

[9] Kemerdekaan Di Dalam Kristus (Gal 5:1-15)
| | | |

[9] Kemerdekaan Di Dalam Kristus (Gal 5:1-15)

[9] Kemerdekaan Di Dalam Kristus (Gal 5:1-15)

Prakata

  1. Manusia suka mempergunakan kemerdekaan untuk berbuat dosa, merugikan dan mencelakakan orang lain.
  2. Kemerdekaan menunjukkan keadaan di dalam hati, bukan hanya menunjukkan kelepasan ikatan di luar.

[1]      Kristus Memberikan Kepada Kita Kemerdekaan Yang Sesungguhnya (Gal 5:1)

  1. Kristus telah memerdekakan kita.
    1. Tidak lagi mengikuti adat-istiadat dunia (Ef 2:1-2).
    2. Tidak lagi dikuasai dosa (Rm 7:24-25).
    3. Tidak lagi menjadi hamba orang (I Kor 7:22-23; Yoh 8:36)
    4. Kita sungguh-sungguh merdeka: Merdeka di dalam ruang lingkup kebenaran, tidak diperhamba oleh suatu apapun (I Kor 6:12).
    5. Berdirilah teguh:
      1. Oleh kasih karunia Allah (Kol 1:23; 2:7; I Kor 10:12).
      2. Mengerti kehendak Allah (Yak 1:8).
    6. Tidak lagi dikenakan kuk perhambaan: dengan tegas menolak kuk hukum Taurat, berpegang pada kemerdekaan yang diberikan Kristus, akan beroleh sukacita (II Tim 2:9; Flp 4:10-13).

[2]      Dibenarkan Oleh Hukum Taurat Akan Kehilangan Kemerdekaan (Gal 5:2-4)

  1. Menekankan sunat (2): Menyangkal keselamatan akan terjerumus ke dalam membenarkan diri sendiri, kehilangan kemerdekaan.
  2. Sunat akan mendakwa orang tidak dapat melakukan hukum Taurat dengan sempurna (3): Sunat adalah tanda dikuduskan. Paulus dengan hati-hati memberitahukan pengalamannya, umat pilihan yang disunat jauh dari standard dikuduskan.
  3. Dibenarkan oleh hukum Taurat (4): Kerana mudah menganggap dirinya benar sehingga kehilangan kerinduan akan kebenaran, tidak mendapatkan keselamatan, terjerumus ke dalam dosa dan terlepas dari Kristus, akhirnya tersandung (Luk 6:25). Kerana itu ia sekali lagi menegaskan, percaya Kristus (kasih karunia) dan oleh hukum Taurat (usaha manusia) tidak dapat berdiri bersamaan. Dibenarkan oleh hukum Taurat berarti menolak keselamatan.

[3]     Mendorong Jemaat Supaya Mengambil Kembali Kemerdekaan (Gal 5:5-9)

i. Kerana iman, beroleh kemerdekaan (5-6).

    1. Roh Kudus sebagai bukti iman (Yoh 14:16-20).
    2. Iman menimbulkan kasih kepada orang (Rm 12:19).
    3. Iman membuat orang berpengharapan sehingga dibenarkan (Mat 11:28): Menggenapkan hukum Taurat.

ii. Singkirkanlah perintang kemerdekaan (7-8).

  1. Melatih diri (7; I Kor 9:24-27): Kerana dahulu kamu berlomba dengan baik.
  2. Berjaga-jaga terhadap ajaran yang tidak sesuai dengan kebenaran (8; Kid 1:6; 2:15).
  3. Harus mengetahui betapa negerinya ajaran sesat (9): Sedikit ragi sudah mengkhamirkan seluruh adonan.

[4]     Untuk Memperoleh Kemerdekaan Harus Ada Imbalannya (Gal 5:10-15)

i. Membela kebenaran tidak boleh mendua hati (10): Setiap orang yang membuat orang tersandung, ia akan menanggung hukumannya.

ii. Rela berkorban untuk kemerdekaan (11-12).

  1. Menjunjung tinggi salib: Menyatakan dosa manusia, menunjukkan jalan untuk memperoleh kemerdekaan.
  2. Menderita penganiayaan: Orang yang menuruti keinginan daging melihat kebaikan Injil, ia akan menganiaya orang yang rohani.

iii. Sikap menghargai kemerdekaan (13-15).

  1. Tidak menuruti keinginan daging: Waspada terhadap bangkitnya sifat dosa, harus sering mendekati Allah.
  2. Melayani orang dengan kasih: Melakukan kasih dengan bersandar Roh Kudus telah menggenapkan ‘seluruh hukum Taurat’.
  3. Hati-hati dalam pikiran: Tidak saling menggigit dan saling menelan, agar tidak saling membinasakan.

Kata Penutup

  1. Kemerdekaan tidak mengikuti manusia, manusia yang harus giat berusaha mengejarnya.
  2. Kristus adalah sumber kemerdekaan, menerima kebenaran Kristus akan sungguh-sungguh merdeka.
Bagaimanakah Menjadi Milik Kristus
|

Bagaimanakah Menjadi Milik Kristus

Ayat Suci : 2 Kor 10 :7

Pra Kata : Kepercayaan bukan sesuatu yang abstrak melainkan sesuatu yang khusus, bukan dengan nama kosong tetapi adalah yang benar, sama juga menjadi milik Kristus.” Bagaimanakah menjadi milik Kristus?” Inilah pengalaman nyata yang harus kita kajikan untuk menjadi milik Kristus.

 

(1)  Mengapakah seharusnya menjadi milik Kristus?

(I) Tubuh alamiah manusia pertama berasal dari Adam, makhluk-makhluk alamiah sama dengan dia adalah milik Adam. (1Kor 15 : 45-48) 

  • Bagaimana Adam begitu juga orang milik Adam.

(i) Adam mempunyai dosa, orang milik Adam juga berdosa. (Maz51: 5)

(ii) Adam dikutuk, orang milik Adam juga dikutuk.

(iii) mati, orang milik Adam juga akan mati.( tidak akan diselamatkan.)

(II) Kedatangana Kristus bertujuan untuk menyelamatkan manusia.(Yoh 3 : 16-18)

(i)             Kristus tanpa dosa menjadikan penebusan bagi manusia, orang milik Tuhan tidak berdosa.

(ii)           Kristus merupakan Tuhan pemberi berkat, orang milik  Tuhan akan diberkati.( Luk 2: 10-14)

(iii)          Kristus bangkit dari kematian, orang milik Tuhan akan berpindah dari maut masuk kehidupan.(15: 20-22)

(2)  Bagaimanakah menjadi milik Kristus?

(I) Kelahiran kembali dari air dan roh. (Yoh 3: 5) Manusia lama milik Adam dan manusia ciptaan baru milik Kristus.

(i) Menerima Baptisan Air (pengampunan dosa), manganut Kristus.(Gal 3 :26)

(ii) Menerima Roh Kudus. (mendapatkan hidup baru) milik Kristus.(Rm 8:9)

(II) Menerima Sakramen Pembasuhan Kaki. (Yoh 13 :8) Mendapatkan bagian dalam Tuhan. (Sifat kerohanian, kelakuan menjadi kudus)

(III) Menerima Sakramen Perjamuan Kudus. (bersatu dalam Tuhan) (Yoh 6 :56) (milik Kristus).

(IV) Teguh berpegang sampai akhirnya pada keyakinan iman yang semula.(Ibr 3: 14)

(V) Bagi jemaat (tubuh Tuhan) mempunyai perasaan dimiliki.(Efs 1: 23; 1 Tim 3: 15)

(VI) Serentak dengan jejak Tuhan.( Domba-domba Tuhan mendengar suaraNya) (Yoh 10: 26-27)

(VII) Menyalibkan daging dengan segala hawa nafsu dan keinginannya.(Gal 5: 24)

  • Perbuatan daging( Gal 5: 19-21)

(VIII) Menghidupkan rupa dan gambaran Kristus—-kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya. ( Efs 4: 24)

  • Rupa gambaran ini tidak sama seperti Adam melainkan sama dengan ‘Kristus’.( dalam kerohanian)

Kesimpulan : Adakah kita rela untuk menjadi milik Kristus? Bagaimanakah kita menjadi milik Kristus? Barangsiapa yang milik kepada Kristus sesungguhnya, ia akan mendapat bagian yang berkelimpahan di dalam Kristus. Kita juga akan menyatakan diri bersama dengan Dia dalam kemuliaan.(Kol 3: 1-4…)